Pages

Anakku kemalangan..

25hb adalah hari yang akan aku ingat sampai bila2 sebab anak aku yang no 3 tu kemalangan pas balik dari sembahyang jumaat..ntah lah macam ner berlaku nye accident bila melibatkan pejalan kaki dan kenderaan lain tetap pejalan kaki tak bersalah. Hari tu lebih kurang jam 2 aku dapat call mengatakan yang Ahmad ni kena langgar dgn motor, so aku ingat tak lar teruk sgt, aku pegi tempat tu, ramai org dah berkerumun kat sana dan ada ambulance..so...aku trus marahkan Ahmad sbb tak balik umah pas solat, but ambulance trus bawa ke hospital n was warded on the same day.. dah agak lama baru aku minta maaf kat Ahmad sbb marahkan dia..benda dah nak berlaku, takde siapa yang dapat elakkan...malam tu juga di operate dan masukkan besi ke kakinye, dua2 tulang kaki kat betis patah, nak simen tak bole sebab ada koyak kat kaki dia, so doctor ckp masuk besi..so anak aku jadi bionic boy skrg..hahaha...so setiap hari n malam aku, ustaz n abangnya yang bergilir menjaga, ayahnye....susah lar, cuma tgk je..nak jaga pun takde masa..lagipun anak aku tu mmg tak nak dia jaga..lebih suka ustaz nyer jaga..hehehe...apapun InshaAllah dalam 1 @ 2 hari ni balik lah ke umah, senang skit aku nak jaga..baby aku tu pun slalu kena tinggal, nasib baik ada kakaknya yang menjaga, tak risau sgt..nasib baik dia nak makan pizza hut dapat aku penuhi cuma nak beli kasut futsal jek blm lagi, nanti abg nyer nak belikan tapi bukan dia yang pakai, tongkat yang pakai..wuakakaka..masih buat lawak lagi tu..ok aku nak pegi hospital lagi..masa lain aku update dan  letak gambar idham kat hospital dan kakinyer kena balut..salam

Cintailah Islam


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Renungan

Masa berlalu amat pantas. Rasanya baru sangat kita menyambut Maal Hijrah 1430. Kini kita sudah berada dalam tahun 1431H. Apakah tanda atau maksud masa yang terlalu pantas ini? Tanpa kita disedari masa berlalu begitu pantas. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Kini kita berada di ambang tahun baru Hijrah 1431 dan tahun Masihi 2010.
Pada hakikatnya fenomena kepantasan waktu adalah suatu petanda bahawa dunia sudah semakin di penghujung usianya. Ini telah dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, baginda bersabda: "Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (riwayat Tarmizi)
Dengan beralihnya kita ke dalam tahun baru, kerisauan sepatutnya dihadirkan dalam diri dengan seribu macam persoalan tentang masa depan kita. Bukan sahaja masa depan hidup di dunia ini tetapi masa depan di akhirat kelak kerana ia adalah destinasi terakhir kita sebagai manusia. Pelbagai soalan perlu diajukan.
Apakah sudah cukup amalan kita? Apakah sudah tertebus dosa kita? Apakah layak kita menjadi penghuni syurga? Apakah mampu kita menahan malu di padang mahsyar apabila segala rahsia keburukan kita dipamerkan secara terperinci oleh Allah dan apakah sanggup kita menahan seksaan azab api neraka-Nya?
Allah berfirman di dalam surah al-Hasyr ayat 18-20 yang bermaksud: (Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang Telah dilakukannya (sebagai persiapan) untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri , mereka Itulah orang-orang yang fasiq. Tidaklah sama penghuni-penghuni neraka dengan penghuni-penghuni syurga; penghuni-penghuni syurga itulah mereka yang benar-benar beruntung).

Apa pula maksud yang tersirat daripada sambutan Maal Hijrah setiap tahun? Insaflah! Bahawa berlalunya masa bermakna semakin tualah usia kita. Lihatlah tubuh kita yang suatu masa dahulu begitu cergas tetapi kita pergerakan sudah menjadi lambat. Rambut kita, dahulunya hitam kini sudah ada kilauan warna putih beruban. Kulit kita, dulunya tegang tetapi kini sudah menampakkan kedutannya. Bermulanya tahun baru bermakna semakin tualah usia dunia dan semakin hampirlah saat ketibaan hari kiamat. Jika lahirnya Nabi Muhammad SAW adalah sebagai tanda bermulanya akhir zaman, kini baginda SAW telah semakin lama meninggalkan yang memberi makna usia dunia pastinya benar-benar sangat lanjut.
Ini lebih nyata dengan pelbagai siri perkara aneh yang berlaku dan berbagai bencana alam yang tidak terduga berlaku. Seluruh dunia dalam tahun 1430 Hijrah menyaksikan pelbagai kejadian bencana alam yang tidak terkawal. Begitu juga dengan kejadian jenayah, pembunuhan dan peperangan yang seolah-olah tiada noktahnya. Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku al-Harj. Sahabat bertanya, Apakah al-Hajr itu hai Rasulullah? Nabi menjawab, peperangan demi peperangan demi peperangan". (riwayat Ibnu Majah)
Justeru, apa sewajarnya sikap kita dalam mempersiapkan diri bertemu Allah SWT? Masa yang menjadi semakin singkat ini tidak sewajarnya dibiarkan begitu sahaja. Lihat peringatan Allah dalam surah al-Asr di atas. Suasana umat Islam hari ini seolah-olah lebih cenderung memenuhi kehidupan mereka dengan keseronokan dan hiburan. Sebaliknya tidak berminat dengan aktiviti lebih bermanfaat seperti beribadat di masjid ataupun menuntut ilmu. Ini dapat dilihat apabila masjid-masjid sentiasa suram dengan penghuninya sebaliknya tempat-tempat hiburan sentiasa penuh dengan pengunjungnya.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Dua nikmat yang selalu diabaikan oleh ramai manusia iaitu kesihatan dan masa lapang. (riwayat Imam Bukhari).Masa dalam kehidupan seorang muslim sangat penting. Ia lebih penting daripada wang ringgit. Oleh itu setiap waktu dalam kehidupan muslim sentiasa dikaitkan dengan ganjaran jika dilaksanakan amalan tertentu. Waktu fajar umpamanya dikaitkan dengan dua rakaat solat sunat yang lebih baik dari nilai dunia dan isinya. Waktu tengah malam pula ialah saat afdalnya munajat kepada Allah SWT. Bagi seorang muslim masa di dunia adalah waktu untuk bersusah payah dahulu mengumpul bekalan sebelum mengecapi kegembiraan di akhirat kelak. Masa sepatutnya digunakan sebaiknya kerana ia sesuatu yang tidak dapat dikembalikan semula. Hayatilah sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sempit dan masa senang sebelum susah". (riwayat Al-Hakim).
Malangnya kita jarang bertanya perkara seperti berapa kalikah aku meninggalkan solat pada tahun ini? Apakah puasaku cukup? Apakah aku pernah bangun malam menangisi dosaku di hadapan Allah? Apakah aku membaca al-Quran dan berapa kali aku membacanya dalam seminggu? Apakah aku benar-benar rasa nikmat menjadi Muslim? Apakah aku sudah bertaubat dari dosa-dosa besar yang telah aku lakukan?Seharusnya perkara begini turut menjadi keutamaan kita setiap kali menyambut tahun baru.Begitu hebat kepentingan menjaga masa. Malangnya ramai yang menganggap tunggulah bila dah tua baru nak beribadat. Bagaimana membetulkan persepsi begini? Masa muda, ia adalah saat tubuh badan masih kuat dan fikiran masih segar, maka gunakanlah ia untuk melaksanakan ibadah dan menuntut ilmu. Bukannya digunakan untuk berseronok atau hanya berhibur seperti mana yang banyak berlaku hari ini.
Apabila sudah tua pastinya pergerakan semakin perlahan dan kebolehan menuntut ilmu semakin lemah dan kekuatan untuk melaksanakan ibadah semakin sedikit. Diriwayatkan bahawa malaikat maut datang bertemu Nabi Yaakub a.s. Maka Nabi Yaakub bertanya: "Wahai malaikat maut apakah kamu datang kepadaku kerana ingin mencabut nyawa atau menziarahiku? Jawabnya: Untuk menziarahmu sahaja. Berkata Nabi Yaakub: Aku ada satu permintaan darimu. Bertanya malaikat maut: Apakah permintaanmu? Jawab Nabi Yaakub: Jika kamu datang untuk mencabut nyawaku maka hantarkanlah dahulu utusan untuk memaklumkanku terlebih dahulu. Kata malaikat maut: Ya! Kemudian malaikat maut pun pergi. Setelah beberapa tahun malaikat maut datang kembali kepada Nabi Yaakub. Lalu Nabi Yaakub bertanya: Kamu datang untuk menziarah atau mencabut nyawaku? Kata malaikat maut: Aku datang untuk mencabut nyawamu. Lalu kata Nabi Yaakub: Bukankah aku telah katakan jika kamu ingin mencabut nyawaku hantarkan dahulu seorang utusan supaya dapat aku bersedia menambah ketaatan dan amal kebaikan. Jawab malaikat maut: Aku telah lakukannya. Kata Nabi Yaakub: Tiadapun utusan yang sampai kepadaku. Jawab malaikat maut: Sesungguhnya aku telah mengutuskan dua utusan iaitu uban di kepalamu dan belakangmu yang bongkok".
Masa juga mestilah dipelihara ketika kita melaksanakan kerja dan tugas harian. Sebagai muslim menghargai masa dan menepatinya adalah satu kewajipan manakala tidak menepatinya adalah satu dosa kerana ia adalah tanda sifat munafik. Apa yang berlaku dewasa ini ialah meremehkan masa dan selalu lambat yang semakin menular di kalangan umat Islam. Pada masa ini orang Arab sering dikaitkan sikap lambat, suka bertangguh, tidak tepati janji dan begitu juga dengan masyarakat Melayu hingga munculnya ungkapan 'janji Melayu'. Penyakit lambat ini memberi imej yang tidak baik kepada Islam itu sendiri kerana bangsa Arab dan bangsa Melayu adalah sinonim dengan Islam. Contohnya di tempat kerja, suasana lambat menghadiri mesyuarat, lambat memulakan sesuatu majlis dan lambat menyiapkan tugasan adalah menjadi lumrah. Budaya lambat ini adalah gambaran kemalasan dan kelembapan dan biasanya budaya inilah yang membantutkan kemajuan. Lihat sahaja apa yang berlaku di pejabat-pejabat kerajaan mahupun swasta. Amat susah melihat sesuatu mesyuarat dimulakan tepat pada waktunya.




Gaya sorg artis baru.....


Hehe pasti nyer terkejut dengan kehadiran artis baru yang tak terkenal ni..Ku perkenalkan Hasliza binti Hashim... eh sama lar nama bapa..adik beradik ker...hahaha inilah adik aku..bukan artis tau..tapi dari pakaian dan cara penampilan ada lar mcm artis kan..hehe artis mcm ner tu...


Eh kaki sebelah dia mana ya, oh nak ambik gambar mcm gaya marilyn monroe konon..adik aku tu dgn sepupu aku yang sama keje dengan dia..Haa mesti tertanya2 kenapa hari ni gambar artis baru ni jek yang terpampang...


Nantilah aku blum abis crite nape aku letak gambar dia...bersama bos dia yang meminati Amy Search dan minat kat adik aku tu gak..hehehe...miang gak bos dia ni...


Bila lar nak cite nape dia ada kat sini, sebenarnye pada 10-12-2009 tu ari adalah annual dinner company dia dengan tema retro, so carilah baju, aksesori yang hampir retro...memang byk2 aku rasa, dia yang paling lain dari yang lain sbb yg lain pakai retro yg biasa jek..Dah memang keje aku agaknye maka aku lah jadi mangsa ke sana ke sini (kira mcm supir lar) beli barang tu barang ni, sebab selagi tak setel smue ni, aku juga buat itu ini... dia posing bersama salah satu artis..Lia namanya, dari mana pun aku tak tau..sebab dah ramai sgt artis kat Msia ni, itu tak termasuk adik aku tu..hehehe


Pembuka dan penutup majlis dan juga blog aku. Amy Search sebagai artis jemputan juga.. Bos adik aku tu sebenarnye dia suka dengan lagu isabella (bos dia jepun), bole tahan gak nyanyi lagu tu. Masa bos adik aku nyanyi, pastu baru Amy masuk dan sambung lagu isabella, rasanye yang over menyanyi tu bos dia je, maklumlah bos dia pun artis juga, dari jepun tapi tak terkenal, if terkenal pun kat tempat keje adik aku jek...hahahaha

Aku memang saja nak letak gambar2 adik aku semasa berlangsungnye annual dinner yangg dibuat di Mutiara Hotel pada 10-12-2009... Walau pada aku dan ramai lagi yang ckp pakaian dia cantik, tapi dia tak menang pun dalam pakaian tercantik, agaknye judges tu mata nye senget kot sebab dia pilih yang biasa je pakaian nye sebagai pemenang..Rasanye judges tu kena pakai kanta pembesar kot..hahaha... ok lar aku tinggalkan korang dgn cite dan gambar kat atas ni tau..enjoy lar....

Chicken Koobideh




















BAHAN DAN CARA :
1kg ayam tanpa tulang, dicincang halus
2 st garam
2 st serbuk cili
2 st serbuk kunyit
3 gm serbuk safron
100gm minyak sayuran/zaitun
250gm air bawang

Gaulkan ayam yang telah dicincang bersama air bawang, kemudian masukkan serbuk kunyit, cili, safron dan minyak sayuran/zaitun, rasakan. Gaul rata, kemudian cucukkan ke besi pencucuk dan panggang hingga kecoklatan. Angkat dan hiaskan. Hidangkan

Kebab Ayam


























BAHAN DAN CARA :
1kg dada ayam
250gm air perahan bawang besar
1 cawan minyak sayuran/zaitun
Garam dan serbuk lada hitam, untuk rasa
1 st serbuk kunyit
2 cawan air dicampurkan sedikit safron
Sebiji tomato, untuk hiasan (dipanggang bersama ayam)
Lemon dan bawang besar, untuk hiasan

Potong kecil dada ayam dan masukkan ke dalam mangkuk.  Kemudian masukkan air safron, serbuk kunyit, minyak sayuran dan rasakan. Perapkan selama 3 jam kemudian baru dipanggang. Semasa panggang, renjiskan air bawang keatas ayam. Angkat dan hiaskan. Hidangkan

My Pudding Caramel




















BAHAN DAN CARA :
Untuk puding
10 biji telur
Satu tin susu pekat
Satu sudu tepung gandum
Sedikit esen vanila

Untuk caramel
Gula

Untuk puding. Pukul telur, susu pekat, tepung gandum, esen vanila. Tambahkan air lebih kurang setengah tin susu tadi. Ketika memukul, jangan terlalu kembang sehingga berbuih, ketepikan. Untuk caramel. Panaskan gula di dalam kuali sehingga cair, kacau selalu agar gula cair dengan sekata, tambahkan sedikit air. Jika sudah pekat keperangan, angkat dan ketepikan. Untuk mengukus. Dalam satu bekas tupperware, tuangkan sedikit karamel membentuk satu lapisan nipis di dasar bekas tersebut. Tuangkan adunan puding di atas lapisan karamel itu, sehingga lebih kurang seinci tebalnya. Masukkan bekas berserta adunan itu ke dalam steamer/pengukus. Kukus lebih kurang 20-30minit. Setelah masak, terbalikkan bekas tersebut di atas pinggan/dulang bagi mengeluarkan puding tersebut. Biarkan dan kemudian baru masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk.

Tomato/Cucumber Yogurt


BAHAN DAN CARA :
Sebii timun, dipotong dadu
Sebiji tomato, dipotong dadu
Daun ketumbar, dihiris halus
3-4sb yogurt
1 sb jus lemon
Garam dan sebuk lada hitam, untuk rasa

Campurkan kesemua bahan, gaul rata dan rasakan. Hidangkan
(Sesuai dihidangkan dengan Biryani kambing atau Nasi kebuli)

Kentang Goreng


BAHAN DAN CARA :
2 biji kentang, dipotong wedge/memanjang
Sebiji timun, dipotong memanjang
Sebiji karot, dipotong memanjang
Segenggam daun ketumbar
1 st mustard seeds
Sebiji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
Garam dan serbuk lada hitam, untuk rasa

Panaskan kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga harum, lalu masukkan kentang dan karot, kacau dan biarkan kentang dan karot empuk, tambahkan air jika perlu. Kemudian masukkan mustard seed, timun dan daun ketumbar. Rasakan. Angkat dan hidangkan.

Acar Bawang
























BAHAN DAN CARA :

Sebiji bawang besar, dihiris halus
1 cawan daun parsley
1 sb jus lemon
Secubit garam
1 sb beet merah, dicincang halus, jika suka

Gaul kesemua bahan, rasakan dan hidangkan bersama chicken kabsa atau mandy.

Ratu....gambar


Ini lah gambar adik dan anak aku (intan, yang pakai tudung tu...yang kat depan tau, bukan kat belakang adik aku tu)... Gambar dia dgn kengkawan dia masa gi open house, (hampir setiap minggu asik gi open house jek, tengok lah badan dia... open jek...hahaha). Biasa lar minah ni memang suka selit jek kat mana2, tak kira lah kamera orang ker, kamera dia... hampir semua nyer muka dia... eeee takde muka lain ker....


Inilah dia Ratu ... kamera n gambar .... hahahha .... Inilah adik aku yang menjaga anak2 aku sepeningglan aku ke luar negara .... dengan rambut baru nyer ... ala tiru rambut aku lar tu .... gambar raya baru2 ni .... aku suruh dia email smue gambar family, ada ke patut gambar dia jek yang dia email ... apa daaa .... tak pe lah sementara nak tunggu gambar lain dia email, aku letakkan dulu gambar dia sebagai penghias blog aku pada hari ni .... so buat adik aku tu, cepat2 email kat aku family photo yang lain .... thanks yah

Lagu Thailand, Indon

Nape lah tetiba aku teringat lagu2 Thailand yang aku suka dulu, last 4 years lah aku mula suka lagu Thai, tapi cuma beberapa penyanyi nyer jek yang aku suka. Sampaikan aku bole hafal lagu nyer, adalah dalam 5-6 buah lagu bole aku nyanyi.... kadang anak2 aku hairan, kena sampuk ke ibu diorang ni, sampai lagu thailand pun suka... bukan aku tak suka lagu melayu, cuma saja suka2 dengar lagu bahasa lain lak... if buka you tube tu, memang lagu indon n thailand jek aku dengar...lagu melayu nanti lah balik Msia baru aku dengar.... Aku ada kaset and cd nyer dulu, tapi dah pindah sana sini, ntah mana pergi cd nyer.... Sekarang ni aku tgh tunggu CD nyer (Thailand dan Indon, yang indon aku suruh ex driver aku pos) sampai kat JB, so bila aku balik JB bole aku dengar lagu2 tu, ala sekali2 layan telinga dengar lagu thailand dan indon.... mesti jiran ingat mana punyer indon dan thailand mari daaa..... apa yang penting, aku tak ganggu orang dan nape lak nak sibuk2 kan.... So sesiapa yang buka blog aku ni, adalah 4-5 lagu thailand aku ada selitkan, begitu juga dengan lagu indon..... So layannnnnn....zazzzzzzz

KebesaranMu

Kau tempatku mengadu hati
Memberi segala hidup
Dunia dan seisinya milik-Mu
Mencintai-Mu sejati
Ku manusia yang penuh dosa
Berharap ampunan-Mu
Lihat di langit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup
Allahu Akbar Maha Besar
Memuja-Mu begitu indah
Selalu Kau berikan semua
Kebesaran-Mu Tuhan

Two-seed Crackers















BAHAN DAN CARA :
2 cawan tepung gandum
1 st baking powder
1 sb mustard seeds
2 sb bijan
60gm butter
1/2 cawan air sejuk

Panaskan oven 180C dan griskan dulang pembakar, ketepikan.
Ayakkan tepung, baking powder dan 1/2 st garam ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan bijan dan mustard seeds dan taburkan sedikit sebuk lada hitam dan garam. Masukkan butter ke dalam adunan tepung dan dengan  menggunakan hujung jari, sebatikan hingga menjadi seperti bread crumbs. Buat lubang di tengah dan masukkan air sejuk, kacau sebati hingga menjadi doh yang lembut. Bahagikan kepada 2 bahagian jika doh terlalu besar agar senang untuk membentukkannya. Bentukkan doh seperti sosej dan hiris setebal 5mm dan masukkan ke dalam dulang pembakar dan bakar selama 20-25 minit. Angkat dan sejukkan sebelum simpan dalam bekas kedap udara, dan boleh simpan selama 5-6 hari.

Basil n Cheese Grissini















BAHAN DAN CARA :
7gm dry yeast (packet)
1 st gula

315ml air suam
4 cawan all purpose flour
1/4 cawan minyak zaitun
1/4 cawan daun basil, dicincang (kering atau segar)
1/2 cawan keju parmesan, diparut
2 sb kepingan garam laut, jika ada

Campurkan yeast, gula bersama air suam, biarkan 5-10 minit atau yeast berbuih, ketepikan. Ayakkan tepung bersama 1 st garam, lalu dimasukkan ke dalam yeast tadi dan masukkan sekali minyak zaitun. Ulikan adunan sehingga menjadi doh dan masukkan keju dan daun basil, uli hingga sebati. Tutupkan doh dengan tuala basah, dan biarkan selama 1jam. Panaskan oven 230C dan griskan dulang pembakar. Keluarkan doh, tumbukkan sedikit agar gas dalam doh keluar. Bahagikan doh kepada 24 bahagian dan uli hingga jadi bentuk seperti sosej. Masukkan dalam dulang pembakar dan taburkan garam laut ke atasnya dan bakar selama 15 minit atau hingga kecoklatan dan rangup. Angkat dan hidangkan.

Vege Tempura Patties















BAHAN DAN CARA :
Wasabi Mayonese
2 st serbuk wasabi
1 st japanese soya sos
1/2 cawan mayonese

Untuk Vege
1/2 batang karot } dipotong memanjang dan dihiris nipis
2 biji keledek }
Sebiji zucchini } 
Sebiji kentang }
2 batang daun bawang }
4 keping nori }
1/2 biji bawang merah, dicincang
* 2 cawan tepung tempura, diayak
* 1 cawan soda water
* 2 sb parutan halia
Minyak untuk menggoreng

Untuk wasabi mayonese, campurkan kesemua bahan dan kacau sebati, ketepikan. Untuk vege, campurkan kesemua bahan kecuali bertanda (*) dalam mangkuk dan gaul sebati, ketepikan. Masukkan tepung tempura, soda water, halia ke dalam mangkuk, kacau sebati hingga menjadi batter lalu masukkan vege ke dalam batter dan gaul sebati. Gorengkan vege sedikit demi sedikit hingga kekuningan dan rangup. Angkat, toskan minyak lalu ditaburkan dengan sedikit garam. Hidangkan bersama wasabi mayonese.

Cajun Chicken with Lime and Tomato





















BAHAN DAN CARA :
2 biji limau nipis, dibelah 4
3 biji tomato, dibelah 4
Daun ketumbar, dihiris kasar
4 keping bahagian dada ayam
2 sb serbuk cajun

Perapkan ayam dengan serbuk cajun, gorengkan hingga kecoklatan. Angkat dan ketepikan, lalu dihiris tebal sedikit isi ayam tersebut. Gorengkan limau nipis dan tomato sebentar, angkat. Campurkan kesemua bahan yang telah digoreng bersama daun ketumbar. Hiaskan dan hidangkan.

Soba Noodle Salad














BAHAN DAN CARA :
220gm soba noodle
1 biji lebanese/japanese timun
250gm baby bak choy, dibersihkan dan cuci
1 biji lada bengala merah, dihiris memanjang
2 st soya sos
1 st minyak bijan
1 st parutan halia
2 st bijan hitam/putih

Masakkan soba lebih kurang 3-5 minit atau hingga soba lembut. Angkat dan rendamkan dalam air sejuk sebentar lalu ditoskan dan ketepikan. Potong timun nipis dan memanjang (menggunakan pengupas kulit buah), masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan bersama bak choy, lada bengala, soya sos, minyak bijan dan halia lalu ditaburkan bijan hitam/putih keatasnya dan hidangkan.

Prawn n Seaweed Parcels


















BAHAN DAN CARA :
250gm somen/soba noodle
24 ekor udang, dibuang kulit, tinggalkan ekornya
4 keping nori/seaweed
60gm tepung gandum
2 biji kuning telur
Minyak, untuk menggoreng

Potong soba/somen noodle mengikut saiz udang, ketepikan. Ayakkan tepung, masukkan telur dan kacau rata untuk dijadikan batter (celupan), jika batter agak pekat, tambahkan air. Celupkan udang ke dalam batter
dan bungkuskan udang dengan soba/somen noodle dan  lilitkan  nori/seaweed keliling udang bersomen/soba noodle itu. Gorengkan udang lebih kurang seminit atau hingga keemasan. Angkat dan hidangkan.

Saran disajikan bersama Asian coriander dip atau Thai dip.

Hummus




BAHAN DAN CARA :
425gm kacang kuda dalam tin, dibuang airnya
(Jika tiada, rendam 300gm kacang kuda semalaman dan rebus hingga lembut dan kisar lumat)
2-3 sb jus lemon
2 sb minyak zaitun
2 ulas bawang putih, dicincang lumat
1/4 cawan tahini (biji bijan yang dicampur sedikit minyak zaitun dan dikisar halus, biasanya terdapat di pasaraya yang menjual makanan international)

Masukkan kesemua bahan kedalam food processor atau blender dan kisar lumat. Rasakan dan hidangkan.

Saran disajikan bersama lebanese flat bread.

Garlic Mushroom Dip


BAHAN DAN CARA :
1 sb minyak zaitun
400gm cendawan butang, dicincang
2 ulas bawang putih, dicincang
1 sb daun parsley cincang
185gm sour cream
185gm yogurt
2 batang daun bawang, dihiris halus
1 sb jus lemon

Panaskan minyak dan gorengkan cendawan sehingga airnya keluar. Angkat dan campurkan kesemua bahan. Rasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Hidangkan.

Crab n Corn Dip

















BAHAN DAN CARA :
170gm isi ketam
300gm sour cream
1/2 biji lada bengala merah, dicincang
2 sb jus lemon
125gm cream corn
3 batang daun bawang, dihiris halus

Campurkan kesemua bahan dan rasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Hidangkan.

Anak aku periksa....

Aku yang sibuk tunggu bujang aku tu balik dari sekolah untuk tanya perkembangan PMR nyer yangbermula hari ni.... today subject is BM and Pendidikan Islam...mmmm aku tanya dia mcm ner, ok tak... jawapan dia bagi kat aku senang lar... so bole dapat A's this two subject lar.... tak ar dia kata, BM dia target dapat B, Pendidikan Islam dapat A.... sepatut nyer dua-dua dapat A's...... Apapun aku doa yang terbaik untuk dia dan kengkawan dia yang sama2 amek peksa dan buat semua lar pelajar yang mengambil PMR tahun ni... Ok, Anas nampak nyer dah hampir sihat, semalam bawa dia pegi hospital.... ada baik skit... bukan per aku takut nanti balik JB tak sihat, takut kena tahan lak kat Changi tu, lagipun sakit dia boleh berjangkit....so kena berhati2 lar....

Hari ni aku ada banyak masa dan aku dah boring skit tengok blog aku, so aku tukar lagi lar, so pada sapa2 yang tersalah masuk blog aku tu, tengok nama aku dulu ye... ok lah esok2 aku sambung lagi... esok weekend, segan skit nak duk lama2 depan komputer ni, hubby ada.... lagipun nak shopping2 dan nak menghabiskan duit hubby...hehehe...ala shopping skit2 jek untuk bawa balik JB nanti..... Ooi orang kampunggggg, aku balik JB 22hb ni, so tungguuuuuuu......Heee lupa lak, aku dah dapat handphone baru, biasa jek tak lar canggih, asal bole pakai dah lar ye... Nokia E71....

Pizza Wheels


BAHAN DAN CARA :
1/2 biji lada bengala merah, dicincang halus
1/4 cawan (15gm) daun parsley, dihiris halus
2 sb oregano (segar atau kering), dihiris halus
100gm daging cincang
1/2 cawan parutan keju cheddar
1/4 cawan tomato paste
2 keping readymade-rolled puff pastry

Panaskan oven 200C.
Campurkan kesemua bahan (bahan A) kecuali tomato paste dan pastry. Sapukan tomato paste pada setiap readymade rolled puff pastry dan isikan (bahan A) diatasnya dan gulungkan pastry dan sapukan air dihujung pastry agar ianya melekat. Potong gulungan pastry kepada 1cm dan masukkan ke dalam loyang pembakar bergris dan bakar selama 20 minit atau kecoklatan.

Saran dihidangkan bersama hummus atau roasted pumpkin dip (Lihat DIPPING/SPREAD SAUCE)

Mini Indian Yogurt Bread


BAHAN DAN CARA :
280gm packet naan bread mix
2 batang daun bawang, dihiris halus
250gm yogurt
1 sb nigella seed (black onion seed) jika ada. Jika tiada gunakan bijan hitam

Panaskan oven 190C.
Masukkan naan bread mix ke dalam mangkuk dan masukkan daun bawang. (Ikuti langkah yang disediakan di pembungkus naan bread mix untuk menjadikannya doh). Bahagikan doh kepada 4 bahagian dan setiap bahagian jadikan 6 (4 x 6 = 24 bahagian kecil). Canaikan setiap doh menjadi bentuk bulat 5cm. Masukkan doh yang telah dicanai ke dalam dulang pembakar dan sapukan yogurt dan taburkan nigella seed atau bijan hitam keatasnya. Bakar hingga 15 minit atau kecoklatan. Angkat dan hidangkan.

Saran dihidangkan bersama kuah dal.

Corn Sticks


BAHAN DAN CARA :
7gm dry yeast
375ml air suam
1 sb madu
2 st serbuk jintan manis
1/2 st serbuk cili
405gm tepung gandum
3 batang daun bawang, dihiris halus
90gm parutan keju cheddar
60ml minyak zaitun

Masukkan yeast dan madu ke dalam air suam, biarkan hingga yeast berbuih, ketepikan. Ayakkan tepung gandum bersama jintan manis, serbuk cili dan masukkan keju dan daun bawang, gaul sebati. Buatkan lubang ditengah, masukkan adunan yeast dan minyak zaitun dan uli sehingga menjadi doh. Uli sebati doh, tutupkan dengan tuala basah dan biarkan doh mengembang 2 kali ganda. Panaskan oven 220C. Keluarkan doh dan tumbukkan doh agar rata sedikit. Potong kecil-kecil doh dan gulungkan seperti bentuk sosej, lalu masukkan dalam loyang pembakar bergris dan biarkan sebentar dalam 10 minit. Kemudian masukkan doh ke dalam oven dan bakar selama 15 minit atau kecoklatan. Angkat dan hidangkan.




Cheese Biscuits













BAHAN DAN CARA :
1 cawan tepung gandum
2 sb self-raising flour
1 st serbuk kari
125g butter
1/2 cawan keju parmesan, diparut
85gm keju cheddar, diparut
1 st jus lemon
25gm parutan keju parmesan, untuk ditaburkan diatas biskut

Gaulkan butter bersama tepung dan serbuk kari hingga menjadi seperti bread crumbs (jika ada food processor, masukkan ketiga bahan ini dan kisarkan). Kemudian masukkan keju dan jus lemon dan uli adunan dan bentukkan adunan memanjang dan sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam. Keluarkan. Panaskan ketuhar 200C. Potong aduan senipis 5mm dan masukkan ke dalam loyang pembakar. Taburkan (25gm) keju parmesan diatasnya dan bakar selama 15 minit atau biskut kecoklatan. Angkat dan hidangkan.

*Saran dihidangkan bersama spinach pate atau cucumber dan pear dip. (lihat resepi DIPPING SAUCE/SPREAD)

Pemandangan dalam flight

Hari ni aku saje jek nak tayangkan gambar2 pemandangan dalam flight, masa tu dari Melbourne ke Singapore and also since handphone aku dah berderai, aku amek koleksi gambar2 lama untuk aku tayang kat bolg aku ni....Mana lah dalam flight bole on handphone... tapi aku dengan selamber jek on handphone, dah tu dengar lagu lagi... so dah nampak pemandangan kat luar yang menarik tu, tak kan aku nak lepaskan peluang amek gambar  kan.... Tiap kali flight attendance lalu sebelah aku, cepat2 aku sembunyikan hp aku tu...hehehe... if dia tau, mau dia suruh lempar hp aku tu kat luar...hahaha


Gambar awan yang sempat aku ambik, rasa macam nak sentuh jek awan2 tu... bila dah banyak, eee nampak cantik nyer...MashaAllah


Ni masa kat mana ntah, aku lupa ar...



Masa ni dah nak sampai kat Singapore, aku rasa ni projek kat Desaru lar...kot...



Ni pun sama gak, projek kat Desaru, if tak caya, cuba tgk betol2... :-)




Yang ni dah nak hampir kat Changi, so gambar tu dekat2 dengan Changi lar kan????



Landing time.... heheee sempat lagi amek masa nak landing eh..


Buat adikku

zwani.com myspace graphic comments
Custom Twitter Backgrounds

SELAMAT ULANG TAHUN BUAT ADIKKU YAHYA PUTRA BIN HASHIM  YANG BERADA DI KUALA LUMPUR, MALAYSIA. SEMOGA DENGAN BERTAMBAHNYA UMUR SEMAKIN MATANG MENGHADAPI PELBAGAI DUGAAN DUNIA. SEMOGA ALLAH PANJANGKAN UMUR BELIAU, MENAMBAHKAN REZEKINYA, DILIMPAHKAN RAHMAT DI DUNIA DAN AKHIRAT, INSHAALLAH

Chicken Kabsa





















BAHAN DAN CARA :

1 ekor ayam, dipotong menjadi 4 bahagian
1/2 cawan minyak masak
2 biji bawang besar, dicincang
1 tin tomato puree
2 biji tomato, dipotong dadu
4 ulas bawang putih, dicincang
1 biji karot, dikisar, ambil jusnya
1 sb parutan kulit limau
4 biji cengkih
4 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
Garam dan serbuk lada hitam, untuk rasa
1 cawan beras basmathi

Untuk hiasan :
1/4 cawan raisin
1/4 cawan kepingan badam
1 cawan acar bawang (lihat resepi bahagian acar)
Sos tomato (1 biji tomato dan 2 biji lada merah dikisar lumat, lalu perahkan lemon dan rasakan)

Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga harum, lalu masukkan kesemua bahan kecuali beras. Masakkan ayam lebih kurang dalam 15-20 minit, angkat dan ketepikan. Kemudian masukkan beras ke dalam kuah tadi dan masakkan nasi hingga matang, tambahkan air jika perlu. Ketepikan. Masukkan ayam yang telah dimasak tadi kedalam loyang pembakar dan bakar ayam hingga kecoklatan. Angkat dan hidangkan, hiaskan dengan raisin dan kepingan badam disamping acar bawang dan sos tomato.

Hina Islam, Bertudung & Bermaksiat Lebih Besar Dosa

"Amat memalukan, saya baru jumpa satu video yang tunjukkan pasangan melayu ditangkap di tasik-tasik dan tempat awam tengah bercumbuan, apa pandangan ustaz, hampir 95 % darinya bertudung jenis tak sempurna tu ustaz, ustaz tau tak?" tanya seorang pendengar kuliah saya sejurus selepas kuliah saya berkenaan aurat. Kemudian selang beberapa hari, pemuda ini menghantar email kepada saya beserta satu petikan video yang dimaksudkan. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah..wa Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..memang amat mendukacitakan.
Pemuda itu juga menulis seperti 'kepeningan' dan 'kebingungan' dengan persekitaran ini dengan katanya. "Boleh tak agaknya saya buat kesimpulan bahawa hampir semua wanita yang bertudung pendek atau fesyen, dengan kain belah atau baju sempit atau baju kurung biasa, semua ni jenis yang 'murah' dan boleh diajak seks bebas dengan mudah hari ni, apa pandangan ustaz?" Mengurut dada saya mendengar kesimpulan pemuda berpakaian kemas dan bekerjaya profesional ini. Sudah tentu amat marah para wanita dengan kesimpulan si pemuda ini.

"Saya hanya masih percaya dengan wanita yang berjubah dan bertudung labuh sahaja sekarang ini ustaz, harapnya mereka dapat pertahan maruah dan kesucian mereka serta tak jadi macam si pemakai tudung pendek yang terbukti tiada banyak beza dengan free hair" katanya lagi dengan tegas.

Selepas pemuda ini mengutarakan pendiriannya barulah saya memberikan penjelasan panjang lebar. Bagaimanapun saya belum berhasrat menyebutnya di ruangan ini, cukuplah saya dedahkan betapa kecewanya pemuda profesional ini dengan apa yang berlaku di hadapan matanya.

Kesimpulannya, wahai wanita bertudung kembalikan maruah anda dengan tutupan aurat yang sebenarnya, akhlak wanita Islam yang sebenarnya, janganlah merosakkan imej Islam itu dengan maksiat yang amat dimurkai Allah SWT. Sesungguhnya kenikmatan duniawi amat amat sementara, carilah kenikmatan akhirat yang kekal abadi.

Dari sudut hukum pula, hal wanita bertudung yang melakukan maksiat, dosanya sudah tentu lebih hebat dari wanita yang tidak bertudung yang melakukan maksiat. Hal ini boleh difahami dari ayat seperti :-

ينساء النبي لستنّ من يأت منكنّ بفاحشة مبينة يضاعف لها العذاب ضعفين

Ertinya : Wahai isteri-isteri Nabi, barangsiapa di antaramu yang melakukan maksiat dengan jelas, maka di gandakan azab buatmu dua kali ganda" ( Al-Ahzab : 59 )

Memang benar ayat ini ditujukan khas buat isteri-isteri Nabi SAW disebabkan kemulian dan kedudukan mereka yang sangat mulia, bagaimanapun ayat ini sebenarnya menggariskan bahawa setiap kali bergandanya kemuliaan, maka bergandalah dosanya (jika melakukan maksiat), demikian hukuman ke atas wanita bebas lebih berat dari wanita hamba sahaya di zaman silam. Dikatakan sebabnya adalah kerana bertambahnya mudarat dan penghinaan kepada Nabi SAW (Al-Jami' Li Ahkam AL-Quran ; AL-Qurtubi, 14/ 114 dengan sedikit pindaan )

Demikian jualah bagi wanita bertudung yang telah menaik tarafkan kedudukannya dengan kemuliaan Islam, tetapi kemudiannya melakukan maksiat. Maka jika bersandarkan kaedah di atas, jelaslah dosa mereka bertambah besar kerana maksiat itu sendiri dan merosakkan imej Islam secara jelas. Bertawbatlah. Demikian juga halnya maksiat (termasuk pelaburan internet yang disepakati haram secara sepakat ulama dunia dan Malaysia) yang dilakukan oleh seorang ustaz yang jauh lebih besar dosanya dari dosa oleh lelaki biasa di sebabkan imej dan kedudukan yang dibawanya.

Ikan Sambal Tomato















 BAHAN DAN CARA :
3 ekor ikan talapia, dibersihkan dan lumurkan dengan kunyit dan garam untuk menggoreng
3 biji tomato
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 cm halia
1 st serbuk kunyit
1 st serbuk ketumbar
1 st jintan manis
Daun ketumbar, dihiris kasar

Gorengkan ikan terlebih dahulu, angkat dan ketepikan. Kisar kesemua bahan kecuali daun ketumbar lalu ditumis dan biarkan hingga kuah agak mengering. Masukkan ikan dan balik-balikkan ikan agar kuah meresap ke dalam ikan. Angkat dan taburkan dengan daun ketumbar, hidangkan.

ManDy (SpiCy ChiCken with RiCe)

  




















BAHAN DAN CARA :
1 ekor ayam, dipotong 8
1 cawan beras basmati, cuci dan toskan 
2 sb ghee
2 helai daun salam (bay leaves)
1 biji bawang besar, ditumbuk
2 bulas bawang putih, ditumbuk
6 biji buah pelaga 
5 biji cengkih
2 batang kayu manis 
2 biji limau kering (ianya berwarna hitam), jika ada 
1 st jintan manis
1 st ketumbar biji 
Garam dan serbuk lada hitam, untuk rasa
1 st halia tumbuk
1 st buah pelaga, dikisar halus 
1 tin tomato sauce/paste 

Untuk hiasan
1/2 biji lemon, untuk diperahkan atas ayam
Pine nuts dan raisins, jika suka
1 cawan gerber (sejenis sayur yang seakan bayam, tapi baunya seperti kacang tanah), jika ada
1 cawan acar bawang - (Sebiji bawang besar, dihiris halus dan dicampurkan dengan daun ketumbar yang dihiris kasar, lalu diperahkan lemon dan digaul bersama)

Panaskan ghee dalam periuk yang besar dan masukkan bawang besar, bawang putih dan halia, tumis hingga harum baru masukkan daun salam, buah pelaga, kayu manis, limau kering, jintan manis dan buah pelaga yang telah dikisar halus, rasakan dan kacau rata, biarkan sebentar. Kemudian masukkan tomato paste. Kacau dan biarkan agak pekat, lalu masukkan ayam. Gaul sebati dan masakkan selam 35 minit. Angkat dan ketepikan. Untuk nasi, masukkan beras ke dalam periuk ayam tadi dan tambahkan air, biarkan nasi matang dan ketepikan. Sementara nasi masak, panggangkan ayam yang telah dimasak tadi hingga kecoklatan. Angkat dan hidangkan bersama nasi dan hiasan yang lain.

BaRu NaK berZiaRah...

Setelah lima hari raya, baru ada masa aku nak melawat kengkawan yang ada kat sini (macam ramai sgt kawan yang aku ada ye...hehehe).. Tadi siang after asar, aku pergi ke rumah jiran lama aku, beraya.... kat sini raya mereka tak macam kat Msia, tak berapa meriah sgt pun...If kat Msia ni, aku rasa dah nak abis raya pun aku masih boleh berkunjung lagi ke umah kawan2....hahaha dah nama nyer raya sebulan, mestilah sebulan kena rayakan...betul tak.... ok, balik pada jiran aku tadi tu, tak banyak hidangan yang dia beri.... ala aku bukan kisah sgt pun apa yang dia bagi, yang penting aku dah beraya kat umah dia.... Haaa Anas dapat duit raya 100 riyal, ee banyak tu.... apa lagi, biar aku yang pegangkan duit nyer, dia baby lagi, tak tau nak belanjakan duit tu, bagi kat aku... aku simpan kan lah duit tu, bukan aku nak pun.... Adalah kat 1 hour 45 minit gak kat umah dia....after that we go to Kuwaiti Souk (tempat ni jual mcm2, dari baju, perabut, carpet, jajan lah...dan lain2 lagi lah), bayar balance duit perabut.... (beli perabut baru daa....hehehe show off jap)... Ala beli almari baju jek, sebab end of december, adik ipar aku nak datang (adik ipar aku ni lebih tua dari aku...aku jek muda, tak tua2...hehehe perasaan nyer), sebab tu nak siap2 kan dulu, senang... nanti last minit baru nak beli n mengemas, mau aku 'berkungfu' masa tu.... memang tak sempat segala lah.... kan aku gak yang susah.... lagi pun, InshaAllah aku nak balik JB during school holiday tu.... sapa yang nak tolong hubby aku kemaskan smue.... Since semalam dah banyak gambar aku letak, ari ni macam takde gambar lak nak letak... kang letak gambar aku.... orang bosan lak... asik muka aku jek... tapi kan, dah blog aku... so aku mesti nak letak muka aku walau tak banyak pun.... hehehe biarlah org mau kata apa, yang penting aku hepi...



Saja jek nak tayang gambar ni... masa ni raya tahun lepas, sebab tahun ni tak balik, so aku tepekkan yang last year nyer gambar jek lah... apa yang penting... gambar aku...

PeRsemBahan DAri DaMMam dan Al-KhObAR

Tok..tok..tok.. Assalamualaikum, kami datang nak beraya ni..... Apa kabar smue? Semalam baru balik dari Dammam dan Al-Khobar.... huhhh penat nyer, perjalanan memakan masa 3-4 jam (mcm dari JB ke KL daa), tapi memang seronok, sebab dah lama tak jalan jauh2 ni, lagi2 lah naik kereta jek... so di sepnajang perjalanan memang banyak desert lah, kiri kanan desert...tak kan hutan lak kan...hehee macam ada hutan kat sini daa.... Masa nak pergi ke Dammam, memang takde masalah, smooth jek perjalanan, kereta tak banyak... masa balik ada masalah.... haaaa nak tau apa dia... nak kata tersesat, tak gak... cuma salah masuk jalan... so after 50km baru jumpa road to Riyadh, so bayangkan betapa jauh nyer kami tersalah jalan.... dah tu kiri kanan seluas-luas alam desert tu, after 10km jek baru ada kereta lain, itupun the other side of the road.... Balik pada Dammam lak, waktu solat nyer cepat half hour dari Riyadh... Kitaorg lepak kat hotel Tulip Inn, ala tak glamer pun hotel nyer, tapi depan laut, so our room view is laut lar, walau nampak separuh.... sampai sana on first raya about 2pm gak... sampai jek, terus lepak, after isyak baru kluar, nak tengok firework (bunga api daa)... ingat ada, mmmm takde pun.... then we go shopping skit kat C4, pastu lepak kat laut... tgk orang mancing... ok lar... tapi sini cuaca nyer memang humid...berpeluh2 akak, malam pun sama gak quite panas... 2nd day baru pegi ke Al-Khobar (tak jauh pun, lbh kurang 10km perjalanan dari Dammam). Dari al-khobar akan naik jambatan yang panjang nyer 27km, pastu kat tengah2 nyer ada pulau buatan.... and also check point ke Bahrain... cuma nak ada visa jek utk ke sana...lain kali aku nak ke Bahrain lak.... ramai orang nak ke Bahrain masa tu... tak lama pun kat sana, pastu trus lepak2 kat cornice (dipanggil cornice sebab sepanjang jalan ni ada laut dan dekat dengan laut, so they called it Cornice)... tengahari buta lepak kat sana...boleh legam aku ooi... Ok lah kat bawah ada skit gambar dan cerita di sebalik gambar tu...saksi kan lah yer...


1) Gambar sebelum dan selepas ke Dammam, biasa lar mesti gambar tuan punyer blog dulu yang dipamerkan.... Gambar bawah kanan tu, masa on the way nak balik, tersesat sejauh 50km ooi, jauh tu.... baru jumpa jalan balik ke Riyadh. kesian nyer... (sempat posing walau tersesat..hehehe)

2) Di sepanjang perjalanan, memang kiri kanan desert, so ini lah padang pasir nyer, hugeeeee sgt



3) Yang ni lak yang pasir nyer warna merah....

4) Gambar yang atas ni, masa ngah lalu kat sini terjadi ribut pasir, tapi tak lah kuat sgt ribut tu, so dah nama nyer ribut, gambar pun beribut gak lar ye..hehehe. Kat bawah kanan lak, ntah apa2 jek, kat tgh2 desert pun diaorg nak buat amusement park, yang bulat tu kono2 macam eye on Malaysia lar. Yang sebelah kiri is petrol station, tak mcm kat Msia dia nyer R&R kan!!

5) Still padang pasir, cuma dah hampir nak sampai ke Dammam baru terbentang luas desert yang ada pokok2 (Gambar yang kat bawah tu)

6) Yang ini masa 2nd day nak ke Al-Khobar, so dari Al-Khobar bole terus ke Bahrain melalui jambatan ni, so kiri kanan laut pulak...




















7) Panjang bridge ni lebih kurang 27km, and di tengah2 nyer ada pulau buatan sebelum ke Bahrain. Gambar bawah tu, kat tengah2 jambatan (pulau buatan tu)

7) Masih atas jambatan...


8) Inilah dia check point nak ke Bahrain... dah tak jauh pun nak ke sana, cuma nak ada visa jek, sampai lah... lain kali lak aku nak kesana, InshaAllah

9) Yang ini lak pasir nyer sgt halus, n bila angin tiup, ia membukit.. Gambar ni masa dalam perjalanan nak balik ke Riyadh

10) Sama gak, masa on the way nak balik, dan yang tersesat jalan tu...hehehe... Haa yang best nyer bole nampak unta berkeliaran kat sini... nasib baik unta tu besar dari keta aku, if tak mau aku tangkap unta tu and ikat atas bumbung kete...hahahaaa

11) Ini lah dia hotel yang kitaorg lepak, Tulip Inn, biasa jer hotel, tapi ada spa lagi... Masa dah samapi Damman dan nak cari hotel ni, kira berpusing2 gak lah nak mencari... Laa sekali dah lalu pun, cuma tak perasaan jek

12)Pemandangan dari dalam bilik aku dan dari lobby

13) Playground ni terletak depan laut, pegi waktu tengahari, dah tu panas lak tu... sebab dah takde benda nak buat after pulang dari jambatan tu, so lepak jap kat sini... Salah satu yang ada di Cornice

14) Biasa lah aksi Anas,bila camera depan mata, mcm2 aksi yang nak dibuat nyer...aku blm sempat kira sampai 3 dan klik, dah sibuk nak tgk gambar dia... mcm ner tu???

15) Also pemandangan kat Cornice

16) Laut Cornice (ntah apa nama sebenar nyer, aku ngak tau daa).. Kat sini ramai yang datang lepak dan mandi kat, so bila yang pompuan nak mandi, dengan jubah2 sekali diaorg pakai, (gambar atas kanan). Ikut hati mcm nak mandi, tapi segan lah, so banyak lah nampak yang warna hitam jek kat dalam air tu...hehehe

17) Kapal tu pun nak lepak kat sini jap, ngah tunggu illegal migrate, nak bawa pulang ke negara masing2.... hahaha percaya ker apa aku ckp ni... aku gurau jek... Cuma tak berkesempatan nak saksikan sunset dan sunrise jek... Masa kat Bali dapat gak tgk sunset...cantik ooo


18) Inilah bilik hotel kitaorg. Gambar atas is entrance nyer, so masuk2 jek trus nampak dapur dulu, yang kat bawah hall nyer...quite big gak room nyer

19) Dapur dan cabinet nyer... Ade ke tak sediakan kettle, so kitaorg terpaksa beli kettle... aarghh apa daa mcm ni... so banyak bekalan kitaorg bawa, terutama maggie.... time malam2 if lapar, boleh pulun maggie tu, kan

20) Jeng jeng jeng, yang ni bilik beradu kitaorg...nampak mewah jer and mcm tak nak pakai jek katil tu...heiii mana bole tak nak pakai, rugi tu, abis tak kan nak tido atas lantai kot????



21) Bathroom and sink nyer, tapi tak berapa selesa, sebab leaking lah pulak dia nyer bath tub tu... ahh peduli apa aku, yang penting aku dapat berendam dalam tub tu....
Itu saja lah persembahan dari Damman dan Al-Khobar.... Walau tak lama kat sana, tapi pengalaman yang buat segala nyer jadi best... even this is 2nd time aku ke sini (masa first time, tak tido sana, pergi balik hari, lagi lah penat)... Ok lah, adios....