Sunday, June 29, 2014

Homemade food :-)

Selamat berpuasa semua. Tahun ni rasa seronok dari tahun2 yg lepas. Sebabnya thn lepas langsung x berpeluang berpuasa bersama suami...raya pun xdpt raya sama2. 2011...2012 dan 2013 kami berjauhan. Alhamdulillah thn ni dh kembali mcm dulu :-)

Saya dah penuhkan freezer dgn frozen food. Antaranya murtabak, karipap,roti canai,kuih kasturi,donat..lauk pauk ada daging msk hitam..sambal ikan masin dan sambal ikan bilis utk dijadikan cicahan cucur peknga roti canai n segala mcm diwaktu sahur sbb suami xmau mkn nasi time sahur.dalca frozen pun ada saya buat.

Utk mknan frozen ni..msk apa pun kna tunggu sejuk dulu baru packing. Packing dlm satu bekas utk sekali mkn je.senang nk panaskan.

Mlm smlm teringin nk buat semperit susu.sedap.boleh la mkn lps terawih.esok akan cuba buat kuih raya lain pulak.sedap woo mkn kuih raya time posa ni.

Gmbr mknan lain tu mmg homemade semuanya ye. Teringat masa bersalin irfan dulu..sblm bersalin dah buat kuih frozen n perap haiwan2 siap2. Mmg sgt membantu masa pantang sdn bhd. Campak je dlm oven..grill. boleh tinggal n gi layan anak2 :-p  saya ni lepas kawin n tercampak dok jepun ni mmg semua berdikari dgn suami. Dua kali bersalin pantang sendiri...masak sendiri semua. Alhamdulillah diberi kesihatan yg baik utk buat semua benda.

Takde manja2 dgn org tua pun. Seboleh2 nya kami xnak susahkan org tua :-) blk msia 2thn setgh tu pun dh rasa bersalah gile sbb susahkan org..tapi sbb nk bantu aiman time tu terpaksa. Sbb tu seboleh2 nya bab anak2 saya suka urus sendiri. Tak suka org ambik alih. Org tua mmg boleh bantu tapi kita kena ingat sama..org pun ada hal sendiri nk diuruskan jugak. Diorg pun nk ada masa sendiri nk buat amal ibadat. Tak boleh nk bgantung pd diorg sgt. Syukur lah saya seorg fulltime housewife..boleh jaga ank sendiri...sejak ank2 lahir saya yg jaga diorg sampai skrg.puas hati :-)

Prinsip saya selagi blh buat sendiri..buatla. Kalau dh xmampu sgt tu baru mintak tolong. Mmg sungguh struggle time tu...dgn bjauhan dari suami..emosi xstabil...dgn ank yg mcm2 mslh..xsangka boleh lalui semua tu. Nanti entry seterusnya saya akan cerita psl pekembangan anak2 :-)

Selamat menyambut bulan ramadhan pd semua :-) kami di jepun masa puasa panjang dari msia. Subuh kami disini pukul 2.30pagi..maghrib dalam 7.05 gitu. Moga diberi kekuatan melaksanakan ibadah puasa di musim panas ini. Amin.....

Tuesday, June 24, 2014

Bila mama keluar bersama anak2...

Sepanjang ayah takde seminggu ni...mama bawa anak2 keluar jalan2 jugak. Ahad lepas bawa diorg ke Vinawalk Ebina. Ni mmg tpt favourite diorg. Shopping mall byk sekitar situ..kalau weekend selalu ada event. Masa haritu ada pertandingan acapella. Sambil tgk org nyanyi sambil ank2 main air kat situ. Mama mmg bwk baju spare sbb tau diorg mmg pntang nmpk air. 40minit jugakla diorg berendam hehe.

17/6 tu sempena besday irfan mama bawa diorg ke Enoshima Aquarium. Senang je naik train dr station kat rumah ni...sampai last station...ada berbelas station jgkla.puas ank2 naik train. Lepas tu kena jln kaki dlm 3 minit. Alhamdulillah sampai jugak...dpt tgk show anjing laut n dolphin. Harini sabtu hanua jln2 di sekitar machida station.byk shopping mall situ. Tp pening tgk org.

Mlm ni suami saya dlm pjalanan pulang ke jepun....dari belgium...ke russia dan ke jepun. Moga slmt pjalannya aminnnn.....

Saturday, June 21, 2014

Mari menjahit

Antara projek menjahit saya sejak bln lepas. Yg pertama curtain tu. Susah nk cari yg mcm tu kat sini. Beli kain jahit jela. Lepas tu beg utk aiman gi sekolah...beg baju n beg bentou. Kalau ada beg lain lagi nak...gi beli jela tak larat dah :-D.
Beberapa hari lepas jugak dah siapkan 7 helai sarung bantal. Baru lah senonoh sikit sarung bantal tu..... semua2 ni saya jahit bila si suami outstation sahaja. Kalau dia ada xrajin nk jahit hehehe..

Monday, June 16, 2014

Mari manjakan diri !

Jumaat lepas hubby cuti sbb nk uruskan mcm2 sbb sabtu dia nk terbang ke Belgium seminggu. Destinasi pertama ke Zama city office sbb nk ambik borang elaun bulanan ank2 utk hntr ke Sagamihara city office sbb pindah haritu kan. Bagi yg xtau ank2 di jepun mmg dpt elaun bulanan walaupun kami foreigner tp si ayah mmg keje n byr tax kat sini. So mmg dpt sorg 10,000 yen lebih kurang rm300 setiap bln. Jadinya aiman irfan dptla 20,000 boleh buat belanja beli baju n brg diorg :-)

Dah selesai hal tu...hubby ajak gi Ayase Town Hills.katanya nk cari brg dia yg xcukup. Ku kata mcm xde tpt lain ke nak gi...sbb sbtu sblm tu dh gi situ. Dia nk gi jugak. Rupa2 nya nk suruh mama massage kat sini hahahaha. Tu umpan sbb nk tinggal lama la tu. Ambik full body massage 60min. Okla....kali kedua dtg sini. 1st time dulu masa aiman kecik lagi. Sblm tu kena isi soal selidik kot kita ada skt apa2 dan kna sign. Diorg bagi baju mcm baju tdo tu...seluar panjang sekali. Masa urut tu mmg dia xsentuh kulit pun...dia lapik selimut...tapi dia punya tekan tu mmg kna kat segala yg lenguh tu. Tukang urut tu perempuan la :-).

Dah habis urut dia kata bahagian tengkuk saya keras..patutla dia urut lama sampai xkeras dh.mmg selama ni kerap sakit tengkuk pun. Lepas tu disuruh pilih nk minum herb tea apa..ada 6 jenis...ditulis kebaikan teh tu sekali..ada ginger...lavender n mcm2.saya pilih ginger hahaha. Mmg rasa ringan bdn lepas tu :-)

Lepas tu kami gi mkn sushi. Lama xmkn sbnrnya. Blk rumah solat n keluar rumah utk hntr borang tu ke city office. Esok paginya terbanglah suamiku ke belgium...dia transit di moscow russia sblm naik flight ke brussels. Ahad ni baru sampai balik. Moga semua sihat selalu. Risau kalau hubby xde ni huhuhu.....

Friday, June 13, 2014

Irfan 4th Birthday Party

Ahad lepas sempat buat mkn2 sikit utk besday irfan. Besday 17/6 tp buat 8/6 sbb 17/6 tu si ayah xde kt jepun. Sian irfan. Dari besday 1thn...2 thn sampai 3 thn si ayah xde sekali. Dh dok dkt ni pun boleh pulak ayah xde jgk huhu. Xpe la kan. Dh keje nk buat cemana.

Antara menu nasi tomato, ayam msk merah, dalca, acar timun nenas,ayam goreng, bihun sup daging,karipap, kuih kasturi, masalodeh, chessy wedges, blueberry cheesetart, puding roti. Kek birthday...chocolate snow cheese cake. Menu agak byk. Semuanya homemade :-) tu pun dh cancel 2 menu hihihi.....

Terima kasih pd semua tetamu yg dtg...especially tetamu paling jauh Ayu n co yg dtg awal. Seronok sgt dpt msk2 mcm ni :-) best dpt sembang walaupun tuan rumah agak sibuk memasak pada awalnya tu.

Thursday, June 12, 2014

Aiman tampal gigi

Last week bwk aiman gi tampal gigi. Risau jgk takut dia amuk ke apa. Sblm gi mama sempat cari video psl tmpal gigi kt youtube bagi dia tengok sambil tu cerita kat dia. Berjaya la jugak doktor tu tampl.aiman xnangis jerit apa pun. Cuma dia mcm nk bgn byk kali hihi.nasib kejap je.

Last week jugak aiman cabut sendiri gigi dia yg goyang

Harini ke klinik gigi lagi cabut satu lagi gigi goyang. Semua ok. Tak payah buat social story dah. Cuma bgtau dia nombor 1 apa...nombor 2 apa....dia pun boleh cerita sendiri hehe.

Alhamdulillah syukur sbb mama gi sendiri je klinik dgn ank2. Jln kaki sampai eki (station). Dentist tu pun ckp jepun + english...bolehla kan :-) next appointment 25/6 ni. Takpela gi byk kali pun sbb free je. Untung sbb ank2 ada kad putih tu...gi je mana2 klinik..tunjuk kad tu...free hehe. Yela...ayah byr tax mahal2 kan :-)