Showing posts with label aiman. Show all posts
Showing posts with label aiman. Show all posts

Sunday, June 23, 2013

Aiman cedera lagi !!!!

Khamis lepas Aiman cedera lagi. Dia pecahkan cermin kabinet kt ruang tamu dgn menggunakan tgn. Puncanya sebab mama takmo bawak dia gi pacific. dh petang sgt tu yg malas bwk tu..sbb hari jumaat mmg plan nk bawak dia.boleh dok lama sikit. Marah sgt dia...dia tumbuk cermin tu. Alahai aiman. Beginilah ye cabaran nk menjaga anak autisme. marah dan tantrumnya agak sukar dikawal.perasaan mereka kena selalu dijaga ...dan ditangani dgn cara yg baik huhu. habis tu perasaan mama mcmana :-(((( mmg sepatutnya mama bawa je dia pegi...tapi niat dihati takmau apa saja kehendak dia mama kena ikut...susah nk fahamkan dia masa tu tak sesuai..dah dekat maghrib...

sbnrnya dh byk kali kes berdarah2 aiman ni.sejak dari dok jepun lagi.yg tu lagi hebat.darah menitik2 xberenti sampai panggil ambulans dtg..huhu. harap2 aiman dijauhkan dari benda2 gini. Atas sbb tu lah mama xmau sunatkan dia lagi selagi ayah dia xbalik. walaupun didesak org tua..kami tau apa yg kami buat utk ank kami. aiman special..kalau sunatkan kena full bius.dh habis bius tu xtaula cemana.dia bukan suka ada plaster2 ke apa bertampal kt bdn dia.so saya rasa org yg paling layak ada disisi dia ialah ayah dia. bab nk mjaga pun satu hal.sdgkan budak biasa pun xreti dok diam.ni kan pulak dia yg special tu. aiman jgk ada mslh sensori..dia kurang deria sakit.tgn luka kna kaca agak dlm jgk tu pun sikit pun dia xnangis. kita yg tgk pun ngeri.kalau luka dh kering tu selamba je dia tarik sampai berdarah balik..xnangis jgk pun...huhu. mama doakan yg baik2 utk aiman.moga ayah cepat balik dan kita dpt kembali duduk sebumbung mcm dulu2..

....irfan ni dh byk kali tanya mana ayah.mlm td xskype kot dia teringat :-(((

Thursday, June 20, 2013

Aiman dan irfan

Aiman genap berusia 6tahun 6 bulan 18hb lepas. Dulu dia selalu xhiraukan adik dia. masa baru lahir xde minat pun nk dekat especially masa mama dok wad 10hari.bila bwk adik dia balik rumah..dia dh mula pegang2 adik dia.kena selalu tgk. bila adik dh merangkak n pandai main.dh mula nk rebut toys..dia dh start nk serang adik.skrg ni adik dh pandai melawan dia..so kalau rebut gaduh tu riuh jgkla sbb mesti la adik kalah dan nangis lagi dia geram.

skrg ni dia dh mula boleh main dgn adik dia.dh boleh tolong siapkan adik pakai baju seluar.dah pandai jaga adik..kalau adik panjat ke kutip mkn apa2 ke..dia la yg larang adik dia. bolehla jgk diharap walau tak 100%. dh xkedekut mknan dgn adik.kalau mama suruh suap adik dia suapla.gilir2 dgn diri dia sendiri.adik minta pun dia bagi. main pun boleh main mainan yg sama..walaupun kdg2 berebut jgk.ala budak normal pun berebut jugak kan. so..mama rasa dia dh pandai take turn...pandai berkongsi mcm tu kira okla walau dia special gitu. hari selasa lepas masa ambik dia kat sekolah..masa dlm keta..aiman beritau mama " aiman pegi pacific" lepas tu buat gaya main bowling..siap ada bunyi.. " bowling" katanya lagi. dia cuba bagitau cikgu bwk outing gi main bowling haritu. ada jgk usaha dia nk bgtau mama :-) jadilah kan.....asalkan mau berckp jugak...

Monday, May 20, 2013

Kentut

suatu petang..mama bawa aiman ke giant. suruh dia dok dlm troli le sbb takut dia lari. tiba2 masa lalu kat rak susu tu..ada nyonya tu terkentut dgn kuatnya

aiman : haaa kentut brooot (dia cakap dgn kuatnya sambil buat bunyi) lepastu gelak kuat2 hahaha

mama xsangka dia nk ckp gitu. nk tergelak jugak tapi takut org marah.so cepat2 tolak troli jauh dari situ.

mesti org akan pelik dgn aiman.tapi sememangnya budak autism ni mmg jujur dan lurus.betul la kan apa yg dia ckp..mungkin xberapa sopan..tapi yg kentut merata pun kurang sopan.cemana nk bgtau aiman..huhu.moralnya disini...jgn kentut merata2 ye.simpan ditempat yg sesuai ;-p

kentut dlm bhs jepun ialah onara.1st tahu perkataan ni masa bersalinkan aiman.masa dok wad tiap2 hari nurse tanya soalan dh kentut ke belum ;-p sbb kalau xkentut org lepas csect xleh diberi makanan lagi.dh kentut baru dpt mkn :-)