Hari tu ;
Abah : kaklong,dah beli handset baru ke?
Saya : belum.tak retilah nak beli handset sendiri.tak tahu nak beli yang macammana.
Abah : tak pelah.nanti abah try survey handphone kat sini.kalau ok,nanti abah beli.kirim dekat ira.
Saya : ok.
beberapa hari kemudian
Abah ; abah dah beli handset.flight ira balik jordan semula esok.nanti pergi la ambik kat rumah dia.
Saya : abah beli handset ape?
Abah : tengok je la nanti.ummi yang pilih.tak tahu la kaklong berkenan ke tak.
Saya : ok.
kemudian..
ini kiriman dari ummi abah.serius terkejut,terharu,tak-tahu-nak-cakap-apa.
niatnya nak beli yang biasa-biasa sahaja.tak tahu pulak abah beli yang macam ni.
rasa bersalah pun ada.sebab mintak abah belikan.tapi nak buat macammana,anak perempuan abah yang sorang ni tak cukup matang lagi.nak beli handset sendiri pun tak reti. ^^
lepas dapat makhluk coklat ni,terus contact ummi abah.haih.rasa nak nangis pun ada dapat surprise macam ni.
ummi cakap ;
"ummi abah happy je kalau kaklong suka.jaga betul-betul handset tu,belajar rajin-rajin.ummi abah doa selalu kat sini."
simple.but enough to make me burst out into tears.
ummi,abah.terima kasih banyak-banyak.kaklong janji jaga amanah ni betul-betul.janji tak bagi masuk washing machine lagi.
untuk makhluk putih,saya mintak maaf.makhluk coklat ni dah jadi kawan baru saya.awak jaga diri elok-elok ye dalam laci tu. =)
oh,ya.dapat makan sambal belacan ummi setelah 5 bulan cukup untuk buat hati ni meronta-ronta nak balik rumah.3 bulan setengah lagiiiii....(yup.saya dah buat countdown)
duhai hati,sabarlah. T_T
ok.enough izzati.OC tak baca lagi.juz 3 tak mengulang lagi.page baru tak hafal lagi.
*admit yg sisa-sisa bersenang-lenang time cuti terbawa-bawa lagi sekarang.haih.apa nak jadi.
till then,tata.
6 comments:
mcm henset zaper yg hilang haqi tu... hahahaha
wa...die da countdown la
huhu~
wah~ enset baru ah...
jaohnya da smpai juz 3. jelesnya.
kun zalameyh ; tula.elok2 je hp ni smpai time hp die hilang.mintak maap zafir.
aliyah ; hehe.homesick kot sekarang. T_T
naz ; alhamdulillah,Allah mudahkan.ko pun boleh jugak,insyaAllah.kalau mahu dapat,mesti mampu buat kan?chaiyo! ^^,
touching btol post ny..
nadzmi ; (?)
Post a Comment