Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Thursday, February 3, 2011

Aiskrim,tumbuk dan goreng.

Ini aiskrim tumbuk Bakdash;
made in Syria.


Ini pula aiskrim goreng Batu Buruk;
made in Terengganu.



Conclusion ; makanan Malaysia tetap menjadi pujaan hati. =)


Monday, January 3, 2011

Nilai air tangan ibu




Oh,entry kali ni memang pasal makanan lagi,tapi  ini bukan calang-calang makanan.Bukan selalu dapat jumpa.Orang cakap ape,rare?Ha..Ini sebenarnya lauk dinner kami malam ni.Air tangan Auntie Ros yang bermurah hati nak masakkan untuk kami.Auntie Ros tu mak Wahida,yang datang bercuti di Jordan dan tinggal sekejap bersama kami di sakan kuning ni.


Dapat rasa air tangan seorang ibu kat tempat orang ni,nikmat dia memang tak tahu lah nak cakap macammana.Balik-balik kelas,makanan dah siap masak.Rendang ayam pulak tu.Masa tengah hidang makanan tu,muka sorang-sorang dah nampak lain.Semua muka tahan sebak-rindu-masakan-mak-kat Malaysia.

Sambil-sambil makan tu pulak,borak-borak dengan Aunty Ros.Yup,nasihat seorang ibu dekat anaknya.Ha,aunty Ros ni doktor.Well,when a 20-years experienced doctor talking to you,kalau tak rasa semangat tu membara-bara naik,tak tahu lah.Nak-nak pulak,tengah-tengah musim exam ni.

Ok lah,sementara tengah bersemangat waja ni,nak sambung study bio balik.Terima kasih kepada auntie yang sudi melayan kami kat sini.

Lepas ni,kalau ada orang jerit "Wahida,mak panggil.." kat dalam sakan,memang nak kena.Saja nak bagi orang touching musim-musim exam ni.




Tuesday, December 21, 2010

Kek Lapis Qishtoh



Kek Lapis Qishtoh.
Warisan turun temurun masyarakat melayu di Irbid.
haha.sukahati je bagi nama.
al-kisah,
kami para sanfourah ni dapat resipi ni dari senior.
senior tu dapat dari senior sebelum tu,yg dapat dari senior sebelum-sebelum tu jugak.
kira turun temurun la tu kan?
hehe.


hasil kerja tangan beberapa orang  penduduk sakan kuning.
maaf.comot-comot itu,kesilapan teknikal.
heh.





senang dan sedap.
sape yang tak reti buat ni,tak boleh kawin.
haha.


notakaki: 
-entry ni ditulis semalam sebenarnya.sambil makan pai apple teynmeed yg sangat sedap itu.*aku promote ni teyn.hehe*.
-kalau nak resepi tu,sila la tanya senior anda. =)


Friday, December 3, 2010

Terung Goreng Belacan




Tittle : Terung Goreng Belacan

Aim : To investigate the relationship between terung and belacan

Hypothesis : Semakin banyak belacan,semakin sedap rasanya.

Inferens : Sebab terung ni dah lama kat dlm peti.tak berusik.

Material and apparatus : bawang besar,garlic,1 biji terung(terung kat sini kan besar gile),cili kering, cili padi,cili hijau,cili sebuk,kicap, belacan,air asam jawa,garam,gula.

Procedure : 
1-Panaskan minyak sikit.goreng terung yg dah dipotong.tp jangn sampai layu sangat.
2-Blend 1 biji bwg besar,3 ulas garlic,belacan,cili kering yg dh direndam dlm air panas,cili padi.(optional)
3-Tumis bahan2 dlm blender tu,sampai naik minyak.Letak cili serbuk sikit.(kalau nak pedas lagi)
4-Masukkan kicap sikit.(sikit je) and air asam jawa.
5-Flavour it with gula and garam.
6-Masukkan terung tadi.Tabur cili hijau yang dah dipotong.
7-Agak-agak dh masak,rasa dulu.tutup api.siap!

Technique : Main campak-campak je pun boleh.but,make sure dgn penuh kasih syg.^_^

Observation and result : 
Sedap.pedas.menyelerakan.

Safety precaution : Jangan  lupa baca bismillah,selawat syifa',dan selawat pelindung semasa melakukan eksperimen ini.Ingat,keberkatan dan kesucian itu penting.

Conclusion :Belacan menyedapkan makanan.Hypothesis is accepted.

(10 marks)


ada sape2 nak mark lab report ni?



Saturday, November 27, 2010

AWAK.DAH.TAK.MUDA.LAGI.

hehe.
the title is a respon to Shidah's entry.
Welcome to the club Shidah!
semoga iman kamu bertambah,
seiring dengan peningkatan usia.
hoping you to have a blissful life ahead.

dari form 1 kite kenal,
sampai la sekarang.
ni kot first time kita celebrate birthday awak sama-sama.
kat jordan tanah syam ni.
ye lah,
birthday awak hujung tahun sangat.
dah cuti sekolah masa tu.
bukan sengaja tak nak sambut kan?
hehe

ok lah,
let the pictures talk.


the cheesecake.
dibuat dengan penuh kasih sayang oleh kami.
^_^



menu kami~
nasi impit + masak lodeh
spagetti bolognaise
cheesecake
getuk ubi
kami suka masak dan makan.
ya,saya tak menafikan hakikat itu.
=p

masak lodeh.
jangan tanya kenapa kami masak makanan ni.
sungguh,mood merindui makanan raya malaysia tak abes lagi.



hanan,
ni lah kuih getuk ubi.


close-up.
yg kaler oren itu,carrot parut.
menggantikan kelapa parut yang amat susah utk didapati di jordan ini.

the making of cheesecake.

yummy!!


the last pieces.
suka berebut-rebut part ni.
sebab orang cakap.
kalau dapat makan part ni,dapat suami soleh.
(tak tau betul ke tak)
hehe

kawan-kawan yang saya sayang.

birthday girl,
semoga kamu gembira dengan hadiah kami yang tak seberapa ni.
semoga ukhuwah ini kekal,diredhai Allah.



notakaki:  kepada yang tak sempat merasa ciskek itu.maaf ye.lepas exam ni kita buat lagi. =) [doakan kami,kanak-kanak first year untuk exam kali ni]







Monday, November 22, 2010

Iftar Jama'ie Sakan Kuning

Alhamdulillah.
baru lepas iftar jamie.
dengan penduduk sakan kuning yang best.
asyik makan je budak-budak sakan kuning ni.
mana lah tak naik berat.
lepas tu,sibuk diet pulak.hehe.(bukan saya)

today's menu-simple but nice.
menggunakan sepenuhnya daging-daging sedeqah qurban Permai.
dan juga lebihan bahan-bahan masakan open house aidil adha hari tu.

hasilnya....


simple.



daging blackpepper



telur dadar serunding


agar-agar santan.

Alhamdulillah.
rezeki kami hari ni.
moga Allah berkati.
^_^





Friday, November 12, 2010

Yeah,we spend our weekend wisely


today is friday.
friday is holiday.
holiday for a week.

pagi-pagi jumaat yg sejuk.
jalan kaki dari stadium to syidah n yam's house.
lepak-lepak ramai-ramai.
pegi pasar,beli barang.(diorang je,aku tak.hehe)
then,bermulah misi kami.
MASAK

boring-boring sikit masak.
pastu makan.
ni la perempuan.
hehe.
takpe,fitrah.
normal la tu,kan?

guess what?
kami telah berjaya menghasilkan.
a-typical-traditional-malay-cuisine.
based on,a plastic of keledek.
yang diberi oleh seorang pak cik arab.



ade sape2 tahu name kuih ni ape?
yes,pandai.
kuih CEK MEK  MOLEK.
bagi sape-sape yang berada di malaysia sekarang.
mesti tak heran dah tengok kuih ni.
tapi bagi kami yang berada di sini.
sangat-sangat excited.
seronok.
batak.
ya lah,kat sini mane ade kedai tepi2 jalan jual kuih ni.

then,
aktiviti diteruskan.
dengan memasak main dish.

today's menu ~ NASI AYAM.



hehe.
food garnishing itu.
dibuat oleh mereka-mereka yang kebosanan.
boleh la kot.
ambik tender untuk makanan pengantin.
nak-nak musim orang nak kawin kat irbid ni.
hehe



ni puding marble
specially made by asma'.
cantik dan sedap.


kasi siram dia punya kuah sket.
pergh..mantappp!!

eh,lupe plak.
ade lg.
appertizer.


haha.comel tak??
tu la aku cakap.
kiteorang memang boleh ambik tender ni.
haha.
kalau aku jadik budak2 kecik ni.
daripada tak suka makan sayur.
konfirm2 makan kalau mak aku buat macam ni.
hehe.
err..ada bakat tak kami??
haha.



yummy!
Alhamdulillah,rezeki kami hari ni.


lepas makan.
borak-borak.
solat asar sama-sama.
then naek 'sutuh' rumah shidah.
seronok.
ambik angin petang kat atas tuh.


view of irbid.


lagi.
bangunan kat sini semua kotak-kotak.


kami yang gembira.
asma' is missing.
pegi perjumpaan bekasj.


hari ni nak pergi jalan lagi.
hehe.

~ sutuh = rooftop.rumah kat sini memang semua ade rooftop kat atas.kalau aku nak buat sutuh nanti kat umah kat malaysia,agak-agak boleh tak?






Wednesday, November 10, 2010

Teka - teki

Soalan 1 : Antara banyak2 zinjer di bawah ini,yang mana paling sedap?
Soalan 2 : Yang mana pulak paling murah?


zinjer mat'am dhaiah.



zinjer mat'amji.




zinjer mujamma' sheikh khalil



zinjer mujamma' JUST



zinjer mat'am kat balad.(tak ingat name mat'am tu ape.)



banyak lg sebenarnya zinjer yg sudah dimakan,tp selamat masuk mulut dulu b4 dicapture.hehe

ade sape2 nak jawab teka-teki ni?
hadiah utk pemenang,kite cakap belakang eah.hehe


notakaki; 
zinjer- sejenis makanan
mat'am - restoran
mujamma' - perhentian bas
balad - pekan

Saturday, November 6, 2010

takdek motif.

assalamualaikum.
warning awal2,
entry ni takdek motif.
sila jgn bace.
kalo tak mahu buang mase,ok?


tadi exam bio lab.
last subject utk 1st exam ni.kot.
masuk ni dh 3 kali weekend ade exam
cuti sehari je setiap mggu.
sangatlah tidak seronok.


so,untuk lebih seronok.
perkara2 yg tak sepatutnya dibuat.
telah pun kami buat.

antaranya;

menggedik di malam exam.
dengan stokin2 yg dibeli di balad.
comel.macam aiskrim.hehe
sila abaikan colour2 sktokin itu.
fitrah wanita.


ni sebab dah muak bace buku bio lab kot.
tapi aku bukan study sgt pon.
main je banyak.
dieorg logik la kalo nak muak.


merayau2 di sekitar just lepas abes exam.
seronok.sebab hari cuti.and tak dek org.
pak cik guard je yg ade.




pintu gerbang JUST.
sila pay attention kat awan tu.
subhanallah,sgt cantek kan?



jumpa pokok ni kat dlm JUST.
kat landskap dpn pintu gerbang tu.
tak tahu name buah ni ape.
buah tamar,mungkin?hehe.

then,
pegi arabella mall lepas exam.
meronggeng ke?
mestilah tak.
pergi usrah la.
ini betul,oke.
tak tipu.
tak caye tanye kak bibot.



view dari tingkap food court arabella.




tak banyak kan kiteorang makan?



wedges+chilli+cheese at chilli ways.rase die cam rendang.kot.

 ok.cukup sesi merepek.
terima kasih diucapkan kepada kak bibot.
yg sanggup jugak berusrah dgn kami mlm ni.
walaupun esok ade exam histo.
gud luck,akak!
chaiyok2.


p/s; pictures,credit to nad n her camera.hehe.sebab camera aku rosak lagi.tak tahu bile nak baiki beli baru.camera kat jordan ni oke tak?

Thursday, October 21, 2010

Sphagetti meatball



Salam alayk.
hari ni turn saya masak.
walaupun esok dah nak exam.
tp sebab teringin sgt nak makan spageti.
mula2 ingat nak buat carbonara.
tp sebab farah nadzirah nak makan meatball.
so,plan ditukar.
balik kelas,jalan dari safeway sampai sakan,singgah dhoi'ah,beli meatball.
balik bilik,solat dan terus masak.
sebab sangat lapar. XD
masak pun cincai jep.
tapi budak2 ni makan abes jep.
sedap la kot.hehe


here goes the marvellous dish!!!


saya sangat sedap.sila makan saya.



nak resipi?lain kali yep.
malas nak  taip.
nak pegi study.
lusa ade exam.
bio x abes baca lagi.
arab pon x hafal lg.
doakan saya berjaya.
tata.

p/s;ok.boleh smbung study dgn bushra.dh pukul 3 a.m. msyrkat jordan pun dah senyap.terima kasih wifi yg sgt 'cepat'.

Friday, September 10, 2010

The Kueh Maker [ edisi malam raya ]

Salam aidilfitri
maaf zahir batin
moga segala amalan kita pada Ramadhan ini diterima Ilahi hendaknya.

ok.teruskan kepada tajuk perbincangan kita.
hehe.
baiklah,tuan2 dan puan2.
pada hari ni,kita akan membuat sejenis kuih yg sgt mudah,ringkas,famous dan juga sangat sedap.
'Cornflakes Madu'
pernah dengar?selalu makan?familiar bukan kuih ini?

sebelum itu,kita lihat bahan2 utk membuatnya.



bahan2 nya sgt ringkas,n senang didapati di pasaraya berhampiran.hehe

ok,kita teruskan kpd methodnya.


mula2,cairkan planta di dalam periuk.
kalau x betul2 melt pon xpe,sebab planta ni utk bagi honey tu nanty x hangus je.


kemudian,kita masukkan gula.masukkan sesedap rasa ye.
jgn lupa sukat tahap kemanisan anda.hehe



ok.bila gula tu dh sebati,baru la boleh msukkan madu.
madu ni pon,sesedap rase jgak. =)



orayt.bila mixture tu td dah likat,n rase dia dh sedap,boleh la masukkan cornflakes.
saya guna 1 kotak besar cornflakes ni.
sblm tu,cornflakes ni kena ramas2 dulu,bg dia hancur sikit.
sebab kalau besar sgt,nanti susah nk msukkan dlm papercup.


lepas tu,kacau la cornflakes dgn mixture tu sampai sebati.
bila die dh jd mcm ni,boleh la tutup api tu.


then,boleh la letak dlm papercup yg tecit2 dan comey2 ni.
scoopkan gune tea spoon.
and,yg penting,jgn buat dekat dgn kipas taw.
nanty dia jd keras and susah nak scoopkan dlm papercup.
bila dh susun cantik2 dlm tray ni,
masukkan dm oven, at 120 dgree within 5-10 minutes je.
ianya bertujuan untuk bg cornflakes tu melekat cantik n tak berterabur.


kalau tak nak bosan makan yg kosong je.
boleh la letak aksesori tambahan.
saya mampu buat 3 flavour je.
satu saya letak kismis hitam,satu letak almond and lagi satu letak manik kaler-kaler ni.
yg paling sedap,letak kismis tu la.
sebab rase manis kismis tu lain skit.
ha,kalau nak letak kismis tu,jgn lupe chop dulu ksmis tu.
ini utk tak nak bg dia manis sangat.
tp,ape2 pun,terpulang pd citarasa masing2.

orayt.rasenya itu shj utk episod kali ini.
bertemu lagi dalam episod akan datang.
wassalam.