Showing posts with label Lauk kampung. Show all posts
Showing posts with label Lauk kampung. Show all posts

Saturday, March 20, 2010

::Ox Tail yang sedap::

Halluuuuuuuuuuuuuuu....

Hari ni, breakfast macam biasa.. @Level 13 dengan Mr.Hubby. Menu for today?? Saya tersangattttt lah gumbira bila nampak ada Baked Potatoes on the serving table. Saya adalah peminat setia kentang sejak kecil lagi. Apa-apa sahaja yang ber'base' kan kentang..saya suka. Tak kiralah utk menu sarapan, lunch, dinner ataupun sbg dessert. Selagi ia dari kentang....perut saya boleh jadi lapar time2 tu jugak..

Lepas jumpa dgn sorang client yg dtg ke hotel utk ambik gold, kami terus naik ke bilik. Mr.Hubby ajak saya ke Restoran Nasi Padang, kat tepi laut katanya. Teringin benar dia nak bawak saya ke sana, tp perut ni dh kenyang. Kat luar pulak panas giler..Habis camno?? 

Naik ke bilik, teringat pulak saya pada menu room service, yg nampak macam gempak je.. Walaupun gambarnya takde dlm menu tu, tp description tu menggiurkan mengecurkan air liur. 

Ox Tail Assam Pedas
(Hyatt Regency Kinabalu's famous signature dish)
Oxtail braised in spicy sour gravy and served with steamed rice & pickled vegetables


Lagipun, ramai kawan saya cakap..
Ox Tail assam pedas ni favorite Tun Dr.Mahathir setiap kali dtg Hyatt!!

Urmmmm...tak syak lagi.
Memang sedap.
Pekat.
Pedas.
Masam::Manis::Masin
semua cukup!

So, whenever you are here,
don't forget to try this Assam Pedas ye!

You wont regret!

Tuesday, September 8, 2009

Asam Rebus pembuka selera

Posted by Picasa
Jom, kita masak asam rebus.
Mak mertua saya panggil lauk ni 'Asam rebus'.. memang orang Kedah panggil mcm tu.
Kalau ikut bahasa persuratan (chewahh) Terengganu,
lauk ni hampir (99.99%) sama dengan 'Singgang Pedas'.

Apa-apapun, lauk ni memang pilihan saya kalau rasa
dah muak dengan lauk bersantan lemak berkrim kesukaan ramai tu..
Lagipun, lauk ni boleh di consider healthy cooking
ye lah, rebus aje semua nye..

The Ingredients
3 ulas bawang merah-kisar
1 ulas bawang putih-kisar
2sm kunyit hidup-kisar
4-5 tangkai cili kering-kisar
2 sm belacan-kisar
3 batang serai-diketuk
Ikan kembong atau apa2 ikan yg manis
2-3 keping asam keping
Bunga kantan jika suka-hiris halus/cincang
Daun kesum
Bendi untuk garnishing dlm kuah
4 gelas air

How To
Satukan semua bahan ke dalam periuk berisi air. Didihkan.

Bila dah mendidih, masukkan ikan & bendi.

Ikan dah masak, bendi dah lembut maknanya dah pun siap.

Thursday, July 23, 2009

Sambal Udang Kering Petai

Salam everyone!!
Hari ni saya berdua saje di rumah..
dengan anak buah saya, Asyraf..
Bangun pagi,saya minum Rooibos & sekeping roti.
Nak masak awal..senang.
Asyraf belum bangun lagi,so takyah nak sediakan breakfast dia..
Terus lunch aje lah!

One of the menu today is this!!
Delicious, sambalicious Udang Kering dgn Petai..
Senang je resepinya, saya suka sebab ia pembuka selera..
Cubalah ye!

Bahan-bahan:
20 biji cili padi
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Petai
Segenggam udang kering
Sedikit air asam jawa

How to:
1. Blend (dry blend) cili padi, bawang merah & bawang putih. Kalau boleh jangan
terlampau lumat, we don't want it to be too watery.

2. Masukkak minyak (agak banyak) ke dalam kuali. Tumis bahan
yang dikisar tadi. Minyak yang banyak tu sebab nak garingkan cili & demi ke'anggunan' sambal tu nanti..hehehe

3. Masukkan petai yang telah dibelah. Reason? Kena belah dulu takut2 ter'ngap' encik ulat
pulak nanti..eeeee..I'm so not Angelina Jolie!!

4. Bila agak garing, masukkan udang kering & air asam jawa. Kacau2 sekejap.
Angkat & hidangkan.

5. I guess udang kering tu dah cukup masin, tak payah lah taruk garam. Karang
high blood pressure pulak nanti.

Ok, selamat mencuba dari Kitchen Heaven!!

Wednesday, June 3, 2009

Another recipes from my humble kitchen..

Ari ni aku masak keli, sebab anak sedara aku Syamil Rais tu memang suka ikan keli. Pagi-pagi lagi aku kejutkan Mr.Hubby pegi pasar beli ikan keli, aku mcm malas sgt nak drive ke pasar pagi ni. Sekali dia call, bgtau ikan keli kat pasar dah abis, reasonnya Makcik yg jual keli tu kata, sekarang tak ramai beli ikan keli, sebab orang ramai khuatir ikan keli tu dari Perak.. Kan heboh ikan keli kat Perak diberi makan benda2 yang tak sepatutnya. Aku pun tak tahu pasal ni, betul ke CheZa?? So, Mr.Hubby terus ke Jenderam, ada satu kolam ikan keli peliharaan org kat situ. Lagi meyakinkan, bersih & suci, tanpa was-was lagi..hehehe..macam iklan Zaitun pulak.
Ikut putaran jam; Gulai Telur, Keli Balado, Ikan Goreng, Kentang Bilis Goreng Lada Hitam, Kacang Panjang Goreng, & kat tengah2 tu Daging Dendeng Sos Ikan.

Aku rasa ramai yg dah tahu resepi lauk ni kan..tapi takpe lah, memang niat kita untuk tukar-tukar resepi kan. Inilah satu sebab sebenarnya kenapa aku tak berapa gemar makan di luar, dengan harga lauk-lauk di restoran sekarang, kita dah boleh jamu sepuluh orang di rumah! 7 ekor keli ni, beli terus di kolam, baru RM5.50, boleh 6 orang makan paling tidak. Berapa sangatlah pula harga cili tu dan sebiji bawang besar! Eh, aku kalau dah melalut, memang sah Minah Dapur..

Ok,ni resepinya:
1) Goreng dulu ikan keli garing-garing. Best makan sirip-sirip yg crunchy tu..
2) Blend kasar cili merah, bergantung pada kesukaan sendiri. Jika suka sambalnya, guna lebih cili. Dry-blend ye, kita tak nak terlebih air dalam sambal nanti.
3) Mayang separuh biji bawang besar. Tumiskan sampai keemasan.
4) Masukkan cili blend tadi, bersama air asam jawa pekat dan garam. Goreng hingga garing sedikit.
5) Sudah siap, angkat dan taburkan atas ikan keli tadi. Jgn masukkan ikan terus ke dalam sambal, sebab nanti ikan tu jadi lembik pulak terendam dlm sambal tu.

Ni pulak Dendeng Daging. Tersangat mudah caranya, pejam sebelah mata pun boleh..hahaa..

Perap sahaja daging yg dipotong nipis-nipis dengan sos ikan, bawang putih tumbuk & perahan limau kasturi/nipis. Perap selama setengah jam. Goreng dalam minyak sederhana. Goreng sampai garing, jadi warna macam dalam gambar kat atas tu. Memang agak lama, tapi sambil-sambil tu kita boleh masak lauk lain dulu, cuma sesekali kita balik-balikkan daging tu. Bila dah garing, mayang bawang besar & potong cili kering, masukkan sekali. Angkat & hidang.

Daging ni walaupun nampak macam hangus, tapi memang rangup. Macam keropok rasanya! Cuma rasanya agak masin sikit, bila makan boleh ganti ikan masin.. Makan sikit-sikit dengan nasi. Jangan pula diratah, takut nanti takde suara pulak.:)

Ini lah menu favourite aku kalau dah tak tahu nak masak apa. Boleh jugak buat tambah-tambah kan lauk yang ada atas meja makan. Lagipun,memang membuka selera. Pun senang, maklumlah, aku bukannya qualified chef nak bagi korang resepi yg boombastic, cuma chef keluarga sendiri je..takde gaji pun..Kwang kwang kwang..
Cara-caranya:
1) Goreng kentang yg dipotong jejari ala-ala french fries tu. Angkat & ketepikan dulu.
2) Goreng ikan bilis pulak. Sama, angkat & ketepikan dulu.
3) Tumis bawang putih mayang, bawang besar mayang & cili padi potong.
4) Percikkan kicap sedikit, tabur serbuk lada hitam (dinasihatkan kawan-kawan blend sendiri lada hitam, yg dah siap dibotol tu tak sedap, tak wangi & banyak campuran tepung & Pak Aji) & garam sedikit.
5) Dah garing, masukkan semula ikan bilis & kentang tadi.Gaul-gaul, angkat & hidang. SIAP..
Posted by Picasa

Tuesday, June 2, 2009

Sambal jering & ikan bilis..


Lauk ni laaagi senang. Yang aku suka, ia memang membuka selera, tapi selera kampung lah.. Kalau tekak anda-anda semua yang suka makan cheese tu..lain lah pulak rasanya..Kui kui kui..

1) Hiris jering nipis-nipis. Pilih jering jgn terlampau tua & jgn pulak terlampau muda.. Rebus dlm 20 minit. Angkat & toskan.

2) Goreng ikan bilis sampai garing & rangup. Ketepikan.

3) Panaskan minyak dlm kuali. Tumis cili padi yg diblend kering tanpa air. (jgn blend terlampau lumat ye).

4) Bila dah agak-agak garing, masukkan garam & air asam jawa pekat. (sikit je).

5) Pastu,lih masukkan jering rebus & ikan bilis tadi. Tapi make sure cili padi tu dah kering betul2, sebab kalau masih banyak air, ikan bilis tu jadi lembut pulak. Tak sedap.

Dah siap pun..Senang kan???

Kunjungan Ateh & the family pulak...

Haa..ari tu Abg Ju yang dtg, ni Ateh pulak. Abg Ju adalah abang sulung aku,Ateh pulak no.3. Tak lama lagi abang aku yg no.5 pulak kot nak datang, Abg Yie..haiii,syok betul bila adik-beradik datang berkumpul,byk aktiviti yang boleh dibuat..acara wajib.."mengumpating"..hehehe..Bila lah nak sedar kitorang ni..Tapi bukan ke kalau borak lebih daripada 5 orang,bukan mengumpat namanya?? Itu dah dikira berbincang!! Hehehe..
Pagi-pagi lagi aku sms Ateh,tanya nak dtg kul brape. Kebetulan hari ni hari Ahad,ada pasar pagi yg tersangat meriah tu.. Tekak aku dah lama nak makan masak lemak tempoyak pucuk ubi + daun kaduk tu..Dah lama sangat tak masak lauk tu rasanya..
Ni lah rupanya bila dah siap masak.Berkerumun, lapar sgt dah kot.. Masa nak hidang tu,aku cakap kat diorang,aku nak naik atas jap..Nak mandi, sebab badan dah berpeluh duk masak. Tak sedap pulak nak makan dlm berpeluh2 gitu.. Tengah mandi,aku teringat pulak nak ambik gambar lauk-pauk hari tu.. So,lepas dah mandi dah siap,aku turun. Sekali nampak depa sumer dah start membaham,huargh huargh huargh... Tak tunggu tuan rumah langsung!! Hehehe.. Aku pun sempat lah ambik gambar,tapi tak sempat nak close-up satu per satu untuk korang..

Ni lah lauk-pauk yang aku masak ari tu.. Main dish nye;
1) Masak Lemak Tempoyak Daun Pucuk Ubi+Kaduk
2) Asam Pedas Daging
3) Sambal Udang Petai Minang
4) Sambal Ikan Bilis Jering
5) Puyuh Goreng Asam
6) Ayam Goreng Berempah

Makan pulak dengan sambal belacan, ulam2 & ikan gelama (jeruk) goreng pastu diperah pulak dengan asam limau kasturi.. Memang selera betul, cuma aku je kureng sikit sebab tukang masak memang cenggitu aku rasa.. Lepas masak, tengok orang makan, kita pun dah macam kenyang..

Masak Lemak Tempoyak
Blend cili padi (segenggam) dgn kunyit hidup (dlm 5 cm). Panaskan kuali,masukkan bahan kisar tu..Biar sampai cili masak, about 10 mins. Kalau kering tambah air sikit2.. (be prepare for a multiple sneazing ye..!!). Sambil2 tu masukkan serai yg diketuk dlm 3-4 btg, udang (jgn buang kulit) sebagai perasa. Pastu masukkan santan, kena selalu kacau, kalo tak kuah jadi tak cantik.. Agak-agak mcm dah nak mendidih, boleh masukkan tempoyak..(make sure tempoyak sedap tau,sebab this lauk is totally depends on the taste of your tempoyak). Kacau-kacau. Last boleh masukkan Pucuk Ubi (yg dicelur terlebih dahulu), Daun Kaduk & Daun Kunyit.. Daun-daun ni semua dihiris halus2.. Masukkan dalam kuah sekaligus, biar sampai layu & agak lembut daun2 nya. Masukkan garam secukup rasa..SIAP!!

Kalau nak resepi lauk-lauk lain tu,korang bagitau aku lah.. Aku ni mcm dah ngantuk sikit, so jari dah makin malas nak menaip..Heehe..


Posted by Picasa

Tuesday, May 19, 2009

Cooking Therapy after pantang..

9hb Mei lepas Abang Ju ada dtg KL,on the way back from fetching Kak Long (his first daughter) from UiTM Bota kat Perak..Kak Long & Angah tak pernah datang lagi ke rumah Chujie dia ni,so tu yang Abang Ju bawak diorg datang kenal-kenal..(ek eleh,abang aku tu tak nak ngaku,sebenornya dia memang rindu kat aku..nak bawak anak konon..).

Pagi-pagi lagi aku ke pasar. Fridge aku dah kosongkan awal-awal because nak balik kampung seminggu,mak & ayah pun nak ke Kemuning rumah kak ani.. Terpaksalah aku beli balik ikan,ayam,sayur segala macam untuk masak ari ni..

Abang Ju kata dia sampai dalam pukul 11 pagi, kakak pun ikut sekali sebab abang pie off..Syoknye,aku memang suka family datang ramai-ramai ni, paling best time makan.. Sure thing, aku mesti takde selera nak makan sebab dah penat masak & tengok diorang menjamu selera je pun dah buat aku kenyang...


Amboi-amboi,seronoknye depa ni..Datang-datang je lauk sumer dah siap.. Taknak jauh dah dari meja makan..Hehehe

Jom, arrange kan lauk..Den nak ambik gambar dulu before korang ngap.. Yang bestnya, aku yang nak ambik gambar untuk di'blog'kan, tapi kakak, kak wan, along sumer pun snap jugak..Eh,korang ada blog gak ke??? kui kui kui..

Inilah lauk-pauk yang aku masak sendiri.. Lucky ada mak mertua aku,lih jugak tolong potong-potong,siang-siang sikit..Semua ni aku masak dalam masa 2 jam..

Different angle..Dulu aku suka hidang lauk dlm satu set pinggang mangkuk, alahhh macam kat hotel tu..Tapi sekarang aku lagi suka guma pinggang & mangkuk campur2 design cenggini,sebab boleh mengingatkan aku dengan suasana makan kat kampung.. Ye lah,kat kampung kita mana ada guna set-set pinggan ni..melampau betul aku ni kan.. Nak set set plak.. Sekarang ni kalo ada pinggan tembikar aku lagi suka.. (eh, rasa-rasanya ada pinggan2 lama dalam almari rumah Mommy..lih aku bodek2 balik Dungun nanti..)

Lauk ni namanya Ayam Masak Asam Jawa.. Aku dah boring makan ayam masak merah,rasanya tekak dah takleh terima lauk-lauk bandar ni.. Budak-budak memang suka lauk ayam ni..Tak caye cuba korang try masak kat anak masing-masing.. Cara2nya: (1) Goreng ayam dgn garam & kunyit. Put aside. (2) Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih & cili merah yang dimayang2 nipis. Tambah serbuk kunyit sikit. (3) Masukkan ayam goreng tadi. (4) Tambah kicap sikit & garam, kalau kurang masin. (5) Dah kacau rata, masukkan air asam jawa dalam setengah cawan.

Lauk ni pulak nama Sotong Kunyit Asam. Cara-caranya: (1) Gaul sotong dgn garam & kunyit. (2) Panaskan minyak. Tumis bawang merah,bawang putih & cili merah/hijau yang dimayang. (3) Bila dah agak garing, masukkan sotong. (4) Goreng sampai sotong tu masak. Rasa dia punye garam. (5) Masukkan air asam jawa. Biar sekejap, angkat. Siap.

My favourite: Goreng Peria Katak (ish ish nama dia tak syok betul). Aku pun tak tau naper orang panggil peria katak, maybe sebab badan peria tu menggerutu sangat kot. Ni peria yang kecik2 tu ye, bukan peria besar tu..Yang ni lagi pahit, lagi ummmphhh!! Cara-caranya: (1) Belah peria, potong nipis2. Renda dalam air garam dlm 20 minit untuk kurangkan sikit kepahitan peria ni. (2) Tumis bawang putih & bawang merah & udang kering. (3) Masukkan sos tiram sikit, garam. (4) Masukkan peria. Goreng sampai agak-agak lembut. Jangan terlampau lembut, rosak plak texture & nutrition peria tu nanti.

Ikan Kurau Kering Masak Sambal. Yang ni pun jadi rebutan that day.. Kadang-kadang aku dah boring goreng ikan kering plain gitu, so aku buat sambal. Caranya senang je. (1) Goreng ikan kering dulu,ketepikan. Tumis bawang besar mayang sambal golden. (2) Masukkan beberapa sudu (depends byk mana nak buat sambalnya) cili kisar. (3) Biar sampai cili masak, sesekali tambah air sikit. (4) Masukkan air asam jawa & sedikit belacan. (5) Masukkan sedikit gula. (6) Masukkan garam & ikan kering yang sudah digoreng tadi. Korang rasa lah sambal tu, kurangmanis tambah gula, kurang masam tambah asam jawa..sampai tekak korang setuju..

Kangkung Goreng Belacan.. Alahai, takyah resepi lah ye.. Senang sangat kan.. Tapi sebab yang lain2 tu aku kasi resepinya, kesian pulak kangkung ni.. Karang takde orang kenal dia pulak. So, (1) Tumbuk bawang merah,bawang putih,belacan, cili merah,cili padi. Jangan terlampau lumat, nanti tak sedap. (2) Tumbuk udang kering. (3) Lepas tu goreng aje la kangkung tu,jangan sesekali tambah atau masukkan air bila menggoreng sayur, sebab air sayur tu sendiri akan keluar.. (4) Tambah2 lah garam kalau kurang masin. Tapi sebab dah taruk udang kering tu, dah masin pun.

Gulai ni sepatutnya menjadi Gulai Telur cara mak aku.. Tapi lepas aku dah sediakan ramuan2 nya, tang nak pecahkan telur dalam mangkuk before nak masuk periuk, telur semuanya pecah. Which means, tak jadi lah aku nak buat Gulai Telur tu. Sebab telur mesti sebiji-sebiji, kalau tak gulai tu jadi macam serawa, berketul-ketul dan berbuih-buih pulak. Jadi aku dengan sepantas kilat seperti gaban, dalam masa 0.00000001 saat terus convert gulai telur menjadi gulai udang, cara aku sendiri.. Cara-caranya: (1) Masukkan santan dlm periuk. (2) Tumbuk bawang merah dan bawang putih dan kunyit. Masukkan dlm santan. (3) Masukkan hirisan lengkuas & asam keping, serai yang dititik. Kalau gulai telur tak yah lah serai tu. (4) Masukkan 2 sudu cili lisar. (5) Pastu masaklah gulai tu sambil kacau-kacau,don't stop stirring nanti berketul2 plak. (6) Bila agak nak menggelegak, masukkan udang. Kacau lagi. Tambah garam subjected to your judgement.

Ikan Tongkol Goreng. Gaul je ikan tongkol tu dengan garam,kunyit & serbuk cili. Goreng.

Sampailah time makan. Tambah jangan tak tambah. Licin lauk hari tu..Ermmm,puas hati eden..

Selamat Mencuba!!

Friday, May 8, 2009

Our lunch today...

Ari ni aku rasa cam nk citer2 pasal menu & resepi pulak..Dah lama rasanya tak share resepi dgn u'olls kan..since camera hp aku bertukar dari superb ke hampeh. Agaknya byk kali sgt kot kena asap bila aku mabik gambor lauk dlm kuali..hehe.. Sekrg dah ada camera cinonet ni,senanglah skit eden menyenep root word nye 'snap' apa2 gambor lauk eden ye puan-puan..

Breakfast today cuma yang ringan2,so we had lunch earlier lah.. Memang everyday aku masak awal..pukul 11 pagi selalunya dah siap dah..Depends pada quality & quantity lauk jugak lah..hehehe.. Macam ari ni, aku masak simple, lauk kampung je.. 10.30 dah siap, pukul 11 pg kitorg dah start membaham..


Mengikut anti-clockwise : do I tell you that we will get maximum advantage (health aspect) when we do things, be it anything anti-clockwise rather than in clockwise direction?
  1. Ikan goreng
  2. Sayur petola dgn ikan tamban kering dicampur lada hitam tumbuk
  3. Ikan kurau masin masak kicap & asam jawa
  4. Telur dadar
  5. Sambal belacan dgn mangga


Ini gambar 'dekat-atas' close-up lerr Sambal Ikan Kering tu..

Meh aku citer camne nk buat lauk ni yg aku rasa paling sonang dlm dunia tp rasanya mmg membuka selera.. Mula2, korang goreng dulu ikan masin tu..Potong kiub2 lah.. Korang boleh guna apa shj jenis ikan masin, tp mesti yg ada isi sikit lah..macam talang ke, tenggiri ke,ikan merah ke.. Tapi make sure ikan kering tau, bukan yg basah2 jeruk tu.. Pastu angkat, put aside. Pastu korang tumis bawang merah & bawang putih mayang, utk amount kat atas tu aku guna 3 biji bawang merah & 2 biji bawang putih.. Bila dah agak2 golden, masukkan pulak cili merah mayang, goreng sampai layu.. Pastu,masukkan balik ikan kering tadi, gaul2 jap..masukkan kicap sikit..agak2 ler 3-4 kali renjis.. After 1 min, masukkan air asam jawa..korang agak2 lah byk mana yek..sbb aku masak tak depends sgt kat kuantitatif ratio ni.. Maklumlah, dah pro..kih kih kih... SIAP!!

Haa ni pulak Sayur pedas petola..ekcelli, kat Terengganu aku panggil petola jenis ni "Tenneyy".. Takde sound plak blog aku nih..kalo tak lih korang dengar makhraj nye.. Lauk ni pun senang je..
Mula2, tumbuk bawang merah 2 biji & bawang putih 2-3 biji & lada hitam.. Ekskius mi,tumbuk tau bukan blend..alahai, kojap je jang kalo ko tumbuk botul2.. Hehehe, tadi mak mertua aku yg tukang tumbuk, aku arahkan aje..kuang kuang kuang.. Pastu korang rebus bahan2 tadi tu dgn air, jgn byk sgt air tu sebab nanti sayur tu pun keluarkan airnya jugak kan.. Rebus sekali Ikan (anak ikan tuu) Tamban Kering.. selalunya aku guna isi ikan panggang yg ditumbuk, especially ikan selayang, manis isi dia.. Tp kali ni sbb ada ikan kering ni, yg Mr.Hubby beli kat KK itu ari, laaaaaggiiii senang.. Ikan tamban ni pun manis gak.. Apa2 ikan yg byk tulang isi dia memang manis.. Masukkan sekali petola, gula sikit, ala2 hujung sudu kecik je..garam & sedikit i really mean sedikit Pak Aji.. Pak Aji ni aku tak guna pun kalo dlm masakan2 lain, bahaya wehhhh.. cuma dlm lauk2 yg macam sup, kuah air je aku guna..sebab punye terer Pak Aji ni, dia memang boleh bagi ummpphhhh kat sup2.. pastu korang rasa je lah..kalau sedap hidang, kalo tak sedap, humban je ikut tingkap dapur korang tu..hehehe.. SIAP!!
Selamat Mencuba dari dapur aku!!!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin