Showing posts with label Crabs. Show all posts
Showing posts with label Crabs. Show all posts

Thursday, August 6, 2009

Kari Ketam

Posted by Picasa

The Ingredients:
Ketam - of course lah
Serbuk kari
Daun kari
3 ulas bawang merah dimayang
1 ulas bawang putih dimayang
2 hiris halia dimayang halus
Santan
Air asam jawa
Garam
Sedikit serbuk pati ayam (sekadar ikut iklan tuu)

How To:
1. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, daun kari & halia.

2. Gaul rempah kari dgn semangkuk air asam jawa. Bila bawang garing & naik bau, masukkan rempah. Tunggu sehingga garing.

3. Masukkan ketam, balik-balikkan..

4. Masukkan santan. Saya suka kuah kari yang cair, saya tak suka yang pekat rempah maupun pekat santan..

5. Percikkan sedikit serbuk pati ayam buat menambah perisa..Perisa apa ntah..hehehe

6. Bila dah mendidih & pecah minyak, masukkan garam.. Siap sudah...

Ketam Masak Pedas

Posted by Picasa

The Ingredients:
Ketam (as you wish how many lah)
Garam & Kunyit serbuk
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
Cili padi - cukup utk buatkan rasa pedas yg menebalkan bibir..
Daun ketumbar.

How To:
1. Perap ketam dgn garam & kunyit, goreng garing kemudian toskan.

2. Basuh kuali dulu..(hahahahaa..itu pun nk bagitau ujie..)

3. Blend cili padi dgn air (wet blend lah tuu), masukkan dalam kuali yg telah dipanaskan. Tanpa minyak ye..

4. Bila agak cili dh masak, masukkan kesemua bahan2 sos tadi..gaul rata. Biar sampai sos pekat & berkilat..

5. Masukkan garam secubit, depends ye kalo u all dh goreng ketam td tu masin, no more salt please..

6. Masukkan ketam..gaul2..

7. Hias dengan daun ketumbar yg dihiris halus..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin