Showing posts with label Prawns. Show all posts
Showing posts with label Prawns. Show all posts

Friday, August 20, 2010

Udang Padthai....yang teramat senang nak buat

Hari yang sama masak green curry..saya masak Udang Padthai..

Ingat ni??

Guna aje paste padthai ituuuu...hehehehe. Cuma tambahlah sikit bahan2 tumisnya. Iaitu:

Ingredient


4 sudu besar Thai Heritage Padthai paste
3 sudu besar sos ikan
3 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1 batang serai - dimayang
Satu papan petai - dibuang kulit & belah dua
Sebiji limau kasturi - ambil airnya
Sedikit daun basil kering - beli aje yg McCormick tu
Gula perang - optional
10 ekor udang laut


How To
1.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 mayang tu.

2.
Masukkan udang, paste, air limau & sos ikan. Kacau & goreng 5 min sehingga udang masak.

3.
Sprinkle the basil & gula perang (kalau suka manis).


Hiaskan dengan cili merah, kalau rajin..hihihihi...

Note: Semua masakan yang menggunakan sos ikan, sebaiknya jgn masukkan garam..sebab sos ikan
tu dah masin tahap gaban..hehe

Monday, August 16, 2010

Kerabu Udang dgn Sos Ikan

Salam deariessssss...

Here is another recipe from My Heavenly Kitchen
Hope you guys enjoys it!!!


Ingredients
Udang sederhana besar 10-15 ekor
(kalau pakai udang laut lagi best..lagi manis)
Serbuk Chilli & Shrimp brand Mae Pranom
1.5 biji limau kasturi
2 btg serai
4-5 helai daun limau purut
6-7 biji cili padi
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 sudu besar sos ikan 

How To
1.
Udang boleh dibuang kulit atau tidak, terserah kepada your own liking.

2.
Perap udang bersama sos ikan & perahan limau kasturi selama setengah jam. Lagi lama lagi best.

3.
Mayang halus bawang merah, bawang putih, serai, daun limau purut & cili padi, menjadi seperti dalam gambar di bawah ni.


4.
Panaskan minyak, goreng udang sekejap until turn red & golden. Angkat & asingkan.

5.
Tinggalkan minyak sedikit utk menumis. Tumis kesemua bahan2 mayang tadi selama 5 minit.

6.
Masukkan udang yg telah digoreng tadi. Masukkan 2 sudu besar (depends pada tahap kepedasan masing2 lah) serbuk cili Mae Pranom, kacau rata. Masukkan garam. Rasa & sedia untuk dihidang.


One thing saya suka masakan ni, serdak bahan2 mayang yang digoreng tu sungguh membuka selera. Dan, saya suka masak udang, sebab cantik bila dihidang, cuma makan tu takde lah sangat. Selalu ingatkan diri tentang cholestrol..hahaha..

Tuesday, September 8, 2009

Masak lemak cili padi peria

Hooolllaaaaaa evelibody!!!
Posted by Picasa
Ramadhan ni, rasa nak citer pasal makan aje ye..
Macam takde citer2 lain pulak saya ni.
Takpe lah, saya tgh rajin ni, layan je lahhhh..hehe

Menu kali ni
Masak Lemak Cili Padi Peria + Udang + Petai

Setiap kali saya ke pasar, saya mesti beli peria katak ni..
Namanye je yg tak syok di dengar,
tapi rasa sedap..pahit2 lemak gitu..
Selalu saya goreng dengan udang kering,
tapi kali ni macam dah jemu pulak..tukar selera sikit

Teringin nak makan masak lemak versi cair
bukan apa, sebenarnya dah muak juga hari2 asyik masak bersantan ni
tu yg cuba buat cair sikit..

The Ingredients
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
10 biji cili padi (cari yg pedas tau..ada uummmpphh)
1 keping asam keping
1-2 sm kunyit hidup
1 biji peria
10 ekor udang sederhana besar
1 papan petai
3 cawan santan (cairkan sikit)
Garam

How To
Belah dua & hiris peria-celur sekejap. Angkat & toskan.

Kisar hancur bawang merah, bawang putih, cili padi & kunyit hidup.

Campurkan bahan kisar dengan santan, asam keping.
Masak hingga mendidih sambil dikacau tak berhenti.

Masukkan udang, peria & petai. Masak sekejap.

Masukkan garam secukup rasa. Angkat & hidang.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cubalah, kalau2 nak ubah selera masa berbuka nanti.

Tuesday, May 19, 2009

Cooking Therapy after pantang..

9hb Mei lepas Abang Ju ada dtg KL,on the way back from fetching Kak Long (his first daughter) from UiTM Bota kat Perak..Kak Long & Angah tak pernah datang lagi ke rumah Chujie dia ni,so tu yang Abang Ju bawak diorg datang kenal-kenal..(ek eleh,abang aku tu tak nak ngaku,sebenornya dia memang rindu kat aku..nak bawak anak konon..).

Pagi-pagi lagi aku ke pasar. Fridge aku dah kosongkan awal-awal because nak balik kampung seminggu,mak & ayah pun nak ke Kemuning rumah kak ani.. Terpaksalah aku beli balik ikan,ayam,sayur segala macam untuk masak ari ni..

Abang Ju kata dia sampai dalam pukul 11 pagi, kakak pun ikut sekali sebab abang pie off..Syoknye,aku memang suka family datang ramai-ramai ni, paling best time makan.. Sure thing, aku mesti takde selera nak makan sebab dah penat masak & tengok diorang menjamu selera je pun dah buat aku kenyang...


Amboi-amboi,seronoknye depa ni..Datang-datang je lauk sumer dah siap.. Taknak jauh dah dari meja makan..Hehehe

Jom, arrange kan lauk..Den nak ambik gambar dulu before korang ngap.. Yang bestnya, aku yang nak ambik gambar untuk di'blog'kan, tapi kakak, kak wan, along sumer pun snap jugak..Eh,korang ada blog gak ke??? kui kui kui..

Inilah lauk-pauk yang aku masak sendiri.. Lucky ada mak mertua aku,lih jugak tolong potong-potong,siang-siang sikit..Semua ni aku masak dalam masa 2 jam..

Different angle..Dulu aku suka hidang lauk dlm satu set pinggang mangkuk, alahhh macam kat hotel tu..Tapi sekarang aku lagi suka guma pinggang & mangkuk campur2 design cenggini,sebab boleh mengingatkan aku dengan suasana makan kat kampung.. Ye lah,kat kampung kita mana ada guna set-set pinggan ni..melampau betul aku ni kan.. Nak set set plak.. Sekarang ni kalo ada pinggan tembikar aku lagi suka.. (eh, rasa-rasanya ada pinggan2 lama dalam almari rumah Mommy..lih aku bodek2 balik Dungun nanti..)

Lauk ni namanya Ayam Masak Asam Jawa.. Aku dah boring makan ayam masak merah,rasanya tekak dah takleh terima lauk-lauk bandar ni.. Budak-budak memang suka lauk ayam ni..Tak caye cuba korang try masak kat anak masing-masing.. Cara2nya: (1) Goreng ayam dgn garam & kunyit. Put aside. (2) Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih & cili merah yang dimayang2 nipis. Tambah serbuk kunyit sikit. (3) Masukkan ayam goreng tadi. (4) Tambah kicap sikit & garam, kalau kurang masin. (5) Dah kacau rata, masukkan air asam jawa dalam setengah cawan.

Lauk ni pulak nama Sotong Kunyit Asam. Cara-caranya: (1) Gaul sotong dgn garam & kunyit. (2) Panaskan minyak. Tumis bawang merah,bawang putih & cili merah/hijau yang dimayang. (3) Bila dah agak garing, masukkan sotong. (4) Goreng sampai sotong tu masak. Rasa dia punye garam. (5) Masukkan air asam jawa. Biar sekejap, angkat. Siap.

My favourite: Goreng Peria Katak (ish ish nama dia tak syok betul). Aku pun tak tau naper orang panggil peria katak, maybe sebab badan peria tu menggerutu sangat kot. Ni peria yang kecik2 tu ye, bukan peria besar tu..Yang ni lagi pahit, lagi ummmphhh!! Cara-caranya: (1) Belah peria, potong nipis2. Renda dalam air garam dlm 20 minit untuk kurangkan sikit kepahitan peria ni. (2) Tumis bawang putih & bawang merah & udang kering. (3) Masukkan sos tiram sikit, garam. (4) Masukkan peria. Goreng sampai agak-agak lembut. Jangan terlampau lembut, rosak plak texture & nutrition peria tu nanti.

Ikan Kurau Kering Masak Sambal. Yang ni pun jadi rebutan that day.. Kadang-kadang aku dah boring goreng ikan kering plain gitu, so aku buat sambal. Caranya senang je. (1) Goreng ikan kering dulu,ketepikan. Tumis bawang besar mayang sambal golden. (2) Masukkan beberapa sudu (depends byk mana nak buat sambalnya) cili kisar. (3) Biar sampai cili masak, sesekali tambah air sikit. (4) Masukkan air asam jawa & sedikit belacan. (5) Masukkan sedikit gula. (6) Masukkan garam & ikan kering yang sudah digoreng tadi. Korang rasa lah sambal tu, kurangmanis tambah gula, kurang masam tambah asam jawa..sampai tekak korang setuju..

Kangkung Goreng Belacan.. Alahai, takyah resepi lah ye.. Senang sangat kan.. Tapi sebab yang lain2 tu aku kasi resepinya, kesian pulak kangkung ni.. Karang takde orang kenal dia pulak. So, (1) Tumbuk bawang merah,bawang putih,belacan, cili merah,cili padi. Jangan terlampau lumat, nanti tak sedap. (2) Tumbuk udang kering. (3) Lepas tu goreng aje la kangkung tu,jangan sesekali tambah atau masukkan air bila menggoreng sayur, sebab air sayur tu sendiri akan keluar.. (4) Tambah2 lah garam kalau kurang masin. Tapi sebab dah taruk udang kering tu, dah masin pun.

Gulai ni sepatutnya menjadi Gulai Telur cara mak aku.. Tapi lepas aku dah sediakan ramuan2 nya, tang nak pecahkan telur dalam mangkuk before nak masuk periuk, telur semuanya pecah. Which means, tak jadi lah aku nak buat Gulai Telur tu. Sebab telur mesti sebiji-sebiji, kalau tak gulai tu jadi macam serawa, berketul-ketul dan berbuih-buih pulak. Jadi aku dengan sepantas kilat seperti gaban, dalam masa 0.00000001 saat terus convert gulai telur menjadi gulai udang, cara aku sendiri.. Cara-caranya: (1) Masukkan santan dlm periuk. (2) Tumbuk bawang merah dan bawang putih dan kunyit. Masukkan dlm santan. (3) Masukkan hirisan lengkuas & asam keping, serai yang dititik. Kalau gulai telur tak yah lah serai tu. (4) Masukkan 2 sudu cili lisar. (5) Pastu masaklah gulai tu sambil kacau-kacau,don't stop stirring nanti berketul2 plak. (6) Bila agak nak menggelegak, masukkan udang. Kacau lagi. Tambah garam subjected to your judgement.

Ikan Tongkol Goreng. Gaul je ikan tongkol tu dengan garam,kunyit & serbuk cili. Goreng.

Sampailah time makan. Tambah jangan tak tambah. Licin lauk hari tu..Ermmm,puas hati eden..

Selamat Mencuba!!

Thursday, November 22, 2007

Nasi Goreng Udang Kunyit







Today, we had Nasi Goreng Udang Kunyit for breakfast. That's the name Mr.Hubby gives to my again, my very-own-style nasi goreng. I used to cook nasi goreng since I was in Std.4.. It's still clear in my eyes, almost everyday then, I went into the kitchen & prepared any kind (you name it) of nasi goreng...All by myself.. I just created any recipes that came into my mind...put anything that my eyes could reach, that's what I've been doing until now.. Recipe Creating.. Mr.Hubby, my brothers & sisters, my 30 nieces & nephews, have all recognized my 'hand water'..(hahahahaha..air tangan lah cik kak).. Feel free to try...




  1. Cut the 'misai udang & its muncung'.. Do not peel.



  2. Chop 2-3 cloves of garlic & onion.



  3. Heat oil in a pan,then fry the garlic & onion until lightly golden.



  4. Put in prawns. Continue frying.



  5. Put in half-teaspoon of turmeric powder. Enough to make the rice looks yellowish.



  6. Cut carrot into cubes & add to the mixture. Add some soy sauce. (Not too much,it will spoil the 'kunyit' taste)



  7. Put in egg(s) & scramble it to mix up with the fried ingredients.



  8. Add in shredded turmeric leaf & chopped bird's eye chilli. Add some crushed black pepper. (You will find black pepper in most of my recipes..i just couldn't live without it..hey,it helps you to lose some weight you now!!)



  9. Stir well, mix it up. Add a pinch of salt to taste.



  10. Pour in white rice. Stir occasionally so that the mixture does not stick to the pan. Then,add some onion leaves (this is called direct translation...daun bawang).



  11. DONE & you will notice that, this nasi goreng doesn't taste the same like all we have at the restaurant tomyam out there!!!



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin