Showing posts with label Resipi untuk 10 Bulan Ke Atas. Show all posts
Showing posts with label Resipi untuk 10 Bulan Ke Atas. Show all posts

18 November 2011

Soto Ayam Junior dgn Nasi Impit dan Begedil Keledek Brokoli - Resipi 10 bulan ke atas



Saya agak kelam-kabut hari ini kerana kakak pada Mimi ada acara di Hari Anugerah. Jadi saya perlukan resipi yang sudah prep awal-awal bila balik tinggal masak sikit-sikit dan DONE!

Sebagai orang Johor saya memang gemarkan SOTO dan memandangkan Mimi dah lama tak makan ayam, saya berani buat hari ini. Begedil Keledek dan Brokoli kerana selalu ingat pesan Mama saya - mesti ada sayur.




Selamat mencuba!



Begedil Keledek & Brokoli
Bahan-bahannya :
1 cawan setengah keledek
1 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung
4 kuntum besar brokoli
sedikit bawang holland dicincang
Sedikit minyak jagung atau minyak pure olive oil untuk menggoreng

Cara-cara membuat:

  1. Rebus atau kukus keledek sehingga empuk.
  2. Lenyekkan dan tambah 1 sudu tepung gandum dan 1 sudu tepung jagung
  3. Ambil florets sahaja dari 4 kuntum besar brokoli. 
  4. Guna gunting dapur supaya mudah.
  5. Taburkan di atas adunan
  6. Taburkan juga sedikit bawang holland yang sudah dicincang
  7. Gaul kesemua bahan
  8. Panaskan 1 sudu besar minyak ke dalam non stick pan.
  9. Basahkan tangan anda dan bentukkan begedil.
  10. Tangan yang basah memudahkan anda untuk handle dough yang agak lembik sedikit.
  11. Goreng seperti anda mengoreng french toast. 
  12. Biarkan sebelah masak betul2 sebelum di balikkan untuk elak begedil dari pecah
  13. Boleh di hidangkan dengan soto junior atau makan begitu sahaja


*Begedil keledek boleh dicampur jagung, carrot, sedikit daging cincang atau ayam rebus cincang untuk variety.
**Tambahkan sedikit tepung gandum jika masih lembik.



Nasi Impit
Bahan-bahannya:
1 cawan beras biasa
3 cawan air

Cara-cara membuat:

  1. Basuh beras dan masukkan air dan masak (dalam rice cooker pun boleh tp saya masak atas dapur sahaja)
  2. Setelah nasi masak masa panas2 tu tekan2 sikit senduk kayu sehingga nasi lembut. 
  3. Masukkan nasi tadi ke dalam mangkuk,dan tekan-tekankan nasi supaya mampat dengan belakang sudu 
  4. Setelah seduh sejukkan dlm peti sejuk 2-3 jam sebelum dipotong dan dihidangkan. 
*pakai sahaja nasi impint segera jika kesuntukan masa :)



Kuah Soto Ayam Junior
Bahan-bahannya:
1 cawan setengah daging ayam
1/2 biji bawang merah besar
3 biji bawang putih
sedikit jintan
sedikit ketumbar
3 biji kunyit hidup kecil atau 1 sudu serbuk kunyit
1 inci halia
1 batang serai
2 inci lengkuas
2 sudu minyak jagung atau pure olive oil
1 litre air
Sedikit hirisan daun bawang

Cara-cara membuatnya:
Kesemua bahan2 kecuali serai dan lengkuas di tumbuk lumat.
Serai dan lengkuas di titik
Daging ayam basuh dengan sedikit tepung jagung untuk buang bau hanyir. Bilas bersih.
Perap dengan bahan tumbuk selama sejam

Panaskan minyak dalam periuk dan tumis ayam.
Masukkans setengah litre air.
Tutup periuk dan biarkan ayam empuk.
Keluarkan ayam dan carik-carik



Cara menghidang Soto Ayam Junior dgn Nasi Impit dan Begedil Keledek Brokoli ini :

  1. Nasi impit, kemudian lentak kuah. 
  2. Letakkan ayam yang sudah dicarik dan tabur sedikit daun bawang jika mahu.
  3. Sedap di makan dengan begedil keledek

Mari kita lihat apa kata QC saya Cik Mimi tentang "production" kami hari ini hehehe:

23 October 2011

Fish & Chips - 10 bulan ke atas



Akhirnya seronok sebab Mimi finally boleh makan ikan. Kebetulan pulak Daddy dia beli ikan lidah atau Tongue Sole. Isi dia putih bersih.

Resipi untuk mak-mak ada di sini :
http://yokmakan.blogspot.com/2011/10/fayes-homemade-fish-chips-ikan-lidah.html

Sometimes kita kena alter sikit resipi supaya apa yang kita makan, baby pun makan sama. That way besok senang sikit dia nak adapt.


Batter Tepung Untuk Goreng Fillet :
Ikan Lidah perlulah di fillet. (caranya boleh refer sini)
Pukul telur putih dari satu biji telur size besar (gred A) hinga mengembang naik.
Perlahan-lahan campurkan tepung dalam 1/3 cawan
Masukkan susu dan kacau hingga sebati dan tiada ketulan.
Fillet ikan lidah saya "season" dengan lada hitam.
Panaskan minyak jagung atau canola di dalam kuali
Celupkan fillet ikan ke dalam adunan, satu keping pada satu-satu masa, dan goreng dalam minyak panas.
Goreng sehingga ikan kekuningan.
Toskan atas pengangkat dan juga kitchen tissue.


Of course untuk baby tak bolehlah deep fry...shallow fry. Semasa celup dalam batter tu jangan celup banyak sangat, agak-agak menutupi sudah. Sebab the more batter atas ikan tu, the more kena goreng. Tapi kalau nak lebih bagus, just bake je fillet sole tu macam tu sahaja :)





Mimi's batter tak ada susu - stok susu mak dia tak cukup so just bancuh pakai air sahja hehehe. But if sudah lebih setahun by all means boleh pakai susu full cream.

Mimi punya fries pula saya rebus bulat-bulat dan kemudian potong wedges. Yang ini memang sesuai untuk BLW. Saya selitkan juga brokoli kukus - somehow ni sayur favourite Mimi. Dia suka sangat sedut-sedut air dari florets brokoli tu.

Untuk idea-idea yang lainnya, bagi anak-anak yang lebih besar, fillet boleh digoreng seperti biasa dan dijadikan fish sandwich (seperti Fish O Fillet McDonalds)

05 October 2011

Kuih Masalodeh / Vadai - Resipi 10 bulan ke atas


Saya pasti semua orang pernah makan masalodeh atau Vadai. Memandangkan semalam suami teringin nak makan parpu telur dan biasanya dia sahaja yang makan, saya teringat resipi ini.

Mula-mula agak was-was ingin memberi Mimi kuih masalodehnya sendiri - kerana resipi ini memerlukan kita mengoreng dalam minyak yang banyak. Namun seperti biasa saya refer pada momstastic.com dan ia mengatakan (khusus dalam bab penyediaan)

Frying - Do frying only if required. Shallow frying is much better than deep frying. Deep frying at high temperature can produce toxic chemicals such as peroxides, aldehydes, ketones, hydroperoxidases, cyclic monomeres etc. Preferably avoid reusing the fried oil.  We prefer to "fry" in a small amount of olive oil - rather like sauteeing.

http://wholesomebabyfood.momtastic.com/cookingbabyfood.htm

Jadinya untuk Mimi punya saya goreng dengan sedikit minyak sahaja macam contoh goreng begedil kurang minyak di bawah ini :


Saya rendam kacang dal semalaman (dari jam 12 malam) sebab ada pendapat mengatakan jika kacang dal di rendam lama, kurang "sebu" nya pada perut bayi.

Saya juga gunakan tambahan halia dalam kisaran. Ini juga pendapat yang saya baca dari google tentang penyediaan kacang dal dan masalodeh. Untuk Mimi saya kisar habis terus tanpa meninggalkan yang kasar dan untuk saya, saya tambahkan yang sedikit kasar. Saya juga tidak letak sebarang garam atau perisa, juga tidak berani letak cili hijau.

Kacang dal sangat kaya dengan zat besi jadi amatlah rugi rasanya jika saya seorang sahaja yang menikmatinya dan Mimi tidak mengenal untuk menikmatinya.

Bahan-bahan:
250gm kacang dal (saya beli gram dhal)
1 tangkai daun kari, dihiris
1/2 labu bawang besar holland, dicincang halus
1 camca teh jintan manis biji

sedikit minyak pure olive oil untuk menggoreng

Cara-cara:
Rendam kacang dal semalaman
Toskan hingga kering
Kisar dal hingga hancur (pastikan semua hancur)
Satukan semua bahan di atas di dalam satu bekas
Gaul rata
Leperkan di atas tapak tangan yang di alas plastik yang telah disapu minyak zaitun atau daun pisang. Ini untuk mengelak dari melekat.
Saya buat dalam 3 biji sahaja untuk Mimi.
Goreng dalam minyak yang sederhana atas api yang sederhana besar
Sejukkan sebelum di hidang.

Bahan-bahan yang selebihnya saya buat untuk diri saya, jadi saya tambahkan sedikit garam dan cili hijau. Saya goreng dalam minyak yang biasa sahaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog Designed by The Single Momoirs