Salam bahagia dan salam ceria...he he ceria sungguh kita hari ini kan? Dah lama tak posting resipi menarik kan? Kena tunggu Mimi setahun kut maybe macam-macam boleh kita pelbagaikan.
Tapi saya masih membuat yang ke arah selera orang kita Malaysia dan ofkos, makanan yang paling digemari adalah NASI AYAM.
Disebabkan anak saya Mimi menyusu sepenuhnya - sudah pasti dia sudah "merasa" segala macam rempah dalam susu saya kan? OK kalau refer balik pada http://wholesomebabyfood.momtastic.com/tipspices.htm
If your family meals include a lot of herbs and spices then Introducing baby to spices that the family typically cooks with is important. Adding these flavorful extras does not have to wait until your little one has reached toddlerhood. BONUS! Introduction of spices early and often may one day find you thinking, "Wow, we have never used salt or sugar in any or our kid(s)' foods!". Imagine raising a child that is not reliant on artificial sweeteners to entice the appetite and please the tastebuds.
Haaa banyak kebaikannya kan? Jadi - saya gunakan rempah yang biasa kita guna nearly everyday - cengkih, buah pelaga dan kayu manis.
Saya juga tambah sedikit serbuk kunyit (hanya campuran kunyit dan tepung beras) supaya nampak "real" sikit macam nasi ayam yang selalu kita makan.
OK. Jom buat
Bahan-bahan:
1/2 cawan beras
Sepotong dada ayam
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 hirisan halia di racik2 kepada 4
rempah ratus seperti di atas
sedikit serbuk kunyit
sayur sawi
daun sup
Cara membuatnya :
Ayam direbus bersama-sama rempah ratus (masukkan kulit untuk memberi lemak kerana bayi perlukan lemak) dalam 5 cawan air.
Jika air berkurangan sebelum ayam empuk, tambahkan lagi air.
Angkat ayam yang sudah empuk, ketepikan.
Racik-racikkan daging ayam dan ketepikan.
Boleh buat pilihan untuk puree jika mahu.
Bahagiankan stok kepada separuh.
Separuh digunakan untuk masak nasi.
Beras dibasuh dan masukkan stok ayam berempah tadi.
Masukkan hirisan bawang putih dan bawang besar serta hirisan halia.
Masukkan sedikit serbut kunyit
Reneh nasi sehingga menjadi kepekatan bubur yang anda mahu.
Tambah air jika perlu dan puri jika perlu.
Dalam satu periuk yang lain, renehkan 1/2 lebihan kuah stok tadi dan celur sayur sawi.
Angkat sawi setelah masak dan ketepikan.
Anda boleh membuat pilihan samada mencincang halus sawi atau purikan (gunakan sedikit stok utk puri)
Setelah itu masukkan 1 tangkai daun sup (jika mahu)
Bolehlah dihidangkan dalam bekas yang cantik.
Ketika menyuap, boleh beri racikan ayam sebagai BLW pada anak anda (jika dia sudah biasa dengan racikan ayam)
Tapi pastikan ayam memang empuk ya!
Suap nasi bersama-sama sawi dan beri baby sedikit kuah untuk hirup. Dalam usia muda begini, baby tidak berapa gemar yang agak kering.
Membiasakan si Manja dengan sawi pada usia yang muda amat baik. Orang kata alah bisa tegal biasa. Sawi adalah sayuran hijau yang sangat bagus. Boleh juga gantikan dengan brokoli jika mahu.
Selamat mencuba. Sudah tentunya serupa tapi lebih berkhasiat untuk si manja
Mari kita lihat si Manja saya Mimi menikmati Nasi Ayam pertamanya!
Tips berguna : Sebagai ibu anda harus sabar...biarkan dia explore dahulu apa yang dihidangkan dan beri ruang untuk dia mencuba. Jangan cepat mengambil sangka bahawa baby tidak suka. Usia sebegini baby memang suka explore, texture, rupa dan taste.