Showing posts with label Baby Led Weaning. Show all posts
Showing posts with label Baby Led Weaning. Show all posts

21 November 2011

Tips Berguna Penyediaan Makanan untuk BLW


Ok, jadi kami terus mengatakan bahawa BLW bermakna bayi anda boleh makan semua yang anda lakukan tetapi anda mungkin perlu mengubah suai makanan anda untuk membuat mereka lebih mesra BLW dan seterusnya memberi bayi anda peluang untuk benar-benar cuba. Berikut adalah tips saya:

  • Pastikan sayur-sayuran anda di potong cukup panjang:  Masa awal-awal mengamalkan BLW ni, si manja tidak boleh makan apa yang ada dalam genggaman mereka jadi makanan tu perlu cukup panjang supaya mereka tercacak keluar daripada genggaman mereka. Antara yang contoh-contoh terbaik adalah seperti kentang atau keledek manis dipotong wedges, brokoli florets yang berbatang panjang, lobak merah yang panjang, kacang hijau dan asparagus adalah lebih mudah untuk bayi anda pegang
  • Potong pada bentuk yang mudah dipegang juga: Epal selepas di buah kulit ari tengahnya yang keras boleh juga dipotong bulat-bulat seperti cincin. Strawberi boleh dibiarkan keseluruhan seperti yang boleh beri dan buah-buahan yang lebih kecil. Buah-buahan licin seperti pir lebih baik mempunyai beberapa kulit yang ditinggalkan. Ada juga yang menyarankan menggunakan pemotong perlbagai berbentuk yang mempunyai alur dan bergigi untuk jadikannya lebih mudah untuk memegang. Cara ini sesuai untuk dragon fruit, pisang dan betik. Kuih, biskut baby buatan sendiri atau roti bakar pun boleh potong bentuk cicin supaya mudah pegang. My favourite sudah semestinya kuih keria. 
  • Bagaimana pula dengan beras dan pasta? : Kalau bagi nasi memang sah-sah bersepah kan . Kadang-kadang lebih suka beri nasi dari beras Siam sebab lebih melekit dan senang saya nak kepal-kepal. Dah kepal pun masih lembut untuk baby makan. Pasta boleh menjadi terlalu sukar jadi saya bermula dengan fusilli (dia macam spring) dan bukannya penne atau spageti kerana agak licin nak pegang. Semakin besar si manja, dia akan memiliki kemahiran seperti mencubit, jadi senang sikit dia mengutip nasi dan pasta, bagaimanapun, ianya masih mengambil masa.
  • Oh keadaan kucar-kacir??? :Ya, BLW memang kucar-kacir dan tidak kemas! Tetapi anda boleh kurangkan keadaan ini dengan memilih makanan anda dengan berhati-hati. Mengelakkan hidangan yang bersos merupakan salah satu cara. Beri bayi anda peluang untuk mencuba straw - saya rasa bila masanya sesuai nanti saya mahu juga mengajar Mimi minum sup melalui straw - maybe beli straw besar untuk minum ice blended blog tu. Tapi tu nantilah hehehe

30 September 2011

Made in Malaysia Cottage Pie - 9 bulan ke atas



Of course bila saya fikirkan tentang apa yang akan saya hidangkan dengan apa jua resipi yang saya jumpa di internet, saya MESTI memikirkan rasa, texture yang berada di sekeliling saya.

Saya boleh gunakan Bay Leave untuk membuat inti stew daging yang menjadi variasi Cottage Pie hari ini tetapi in real life Mimi akan bertemu dengan inti murtabak daging, inti karipap daging, bihun sup utara, daging masak kari, daging masak samah...masak kurma dan sebagainya bila dia dewasa. Tiada penggunakan Bay Leave - hanya rempah ratus dari zaman tok nenek kita lagi.


Cuba mungkin kekangan bagaimana informasi terkini tentang pemakanan anak-anak yang membuatkan tok nenek kita hanya memberi apa yang merada di sekeliling kita. Tak semesti kita katakan TIDAK BAGUS, itulah warisan kita. Namun, jika kita boleh olah menjadi yang LEBIH BAIK mengapa tidak?

Dari situ lahir resipi cottage pie kedua ini. Stew daging yang baik terhasil dari gabungan gravy yang harum, bawang yang ditumis sehingga naik bau dan menjadi manis dan penuh dengan sayur-sayuran seperti carrot dan kacang peas. Untuk kakak-kakaknya saya letakkan buttom mushroom, malah jika ada broccoli sekalipun akan saya letak atau kacang tolo (black eyed peas) yang selalu makcik2 saya letak untuk sambal goreng.



Cottage Pie bukanlah Pie yang menggunakan kulit pastry. Toppingnya adalah gabungan mash potato dan cheese. Saya ubah dan letakkan keledek oren dan kentang sebaliknya - kerana keledek oren kaya vitamin A dan saya anggap sebagai superfood.

Tidak menggunakan bay leave, rempah sup mak siti - gabungan kesemua rempah yang biasa kita gunakan. I think it was this rempah sup yang membuatkan inti Cottage Pie ini sedap - tak perlu pun garam :)

Bahan-bahan untuk inti Stew Daging:
3 ulas bawang putih
1 setengah cawan daging
Setengah cawan carrot didadu
Setengah cawan kacang peas
1 sudu kecil rempah sup Mak Siti
2 sudu kecil tepung gandum
2 sudu kecil butter atau sedikit olive oil untuk menumis

Bahan-bahan untuk topping:
sebiji kentang sederhana
sebiji keledek oren sederhana
sedikit cheddar cheese yang disagat


Cara-cara memasak inti Stew Daging :
  • Rebus daging dengan 5 cawan air sehingga empuk sedikit. Blender hingga daging lumat. Kemudian campurkan daging rebus yang hancur dengan tepung gandum. Ketepikan
  • Bawang Putih dan Bawang Besar di cincang 
  • Tumis bawang putih dengan 1 sudu butter
  • Masukkan daging dan tambah stok dari air rebusan tadi
  • Tambah satu sudu kecil rempah Mak Siti dan masukkan kacang peas.



  • Biarkan hingga kacang peas empuk. Kemudian baru masukkan carrot. Biarkan agak berkuah sedikit kerana bayi tidak akan mahu makan jika inti kering. 
  • Sebelum inti stew daging di masukkan ke dalam loyang kecil atau ramekin, lenyek-lenyekkan kacang peas supaya bila bayi makan ianya tidak akan melekat menjadi choking hazard
  • Sediakan mash potato dan keledek dengan merebus kedua-duanya terlebih dahulu. Setelah empuk, masukkan 2 sudu cheddar cheese sagat.
  • Setelah itu letakkan di atas inti tersebut sehingga menutupi semua bahagian secara kemas.
  • Bakar selama 10 ke 15 minit dan sejukkan. 

  • Boleh cuba untuk suap jika baby suka atau macam saya bagi baby makan sebagai BLW (walaupun comot)

16 September 2011

Baby Led Weaning - Pengalaman Saya dengan Baby Led Weaning Part 2



Today dia dah tak sibuk nak tengok apa ada belakang mangkuk. She grasped the chicken fillet and bubur semi solid very well, even the mustard greens (sawi) yang saya cincang halus.

I just realised that since dia fully BF sampai 6 months ada besar kemungkinan corak pemakanan dia sangat berbeza and thus BLW sangat sesuai untuk dia :)

Baby Led Weaning - Pengalaman Saya dengan Baby Led Weaning



Saya harus berterima kasih pada Fara Kertina Waty Awang kerana memperkenalkan saya pada BLW. A'amelia atau Mimi anak ketiga saya yang fully BF sehingga usia 6 bulan sememangnya tidak gemar puri dan sangat independent.

Apa itu Baby Led Weaning?
Bertentangan dengan kepercayaan popular, tidak ada penyelidikan yang menyokong pandangan arus perdana semasa bahawa bayi perlu diasuh dengan purées sebagai makanan pertama. BLW membolehkan bayi menggunakan kebolehan semula jadi mereka untuk meneroka rasa, tekstur, warna dan bau. Ia menggalakkan kebebasan dan keyakinan dengan membenarkan mereka percubaan dengan makanan pada kadar pertumbuhan masing-masing dan membantu untuk membangunkan koordinasi mata tangan dan mengunyah (sensory motor development)

Dengan BLW bayi anda dibenarkan untuk memutuskan berapa banyak yang dia mahu makan, cara makan dan percubaan dengan segala-galanya pada kadar sendiri.

Menurut Gill Rapley & Tracey Murkett pengasas BLW, BLW merupakan pendekatan yang selamat, mudah dan menyeronokkan untuk memperkenalkan makanan pepejal pada bayi anda.

Mengapa saya pilih Baby Led Weaning?
Seperti juga Gill Rapley anak ketiga saya A'amelia tidak gemarkan puri. Percubaan pertama dengan puri pisang langsung terus ditolak, jadi selepas terdengar percubaan rakan saya Fara Kertina Waty untuk BLW bagi anak-anaknya saya terus sahaja mencuba. Apatah lagi saya sudah buntu kerana Mimi memang tidak gemarkan puri.

Adakah BLW untuk anak anda?
Pada pendapat saya, cuba puri untuk bulan pertama (6 months) untuk "jump-start" sistem penghadaman anak anda dan supaya perut tidak terkejut. Saya selalu ambil "sign" dari digestive system dia samada dia ok atau tidak (samada dia sembelit atau tidak) - contohnya saya pernah melenyekkan sahaja karot utk A'amelia tapi ternyata dia sembelit selepas itu jadi saya terus puri dan tapis. Mungkin sebab ada history allergy dalam family jadi saya masih mengikuti 4 day wait rule walaupun menggunakan BLW.

Tidak seperti anak kedua dan pertama saya,  Mimi tidak berapa gemarkan puri dan lebih suka mengutip makanannya sendiri. Saya ambil itu sebagai "cue" dia lebih gemarkan cara BLW. At the same time, tugas harian saya yang hectic (kerana juga menjaga anak kedua) dan sangat mencabar membuatkan saya seringkali rasa penat kerana terpaksa menyediakan 3 jenis makanan - untuk Mimi, untuk Syasya dan Aliya yang bersekolah dan untuk diri sendiri (saya sukakan makanan pedas yang mungkin tidak sesuai dengan anak-anak)

Pada pertengahan usia 7 bulan, saya sudah perlahan-lahan memperkenalkan BLW - makanan BLW pertama merupakan pear yang masak ranum. Seterusnya kentang, carrot, lobak putih, ayam, roti bakar dan apple yang agak masak. Bubur nasi saya sudah tidak puri serta tapis dan hanya biarkan ia masak sehingga hancur - malah A'amelia langsung rejek puri nasi yang saya beri.

Adakah BLW sesuai untuk anda?
Satu lagi faktor yang PENTING. Saya seorang full time housewife. Setiap yang ingin mengamalkan BLW perlu tahu bahawa anda perlu SABAR dan punya MASA TERLUANG YANG PANJANG untuk mengamalkannya. Anda juga perlu meluangkan masa untuk buat banyak self study di laman web dan forum BLW.

Rujukan :

  • http://www.babyledweaning.com/forum/index.php
  • http://www.baby-led.com/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog Designed by The Single Momoirs