Showing posts with label BLW. Show all posts
Showing posts with label BLW. Show all posts

24 February 2012

Leganya - Mimi is really REALLY makan dengan sendiri


Today kami masak spaghetti. Nothing fancy. I tumis bawang holland yang dicincang, mince meat, letak bay leave and potong dadu kecil apples, potatoes and pumpkin. Mimi loves it so tak apalah benda "pelik" sikit macam apple ada dalam tu :P

Macam selalu, I malas nak masak asing-asing, so I browned the meat sekali :

 

Lepas dah asingkan untuk dia dan untuk kakak-kakak dia (they will be having bolognaise) I campakkan ada the diced apples, potato dan labu tu. Then I gaulkan sekali dengan Angel hair (daddy salah beli >.< tak apalah!)


Actually ini adalah kali kedua Mimi pakai garfu. She does well with the spaghetti daripada fettuccine hehehe. So now boleh kut makan bihun goreng :P

 



Aliya memang suka mengusik kalau dia tengah makan...haih...
lost dah concentration
FAIL
huhuhu

Sila jangan ngeri tengok sepah-sepah. Sepah-sepah yang in order adalah good for developmental steps anak :P

My trick??

\


Macam yang I dah terangkan di sini. I tend not to make excuses kalau boleh - anak's learning comes first. Use your creative grey matter - dont use  short cuts hehehe

So apa gunanya "graduation" if without a video eh?
(sila abaikan rumah saya yg tak sememeh itew :P)


25 October 2011

Nasi Ayam Junior - 8 Bulan ke atas



Salam bahagia dan salam ceria...he he ceria sungguh kita hari ini kan? Dah lama tak posting resipi menarik kan? Kena tunggu Mimi setahun kut maybe macam-macam boleh kita pelbagaikan.
Tapi saya masih membuat yang ke arah selera orang kita Malaysia dan ofkos, makanan yang paling digemari adalah NASI AYAM.



Disebabkan anak saya Mimi menyusu sepenuhnya - sudah pasti dia sudah "merasa" segala macam rempah dalam susu saya kan? OK kalau refer balik pada http://wholesomebabyfood.momtastic.com/tipspices.htm
If your family meals include a lot of herbs and spices then Introducing baby to spices that the family typically cooks with is important. Adding these flavorful extras does not have to wait until your little one has reached toddlerhood. BONUS! Introduction of spices early and often may one day find you thinking, "Wow, we have never used salt or sugar in any or our kid(s)' foods!". Imagine raising a child that is not reliant on artificial sweeteners to entice the appetite and please the tastebuds.
Haaa banyak kebaikannya kan? Jadi - saya gunakan rempah yang biasa kita guna nearly everyday - cengkih, buah pelaga dan kayu manis.



Saya juga tambah sedikit serbuk kunyit (hanya campuran kunyit dan tepung beras) supaya nampak "real" sikit macam nasi ayam yang selalu kita makan.



OK. Jom buat

Bahan-bahan:
1/2 cawan beras
Sepotong dada ayam 
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 hirisan halia di racik2 kepada 4
rempah ratus seperti di atas
sedikit serbuk kunyit
sayur sawi
daun sup


Cara membuatnya :
Ayam direbus bersama-sama rempah ratus (masukkan kulit untuk memberi lemak kerana bayi perlukan lemak) dalam 5 cawan air.
Jika air berkurangan sebelum ayam empuk, tambahkan lagi air.
Angkat ayam yang sudah empuk, ketepikan.
Racik-racikkan daging ayam dan ketepikan.
Boleh buat pilihan untuk puree jika mahu. 

Bahagiankan stok kepada separuh. 
Separuh digunakan untuk masak nasi.
Beras dibasuh dan masukkan stok ayam berempah tadi.
Masukkan hirisan bawang putih dan bawang besar serta hirisan halia.
Masukkan sedikit serbut kunyit 
Reneh nasi sehingga menjadi kepekatan bubur yang anda mahu.
Tambah air jika perlu dan puri jika perlu.

Dalam satu periuk yang lain, renehkan 1/2 lebihan kuah stok tadi dan celur sayur sawi. 
Angkat sawi setelah masak dan ketepikan.
Anda boleh membuat pilihan samada mencincang halus sawi atau purikan (gunakan sedikit stok utk puri)

Setelah itu masukkan 1 tangkai daun sup (jika mahu)

Bolehlah dihidangkan dalam bekas yang cantik. 
Ketika menyuap, boleh beri racikan ayam sebagai BLW pada anak anda (jika dia sudah biasa dengan racikan ayam)
Tapi pastikan ayam memang empuk ya!



Suap nasi bersama-sama sawi dan beri baby sedikit kuah untuk hirup. Dalam usia muda begini, baby tidak berapa gemar yang agak kering.



Membiasakan si Manja dengan sawi pada usia yang muda amat baik. Orang kata alah bisa tegal biasa. Sawi adalah sayuran hijau yang sangat bagus. Boleh juga gantikan dengan brokoli jika mahu.



Selamat mencuba. Sudah tentunya serupa tapi lebih berkhasiat untuk si manja 

 Mari kita lihat si Manja saya Mimi menikmati Nasi Ayam pertamanya! 



Tips berguna : Sebagai ibu anda harus sabar...biarkan dia explore dahulu apa yang dihidangkan dan beri ruang untuk dia mencuba. Jangan cepat mengambil sangka bahawa baby tidak suka. Usia sebegini baby memang suka explore, texture, rupa dan taste.

30 September 2011

Made in Malaysia Cottage Pie - 9 bulan ke atas



Of course bila saya fikirkan tentang apa yang akan saya hidangkan dengan apa jua resipi yang saya jumpa di internet, saya MESTI memikirkan rasa, texture yang berada di sekeliling saya.

Saya boleh gunakan Bay Leave untuk membuat inti stew daging yang menjadi variasi Cottage Pie hari ini tetapi in real life Mimi akan bertemu dengan inti murtabak daging, inti karipap daging, bihun sup utara, daging masak kari, daging masak samah...masak kurma dan sebagainya bila dia dewasa. Tiada penggunakan Bay Leave - hanya rempah ratus dari zaman tok nenek kita lagi.


Cuba mungkin kekangan bagaimana informasi terkini tentang pemakanan anak-anak yang membuatkan tok nenek kita hanya memberi apa yang merada di sekeliling kita. Tak semesti kita katakan TIDAK BAGUS, itulah warisan kita. Namun, jika kita boleh olah menjadi yang LEBIH BAIK mengapa tidak?

Dari situ lahir resipi cottage pie kedua ini. Stew daging yang baik terhasil dari gabungan gravy yang harum, bawang yang ditumis sehingga naik bau dan menjadi manis dan penuh dengan sayur-sayuran seperti carrot dan kacang peas. Untuk kakak-kakaknya saya letakkan buttom mushroom, malah jika ada broccoli sekalipun akan saya letak atau kacang tolo (black eyed peas) yang selalu makcik2 saya letak untuk sambal goreng.



Cottage Pie bukanlah Pie yang menggunakan kulit pastry. Toppingnya adalah gabungan mash potato dan cheese. Saya ubah dan letakkan keledek oren dan kentang sebaliknya - kerana keledek oren kaya vitamin A dan saya anggap sebagai superfood.

Tidak menggunakan bay leave, rempah sup mak siti - gabungan kesemua rempah yang biasa kita gunakan. I think it was this rempah sup yang membuatkan inti Cottage Pie ini sedap - tak perlu pun garam :)

Bahan-bahan untuk inti Stew Daging:
3 ulas bawang putih
1 setengah cawan daging
Setengah cawan carrot didadu
Setengah cawan kacang peas
1 sudu kecil rempah sup Mak Siti
2 sudu kecil tepung gandum
2 sudu kecil butter atau sedikit olive oil untuk menumis

Bahan-bahan untuk topping:
sebiji kentang sederhana
sebiji keledek oren sederhana
sedikit cheddar cheese yang disagat


Cara-cara memasak inti Stew Daging :
  • Rebus daging dengan 5 cawan air sehingga empuk sedikit. Blender hingga daging lumat. Kemudian campurkan daging rebus yang hancur dengan tepung gandum. Ketepikan
  • Bawang Putih dan Bawang Besar di cincang 
  • Tumis bawang putih dengan 1 sudu butter
  • Masukkan daging dan tambah stok dari air rebusan tadi
  • Tambah satu sudu kecil rempah Mak Siti dan masukkan kacang peas.



  • Biarkan hingga kacang peas empuk. Kemudian baru masukkan carrot. Biarkan agak berkuah sedikit kerana bayi tidak akan mahu makan jika inti kering. 
  • Sebelum inti stew daging di masukkan ke dalam loyang kecil atau ramekin, lenyek-lenyekkan kacang peas supaya bila bayi makan ianya tidak akan melekat menjadi choking hazard
  • Sediakan mash potato dan keledek dengan merebus kedua-duanya terlebih dahulu. Setelah empuk, masukkan 2 sudu cheddar cheese sagat.
  • Setelah itu letakkan di atas inti tersebut sehingga menutupi semua bahagian secara kemas.
  • Bakar selama 10 ke 15 minit dan sejukkan. 

  • Boleh cuba untuk suap jika baby suka atau macam saya bagi baby makan sebagai BLW (walaupun comot)

29 September 2011

Mickey Mouse Banana and Oat Pancakes - 6 bulan ke atas



Semalam beli oats dengan niat nak buat biscuits untuk Mimi. Tapi somehow I dunno, maybe coz I tak keen on adding sugar I decided not to and went ahead with the Banana and Oat Pancakes

Resipi ni ada telur so kalau nak buat untuk anak below 8 months, jangan letak telur ye

So melempeng la kita...but so fun's sake, I jadikan dia Mickey Mouse Banana and Oat Pancakes.



The original recipe is from here
http://www.babyledweaning.com/forum/viewtopic.php?f=2&t=24999

Bahan-bahan :
1/2 cup of Rolled Oats
1/4 cup of liquid - Breast Milk, Formula, Rice Milk, water or fresh apple juice
1 Egg or Egg Replacement (tak letak)
1 Large Banana
Cinnamon to taste (serbuk)

Cara-cara:
Once all is in the blender, blend until mixture is nice and smooth and then cook in a hot pan.
Mixture makes around 6 small pancakes.

Sebab nak bagi Mimi pegang I made them smaller...so nampak la dapat lebih sikit dari 6. I also potong kecik-kecik at first sebelum bagi the big pieces to practice.


I enjoyed making them and I think this is a winner now, +1 for breakfast menu!

27 September 2011

Gag Reflex is Normal in BLW



Take it from this father yang sangat COOL dan CALM bila baby dia GAG.



Yes fear of choking is more of the reason kenapa most mothers are not ready to BLW.  Lets discuss this further..

Bayi yang berusia enam bulan tidak akan tercekik pada makanan jari?

PENTING: Jangan biarkan bayi anda tanpa pengawasan semasa ia makan. Jika anda takut bayi tercekik, dan walaupun anda tidak, anda perlu mengambil kursus CPR untuk bayi.

Ramai ibu bapa mungkin berasa bimbang tentang BLW kerana mereka takut bayi mereka boleh tercekik jika diberi cebisan makanan yang besar. Kebanyakan kebimbangan bayi tercekik lahir daripada melihat bayi "gagging" (macam nak termuntah atau refleks lelucon). Namun adalah penting dan perlu diingat bahawa gagging tidak sama seperti tercekik. Walaupun agak menakutkan dan risau bagi orang dewasa untuk melihat, gagging jarang sekali membimbangkan dan berlakunya adalah perkara biasa semasa awal-awal memperkenalkan makan makanan pepejal. Kebanyakan bayi akan gag atau termuntah sebahagian besar makanan dan kemudiannya makan seperti tiada apa pernah berlaku.

Apakah perbezaan antara gagging dan tercekik?

Gagging adalah satu mekanisme keselamatan biologi yang menghalang kita dari tercekik. Refleksi nak termuntah ini adalah gerakan yang dicetuskan dalam usaha untuk mengusir makanan yang semakin terlalu dekat dengan saluran pernafasan jika ia terlalu besar untuk ditelan.

Tercekik berlaku apabila saluran udara bayi tiba-tiba sebahagian atau sepenuhnya tersekat dan bayi tidak boleh bernafas. Tanda-tanda tercekik pada bayi termasuk: nada lembut atau nada tinggi sambil cuba bernafas, bayi menjadi lemah, batuk yang inefektif, tidak boleh menangis atau tidak dapat membuat banyak bunyi, warna kulit kebiruan, kesukaran bernafas (tulang rusuk dan dada tarik masuk), dan kehilangan kesedaran jika yang tersumbat tidak keluarkan dengan segera. Bayi yang menangis dan / atau batuk yang kuat tidak tercekik sebenarnya, tetapi bayi yang berdiam diri atau bunyi berdehit pastinya membimbangkan.

Sumber :
Sources:
http://www.nhs.uk/chq/Pages/2301.aspx?CategoryID=72&SubCategoryID=72
http://health.nytimes.com/health/guides/injury/choking-infant-under-1-year/overview.html
Baby-led Weaning: Helping your baby to love good food by Gill Rapley and Tracey Murkett, 2008. Vermillion, London UK.


Apakah gagging dan mengapa ia berlaku begitu banyak di kalangan bayi?

Pada orang dewasa, refleks lelucon dicetuskan jauh di belakang leher kita dan sangat dekat pada saluran udara kita. Oleh itu, refleks lelucon orang dewasa apabila tercekik merupakan ancaman serta-merta. Walau bagaimanapun, bayi yang berusia kira-kira enam bulan, refleks lelucon dicetuskan lebih jauh ke hadapan di dalam mulut daripada orang dewasa atau kadang-kadang bayi yang besar, dengan itu membuatkan refleks lelucon pada bayi seawal usia 6 bulan lebih mudah untuk tercetuskan. Mana-mana makanan yang tak sesuai atau objek asing secara amnya lebih jauh dari saluran udara apabila bayi berusia enam bulan "gag" daripada orang dewasa. Oleh itu, apabila bayi enam atau tujuh bulan berusia kelihatan "gagging" ia tidak bermakna makanan yang terlalu dekat dengan saluran udara atau bayi tercekik.

Refleks lelucon atau gagging adalah salah satu mekanisme yang paling penting bagi keselamatan bayi yang perlu untuk melindungi mereka terhadap tercekik. Sebaik sahaja refleks ini telah tercetuskan beberapa kali, bayi belajar tidak meletakkan terlalu banyak makanan di dalam mulut dan tidak menolak ketulan besar makanan ke belakang tekak. Semakin hari dia membesar, refleks lelucon akan bergerak lagi dalam di mulutnya, membuat ia lebih sukar untuk "gag".

Sumber : Source: Baby-led Weaning: Helping your baby to love good food by Gill Rapley and Tracey Murkett, 2008. Vermillion, London UK.


Apa yang perlu saya lakukan apabila bayi saya gag?

Yang paling PENTING, adalah bertenang - gagging biasanya tidak membimbangkan. Apabila bayi anda gag, pasti dia duduk tegak jika dia tidak dalam posisi duduk tegak. Gosok belakang dia dengan lembut dan perhatikan dia dengan teliti, tetapi masih membenarkan dia berusaha dengan sendiri. Dia mungkin meludah sedikit sambil meluahkan makanan. Namum sesetengah bayi mempunyai refleks lelucon yang sangat sensitif. Jika selepas beberapa minit, dia masih menghadapi kesukaran, anda mungkin ingin perlahan-lahan menggunakan jari kecil anda untuk membantu mengeluarkan makanan yang tersekat tersebut. Selalunya ini tidak perlu, bagaimanapun refleks lelucon bayi anda berkemungkinan besar akan membuang sendiri makanan yang tersekat itu.

Apa yang perlu saya lakukan jika saya fikir bayi saya adalah tercekik?

Kerosakan otak yang kekal boleh berlaku dalam masa 4 minit tanpa udara, oleh itu pertolongan cemas segera boleh menyelamatkan nyawa bayi anda. Cuba untuk mengusir objek yang pertama dengan lima (5) pukulan belakang. Jika objek masih menyekat saluran pernafasan selepas pukulan belakang, mulakan tusukan pada dada atau chest trust. Jika bayi anda dan biru, tidak bernafas, atau hilang kesedaran, manggil nombor kecemasan negara anda dan mulakan CPR bayi.

Arahan tidak boleh menggantikan amalan menyelamatkan nyawa yang akan anda dapati dari kursus CPR untuk bayi. Tetapi jika anda tidak dapat menghadiri kursus CPR, anda mungkin boleh belajar beberapa teknik menyelamatkan nyawa bayi anda dari laman web dan video berikut:


Playlist video dari The Pregnancy Show di YouTube. Playlist ini mempunyai empat video yang semuanya berkaitan dengan bayi tercekik: CPR untuk Bayi, Bayi Tercekik Bahagian 1, Bahagian Bayi Tercekik 2, Bahagian Bayi Tercekik 3. Senarai main kurang dari 15 minit.
Sumber:
http://health.nytimes.com/health/guides/injury/choking-infant-under-1-year/overview.html

16 September 2011

Baby Led Weaning - Pengalaman Saya dengan Baby Led Weaning Part 2



Today dia dah tak sibuk nak tengok apa ada belakang mangkuk. She grasped the chicken fillet and bubur semi solid very well, even the mustard greens (sawi) yang saya cincang halus.

I just realised that since dia fully BF sampai 6 months ada besar kemungkinan corak pemakanan dia sangat berbeza and thus BLW sangat sesuai untuk dia :)

Baby Led Weaning - Pengalaman Saya dengan Baby Led Weaning



Saya harus berterima kasih pada Fara Kertina Waty Awang kerana memperkenalkan saya pada BLW. A'amelia atau Mimi anak ketiga saya yang fully BF sehingga usia 6 bulan sememangnya tidak gemar puri dan sangat independent.

Apa itu Baby Led Weaning?
Bertentangan dengan kepercayaan popular, tidak ada penyelidikan yang menyokong pandangan arus perdana semasa bahawa bayi perlu diasuh dengan purées sebagai makanan pertama. BLW membolehkan bayi menggunakan kebolehan semula jadi mereka untuk meneroka rasa, tekstur, warna dan bau. Ia menggalakkan kebebasan dan keyakinan dengan membenarkan mereka percubaan dengan makanan pada kadar pertumbuhan masing-masing dan membantu untuk membangunkan koordinasi mata tangan dan mengunyah (sensory motor development)

Dengan BLW bayi anda dibenarkan untuk memutuskan berapa banyak yang dia mahu makan, cara makan dan percubaan dengan segala-galanya pada kadar sendiri.

Menurut Gill Rapley & Tracey Murkett pengasas BLW, BLW merupakan pendekatan yang selamat, mudah dan menyeronokkan untuk memperkenalkan makanan pepejal pada bayi anda.

Mengapa saya pilih Baby Led Weaning?
Seperti juga Gill Rapley anak ketiga saya A'amelia tidak gemarkan puri. Percubaan pertama dengan puri pisang langsung terus ditolak, jadi selepas terdengar percubaan rakan saya Fara Kertina Waty untuk BLW bagi anak-anaknya saya terus sahaja mencuba. Apatah lagi saya sudah buntu kerana Mimi memang tidak gemarkan puri.

Adakah BLW untuk anak anda?
Pada pendapat saya, cuba puri untuk bulan pertama (6 months) untuk "jump-start" sistem penghadaman anak anda dan supaya perut tidak terkejut. Saya selalu ambil "sign" dari digestive system dia samada dia ok atau tidak (samada dia sembelit atau tidak) - contohnya saya pernah melenyekkan sahaja karot utk A'amelia tapi ternyata dia sembelit selepas itu jadi saya terus puri dan tapis. Mungkin sebab ada history allergy dalam family jadi saya masih mengikuti 4 day wait rule walaupun menggunakan BLW.

Tidak seperti anak kedua dan pertama saya,  Mimi tidak berapa gemarkan puri dan lebih suka mengutip makanannya sendiri. Saya ambil itu sebagai "cue" dia lebih gemarkan cara BLW. At the same time, tugas harian saya yang hectic (kerana juga menjaga anak kedua) dan sangat mencabar membuatkan saya seringkali rasa penat kerana terpaksa menyediakan 3 jenis makanan - untuk Mimi, untuk Syasya dan Aliya yang bersekolah dan untuk diri sendiri (saya sukakan makanan pedas yang mungkin tidak sesuai dengan anak-anak)

Pada pertengahan usia 7 bulan, saya sudah perlahan-lahan memperkenalkan BLW - makanan BLW pertama merupakan pear yang masak ranum. Seterusnya kentang, carrot, lobak putih, ayam, roti bakar dan apple yang agak masak. Bubur nasi saya sudah tidak puri serta tapis dan hanya biarkan ia masak sehingga hancur - malah A'amelia langsung rejek puri nasi yang saya beri.

Adakah BLW sesuai untuk anda?
Satu lagi faktor yang PENTING. Saya seorang full time housewife. Setiap yang ingin mengamalkan BLW perlu tahu bahawa anda perlu SABAR dan punya MASA TERLUANG YANG PANJANG untuk mengamalkannya. Anda juga perlu meluangkan masa untuk buat banyak self study di laman web dan forum BLW.

Rujukan :

  • http://www.babyledweaning.com/forum/index.php
  • http://www.baby-led.com/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog Designed by The Single Momoirs