Showing posts with label Simple Recipes. Show all posts
Showing posts with label Simple Recipes. Show all posts

Sunday, June 17, 2007

Simple Apple Cake

Resepi Kek Apple yang mudah dari Yani MyResepi. Resepi asal sila klik di sini.

Bahan-bahan
  • 1 biji epal
  • 100g mentega-suhu bilik
  • 80g gula halus + 2 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 100ml fresh cream/whipping cream
  • 150g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula. Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.
  2. Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
  4. Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
  5. Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
  6. Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
  7. Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C

Laksa Perantau

Laksa perantau dinamakan kerana laksa ini terhasil dari bahan-bahan yang ada di perantauan. Walaupun tanpa bau bunga kantan yang harum, namun masih dapat menghilangkan rindu ke kampung halaman. Resepi ini diajar oleh saudari Dilla, yang katanya resepi turun temurun dari seniornya di German.
  • Bahan untuk kuah
  • Tuna (dlm minyak atau air garam) - 2 tin
  • Bawang besar - 2 biji
  • Cili kering - segenggam (ikut suka kepedasan)
  • Asam keping atau air asam jawa
  • Bahan Laksa
  • Laksa kering (spagetti pun boleh)
  • Bahan Tambah
  • Daun Salad - dihiris halus
  • Timun - dihiris halus
  • Nenas - (dlm tin)
  • Cili merah atau cili padi dihiris halus - ikut kesukaan

Cara-cara

  1. Rebus laksa hingga masak. Kalau guna microwave - dlm 20-30 min. Tapi bergantung, sila rasa laksa tersebut masak dengan betul.
  2. Utk kuah. Blend semua bahan utk kuah dan masukkan dalam periuk atau bekas yang sesuai utk microwave. Tambah air ikut kepekatan bahan anda. Tambah gula dan garam secukupnya. Masak lah seperti biasa, dengan microwave dlm 20-30 min.
  3. Bolehlah dimakan. Senang kan. Sebijik rasa sama dengan laksa asam kat pasar malam.
  4. **bagi yang ada bahan -bolehlah tambah daun kesum atau bunga kantan dlm kuah, dan hiasan tambahan : daun mint, limau kasturi, pes udang dan lain-lain. Bagi yang takde, rasa laksa simple menggunakan tuna dan masak dlm microwave ni masih sedap.

Thursday, June 14, 2007

Banana Pancake

Sedapnya sarapan pagi dengan lempeng pisang ni. Resepi dari MyResepi oleh m3rn2: Klik ke sini untuk ke resepi asal.

Bahan-bahan

  • 1 cwn tepung naik sendiri
  • 2 sudu besar gula
  • secubit garam
  • 1 biji telur
  • 1 cwn susu segar
  • 2 sudu besar minyak masak/mentega
  • 2 biji pisang, dilenyek
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:-
  1. Campurkan tepung, gula dan garam dalam mangkuk yang besar.
  2. Campurkan telur, susu, minyak, pisang dan esen vanilla dan kaca sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 basah ke dalam bahan2 kering dan kacau sehingga tiada ketulan tepung.
  4. Panaskan non stick pan dan ambil 1/4 cwn adunan untuk bentukkan satu lempeng.
  5. Biarkan atas lempeng itu berbuih2 dan kelilingnya kecoklatan barulah pusingkan dan biarkan selama seminit lalu angkat.
  6. Boleh dimakan bersama madu, sirap maple atau madu.