Showing posts with label Banana. Show all posts
Showing posts with label Banana. Show all posts

Sunday, January 27, 2008

Pengat Pisang


Ini pengat pisang thailand style. Bezanya mereka pecahkan telur dalam pengat ini. Pasti tak ramai yang penah rasa, dan mesti ramai yang akan rasa macam hanyir. Namun, saya tak rasa pun hanyir sebab dah ada bau pandan. Walau apa pun, kepada peminat dessert, kena cuba dulu. Saya buat sikit aje sebab tak pasti sedap atau jadi. Tak sempat nak berguru buat pengat pisang ni dengan mak sebelum merantau. Terbayang-bayang je, yang pengat pisang mak buat ada telur. Hasilnya, hmmm...sedapnya hingga menjilat ibu jari tangan :D. Mula-mula tak sure betul ke tidak pisangnya. Nama-nama pisang pun tak penah nak hafal. Rasanya ada pisang yang boleh digoreng, ada yang tidak sesuai. Begitu juga kalau nak buat pengat, kena tau yang mana betul. Tapi, dah itu je pisang yang ada kat Deuschland ni. Aku gunalah pisang yang tak berapa nak masak lagi, kalau yang terlampau masak tu, mau jadi bubur pisang pulak nanti...

Bahan
  • 3-5 biji Pisang
  • Gula Melaka (saya juga palm sugar kelantan yang lebih gelap warnanya)
  • 1 helai Daun Pandan disimpul @ Setitik Esen Pandan
  • 250 ml Santan
  • 1 biji telur - dipecahkan dalam cawan-kepuk2 dengan garfu
  • 1 /2 cawan air
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 2 kuntum bunga cengkih

Caranya:
1. Bunga cengkih, Air dan gula melaka dimasak hingga gula melaka cair.
2. Tambah santan, garam, daun pandan.
3. Kacau hingga mendidih, masukkan pisang. Masak sekejap.
4. Tengah kuah mendidih, curahkan aliran telur. Biarkan sekejap hingga telur mengeras. Bolehlah dikacau-kacau dan tutup api. (Rupa telur macam seperti jaring-jaringan di dalam kuah tersebut).

Selamat Mencuba!

Thursday, January 03, 2008

Bananen-Dattel-Brot

Resepi ni dapat dari buku resepi German. Kalau ikut nama resepi tu, sebenarnya sejenis roti. Tapi tak guna yis. Rasanya macam kek yang tak berapa basah tapi lembut. Ada juga rasa macam kek pisang campur kek buah. Tujuan sebenar nak habiskan buah kurma yang tersimpan dari raya puasa, namun tak sia-sia buat kek ini kerana sedap dan lembut. Senang pulak tu. Kalau rakan-rakan yang dah pernah buat kek pisang, kali ni cuba tambah kurma sekali ya...

Kek Pisang-Kurma

Bahan-bahan
  • 225 g tepung
  • 2 1/2 SK serbuk penaik
  • 100 g Butter - dipotong kecil-kecil
  • 75 g gula
  • 125 g buah kurma - di potong kecil-kecil
  • 2 biji pisang
  • 2 biji telur
  • 2 SB madu

Caranya:
1. Telur, madu, pisang, gula - dikisar (saya masukkan dalam blender)
2. Campurkan tepung, serbuk penaik dan butter. Gaul sebati dengan tangah untuk buatkan butter tersebut sebati dengan tepung.
3. Masukkan bahan yang dikisar. Kacau hingga sebati. Memang doh keras sedikit, tidak seperti buat kek biasa.
4. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu marjerin/butter (spy senang dikeluarkan nanti).
5. Dibakar dalam oven yang telah di pre-heated - 160 degree. Dimasak lebih kurang 1 jam.

Thursday, June 14, 2007

Banana Pancake

Sedapnya sarapan pagi dengan lempeng pisang ni. Resepi dari MyResepi oleh m3rn2: Klik ke sini untuk ke resepi asal.

Bahan-bahan

  • 1 cwn tepung naik sendiri
  • 2 sudu besar gula
  • secubit garam
  • 1 biji telur
  • 1 cwn susu segar
  • 2 sudu besar minyak masak/mentega
  • 2 biji pisang, dilenyek
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:-
  1. Campurkan tepung, gula dan garam dalam mangkuk yang besar.
  2. Campurkan telur, susu, minyak, pisang dan esen vanilla dan kaca sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 basah ke dalam bahan2 kering dan kacau sehingga tiada ketulan tepung.
  4. Panaskan non stick pan dan ambil 1/4 cwn adunan untuk bentukkan satu lempeng.
  5. Biarkan atas lempeng itu berbuih2 dan kelilingnya kecoklatan barulah pusingkan dan biarkan selama seminit lalu angkat.
  6. Boleh dimakan bersama madu, sirap maple atau madu.