Ikon Remaja Masakini Maher Zain : FORGIVE ME

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/sXN7PjP08To selamat menonton.

Single Terbaru Humood Alkhuder : KEEP ME TRUE

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/MQ5ljhweCU4 selamat menonton .

Sejarah FNasyid bermula tahun 2008- sekarang

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Terima Kasih diatas sokongan anda semua

Single Terbaru Inteam : IMAN AMAN

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/hzYc13jXNtg selamat menonton...video lagu iftar sedang dalam proses editing insyaallah sedikit masa lagi akan temui anda

Salam Ramadhan Kareem 1433 H ikhlas dari FNasyid

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Rebutlah Ganjaran Pahala di dalam bulan Ramadhan ini...Berusaha mencari Malam Lailatul Qadar 10 terakhir Ramadhan.. .

Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Friday, October 17, 2014

30 Lagu Tercalon Untuk Anugerah Nasyid IKIMfm 2014

 
 

Anugerah Nasyid IKIMfm Kembali

ani-14-article-img


Kuala Lumpur, 15 Oktober – Sepuluh tahun lalu nama Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) meniti di bibir peminat industri nasyid tanah air atas kejayaannya menganjurkan Anugerah Carta Nasyid IKIMfm yang secara tidak langsung telah melonjakkan nama stesen itu di kalangan peminat lagu-lagu nasyid di negara ini.

Kali ini IKIMfm sekali lagi bakal menganjurkan acara yang sama dengan nama baru Anugerah Nasyid IKIMfm (ANI) yang dijangka berlangsung di Pusat Konvesyen Putrajaya (PICC) pada hari Sabtu 10 Januari 2015 bermula seawal 9 malam.

Penganjuran anugerah itu dilihat sebagai satu usaha IKIMfm memberi ruang kepada penggiat industri nasyid membuktikan kemampuan mereka dalam mencipta, menulis dan menonjolkan bakat dalam persembahan lagu-lagu nasyid yang dipertandingkan. Pengarah Pusat Media, Dr. Nik Roskiman Abdul Samad berkata penganjuran kali ini diharapkan akan dapat memartabatkan industri nasyid tanahair yang akhir-akhir ini dilihat sedikit suram.

“Kami mendapat reaksi positif di kalangan artis dan peminat nasyid susulan dari cadangan awal penganjuran program ini memandangkan IKIMfmlah satu-satunya radio bercirikan dakwah Islam yang beroperasi 24 jam. Jika IKIMfm tidak menjuarai mengiktiraf penggiat industri nasyid ini, mungkin tiada pihak yang akan melakukannya”, kata Nik Roskiman. Acara berprestij ini akan disiarkan  secara langsung di stesen televisyen al-Hijrah, tvikim (http://tvikim.my) dan radio IKIMfm sendiri bermula jam 8.45 malam, insya Allah.

Pada Sidang Media semalam, sebanyak 30 buah lagu telah terpilih untuk disenarai pendek ke peringkat saringan yang akan dinilai oleh Juri Profesional untuk memilih 10 lagu-lagu terbaik dibawa ke malam kemuncak, Malam Anugerah pada 10 Januari itu nanti. Lagu-lagu tersebut ialah:

No.Nama LaguArtis
1Ada MuNajwa Latif
2Aku Yang BerdosaShahir
3Al-Haq…Yang SatuMawi feat. Dato’ AC Mizal
4Bintang SyurgaRaqib Majid feat. UNIC
5Bukan Milik Kita6ixth Sense
6Cahaya Seluruh AlamAlmawlid
7Cinta HakikiFitri Haris feat. Mospeada
8Cukup Kau UntukkuNaim Helmi
9Dalam Sujud CintakuHalim Ahmad
10Ikramul KareemIM Hassan,IM Jabbar, IM Hafiz, IM Naufal & UNIC
11IMan & AmanInteam
12IstighfarSaujana
13Jodoh BerduaHafiz Hamidun
14KasihMestica feat Dakmie
15Kasih PadamuHafiz Hamidun
16Kau Ditakdirkan UntukkuEdcoustic feat. Inteam & Suhaimi Saad
17La TahzanHeliza Helmi
18Laungan CintaVoice of Men
19Maafkan AkuNowseeheart
20Macam Cantik Jer Macam Comel JerAmar
21Maha Suci AllahUNIC feat Amir Almawlid
22Rindu IniDu’a feat. Ustaz Amal, Alkautsar, Anas Tahir & Azfar
23Rindukan CahayaMu’adz
24SahabatNajwa Latif feat. Syamkamarul & Sleeq
25Seiring SehaluanUNIC
26Syahadah RabaahFetya
27Tangis Sebatang TamarDaqmie
28Tolong AmpunkanSuhaimi Saad feat. Amir Kaslam
29Ucaplah AlhamdulillahAmirul Haswendy
30Warkah CintaIM Nazrul feat. UNIC      

[Susunan lagu berdasarkan turutan alphabet sahaja]

Pemilihan 30 lagu-lagu ini adalah berdasarkan kedudukan mereka dalam rancangan Carta IKIMfm yang bersiaran setiap Ahad jam 10 pagi hingga 12 tengahari yang diterbitkan oleh Dj Mohd. Erwan Johari.

Menurut Dr. Nik Roskiman selaku Penasihat ANI, Malam Anugerah ini turut mendapat penajaan dan kerjasama dari pelbagai pihak seperti PICC, Tv alHijrah, Nasyeed.com dan ramai lagi. 

Kepada pihak yang ingin menaja samada berbentuk kewangan mahupun barangan bolehlah menghubungi En Azronnizam, (013-374 4113).

 
 
 
Copyright 2014 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ] 

Saturday, March 16, 2013

Janji HIJJAZ Mac Ini 2013

 
 
Akan Datang Mac Ini  




 
 
 Seleksi Video:
 
 
 Part One 
 
Part 2
 
 
 
Part 3
 
 
 
Part 4
 
 
 
 
 
Copyright 2012 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ] 

Saturday, November 3, 2012

Pelancaran Album "SAMI YUSUF – SALAAM" Di Asia Tenggara

 




 SIARAN MEDIA


SAMI YUSUF – SALAAM


Pelancaran Album Di Asia Tenggara


3 November 2012



 

 The Royale Bintang Damansara, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, MALAYSIA. 



Dialu-alukan sebagai pencapaian beliau yang terbesar secara artistik,
 kepadatan dan kepelbagaian dalam kandungan dan seni suara;  Sami Yusuf: 

Album Salaam... hening subuh yang menyelimuti segala ufuk.





Dengan berjuta-juta jualan, Sami Yusuf, tiba di Malaysia pada 3 
November 2012 untuk pelancaran peringkat Asia Tenggara album studio 
beliau yang keempat, Salaam. Album ini dilesenkan secara eksklusif 
kepada Arteffects International (Arteffects Sdn. Bhd.) yang akan menjadi
 tuan rumah kepada Sami Yusuf dan peminat-peminat beliau untuk 'Hi-Tea 
Eksklusif Album dan Sesi Bertemu Peminat’ pada tarikh pelancaran di The 
Royale Bintang Damansara, 2 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810, 
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.


 

 
Album ke 4 berjudul   " Salaam " 

Salaam, yang bermaksud keamanan dalam bahasa Arab, akan memberikan 
satu pengalaman yang unik dari sudut ketenangan dan kepuasan; yang 
bertunas dari hubungan di antara pendengar dan Pencipta mereka.


  


Mengandungi enam belas buah lagu, Sami menyampaikan secara bersilih 
ganti, dan menyatukan secara indah dua peranan iaitu penyair dan 
komposer.


Album ini menampilkan duet popular bersama Dato' Siti Nurhaliza 
melalui lagu "You Came To Me", yang membuai pendengar dengan gabungan 
yang indah vokal penuh perasaan dan seruling bambu.


Di dalam ini juga terdapat lagu, "It’s a Game", sebuah lagu yang dijelmakan sebagai muzik video animasi unik yang bertujuan untuk menyatukan semua agama untuk melawan kebencian, ketaksuban dan kejahilan. Untuk menambahkan kuasa kepada senarai lagu-lagu di dalam album ini, terdapat adalah versi Inggeris untuk lagu klasik Azerbaijan, "Kuchalare Su Sapmisham", yang menekankan kepentingan budaya dan tradisi dalam dunia moden budaya masakini. Lagu-lagu yang pernah menjadi kesayangan ramai, "Without You" dan "Wherever You Are" telah direkodkan dalam bahasa dan susunan akustik yang baru. Album ini turut dikejutkan melalui penampilan pencipta lagu dan penyanyi lagenda, Ustaz Babak Radmanesh, berjudul “Dryer Land", yang mempunyai kuasa penyampaian vokal terbaik dan makna yang sangat-sangat mendalam.  
 
Salaam T-Shirt for Lucky Guest


Salaam menjadi album yang turut mengambil kira aspek amal 
peribadinya. Lagu yang sangat diraikan, "Forgotten Promises" menjadi 
teras perkhidmatan beliau untuk program Sami Yusuf – LiveFeedAfrica bagi
 Kempen Program Makanan Sedunia PBB (www.livefeedafrica.org)
 dan "Hear Your Call", yang telah menarik perhatian media dari BBC dan 
CNN. "Happiness", "Smile" dan "Salaam" adalah antara tajuk lagu 
terkandung di dalam album ini.





Tentang album ini, Sami Yusuf berkata: "Saya berterima kasih kepada 
Yang Esa di anugerah kepada saya, keistimewaan dan penghormatan 
menyampaikan segalanya dengan seadanya. Memang diakui, album ini adalah 
penerokaan berterusan genre Spiritique saya. Dalam kandungan, bunyi dan 
niat, ia adalah mungkin satu karya seni yang jauh lebih kaya dan 
pelbagai, dan saya tidak mempunyai keraguan bahawa, insya-Allah, ia akan
 diterima ramai. Intipati album ini adalah perasaan, harapan cerah dan 
keyakinan. Sememangnya, ia bagaikan waktu subuh, tidak meninggalkan 
malam atau mendahului waktu pagi, tetapi heningnya menyelimuti semua 
ufuk. "





Sami Yusuf mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang
 kepada album ini, sehinggalah ke hari pelancarannya.

 
Foto Sami yusuf di Malaysia :
 















  


Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: Arteffects International, 
(E) newmedia@arteffects.com.my (T) 603-7727 1297 (F) 603-7725 1297 (M) 
6012-225 1297

 
 
 Copyright 2012 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ] 

Friday, October 5, 2012

Khas Buat Sokongan Peminat : Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun

 
 
Konsert Zikir Terapi Diri
 Hafiz Hamidun
 
Nama yang tidak asing lagi dalam hiburan nasyid masa  kini
Hafiz Hamidun berjaya meletakkan dirinya sebagai komposer muda 
yang berbakat.
 
Jika Lihat pada Album Zikir Terapi Diri telah berjaya menambat
hati semua pendengar tidak kira peminat nasyid, 
bukan peminat nasyid juga tersentuh dgn kejayaan 
beliau menghasilkan album Zikir yang berbeza
dari album-album nasyid sebelum ini.
 
 
 
Ternyata Album Zikir Terapi Diri telah menduduki 10 
carta album yang popular atau paling laris di ITUNES.
Pada hari Rabu lalu 3 Oktober 2012 album Zikir Terapi Diri 
telah menduduki carta ke 3 yang popular,alhamdulillah semoga 
Allah permudahkan urusan hafiz hamidun dalam berdakwah,
kita doakan bersama.Untuk Belian album di Itunes 
boleh layari link disini :
http://itunes.apple.com/my/artist/hafiz-hamidun/id525310678
 
Bukan itu sahaja,album Zikir Terapi Diri juga berjaya memecah 
jualan sebanyak 60 ribu unit.Dengan kejayaannya itu, 
hafiz Hamidun bertekad mahu membuat Konsert Zikir  
dengan menampilkan artis -artis yang bakal menggegarkan 
Industri Nasyid dengan kelainan yang cuba ditonjolkan pada  
Konsert Zikir tersebut .
  
 
TERBARU : LAman Rasmi Hafiz Hamidun Full di http://www.hafizhamidun.com/ 
          
Kata Hafiz Hamidun berkaitan Konsert Zikir Terapi Diri: 
 
" Sahabat-sahabat semua, tiket untuk Konsert Zikir Terapi Diri saya akan mula
dijual bermula 8 Oktober ni. Yakni... Isnin nanti. Terima kasih kerana sokongan
 korang, x mungkin album Zikir Terapi Diri dah nak mencecah jualan 
60ribu unit. Saya janji, Konsert Zikir Terapi Diri ni experience yang 
sangat berbeza dari show-show saya yang biasa. InsyaAllah." 
 
 
 
 
 
Copyright 2012 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ] 

4 pencalonan Hafiz Hamidun di Anugerah Industri Muzik Malaysia ( AIM 19 )

Taniah diucapkan kepada Hafiz Hamidun Full kerana 4 pencalonan di 
Anugerah Industri Muzik Malaysia ( AIM 19 )

Check It Out Senarai Pendek Calon AIM19



Calon Lagu Nasyid Terbaik :


1. Asmaulhusna (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Mawi

2. Allah (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun)
– Hafiz Hamidun
 
3. Garisanmu (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Izzat Mahadi
 
4. Doa (Gjie 6ixth Sense/Lukhman S) – Nora
 
5. Erti Al-Fatihah (Johan Nawawi/Johan Nawawi) – Voice of Ummi



Rakaman Album Terbaik :  
1. Hafiz Hamidun/CL Toh - Hafiz Hamidun (Zikir Terapi Diri)
  
Begitu Juga kumpulan Firdaus tercalon sebagai,
 
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu :
 
1. Firdaus (Saat Terindah) 
 
 
Anda boleh lihat semua pencalonan AIM 19 disini : 
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=12963&c=1&s=1  
 
Sumber : Murai  
 
 
 
 
Copyright 2012 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ] 

Esok !! Xpresi Cinta Rasulullah SAW

 Xpresi Cinta Rasulullah SAW
 Dataran Kemerdekaan Shah Alam
 Sabtu, 6 Oktober 2012
 9malam.
 
 
p/s : sila klik pada gambar untuk paparan yang 
lebih jelas 
 
 
 
 
Copyright 2012 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ] 

Hati Hafiz Hamidun sudah dimiliki ?

 

Yeke, Hafiz Hamidun Bertunang Di Mekah Februari 2013

Yeke, Hafiz Hamidun Bertunang Di Mekah Februari 2013
 
KUALA LUMPUR, 4 OKT 2012: Mengakui hatinya sudah dimiliki gadis kelahiran Indonesia, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun bagaimanapun menafikan dia bakal bertunang dengan gadis berkenaan di Tanah Suci Mekah pada Februari 2013 seperti mana yang digembar-gemburkan setengah pihak.

Sebaliknya, Hafiz yang bakal mengadakan konsert sulungnya, Zikir Terapi pada 14 November 2012 menjelaskan pemergiannya ke Mekah pada Februari depan adalah untuk menunaikan umrah dan tiada kena mengenakan dengan majlis pertunangan.

"Memang benar saya pernah putus tunang. Nak kata saya fobia untuk bertunang lagi atau pun terus berkahwin dengan wanita berkenaan, tidak juga. Tapi, rasanya masih belum sesuai lagi saya berkata apa-apa tentang hal tersebut.

"Saya masih belum mempunyai kata putus sama ada mahu bertunang dengan dia atau pun tidak. Saya masih dalam tempoh mengenali dia dengan lebih dekat lagi. Lagi pun, kami pun berlainan budaya."Insya-Allah, tahun depan saya akan menunaikan umrah sebanyak dua kali iaitu pada Februari dan Mac. 

Bagaimanapun, ia bukanlah majlis pertunangan seperti yang disangkakan," katanya ketika dihubungi murai.com.my, pagi tadi.

Dalam pada itu, Hafiz yang bakal mengundang personaliti popular pada konsert Zikir Terapi nanti turut menyangkal dakwaan bahawa wanita itu adalah anak kepada kedutaan Indonesia di Mekah.

"Memang benar dia menetap di Mekah. Begitu juga dengan famili dia. Namun, dia bukanlah anak kepada seorang kedutaan Indonesia di Mekah.

"Terus-terang, saya tak mahu cakap lebih-lebih tentang dia. Insya-Allah, saya akan berikan penjelasan lanjut tentang dia apabila saya pulang dari umrah nanti.

"Selagi saya belum berkahwin dengan dia, saya tidak boleh cakap adakah benar dia bakal menjadi isteri saya atau pun tidak. Pertama kali saya berjumpa dengan dia sewaktu saya mengerjakan umrah pada Mac lepas," jelasnya.
 
 
Sumber :Murai 
 
 
 
 
Copyright 2012 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ] 

Saturday, August 25, 2012

Walimah Ustaz Don & Husna [ Pengajian Islam Mesir & Perubatan Mesir ]

 
 
 
Detik manis Ustaz Don-Husna
Wartawan Sinar Harian
25 Ogos 2012
Detik manis Ustaz Don - Husna
Senyuman bahgia pasangan pengantin baru, Don dan Husna.
PENCERAMAH popular, Don Daniyal Don Biyajid, 28, selamat dinikahkan dengan gadis sama negeri dengannya, Husna Mohd Zahry, 24, kelmarin.

Don Daniyal yang lebih dikenali dengan nama Ustaz Don dinikahkan di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Jelita Kuala Sungai Pinang Balik Pulau oleh jurunikah Pejabat Agama Daerah Barat Daya selepas solat Asar.

Majlis resepsi pengantin perempuan diadakan di rumahnya hari ini sementara sebelah lelaki dijangka pada 1 September di Dewan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).

Hampir 2,500 tetamu dijangka hadir memeriahkan majlis resepsi di sebelah pengantin perempuan.

Don yang ditemui Sinar Harian mengakui alam perkahwinan yang dilalui bersama Husna sama seperti pasangan suami isteri yang lain.

“Bagi saya tiada bezanya, apa yang pasangan lain rasakan itulah yang akan kami rasa, sama sahaja,” katanya.


Tidak sangka bermenantu pendakwah terkenal

Sementara itu bapa mertuanya, Mohd Zahry Shaikh Abdul Rahman berkata, Husna merupakan anak keempat daripada sembilan beradik  dan masih belajar dalam bidang perubatan di Mesir.

Menurutnya, dia dan ahli keluarga yang lain tidak menyangka anaknya itu akan berkahwin dengan Ustaz Don, seorang pendakwah terkenal.

“Walaupun Husna masih belum menamatkan pelajarannya dalam bidang perubatan, namun ahli keluarga saya sudah merestui kerana faham perubatan sememangnya bidang yang memerlukan tempoh yang lama.

“Pada Oktober ini Husna akan kembali ke Mesir untuk menyambung pengajian tahun akhir,” katanya.

Bagi adik bongsu Ustaz Don, Don Asyraf, 24, hanya tersenyum manis ketika diajukan soalan tentang perkahwinan abangnya.

Katanya ringkas, dia berbangga kerana akhirnya ada wanita yang berjaya mendampingi abang sulungnya itu.

Sementara itu, salah seorang rakan terdekat kepada keluarga mertua Ustaz Don memberitahu dia sendiri tidak menyangka rakan rapatnya itu akan bermenantukan Ustaz Don.

Bersempena majlis bersejarah itu juga, kedai kek terkemuka dari Pulau Pinang, Melting Bites mencipta khas figurin wajah Ustaz Don bersama isterinya, Husna Zahry.

Pemilik Melting Bites, Khairul Mimi Mohd Kamil berkata, walaupun sudah hampir dua tahun berkecimpung dalam bidang pembuatan kek, cabaran untuk membentuk wajah Ustaz Don agak sukar.

Menurutnya, ia termasuk membentuk serban menggunakan 'fondant'.

“Biasanya figurin yang saya buat wajahnya bulat-bulat, tetapi berbeza dengan Ustaz Don kerana wajahnya agak panjang dan saya perlu tiruskan figurin berkenaan.



“Menariknya lagi bentuk figurin ini sama seperti wajah Ustaz Don dan isterinya, Husna berpakaian ala-ala Timur Tengah,” katanya.

Idea untuk membuat kek tiga tingkat tersebut datang sendiri daripada isteri Ustaz Don.

Kek yang turut dihiasi dengan bunga-bungaan segar berkenaan mempunyai perasa coklat lembap dan juga ‘butter cream’.

Melting Bites yang sebelum ini pernah menghasilkan kek perkahwinan buat selebriti popular Farah AF juga memaklumkan tema kek perkahwinan Ustaz Don berwarna ungu lembut dan merah jambu.

Sementara jurugambar rasmi perkahwinan penceramah popular ini, Artmosphere Photography menganggap detik perkahwinan Ustaz Don begitu mudah dan tenang.

Pemilik dan jurugambarnya, Shafiq Khairy Mohd Shariff berkata, dia dan rakannya, Nadia Zahari Photography begitu seronok merakamkan detik manis penceramah popular berkenaan.

“Berbeza ketika majlis perkahwinan seorang pelakon popular yang mana lebih ramai jurugambar yang datang dan kami terpaksa berasak dengan media yang begitu ramai walaupun menjadi jurugambar perkahwinannya.

“Ketika majlis akad nikah Ustaz Don, yang ada hanyalah rakan-rakannya dan juga sanak-saudara, memang kerja mudah,” katanya.

Artmosphere Photography bersama dengan Nadia adalah jurugambar rasmi bagi majlis akad nikah dan juga majlis resepsi bagi pengantin perempuan di Balik Pulau.

Tema ‘Garden Fairytale’ pilihan keluarga pengantin perempuan

Bertemakan ‘Garden Fairytale’, Pengarah Kreatif The House of Red Gincu, Surianie Samsudin berkata, warna-warna lembut menjadi pilihan pengubahsuaian bilik pengantin dan juga pelamin.

Menurutnya, antara warna lain ialah ungu lembut dan merah jambu.

“Kami bertanggungjawab untuk mengubah pelamin bersanding dan juga pelamin untuk akad nikah, antara lain yang turut disediakan kami ialah gubahan meja makan tetamu kehormat, henna, serta tidak ketinggalan ialah bunga tangan semasa bersanding.

“Sementara bagi busana akad nikah, Ustaz Don dan Husna mengenakan pakaian mereka sendiri,” katanya.

Mempunyai butik di Air Itam, Surianie berkata, dia seronok berurusan dengan keluarga mertua Ustaz Don.

“Ini pertama kali saya berurusan dengan keluarga selebriti dan bagi saya ia adalah pengalaman yang manis,” katanya.

Gambar Walimah Husna & Ustaz Don Daniyal
 [ Credit to : Artmosphere Photography ] 


























Sumber : Sinar Harian & Artmosphere Photography
 
 
 
 
Copyright 2012 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ] 

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More