Ikon Remaja Masakini Maher Zain : FORGIVE ME

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/sXN7PjP08To selamat menonton.

Single Terbaru Humood Alkhuder : KEEP ME TRUE

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/MQ5ljhweCU4 selamat menonton .

Sejarah FNasyid bermula tahun 2008- sekarang

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Terima Kasih diatas sokongan anda semua

Single Terbaru Inteam : IMAN AMAN

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/hzYc13jXNtg selamat menonton...video lagu iftar sedang dalam proses editing insyaallah sedikit masa lagi akan temui anda

Salam Ramadhan Kareem 1433 H ikhlas dari FNasyid

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Rebutlah Ganjaran Pahala di dalam bulan Ramadhan ini...Berusaha mencari Malam Lailatul Qadar 10 terakhir Ramadhan.. .

Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Showing posts with label Syifa'. Show all posts
Showing posts with label Syifa'. Show all posts

Sunday, January 24, 2010

SYIFA' KE KEDAH DALAM MINI KONSERT PADA 31 JANUARI INI

BERITA @ FN

Syifa' teruskan usaha jelajah promosi di Perlis, Kedah

Syifa'@FN

Oleh Rozdan Mazalan

TAHUN ini membuka satu lagi lembaran baru buat kumpulan nasyid Syifa di persada seni nasyid tanah air. Kesinambungan daripada Syifa Tour 09 (ST09), kini kumpulan itu meneruskan usaha promosinya dengan siri jelajah Syifa Tour 09/10 (ST09/10).

Kali ini Perlis menjadi pilihan destinasi pertama yang turut disertai beberapa penyampai Radio Ikim.fm. Kedua-duanya bekerjasama sebagai langkah mempromosikan kumpulan dan stesen radio itu dengan memilih 30 Januari bermulanya siri jelajah ini.

Penyanyi utama kumpulan Syifa, Zahidan Omar berkata, dalam rangka Tour ST09/10 ini, mereka akan mengadakan konsert amal di Sekolah Kebangsaan Arau yang turut dijayakan bersama kumpulan Soutul Mualimin.

“Kami mendapat sokongan dari Jabatan Pendidikan Perlis (JPP) serta turut dibantu oleh Jabatan Agama Islam Perlis (JAIP) serta Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

“Selain itu, lima sekolah dan penduduk yang berhampiran turut dijemput untuk memeriahkan konsert itu yang turut merancang beberapa aktiviti bersama pengunjung,” katanya.

Menurutnya lagi, pada 31 Januari ini, Syifa akan meneruskan siri ST09/10 ke Kedah dengan mengadakan mini konsert di Sekolah Menengah Agama Darussaadah, Titi Besi, Kepala Batas, Alor Setar. Mini konsert ini akan diadakan pada jam 3 petang di dewan sekolah itu. “Penyampai “Radio Ikim.fm juga akan turut mempromosikan stesen radio mereka selain mendekati pendengar dan bersama-sama menjelajah ke seluruh tanah air.

“ST09/10 akan meneruskan siri penjelajahan ini bukan saja di Malaysia bahkan hingga ke luar negara seperti Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia,” katanya yang akan menaiki Skuad Peronda Tour Syifa yang ditaja.

Selaku guru dan pengurus Kumpulan Soutul Mualimin, Ustaz Erwan berkata, kumpulan ini ditubuhkan pada 2007 dan terdiri daripada guru pendidikan Islam dan j-QAF di JPP dan juga kakitangan JAIP seramai 15 orang.

“Kami bermula dengan Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan sempena Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada tahun yang sama.

“Kami kembali aktif pada Disember tahun lalu dengan sembilan ahli yang masih kekal dalam meneruskan seni nasyid ini secara ‘live’ diiringi perkusi.

“Kami juga turut menerima undangan di majlis rasmi di Perlis walaupun kadangkala terdapat kekangan waktu dan kesibukan dengan tugas seharian,” katanya.

Selain Erwan, kumpulan Sautul Mualimin yang terdiri daripada semuanya ustaz iaitu vokalis utamanya, Addy Mat dari Sekolah (SK) Felda Rimba Mas, Padang Besar Utara, Kamal (Sk Guar Jentik), Aswadi (Sri 3 Felda Chuping), Roswira Ramli dan Khalid Ulun Azmi (SK Arau). Selain itu, Zaki Samsukamri (Sek. Men. Islahiah, Bohor Mali), Shazwan (Kolej Universiti Insaniah) dan Shamsol Naim (Jabatan Agama Islam Perlis).

Untuk maklumat lanjut mengenai Syifa' sila layari :Sahabat Syifa'

Sumber : BERITA HARIAN

BERITA @ FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

Tuesday, October 6, 2009

KONSERT MALAM SIMFONI KESYUKURAN 2"TRIBUTE TO UST ASRI IBRAHIM"

BERITA @ FN

MALAM SIMFONI KESYUKURAN 2

Konsert Malam Simfoni Kesyukuran 2 “Tribute To Ust Asri Ibrahim” diadakan sempena mengenang jasa dan pengorbanan Allahyarham kepada negara, bangsa dan agama. Banyak pengorbanan beliau yang telah ditaburkan demi agama yg tercinta.

Selain itu konsert ini juga diadakan adalah untuk memupuk dan membina semangat bagi pelapis-pelapis muda yang akan meneruskan perjuangan beliau dalam memartabatkan agama melalui dakwah dalam apa jua bentuk, sama ada dari segi hiburan, mahupun dari sudut lain.

Dibawah ini merupakan maklumat lanjut mengenai program tersebut.


TITLE OF THE PROGRAM


Malam Simfoni Kesyukuran 2 “Tribute To Ust Asri Ibrahim”

VENUE

Cultural Activities Centre (CAC) ( UIAM Gombak)

DATE/DAY

13th October 2009 (Tuesday)


ARTIST

Rabbani, Raihan, Hijjaz, Saujana, FarEast, Syifa, InTeam

ORGANIZER

    Student’s Representative Council (SRC) In Colloboration With Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (MUNSYID)


Datanglah beramai-ramai bagi mengenang jasa Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim sepanjang perjalanan hidupnya sebagai seorang pejuang islam dan ikon kepada kita. Semoga Allah merahmati Roh Allahyarham dan menempatkan beliau di kalangan para solihin.

Info @ Nasyid & Friends

Sumber:" Nasyid & Friends : Connecting Muslim "

BERITA @ FN




Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

Thursday, April 30, 2009

SYIFA' TOUR 2009 (STO9 )

BERITA @ FN

Promosi Syifa' bermula

Mereka kini dalam siri rangka promosi, Syifa' Tour 2009 (ST09) yang akan berkunjung ke Negeri Cik Siti Wan Kembang, Mei ini.

Album terbaru mereka, Seri Hati, sudahpun dilancarkan November lalu edaran Hijjaz Records Sdn Bhd dibawah naungan RBI Vision Resources.

Syifa' mensasarkan golongan pelajar sekolah serta penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara sebagai satu bentuk hiburan dan riadah kepada mereka, keluarga serta tenaga pengajar di sekolah dan IPT terbabit.

Ini satu cara untuk memperkenalkan Syifa' dalam industri nasyid tanah air selain dapat mengisi aktiviti sekolah serta IPT yang mengambil bahagian.

Ketua kumpulan itu, Rohaizat berkata, sehingga kini, Syifa' sudahpun menjelajah ke Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan yang terbaru di Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Jengka, Pahang dengan sambutan memberangsangkan.

"Sambutan pihak sekolah dan IPT yang di luar jangkaan menaikkan semangat kami untuk meneruskan siri jelajah ini dan ternyata segala usaha serta pengorbanan ini berbaloi.

"Ia kenangan yang manis buat kami yang masih baru dalam industri nasyid ini. Syifa' harus diberi pendedahan dan promosi agar kumpulan ini lebih dikenali peminat nasyid dan tidak bergantung kepada syarikat rakaman semata-mata," katanya.

Bermula 1 Mei ini, Syifa' akan mengadakan persembahan dan promosi di Ma'ahad Muhammadi, Pasir Mas sempena Malam Kebudayaan dan Kesenian Islam, jam 9.00 malam.

Seorang daripada anggota kumpulan Hijjaz, Ariffin, dijadualkan akan mengadakan sesi tazkirah kepada pelajar di sana.

Pada 2 Mei ini pula, Syifa' akan mengadakan persembahan dan promosi di Maktab Pengajian Islam, Kota Bharu pada sebelah pagi dan di Sekolah Menengah Agama Naim Lilbanat, Kota Bharu pada malamnya.

"Selain mengadakan persembahan, Syifa' juga membuat penjualan produk secara langsung kepada peminat dengan harga promosi bagi setiap CD, VCD dan kaset di samping beberapa cenderamata khas untuk dijual kepada peminat.


"Kami juga mengatur beberapa aktiviti sepanjang mereka di sana termasuk bertemu Nur Nik Nurmadihah yang mendapat keputusan 20A dalam SPM dan juga sesi temuramah di stesen radio tempatan di sana," katanya.

Mereka yang berminat untuk berkerjasama dengan Syifa' boleh hubungi Rohaizat di 017-609 0106 atau menerusi emel putra119@syifa.com.my.

Sementara itu kepada mereka yang ingin mengerjakan umrah dengan Hijjaz Legend Travel & Tours Sdn Bhd, boleh hubungi 012-306 2291 atau layari laman web, www.kembara-umrah.com.

Sumber : KOSMO !

BERITA @ FN

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More