Ikon Remaja Masakini Maher Zain : FORGIVE ME

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/sXN7PjP08To selamat menonton.

Single Terbaru Humood Alkhuder : KEEP ME TRUE

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/MQ5ljhweCU4 selamat menonton .

Sejarah FNasyid bermula tahun 2008- sekarang

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Terima Kasih diatas sokongan anda semua

Single Terbaru Inteam : IMAN AMAN

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/hzYc13jXNtg selamat menonton...video lagu iftar sedang dalam proses editing insyaallah sedikit masa lagi akan temui anda

Salam Ramadhan Kareem 1433 H ikhlas dari FNasyid

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Rebutlah Ganjaran Pahala di dalam bulan Ramadhan ini...Berusaha mencari Malam Lailatul Qadar 10 terakhir Ramadhan.. .

Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Showing posts with label imam muda 2010. Show all posts
Showing posts with label imam muda 2010. Show all posts

Sunday, August 1, 2010

ASYRAF MUDAH MESRA DENGAN MASYARAKAT

BERITA @ FN

Asyraf Mahu Jadi Imam Yang Mesra Remaja

Asyraf dinobatkan sebagai juara Imam Muda pertama. - Foto oleh AZMAN GHANI

JUARA sulung Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan akui program realiti kelolaan Astro Oasis dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu banyak mengubah kehidupannya.

Walaupun berpengalaman sebagai imam, peserta berasal dari Sungai Gelugor, Pulau Pinang itu banyak mempelajari perkara baru sepanjang 10 minggu menyertai program tersebut.

Melalui kemesraan yang dipaparkan, Asyraf dilihat sebagai imam yang disenangi ramai dan bijak berkata-kata. Setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya disampaikan dengan lantang dan penuh makna.

Asyraf ketika melakukan salah satu tugasan semasa Kemuncak Imam Muda di Kompleks Pusat Islam, Jawi.

Selepas Imam Muda melabuhkan tirainya, Jumaat, Asyraf, 26, bercita-cita untuk bergelar seorang imam yang mesra remaja di samping menerapkan nilai-nilai murni lain.

“Saya rasa program ini banyak mengubah hidup saya kerana menjadi pilihan orang pertama yang mengetuk pintu institusi imam. Banyak perkara yang saya lalui dan pelajari sepanjang mengikuti tutorial dalam program ini.

“Insya-Allah, saya akan cuba menjadi seorang imam yang mesra remaja, cool, relaks, manja dengan kanak-kanak dan ramah dengan orang tua,” katanya pada sidang media selepas dinobatkan sebagai juara di Kompleks Pusat Islam, Jawi.

Mengenai perancangannya selepas ini, Asyraf akan terikat dengan Astro selama enam bulan dan mengikuti program yang telah diaturkan.

Pengetua rancangan itu, bekas imam besar Masjdi Negara, Datuk Hassan Mahmood menyampaikan hadiah kepada Asyraf.

Berhubung tawaran menjadi Imam Ratib (kontrak) di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan, Asyraf belum mengetahui di mana dia akan memulakan tugasnya itu.

“Saya fleksibel untuk menjadi imam di mana-mana masjid,” ujarnya.

Asyraf juga berkata dia akan menghabiskan dahulu pengajian Sarjananya di Universiti Malaya sebelum mengikuti pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi sebagai salah satu hadiah yang dimenanginya itu.

Seperti yang diperkatakan oleh Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah, Asyraf dan sembilan peserta lain berhak menentukan bila mereka mahu memulakan pengajian selama empat tahun itu.

Untuk jangka masa panjang, Asyraf berazam untuk menubuhkan kelab imam muda dan menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk kesenian.


Sumber : MSTAR




Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

ADIB TERIMA TAWARAN DI AMERIKA SYARIKAT


BERITA @ FN

Adib dijemput jadi Imam Terawih di Amerika Syarikat

Asyraf (kiri) dan Hizbur bersama trofi masing-masing selepas diumumkan sebagai juara dan naib juara Imam Muda, Jumaat. - Foto oleh AZMAN GHANI

BIARPUN tidak meraih apa-apa kemenangan dalam Imam Muda, Adib telah menerima jemputan sebagai imam terawih di salah sebuah masjid di Amerika Syarikat selama sebulan.

Adib atau nama sebenarnya Nik Muhammad Adib Md Amin, 22, dari Kota Baru, Kelantan yang tersingkir pada minggu ketujuh mempunyai pendidikan Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Muta’ah, Jordan.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, tawaran itu baru sahaja diterima pada malam Kemuncak Imam Muda, Jumaat.

Sementara itu, beliau juga mengesahkan jemputan untuk juara Imam Muda Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan dan naib juaranya, Hizbur Rahman Omar Zuhdi untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza setelah ditawarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang turut menghadiri program realiti di Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar.

Bukan itu sahaja, salah seorang peserta Imam Muda iaitu Muhammad Khairul Azhar Ghazali atau dikenali sebagai Azhar ditawarkan sebagai hos program Khabar Haji di Astro Oasis.

“Sepanjang bulan puasa tahun ini, semua imam muda juga mendapat tawaran untuk menjadi imam terawih di Masjid Wilayah Persekutuan dan beberapa masjid negeri.

“Alhamdulillah, program ini telah dapat dikenali seluruh dunia dan saya bersyukur program ini dapat melepasi daripada jangkaan kami.

“Kita telah mendapat liputan daripada media cetak dan elektronik luar negara seperti BBC World, CNN, Associated Press (AP), majalah Der Spiegel dari Jerman dan media dari Jepun,” katanya penuh gembira kepada mStar Online.

Difahamkan, program itu berjaya menarik perhatian ramai pengguna media sosial apabila laman sesawang Facebook berjaya mengumpul hampir 60,000 pengikut setia dari pelbagai negara di seluruh dunia.

Atas sokongan meluas itu, Izelan tidak menafikan Astro Oasis akan meneruskan program realiti pertama di dunia itu untuk musim seterusnya pada tahun depan dan memperbanyakkan program ilmiah yang diselit dengan unsur hiburan di saluran itu.

Malah beliau juga menyambut baik cadangan Jamil Khir yang berharap program itu akan diteruskan pada tahun depan dengan turut membuka peluang penyertaan kepada negara-negara serantau seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.

“Sekarang kita dalam perancangan untuk membuat Imam Muda 2. Kita juga akan pertimbangkan tentang cadangan Datuk Seri Jamil Khir untuk membuka pencarian imam muda kepada peserta dari Singapura, Indonesia dan Brunei jika ia mendapat sokongan dari Jawi.

“Saya rasa tiada masalah kerana perkara itu merupakan cadangan yang baik dan cukup bagus,” ujar Izelan lagi.

Program Imam Muda mula bersiaran buat pertama kalinya pada 28 Mei lalu selama 10 minggu. Ia turut disertai oleh Ahmad Hazran Ahmad Kamal, Mohd. Taufek Mohd Noh, Amiril Md. Banin, Nuri Ali Arbain, Sharafuddin Suaut dan Ahmad Syakir Zamri.


Sumber : MSTAR




Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Thursday, July 29, 2010

FENOMENA IMAM MUDA


BERITA @ FN

Imam Muda Bukan Imam Hebat

MUHAMMAD Asyraf Mohd. Ridzuan, 26, dan Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, dua jejaka muda ini tampak tenang dan cukup berkeyakinan. Kredibiliti mereka terserlah, walau masih terlihat ada sedikit getar di dada menghitung detik kemuncak pertandingan realiti televisyen berunsur keagamaan terbitan Astro Oasis, Imam Muda.

Malam ini, pukul 9 malam, bermulalah pelayaran terakhir mereka. Salah seorang akan dinobatkan sebagai juara sulung program keagamaan yang telah menarik minat dunia ini. Imam Muda akan menjadi platform buat mereka mencapai visi menjadi imam. Lebih bertuah lagi akan mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, serta sebuah kereta.

Namun akui dua jejaka yang sudah berumah tangga ini, bukan habuan yang mereka kejar. Pertama kali menyertai program seumpamanya ini di kaca televisyen dan terus menjadi fenomena, keinginan asal mereka bukan itu. Masing-masing punya misi sendiri untuk dicapai.

Dalam pertemuan santai kami beberapa hari menjelang malam final, Hiz yang kelihatan sedikit serius berbanding Asyraf yang nampak lebih bersahaja menjelaskan tujuan mereka serta transisi yang telah berlaku sejak tiga bulan menimba ilmu di dalam program tersebut.

"Masa awal sertai pertandingan ini, memang ada rasa aura pertandingan dan tentang kalah atau menang. Tapi lama-kelamaan terutama apabila sudah tinggal berdua, saya sudah tidak rasakan perasaan itu. Sebaliknya saya melihat kedudukan sekarang adalah jalan terbaik buat saya sampaikan sesuatu kepada masyarakat kelak. Ia bukan lagi bersifat untuk kepentingan peribadi," kata Asyraf tanpa teragak-agak.

Hiz yang mengangguk bersetuju dengan pendapat Asyraf kemudian menambah, untuk dirinya sendiri, dia tidak mempunyai sasaran untuk menang. Sebaliknya, sejak awal tertarik menyertai program ini dulu adalah mahu menebus mimpinya untuk menjadi imam. Dia melihat Imam Muda mampu menjadi platform terbaik untuk merealisasikan mimpi tersebut.

Katanya: "Gambaran awal saya tentang program ini adalah ia platform terbaik buat saya mencapai misi menjadi imam. Kalau tidak dapat duduk di masjid besar, duduk di surau pun jadilah.


PROGRAM Imam Muda menjadi platform buat Hizbur dan Asyraf menimba ilmu sekali gus menyalurkan dakwah.

"Namun rupanya, apabila program mula berjalan, gambaran saya itu jauh tersasar. Pengalaman dan ilmu yang saya kutip di sini lebih daripada gambaran saya. Ia cukup besar dan luas. Saya bersyukur kerana mampu bertahan untuk terus mencari ilmu daripada semua yang terbabit dalam program ini."

Enggan memikirkan soal ganjaran, Asyraf dan Hiz sepakat agar pembelajaran serta paparan yang diberi setiap minggu mampu menjadi teladan serta ilmu yang boleh dikongsi bersama.

Untuk tugasan terakhir malam ini, mereka sudah memperkemaskan diri sebaik mungkin. Selain sudah melalui pengalaman mengendalikan ceramah dan aktiviti kemasyarakatan di kampung masing-masing, kedua-dua peserta ini tidak sabar untuk menjalani tugasan pentas yang merangkumi aspek komunikasi serta bacaan al-Quran.

Bukan malaikat

Masing-masing datang dari latar belakang berbeza. Asyraf dan Hiz tersenyum lebar saat ditanya tentang paksi agama yang menyelusup dalam relung hati mereka. Sejak bila ia terjadi.

Hiz dalam keadaan sedikit malu berkongsi cerita. "Saya membesar seperti kanak-kanak lain. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah sebelum keluarga menghantar saya ke sebuah sekolah pondok kerana saya agak nakal.

"Beberapa bulan duduk di sekolah pondok, nakal saya masih belum reda. Namun akhirnya ia berubah perlahan-lahan dan apabila saya mula rajin mengaji al-Quran, sejak itu saya tahu paksi saya betul," kata penuntut Sarjana Muda Syariah daripada Universiti Al-Azhar, Mesir ini sambil tersenyum.

Sementara bagi Asyraf yang mengaku dirinya agak nakal dan kuat merapu, menerima pendidikan asas daripada keluarga dan itu menjadi pegangan hidupnya.

Penuntut Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Fiqh dari Universiti Malaya itu berkata: "Saya akui saya bukan orang yang baik sangat. Saya kuat merapu sehingga saya dewasa. Namun paksi itu berubah beberapa bulan sebelum berkahwin pada Februari lalu dan ia semakin dalam selepas saya berkahwin."

Malah mereka mengingatkan bahawa mereka juga manusia biasa, bukannya malaikat. Mereka juga mempunyai keseimbangan dalam hidup iaitu masih suka dengan hiburan namun dalam masa yang sama masih kukuh pada landasan Islam.

"Saya tahu ramai yang beranggapan bahawa banyak orang agama agak kurang senang dengan hiburan. Dulu sewaktu belajar di sekolah pondok, saya turut mempunyai pemikiran yang sama. Kononnya saya tak patut dengar radio atau menonton televisyen.

"Namun sebenarnya kalau mengikut Islam sendiri, semua itu bukan satu larangan. Kita dibenarkan untuk menikmati hiburan asal tidak terpesong. Dan ya, kami juga begitu," kata Hiz.

Tambah lelaki yang sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga ini, persepsi seperti inilah yang mahu dipecahkan olehnya menerusi program ini. Dia mahu masyarakat tahu bahawa walaupun seseorang itu menjadi imam, dia juga manusia biasa yang mempunyai nafsu dan memerlukan sedikit hiburan mengikut lunas Islam.

Perlu popular

Disogok pertanyaan kepentingan sebuah program keagamaan dan ilmuwan agama itu memperoleh publisiti meluas, pantas Asyraf menjawab - perlu. Katanya program yang menyebarkan dakwah Islam seperti ini yang harus dibangga dan dihebahkan ke seluruh dunia. Dan publisiti yang meluas itu tidak salah agar segala kebaikan tersebar dengan cepat.

"Publisiti amat penting dan perlu untuk program seumpama ini. Tentang ilmuwan agama pula, seseorang pendakwah itu perlu terkenal untuk menarik banyak orang mendengar ceramah mereka. Jika kurang dikenali, orang pun tak mahu pergi ke masjid atau lokasi ceramah untuk mendengar ceramah," katanya.

Hiz pula menyimpulkan: "Kami perlukan platform dan publisiti ini untuk menonjolkan segala kebaikan dan sifat yang dibawa Nabi Muhammad SAW Hanya melalui hebahan, ia akan terlaksana. Semoga apa yang cuba diusahakan ini tercapai."

Berbicara tentang keseimbangan antara popular dan fokus terhadap agama, Hiz memberitahu inilah masa terbaik untuk dia menggunakan dua status tersebut mempengaruhi remaja ke arah kebaikan.


HIZBUR (kiri) dan Asyraf tidak begitu memikirkan ganjaran yang akan mereka peroleh, sebaliknya gembira jika dapat membantu masyarakat, terutama golongan remaja.


Mengaku dia juga masih perlu banyak belajar, namun jika platform ini adalah jalan terbaik mempengaruhi masyarakat, dia tidak akan mensia-siakannya.

"Memang terkejut apabila diri mula dikenali dan saya melihat ada tanggungjawab yang besar telah masyarakat letakkan pada kami sebagai ikon yang baik.

"Senang untuk saya katakan, kami juga manusia biasa, bukan malaikat dan akan berusaha untuk memberi pengaruh yang terbaik kepada masyarakat," katanya yang senang menggunakan pendekatan 'memandu' berbanding menghukum.

Pernyataan Hiz ditambah Asyraf: "Sebab itu kita gunakan status Imam Muda. Bukan imam hebat atau sebagainya. Oleh sebab itu, kami semua muda dan masih banyak perlu belajar. Kami belajar bersama-sama, ini yang harus dilihat oleh semua orang. Selagi kami diberi kepercayaan, selagi itu kami akan sama-sama membantu ke arah kebaikan. Insya-Allah.

"Dan kami tidak mahu disamakan dengan superstar hiburan. Atau dikatakan superstar Imam Muda. Sebaliknya lebih molek kalau dikatakan kami sebagai penyambung dakwah superstar sebenar kita yang semakin dilupakan iaitu Nabi Muhammad SAW."

Sumber : KOSMO

.............................

Antara Asyraf & Hizbur


AZNIL Nawawi (kanan) berkongsi pengalaman bersama Ashraf (kiri) dan Hizbur.


PROGRAM realiti pertama di dunia yang mencari imam di kalangan generasi muda, Imam Muda bakal melabuhkan tirainya malam ini.

Dalam senarai panjang yang mencari ruang untuk ditabal sebagai Imam Muda, sudah tertulis rezeki Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan dan Hizbur Rahman Omar Zuhdi untuk berentap memenangi hati rakyat Malaysia dan juga juri setelah hampir tiga bulan mengharungi pelbagai cabaran yang bukan kecil.

Apa yang pastinya, ketika ini tentu ramai yang sudah mula berteka-teki siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara sulung Imam Muda dan sekali gus menerima biasiswa menjangkau RM100,000.

Biasiswa itu bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Muda atau doktor falsafah di salah sebuah universiti di Madinah.

Siapa pun pemenangnya, kelayakan memang sudah ada pada mereka.

Malah pengetuanya, Datuk Hassan Mahmood pernah memberitahu, 10 peserta yang terpilih menyertai Imam Muda sejak mula bersiaran berkelayakan bergelar imam.

Hanya yang tinggal ialah mengasah lagi pengetahuan serta kemampuan mereka dalam pelbagai aspek agama dan kehidupan.

Program yang bersiaran di Astro Oasis (saluran 106, Astro) pada setiap hari Jumaat pukul 9 malam itu diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Jika ditanya tentang persediaan melangkah ke gelanggang akhir itu, baik Ashraf mahupun Hizbur masing-masing mengakui, sudah bersedia dari segi mental dan fizikal.

Hanya 40 peratus markah sahaja lagi yang perlu dicari oleh mereka, diuji dengan pelbagai soalan yang menguji minda daripada juri jemputan pada malam kemuncak itu nanti.

Sebanyak 30 peratus markah diberikan kepada ujian teori dan selebihnya, 30 peratus lagi diberikan kepada ujian praktikal.

Sungguhpun mencari 40 peratus markah sahaja lagi namun, apa yang membimbangkan kedua-dua Imam Muda ialah kali ini ialah berdepan dengan jumlah penonton yang ramai.

Persoalan yang timbul, bersediakah Ashraf dan Hizbur berhadapan dengan masyarakat, menghadapi tugas dan realiti kehidupan sebagai seorang imam?

Apa lagi dalam menangkis suara-suara nakal yang mempersoalkan tentang kriteria serta kelayakan peserta Imam Muda yang diangkat sebagai seorang imam unggul hanya dalam masa beberapa bulan.

Sebagai seorang yang berpengalaman menjadi imam, tentu sahaja itu bukan masalah besar bagi Ashraf.

Tetapi bagi Hizbur yang tiada pengalaman sebagai imam sebelum ini yakin pendedahan yang diperoleh dalam Imam Muda akan menjadi bekalan buatnya.

Dia menegaskan, penyertaannya dalam Imam Muda bukan untuk mengejar populariti seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Apa yang kami peroleh dalam Imam Muda biarpun bukan realiti cabaran sebenar yang dipikul oleh seorang imam namun, ia banyak membantu," kata Hizbur.

Memetik kata-kata Ashraf ketika mula-mula menjejakkan kaki ke gelanggang Imam Muda: "Rasullullah juga merupakan seorang yang popular. Namun, apakah rasul mencari populariti dengan hanya menyebarkan ajaran Islam?

"Tentu tidak. Populariti itu datang dengan sendiri sehingga baginda dikenali hingga kini oleh seluruh masyarakat dunia," katanya.

Mengangkat status imam dan memberi pendedahan kepada kerjaya imam di kalangan masyarakat bagi Ashraf bukan bermakna seseorang itu perlu dianggap sebagai ikon.

Sebaliknya, Ashraf berkata, Nabi Muhammad merupakan individu yang selayaknya dijadikan ikon kepada masyarakat.

"Imam Muda adalah untuk mengangkat status imam serta memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kerjaya imam," ujar Hizbur.

Sekilas mengenai ujian praktikal yang dilalui oleh mereka, Hizbur diberi kesempatan pulang ke kampung halamannya di Baling, Kedah selama empat hari tiga malam.

Begitu juga Ashraf yang dibenarkan pulang ke kampungnya di Sungai Gelugor, Pulau Pinang.

Sebetulnya, kepulangan mereka ke kampung halaman memerlukan mereka melaksanakan tugasan.

Pergaulan dengan masyarakat, menghadiri pelbagai majlis keagamaan dan keraian, membaca khutbah serta menjalani pelbagai aktiviti kemasyarakatan dengan masyarakat kampung dinilai sebagai ujian dan pemarkahan praktikal mereka.

Apa pula bentuk cabaran yang bakal dilalui oleh mereka pada gelanggang akhir Imam Muda, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan rancangan yang bakal bersiaran langsung menerusi saluran Oasis (saluran 106, Astro) malam ini.

Sumber : UTUSAN




Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

PERSEDIAAN DIRI DALAM HADAPI DUNIA BARU

BERITA @ FN

Gelisah Imam Muda

pix_gal0
Hizbur dan Asyraf resah memikirkan harapan menggunung masyarakat terhadap mereka

BERHADAPAN dunia realiti sebagai Imam Muda menjadi cabaran besar buat Asyraf dan Hizbur. Sebaik program Imam Muda menutup tirai malam ini, mereka akan berhadapan dengan masyarakat sebagai seorang selebriti agama yang dihormati dan disegani.

Penentuan siapa yang bakal diangkat sebagai pemenang program Imam Muda musim pertama ini boleh diikuti menerusi saluran Astro Oasis, jam 9 malam ini.

Asyraf atau Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan berkata, perasaannya kini bertukar daripada bersyukur dapat menyertai program Imam Muda ini kepada bimbang yang menguasai dirinya. “Dulu saya gembira apabila terpilih menyertai program ini, namun selepas tinggal berdua, perasaan itu bertukar bimbang dan berdebar. Saya tahu bagaimana harapan masyarakat sebaik Imam Muda melangkah keluar nanti.

“Dari segi teorinya, sudah dapat gambaran bagaimana keadaan di luar namun saya belum menempuh keadaan sebenarnya. Pihak Astro sendiri sudah menerangkan bagaimana akhlak, keterampilan, imej dan sebagainya, tetapi sekadar teori saja. Saya belum menempuhnya dunia sebenar,” katanya.

Dari segi persaingan dengan sahabat sendiri, Asyraf bagaikan hilang rasa gemuruh seperti mana orang lain melalui pertandingan akhir.

“Persaingan sudah tidak terasa sangat sebab nilai persaingan dalam pertandingan itu sudah seperti tidak ada. Sehingga melepasi tahap ini saya rasakan sudah berjaya,” katanya.
Asyraf juga tidak mahu dilihat sebagai seorang yang sukar didekati sebaliknya menjadi diri sendiri memudahkan dia mendekati masyarakat.

“Saya harus mengubah cara untuk berhadapan dengan masyarakat. Banyak perkara baru saya pelajari terutama cara berkomunikasi dan berhadapan dengan masyarakat pelbagai peringkat usia. Antara yang tidak pernah saya sangka seperti pembentukan imej diri, protokol, cara berjalan yang dulu saya tidak pernah ambil kisah dan inilah indahnya Islam sekiranya dihayati betul-betul,” katanya.

Sementara itu, bagi anak jati Baling, Kedah, Hizbur berkata, kehidupan selepas ini sudah pasti berbeza dan cabaran besar buatnya akan bermula sebaik melangkah keluar daripada program Imam Muda.

“Paling saya takut kerana harapan orang terlalu tinggi. Secara peribadinya saya tahu diri saya, kelebihan dan kekurangan saya, jadi saya takut tak mampu untuk memberi yang terbaik kepada masyarakat.

“Wang atau harta bukan yang saya pandang, tetapi yang paling saya takut adalah fitnah. Saya sudah berkahwin dan paling takut adalah perempuan. Itu paling risau sebab Rasulullah s.a.w dalam kitab ada menyebut perempuan adalah fitnah segala-galanya bagi lelaki.

“Saya sentiasa berdoa untuk menetapkan iman kepada Allah,” katanya sambil menegaskan menang atau kalah, dia tetap kembali bertugas sebagai guru Tahfiz di kampungnya.

“Saya akan kembali bertugas sebagai guru tahfiz dan pada masa yang sama ruang akan dipenuhi dengan aktiviti khidmat masyarakat, ceramah, tazkirah dan macam-macam lagi.

“Saya perlu menjadi diri sendiri, apa yang orang lihat saya dulu dan kini sama saja, namun saya akan mengubah kelemahan yang saya sendiri tidak ketahui selama ini,” katanya.

Rindu, harapan daripada isteri

MAHU atau tidak, dua peserta akhir Imam Muda, Hizbur dan Asyraf tidak terlepas menjadi perhatian masyarakat sebaik program ini menutup tirainya malam ini. Dengan kata lain, mereka bakal digelar selebriti agama yang akan berhadapan dengan gosip panas.

Persoalannya, adakah isteri mereka bersedia menghadapi cabaran yang bakal dilalui termasuk berhadapan dengan pengikut wanita.

Bagi isteri kepada Hizbur, Liliyana Hassanah Yudi, 23 atau Lili, kebimbangan memang dirasai namun pesanan suami agar bersabar dan saling percaya mempercayai dipegang sebaik-baiknya.

“Kami sentiasa saling ingat mengingati agar tiada kebimbangan. Memang risau pada mulanya, namun selepas berfikir semula saya harus bersedia dan berdoa agar kami dihindari daripada fitnah dan buruk sangka daripada masyarakat,” katanya.
Menurutnya, dia tidak meletakkan harapan tinggi kepada suaminya untuk memenangi program Imam Muda, tetapi yang penting adalah mengamalkan ilmu sepanjang berada dalam program ini.

“Saya sangat bersyukur kerana dia melepasi segala tugasan yang diberikan dengan baik, bererti dia berjaya di dalam menjayakan program ini. Jika di berjaya, saya berharap niat untuk membawa ibunya menunaikan haji termakbul,” jelasnya.
Lili mengakui teramat merindui suaminya sejak hampir tiga bulan ditinggalkan dan bersyukur berpeluang menemui suaminya minggu lalu.

“Saya reda dan sabar kerana memahami perjuangannya untuk agama. Saya bersyukur apabila Astro membenarkan kami berjumpa minggu lalu apabila dia dibenarkan balik ke kampung berjumpa,” katanya yang sentiasa mendoakan kejayaan suaminya di dalam apa saja perkara.

Bagi isteri kepada Asyraf, Nur Husna Yusuff, 23 yang baru lima bulan mendirikan rumah tangga berkata, segala cabaran yang harus dilalui suami selepas ini akan dipikul bersama.

“Saya juga sudah diberitahu awal dari suami yang harus sentiasa bersedia dengan cabaran selepas ini. Apa saja yang berlaku selepas ini, sebagai isterinya akan bersama-sama menghadapi apa saja dugaan.

“Saya juga tahu yang dia akan menjadi orang dikenali tetapi apa yang kami buat adalah sentiasa saling percaya mempercayai, jujur dan sabar. Kami akan sentiasa mengingatkan agar berpegang kepada niat asal kita iaitu mencari seberapa banyak ilmu untuk dikongsi bersama masyarakat islam,” katanya.

Menurut Husna, sebagai isteri adalah menjadi harapan untuk melihat suaminya berjaya tetapi bukan sekadar menjuarai program Imam Muda.

Sumber : Berita Harian



Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

SAKSIKAN FINALIS IMAM MUDA MUSIM PERTAMA JUMAAT INI

BERITA @ FN

Siapakah Bergelar Juara Imam Muda Musim Pertama

Hizbur @ Asyraf ?

Tup tup pejam celik pejam celik dah pun sampai ke final Imam Muda. Budiey nak ucapkan tahniah kepada dua orang finalis iaitu Asyraf dan Hizbur yang mana salah seorang daripada mereka bakal dinobatkan sebagai Imam Muda musim pertama. Esok adalah penentuannya di mana mereka ini akan diadili oleh juri dan mudir.

Agak-agak siapakah yang bergelar Imam Muda? Hizbur atau Asyraf? Sebenarnya, bagi Budiey, kedua-duanya dah pun layak bergelar pemenang berdasarkan prestasi dan kemampuan yang ditunjukkan.

Hizbur

VS

Asyraf

Program ini sebenarnya telah menimbulkan satu fenomena baru dan sambutan dari penonton bukan sahaja dari negara kita malah telah membuka mata ramai pihak termasuklah dari luar negara.

Budiey diberitahu, program Imam Muda ini bukan sahaja akan disiarkan secara langsung malam esok di Astro Oasis malah ia juga akan berada di talian Astro B.player Online dan juga mobile. Seperti mana pada musim bola sepak Piala Dunia 2010 yang lalu, Astro B.player akan dapat dicapai dengan menggunakan internet dan juga mobile dan ini bermakna boleh ditonton seluruh dunia.

Cara nak tonton siaran langsung Imam Muda Final dengan menggunakan Astro B.player adalah dengan menghantar SMS: GET BPLAYER dan hantarkan ke 26000. Ianya percuma untuk ahli portal Astro yang berdaftar dan untuk mobile hanyalah istimewa buat pelanggan Maxis 3G sahaja. Data charges apply.

Ini sangat bagus untuk penonton-penonton yang berada di luar negara. Ini berdasarkan kepada sambutan hangat yang diterima menunjukkan penonton dari luar negara begitu berminat dengan program Imam Muda.

Jadi, jangan lupa untuk menonton malam Kemuncak Imam Muda yang akan bersiaran langsung di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro B.player pada esok, 30 Julai 2010, Jumaat jam 9 malam.

IMAM MUDA adalah sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia.

Calon-calon IMAM MUDA yang telah terpilih ini telah dihimpunkan di Asrama Masjid Wilayah Persekutuan selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh agama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman.

Selain itu, mereka juga dikehendaki untuk menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.

Yang Berbahagia Dato’ Hasan Mahmud Al Hafiz, mantan Imam Besar Masjid Negara telah diamanahkan untuk menjadi Mudir (pengetua) yang akan membimbing calon-calon Imam Muda inidan dibantu oleh dua orang Murshyid (mentor) iaitu Uztaz Hj Shahrizan Hj Daud At Turabi; Ketua Imam di Masjid Muadz bin Jabal, Taman Setiawangsa dan Uztaz Syed Norhisyam Al Idrus; seorang penceramah bebas yang juga pernah terlibat dalam pelbagai program TV berunsurkan ilmu Islam.

Info lanjut, boleh layari:

Facebook: www.facebook.com/imammuda106

Sumber : BUDIEY

Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Monday, July 26, 2010

DUA IMAM MUDA BAKAL KE UNIVERSITI MADINAH

BERITA @ FN

Dua Imam Muda
Berpeluang Lanjut Pelajaran Di Universiti Madinah


Dua Imam Muda (berbaju biru: Hizbur Rahman Omar Zuhdi (kiri) dan Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan) bersama kanak-kanak Rumah Nursalam, di Chow Kit, Kuala Lumpur.

SHAH ALAM: Dua finalis program realiti Imam Muda bakal menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian pada peringkat Sarjana di Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu). Mereka ialah Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, dan Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27.

Muhammad Asyraf berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Malaya manakala Hizbur Rahman berkelulusan Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Pengarah Yayasan Antarabangsa Al-Madinah, Bahrudin A Rahman di sini hari ini sempena kunjungan kedua-dua Imam Muda berkenaan ke kampus Mediau di sini hari ini.

"Yayasan akan menanggung semua kos pengajian kedua-dua finalis ini dan akan memberi sepenuh kebebasan untuk mereka memilih bidang pengajian yang ditawarkan di Mediu.

"Apa yang penting ialah mereka dapat menyambung pengajian mereka. Berapa pun kos yang perlu dibayar, kami akan tanggung," katanya.

Di Malaysia, Mediu mempunyai cawangan di Shah Alam selaku ibu pejabatnya dan satu lagi cawangan di Kota Baharu, Kelantan.

Selain itu, ia mempunyai cawangan antarabangsa di Indonesia, Singapura, Thailand, Kuwait, Arab Saudi, United Kingdom dan yang terbaru di Maghribi.

Penerbit Astro Raja Idham Raja Mohamad berkata tawaran pengajian itu merupakan antara hadiah utama bagi peserta Imam Muda musim ini.

Beliau berkata walaupun kedua-dua peserta itu bakal terikat dengan kontrak bersama Astro selepas tamat program tersebut, namun pihaknya akan memperuntukkan masa kepada kedua-duanya bagi melanjutkan pengajian.

Astro memperkenalkan program Imam Muda menerusi Saluran 106 Astro Oasis.

Bagi Muhammad Asyraf dan Hizbur Rahman, kedua-duanya marasa bersyukur dengan peluang yang diberikan itu kerana memang menjadi hasrat mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

"Melanjutkan pengajian memerlukan kos yang tinggi, jadi apabila Mediu tawarkan kepada kami ia adalah sesuatu yang sangat bermakna," kata Muhammad Asyraf. - BERNAMA


Sumber : Mstar



Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Saturday, July 24, 2010

IMAM MUDA ARAN & TAUFEK TERSINGKIR MINGGU KE 9

BERITA @ FN

Tahniah kepada Imam Muda Asyraf dan Hizbur

Asyraf

Minggu kesembilan menyaksikan dua orang lagi tokoh imam muda yang terpaksa meninggalkan ‘akademi’ imam muda. Aran dan Taufek terpaksa akur dengan ‘kewibawaan’ Asyraf dan Hizbur yang kini telah melakarkan sejarah mendaki Kemuncak Imam Muda musim pertama. Sama-samalah kita saksikan nanti.

Tahniah kepada Asyraf dan Hizbur, teruskan mengatur langkah menuju ke puncak. Kepada Aran dan Taufek, teruskan menyusun jejak yang telah kalian susun sepanjang bersama program Imam Muda. Kalian aset penting bagi memartabatkan imej imam dan seterusnya agama.

Wallpaper Imam Muda

Design by : FN

Disini saya paparkan sedikit latar belakang kedua-dia peserta imam muda yang akan menuju ke kemuncak sedikit masa lagi. Kenali mereka, sebagaimana kalian mengenali jaguh Akademi Fantasia dan Malaysian Idol juga Raja Lawak.



(Asyraf)

NAMA PENUH: MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD RIDZUAN
ASAL: Pulau Pinang
UMUR: 26 Tahun
TARIKH LAHIR: 12 Februari 1984
STATUS: Berkahwin
PEKERJAAN: Imam
PENDIDIKAN TERTINGGI: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Fiqh, Universiti Malaya


(Hizbur)

NAMA PENUH: HIZBUR RAHMAN BIN OMAR ZUHDI
ASAL: Baling, Kedah
UMUR: 27 Tahun
TARIKH LAHIR: 01 April 1983
STATUS: Berkahwin
PEKERJAAN: Guru Tahfiz
PENDIDIKAN TERTINGGI: Sarjana Muda Syariah (Tahun Akhir),Universiti Al-Azhar Mesir

Sedikit masa lagi(30 julai 2010), imam muda akan melabuhkan tirainya. Akan berakhirlah sebuah program yang amat bererti dan bermakna ini. Bererti untuk memanusiakan manusia dan bermakna untuk menginsankan insan. Moga para peserta imam muda dapat menjadi vaksin yang dapat membunuh virus kebinatangan yang sedang menular dalam jasad manusia.


Sumber : Bicara dari aku




Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

IMAM MUDA "SUPERSTAR" DI AKHBAR SWITZERLAND


BERITA @ FN

Imam Muda Diintai Negara Luar


ANTARA tugasan mencabar yang pernah dilakukan oleh Imam Muda sepanjang berlangsungnya program tersebut sehingga mencetus fenomena tersendiri.


PROGRAM pencarian bakat imam unggul di kalangan generasi muda pertama di dunia, Imam Muda ternyata berjaya mencetus fenomena luar biasa dalam dan luar negara.

Ini kerana program realiti yang bersiaran di Astro Oasis (saluran 106, Astro) itu bukan sahaja mendapat liputan meluas daripada media tempatan, malah turut mendapat liputan meluas daripada media antarabangsa terutama Jerman dan Switzerland.

Hal ini jarang berlaku pada mana-mana program tempatan.

Apatah lagi apabila melibatkan sebuah rancangan realiti bercorak keagamaan seperti ini.

Di saat masyarakat sedang mencari sesuatu yang baru untuk dipertontonkan, Imam Muda merintis pembaharuan.

Menongkah arus di tengah-tengah lambakan program realiti berbentuk hiburan disogokkan oleh kebanyakan saluran televisyen yang sarat nyanyian dan tarian, Imam Muda dilihat sebagai ‘penawar’.

Penerimaan masyarakat terhadap program tersebut dilihat cukup memberangsangkan.

Buktinya, di laman sosial Facebook, Imam Muda sahaja telah berjaya mengumpul hampir 44,000 peminat setia daripada pelbagai lapisan umur.

Pernah akhbar harian di Switzerland iaitu Tagesanzeiger, menyifatkan para peserta Imam Muda sebagai ‘superstar’ di kaca televisyen tempatan.

Ini rentetan fenomena luar biasa yang diperoleh oleh rancangan itu sehingga dilaporkan media itu peserta Imam Muda rata-rata menjadi pujaan para peminat wanita.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar ketika ditemui di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur baru-baru ini memberitahu, fenomena tersebut merupakan perkembangan baik kepada sesebuah program televisyen tempatan.

“Kita sudah berusaha membuat sesuatu kepada agama.

“Kami juga sebelum ini tidak pernah terlintas bahawa program ini mampu melangkaui sempadan seperti ini.

“Apa yang kita lihat sekarang, Imam Muda bukan sahaja mendapat perhatian dari dalam negara tetapi juga pihak luar,” katanya.

Ditanya sama ada pihaknya ada rancangan untuk membawa program itu ke luar negara, kata Izelan, pihaknya ada terfikir untuk mengeksportnya, namun biarlah selepas tamat sepenuhnya program itu nanti.

Mengakui telah ada permintaan daripada dua televisyen luar negara iaitu salah sebuah saluran di Mesir dan sebuah lagi di Turki, pihaknya masih lagi dalam pertimbangan.

“Kita tunggu dahulu program ini siap sepenuhnya nanti baru kami akan fikir sama ada untuk membawa format Imam Muda ke luar negara atau tidak.

“Pada pandangan saya, sebagai sebuah negara Islam moden sudah sampai waktu untuk kita pasarkan program-program bercorak keagamaan keluar negara,” kata Izelan.

Tambah Izelan, dalam apa juga agama ramai yang berpendapat bahawa usaha untuk menarik anak-anak muda untuk mendekati agama memang cukup sukar.

Fokus Astro Oasis hanya satu iaitu memperluaskan pengetahuan masyarakat tentang peranan imam yang sebenar serta memartabatkan status imam itu sendiri.

“Tentang penghasilan program tempatan yang mendapat pujian di negara luar saya kira ia suatu bonus kepada rakyat Malaysia.

“Jangan tidak tahu, pengikut Imam Muda sebenarnya bukan hanya terdiri daripada orang Melayu semata-mata tetapi juga kaum lain seperti Cina dan India.

“Ramai juga daripada kaum lain yang menghubungi menyatakan minat serta perhatian mereka terhadap rancangan ini,” jelas Izelan.

Terlibat secara langsung ketika dalam proses uji bakat para peserta, Izelan mengakui, dalam usaha melahirkan imam unggul di kalangan generasi muda, inilah landasan terbaik yang dilakukan oleh Astro Oasis.

Cabaran demi cabaran yang dilalui oleh sepuluh peserta Imam Muda termasuklah menguruskan jenazah yang telah tiga bulan tidak dituntut, memberi motivasi kepada kanak-kanak serta golongan dewasa di rumah perlindungan, operasi ke pusat penyembelihan dan rumah pelacuran serta memberi kaunseling kepada pasangan suami isteri yang bermasalah.

Dalam pada masyarakat sering menuding pelbagai persepsi negatif terhadap golongan muda, Imam Muda memperlihatkan memperlihatkan golongan itu pada sisi lainnya.

“Secara tidak langsung, kita baru tahu ramai sebenarnya remaja di luar sana yang boleh kita bentuk untuk ‘memimpin’ remaja seusia mereka.

“Bila tengok remaja-remaja seperti ini di televisyen tentu ramai ibu bapa yang merasa sejuk hati.

“Saya yakin dengan adanya ‘pentas’ yang betul maka betullah apa yang cuba kita cari,” kata Izelan lagi.

Seperti program realiti lain di negara ini, Imam Muda juga melalui proses penyingkiran.

Namun sistem pemarkahannya cukup berbeza apabila 50 peratus markah diperoleh menerusi ujian teori dan selebihnya menerusi ujian praktikal.

Biarpun ada penyingkiran jelas Izelan tiada istilah kalah dan menang dalam program ini biarpun Imam Muda unggul yang dicari telah pun ditemui kelak.

“Ini kerana kesemua 10 peserta yang kita pilih memang berkelayakan menjadi imam.

“Kita bukan cari pemenang sebaliknya imam yang unggul dan kesemua mereka nanti selepas tamat program ini akan kita hantar mengikuti kursus-kursus tertentu.

“Apa yang boleh dikongsikan, separuh daripada mereka sudahpun mendapat tawaran menjadi imam di masjid-masjid tertentu.

“Sudah tentu sepanjang bulan Ramadan nanti jadual-jadual mereka penuh, terisi dengan pelbagai aktiviti tertentu sepanjang bulan tersebut,” kata Izelan.

Empat peserta Imam Muda yang masih bertahan ialah Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, Ahmad Hazran Ahmad Kamal, Hizbur Rahman Omar Zuhdi dan Mohd. Taufek Mohd Noh.

Enam peserta yang telah tersingkir ialah Amiril Md. Banin, Muhammad Khairul Azhar Ghazali, Nik Muhammad Adib Md. Amin, Nuri Ali Arbain, Sharafuddin Suaut dan Ahmad Syakir Zamri.

Kesemua mereka dipimpin oleh pengetua Imam Muda, Datuk Hassan Mahmood serta dua tenaga pengajar iaitu Ustaz Shahrizan Daud dan Syed Mohd. Norhisyam Tuan Padang.


Sumber : UTUSAN




Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Saturday, July 3, 2010

SETIAP MINGGU IMAM MUDA SEMAKIN BANYAK CABARAN

BERITA @ FN

Imam muda ke pusat penyembelihan


PESERTA Imam Muda dinilai dari segi ketelitian mutu penyembelihan serta mengaplikasikan kefahaman yang dipelajari dalam kelas.


MINGGU demi minggu, yang masih tinggal di gelanggang pembelajaran membentuk sahsiah bakal imam yang sejati, hanya berbaki lapan orang sahaja lagi.

Tentu sahaja tuntutan menyempurnakan tugasan apabila melangkah ke fasa yang lebih tinggi bukan sesuatu yang ringan dan boleh dipandang enteng.

Tugas menyembelih tidak boleh diambil mudah dan banyak perkara yang perlu dititik beratkan.

Dari segi hukum, tertib dan cara penyembelihan segalanya perlu diberi perhatian sewajarnya apatah lagi apabila haiwan yang disembelih itu akan dimakan oleh orang muslim.

Menyedari betapa pentingnya pengetahuan dan tertib penyembelihan, peserta Imam Muda kali ini didedahkan dengan operasi pemeriksaan penyembelihan di beberapa pusat penyembelihan di ibu kota.

Operasi dilakukan sekitar pukul 1 pagi itu turut disertai oleh beberapa penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang terlebih dahulu memberi taklimat serta panduan sebelum memulakan serbuan.

Operasi bertujuan memastikan pusat-pusat penyembelihan yang terlibat mengikuti prosedur serta hukum penyembelihan sebenar mengikut syarak.

Peserta yang masih kekal dalam program terbitan saluran Oasis (saluran 106, Astro) ialah Amiril Md. Banin, 25; Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, 26; Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26; Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27 dan Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21.

Tidak ketinggalan ialah Nik Muhammad Adib Md. Amin, 22; Nuri Ali Arbain, 25 dan Mohd. Taufek Mohd. Noh, 27.

Daripada situ, pengetahuan serta kepekaan peserta Imam Muda mengesan kesalahan serta pelbagai aspek kekurangan yang tidak menepati syarak bakal teruji.

Disinilah peserta Imam Muda menjalankan tanggungjawab mereka dalam memberi khidmat nasihat yang sewajarnya dalam waktu yang sama memberikan kaunseling kepada pemilik premis agar kesalahan yang sama tidak berulang lagi pada waktu akan datang.

Menjalankan serbuan berdasarkan informasi yang diterima oleh pihak Jawi, serbuan dimulakan dengan soal siasat terhadap pemilik premis.

Ini termasuklah pemeriksaan keatas barangan, peralatan serta mesin-mesin yang diguna pakai oleh sesebuah premis sepanjang menjalankan aktiviti penyembelihan.

Selain itu, cabaran yang diberikan kepada peserta Imam Muda ialah menguji sejauh mana kefahaman serta pengetahuan amali yang telah disampaikan oleh tenaga pengajar diaplikasikan kepada aktiviti penyembelihan.

Inilah yang bakal dinilai oleh tenaga pengajar mereka kerana tidak kesemua pelajar Imam Muda sebelum ini berpengalaman melakukan aktiviti penyembelihan.

Pengetua Imam Muda, Datuk Hassan Mahmood ketika dihubungi Hits memberitahu, tugasan ini sengaja diberikan kepada mereka bagi memastikan mereka mampu mengaplikasikan setiap ajaran yang diberikan dalam kelas sebaik mungkin.

"Minggu ini mereka menunjukkan kebolehan dan kefahaman masing-masing dalam tugasan penyembelihan.

"Kebenaran daripada pihak Jawi, ialah haiwan berkaki dua jadi kita memilih ke premis penyembelihan ayam bagi melaksanakan tugasan Imam Muda pada minggu ini.

"Dari segi hukum, rukun penyembelih serta adab mereka ketika melakukan penyembelihan diberikan pemarkahan," katanya.

Ini termasuklah menggunakan pisau yang tajam ketika menyempurnakan penyembelihan, menghadap kiblat serta tidak menyakiti haiwan.

Tambah Hassan, prestasi serta pemarkahan yang dinilai daripada tugasan yang dilakukan oleh mereka sangat hampir antara satu sama lain.

Ini kata Hassan, berkemungkinan kerana ada antara mereka telah mempunyai pengalaman menyembelih maka markah yang mereka terima masing-masing tidak jauh berbeza.

"Biarpun markah yang diperolehi hampir sama, namun penyingkiran pasti akan berlaku.

"Kerana itu sudah diberitahu sedari awal rancangan ini bersiaran.

"Untuk tugasan minggu ini, apa yang mengurangkan markah mereka ialah beberapa kesalahan seperti tidak memegang haiwan yang hendak disembelih dengan betul, tangan menggigil, serta mutu penyembelihan yang tidak sempurna," katanya.


Sumber : UTUSAN





Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Monday, June 28, 2010

FENOMENA USTAZ DZULKARNAIN IMAM MUDA

BERITA @ FN

Ustaz Dzulkarnain makin popular selepas jadi

pengacara Imam Muda



ORANGNYA ringkas dan sederhana, tetapi alunan suaranya cukup membuatkan hati tersentuh mendengarnya. Pengacara Imam Muda, Ustaz Dzulkarnain Hamzah memiliki `suara emas' yang mampu menarik hati dan jiwa penonton untuk mendengarnya. Di kalangan peminat program realiti ini, nama Ustaz Dzul sudah dilabelkan sebagai ‘ustaz glamor’ dek populariti yang makin mendadak menerusi rancangan berkenaan yang semakin mendapat perhatian.

Jika dulu, penonton pasti tidak akan berganjak mendengar ceramah, motivasi dan alunan zikrullah oleh Ustaz Hassan Ali, Datuk Harun Din dan Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz, kini muncul seorang lagi pengacara ilmuan Islam, Ustaz Dzulkarnain Hamzah yang sebelum ini diperkenalkan menerusi program Kalam Suci di Astro Oasis.

Anak murid kepada Mantan Masjid Imam Negara, Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz yang juga Pengetua Imam Muda itu berkata, mungkin inilah berkat doanya ketika diberikan ruang memasuki dalam Kaabah oleh Kerajaan Arab Saudi ketika berusia 19 tahun. "Alhamdullilah, saya bergelar juara ketika mewakili Malaysia dalam Pertandingan Taranum dan Tahfiz Peringkat Antarabangsa di Arab Saudi pada 1985. Saya diberi peluang memasuki dalam Kaabah dan doa saya, berkatkan ilmu al-Quran dan berilah kebahagiaan kepada saya dunia dan akhirat ketika mengerjakan solat sunat dalam Kaabah.

"Sungguhpun begitu, Tuhan tetapkan hati saya, mungkin orang lain menangis semahunya ketika itu, saya pula sebaliknya. Mungkin usia masih muda - 19 tahun, jadi ketika itu saya hanya mahu mengejar sebanyak ilmu yang boleh dijadikan panduan hidup dan dikongsi bersama orang lain.

"Pengalaman saya diberi masuk dalam Kaabah adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Saya sedar saya antara insan yang terpilih. Alhamdullilah, Tuhan tidak tunjuk kepada saya perkara buruk, hanya bauan setanggi yang dapat saya rasa. Ketika keluar dari Kaabah, ramai orang Arab yang datang memeluk, mencium malah ada yang menggunting baju saya.

"Dan berkat doa itu juga, saya mengelola jemaah haji dan umrah ke Makkah setiap tahun. Kini, ilmu yang dimiliki dikongsi pula dengan penonton dalam program berbentuk keagamaan seperti Kalam Suci dan Imam Muda. Saya yakin inilah berkat doa saya ketika dalam Kaabah, lambat atau cepat, Tuhan tetap akan kabulkan," katanya ketika ditemui B*Pop, baru-baru ini.
Nyata anak kelahiran Kampung Jasin, Melaka itu bukan calang-calang orang, banyak pengalaman dilaluinya seperti menjadi imam muda Istana Negara, berkhidmat selama 13 tahun sebagai guru agama di Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) dan kini aktif sebagai pengacara, penceramah dan mengelola jemaah haji serta umrah.

Pembabitan Ustaz Dzulkarnain secara aktif dalam ilmu al-Quran bermula seawal di sekolah rendah kerana minat serta kemampuan membaca al-Quran dengan baik. Beliau pernah menjadi johan dalam Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Sekolah Negeri Melaka. Beliau turut terpilih mewakili Melaka dalam Pertandingan Tahfiz al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 1984 dan 1985. Walaupun mendapat pendidikan di sekolah menengah aliran Inggeris, cinta terhadap ilmu membaca al-Quran tidak pernah luntur dan kerana itu, Ustaz Dzulkarnain mengambil keputusan berhenti belajar di tingkatan empat dan memasuki sekolah pondok.

Beliau menyambung pelajaran di Maahad Muhamadi, Kota Bharu dan kemudian mendalami ilmu al-Quran di Darul Quran, Masjid Negara sebelum melanjutkan pengajian peringkat ijazah di Jamiah Islamiah Madinah.

Menyentuh mengenai program realiti Imam Muda, Ustaz Dzulkarnain berkata, dia melihat setiap peserta yang dipilih punya kekuatan masing-masing, walaupun ada antaranya masih muda.

"Saya akui ada antara peserta yang tertekan dan rasa ingin pulang, tetapi mereka masih bertahan untuk mendapatkan segenggam ilmu berguna, selain menyemat impian bergelar juara. Juaranya nanti dijanjikan ganjaran berbaloi, termasuk penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi dan tawaran jawatan imam di sebuah masjid utama di Wilayah Persekutuan berserta kereta. Mereka juga bakal membawa pulang wang RM20,000 dan komputer riba Apple Macpro di samping pakej menunaikan haji.

"Hadiahnya memang lumayan tetapi cabarannya besar. Saya faham, mereka berkampung di Masjid Wilayah Persekutuan selama tiga bulan tanpa orang tersayang di sisi, siang dan malam tumpuan mereka pada pembelajaran dan aktiviti yang diatur. Sudah tentu ada yang mengingati anak dan isteri yang ditinggalkan serta ibu bapa dan adik beradik di kampung. Saya lihat setiap peserta punya potensi besar cuma ada antaranya tidak tahu bagaimana mahu melontarkannya. Ada pula yang terlalu banyak `control'. Semua itu dapat dilihat dengan jelas, mana yang bersahaja, mana yang mengawal kemampuan diri,” kata bapa kepada empat cahaya mata itu.


Sumber : Berita Harian



Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Saturday, June 5, 2010

IMAM MUDA [ EPISOD 2 ]

YOUTUBE@FN

Wallpaper Imam Muda

Design by : FN

IMAM MUDA yang julung-julung kali diadakan di saluran yang sememangnya amat sinonim dengan penerbitan program-program yang mempunyai unsur-unsur pembelajaran dari sudut kerohanian dan pengetahuan ilmiah.

Yang Berbahagia Uztaz Hj Dzulkarnain Hj Hamzah atau lebih dikenali sebagai Uztaz Zul di kalangan penonton-penonton setia Astro Oasis melalui program Kalam Suci turut diumumkan sebagai pengacara bagi program ini.

Yang Berbahagia Dato’ Hasan Mahmud Al Hafiz, mantan Imam Besar Masjid Negara telah diamanahkan untuk menjadi Mudir (pengetua) yang akan membimbing calon-calon Imam Muda inidan dibantu oleh dua orang Murshyid (mentor) iaitu Uztaz Hj Shahrizan Hj Daud At Turabi Ketua Imam di Masjid Muadz bin Jabal, Taman Setiawangsa dan Uztaz Syed Norhisyam Al Idrus

Calon-calon IMAM MUDA yang telah terpilih ini akan dihimpunkan di Asrama Masjid Wilayah Persekutuan selama tiga bulan.

Imam Muda yang akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam.

Senarai 10 Peserta Imam Muda

  1. Ahmad Syakir Zamri, 19 tahun (Kelantan)
  2. Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21 tahun (Kedah)
  3. Nik Muhammad Adib Md Amin, 22 tahun (Kelantan)
  4. Amiril Md Banin, 25 tahun (Kuala Lumpur)
  5. Nuri Ali Arbain, 25 tahun (Pahang)
  6. Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26 tahun (Pulau Pinang)
  7. Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26 tahun (Negeri Sembilan)
  8. Sharafuddin Suaut, 26 tahun (Sarawak)
  9. Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27 tahun (Kedah)
  10. Mohd Taufek Mohd Noh, 27, tahun (Johor)


Imam Muda Episod 2 [ pembukaan ]




Imam Muda Episod 2 [ part 1 ]




Imam Muda Episod 2 [ part 2 ]




Imam Muda Episod 2 [ part 3 ]





Imam Muda Episod 2 [ part 4 ]




Imam Muda Episod 2 [ part 5 ]




Imam Muda Episod 2 [ part 6 ]





credit to : iamyiwern's Channel





Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Friday, June 4, 2010

KEHANGATAN IMAM MUDA PENCETUS ANAK TEMPATAN

SAMBUTAN IMAM MUDA HEBAT


Program terbitan Astro ini tidak ada undian SMS

“MODUL pengajian yang berlandaskan agama dan akidah itu tidak sama sekali menerapkan elemen komersial. Program siri pencarian pertama berunsur islam, Imam Muda bebas daripada pengaruh khidmat pesanan ringkas (SMS),” tegas Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar apabila ada maklum balas daripada penonton yang kurang jelas format program pertama di dunia itu.

Program Imam Muda yang disiarkan bagi episod kedua jam 9 malam ini di saluran Astro 106 tidak terlepas daripada kritikan negatif penonton yang masih kabur dengan objektif yang ingin diangkat di dalam program ini. Ia turut disiarkan serentak di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Prima (saluran 105).

Izelan berkata, sejak mula dihebahkan lagi, ramai yang beranggapan program di Astro tidak akan terlepas daripada memperkenalkan elemen SMS yang bertujuan untuk di komersial.

“Saya tidak kecewa dengan pandangan sesetengah pihak yang masih kurang jelas dengan matlamat kita untuk memartabatkan imam sebagai pemimpin yang memegang tanggungjawab besar di dalam masyarakat.

“Kita juga akui kerana ini adalah program pertama di dunia yang memperkenalkan format ini malah berbangga kerana ia adalah cetusan idea daripada anak tempatan sendiri.

“Maklum balas yang diterima cukup banyak termasuk yang memuji malah tidak terlepas ada yang mengkritik. Di pihak kami sebenarnya bersyukur kerana program kini sudah menjadi bualan sebelum ia disiarkan lagi buat pertama kalinya pada 28 Mei lalu,” katanya.

Setiap minggu, 10 imam ini akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan berbeza mengikut skop pembelajaran mereka daripada tenaga pengajar profesional, ia bukan saja berupa pengajian teori malah praktikal turut tidak terlepas.

“Setiap minggu mereka akan diuji dengan ujian bertulis berupa 50 soalan yang berbeza mengikut topik berbeza setiap minggu, itu adalah ujian yang wajib mereka lalui bagi menguji pengetahuan mereka.

“Kami juga menerima maklum balas daripada penonton yang tidak mahu melihat 10 imam ini disingkirkan setiap minggu. Di dalam program ini, kami tidak menggunakan perkataan penyingkiran tetapi ‘perjalanan mereka terhenti di sini’.

“Ertinya mereka bukan disingkirkan tetapi mengundurkan diri daripada program ini untuk memperkemas kini ilmu yang ada. Mereka hanya tidak dipaparkan saja di dalam program ini tetapi masih mengikuti pengajian imam yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Kita sebenarnya tidak mahu mereka apabila pulang ke kampung halaman nanti menjadi buah mulut penduduk kampung. Pengajian mereka diakui oleh JAWI dan semua mereka yang tamat imam yang diperakui,” katanya.

Jika minggu lalu mereka diuji dengan topik kematian dan pengurusan jenazah, namun cabaran berterusan harus ditempuhi pada minggu ini dengan topik kelahiran bermula awal kelahiran hingga isu pembuangan bayi.

Paparan menarik malam ini, 10 Imam Muda akan mengunjungi Dar Assaaah, Kuang, Selangor bagi mendekati wanita terlanjur disebabkan didikan agama yang kurang.

Lebih kurang 40 penghuni wanita berusia 18 hingga 35 tahun akan didekati 10 Imam Muda ini bagi memahami punca berlakunya perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Mereka juga akan mengkaji permasalahan dan latar belakang ibu yang terlanjur ini.

Sumber : BERITA HARIAN


Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Thursday, May 27, 2010

CABARAN PENGURUSAN JENAZAH PESERTA IMAM MUDA

BERITA @ FN


"Cabaran urus jenazah 'busuk'

PESERTA mengusung jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Karak, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.

PESERTA Imam Muda mengkapankan jenazah.

Malam ini jam 9 di astro Oasis

Saksikan tugasan pertama 10 peserta Imam Muda mulai jam 9 malam di Astro Oasis

PENGALAMAN mereka ibarat baru setahun jagung, namun ujian yang terpaksa dipikul 10 peserta Imam Muda cukup berat. Hanya mereka yang 'terpilih' mampu memikul tanggungjawab menguruskan jenazah yang sudah tidak sempurna.

Kerjasama yang diberikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur mendapatkan dua jenazah yang tidak dituntut waris diuruskan oleh peserta Imam Muda sepenuhnya.

Melalui rekod Jabatan Forensik, dua jenazah beragama Islam yang tidak dituntut waris itu dijangka sudah meninggal lebih sebulan lalu. Salah seorang adalah penghidap HIV dan seorang lagi pesakit diabetes.

Mungkin semua sudah boleh membayangkan keadaan fizikal dan bau jenazah yang tidak menyenangkan itu lebih-lebih lagi bagi 10 Imam Muda yang kali pertama berhadapan dengan situasi ini.

Inilah cabaran dan ujian pertama 10 Imam Muda yang bakal disiarkan menerusi saluran Astro Oasis (106) mulai jam 9 malam sebelum menantikan pelbagai lagi cabaran menanti mereka selepas ini.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, ujian yang diberikan 10 Imam Muda itu adalah proses pembelajaran sebenar yang harus mereka tempuhi sebelum bergelar imam.
“Pembelajaran yang dilalui di dalam program ini berdasarkan skop sebenar yang diberikan oleh Jawi. Di dalam episod pengurusan jenazah, mereka akan melalui semua proses bermula mengenal pasti jenazah sehinggalah pengebumian.

“Genre Imam Muda yang akan dilalui mereka ini meliputi perjalanan kitaran hidup manusia daripada kelahiran sehinggalah kematian. Selepas ini mereka akan berhadapan dengan pelbagai lagi cabaran sebagai persiapan diri untuk bergelar imam,” katanya yang ditemui di Tanah Perkuburan Islam Jalan Karak, Taman Batu Muda, baru-baru ini.

Penilai ujian pengurusan jenazah, Penolong Pegawai Unit Falaq, Jawi, Mohd Marngi Wasin, berkata pendedahan proses pengurusan jenazah kepada kesemua Imam Muda bertujuan memberitahu kepada masyarakat berkaitan pengurusan jenazah bukanlah perkara yang sukar.

“Pendedahan itu bukanlah untuk menakutkan semua orang yang selama ini banyak mengetahui perkara buruk selepas menguruskan jenazah sehingga orang takut untuk melakukan sendiri.

“Pengurusan jenazah sebenarnya lebih baik dilakukan sendiri oleh keluarga si mati dan bukan orang lain. Sebab itu kita cuba meyakinkan semua orang bahawa ia tidak susah, malah memberi keinsafan kepada kita semua.

“Mereka dinilai berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui kelas dalam program ini atau yang sememangnya sudah diketahui mereka seperti keberanian, keselesaan, cetusan idea, adab, tidak mengikut orang lain dan kerjasama berkumpulan,” katanya yang berpuas hati menilai kesemua Imam Muda dengan sempurna.

Tanpa bantuan dan sokongan pelbagai pihak, Imam Muda sukar untuk diteruskan lebih lagi sebagai pencetus program memecah tradisi.

Penerbit Eksekutif Imam Muda, Nizam Hamid, berkata pihaknya mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Jawi sejak awal bagi merealisasikan program pertama di dunia ini.

“Ini juga adalah program realiti pertama yang menggunakan jenazah sebenar dan kami mendapat bantuan Jabatan Forensik, HKL yang juga diuruskan oleh Jawi.

“Sebelum 10 Imam Muda ini melakukan praktikal, mereka terlebih dulu diberikan teori berkaitan pengurusan jenazah. Kemudian mereka dibawa ke Jabatan Forensik HKL untuk mengenal pasti jenazah.

“Sepuluh Imam Muda ini diberikan kepada dua kumpulan A dan B untuk menguruskan dua jenazah. Sebaik jenazah sampai ke tanah perkuburan, mereka sendiri akan mengangkat daripada kenderaan yang membawa jenazah untuk dimandikan.

“Memandangkan jenazah yang diuruskan mereka ini tidak sempurna, jadi mereka dibekalkan dengan pakaian khas bagi mengelakkan perkara buruk. Ternyata kesemuanya begitu kuat melawan cabaran itu, malah melakukannya dengan bersahaja tanpa tekanan.

“Selain mendapat bantuan Jawi dan Jabatan Forensik HKL, semua tenaga kerja Imam Muda begitu komited melaksanakan tanggungjawab merealisasikan sebaik mungkin. Saya juga dibantu dua penerbit berpengalaman menerbitkan pelbagai program realiti di Astro seperti Raja Idham Raja Mohamad dan Muhamad Adlan Shahril,” katanya yang berterima kasih kepada Pegawai Perhubungan Awam Jawi, Tuan Asmawi Tuan Omar yang juga penasihat Imam Muda kerana menyelesaikan segala keperluan yang berkaitan.


Sumber : BERITA HARIAN


Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Friday, May 21, 2010

SENARAI PESERTA IMAM MUDA 2010

BERITA @ FN

PESERTA IMAM MUDA DIUMUMKAN

Wallpaper Imam Muda

Design by : FN

Akhirnya kesemua 10 orang peserta Rancangan Realiti Imam Muda di Astro Oasis diumumkan oleh Pengurus Saluran Astro Oasis : Tuan Hj Izelan Basar berkata, “Saya bagi pihak Astro Oasis berasa amat bersukur ke atas penerimaan orang ramai terhadap program siri pencarian; IMAM MUDA yang julung-julung kali diadakan di saluran yang sememangnya amat sinonim dengan penerbitan program-program yang mempunyai unsur-unsur pembelajaran dari sudut kerohanian dan pengetahuan ilmiah.

Senarai 10 Peserta Imam Muda

  1. Ahmad Syakir Zamri, 19 tahun (Kelantan)
  2. Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21 tahun (Kedah)
  3. Nik Muhammad Adib Md Amin, 22 tahun (Kelantan)
  4. Amiril Md Banin, 25 tahun (Kuala Lumpur)
  5. Nuri Ali Arbain, 25 tahun (Pahang)
  6. Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26 tahun (Pulau Pinang)
  7. Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26 tahun (Negeri Sembilan)
  8. Sharafuddin Suaut, 26 tahun (Sarawak)
  9. Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27 tahun (Kedah)
  10. Mohd Taufek Mohd Noh, 27, tahun (Johor)

Majoriti peserta yang datang mencuba nasib di empat buah zon sesi ujibakat di serata pelusuk negeri mempunyai bakat dan memenuhi kriteria untuk diketengahkan sebagai calon Imam Muda. Walau bagaimanapun, hanya sepuluh orang yang terbaik dipilih untuk diserap dan menerima pembelajaran di bawah bimbingan Mudir (pengetua) dan dua orang Mursyid (mentor).

Sepuluh orang calon Imam Muda yang dipilih pada kali ini datang dari latar belakang kerjaya, keluarga, pendidikan, perwatakan, negeri dan status yang pelbagai. Paling mengujakan saya, peserta Ahmad Hazran bin Ahmad Kamal dari Negeri Sembilan adalah bekas pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan.

Selain dari pengumuman calon-calon Imam Muda, Yang Berbahagia Uztaz Hj Dzulkarnain Hj Hamzah atau lebih dikenali sebagai Uztaz Zul di kalangan penonton-penonton setia Astro Oasis melalui program Kalam Suci turut diumumkan sebagai pengacara bagi program ini. Ilmu Uztaz Zul yang meluas dalam bidang hal ehwal dan keagamaan adalah penting dan akan digunakan di sepanjang program ini berlangsung.


Credit to : Imran Shamsir

Rangkaian program-program Imam Muda akan mula bersiaran di Astro Oasis (saluran 106) melalui Imam Muda – Ujian pada 24 dan 25 Mei 2010, Isnin dan Selasa, jam 6.30 petang yang akan memaparkan senario menarik yang berlaku di sepanjang sesi uji bakat yang berlangsung di kesemua empat zon yang terpilih. Penonton juga dapat menyaksikan bagaimana kesemua calon-calon Imam Muda yang terpilih ini mengikuti kelas-kelas dan aktiviti-aktiviti mengikut kaedah dan metadologi yang disediakan di bawah pimpinan dan pemerhatian khusus Mudir (pengetua) dan Mudir (mentor) melalui program Imam Muda – Kapsul pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.55 petang.

Pada setiap minggu, calon-calon Imam Muda kemudiannya akan disatukan di dalam program Imam Muda yang akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam. Program ini bakal menentukan nasib calon-calon Imam Muda sama ada mereka akan terus diserap dan dibimbing bagi menjadi seorang Imam Muda yang terunggul atau mengambil jalan berbeza.

Selain dari bersiaran di saluran rasmi; Astro Oasis (saluran 106), program Imam Muda memberi pendekatan yang berbeza apabila tiga buah saluran dari pakej keluarga yang lain seperti Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Astro @15 (saluran 109) akan turut menyiarkan episod pertama program Imam Muda serentak pada 28 Mei 2010.

Bukan itu sahaja, Astro Prima dan Astro @15 akan terus memberi sokongan mereka untuk menyiarkan program Imam Muda bagi episod kedua dan ketiga serentak dengan siaran Astro Oasis. Astro @15 pula akan terus menyokong untuk menyiarkan kesemua episod Imam Muda serentak dengan siaran di Astro Oasis untuk sepuluh minggu.

IMAM MUDA adalah sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia.

Calon-calon IMAM MUDA yang telah terpilih ini akan dihimpunkan di Asrama Masjid Wilayah Persekutuan selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh agama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman.

Credit to : Imran Shamsir

Selain itu, mereka juga dikehendaki untuk menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.

Kesemua calon-calon IMAM MUDA ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.

Yang Berbahagia Dato’ Hasan Mahmud Al Hafiz, mantan Imam Besar Masjid Negara telah diamanahkan untuk menjadi Mudir (pengetua) yang akan membimbing calon-calon Imam Muda inidan dibantu oleh dua orang Murshyid (mentor) iaitu Uztaz Hj Shahrizan Hj Daud At Turabi Ketua Imam di Masjid Muadz bin Jabal, Taman Setiawangsa dan Uztaz Syed Norhisyam Al Idrus seorang penceramah bebas yang juga pernah terlibat dalam pelbagai program TV berunsurkan ilmu Islam.

Dari FN : Tahniah kepada semua peserta kerana layak ke program realiti Imam Muda 2010, salah seorang peserta adalah senior admin FN iaitu Taufek ( akademi nasyid - Maahad Johor - Satu Group nasyid bersama admin di Maahad Johor ) & Amiril ( Diploma Bahasa Arab Kuis )

Sumber : Imran Shamsir & Facebook IMAM MUDA




Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More