Ikon Remaja Masakini Maher Zain : FORGIVE ME

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/sXN7PjP08To selamat menonton.

Single Terbaru Humood Alkhuder : KEEP ME TRUE

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/MQ5ljhweCU4 selamat menonton .

Sejarah FNasyid bermula tahun 2008- sekarang

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Terima Kasih diatas sokongan anda semua

Single Terbaru Inteam : IMAN AMAN

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/hzYc13jXNtg selamat menonton...video lagu iftar sedang dalam proses editing insyaallah sedikit masa lagi akan temui anda

Salam Ramadhan Kareem 1433 H ikhlas dari FNasyid

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Rebutlah Ganjaran Pahala di dalam bulan Ramadhan ini...Berusaha mencari Malam Lailatul Qadar 10 terakhir Ramadhan.. .

Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Showing posts with label HAZAMIN INTEAM. Show all posts
Showing posts with label HAZAMIN INTEAM. Show all posts

Friday, June 4, 2010

INTEAM KIAN TERBIT KARYA INTEAM RECORDS

BERITA @ FN

INTEAM LEBAR EMPAYAR

credit to : Busyairi

MENYANYI lagu nasyid adalah minat mereka namun perancangan masa depan tetap diutamakan. Justeru, seperti Hijjaz dan Raihan yang menubuhkan perniagaan sampingan, Inteam juga tidak ketinggalan. Siapa sangka, Inteam Records Sdn Bhd kian bergerak maju.

Selain sibuk menghasilkan album untuk kumpulan sendiri, Inteam juga turut menerbit dan mengedarkan album untuk artis nasyid lain. Bahkan, tidak cukup dengan itu Inteam juga produk pendidikan Islamik untuk kanak-kanak seperti bacaan doa dan tajwid.


Dianggotai tiga ahli yang sudah berkeluarga iaitu Muhammad Hazamin Harun, Mohd Syahril Abdul Khalid dan Abdul Rahim Osman, Inteam gigih melebarkan empayar mereka. Bagi mereka, menceburi bidang perniagaan sangat penting untuk jaminan ketika tua.


Muhammad Hazamin berkata irama nasyid sememangnya masih diterima ramai tetapi pada masa sama pelapis muda juga silih berganti. Jadi, persaingan tetap ada.


"Malah pasaran muzik juga turun naik. Justeru, sekalipun menghasilkan dan menerbit album, perancangan lain harus dibuat. Setakat ini, kami bersyukur kerana produk seperti cakera padat (CD) dan buku seperti Bijak Solat, Bijak Tajwid dan Bijak Iqra' mendapat sambutan baik. Secara tidak langsung, kami dapat dapat membantu kanak-kanak mendalami agama.


"Lagipun, dengan adanya CD dan buku, proses pendidikan akan lebih cepat. Selain membaca dan menonton, ia memudahkan kanak-kanak mengingatinya. Dalam soal ini, selain guru di sekolah, ibu bapa juga boleh mengajar di rumah," jelasnya.


Menyentuh pula soal penjualan album, Mohd Syahril berkata dua album baru Inteam iaitu Nur Muhammad dan Love Allah Love Rasul yang dipasarkan beberapa bulan lalu mendapat sambutan baik. Katanya, undangan persembahan pentas juga tidak putus.


"Kami bersyukur kerana setakat ini undangan nyanyian masih diterima. Bahkan, dari situ kami turut memberi tumpuan pada aktiviti promosi album. Setakat ini, memang fokus jualan lebih ditumpukan di pusat pengajian tinggi awam (IPTA).


"Tidak terkecuali, kami juga aktif menjual album dan produk pendidikan Islamik di pesta buku. Apapun, lagu nasyid tidak seperti produk pendidikan. Peluang pendidikan memang ada permintaan tetapi lagu nasyid memerlukan promosi yang giat kepada pendengar," katanya memaklumkan perancangan pembikinan album baru terap diteruskan. Kata Mohd Syahril, apa yang pasti untuk penghasilan album itu, Inteam tidak mahu terburu-buru atau tangkap muat. Biarpun tidak popular seperti Raihan dan Rabbani, Inteam tidak pernah kecewa. Peminat mereka tetap ada dan buktinya Inteam tetap tersenarai dalam kelompok Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) setiap tahun.


Cuma, hingga kini kemenangan masih tidak berpihak buat mereka. Kata Abdul Rahim gagal meraih trofi Artis Nasyid Popular itu tidak sedikitpun mengecewakan mereka kerana menganggapnya bukan rezeki.


"Barangkali, giliran Inteam untuk menang belum tiba lagi. Jadi, kami harus sabar menunggu datangnya rezeki ditentukan Tuhan itu. Lagipun, pembabitan Inteam dalam industri nasyid tanah air pun masih baru berbanding Rabbani, Raihan dan Hijjaz," katanya.


Sumber : MyMetro


Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Tuesday, February 2, 2010

ALBUM [ ZIKIR KEAMANAN ] DARIPADA HAZAMIN INTEAM

BERITA @ FN


ZIKIR KEAMANAN - HAZAMIN INTEAM

z

Akhir-akhir ini dunia sering di landa bencana alam dan wabak penyakit yang menandakan betapa dunia sudah tua dan semakin hampir dengan penghujung usianya.

Tsunami, gempa bumi, tanah runtuh, H1N1, Denggi, SARS, banjir besar dan peperangan merupakan musibah-musibah yang sering muncul di kaca TV saban hari.

Kalau dulu, kematian umat manusia sehingga ratusan ribu orang akibat bencana Tsunami sangat memeranjatkan kita, kini kematian hampir seratus ribu manusia dalam gempa bumi di Haiti baru-baru ini seolah-olah sudah biasa dan tidak menjadi asing lagi pada telinga kita. Sedangkan jumlah ratusan ribu manusia mati dalam masa sehari itu sangatlah besar hakikatnya.

Kita sebagai umat Islam telah di ajar untuk berharap dan berlindung dengan Allah dari sebarang bala bencana dan musibah yang melanda. Walaupun hakikatnya, apabila Allah sudah menurunkan bala, maka tidak dikira lagi siapa yang beriman atau tidak, semuanya akan dilanda bala bencana tersebut. Jadi, kita telah diajar bagaimana untuk menghadapi bala bencana dan musibah yang melanda ini dengan BERDOA dan memohon perlindungan dari Allah Yang Maha Agung.

Peristiwa Nabi Yunus di telan ikan nun menunjukkan kepada kita bahawa Nabi Yunus tidak putus-putus berzikir dan memohon kepada Allah melalui zikir yang terkandung dalam Al-quran seperti berikut:

Maksudnya:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. (Al-Anbiya: 87)

Begitu juga dalam ayat berikut:Maksudnya:
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
(Al-Baqarah: 155-156)

Maka atas dasar itulah saya telah merancang untuk merakamkan beberapa ayat, zikir dan selawat untuk cuba diamalkan diri sendiri serta pendengar semua dalam kita menghadapi musibah yang melanda. Memang banyak ayat-ayat dan zikir ini, cuma yang sempat saya tampilkan dalam album Zikir Keamanan ini ialah 16 track berikut:

1. Ya amanal khaifin
2. Ilahi sallimil ummah
3. Allahumma antas salam
4. Hasbiallah
5. Alaika tawakkaltu
6. Zikir Nabi Yunus
7. Al-Hauqalah
8. Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi
9. Selawat Tafrijiyyah
10. Ayat Kursi
11. Selawat Syifa'
12. Surah ad-Dukhan (1-16)
13. Doa Tolak Bala
14. Doa Hindar penyakit
15. Ayat 1000 Dinar
16. Qunut Nazilah

Semoga album ini boleh menjadi peringatan kepada diri saya sendiri serta amalan dalam menghadapi musibah. Sekiranya ada peluang dan ruang, semoga ia juga menjadi amalan anda semua yang mendengarnya. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari bala bencana dan wabak penyakit serta menjadikan kita dalam golongan orang yang soleh.
Sesungguhnya doa itu senjata bagi orang-orang yang beriman.

Sumber : INTEAM

BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More