Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Friday, August 30, 2013

Produk Public Gold - Dinar

Dinar adalah salah satu produk keluaran Public Gold. Pelbagai produk yang ada ini dapat mempelbagaikan jenis pelaburan kita di samping harga ini agak murah dan mampu dimiliki. Jika anda tidak mempunyai budget yang besar tetapi ingin berjinak-jinak dengan emas. Jadi, dinar adalah produk yang sesuai sebagai permulaan pelaburan.

Dengan rekabentuknya yang cantik, dinar ini merupakan emas 916 dan merupakan produk yang mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ianya boleh digunakan sebagai :-
[ a ] Mas kahwin
[ b ] Boleh menjadi instrument zakat
[ c ] Koleksi hadiah tersayang
[ d ] Tambahan pelaburan

Ini adalah emas 1 dinar,
**  Emas         : 1 Dinar
**  Beratnya   : 4.25 gram
**  Ketulenan : Emas 916
**  Diameter   : 18 mm
**  Ketebalan   : 0.72 mm


Ini pula 2 Dinar,
**  Emas         : 2 Dinar
**  Beratnya   : 8.5 gram
**  Ketulenan : Emas 916
**  Diameter   : 22 mm
**  Ketebalan   : 1.72 mm



Ini pula 5 Dinar,
**  Emas         : 5 Dinar
**  Beratnya   : 21.25 gram
**  Ketulenan : Emas 916
**  Diameter   : 32 mm
**  Ketebalan   : 1.50 mm


Ini pula 10 dinar,
**  Emas         : 10 Dinar
**  Beratnya   : 42.50 gram
**  Ketulenan : Emas 916
**  Diameter   : 38 mm
**  Ketebalan   : 2.18 mm

Harganya saya tidak boleh maklumkan di sini kerana harganya berubah setiap 20 minit mengikut harga pasaran dunia.

Berminat boleh < SMS> 012-6844870
Saya bantu anda untuk KAYA dan BERJAYA dalam pelaburan emas.

Antara topik lain:
 Pelaburan Emas Mengikut Islam
 Harga Emas Kini Meningkat
 Mengapa Saya Memilih Public Gold?

Facebook saya : RR Wealth Management

Tatapan dari,

Thursday, August 29, 2013

Jamuan Raya di Pejabat Ratu

Hari ini 29 Ogos 2013 bersamaan dengan hari Khamis, akhirnya Jamuan Hari Raya tetap diadakan di pejabat Ratu. Ini merupakan aktiviti tahunan yang mana tahun akan diadakan di pejabat Ratu.

Menu utama pada tahun ini adalah nasi arab. Jamuan ini bermula dari pukul 12.00 tengah hari hingga lah tutup pejabat Ratu ini. Emm, sekali bila sudah pukul 12.00 tengah hari ramainya tetamu yang datang.

Inilah antara gambarnya,



Masa gambar ini diambil, bilangan tetamu sudah berkuarangan dan Ratu bersama raka-rakan Ratu mula mengemas mana yang patut. Hendak tahu menunya? Menu utamanya nasi arab, kambing panggang, ayam panggang, satay, nasi impit, sekodok dan kuih muih yang lain. Hehe.

Tatapan dari,

Thursday, August 15, 2013

Telemovie Anugerah Syawal 2013 : Ijab & Qabul

Tersentuh hati Ratu apabila melihat drama ini yang bertajuk Ijab & Qabul yang ditayang malam tadi di TV3 pada pukul 9.00 malam tadi. Ianya membabitkan gandingan pelakon hebat seperti Nora Danish dan Adi Putra dan pelakon lain seperti Fouziah Ghous, Mustapha Kamal, Dato' Jalaluddin Hassan, Puan Hajah Ziela Jalil, Aida Khalida dan Soffi Jikan. 

Ianya mengisahkan seorang jejaka bernama Imran lakonan Adi Putra yang mencintai Zara lakonan Nora Danish. Imran jatuh cinta pada Zara pada pandangan pertama semasa majlis rumah terbuka 5 tahun lalu. Walaupun Zara cuba menepis cinta Imran, dia akhirnya jatuh cinta bila melihat kesungguhan Imran. Namun, perkahwinan mereka goyah bila tidak dikurniakan zuriat. Ini membuatkan Imran marah dan sedih. Zara pula selalu menjauhkan dirinya daripada Imran. Disebabkan itu, Imran mula rapat dengan kawan baik Zara, Wawa apabila mereka selalu berkongsi rahsia. Zara pula menggalakkan Imran untuk menikahi Wawa. Suatu hari Zara koma akibat kemalangan dan dia hilang ingatan. Dari situlah mula terjawab segala persoalan yang bermain di fikiran mereka sebelum ini. Rupa-rupanya, Zara menjauhkan diri dari Imran kerana dia mengidap cancer. Lebih menyedihkan apabila Zara pulih dari ingatanya, dia mengambil keputusan untuk terus menjauhkan diri dari suaminya Imran apabila mengetahui Wawa juga mencintai Imran. Setelah Imran mendapat tahu akan penyakit cancer Zara dia terus ke rumah ibubapa Zara untuk menemui Zara. Tapi, Imran terlibat dalam kemalangan bersama bapa Zara dan Imran meninggal dunia di tempat kejadian. Akhirnya, inilah bab yang agak menyentuh juga hati Ratu. Apabila jenazah Inmran yang tiba di rumah ibubapa Zara, Zara pula menghembuskan nafas terakhirnya akbiat penyakit yang dihadapinya. Walaubagaimanapun dia sempat membuat 1 permintaan yang mana jika dia meninggal, kebumikan dirinya bersebelahan dengan suaminya. Akhirnya, permintaannya arwah Zara ditunaikan ibubapa Zara dan Imran apabila kedua-dua jenazah disemadikan bersebelahan.

Memang sedih tengok cerita ini,


Siapa yang terlepas menontonnya, sila lah ke link ini untuk menonton serba sedikit sedutan telemovie ini.
http://bsyokmovies.blogspot.com/2013/08/blog-post_15.html

Tatapan dari,

Monday, August 12, 2013

Jalan-Jalan Di Ikea

Hari ini Isnin iaitu Hari Raya ke 5 Raja dan Ratu bercadang untuk ke Ikea di Damansara bersama-sama ibubapa Ratu. Kami bertolak dalam sekitar pukul 12.00 tengah hari.

Pada mulanya, Ratu bercadang ingin bertolak pada hari Ahad iaitu hari Raya ke 4. Tapi, Ratu fikir mungkin nanti jalanraya tengah sesak. Maklumlah, semua orang hendak pulang ke ibu kota untuk memulakan kerja pada hari Isnin itu. Tapi, nampak gayanya sangkaan Ratu silap. Rupa-rupanya, Isnin itu pun jalanraya sudah mula sesak. Emm..

Ini adalah antara koleksi gambar yang dapat Ratu kongsikan,


Ini pula gambar yuang ke 2,


Ini cuma serba sedikit sahaja gambarnya. Ada lagi banyak gambar. Tapi yang ini Ratu nak maklumkan di sini bahawa gambar yang ini tiada dalam ikea ya. Haha. Ini gambar Puteri Raja Ratu di dalam kereta. hUA.. hUA.. hUA..


Selepas puas berjalan sampai terasa kepenatannya, kami pun pulang dengan mambawa inspirasi yang baru. Hehe..

Tatapan dari,

Saturday, August 10, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Aidilfitri akhirnya berkunjung tiba. Tahun ini, Raja Ratu sambut dalam keadaan bersederhana. Tapi terasa kemeriahannya apabila melihat kegembiraan dan kerenah Puteri Raja Ratu. Tapi itulah, bila balik kampung sahaja, ramai yang bertanya bila nak tambah lagi? Haha..

Tahun ini, alhamdulillah, walaupun kami merayakan dalam keadaan serba ringkas dan sederhana tapi kami gembira kerana kami dapat mengumpul 1 lagi aset dalam keluarga kami. Raja Ratu kena bekerja lebih gigih untuk meneruskan usaha kami di masa-masa akan datang. Insya Allah, tahun depan kalau ada rezeki, kami sudah boleh beraya di rumah baru kami. Apa? Hendak tengok gambar rumah? Emm.. Ratu rasa belum sampai masanya lagi untuk Ratu tunjukkan. Insya Allah, masanya akan sampai nanti.

Harapan Ratu, Insya Allah raya tahun depan Ratu mengharapkan sesuatu yang lebih bermakna dan meriah. Banyak benda yang bermain di fikiran Ratu yang ingin Ratu kejar. Hanya menunggu masa untuk Ratu genggam dan gapainya. Harap-harap sebelum Raya tahun hadapan tercapailah hendaknya impian Raja Ratu ini. Doa-doakan kami supaya dapat mencapai impian kami, dapat membantu golongan anak-anak yatim, orang-orang tua untuk merasai Hari Raya tahun depan dengan lebih baik. Amin.



Akhir kata, Raja Ratu ingin mengucapkan kepada semua pengunjung Teratak Istana Raja Ratu ini,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF JIKA ADA SALAH & SILAP KAMI
KEPADA ANDA SEMUA..

Tatapan dari,

Friday, August 2, 2013

Jemputan Buka Puasa

Alhamdulillah, tahun ini Raja Ratu menerima banyak jemputan buka puasa. Emm, tahun ini pula di bulan Ramadhan Raja tidak terlibat dengan kerja-kerja luar buat masa ini. Jadi, kami dapat meluangkan lebih banyak masa bersama berbuka dan bersahur bersama-sama. 

Tahun ini, Raja Ratu menerima 4 jemputan buka puasa. Dua darinya adalah jemputan dari tempat Raja bekerja dan juga dari subkontraktor. Dua lagi dari tempat kerja Ratu.

Ini antara gambar-gambarnya,






Emm, menyelerakan.. jangan tengok tarikh itu ya.. Hehe.. Ini gambar ke 2 pula,



Emm.. Jemput makan semua.. Hehe..

Tatapan dari,

Thursday, August 1, 2013

Rezeki di Bulan Ramadhan 2013

Alhamdulillah, rezeki Ratu agak murah di bulan Ramadhan ini. Baru-baru ini Ratu ada menerima hamper daripada subkontraktor di pejabat tempat Ratu bekerja. Emm, menarik juga hampernya. Inilah dia,


Terima kasih lah Ratu ucapkan kepada subkontraktor tersebut. Antara lain yang Ratu terima:
a) Duit raya daripada pihak atasan sebanyak RM500.00 selain 1 bulan bonus Raya.
b) RM150.00 untuk pembelian hand bag atau kasut di bulan Ramadhan beresit.
c) Duit raya daripada 2 subkontraktor.
d) Duit raya daripada Datuk Hamzah Bajuri.
e) Duit raya daripada Datuk Abdul Ghafar Atan.
f) Air minuman berupa air kordial atau botol minuman bergas untuk semua staf sempena Hari Raya.
g) Telekung.

Telekung yang Ratu terima ini, Ratu hadiahkan kepada ibu mertua Ratu. Oleh kerana, Ratu menerima telekung ini setiap tahun jadi Ratu mengambil keputusan untuk membuat pusingan. Ratu buat pusingan untuk telekung ini setiap tahun. Dua tahun lepas, Ratu ambil telekung yang Ratu terima itu untuk kegunaan diri Ratu. Tahun lepas pula, Ratu hadiahkan telekung itu kepada ibu Ratu dan tahun ini adalah giliran ibu mertua Ratu pula. Tahun depan, giliran Ratu pula. Hehe. 

Untuk RM150 pembelian barang beresit, Ratu mengambil keputusan untuk mengambil beg duit berjenama Carlo Rino. Tapi, Ratu kenalah tambah sedikit duit sebab harga beg duit itu melebihi peruntukkan yang diberikan. Tak per. Janji, beli barang beresit. Biar lebih, jangan kurang. Hehe

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267