:: mereka Terhebat ::

Showing posts with label pemandangan. Show all posts
Showing posts with label pemandangan. Show all posts

Wednesday, April 14, 2010

"sesuatu" lam blog aku..

assalamualaikum.. eheh.. jauh aku mengembara di bumi nyata ni.. last2 ke blog jugak aku singgah..hee rindu lak nak conteng2 blog aku ni.. huhuuuu.. aku da tak macam dulu jer.. dulu2 aku ni meriah, sekarang aku ni menyepi lak ye.. hee tu laa dulu lain sekarang lain.. dulu dok sorang sekarang da kawin..hehe

ke situ plak ye.. is is is.. oh yaa sebelah ni gambar aku kat masjid Sultan Qaboos di Muscat, Oman

Di malam yang indah ni, cengkerik kelihatan sedang asyik mendendangkan lagu2 merdunya.. aku pulak seorang di bilik.. maklum laa minggu ulangkaji telah bermula.. kolej ni lengang.. ramai yang balik ke kampung masing2.. mencari ketenangan atau membaca di kampung agaknya..

aku pulak lain, kalau kat kampung aku bukan nak baca buku sangat.. aku lebih minat masuk dapur.. hee cari makan daa.. buat makanan tu pon yaa jugak kadang2.. hihih.. mujur laa kat umah mak aku, kalau kat umah mentua, haishh..!! semua keje meh aku yang buat.. chewaaah.. daripada tak reti apa2 pon tetiba aku leh jadi pandai tau..wink~~~

sambung balik kisah malam ni.. aku dalam bilik sorang2 amatlah tak tahu nak buat apa.. huhu aku ni dari pagi tadi tengok nota.. mata aku macam dah nak terkeluar dah ni..huuu lalu aku pon menyibuklah kat internet.. layan facebook.. buka frienster yang dah berkurun aku tak update.. haa macam2 laa..

siap main game lagi tuu.. huuu tapi last2 aku singgah jugak kat blog.. hee rindu laa katakan.. aku cuba nak tinggalkan blog ni sikit2.. sebab aku rasa makin aku banyak menulis makin aku merapu2 nanti.. hihi.. anyway aku sebenarnya nak citer pasal oman.. aku teringin nak balik oman pulak..


atas ni gambar di Rustaq, Oman
ewah2 balik oman konon, macam laa aku ni tinggal kat oman kan.. heeee


ni antara gambar sewaktu perjalanan ke Daerah Niizwa, di Oman

 ni kalau tak salah aku masjid kot waktu singgah untuk solat.. pun terletak di Daerah Nizwa


yang ni pulak gambar binaan di Oman.. di kawasan Rustaq..
 gambar ni kat Qasr Sultan Qaboos di Muscat, Oman

di luar istana sultan Qaboos.. terik mentari tu.. ~har jiddan!~

 ni plak gambar besar masjid sultan Qaboos yang tesergam indah di Muscat tu..

bukan apa, dulu2 masa di Oman aku nak2 balik Malaya.. dah di Malaya rindu oman pula.. tu laa bila sesuatu tu takde depan mata baru kita nak rasa teringat kan.. kalau ada kat depan mata tak pulak kita nak hargainya.. huhuu hidup.. macam tu laa hidup ni..


ini ~bahr takunu fi Sohhar~

cantikkan?! ~masyaAllah..~~


hehe nanti aku kongsi lagi gambar2 menarik kat oman yer..da banyak aku upload kan..tapi banyak lagi aku tak upload.ini menunjukkan sangatlah banyak gambar2 di sana..hee

actually kan aku melawat2 blog adik beradik aku yang lain.. rasa cam lam blog mereka ada "sesuatu".. jeng jeng jeng.. bukan hantu lor.. sesuatu yang bermakna kot..yang memberi makna dan amat bermakna.. penuh dengan maklumat, informasi, fakta, tazkirah.. macam2..

tapi lam blog aku lak.. takde apa2 pon yang bermakna kan.. macam kosong je kot pada orang lain.. tapi aku tak kisah la sebab penulisan aku amat bermakna buat diriku.. hehe seronok dan rasa cemburu jugak dengan blog saudara2 yang penuh isi, tapi aku tak pandai nak jadi macam orang lain.. heeeh..

dan semestinya apa yang aku sajikan di sini hanyalah buat kenangan kepada yang mahu megenangkan.. buat seseorang yang akan datang dimasa depan untuk mengetahui liku2 kehidupan yang berlalu ini.. harap penulisan aku ni akan jadi bermakna bila aku dah takde nanti.. (^_^)

cerita2 untuk hiburkan hati orang2 yang aku sayangi... senyumlah kalaupun aku sudah tidak ada lagi untuk
mengungkapkan ucapanku di depanmu, aku tinggalkan kalamku disini buat tatapan matamu..hee cam aku dah takde lagi kat dunia lak kan.. hee memang pon setiap manusia pasti akan mati..

aku ingin bersedia untuk itu.. aku ingin pergi dengan ketenangan.. (^_^)

haaaa aku kan ada berita gembira nak sampaikan.. tapi aku nak simpan sampai jadi bebetul suprise!!! heee aku taknak munculkan gambo terbaru aku sampai laa saat aku umumkan berita gembira tu.. ececeeee

nak tahu apa dia? tungguuuuuuu... hehe

tanda tanya (?) : berita gumbira apakah??? hee ini yang kita tak tahu ni..

Thursday, February 11, 2010

BILA MOOD MAU BALIK KAMPUNG DATANG...

assalamualaikum.. ehem2.. agak lama tak post karangan kat sini.. sibuk? tak jugak.. mybe coz da terbiasa tak merapu kat sini kowt.. tetiba jeww jadi malas nak menaip.. ngee ok2.. aku taknak cerita panjang2.. ** mcm biasa laa ayat kan.. tau2 nanti penuh page ni ngan tulisan aku yang macam cacing ni..

apa? keybord aku takde tulisan cacing? yer tak ye jugak kan.. haha mujur laptop ni bukan manusia cam aku, kalau tak confirm semua org da takleh baca dah tulisan aku yang buruk ni..

sebenarnya yang betulnya akhir2 ni aku dihuni dengan pelbagai kesibukkan, sehingga aku sendiri tak tahu kenapa aku sibuk sgt.. hua hua.. dan minat aku agak berubah sikit sekarang..

aku suka edit gambo2 pemandangan.. wah wah.. tapi still masih suka bergambar juga! heee hubby aku cakap beliau nak beli kat aku camera jenis SLR kalau aku dapat pointer lebih dari 3.5 sem ni..

haha jaga laa dia, aku akan tuntut! hehe...

jom layan pic umah aku.. da byk kali juga pic rumah ni aku upload sini.. tp dgn editing yg berlainan.. hihih rindu nak balik umah laa katakan..

ngeee aku nak baliiiiik....~~~~ tolong2.. aku da rindu sgt2 nak balik kg.. uwaaaa (nangis sambil hentak2 kaki cam mudak2...) **ciss da nak jd mak budak pon mcm budak2!

" sory dengan segala aksi keterlaluan sebentar tadi.. heee"

belakang umah aku ada banyak pokok kelapa.. orang kedah cakap pokok nyoq.. ayaq dia best.. so aku akan berusaha pujuk hubby aku ambilkan aku buah kelapa tersebut.. haha ini adalah antara misi aku balik kg.. kalau tak...???!

aku akan panjat sendiri pokok nyoq tu! haha menunjukkan rasa protes.. ** ciss tak baik tol tauladan yang tak mulia..

"lah, pokok nyok tu tinggi sejengkal jer.. kalau bebetul tinggi aku pon tak reti panjat"

"tapi kalau tetiba ada askar jepun datang and paksa aku panjat, agaknya berjaya laa kot sampai kat atas.. tapi tak reti turun lak.. huh..!"

**kena buat rumah atas pokok nyok lak..huuuu takmo! mintak simpang tiga..!

ahaii aku balik bila? soalan yang bagus.. aku balik malam ni daa.. 11 FEB 2010..! yes!! sebab tu aku letak gambar di atas ni..

gambar apa? lah tgk laa pemandangan waktu aku balik kg tuuu.. tapi kali ni aku bertolok malam mybe tak nampak kowt pemandangan2 indah camtu..eheh.. doakan aku selamat sampai yep.. jumpa mak ayah, jumpa adik2.. jumpa hubby juga.. lama tak jumpa wOOO..! sehari bgaikan setahun lamanya!

da sampai kampung nanti aku nak bawak hubby jalan2.. eh bulan madu tak habis lagi tau.. ekekee lagipon kampung aku kan chantiiiikkkk... haaa nak bergambo.. jangan jeles...

pokok2 getah pon da jadi pemandangan yg cantik bagi aku sekarang ni.. coz aku gila minat photography laa sekarang ni.. huh orang lain mengidam makanan, aku mengidam camera! eeek

aku mengandung kah????! ada isi??! apa!

"ha'ah aku ada isi.. banyak isi aku ni.. da makin gemok laa katakan.. tapi aku tak pula tau aku mengandung ke tidak.. isi ada, mengandung taktau.. cane tu?"

"hehe takde laa aku pon tak tau. no komen buat masa ni.. aku takmo perasan apa2 dulu.. tunggu sampai aku da bebetul baru aku nak cakap, huuu.. doakan ler bebanyak.."

tanda tanya (?) : kamu ada isi ke tidak?
jawapan : Aku ADA..!!