Hari ni hari yang paling sunyi akak rasa.. dah seminggu akak tinggalkan kampung. Tu pun lepas merajuk dengan mak, akak ada peluang satu hari je nak manje2 dengan mak.. akak mcm taknak datang sini lagi. Nak duduk lama-lama kat kampung. Petang-petang mcm ni selalunya akak akan ke sungai kat belakang rumah. Biasalah orang kampung, aktiviti apa laa sangat yang dapat akak buat. Akak rindu nak g memancing.
Mak selalunya meniaga kat kedai petang-petang. Mak memang kerja keras, pagi menorah petang buka kedai runcit. Betapa laratnya mak walaupun usia dah tua.. mak buat mcm tu sebab mak kesiankan ayah. Mak tak mahu ayah bimbangkan tentang wang pengajian akak. Ayah kan dah 86 tahun, kadang-kadang kesihatan ayah tak menentu. Kerana setianya mak sebagai isteri, mak sanggup bekorban apa sahaja demi hidup kita sekeluarga. Adik beradik yang lain semua dah berumahtangga, jadinya mereka sibuk dengan urusan keluarga mereka. Walaupun sesekali sahaja mereka datang menjenguk mak dan ayah, cukuplah kerana itu sudah membuat mak ayah tersenyum puas. Memang lumrahnya begitu kan. Akak pulak masih belajar, sesekali akak rasa akak ni banyak membebankan mak dan ayah. Sepatutnya di usia lewat begini mak kena berehat, ayah pun sama dah tak boleh buat kerja berat lagi. Tapi semua sebab akak, mak ayah tak jemu-jemu bekerja. Terkadang akak pandang wajah mak yang kepenatan tatkala pulang dari kebun, sebak terasa di hati.
Akak ni sensitive senang menangis tapi selalunya akak ego depan mak ayah. Akak tak tunjuk perasaan kecian akak. Akak cuba hiburkan mak ayah dengan gelak tawa akak walaupun terkadang akak tahu akak Cuma buat-buat ceria. Padahal bila Nampak mak ayah senyum jer dah bertakung air mata ni. Akak tau mak ayah tentu letih sebab tu akak suka urut. Tapi tu dulu, masa akak sekolah menengah dulu, sekarang akak jauh dari mak ayah. Rindu jugak nak picit bahu ayah urut kaki mak. Tapi semua dah tak boleh akak buat sekarang sebab mak ayah jauh sangat. Nak2 je akak balik rumah sekarang. Tapi apa daya akak, kita orang susah kena jimat duit. Tambang bus pun dah RM43 ringgit. Itu baru pergi kalau termasuk dengan balik semula ke university tambah tambang texi dan lain2 sekurang-kurangnya kena ada RM100 lebih. Sebab tu akak tak balik.
Kalu laa sekarang akak kat rumah, akak tentu tengah memancing. Mak tutup kedai pukul 6 petang. Balik je dari kedai mak mesti g tengok akak mancing takpun mak g panggil akak balik. Mak akan cakap “dah nak maghrib ni balik cepat..” akak selalu kenakan mak, tengok laa jam baru pukul 6 lebih. Mak ni tak reti tengok jam ka. Awal lagi ni.. hah tu lah akak selalu je ada alasan untuk bantah cakap mak. Padahal akak bukan tak faham yang mak sangat risaukan akak. mak selalu nasihat akak, kat sungai tu bahaya nanti ada ular laa macam2.. akak ni memang degil kan sebab nasihat yang baik pun akak tak peduli. Kesian mak.. balik dari memancing akak dapat ikan macam2. Selalunya akak dengan adik akan bersaing sape dapat ikan paling besar. Seronok sangat. Mak laa akan masak kan kami makan sama-sama.
Hidup rasa bahagia sangat bila di samping mak. Tak dapat akak bayangkan kalau mak takda dengan akak masa ni. Sebab akak amat perlukan mak. Kasih sayang mak tak berbelah bahagi dan terlalu suci tulus dan keikhlasan mak menusuk sampai jatuh jauh ke dasar hati akak. mak.. akak dah lama tak panggil mak. Akak rindu sangat. Akak tahu mak pun sama sebab bila akak balik je kampung, ayah mesti cerita yang mak selalu nangis malam2 sebab rindu nak dengar akak panggil nama mak. Ayah cerita lagi bila akak tak ada rumah macam sunyi. Maklum laa akak kan memang jenis yang bising, gelak pun kuat suka kenakan mak. Mungkin sebab tu mak sepi kan. Akak pun sama, kat sini ada ramai orang tapi tetap akak rasa sunyi, malah macam takda orang di sekeliling. Yang akak cari hanya mak dan ayah. Ayah beritahu lagi yang mak tak lalu makan kadang-kadang bila tak dengar berita dari akak. akak bersalah sangat sebab tak hubungi mak setiap hari, apakan daya kita kat rumah dah takde phone. Ada adik je kadang-kadang akak call nak cakap dengan mak tapi adik takde di rumah. Adik pun sibuk bekerja. Jadinya terpaksa laa akak tahan sorang2. Sesekali akak lepas geram kat adik, marah sebab kenapa akak call je adik tak bersama mak ayah. Tapi akak tak boleh salahkan adik jugak. Pagi adik keluar kerja, petang buat kebun sayur, ada masa rehat, adik memancing. Tapi masa adik lebih padat dengan mencari nafkah hidup. Adik pun tak lama lagi akan bergelar suami orang, apakan daya akak lagi.
Rindu pada mak yah ni mendalam sangat. Akak mampu baring kat katil sambil peluk bantal dan akak pejam mata. Akak bayangkan wajah mak ayah. Tapi memakin akak bayangkan semakin dalam rindu sampai akhirnya akak tersedu sedan sendirian kadang-kadang sampai terlena. Akak selalu selimutkan diri dengan kain batik yang mak bagi. Sebab mak pernah pesan, kalau ingat kat mak tapi tak dapat cakap apa lagi jumpa mak, selimut laa dengan kain tu. Anggap mak datang dan peluk akak. akak sedih sangat.. kenapa mak takde betul2 dengan akak. akak perlukan belaian mak macam selalu. Nape laa akak ni manje sangat kan. Mak tak pernah rimas dengan akak, malah selalu layan akak.
hari tu sebelum balik university ni mak janji nak masak serawa labu, tapi mak tak sempat buat sebab akak balik awal sangat. Waktu mak hantar akak ke stesen bas, mak tak henti-henti mengeluh dan menyesal. Akak dah cakap takpe. Tapi mak tetap rasa menyesal tak buatkan akak serawa tu. Betapa besarnya kasih sayang mak pada akak. sampai kat stesen bas mak peluk akak erat-erat. Mak cium pipi akak bertalu-talu, suasana syahdu sangat, akak macam selalu mesti tahan tangisan dan marah mak bila mak menangis. Akak bukan apa akak tak boleh tengok mak sedih nanti akak lagi sedih. Akak cuba kawal keadaan mak, akak tahu mak tak sanggup berpisah dari akak. akak pun sama. Ayah hanya memandang dan sesekali tunduk memandang bumi. Akak faham sebak yang ayah rasa jauh di sudut hati. Cuma ayah tak tunjuk, mungkin dalam hati.. ayah juga menangis pilu. Mak hulurkan bekalan pada akak. mak dan ayah buat ketupat kat akak. sebab akak suka makan ketupat pulut tu mak ayah berusaha cari daun palas dan buat untuk akak di saat-saat akhir akak akan berangkat.
Terima kasih sangat mak ayah. Akak tak sempat ucap sebab lidah akak semacam kelu dan hiba melihat keadaan yang paling berat untuk dinyatakan tu. Akak kucup pipi ayah kiri kanan, akak salam dan cium tangan ayah. Akak bersalaman dengan adik, sempat bergurau. Adik kemudian tersenyum bila akak tumbuk perlahan perut adik. Akak dan adik memang selalu macam tu.. akrab. Kini giliran mak, akak bersalaman dan bisik kat telinga mak, tunggu akak balik tau. Akak nak makan serawa mak buat. Mak kemudian terus memeluk akak. erat bagai tak mahu dilepaskan. Akak senang dengan mak. Tapi akak terpaksa pergi tinggalkan mak ayah dan adik di situ. Akak janji nanti akak balik akak akan cerita akak cemerlang kat university ni. Dan akak nak mak ayah datang masa akak konvo nanti.
Akak dah kat seat 9B dalam bas. Akak pandang mak ayah melalui cermin dalam bas tu. Akak Nampak wajah mak yang amat sayu. Akak masih bertahan dan mengukir senyuman lantas melambai tangan tatkala bas berlalu meninggalkan stesen. Waktu tu akak tak dapat tahan gelora lagi.. air mata yang lama bertakung mengalir jua.. panas membasahi pipi. Akak pandang keluar tingkap melihat sawah padi yang luas menyerikan pemandangan sepanjang perjalanan.. lalu akak terlelap dalam deraian air mata itu… kini akak disini merindu dan merindu menghitung hari menanti cuti akan datang….