:: mereka Terhebat ::

Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Saturday, February 26, 2011

buat jer laa entry ni..

oleh kerana hari ni bebetul free tak wat keje apa pon..

asyik menidurkan diri sendiri jer..maka dah boring sangat jelajah laa kat blog yang dah usang nih..lama yep tak meraban merapu-rapu cam dulu..

faktor kes tersebut adalah kerana lebih gemar bermain ngan facebook.. kat situ ada game laa kuiz laa.. macam-macam ada.. so untuk menaip di blog sangatlah takde masa.. maklum saja banyak masa di habiskan untuk bermimpi..


minat untuk mengedit gambar-gambar masih lagi ada..cuma untuk upload di blog saja yang terasa malasnya..hihi

pon begitu saya tahu ada yang masih bertandang ke sini walaupon saya tak ada.. **eeeh guna kata ganti diri saya plak..cam skema jer rasa..! haha

jadi makanya jom kita layan saat sambut birthday suamiku sayang..

actually gambar-gambar yang di ambil adalah lebih awal daripada tarikh birthday yang sebenar berikutan terpaksa sambut awal.. sebab? aku nak balik U dah.. huhu beginilah nasib bila berjauhan.. ooooh

 kek untuk hubby.. heee

 alolooo sweetnyaa dia..happy birthday suamiku sayang..!!

adikku dengan baby dia.. my hubby n my baby too.. farhana yg comey..

hihihi..yummy sedapnyaa kek coklat ni..


malu nak letak gambo aku yang da gemok..hihi tapi saat ni patut aku abadikan di sini agar dapat menjadi tatapan anakku kelak.. hehe

tengok laa gambo birthday boy yang bakal jai ayah ni..tahun depan birthday boy ni da sambut birthday sambil dukung baby.. insyaAllah... (^_^)v..


tanda tanya (?): apakah aku bisa menaip lagi?

Tuesday, July 13, 2010

::.kali pertama menyambut birthday sebagai isteri..::

20 Jun 2010..

Perasaan tak sabar telah menyelubungi diriku. aku tak sabar2 lagi menanti 29 Jun. Itu adalah tarikh lahirku.. tak sabar rasanya untuk menyambut saat itu bersama suami tercinta.. untuk kali pertamanya akan aku sambut tarikh tersebut sebagai seorang isteri..

22 Jun 2010..

aku: "abang, lagi 7 hari lagi birthday ayang.." 

aku bersuara kepada suamiku dalam nada penuh keriangan.. sungguh tak sabar menanti suprise dari suami tercinta.. rasa mengada2 pula sebab mengingatkan tarikh tersebut.. tapi hatiku benar2 teruja untuk menyambutnya kali pertama sebagai seorang isteri..

dia: "takpa abang tak lupa aih.. ayang tido laa dulu abang nak baca sikit maklumat pasal banci ni.. minggu depan turn abang nak kena bagi taklimat kat pembanci.."

Suamiku bekerja sementara sebagai penyelia pembanci.. sebelum dia konvo bulan 8 akan datang dan sebelum dia diterima sebagai pekerja tetap dalam pejabat kerajaan, begitu rajin dia berusaha mencari rezeki demi menanggung diriku.. Siangnya, jika ada kelapangan dia menolong ibuku berkebun dan menoreh.. teruja  aku terhadap suamiku.. walaupon dia orang bandar, tapi dia kelihatan biasa dengan keadaan dan suasana di kampungku.. malah dia suka tinggal di kampung.. alhamdulillah.. bertuah kerna cara kehidupan aku di kampung diterima baik oleh suamiku...

dia: "Yang.. fikir apa tu? tido laa.. kesian sayang dan jam 1 ni.."

aku: "ayang tunggu abang.."

dia: "manjenyaa.."

27 Jun 2010..

Dari hari ke sehari aku menyediakan makan pakai suamiku.. dan aku sunyi dari jam 8 pagi sampai 5 petang.. mana taknya, suamiku sibuk bekerja, sudahlah takda cuti.. terasa nak ada banyak masa bersama.. maklum saja cuti semester aku pon sudah nak sampai ke penghujung.. aku akan pulang ke Universiti dan pastinya kami akan terpisah berbatu-batu jaraknya..

kadang2 aku hilangkan bosanku dengan mengemas, mencuba resepi baru dan aku akan seterika semua baju2 yang akan suamiku pakai untuk ke pejabat untuk seminggu.. 

dia: "nape ayang susah2 buat semua ni untuk abang.. tak payah laa abang tak suka menyusahkan ayang.."

aku: "abang tak suka ke ayang seterika baju ni? eleleee.. abang suka sebenarnya kan..? haha.."

dia: "abang takut abang smart sangat nanti ramai plak yang terpikat ayang gak susah.."

dush..!!! dush..!!! nah.. aku cubit2, aku piat2 dia sampai dia suruh aku berhenti..

aku: "haaa jangan nak gatai.. sape berani jadi madu ayang, lawan dulu ngan ayang sape yang lebih sayangkan abang.."

dia: "amboiii melawak je pon dah sampai nak bukak silat dah ka.. hahaha..sayanglah satu2nya isteri pertama abang.."

aku: "apa abang cakap????!! isteri pertama..??!! ada lagi ke nak tambah jadi 2 hah????!! eeeeeeeeeeeee..."

suamiku memang suka menyakat dan buat aku jadi tak senang duduk dengan statementnya..! cis..cari pasal..

dia: "alalaaaa jangan laa merajuk.. abang gurau laa.. takda yang lain aih ayang sorang je yang abang sayang, cinta, semua laa.. eleleeee..merajuk laa nanti cepat tua..hahahaha"

aku: "eeeeeeeee geram..grrrrrr....!!"

dia: "geram kat ayang jugak... hahahaha..dah jom tido..esok abang kejut ayang subuh kalau abang terjaga dulu.. tapi kalau ayang sedar dulu kejutkan abang taw.. cam biasa laa..hahaha mesti ayang yang akan kejut abang kan..hahaha.. "

28 Jun 2010

dia: "bangun2..!! ayang... hahahahaha... bangun dah subuh.. hahaha.."

suamiku telah lebih awal bangun untuk solat subuh pada pagi itu..yang hairannya kenapa dia ceria sangat..mimpi apakah dia malam tadi..

aku: "err napa abang gelak2 ni.."

dia: "tau tak malam tadi masa tido kan ayang cakap ngan abang..hahahhaa"

aku: "errr cakap? cakap apa.. bila..?"

dia: "aiikk takkan buat2 tak ingat kot..dalam pukul 3 camtu?"

aku: "err.. mana ada cakap apa2, tipu laa abang ni..!"

dia: "hahaha tau tak abang tanya ayang, balai polis warna apa.. hahaha ayang tau ayang jawab apa?"

aku: "hah? jawab apa? adeeh.."

dia: "ayang cakap balai polis warna pink..hahahaha..."

aku: "hahahaha.. tipu..hahahaha tak sedar pon..hahahaa..."

begitulah setiap hari mesti penuh dengan gelak ketawa.. lebih kurang jam 8 setelah sarapan bersama ,suamiku akan keluar untuk ke pejabat..tinggallah aku sendiri..

Malam nanti jam 12 akan jadi 29 Jun..ia adalah tarikh birthday aku.. aduhai rasa tak sabar sangat2 laa.. agak2 mesti ada suprise dari hubby.. isk.. ape yer.. aku asyik tertanya2 lam hati..kadang2 tersenyum sorang2.. isk nape aku excited sangat eh?

Tapi jam dah 6 petang, suami tak pulang2 pon dari kerja.. risau rasa hati..selalu jam 5 dah sampai rumah.. macam2 terlintas di fikiran.. tiba2 air mata berlinang.. aku tak sanggup menanti tanpa ada khabar..aku takut.. takut hubby jadi apa2 di jalan.. aku risau.. aku menangis sendiri.. dah call tapi dia tak jawab..kenapa???!!

jam 6:30 petang aku keluar rumah dan menunggu di halaman.. senja sudah menampakkan bahawa akan tiba kedatangan malam sebentar lagi.. tapi suamiku tak pulang2 lagi..resah entah bagaimana tidak dapat aku khabarkan dengan kata2..

jam 6:45 petang menyusur sebuah kereta kancil.. aku begitu kenal kereta itu.. aku menghela nafas lega.. dia dah pulang! melompat2 aku.. macam kanak2 plak..adusss..

sebaik saja dia menghentikan enjin kereta.. 

aku: "abang ni.. nape balik lambat.. call pon tak angkat.. risau tau.."

dia: "alaa abang ada meeting tadi laa sayang.. sorry.."

aku: "abang jangan wat camni lagi ayang risau.. ayang takot.."

dia: "takut apa sayang.."

aku: "err.. "

tiba2 aku tersembam di dadanya dan aku menangis teresak2.. entah kenapa dan mengapa aku pon tak tahu..

dia: "jangan risau laa abang selamat ja ni.. aii ayang sayang abang eh.."

hubby memeluk aku erat.. aku tidak berkata apa.. hanya linangan air mata yang mengalir.. 

dia: "jom masuk dalam rumah dah nak maghrib ni.. jangan nagis2 lagi.. isk2 manja sungguh.. haha.."

aku: "eeeeeeeee orang nangis dia gelak..eeeee cubit baru taw"

dia: "adeeh kalau macam ni lebam laa abang.. hahaha.."

****************

lagi beberapa minit akan tiba juga jam 12 dan akan bertukarlah tarikh menjadi 29 Jun..aku buat2 tak tahu tentang hal birthday aku tu.. sengaja.. konon2 nak dia ingat dan nak tengok reaksinya. dia kelihatan sedang sibuk dengan document2 pejabatnya. aku hanya berbaring sambil membaca  majalah. tepat jam 12:00 am..

dia: "sayang..!!! happy birthday..!!"

akhirnya.. aku dapat meraikan birthday pertama sebagai isteri.. perasaan ketika itu sungguh membahagiakan.. dan suamiku memberikan origami yang di buatnya sendiri.. origami berbentuk angsa..



aku: "terima kasih abang.."

******************

29 Jun 2010..

jam 3 petang suamiku pulang dari pejabat dan di bawa bersamanya kek yang sangat comel.. sungguh terharu dan suprise sangat2..



aku: "nape abang balik awal..?"

dia: "saja nak celebrate..happy birthday sayang.."

entah kali ke berapa ratusnya aku menerima ucapan itu dari suamiku.. berbunga rasa di hati..petang itu hubby membawa aku ronda2 naik motosikal kat kampung.. melihat pemandangan sawah.. macam dah lama tak luangkan waktu bersama sejak2 dia bekerja.. tapi hari ini.. indahnyaa...




kami ke tempat istimewa..di atas bukit yang sudah gondol.. menikmati kesegaran petang d sana.. sambil berdua berbual dan memandang kehijauan..sehinggalah mentari sudah mahu terbenam di ufuknya, kami pon pulang ke rumah..romantiknyaa..

Malam menjelma, hubby masak spaghetti.. yummy..!!!


***************

13 Julai 2010..

hari ini aku sudah di kolej meninggalkan orang yang aku cintai di kejauhan.. entah bila lagi akan bertemu. ingin aku balik setiap minggu..kenapa laa kedah jauh sangat dari KL.. aduhaii... cinta jarak jauh plak dengan kekasih halal.. isk..

dan aku buka kad ucapan birthday yang hubby baru bagi.. katanya sebelum birthday aku lagi dia dah beli tapi tak tahu nak tulis apa.. waktu aku sudah mahu berangkat ke KL, dia menghulurkan kad tersebut dan mahu aku membacanya di kolej.. 

kini apabila kad tersebut aku baca, rasa kerinduan menduga jiwaku.. terharu dan rasa dihargai.. terima kasih suamiku..

tanda tanya (?) : heheheee.. takde tanya apa2..heee

Thursday, April 15, 2010

HAPPY BIRTHDAY "MADIHAH.."

salam... eheh.. lupa nak ucap birthday kat seseorang..hehe siapakah beliau? madihah namanye..hee adik ipar aku daa.. hee.. beliau adalah adik yang paling kecik lam family hubby.. hahaii sangatlah manje dengan hubby dan telatahnya kadang2 buat aku tak kering gusi.. ececeee ini jugak bukan ayat bodek keh..

hee tanggal 15 APRIL 2001 lahirlah Madihah ke bumi.. tadi mama ( ibu mentuaku ) call cakap Madihah lahir jam 2.. aku plak time mama call ngah tido jadinya aku cam mamai jer.. aku pon tak tahu 2 pagi ke 2 petang.. ish ish ish.. 

mama call nak tanya aku cane tandatangan aku coz izzah buat kad birthday sebesar manila kad untuk Madihah.. terkejut aku dengar! waaah.. boleh tahan besar laa kad tu..hehe

taraaaa..!! itulah empunya diri yang meraikan birthdaynye hari ini (15 April 2010). Maka genaplah umur beliau 9 tahun.. alalaaaa sweet 9 yer.. hehe.. comeynyeee dia.. sangat suka bercakap tau adik ipar aku sorang ni..haha.. dah nak macam aku dah.. ayooo.. aku tak tahu.. wink~~


beliau juga sangtalah suka posing.. pon macam aku dah tu.. berat dah.. hehe tapi kerana sikap adik2 yang sporting laa aku rasa lega sangat2.. yer laa mudah je aku terbiasa ngan family hubby aku.. bersyukur sangat2.. (^_^).. bahagia ada mama abah dan ramai adik..heee



hee gambar2 yang aku upload ni waktu aku and hubby kuar jalan2 makan angin sekitar KL.. hee.. sekarang hubby pon sibuk nak exam jadi tak dapat laa kami jalan2 or celebrate birthday Madihah. tapi takpe nanti da cuti leh laa.. insyaALLAH..hee


teringat pulut kuning yang kami makan waktu berkelah tempoh hari.. yummy terliurnyeee... mama memang pandai masak.. hee aku bertuah dapat rindukan air tangan mak dan mama.. cheeewaaah!! jangan lari topik, nanti aku terciter bab resepi lak.. hehe ok2..


to Madihah..:

"happy birthday adik, haha da tua ke adik ni? hehe.. syhhh tak payah cakap apa2 akak tau nanti adik mst cakap kalau adik tua akak lagi tua kan..haha.. bijak betul Madihah ni.. belajar rerajin bagi dapat nombor satu yer..hehe..semoga di panjangkan umur dimurahkan rezki.. amin.."

tau tak apa yang aku ngah teringat pasal Madihah sekarang ni? tak tau ye.. meh aku nak citer..:

*********************

pada suatu hari Madihah telah berbual2 dengan aku di corong phone.. then terbukalah satu topik..

"kak aina, kak aina tau tak tadi kan madihah gi sekolah kan.. madihah kan.. kan.."
kata Madihah menimbulkan suasana suspen dalam diriku.. 

"kan..kan apa dik..cakap laa kak aina tak sabar nak tau ni.."

"kan.. tadi kan madihah kan.. nampak kan.. kakak tu kan kat kantin kan..."

haish!! awat laa banyak "kan" ni.. hehe.. aku da tergelak2 dah time tu..

"alaa nape kak aina gelak, madihah tak sempat habis cerita lagi.."

"ops... ok2 sambung2.. kat kantin sekolah ada sorang kakak.. naper ngan akak tu..?"

soalku nak menunjukkan aku tumpu perhatian dan berminat nak dengar apa laa kisah adik ipar aku yang kecik ni kat sekolah beliau..hehe

madihah: "kakak tu kan.. dia kan jual air.."

aku: "ooo...past tu?"

madihah: " kakak tu kan muka dia kan.. muka dia kan.. hahahahaha.."

aku : "hah?.. muka dia kenapa madihah.. nape madihah gelak sorang2 ni jom laa kita gelak sama2.."

aku dah mula suspen musykil dan macam2 dah terfikir.. pandai laa adik ipar aku ni bab bercerita, beliau mampu buat aku tertanya2..huh suspen suspen...

madihah: " muka dia cam kak aina..!! hahahahhaaa..."

aku : "trrrrrr...gerrrrrr....."

sekian haha..

madihah: "kak aina kan.. jual air kat kantin sekolah madihah kan..?

aku : "err.. ............"

madihah : "past tu kan madihah kan panggil dia kan kak aina..!"

aku : "gulp.. tapi tu bukan kak aina laa dik.."

Madihah : "Patut pon kakak tu kan dia kan cakap, nama dia kan bukan aina tapi nabila.."

aku : "huah hahahahaha...!!!"

Madihah: "hehe.. adik kan tiba2 rasa malu laa kan.."

hahaha.. aku takleh ingat laa adik ipar aku ni..hehe macam kena geletek je hati aku tau..geli.. hehe atoii laa.. aku bahagia weh ada orang serupa aku kat kantin sekolah adik ipar aku..!!!

tanda tanya (?): siapakah kakak yang menjual air di kantin sekolah Madihah iteww? ini yang kita tak tahu ni.. haish..!!


Thursday, January 7, 2010

Happy BIRTHDAY kak ida..!

salam sejahtera.. seperti yang aku janjikan aku nak upload gambar banyak2.. tapi aku tak sempat sebab aku sibuk dok ubah layout blog ni..

gambo atas ni yang sebelum ni..eheh.. aku dah ubah dah..


hehe dah melangkah alam baru ni blog pon aku bagi nafas baru sikit kan. ok tak?? aku perlu pendapat ni.. hahaiii


macam lebih kurang jak kan.. is is is

****************

berbalik pada tujuan entry.. aku nak ucapkan selamat menyambut ulang tahun kepada Kak ida.. aku pon tak pasti yg keberapa.. mybe 29 or 30 kot.. hahaha dah tua dah tu kak ipar aku ni.. eh tapi nampak muda cun melecun lagi aih.. ekekeee

siapakah kak ida yang dah tua itu??

heee beliau ada lam gambar dibawah ni.. masa kenduri kahwin aku tu. alahaii past2 ni laa aku citer pasal majlis kenduri eeh..


mengapakah kak ida memejamkan mata seperti orang mengantuk disorongkan bantal itu? ?

jawapannya kerana beliau tidak bersedia untuk membuka mata dek kerana kelam kabut dengan anak2 beliau.. is is is.. **sorry kak ida..hee jgn mareh eh nanti cepat tua taww...

kak ida adalah isteri abg Mie.. hee abang kandung aku yang sangat tekun bekerja dan seorang yang tegas..

kak ida pula sebaliknya, periang, suka ketawa, penyayang dan sensitif.. maka gabungan abang mie dan kak ida sangatlah mantap.. mereka saling lengkap melengkapi.. haa mcm tu laa ciri2 pasangan bahagia coz sorang pendiam sorang lagi mst laa kena cakap banyak kan.. hihih..

ok2 just nak ucap selamat hari lahir buat kak ida saja.. aku telah sms beliau :

"kak ida, happy birthday, semoga panjang umur murah rezeki, n dapat baby lagi.."

dan kak ida membalas dengan ayat yang "makan dalam"

"alhamdulillah, panjang umur kak ida setuju, murah rezeki, moga2.. tapi yg dapay baby lagi tu.. hmm :S tunggu baby pengantin baru laa dulu kot.."

is is is pandai sungguh kak ida membuka jurus lantas mengenakan aku balik.. tersipu2 malu aku dibuatnye.. hihihi sengal mengal lakss..!

oklah.. dah mengantuk and letih edit layout.. nanti aku keudara lagi eh... ecececeeee macam laa blog ni radio nak keudara mara kan.. is is is..ok dadaiiii

Saturday, August 1, 2009

adakah ini satu kejutan...

Tanggal 31 bulan 7 yang lalu, bukan 31 bulan 8.. haha..

Tepat jam 12 malam pada 31 haribulan 7 tahun 2009 tersebut.. bermulalah satu kisah yang benar, lebih benar dan benar2 belaka.. kisah yang kini aku kategorikan sebagai “a moment to remember”.. ianya bukanlah tajuk sebuah filem.. tapi satu ceritera dalam perjalanan hidupku.. ewah2..




*********************.


Aku baru balik dari latihan silat.. jam menunjukkan 11.01 malam.. suasana sepi sepanjang perjalanan dari dewan exam tempat latihan silat diadakan. Aku bersama makndak suraya menuju ke kereta. Angin dingin menampar ke jasad.. seram pula..

Aku pandu keretaku denganb penuh berhati-hati kerana jalan di UM agak berbonggol dan sedang di naik taraf. Tiada banyak kenderaan lain menyusuri jalan ke kolej 8.. kolej yang terletak jauh di pinggir bukit..

Hatiku berdebar-debar. Tidak banyak perbualan aku dan makndak seperti selalu.. sunyi.. diam.. Hanya radio sahaja bersuara. Kemudian sayup2 terdengar bunyi yang pelik..

Seolah2 suara perempuan mengilai.. dan ianya menyebabkan badan kami seakan-akan tiada darah lagi..menggigil tiba2..namun aku terus meredahi pekat malam untuk pulang ke kediaman kami.

Aku hanya diam.. makndak pon sama. Kami cuba menumpukan perhatian terhadap bunyi tersebut. Dan kemudian kami saling memandang..

“bunyi apa tu..” tanyaku kepada makndak.. tapi tiada jawapan yang diberi.. makndak hanya menggeleng.. mungkin makndak penat takda mood nak bercakap.. fikirku sendirian..

Sayup2 terdengar perbualan pula.. seperti suara itu datang dari tempat duduk belakang keretaku..

“saya takut..jangan pandang belakang. Jangan.. saya takut bila kereta berhenti ada sesuatu datang dan tiba2 lembaga terjun kat cermin depan.. itu hantu...!” suara seorang kanak2 perempuan yang ketakutan mengadu kepada seseorang yang lain..

“ni bukan main2. ni betul2.. masa dalam perjalanan akan ada sesuatu yang ikut dari cermin kereta. Dan masa tu bila pemandu toleh tengok cermin. Ia adalah kepala manusia..!”

Tersentak aku dan makndak.. siapa yang berbual di belakang keretaku? Siapa?

“weh ni radio apa ni?” makndak sudah marah2..

“haha mana laa aku tau Hot fm kot..” jawabku selamba..

“tutup!”

“okey set..”

Dan kemudian aku pon tutup laa radio.. haha seram tak? Haha.. saja kasi suspend.. ahak sowie2.. and waktu tu kami dah sampai pon ke kolej.. dan makndak ajak aku p teman dia beli burger.. arr penatnya belatih silat..




********************.


“aina jom laa malam ni birthday yana.. aku nak belanja hangpa kat café kolej 10..”

Sms ekin aku baca.. aduhai lupa pulak aku patot balik cepat2 lepas silat tadi.. jam dah 11.30.. aku pon belum solat isyak lagi.. dan kepenatan telah melanda diriku ini..

“satgi laa aku p.. hangpa p dulu aku p lewat sikit..”
Balasku ringkas. Dengan harapan ekin dan yana akan ke kolej 10 membuat oder terlebih dahulu.. bolehlah aku rehat sebentar..



*********************.


Sedang aku minum jus carrot susu di bilik.. ekin datang..

“laah minah ni.. boleh dok minum2 lagi.. cepat laa jom p..”

Kata2 ekin sedikit membuat aku tersentap. Dah laa penat tak habis lagi.. di paksanya pulak aku..

“laa awat hang tak p lagi.. adoii..aku letih ni nak solat dulu..”

“mak aku kata boleh solat sampai pukul 4 pagi..” kata ekin berwajah serius..

“err ustaz aku ajar isyak sampai tengah malam ja..”

“alaa boleh laa.. cepat la cepat2..”

“eee hang jangan buat kalut..! p laa dulu..!”

Aku dah mula emosi.. aduhaii…

“takmau2.. nak tunggu hang jugak! Cepat2..”

“eeeee!! Aku letih laa aku nak solat dulu..”

“aku tunggu..cepat laa cepat..!”

“kalut laa hang ni..! huh!”

Aku beredar meninggalkan ekin sendirian dibilik dan aku berwuduk.. masa tengah ambik wuduk tu terasa bersalah pulak layan ekin mcm tu. Padahal dia nak ajak aku sambut birthday yana.. huhu sorry..




************************.



“weh yana jom.. ni aina ni letih kecian dia..”

Ekin berbual dengan yana sambil kami berjalan2 untuk ke kolej 10.. lagi 3 minit tepat jam 12.. aku dah berniat nak nyanyi je lagu birthday walaupun kaki belum keluar lagi dari kolej 8. kolej kediaman kami bertiga..

“weh tengok tu ada orang lain sambut birthday jugak laa!”

Kataku spontan tatkala aku nampak ada lilin dan kek di pondok rehat kolej 8.. agak teruja untuk mengetahui siapa yang birthday sama dengan yana.. 31 julai..

Langkah kami bertiga laju mahu mengintai gerangan di pondok..tapi.. ada satu wajah yang aku kenal..sangat2 kenal..

“naim..!” jeritku apabila terpandang naim anak saudaraku..

“taraaaa!!! Surprise! Happay birthday!” rupanya nurul, adila dan wani juga disitu.. apa semua ni?

“ooo ekin hang kata nak p kolej 10..eeeee!! aku pon hang pekena ka? Ni kan birthday yana..awat aku pon kena!”

Aku dah membebel dah.. start dah..

“hahaha tengok laa kek tu!.. aku nak sambut birthday hang jugak.. happy birthday aina..”

“arrr terharunya.. aku dah termenjerit… arr wa kena beb!”

tu keknye!! haha tapi gambo2 lain banyak lagi aku kat camra naim. aku sempat ambik gambo kek je tu pun pakai handset aku.. tup tup handset tu habis batry.. nanti2 kalau aku dah copy semua gambo2 kami aku upload sini.. ngeee sedap wooo kek tu.. lazat!! yummy!!
*************************.



Terima kasih ekin, Naim, adila, wani dan nurul yang kasi aku n yana surprise ni.. aku sangat2 terharu.. dah sebulan pon berlalu birthday aku.. tak sangka masih disambut..hahaha tu laa birthday aku time cuti sem camna nak sambut kan..ahaii macih kawan2..

Thursday, July 9, 2009

Hadiah dan Birthday..

hahaii aku kini sedang bersiaran dalam rancangan post mengepos di blog.. kalau dulu2 nak post apa2 org fikir pasal pejabat post je.. tapi sekarang fikir blog je bila nak post mengepost ni..hua hua hua...

memandangkan dah dekat 2 minggu dah birthday aku.. dan aku menunggu hadiah.. * kot2 laa pakwe aku nak bagi seketul tedy bear..

last2 dia panggil aku mon.. dan dia kata tak perlu dah tedy bear, si mon pon comey.. sesungguhnya aku benar2 teruja dengan kata2nya.. sanggup dia panggil aku monyet.. *memula aku ingatkan monyet, tau2 dia maksudkan aku montel.. erkk

oh rupanya aku berangan berkhayal dan berhalusinasi..

helloo.. tak mungkin pakwe aku nak panggil aku bukan2 tau.. dia seorang yg bersopan.. dia panggil aku "baby" rasa mcm baru di lahirkan je.. waaaa... bertuah ada seorang pakwe tau..

dah laa tak bagi aku hadiah birthday.. takpe dia.. aku pon takmo bagi dia hadiah.. hahaha padan muka.. kalau dia nak hadiah, aku tuntut balik 22 hadiah dari dia.. al-maklum laa umo aku dah 22.. dia plak tak pernah bg aku hadiah birthday so aku gandakan laa byk2.. beruntung pakwe aku dapat awek mcm aku..hahaha... (cerita yang telah anda baca ini adalah rekaan semata-mata.. ngee keciannyee sekadar muqaddimah je tue.. ececeee)

************************

actually (ni baru nak cerita yang bebetul), aku nak kongsikan perasaan aku bila dapat hadiah, hehe aku pikirkan unta, eh silap skrip.. aku pikirkan dah takde hadiah dah tua2 ni.. hehe dapat jugak rupanye ek..hihihi..

1stly, aku dapat seketul kek dari kak su.. bestnye!!! thanks kak Su (kakak ipar)..

hadiah ke 2 plak mandi manda di Puncak Janing dgn anak2 buah dan di temani oleh kak Su jugak.. (puncak Janing tu kawasan air terjun kat kampung aku je.. Ok laa kan.. best woo airnye sejuuk sgt2..trrr..)..

dan yang ke 3 lak aku dapat suprise dari anak2 buah aku memula dapat kad birthday yg diaorang buat sendiri.. then ada hadiah jugak.. dah pandai budak2 tecik ni bagi aku hadiah.. tapi sesi membuka hadiah tersebut amatlah suspen..

"nak kata pa dah, acu mesti goncang dulu hadiah kita kan kak?" kata asyraf sebaik saja aku mengoncang hadiah yang masih berbalut...

"hadiah apa ni?.. pandai2 jaa hangpa ni tau.. bagi acu keropok eh?" aku meneka..

"salah..haha buka laa.." alia memaksa aku membuka hadiah tersebut di depan mereka..

dan aku sangat2 suspen.. sambil aku buka hadiah aku snap gambar2..hehehe perhatikan...
amat2 laa suspen.. is is is.. pandai2 je letak lam kotak ubat nyamuk tau.. haha teringat kat cerita hadiah tisu dalam kotak ubat nyamok yang siti Hajar bagi kat aku bebelas tahun yang lalu.. masa kat sekolah rendah..ayaii.. lipstik?? haha

"hangpa nak suruh acu pakai lipstik ni ka..? adoii... takpa2 acu pakai lani (sekarang) jugak.."

*********************

eheh.. dan berlalulah suspen yang aku terima dari kak Su dan anak2 buah.. chewah.. sekarang aku dah kat UM ni... birthday pon dah 12 hari dah berlalu.. ahaii..

tapi tadi tetiba Yana a.k.a Cumil datang ke bilik aku.. dan memberikan aku sesuatu yang berbalut.. memula aku ingatkan biskut ke ape kan.. rupanya hadiah birthday.. waa tak cayanyee!! aku ingatkan dah takde orang nak kasi aku hadiah.. macih Yana Cumil.. ayaii..

Ada gambo Yana dengan aku.. mesti laa aku popularkan Yana kat blog ni.. sebab aku da dapat hadiah.. haha takde laa.. sebagai kenangan kita.. chewah.. Yana, aku dan ekin mmg rapat.. sejak hari pertama di UM.. "dasyat dasyat dasyat..." dan kami ada gelaran tau.. aku adalah "manje" ekin lak "baby" dan yana si "cumil".. haha ikut suke kami laa nak gelar apa kan..haha jangan jeles.. ngee..
ekin dah bg aku sebuah bantal pooh.. ekekeee tapi awal 2 bulan sebelum birthday aku..ngee ngee macih2.. dan yaNa bagi aku hadiah tadi.. suspen jugak tau.. jom tengok.. apa laa agaknye kan.. wink wink..


hehe begitulah kisahnyee.. cantik gelang tu kalau aku pakai kat cahaya bersinar-sinar tu..hehe mcm tau2 je Yana ni yang aku takde gelang..hehe.. macih banyak2 Yana.. hadiah mu amatlah cantik..

"manje dah buka hadiah? sory hanya tu je cumil bleh bagi.. kenangan manis kita jangan dilupekan eh.."

"confirm aku tak lupakan.." jelasku di dalam hati.. tapi tak balas pon msj Yana.. saje nak dia baca entry ni, bagi suprise kan.. hahaii.. tankiu2.. kawan2 yg lain kalau nak bg aku hadiah, boleh lagi..belum terlambat.. ekeeekeee adus ok rojer..

Wednesday, July 1, 2009

budak REMPiT v/s aku DRiFT

Ahai.. hari ni aku taip ni 29 jun 2009.. maklum laa hari birthday aku.. tapi aku postkan lewat laa pasal aku kena bersusah payah g library dulu (cari internet)..hehe ni aku baru balik dari sekolah (ada program sikit)..waa sangat letih..is is is..

so aku nak ceritakan laa apa yang terjadi hari ni (29 JUN 2009).. walaupun aku post entry ni bukan pada 29 jun.. tapi aku tetap nak bagitau.. actually..

aku drive hari ni dari rumah, antar kak su dan anak2.. hee aku memang suka drift.. eh drive..hehe.. dan dalam perjalanan tu kan.. tetiba kan ada laa seketul (sorry bukan seketul kot, sebuah) motosikal memotong kereta aku.. haa dan kemudian membuat "willy" dan "wekang.." tah betul tah tidak istilah tu..yang aku tau diaorg angkat tayar depan past tu tayar belakang plak.. berani betul buat aksi tu depan aku. Mujur la aku ni sabar.. aku drive je buat2 tak tahu…

“acu, cek benci laa tengok budak2 tu mcm monyet.. potong jaa depa..” alia menunjukkan ketidakpuasan hati..

“haa.. bukan tak mo potong, satgi depa ni melampau ingat acu nak lumba dengan depa..”

“lumba ja.. rempit v/s drift.. haha..” asyraf cuba membakar semangat aku..

Dan aku semakin memperlahankan kereta.. risau nanti budak2 lelaki yang baru setahun jagung nak rempit tu jatuh moto.. aku langgar pulak kang keluar masuk mahkamah.. bukan takat mahkamah, kalau cedera parah kuar masuk hospital pulak.. kalau mati terus tu masuk kubur memang laa tak kuar dah.. huh.. menyampah betul laa aku..

“acu tengok tu dia pandang acu tu. Nak cabar acu laa tu.. cepat potong dia acu..” asyraf sekali lagi membakar semangat aku.. eee aku dah panas dah.. dapat plak penghangus semangat dari anak buah aku ni…eee aku tekan minyak kuat2 dari tadi..

“Na tak payah layan budak2 tu..” kak su pulak mencurahkan ais ke atas semangatku.. dan aku pon slowkan kereta.. alahaii

“acu malas jaa nak race dengan budak2 tu.. depa baru reti bawak moto sebab tu depa jadi macam tu.. acu ni dari darjah 3 dah bawak moto depa tak tau.. kalau acu nak rempit, acu dah hebat dari depa.. ari ni kan 29 hb 6 ni acu dah umuq 22.. kira 13 tahun dah bawak moto.. budak2 tu umuq dalam 14 ka 15 ja. tak boleh lawan acu aih.. “ aku cuba membesarkan diriku di hadapan anak2 buah aku (hello2.. aku slim k..hahah).. tak mo laa nanti depa cakap aku lekeh kan.. tapi mmg reality pon aku hebat, ngeee..

“fuiyoo.. acu ada lessen dak? Cikgu kata bawak moto takdak lessen tu salah.. past tu tak pakai topi pon salah..” alia membentangkan pendapatnya..

“betul tu.. acu mesti laa ada lessen.. keta moto dua2 ada tau.. budak2 rempit depan kita ni saheh takdak lessen sebab muda lagi.. dah tu tak pakai helmet.. jatuh moto nanti free2 jaa pecah kepala..” haa geram betul aku dengan tindakkan kurang ajar budak2 tadi.. dan aku drive dengan berhati2.. akn tetapi..

“grummm…!”

Moto yang di tunggang degan aksi rempit mereka itu terjatuh kedalam semak samun.. dan aku membuat break kecemasan.. huh.. mujur laa aku bawak perlahan.. dan kemudian aku berhentikan kereta di tepi jalan.. keluar melihat keadaan si rempit muda di kampung tu..

haa “masinnya mulut aku.. kecian budak2 ni. Astaghfirullah..” aku agak kesal kerana terlepas cakap semasa memandu tadi.. walaupun kejadian tersebuat bukanlah kerana kataku namun aku rasa bersalah..

Budak2 rempit yang berdua tu bangun dan memeriksa siku serta lengan mereka.. nasib baik jatuh dalam semak..klau atas tart, entah2 dah luka2 teruk dah..

“hangpa ada luka2 teruk ka?” kak su bertanya dalam nada kerisauan.. sambil mahu menghulurkan bantuan..

“takpa2..” kemudian mereka mengangkat moto mereka yang jatuh.. dan meninggalkan kami di situ terpinga2..

“eee dah laa kurang ajaq past tu jatuh moto orang mai nak tolong p lari mcm tu ja.. kurang ajaq sungguh tak padan dok kampong nak jadi samseng..” bebel alia..

Aku hanya tersenyum melihat telatah alia.. baru darjah 5 dah pandai berfikir matang.. haa
“depa malu laa tu.. tadi eksyen sangat..” aku menjawab selamba…

“esok2 bila hangpa dah besaq jangan jadi mcm tu ya.. alia, kalau hang nak cari pakwe jangan yang rempit2, asyraf pon jangan jadi rempit.. sya2 pon.. haha.. sya2 rempit..haha..” aku menasihati anak2 buah aku pulak..dan sempat mengejek alisa yang blur2.. budak umur 4 tahun la katakan..

“mak engok acu ni, ia ejek kat cek..mak..” ops! Alisa dah mengadu kat kak su laa pulak.. ayaiii… kak su hanya tersenyum dan kami meneruskan perjalanan.. hahai…

p/s: jangan jadi rempit, ingatlah orang tersayang….ngeeee
jangan merempit waktu birthday aku dan depan2 aku buruk padahnya..
dan jangan belagak hebat sebab orang lain lagi hebat..hihihi..

Sunday, June 28, 2009

hari ini ke ESOK?? 29 JUN dah..!

Aku taip ni pada tarikh 28 jun 2009.. bermakna esok hari lahir aku yang ke 22.. dah 22 tahun rupanya aku hidup kat dunia ni.. hari2 terasa cepat berlalu..rasanya baru semalam aku masuk darjah satu.. baru 3jam aku di sekolah menengah.. dan baru satu jam aku berada di menara gading ni.. sedar tak sedar.. cepatnya masa berlalu.. aku kini sedang menghabiskan degree dan bakal bergelar guru tak lama lagi.. memang cepat.. namun, semakin bertambah usia bukan bermakna semakin panjang masa kita hidup, tetapi semakin pendek jaraknya hidup ini. Entah ada waktu untuk kita sambut ulang tahun kelahiran yang seterusnya atau entah sudah tidak berkesempatan lagi.. aku teringatkan sambutan2 hari lahirku tahun2 yang lalu.. meriah..


*************

Di sekolah rendah:

Tiap2 tahun aku akan dapat hadiah dari kawan2.. 29 jun selalunya adalah antara hari2 persekolahan..bila sampai je sekolah, kawan2 akan menyanyikan beramai2.. dan mereka menghadiahi aku.. gula2, pensel, pemadam, atau belanja aku air sirap 10sen.. dulu 10 sen tu standart la kan.. seronok bila birthday..rasa macam di hargai sangat2.. paling terharu..

::::::::::::::

Waktu tu dah tamat waktu pembelajaran.. aku tengah tunggu ayah aku datang ambik dari sekolah..

“aina, happy birthday..” siti Hajar menghulurkan hadiah yang dibalut kemas.. dalam kotak berbentuk segi empat sama.. ringan..

“wei.. buat susah2 jaa bagi ni… thank u wei..”

aku menerima namun sedikit sebak.. siti Hajar bukanlah orang berada.. hidupnya membuatkan aku insaf dan sedar.. bahwa kesusahan bukan penghalang untuk kita menunjukkan penghargaan kepada seorang teman.. baju siti Hajar compang camping.. ada koyak yang bertampal.. kesian dia.. kasutnya hampir terkeluar tapak dan terkoyak dek di pakai setahun dua.... namun masih bersih dan putih..

“kenapa tengok kasut aku ni” siti Hajar bersuara..

“err takda apa laa.. putih macam guna kapur kasut yang baru..”

“oh kapur kasut ja baru, kasut ni dah buruk. Nak beli tak mampu. nampak jari kaki aku ni..”

siti Hajar menggerakkan jari kakinya keluar dari hujung kasutnya yang terkoyak.. dan dia ketawa sendiri melihat aksinya itu.. dan aku pon.. hahahaha turut join ketawa..

“kenapa bagi aku hadiah ni weh.. buat susah ja.. kesian kat hang..” setelah derail ketawa itu reda aku bertanya pula..

“takdak apa pon.. aku tak bagi hadiah mahal2 mcm orang lain.. aku malu nak bagi..tapi dari kemarin aku balut ni. Aku bagi jugak laa..hang janji buka kat rumah tau..” siti Hajar tersenyum.. dan kemudian kami bersalaman.. setelah bapa aku datang menjemput..

balik rumah, aku buka hadiah siti Hajar, hanya sehelai tisu yang diletakkan bedak padanya.. wangi jugak..! patut laa ringan.. aku tersenyum sendirian.. dan aku simpan sampai sekarang ni hadiah tu.. walaupun hanya tisu tapi cukup menyentuh jiwaku.. ewah.. terima kasih siti Hajar dan semua kawan2 sekolah rendah yang sudi sambut birthday aku dulu2..


*****************
di sekolah menengah :


sambutan birthday kat sekolah menengah agak canggih laa kalau nak dibandingkan dengan waktu di sekolah rendah.. maklum laa aku dah jadi remaja.. ramai pulak peminat kan..hehe.. tetiap tahun mesti ada hadiah bawah meja.. siap ada surat2 cinta lagi tu..haha.. sungguh lucu.. tapi aku ni pengawas sekolah yang garang, tu pon masih ada yang berani nak suka2 kat aku..eececeee..
yang best kat sekolah menengah ni ramai sangat kawan2 aku.. and aku pulak duduk asrama.. huu sampai je malam birthday aku telah dianiayai..waa kek, telur dan tepung yang aku dapat..ceh.. habis kotor katil aku.. tekanan perasaan jugak time kawan2 baling kek (kalau makan pon bagus..hihihihi) then baling2 telur sampai pecah past tu tabur tepung pulak kat aku sambil jerit2.. oleh yang demikian, warden datang tengah malam 29 JUN tu sebab kami bising, aku laa orang yang paling hodoh.. dan macam zombi dah..waa mujur sebab aku jadi birthday gurl cikgu azmi tu lepaskan aku.. fuuh..
waktu kat sekolah menengah tu setiap tahun, mcm2 jenis sambutan laa.. yang best masa form 5.. sweet 17 laa katakan.. kawan2 ramai datang rumah aku sehingga mak aku membuat keputusan untuk adakan kenduri makan2..haha.. kak Nab (kakak nombor 2) bagi aku seketul kek yang besar sangat2..dan kenduri tu meriah sangat2.. aku pakai gaun tau..ceee.. ahaii seronoknyeee..!! mcm budak2..ngeeee



**************


Dan masa zaman terkini :




aku sekarang ni takde laa sambut birthday lagi..huhu maklum laa birthday aku ni time cuti semester.. mana laa ada ramai kawan2 nak sambut2 ni.. tapi still line bz laa detik 12 malam 29 JUN ni..heee..


"weh aku orang ke berapa?" banyak jugak antara rakanku bertanya dalam sms malam tadi..


"orang pertama.." aku menjawab.. walupun bukanlah yang pertama bebetul.. kecian kawan2 aku semua bersungguh2 nak jd org first aku cakap org last pulak, kecik hati mereka.. nanti taun depan beliau2 semua insaf nanti dah takmo ucap kat aku x best laa.. sape lagi nak membuzykan line celcom aku tu.. hihi
ucapan demi ucapan yang aku terima.. ok laa tu.. nak2 je aku mintak hadiah..haha.. bagi aku tisu pon jadi laa kan..hiii.. kecian betul kat aku kan.. tak dapat hadiah ape2 pon sejak kat UM ni dah 4 tahun ni..waaa
tahun lepas aku jadi "pembantu Mahasiswa" kat kolej aku.. yer laa adik2 junior nak masuk UM, aku dan PM2 lain laa orang paling kalut, kebetulan tarikh daftarnye diaorang tu pon 29 JUN.. maka malam tu aku sambut birthday lam bilik meeting laa.. syok jugak bila ramai2 nyanyi kat aku, terharu biru aku dibuatnya.. ingat jugak birthday aku eh walaupun sibuk..ahak.. suke2..hee




*************


dan hari ni dah 29 JUN 2009.. or 29.6.2009.. cantik jugak nombor tu, chewah.. ada2 je kan.. aku ada banyak kad2 ucapan birthday dari kawan2 since sekolah rendah aku simpan sampai sekarang.. ayat yang aku ingat laa kan..


"di hari kelahiranmu.. jangan kamu bersedih jika tidak dihargai.. tapi bersedihlah jika kamu sudah tidak beharga lagi..."
mendalam betul kan.. ahaii.. kesimpulannya, harga diri tu penting, bila kita hargai diri kita, terima diri kita, jaga diri kita sendiri baik2.. baru orang lain dapat hargai kita seadanya.. dan kita boleh hargai mereka yang bagi penghargaan buat kita..err.. mcm mana nak cakap eh.. kira lebih kurang gitu2 laa..ngee..


aku dah kat malaysia dah.. nanti aku postkan detik2 kepulangan dari oman eh,
heet thank u cik umai da ucap birthday i to kawan2 semua yg ingat, macih2..
and to aslam, ingat birthday jugak awek kamu ni..hehe nak hadiah..!!