:: mereka Terhebat ::

Showing posts with label Oman. Show all posts
Showing posts with label Oman. Show all posts

Wednesday, April 14, 2010

"sesuatu" lam blog aku..

assalamualaikum.. eheh.. jauh aku mengembara di bumi nyata ni.. last2 ke blog jugak aku singgah..hee rindu lak nak conteng2 blog aku ni.. huhuuuu.. aku da tak macam dulu jer.. dulu2 aku ni meriah, sekarang aku ni menyepi lak ye.. hee tu laa dulu lain sekarang lain.. dulu dok sorang sekarang da kawin..hehe

ke situ plak ye.. is is is.. oh yaa sebelah ni gambar aku kat masjid Sultan Qaboos di Muscat, Oman

Di malam yang indah ni, cengkerik kelihatan sedang asyik mendendangkan lagu2 merdunya.. aku pulak seorang di bilik.. maklum laa minggu ulangkaji telah bermula.. kolej ni lengang.. ramai yang balik ke kampung masing2.. mencari ketenangan atau membaca di kampung agaknya..

aku pulak lain, kalau kat kampung aku bukan nak baca buku sangat.. aku lebih minat masuk dapur.. hee cari makan daa.. buat makanan tu pon yaa jugak kadang2.. hihih.. mujur laa kat umah mak aku, kalau kat umah mentua, haishh..!! semua keje meh aku yang buat.. chewaaah.. daripada tak reti apa2 pon tetiba aku leh jadi pandai tau..wink~~~

sambung balik kisah malam ni.. aku dalam bilik sorang2 amatlah tak tahu nak buat apa.. huhu aku ni dari pagi tadi tengok nota.. mata aku macam dah nak terkeluar dah ni..huuu lalu aku pon menyibuklah kat internet.. layan facebook.. buka frienster yang dah berkurun aku tak update.. haa macam2 laa..

siap main game lagi tuu.. huuu tapi last2 aku singgah jugak kat blog.. hee rindu laa katakan.. aku cuba nak tinggalkan blog ni sikit2.. sebab aku rasa makin aku banyak menulis makin aku merapu2 nanti.. hihi.. anyway aku sebenarnya nak citer pasal oman.. aku teringin nak balik oman pulak..


atas ni gambar di Rustaq, Oman
ewah2 balik oman konon, macam laa aku ni tinggal kat oman kan.. heeee


ni antara gambar sewaktu perjalanan ke Daerah Niizwa, di Oman

 ni kalau tak salah aku masjid kot waktu singgah untuk solat.. pun terletak di Daerah Nizwa


yang ni pulak gambar binaan di Oman.. di kawasan Rustaq..
 gambar ni kat Qasr Sultan Qaboos di Muscat, Oman

di luar istana sultan Qaboos.. terik mentari tu.. ~har jiddan!~

 ni plak gambar besar masjid sultan Qaboos yang tesergam indah di Muscat tu..

bukan apa, dulu2 masa di Oman aku nak2 balik Malaya.. dah di Malaya rindu oman pula.. tu laa bila sesuatu tu takde depan mata baru kita nak rasa teringat kan.. kalau ada kat depan mata tak pulak kita nak hargainya.. huhuu hidup.. macam tu laa hidup ni..


ini ~bahr takunu fi Sohhar~

cantikkan?! ~masyaAllah..~~


hehe nanti aku kongsi lagi gambar2 menarik kat oman yer..da banyak aku upload kan..tapi banyak lagi aku tak upload.ini menunjukkan sangatlah banyak gambar2 di sana..hee

actually kan aku melawat2 blog adik beradik aku yang lain.. rasa cam lam blog mereka ada "sesuatu".. jeng jeng jeng.. bukan hantu lor.. sesuatu yang bermakna kot..yang memberi makna dan amat bermakna.. penuh dengan maklumat, informasi, fakta, tazkirah.. macam2..

tapi lam blog aku lak.. takde apa2 pon yang bermakna kan.. macam kosong je kot pada orang lain.. tapi aku tak kisah la sebab penulisan aku amat bermakna buat diriku.. hehe seronok dan rasa cemburu jugak dengan blog saudara2 yang penuh isi, tapi aku tak pandai nak jadi macam orang lain.. heeeh..

dan semestinya apa yang aku sajikan di sini hanyalah buat kenangan kepada yang mahu megenangkan.. buat seseorang yang akan datang dimasa depan untuk mengetahui liku2 kehidupan yang berlalu ini.. harap penulisan aku ni akan jadi bermakna bila aku dah takde nanti.. (^_^)

cerita2 untuk hiburkan hati orang2 yang aku sayangi... senyumlah kalaupun aku sudah tidak ada lagi untuk
mengungkapkan ucapanku di depanmu, aku tinggalkan kalamku disini buat tatapan matamu..hee cam aku dah takde lagi kat dunia lak kan.. hee memang pon setiap manusia pasti akan mati..

aku ingin bersedia untuk itu.. aku ingin pergi dengan ketenangan.. (^_^)

haaaa aku kan ada berita gembira nak sampaikan.. tapi aku nak simpan sampai jadi bebetul suprise!!! heee aku taknak munculkan gambo terbaru aku sampai laa saat aku umumkan berita gembira tu.. ececeeee

nak tahu apa dia? tungguuuuuuu... hehe

tanda tanya (?) : berita gumbira apakah??? hee ini yang kita tak tahu ni..

Tuesday, November 17, 2009

ku semadikan potretku di sini lagi..

salam sejahtera semua saudara saudari muslimin muslimat,para bloggers, dan sape2 yang baca ni dari segala bangsa, agama serta negara..! hahaha **amboii melampau2 sampai giteww.. menyampah!! hehe..

ok2 disini aku nak bgtau ni..esok aku exam.. err jab tgk jam sekarang ni pukul 12:04 minit malam..bermakna sudah 18hb..uwaaa aku exam pagi nanti jam 8:30 taww.. aduiiii.. begaimanakah?






eh eh.. sempat menyempat lagi tu aku upload gambar2 yang bermacam2 ni..isk2.. bukan apa aku tekanan sebab baca buku jew..hahaha.. tu yg aku rest ni..**chewaaah.. rest laa sgt kan.. hihi..

"oh buat pengetahuan gambar2 kali ni semua masa aku ke Oman dulu.. ada yang di Muscat, Rustaq, Nizwa dan sohar.. heee so layan jeww laa.. hee.."

cam happy lak entry aku eh..padahal hari ni amatlah tertekan dan tekanan perasaan..!! jiwa kacau..!!.. dan aku jadi pening2 lalat ni taww.. baca buku tak masuk! **yerlaa buku tak masuk, ilmu ja masuk..kui kui.. ayat semegah megah..!

actually nak bermadah pujangga ni.. kamu yg baca ni jangan laa memuntahkan diri lak.. mentang2 selama ni aku tak rajin buat ayat jiwang.. heeee mari2 layan..hee


******************************************

ku semadikan potretku di sini lagi..



tatkala aku resah sendiri
mengenangkan nasib yang menimpa diri..
ku tatapi potret yang bersemadi
lantas terlakar senyuman tanpa disedari..

sungguh hatiku terhibur kembali...


pernah aku merenung ke alam..
menikmati indahnya ciptaan Tuhan
tersenyum lagi hatiku yang dalam
tatkala ujiannya dapatku tahan..


di dunia ini aku berjalan hari demi hari..
terkadang lesu menguasai diri

namunku rempuh apa terjadi

inginku berusaha sebelum mati..


tidakku bisa menyangka..

aku pernah memegang kurma di pohonnya
aku pernah menghidu harum baunya
aku pernah merasai keaslian manisnya..


alangkah bahagianya aku dapat melihat semua ini..

melihat ujian-NYA sebagai penguat diri
melihat ciptaan-NYA sebagai pengubat hati
melihat segalanya kerana ilahi..

aku bertuah..


Aku diberi kekuatan sesudah aku ditimpa kemurungan
aku diberi cahaya setelah gelap itu dihidangkan
aku diberi peluang sesudah kecewa segala impian

aku diberi tabah setelah aku menerima musibah..


persahabatan..

hari yang paling manis untuk dikenang
apabila sahabat itu datang
segala kelesuan terus hilang

angin lalu membawaku terbang
di awan itu aku membilang
kabus-kabusnya semakin terang..

hari malam berganti siang..
takdir yang esa, tak siapa dapat menghalang..!


kini aku merindui detik2 yang pernah aku lalui

susah senang ranjau berduri
lumrah kehidupan hari demi hari
bertambah usia bertambah matanglah diri..


semalam bahagia hari ini berduka..
esok sejahtera tak siapa menduga

teruskan perjalanan yang masih terbuka
langkahlah tangga demi tangga

biarlah senyuman menghiasi muka
berjayalah hidup dengan bangga..

oh rindu nak ke Oman semula!!!




*************************

hihihi aku tak tau laa pantun ke syair ke puisi ke sajak ke apa ke kategori madah pujangga aku kat atas tu. nak kata karangan pon bukan..hihi dulu bahasa Melayu aku dapat A+++++.. tu yang susah tu kalau pandai sangat..heheh **buat dah..

kepada cikgu2 jangan marah eh anak murid baru nak try cipta madah pujangga..heee memang tak sempurna mana..ewah2.. start dah nak berpujangga lagi..syyhh.. stop2.. hee ulagkaji2..ada lagi 2 paper ni..

"doakan aku taww rakan2 taww..sory kalau aku tak p lepak kat blog kamu2..aku ngah sibuk baca buku.. ececeee sowiee taww..ok2.. nak sambung study.. take care!!"


tanda tanya (?) : mampukah aku hadapi ujian esok? ujian yang pasti..aduii

Tuesday, June 30, 2009

dari OMAN pulang ke MALAYSIA

Ahaii aku dah mula nak mengaktifkan diriku dah..hehe pantang betul kalau ada internet kan nak mengeblog je aku ni..haha tidur x lena makan x lalu, ingatkan blog je (padahal aku asyik makan tido makan tido..) haha.. tapi terhad laa masa nak berblogging ni.. maklum laa internet kat library di kampung je..ada adik2 yang masih sekolah nak buat folio laa apa laa.. so aku terpaksa laa dtg jenguk2 sambil post baru je.. tak sempat nak melawat blog2 lain..huhu.. sory geng!

Haa hari khamis ni aku ada program pulak kat sekolah menengah.. ayaii jadi fasilitator pulak dah.. 3 hari sampai hari sabtu.. tapi sabtu pagi2 aku dah nak drive g KL.. doakan aku selamat laa yer.. aku bawak kete.. g UM..huu mintak2 mudah laa.. kalau susah nanti aku pakai moto je laa..heee

Oh yaa meh aku nak cerita ceriti ni.. masa aku dah last2 day kat Oman.. rindu pulak pada oman, isk bila di Oman nak2 balik Malaysia.. bila dah kat Malaya ni aku rindu2 kat Oman pulak..hee.. musykil2..

Yang penting masa nak balik tu aku happy sangat2 mcm nak pulang beraya..

“laa patutnye tak mcm nak beraya.. yang mu p pasang lagu raya tu sapa suruh..” makndak suraya sudah menunjukkan sikapnya yang seperti sarjen itu..hehe

“err.. aku saja laa pasang lagu raya ni.. ambik aura sikit nak balik Malaya ni..” haha aku memang pandai menjawab.. dan kemudian kami melayan lagu raya tu..

“woi.. tak puasa lagi dah nak raya ka..?” kak tie yang juga rakan sebilik mengecam tindakkan kami (mcm ayat lam berita lak mengecam2 ni)

“ok tukar2 lagu.. oh hooo hoo balik kampung.. yibaaa..!”

***********************
tu antara gambar2 kenangan.. tapi aku dah kecikkan saiznye sbb speed upload kat library li lemah sgt2..ahaii..



Aku menerima sijil tamat kursus di Oman oleh dekan “Kuliah ulum tatbiqiyah fi Rustaq” ekkk..heee (menyampah laa asal mcm malu2 tu..waa)


Dan di Lapangan Terbang Muscat, Oman..


Aku menunggu transit di Lapangan Terbang Bahrain.. dengan topeng mcm jururawat plak kan..





masa lam flight aku asyik tengok Pemandangan je.. makan,tido, borak2 dengan sahabat dari arab saudi kat sebelah aku, pastu tido bangun main game, tengok movie, makan lagi..tido lagi (tu ke keje aku).. namun aku dapat merasakan malam yang pendek.. betolak dari Bahrain baru jam 8.00 malam (bersamaan 3.00 pagi di Malaysia).. selepas 3 jam hari dah subuh.. dah siang.. dan cantik sangat pemandangan tu.. bertuah aku dapat menikmati pemandangan sebegitu.. namun agak penat dan kurang tidurku..huuuu setelah 7 jam.. akhirnya pukul 10.00 pagi di Malaysia..

Sampailah jasad dan nyawaku di KLIA.. aku melangkah keluar dari flight gulf air itu dengan senyuman yang meleret.. puas, “ sampai juga aku ke Malaysia.. alhamdulillah semuanya selamat..”

Dan mak ayah datang dari kedah mahu menjemput aku pulang.. terharu.. terima kasih mak ayah dan adik serta jiran yang datang…ianya sangat istimewa..




Tapi ada sesuatu yang lain yang juga istimewa pada hari ketibaanku di KLIA sana..dan peristiwa itu membuatkan aku gementar.. dan.. dan.. dan… err.. dan… is is is.. lidahku kelu untuk mengucapkan kata.. hanya debaran yang ada.. namun aku mencuba.. tangan seakan mahu beku.. sejuk entah kenapa.. mungkin pertemuan itu adalah pertemuan kali pertama.. bimbang juga ada salah silapku dalam berbicara.. namun tuturku bersahaja menyembunyikan gundah di jiwa.. alahaii..

Terima kasih buat encik aslam dan family yang datang jumpa aina.. malu2.. ngee.. dan ada buah tangan dari Oman yang tak seberapa.. maafla tak ada yang istimewa.. yang biasa2 saja.. harap kenangan dari Oman tu mampu mengikat ingatan kita bersama.. dan ampun dipinta andai ada tersalah kata.. ahaii..


sampai jugak aku ke Malaysia tercinta ni..hee

Tuesday, June 16, 2009

akhinya siap jugak..!



aku dah siapkan vid Movie untik slide show nanti petang.. tapi aku tak upload lagi.. past tayangkan nanti laa aku share kat sini.. bukan ape computer kat lab ni ada virus apa tah.. kang pendrive aku bermasalah petang ni spoil je..haa.. dah laa malam tadi aku tido pukul 3 pagi.. kalau kat Malaysia time tu dah pukul 7 dah tau.. huhu.. ni pon kuyu je mata aku ni, adoii.. tapi takpe hari ni hari last kuliah.. yes..!!!

***********
aku baru bangun dari tidur.. sangat mamai.. jam menunjukkan pukul 4.30 pagi.. waktu subuh.. seakan-akan baru 5 minit sahaja aku melelapkan mata.. kini dikejut pula oleh makndak suraya.. dan beliau juga mamai.. aku?? tiga kali mamai.. macam mimpi je.. tapi aku ingat2 lupa daa..

lepas tu..

"weh.. mu tu (tau) dak, mu tak sembahyang subuh..!"

kata makndak apabila aku sudah bersiap2 nak ke kuliah.. jam sudah 7.10 pagi..

aku terpana dengan dakwaan beliau.. (macam lam mahkamah lak kan)

"err.. betul ka? bukan ke tadi mu kejut aku kan? aku bangun laa.. biar betoi mu ni..?" tanyaku dalam kemusykilan.. aku solat laa..is is is

"betoi.. tadi aku gerak (kejut) mu.. aku ingatkan mu sedaq.. mata dok klip pot klip pot (terkebil-kebil).."

"hah? memang laa aku kan bangun kan.." aku pasti aku bangun.. tapi aku confius jugak dah..

"haa aku pelik jugak, mu bangun duduk bersila.. past tu mu tanya aku jam pukul berapa.. past tu aku habo (bagitau) laa pukul 9 sebab aku tertengok jam Malaysia.. aku pon mamai2 jugak.."

"past tu?" aku menyelah apabila makndak seakan-akan berfikir kejadian pagi tadi..

"aku tak berapa faham mu kata apa.. tapi kalau tak salah aku mu kata lani (sekarang) dah habis waktu subuh.. aku tak kata pa dah past tu sebab aku pon mamai.. then aku kuar solat.. aku ingatkan mu pon kuar.."

"err maknanya aku tak kuar ka weh.." aku dah mula ingat2 lupa..

"haa mu tido balik kot.." Kak Tie yang juga rakan sebilikku menyampuk, menguatkan lagi dakwaan makndak suraya bahawa aku tak bangun subuh..

"emm.. mungkin aku mengantuk sangat kot, buat Movie ni aku tido dah pukul 3..huu" mengaku dalam kepelikkan.. sambil menggaru2 kepalaku yang tak gatal.. akan tetapi mereka berdua mentertawakan aku..

"haha.. ada ke patut cakap subuh dah habis past tu tido balik..haha teruk sungguh.. lawak laa mu ni..hahaha.." kak tie berseloroh diiringi kekekkan ketawa makndak yang halus..ngeee

"ayaii.. malunya aku! err patot rasa macam ada tanduk je pagi tadi..hehe.." aku berselorah pulak.. (bukan tanduk kambing tau..)

"tu laa, lani dah takda tanduk baru nak insaf.. dah2 cepat qada cepat..!" makndak memberi arahan seakan beliau seorang askar berpangkat sarjen.. (takde laa pangkat tinggi sangat..hihi)..

dan aku pon menunaikan kewajipanku.. tapi kenapa aku rasa macam dah bangun je tadi pagi..huhu (mungkin sekadar bangun bersila je laa kot. boleh pulak aku tido balik sambil bersila.. musykil2.)

*******************
hah.. aku harap movie perjalanan kami 15 orang kat oman ni dapat ditayangkan kat slide petang nanti kat dekan and semua warga Rustaq Collage ni dengan jayanya.. ewah2.. dah laa aku cakap arab lam slide tu.. ceh.. hudus sungguh.. tapi kena buktikan jugak laa MALAYSIA BOLEH..! hehe.. dan mungkin aku tak de kat blog ni dah dalam 1 minggu past ni.. coz aku dah nak balik sabtu ni.. esok dah takde kuliah.. so aku takkan jumpa computer lagi untuk mengeblog.. aduyaii mesti aku rindu-rinduan nak menaip nanti.. so tinggallah blog ni sepi lagi tanpa aku.. chewah.. dah sampai kampung nanti, ada masa aku update punya.. ahaii..

kalau ada sumur diladang,
bolehlah saya menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
bolehlah mandi setiap hari..

p/s: jangan jadi kambing!! ngeee




Monday, June 15, 2009

Entry meloyakan..

AWAS..!! entry ini adalah entry sensitif dan meloyakan.. jika anda sedang demam, pening kepala, rasa mahu muntah atau perkara2 yg sama waktu dengannya, sila JANGAN BACA ENTRY INI.. dan cerita ini adalah khayalan semata2.. tiada kena mengena dengan yang bakal hidup, sedang hidup atau yang telah hidup.. hehe..




aku Warning lagi.. sebarang gangguan selepas membaca entry ini adalah di bawah tanggungjawab masing2.. dan kepada yang berani membaca..TAHNIAH kerana masih membaca..! ngeee hee.. ok

*******************
Telah tersebutlah sebuah kisah.. ketika itu di hari perkahwinan Nora.. sesungguhnya ramai benar jiran2 di kampung Nora, mereka berpakat menyediakan makanan para tetamu jemputan, ramai..! hampir 3 ribu orang yang di ajak untuk memeriahkan hari kenduri perkahwinan Nora..

namun Nora..

"kenapa kau ni Nora? masam mencuka? tak gembirakah kau dengan perkahwinan ni?" sahabat Nora bertanya dalam nada kehairanan..

"err.. aku.. aku..err.."

"apa errr err..?? cakap je laa.. kau berdebar eh..kau dah bersedia ke? lagi setengah jam sampai laa suami kau tu, then bersandinglah kau nanti. ewah.." sahabat Nora begitu gembira dan tidak sabar2 lagi ingin melihat Nora bersanding di pelamin.. Nora tidak berkata apa2..

"kau nampak cantik sangat tau.. senyum laa sikit.. huh..!" sambung sahabat Nora setelah tiada jawapan yang diterima..

"aku rasa.. err.. aku.. emm malu laa nak bagitau.." Nora sudah mengumpul kekuatan untuk berterus terang.. akan tetapi Nora masih teragak-agak..

"rasa apa..? cakap laa Nora.. kau ada masalah ke? aku akan bantu kau.." kali ini sahabat Nora membuat muka yang serius..

"emm.. sebenarnya aku..aku.." seperti menahan sesuatu yang sukar dilepaskan..sukar diluahkannya dan dizahirkannya di hari perkahwinannya itu..
"cakap laa apa.." dan sahabat Nora tidak berputus asa dari terus bertanya..
"aku... (.??.bisik terlalu perlahan..penulis tak dengar ape yang dibisiknya.).huu.." Nora berterus terang namun dia hanya berbisik perlahan kepada sahabatnya seorang..
"ok aku teman kau turun ye.. tapi baju pengantin ni susah laa kau nanti.." bisik si sahabat pula..
dalam kemusykilan itu.. tiba2 kedengaran pengunguman dibuat.. "pengantin lelaki dah sampai.."
dan Nora serta sahabatnya sudah kelam kabut.. "macam mana ni weh.." serentak mereka bersuara..
"tahan ja laa weh.." sahabat Nora memberi pendapat bernas..
Nora hanya mencuka.. lalu pergi menyambut suaminya di halaman rumah.. kompang di pukul bertalu2, begitulah adat melayu tatkala menyambut ketibaan mempelai dua sejoli.. Nora cuba melakarkan senyuman walau dalam kepayahan..
dan ketika upacara makan bersuap.. banyak mata yang memandang Nora dan suaminya..(pengantin baru laa katakan).. dan mereka semua mengusik agar Nora menyuap suaminya makan..
"syyy.. diam2.. kita saksikan detik2 romantik pasangan mempelai kita.." kata DJ yang di jemput khas oleh bapa Nora dalam majlis kenduri tersebut.. dan semua tetamu senyap memandang Nora serta suaminya.. masing2 menunggu masa untuk menepuk tangan dan bersorak kepada mempelai.. ketika itu nora hanya memandang sahabatnya yang juga pengapitnya..
peluh mula membasahi kening Nora.. bukan senang untuk bertahan begitu lama.. jantungnya berdebar-debar kencang, duduknya sudah tidak selesa.. namun tangannya yang bergetar itu tetap akan menyuapkan nasi kepada suaminya, hanya untuk menyempurnakan upacara makan bersuap tersebut..
dan ketika nasik hampir di mulut suaminya..
"PUUTTT prroott Puut..kroott.." kedengaran satu suara seakan dentuman lantas mengejutkan orang ramai.. Nora pula tertunduk malu..
"sayang kentut ke?" tanya suami Nora kepada nora... (sempat lagi tu tanya macam tu..)
Nora hanya menganggukkan kepala..dan berbisik pula kepada suaminya..
"dari tadi lagi ayang rasa sakit perut nak terberak, tapi abang dah sampai pulak tak sempat nak lepas.. ayang malu ni.." Nora seakan-akan mahu menyorok di belakang suaminya..
sedangkan tetamu jemputan dan rombongan pengantin yang lain masih terkebil-kebil dan terpinga2 dengan kejadian tersebut.. "siapa yang kentut?.." teriak seorang budak berumur 9 tahun.. dan persoalan itu tersebar luas..
"proot...puut..PRUTT.. TRUUT..PROOTT.." sekali lagi bunyi pelik itu bergema..kali ini lebih kuat dan jelas..
"bau apa ni.. macam tahik cair je.." teriak budak tadi.. "mesti warna kuning, past tu mesti senang nak kuar kan mak kan..?" sambung budak tadi dengan selamba dan bertanya ibunya.. dan suaranya didengari tetamu yang menyaksikan upacara makan bersuap tersebut.. hanya cubitan ibunya sahaja jawapan kepada soalan bernas tersebut..
Lantas mereka, yakni semua hadirin.. memandang Nora serta suaminya.. meneka-neka siapa agaknya yang melepaskan kentutkan..
"ayang malu laa bang.." Nora mengadu manja..
"takpe sayang, kentot tu baik untuk kesihatan, kalau tak kentot tu maknanya sayang tak sihat.." jawab suaminya selamba..
"tapi ayang dah terberak.." Nora mengadu lagi..
"patot laa berbau..ngee.. abang nak tiru ayang laa..membuktikan kita sehati sejiwa.. berak pon sama2.." dan suaminya pula meneran.. dengan wajah yang terlalu buruk untuk diperkatakan.. hahaha (aku dah tak sanggup nak sambung apa seterusnya..aduss..)
.... hikayat ini berakhir apabila semua tetamu juga turut berkelakuan demikian.. kenapakah hal ini berlaku..? dan budak berusia 9 tahun tadi menjerit lagi..
"ooii pengantin bangun2 cuci tahik kamu dah melimpah dari kerusi tu.. busuknya..! bangun2.. BANGUN..!"
dan terbangunlah Nora dari tidurnya.. "oh aku BERMIMPI rupanya.." keluh nora di dalam hati.. (ngeee.. kecian kat Nora kan..mujur mimpi.. ahaiii)
********************
hehe dan khayalanku semakin hebat kan sekarang ni.. sebab aku boring ar kat kelas ni ustaz tak datang.. sambil aku taip ni aku dok senyum sorang2..haha.. TERIMA KASIH KERANA MEMBACA SEHINGGA KE AKHIIR.. ngeee apa laa aku ni..hahaha.. just kidding guys..ngeeee

TO my Followers

tadi aku buka blog sahabat kita ni.. ramai pulak yang buat tag special kat followers dia..so aku pon nak tiru laa.. tanks to all yang sudi follow blog ni.. tak ada apa yang menarik pon kat sini, tapi ada jugak yang sudi datang lepak2..ewah..ngeee dan aku bagi special kat semua follower aku tau.. chewah.. ngah baik hati ni.. tak sabar nak pulang ke Malaysia laa katakan.. so salam perkenalan kepada kenkawan semua samada yang baru atau dah lama kenal. hee.. kenal tapi tak kenal kan.. hehe dan aku cukup memahami kamu kerana penulisanmu.. ehem2.. ok geng.. aku tinggalkan award ni buat kamu semua.. hehe.. kalau sudi, simpan tau.. daaiiiii

Saturday, June 13, 2009

"Biar betul aku ni.."

bawah ni adalah keratan akhbar tempatan di Oman.. haa kali ni akademiah eh..hehe asyik cite g jejalan je kan.. alahaii pertukaran pelajar ni adalah program pertama di Oman, malah pertama oleh kementerian pengajian tinggi Malaysia jugak.. so ianya mendapat liputan dan perhatian kat Oman ni.. tengok gambar ke 2 dalam paper tu yg tengah picit kepala tu aku laa tu..ngeee.. coz tengah jawab test..huhu.. payah.. tapi kena jawab elok2 buktikan Malaysia boleh..hee jangan memalukan UM..chewah..





ahaii.. mmg banyak tempat kami ber 15 ni ziarah.. tapi setiap hari Khamis je ada lawatan..dan ianya sehari suntuk ke merata tempat. dan di Oman ada 9 "mantiqah" (kawasan) yang setiap satunya ada sejarah tersendiri dan pelajaran "adab wa turas saqafiyah omaniyah wa arabiyah" (err kebudayaan arab gitu laa).. dan belajar bahasa arab bermakna belajar sejarah dan budayanya.. kerana itu ada ziarah. dan sebulan aku di sini.. aku dah melawat 3 kawasan.. yakni "mantiqah dakhiliyah" ( kawasan pedalaman), "mantiqah bathiniyah" (kawasan tengah), "mantiqah bahriyah" (kawasan laut). dan "mantiqah suhar" (kawasan nelyan)..ahaii.. kalau kat Malaysia tu mcm pantai timur, pantai barat, utara, selatan.. gitu laa.. ahaii.. dan sekarang lam kelas laa ni..hehe.. jadual padat dari pukul 8 pagi sampai 9 malam.. ada perbincangan, kuliah, debat, kuiz and exam jugak.. gambo ustaz yusuf from mesir tu aku snap tu.. trrr grrr mujur dia sporting..huh..!


dan banyak pelajaran yang aku ketahui di sini.. tentang "biah" (suasana) arobiyah..mengenali negara yang tak ada seorang pon pencuri.. nak tau nape?? entry berikutnya aku cite akademik and dinamik, and segala2 mik lagi..haha..


Hari ini aku nak kongsi laa sikit. "biar betul aku ni.." eheh.. Pasal betapa terkenalnya kami 15 pelajar dari Malaysia ni kat Oman.. ngee.. ahaii dan muka ada di akhbar2 tempatan Oman.. haa dok kat Malaysia pon aku tak terkenal mcm ni.. chewah.. "biar betul aku ni.."..ngee
Cuma sekali aku pernah masuk paper harian Metro.. sebab apa?? Huu waaa malunya bila aku ingat balik.. "biar betul aku ni.." aku sangat maluuuuu..!!! lupakan aina lupakan.... aduss


*************

"weh aina..tengok tu ada Zamarul Hisyam kat booth Jabar root..!"

teriak awatif setelah matanya tertumpu kepada pelakon lelaki yang diminatinya.. aku?? Eeee tak minat laa.. chewah! Tapi tah kenapa ada jugak perasaan nak g bergambar dengan beliau.. "biar betul aku ni.."

"ramainya orang weii.. sebijik macam kat lam tV tu laa.. aku lemaih aih.." keluhku kepada awatif setelah bosan menunggu giliran untuk bergambar dengan Zamarul Hisyam.. huhu dan tiba2 beliau memanggil aku dan awatif.. "biar betul aku ni.." tak sangka pulak nak bergambar2 ni..huhu

"beb! Dah turn kita ni.." kata awatif lantas menarikku mendekati pelakon yang diminatinya.. aku hanya menurut..

Maka telah bergambarlah aku dan awatif dengan Zamarul Hisyam.. huhu bila teringat balik, uweeekk!! Mcm budak2nyee aku.. masa tu kalau tak salah tahun 2006.. umur aku baru 18 kot, hehe..

Setelah itu kami berdua melewati booth2 lain.. sehingga tiba di booth Harian Metro..

"pendaftaran..! kami memerlukan gadis2 yang berbakat.. kretif, berkeyakinan, berktrampilan, mempunyai pesona tersendiri dan berani. Kepada gadis2 manis.. Sila berdiri di hadapan stage ini dan mengangkat sesuatu menandakan anda berminat untuk menyertai pertandingan ini..." kedengaran ada pengunguman namun aku tidak menghiraukan..

Akan tetapi terhenti langkah awatif betul2 di hadapan stage di booth tersebut.. aku berjalan dan tak sedar masa bila kawan baik aku tu dah tak beriringan dengan aku.. mujur aku tak cakap sorang2..hmm.. dan aku menoleh mencari2 awatif..rupanya dia masih di depan booth Harian Metro.. aku melangkah kaki menuju padanya..

di atas stage sedang sibuk nampaknya pengacara membuka penyertaan untuk pertandingan gadis Metro Jom Heboh..

"aina.. masuk laa weh.. kalau mu dapat nombor 5 pon mu dapat hadiah.. nombor 1 dapat RM300 dengan hadiah tambah barang harian Merto.. nombor 2 RM200 and hadiah2 jugak, and nombor 3 RM300.. kalau nombor 4 and 5 pon dapat bunga ros tu.. aku nak laa.. weh.. masuk laa.."

"err.. takkan aku nak masuk kot ni watif? Mu bia (biar) beto (betul).. dah laa ramai yang kenal aku ni.. geng2 SMKDSA (sekolah aku) pon bersepah tu.. nanti dema (diaorang) gelak ke (kat) ku, wat malu jaa..kalo mu nak, mu laa masuk.." aku cuba menerangkan dan menolak permintaan kawan baikku itu..

"weii mu kesian laa ke (kat) aku.. mu masok jaa..aku sokong mu.. mu mesti menang.. aku tu (tahu) dah mesti mu dapat nombor kalau masuk.. lagipon mu daftar jaa free bukan kena duit, past tu mu ikot laa arahan dema (diaorang).." pujuk awatif separuh merayu..

"aku cabar mu aina.." sambung awatif kali ini agak tegas.. aku serba salah..

"bia beto mu ni.. takmo laa.." aku mula nak menggomel.. dalam keadaan yang panas tu aku pon mencari-cari payung yang aku simpan dalam beg tangan.. dan setelah aku menjumpainya aku mendongak kelangit dengan payung aku talakan ke atas.. dan cuba membuka payung tersebut.. kenapa tiba2 susah pulak nak buka ni..

Dan sebentar kemudian..

"yaa sila cik adik manis, silakan naik ke pentas.. kita berentap siapa gadis pilihan metro kali ini.. sporting betul orang kedah…!"


Aku hairan..kenapa pengacara tu macam cakap dengan aku je.. aku menoleh kiri dan kanan.. dan terkebil-kebil mataku..kehairanan..
"weii aina.. nuu dia panggil mu nek stage..haha akhirnya, ni yang aku suka ni.. aku sokong mu aina.." bisik awatif lalu menolak aku kehadapan.. dan aku kini di tangga stage.. yang dikelilingi ramai orang.. serba salah mahu berpatah balik atau melangkah kedepan..namun..

"wuuu… fiiiwiiittt… chayalah..go go..!" kedengaran suara2 nakal mula mengusik, mula2 seorang dua, kemudian menjadi ramai..dan aku seakan terpaku dengan keadaan tersebut, huhu berdebar laa pulak ni..

Dan pengacara memujukku sehingga akhirnya aku berada di pentas.. ya Allah.. "biar betul aku ni.."


Aku memandang awatif yang berada dibawah..setia menyokongku.. dia tersenyum lantas mengangkat tangan dan ibu jarinya memberi isyarat "best".. dia best laa..aku yang tak best ni.. uwaa.. dan aku memperkenalkan diri dan entah kenapa aku termaklumkan bahawa aku sedang di asasi di University Malaya.. huhu aku menjawab setiap pertanyaan dengan muka tanpa perasaan (selamba)..aduss tapi lam hati..huuu
Dan aku catwalk dengan cermin mata hitam..haha.. macam kelakar pulak..sampai depan tangga aku menggayakan cermin mata tersebut, dan gemuruh tepukan demi tepukkan yang ku dengar.. aku begitu malu.. huh.. dan ada juga tarian tradisional.. adakah aku terpaksa menari?? "biar betul aku ni.." Yaa.. ianya merupakan pengalaman terburuk dalam hidupku.. huhu.. dan sampai saat penyampaian hadiah..

"dipersilakan Siti Noraina pelajar Universiti Malaya kita.. pemenag tempat ke dua pertandingan Gadis Metro Jom Heboh Kedah 2006.."


Gemuruh tepukkan mereka2 di hadapan stage.. diiringi sorakkan.. huu.. "biar betul aku ni.." tak sangka aku menang tempat kedua pulak, buat malu je..dah laa mention nama UM..ciss..!
"haa kan aku dah kata mu mesti menang.." kata awatif dengan wajah ceria..
Cuma aku masih membentak sendirian dan menyalahkan diriku.. aku tidak pernah menyangka kejadian tersebut.. "biar betul aku ni.."


Dan aku kemudian memberi kepada awatif bunga ros segar yang diimpikannya.. sedangkan aku berbaur rasa serba salah.. RM200 aku serahkan kepada mak dan ayah.. dan mak hanya mentertawakan aku atas kejadian yang lucu baginya.. hadiah periuk elektronik pula mengembirakan ayah.. "biar betul aku ni.." masih tidak percaya setelah sehari berlalu..

:::::::

"Na.. gambaq yang Na menang kemarin ada lam surat khabar metro, nama Na pun ada.. tulis Na pelajar UM.." abang Mat menunjukkan akhbar tersebut.. aku hanya memandang kosong tanpa perasaan..dan membiarkan keratan akhbar itu tanpa rasa untuk menguntingnya dan menyimpannya sebagai kenang kenagan.. kerana aku tidak gembira..entah kenapa.. Cuma aku berfikir lagi.. "biar betul aku ni.." (berapa banyak biar betul daa..


*******************

bawah ni keratan akhbar pelajar Malaysia ke University Sultan Qabus..

& berita2 tentang 15 orang kami.. sepanjang program ni..

antara keratan akhbar tentang kami di Oman.. sekadar simpanan untuk kenagan..hee


Sekarang aku berbangga pulak masuk paper.ngeee.. Akhbar yang menceritakan kejayaan dalam keilmuan.. dan akademik..(bukan nak riak tau)..Cuma nak kongsi bahwa… rasanya tak sama dengan perasaan masuk akhbar sebab menang Gadis Metro dulu..hal ini demikian kerana..ewah.. sekarang ni berita dalam bidang ilmu..

so kesimpulannya.. kepuasan yang kita dapat jika jalannya adalah jalan yang kita harapkan dan senangi..tanpa terpaksa, memaksa atau dipaksa, ianya adalah kepuasan yang hakiki.. chewah.. sekarang aku suka membaca akhbar2 tentang 15 pelajar Malaysia yang mengikuti program di Oman ni..sebab salah seorangnya adalah aku..heee tah apa2..heee

Friday, June 12, 2009

kan ku Pahatkan ia di hatiku..

Ahaiii, bertemu lagi nampaknye kita dalam entry terbaru ni.. tapi entry ni mungkin akan jadi terlama dalam tahun2 akan datang..kalau aku terus jadi blogger laa.. hee tapi syok pulak rasanya kan dapat buat corat coret kat sini.. and ada kawan2 baru..tak kenal tapi kenal..waa mcm mana tu??? Aduss.. tanpa melengahkan masa.. aku nak ceritakan laa sebuah hikayat…
"wahid.. isnain.. salasah… ibtisam..!"

dan terakamlah gambar di atas..hee


Ahaii.. itu maknanye gini : "satu.. dua.. tiga.. senyum..!" hehe.. agak2 kenapa bilang2 gitu sebelum ambik gambar? Haa..mesti jawapannya "entah" kan..? tapi bagi aku laaa sebab dah memang turun temurun kot.. ahaii.. dan akan tersenyumlah sesape yang berada di hadapan camera tersebut setelah disuruh mensenyumkan (err istilah yang entah ada entah tak lam kamus ni..huhu.. sambung2).. mensenyumkan diri tadi.. is is..
Dan aku ingin memulakan tintaku.. dimulakan dengan "bismillah.."


************

Seperti selalunya.. aku begitu asyik memerhatikan gunung2 yang tiada tumbuhan padanya.. namun gunung2 tersebut, kelihatan teguh berdiri tanpa ada tanda akan goyah..begitulah.. acap kalinya aku tatkala di dalam kenderaan yang menyusuri jalan2 di Negara Oman ini..dan kini kisahku sepanjang perjalanan ke daerah "sour" wilayah bahriyah (kawasan perkampungan nelayan).. aku sedang di jendela kenderaan bernama bas..

Sepanjang tayar bas itu berputar dan berpusing (ewah2..) , ianya melalui kawasan baru dan meninggalkan pemandangan yang sebelumnya..aku suka menjadi pemerhati setia.. melihat beberapa pekerja berbaju biru.. sedang membina rumah di awal pagi.. aku sudah arif, mereka bekerja sehingga malam.. di waktu tengah hari yang membahang, mereka masih berusaha menyiapkan saki baki pekerjaan seharian.. tak kurang juga pekerja2 yang membuat jalan.. "subhanallah.. sanggup berpanas terik demi mencari rezeki yang halal.. kalau aku ditempat mereka.. mcm mana agaknya.. ya Allah.. semoga rezeki mereka yang halal itu padanya ada keberkatanMu.." doaku sendirian.. sehingga bas meluncur laju.. mengubah pemandangan yang baru..
Sebentar kemudian terkilas pula unta2 sedang berehat di teduhan pokok2 tidak berdaun..

"kesiannya.. mesti panas unta tu kat kawasan suhara mcm ni.." keluhku didalam hati.. dan setelah bas berlalu dari pemandangan unta2 tersebut.. mataku tertumpu pula pada sekumpulan kambing2 yang berkelompok..

"apa laa yang kambing2 tu bualkan agaknya? Mcm tengah bermesyuarat nak cari calon ketua je.." aku bermonolong lagi.. tapi kali ini aku tersenyum sendirian.. tiba2 teringatkan kambing dalam kisah "Ahmad Albab" cerita p.ramli tuuu.. dan aku teringatkan sebuah kisah kambing yang kelakar.. tapi…. Belum sempat aku mengingati kisahnya.. aku.. zzZZZ terlelap.. tapi tak pula aku ingat samada aku bermimpikan kambing atau tidak.. (emm kenapa tetiba cakap pasal kambing ni.. huhu musykil2.. ngee..)

dan aku terjaga setelah terdengar suara riuh rendah..

"al bahri… al bahri.." (laut..laut..)

Fikirku bahwa aku sudah di dasar lautan bersama ikan2.. namun.. "oh.. pemandangan laut rupanya.." aku bercakap sendirian lagi..tapi masih di dalam hati.. namun mataku segar memerhatikan gelagat kawan2 yang bermacam ragam.. ada yang sekadar memerhati pemandangan lautan itu dengan muka mamainya kerana baru tersedar dari lena, ada yang kelam kabut mencari2 camera, ada yang masih tidur walaupun suasana seperti guruh.. ada yang mengangakan mulut.. sebab mereka terpegun dengan lautan, tak kurang juga yang mengangakan mulut kerana menguap..(ngeee ngeee aku laa tu..) hahaii dah pukul 7 pagi rupanya.. bertolak lepas subuh.. sini subuh pukul 4 tau..huhu

Dan 4 jam berlalu di dalam bas.. setelah aku melalui jalan bergunung, suhara, sehinggalah ke kawasan nelayan.. sampailah aku ke "kuliyah al ulum" yang terletak di Bandar Sour..bertemu dengan pelajar2 disana yang mesra, dan berkenalan dengan sejarah Sour..

Destinasi diteruskan ke tempat "as sina’ah as sufun" (pembuatan kapal).. dan "ma'rut turas" seterusnya ke"muthaf nadi urubba" kemudian ke "suq" Dan kemudian makan tengah hari disebuah hotel tepi pantai "ras al-jinz". mewah.. namun semuanya percuma..dan makan minumku disini tak pernah berbayar.. ahaii
gambar di restoran tu laa..
ni plak kat "muthaf nadi urubba" (muzium kelab eropah)
ni tetiba aku di pantai..ayaiii
Dan setelah makan2 kami ke pantai untuk melihat sendiri penyu2 bertelur.. namun.. penyu bertelur di malam hari.. dan kerana itu penyunya tidak aku temui.. telur penyu banyak, tapi kita terpaksa meluangkan masa untuk melihat tanda2 dimana telur2 itu berada.. tapi aku lebih tertarik untuk bergambar dari mencari telur penyu..hehehe

bergambar beramai2..

ewah2.. konon2 nak jadi model batu..hee


Dan akhirnya.. malam menjelma tiba.. aku masih sempat memerhatikan pemandangan mentari terbenam.. sehingga senja berlalu.. berganti malam.. usai solat jamaq dan qasar.. kami berangkat pulang.. pulang bersama gambaran kenangan yang terlalu manis.. mustahil lukisan itu seindah potret yang aku pamerkan disini.. lantaran aku melihat keindahannya dengan mataku sendiri.. kerana itu ianya bermakna.. bukan sia2 dan bukanlah potret tanpa sebarang harga..

Dan aku mentafsirkan lukisan yang mataku lihat ini, dengan mata yang lagi satu yakni mata hati..barulah ianya bernada.. sesungguhnya ilmu yang aku timba disini bukan sebaldi dua.. ianya tidak dapat aku ukur.. lantaran, tika aku di sini, banyak perkara yang aku pelajari.. antaranya aku merasakan kelainan dan kesyukuran atas nikmat yang telah aku rasai sepanjang di Malaysia sana.. tunggu kepulanganku wahai Negara tempat tumpah darahku.. wah patriotik pulak..