Assalamualaikum semua...
Hari ni nak kongsi cerita petang semalam. Sebenarnya dah seminggu lebih duk teringin nak makan kek pisang. Nak pegi beli, malas nak mencari, sbb tak tau kedai mana yang ada. Kalau kat kampung tu, taula kedai mana yang jual kek pisang yang sedap.
So, cari punya cari, dapatla resepi yang paling senang nak dibuat. Lepas tu, duk terdetik idea nak tambah satu bahan special ni. MEALSHAKE la...apa lagi? hihi...
Dan...taraaaa!!! inila hasilnya.
Alhamdulillah, hasilnya sangat gebu dan lembut.
Yummehhh...
Tengok Alia makan pun sampai tutup2 mata menikmati...kikiki... Maafkan Alia makan tangan kiri. ish3...anak dara ni.
Ni saya sharekan resepinya ok..
Kek Pisang Mealshakes
Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 st soda bikarbonat
3 sudu Mealshakes
Bahan B
1 cawan minyak
3/4 cawan gula
3 biji telur
5 biji pisang berangan/11 biji pisang emas
Cara2
1. Ayak bahan A.
2. Campur semua bahan B ke dalam blender. Blend hingga sebati.
3. Campur bahan B ke dalam bahan A.
4. Gaul sebati.
5. Tuang ke dalam cup/acuan. Kukus 15-20 minit.
6. Siap untuk dimakan.
Nanti saya kongsikan resepi aiskrim mealshakes pulak ye...
Nak order Mealshakes, jangan lupa roger ye...
#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket