Showing posts with label TTC story. Show all posts
Showing posts with label TTC story. Show all posts

Friday, July 22, 2011

- amik darah -

hari rabu hari tu lagi sebenarnya. pagi2 7.45 dah terpacak depan KK. rupanya bila masuk dalam, dah penuh. adeiii...kul bape baru nak masuk jumpa doktor nih? dah siap2 amik nombor semua. jumpa doktor kejap, dia bagi borang then pegi bilik amik darah.. dup dap dup dap jantung aku. tak penah2 amik darah sebelum ni.sekali kakak misi cakap kena cucuk dua kali sebab banyak darah nak kena amik. 7 tiub! abes la aku... pastu dia kate takpe, kita amik terus tiub yg besar so sekali cucuk je. alhamdulillah..

abes cucuk, kebas segala tangan kiri aku. nak tolak tarik gear pun longlai je. next appointment 28Julai. nak dekat puasa dah tu.

sampai sekolah lebih kurang jam 10.00... petang ada ko-ku pulak. abes ko-ku bekejar aku balik. ada dating dgn wani, aufa & ina kat the curve. nasib baik sempat sampai umah wan sebelum jem teruk.. huhu....

aduh...cukupla...letih naip...huhu
nak makan, lapo...

Sunday, July 17, 2011

- semua ok -

alhamdulillah. sudah kembali ke sedia kala.
sehari selepas the worst day, aku dah boleh senyum. dah minta maaf. dah terangkan sebab. lega. semua dah release. itu pun thru sms. hehe.. adoii... tak boleh terluah la kat mulut ni. confirm nanges punya. so, aku amik pendekatan sms masa dah sampai kat sekolah. haha... macam apa je, pendekatan.

baru gelabah bila enAlang dah marah macam tu. tobat dah aku. tapi tak sangka, lama jugak masa enAlang nak reda kalau dia marah. 1 1/2 hari kira lama tau... terseksa batinku.. hhehe.. dah yang paling tak sangka, balik je sembahyang jumaat, dia yang ajak pegi klinik. apa lagi?tak nak jadi sebab lagi, aku terus siap2 hidang lunch. habis lunch terus siap ke klinik.

masuk klinik berdebar je... know me, aku memang tak suka nak jumpa doktor, sebab aku akan menangis. padahal bukan kena injek ke surgeri ke apa. entah apa perangai tah. tapi petang tu, lepas tunggu lebih sejam, ajak enAlang sekali, aku tak nangis dah. tapi berdebar jugak. resultnya, doktor suruh aku datang pagi rabu untuk amik darah untuk test hormon. dah nanti akan ada appointment untuk isi borang. tapi takpasti hari apa. enAlang pulak kena refer ke Hospital Banting, sebab kat KK Salak takde service untuk lelaki bagi masalah macam kami ni.

hmmm berdebar pulak nak tnggu hari rabu depan.

doakan kami ek...

Saturday, July 2, 2011

- all about my TTC story -

aiceh...tajuk sekiping la pulak... okla. rasa nak berserius pulak dah ni..

TTC. rasanya orang yang dah kawen tapi belum dikurnia anak, tau la maksud TTC ni. macam aku la jugak. sebelum ni, kira berserah je. ada alhamdulillah. kalau lambat pun, mungkin Allah belum bagi rezeki lagi.

tapi sekarang baru la sedar. cepat ke lambat ke, usaha tu penting. manalah tau kalau ada masalah, boleh la diubati dengan cepat. kang kalau dah lambat sangat nak check, barulah nak rasa menyesal ke apa ke...

bercerita tenatang aku sendiri. bermula akhir tahun lepas lagi, aku dah mula rasa tertekan. sampaikan period pun termengong kejap. sampai seminggu lebih delay dari cycle kebiasaan. masa tu pulak tengah nakbalik ke Kedah dengan flight. punyalah gelabah, rasa loya, perut sebu segala. macam dah tanda2 positif je kan..sudahnya 2 hari kat kampung, cik P pun muncul. kecewa? sangat2... nasib baik tak buat upt lagi. kalau tak, lagi teruk kot kecewanya.

bulan seterusnya, aku cuba kawal emosi. dan, period kembali seperti biasa. memang betul.. hormon perempuan ni bergantung pada emosi. kalau tak terkawal, selalu tension, siaplah period bulan tu. syukur jugakla tak lintang pukang sangat. masih di landasan. bulan2 seterusnya masih berusaha.emosi pun belum tentu stabil. ada satu masa, aku down betul, sampaikan terpikir yang bukan2 pasal enAlang. syaitan memang suka kan time2 kita down tu la, dia berbisik.

sehinggalah satu hari, aku cuba menggraf kan suhu badan, yang mana, kita boleh tengok masa bila hari subur kita.. selama ni aku kira ikut kiraan yang ada tolak2 dengan jumlah cycle tu. aku tak ingat dah.. rupanya O day aku jauh daripada hari yang aku kira2 tu.. dengan graf ni jugak, kita boleh merancang untuk bersama. boleh jugak digunakan untuk mengelakkan O day, bagi yg baru beranak la..nak merancang jarak. semuanya aku dapat dari forumRH. graf ni pulak kena isi online kat FertilityOnline. dah tentu kena register la.

so, sekarang baru 2 cycle aku buat graf ni. dan O day tu tak jauh beza. lepas ni dah boleh agak minggu berapa yang kena usaha lebih tu kan...tapi, taktaula kalau2 masa tu enAlang pulak kena malam. aduhaiii...tu yg kecewa tu.

tapi, yang positifnya, aku dan enAlang sudah mula berbincang2 pasal ni. mungkin boleh ke klinik tanya pada yang pakar. aku ingat, kalau bulan ni period jugak, minggu depan kami nak pergi check apa2 yang patut. enAlang kata, aku pergi dulu pastu baru dia. sabo je la.. dan kami mula usha2 tukang urut yang pakar dalam hal ni.. seronok! bukan apa..bayangkan, selama hampir setahun, kami tak penah pun bincang2, cakap2 pasal ni. mungkin hikmahnya, bila dah setahun tak nampak apa2 ni, dengan persoalan2 dari kawan2 or family yang tak terjawab dek kami, kami dah boleh terbuka dalam hal ni. dulu tu bukannya tak open-minded.. tapi lebih kepada malu ke apa ke tak taulah. haha...apa2 je la cik dila.

so, kami mengharapkan doa dari kalian. moga berhasillah hasrat kami nak menimang cahayamata... sampai jumpa lagi!!

assalamualaikum.