Showing posts with label q&a. Show all posts
Showing posts with label q&a. Show all posts

Thursday, December 26, 2013

~Apa itu Anemia?~

Bahaya Anemia Kepada Ibu Hamil


Apa itu Anemia?
Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu apabila mengalami anemia,tisu seluruh badan menjadi hipoksia(kurang kandungan oksigen)dan kurang tenaga.

Bagaimana Anemia Boleh Berlaku?
kurang mengambil makanan yang mengandungi zat besi.

Adakah Anemia Bahaya Kepada Saya?
Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan:
♥ Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
♥ Tekanan darah tinggi(eklampsia)
♥ Keguguran
♥ Kematian ibu/anak dalam kandungan

Adakah Anemia Bahaya Kepada Bayi Saya?
Anemia sanagat bahaya kerana boleh menyebabkan:
¤ Kematian janin
¤ Kelahiran bayi tidak cukup bulan
¤ Kelahiran bayi kurang berat badan

Bagaimanakah Anemia Di kesan?
Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin(Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g/dl

Seriuskah Masalah Saya?
Tahap keterukan anemia adalah seperti berikut:


*Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Jadi macam mana kita nak elakkan anemia ni? Shaklee ada mencadangkan vitamin yang sesuai untuk masalah ini. Iaitu VITALEA. 



Ibu hamil juga boleh mendapatkan set hamil Shaklee yang lengkap untuk keperluan ibu dan bayi dalam kandungan.

Wednesday, December 11, 2013

~Krisis Penyembuhan~

Kenapa makan suplemen Shaklee ada perubahan yang tak best??
Ini adalah kerana anda sedang mengalami fasa penyembuhan. Badan sedang bertindakbalas dengan suplemen yang diambil. Kat sini saya nak sertakan Q&A tentang krisis penyembuhan.

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.


Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.



Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 


A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku



Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.
Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.
Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
  • Tidak mengamalkannya setiap hari
  • Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  • Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  • Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  • Mengalami masalah emosi
Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab 
  • Sakit kepala yang melampau. Tekanan darah tinggi. Petanda menyahtoksin.
  • Demam, tidak cukup rehat. Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan.
  • Cirit-birit, meningkatkan pergerakan  usus, najis berbau, air kencing berbau. Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar.
  • Kembung perut. Sistem penghadaman yang lemah
  • Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir. Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan.
  • Penghasilan lendir seperti selsema, kahak. Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin.
  • Pendarahan Hidung. Mungkin petanda bagi kekurangan darah.
  • Rasa sakit pada otot dan sendi.  Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit.
  • Peningkatan rasa sakit di sebahagian. Mempercepatkan krisis penyembuhan badan yang bermasalah.
  • Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif. Sistem saraf yang lemah.
  • Kitaran haid yang tidak menentu. Hormon yang tidak seimbang/penyakit buasir
  • Perubahan waktu kitaran haid. Kegatalan 
  • pada alat sulit, penghasilan lendiran yang 
  • banyak
  • Lapar, Pening. Tekanan darah rendah, anaemia
  • Loya, sembelit, tersedu. Sistem hadaman yang lemah, masalah hati.
  • Edema (membengkak). Masalah buah pinggang.
Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity




#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

Tuesday, November 19, 2013

~Q&A Vivix~

Assalamualaikum. Kenapa mesti VIVIX??



Q : Apa itu Vivix

A : Vivix adalah campuran polifenol dengan paten tertunda yang kuat dan eksklusif dari bahan-bahan botanikal yang terbukti di dalam makmal mampu memberi kesan positif terhadap empat mekanisme utama penuaan selular, termasuk meningkatkan ketahanan sel, tenaga sel, pembaikan sel dan prestasi sel*
 

Q : Apa bahan-bahan dalam Vivix

A : Vivix mengandungi campuran resveratrol dan phytonutrient proprietari. Campuran phytonutrient ini menggunakan sifat antioksida yang kuat pada anggur Muscadine yang unik dan terbukti 10 kali lebih berkuasa dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular berbanding resveratrol tunggal*
 

Q : Apa yang menjadikan anggur Muscadine berbeza daripada anggur lain?

A : Anggur Muscadine adalah salah satu anggur yang paling jarang ditemui, paling mujarab, dengan profil unik polifenol yang menawarkan beberapa manfaat kesihatan. Tidak seperti anggur lain, anggur muscadine dibanggakan dengan keunggulan kepekatan ellagitannins dan asid ellagic yang apabila digabungkan dengan polifenol anggur muscadine lain, akan menghasilkan antioksidan yang berkuasa yang besar. * Anggur Muscadine juga boleh hidup di dalam persekitaran yang mencabar kerana profil fenoliknya menyediakan perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kemarau, lembapan lebihan, dan suhu keterlaluan, manakala anggur lain adalah lebih lemah dalam persekitaran sebegitu.
 

Q : Apakah polifenol?

A : Polifenol adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan sekumpulan fitonutrien yang mempunyai faedah antioksidan dan berpotensi memberi kesan dalam perlindungan terhadap penuaan selular. Malah, kajian menunjukkan bahawa polifenol mungkin menimbulkan pelbagai kesan biologi sekaligus memberi ketahanan dan penambahbaikan terhadap tahap kesihatan manusia *
 

Q : Apakah resveratrol?

A : Resveratrol adalah sebatian antioksidan semulajadi yang terdapat dalam sesetengah tumbuhan, biji benih, dan buah-buahan, termasuk anggur dan produk dari anggur seperti wain merah. Resveratrol adalah polifenol yang telah didapati berpotensi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dalam kajian makmal dari seluruh dunia. Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh melambatkan penuaan selular dan boleh mengaktifkan pengawalselia genetik jangka hayat selular yang lebih panjang, yang mungkin mempunyai kesan positif terhadap DNA, kesihatan selular, dan kadar metabolisme *
 

Q : Berapa banyak resveratrol tersedia dalam Vivix?

A : Vivix menyediakan 100 mg resveratrol setiap hidangan. Ekstrak resveratrol mempunyai kandungan resveratrol semula jadi sebanyak 98%, dan jumlah resveratrol dalam Vivix adalah berpandukan oleh kajian saintifik terbaru yang dijalankan. Vivix adalah menjangkaui resveratrol kerana ia menggabungkan campuran polifenol tambahan yang diperolehi dari anggur muscadine. Kajian makmal mendapati bahawa campuran yang masih menunggu kelulusan paten ini adalah 10 kali lebih berkuasa daripada resveratrol*
 

Q : Adakah Vivix produk antioksidan?

A : Vivix mempunyai bahan-bahan polifenol yang telah terbukti dalam makmal memberi kesan positif terhadap empat kunci mekanisme penuaan selular. Oleh itu, ia sebenarnya lebih dari menyediakan sokongan antioksidan*
 

Q : Bila waktu yang sesuai untuk ambil Vivix?

A : Vivix sesuai diambil satu sudu teh setiap hari, sebaik-baiknya selepas makan (seperti sarapan/ makan tengahari). Goncang sebelum diminum.
 

Q : Boleh ke ambil lebih dari satu sudu teh sehari?

A : Menurut kajian terbaru, tidak kelihatan apa-apa faedah tambahan dari mengambil lebih daripada hidangan yang dicadangkan iaitu satu sudu teh setiap hari.
 

Q : Bolehkah Vivix diambil bersama makanan tambahan Shaklee yang lain?

A : Vivix boleh diambil bersama semua rangkaian produk makanan tambahan Shaklee. Malahan digalakkan ambil bersama sesetengah produk seperti Nutriferon dan Cinch Shake sebagai pelengkap harian yang sangat baik kepada pilihan gaya hidup sihat.
 

Q : Adakah terdapat sebarang langkah berjaga-jaga dengan Vivix?

A : Tiada sebarang inteaksi yang diketahui antara Vivix atau mana-mana bahan-bahan kandungannya dengan sebarang makanan tambahan lain. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan individu yang berada di bawah pengawasan doktor atas sebab perubatan atau penyakit, atau yang mengambil ubat-ubatan preskripsi, terutamanya ubat mencairkan darah.- membincangkan penggunaan Vivix dengan doktor atau perunding kesihatan profesional.
 

Q : Adakah saya perlu menyimpan Vivix dalam peti sejuk?

Penyimpanan dalam peti sejuk selepas pembukaan akan membantu untuk mengekalkan kesegaran optimum, warna, dan aktiviti polifenol maksimum dalam produk.


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket