Thursday, October 31, 2013

~Set Kurus - Kurangkan Berat Badan Dengan Shaklee~

Pasti ada di antara  kita yang setiap hari duk terpikir tentang berat badan. Tiap kali nampak penimbang mesti nak timbang. Lepas tu kalau berat masih sama, mulalah sedih. Nak kata diet, dah diet. Kang tak makan langsung, pengsan pulak.

Haa..meh sini nak cerita. Kurangkan berat badan dengan Shaklee. Dia ada 3 cara asas iaitu BAKAR, BUANG dan BINA. Apa benda 3 ni? Ok, ni dia habaq mai...

1. BAKAR 
Produk: LECITHIN/ OMEGA GUARD
Fungsi: bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol






 2. BUANG
Produk: ALFALFA/HERB LAX
Fungsi:membuang lemak, toksin dalam badan
3. BINA
Produk: CINCH/SOY PROTEIN
Fungsi: bina otot, elak kulit menggelebeh



Langkah Pertama : Detox

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.

Langkah Kedua : Memecahkan lemak

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.

Langkah Ketiga : Membina otot dengan Protein

Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%... Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu,




Dah kalau dah ada cara ni, takkan lah boleh belasah je nak makan segala kan. Kena la jugak jaga makan. Tapi bukan bermakna sekat makan. Jangan lah makan sekaligus pinggan penuh. Lagi satu, elakkan makan malam. dan jangan lupa sarapan. Sebab sarapan ni penjana tenaga seharian kita.




#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

Tuesday, October 29, 2013

~Manfaat Garlic Complex~


Apa yang membezakan Garlic Complex Shaklee dengan Garlic yang lain?

Garlic bila dibuang kulitnya ia tidak mengeluarkan bau, tapi bila sahaja ianya dipecahkan atau dipotong reaksi antara Allin dan Allinese (enzim) akan mengeluarkan ALLICIN yang mengeluarkan baunya.

Garlic Complex Shaklee dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet Garlic yang dijual di pasaran mengandungi Allicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic, di mana perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary and Spearmint - mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung)). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita.

Manfaat Utama Garlic Shaklee adalah:

  • Antibiotik yang selamat dan semulajadi - ianya selamat untuk kegunaan jangka masa panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  • Menghalang Alergi - mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung yamg sensitif, sinus, alergi, asma, selsema, hepatitis.
  • Mempertingkatkan Sistem Penghadaman - formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastric, ketidakhadaman.
  • Memoderatkan tekanan darah tinggi - kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.
  • Detoksifikasi - garlic mampu mengeluarkan raksa, plumbum dan kadmium iaitu logam toksik dari tubuh dengan pantas.
  • Menurunkan kolesterol - menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
  • Mencegah Kanser - membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kejadian kanser - Nitrosamine.
  • Menstabilkan Glukos - Menolong menstabilkan glukos di dalam tubuh kita.
  • Arthritis - bantu mengurangkan  bengkak-bengkak pada sendi serta sakit berkaitan akibat bengkak-bengkak tersebut.
  • Sejuk-sejuk pada kaki dan tangan (Cold hands and feets)

Garlic Complex Shaklee dibuat daripada bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California di waktu musim panas.

Nak tau lagi tentang Garlic Complex Shaklee? KLIK SINI.





#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

Sunday, October 27, 2013

~Vitamin Untuk Suami & Isteri~


 Haa...ini best! Mempersembahkan set vitamin untuk suami isteri. Atau lebih glamor dengan panggilan VITAMIN CINTA.

Friday, October 25, 2013

~Kenali Warna Urin~

Selalu jugak saya dapat pertanyaan tentang warna urin. Ada yang tanya kenapa air kencing saya warna kuning sangat ni lepas amik Shaklee? Tak apa ke?

Jangan risau. Sebenarnya adalah sangat normal apabila mengambil supplement yang mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah menjadi kuning cerah. (Urin biasa berwarna kuning pucat). Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air, dan Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin. Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.

Namun, adalah bagus untuk mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:
  • KUNING PUCAT - warna urin normal
  • KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex
  • KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex
  • KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati
  • OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax
  • KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)
  • KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan
  • KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome
Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air.

Tapi kalau warna urin menjadi pelik, (rujuk di atas), cepat-cepatlah jumpa doktor. kalau nak tanya kawan2 atau orang lain mungkin berbeza jawapan. Dengan doktor, kita boleh tunjuk sendiri urin tu. Kan?



#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

Wednesday, October 23, 2013

~Tips Kulit Cantik~

Semua orang menginginkan kulit yang cantik dan sihat. Kulit cantik dan sihat boleh menambah keyakinan dalam diri. Apatah lagi bila mahu berhadapan dengan orang, kan. lagi2 yang bekerja berjumpa dengan customer selalu. Risaunya kalau orang yang mengadap muka kita tu, duk kata2 dalam hati dia. Memang la kita tak peduli orang kata, tapi kalau dah terpikir2 tu, bukan ke dah menjatuhkan motivasi diri kita.

Macam2 cara orang nak dapatkan kulit cantik. Tapi jangan la sampai memudaratkan diri. Ada yang sampai cucuk2 muka, buat2 bentuk. Tu dah kira mengubah kejadian yang Allah kurniakan. Nak lebih elok, kita rawat dari dalam. Barulah kita cantikkan luaran pulak.

Nak tips untuk kulit cantik? Meh saya kongsikan kat sini.


 TIPS KULIT CANTIK

1. Jangan cuci muka anda dengan berlebihan.

Kulit yang kotor tidak menyebabkan munculnya jerawat. Pembasuhan muka yang terlalu kerap dan agak kasar akan menyebabkan muka anda menjadi mudah luka dan sensitif. Malah boleh menyebabkan jerawat anda menjadi lebih parah lagi. Sama juga dengan skrubs dan juga sabun yang mempunyai kandungan kimia yang kasar. Sebaiknya, basuh muka terutama di tempat yang banyak jerawat 2 kali sehari dengan sabun yang sesuai dan juga air yang bersih.

2. Pilih sabun yang  bebas minyak.

Sabun bebas minyak tidak akan tidak akan menyebabkan liang muka anda tersumbat atau menyebabkan bintik hitam, jerawat mahupun bintik putih. Pilih produk yang mempunyai label “oil-free”, “nonacnegenic” atau “non-comedogenic”. Cuci muka anda dengan jari-jari anda.

3. Jangan takut untuk makan makanan kegemaran anda.

Ianya merupakan mitos di mana makanan yang berminyak dan juga cokelat menyebabkan jerawat. Jerawat berlaku apabila liang-liang muka tersumbat dengan minyak, sel-sel kulit dan juga bakteria yang menyebabkan keradangan. Sekiranya terdapat jenis-jenis makanan yang menyebabkan mudahnya pertumbuhan jerawat cuba elakkan makan makanan tersebut. Tetapi anda tidak perlu menolak pizza dan juga cokelat untuk mendapatkan kulit yang cantik.

4. Minum air putih dalam kuantiti yang banyak

Minum air putih dengan banyak membolehkan kulit anda sentiasa dihidrasikan. Juga makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A dan juga vitamin E. 2 vitamin yang telah diketahui memberikan kebaikan pada kulit anda. Sayuran-sayuran hijau dan berdaun seperti sawi dan juga brokoli adalah kaya dengan vitamin E. Vitamin A pula boleh dijumpai di dalam buah-buahan dan sayuran yang berwarna seperti lobak, buah pic dan sebagainya.

5. Jangan gunakan kosmetik yang berlebihan.

Terutamanya kosmetik yang banyak berasaskan minyak, elakkan. Macam mana nak kenal pasti? Ikut panduan mudah ini. Kosmetik yang berkrim biasanya akan menyebabkan liang kulit tersumbat. Kosmetik yang berasaskan mineral biasanya ringan dan seperti bedak berkemungkinan lebih rendah untuk menyebabkan liang kulit tersumbat. Sebelum dan selepas anda ‘make-up’ pastikan anda membasuh muka anda.

6. Jangan biarkan diri anda berjemur di bawah terik matahari.

Ianya merupakan mitos yang berjemur atau tanning mampu membersihkan muka anda. Secara faktanya sinar UV mampu menyebabkan kulit anda berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan juga berkedut. Dan juga terdapat produk jerawat seperti retinoid topikal menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif selepas anda menjemur diri anda.
 
7. Gunakan ‘Sunscreen’ bebas-minyak
Gunakan ‘sunscreen’ atau pelembab yang mempunyai ‘sun protection factor’ (SPF) 15 ataupun lebih tinggi yang menyediakan perlindungan meluas daripada sinaran ultraviolet (UV A) dan juga UV B. Cari produk yang dilabelkan ‘non-comedogenic’ yang tidak menyumbatkan liang kulit. Pakai pada setiap 2 jam.

8. Pastikan rambut  tidak menutupi bahagian muka anda.

Sekiranya rambut anda panjang, pastikan rambut anda diikat supaya ia tidak menjadikan jerawat lebih anda lebih teruk terutama pada waktu siang. Ingat rambut juga mempunyai minyak yang juga boleh menyumbat liang kulit muka anda. Walaupun anda tidak menggunakan apa-apa produk rambut.

9. Jangan sentuh muka anda.

Sentuh atau meraba muka anda menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk. Berpeluh juga sama, pastikan anda membasuh muka anda selepas anda berpeluh.

10. Jangan picit jerawat anda!

Sekiranya anda melakukannya ianya bukan sahaja membuat ia bertambah teruk malah ia boleh meninggalkan parut. Cuba tahan apabila anda mula nampak jerawat anda mula tumbuh. Terdapat alat yang boleh anda memicit jerawat tersebut. Itu pun selepas jerawat tersebut sudah masak. Di mana anda boleh lihat jerawat anda kekuningan.



Dah selesai ikut tips kat atas ni, kita amik pulak set SkinCare Shaklee.

Apa tunggu lagi...?

Dapatkan Set Skincare Shaklee anda dengan harga terendah..


Lepas tu tambah ESP untuk kesan yang lebih da bomb..


Ada bajet lebih, boleh tambah Collagen Powder. Promosi Oktober masih berlangsung ni.



#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

Monday, October 21, 2013

~Kulit Cantik Dengan ESP~

Lagi testimoni ESP. Seronok sangat tau. Customer ni sepupu saya. Dia amik set kurus untuk ibu breastfeeding. Yang bestmya, dia dapat bonus kulit cantik dan dah tak berminyak lagi. Walaupun dia baru amalkan lebih kurang seminggu.



Kan? Tak percaya lagi? Mai..mai..
ESP menggila dengan khasiatnya tersendiri.








#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

Sunday, October 20, 2013

~Pemakanan untuk Pesakit Diabetes~

Diabetes adalah penyakit di mana badan kita tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau tidak dapat menggunakannya dengan baik. Insulin diperlukan di dalam badan untuk menukarkan gula di dalam darah kepada tenaga. Oleh sebab itu, kekurangan insulin yang berfungsi dalam badan akan mengakibatkan peningkatan gula di dalam darah.
Kondisi gula yang tinggi di dalam darah dipanggil 'hyperglycemia'. Ia boleh menyebabkan masalah serius kepada sistem saraf dan organ penting dalam badan seperti mata, buah pinggang dan jantung.

4 Kategori Makanan yang perlu diberi perhatian oleh pesakit Diabetes;
1) MAKANAN YANG BEBAS DIMAKAN


  • Semua jenis sayuran hijau, kecuali sayuran berkanji. Contoh: sawi, kangkung, bayam, kailan, kobis, tomato, kacang panjang
  • Semua cecair dan minuman tanpa gula. Contoh: Sup air, air kosong, teh tanpa gula, kopi 'O' tanpa gula, air barli tanpa gula
  • Perasa dan perencah. Contoh: Rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia lengkuas, serai, kunyit, serbuk kunyit, serbuk cili dan sebagainya

2) MAKANAN YANG PERLU DISUKAT
  • Iaitu makanan daripada kumpulan karbohidrat. Ia mengandungi gula yang tersembunyi walaupun kita tak merasai manisnya. Karbohidrat ada 2 jenis: i) Karbohidrat ringkas ii) Karbohidrat kompleks. Penting untuk pesakit diabetes mengetahui amaun yang dibenarkan dan masa yang betul untuk mengambil karbohidrat dalam sehari, lebih-lebih lagi apabila hendak mengambil ubat atau insulin.
  • Jenis makanan daripada kumpulan ini adalah:
    • nasi dan segala jenis bijirin
    • segala jenis roti (roti putih, roti canai)
    • mi, mihun, pasta, kuey teow
    • sayuran berkanji (ubi kentang, ubi keledek, lobak, ubi kayu, labu)
    • buah-buahan
    • kekacang (kacang hijau, kacang merah, dal, tempe, kacang soya)
3) MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN
  • Semua makanan dan minuman yang manis dan mengandungi gula yang tinggi. Contoh: Pelbagai jenis gula, kuih-muih, kek, coklat, aiskrim, biskut manis, minuman berkarbonat, kordial, jem, madu, minuman beralkohol, minuman kordial, susu pekat manis, gula-gula
  • Makanan tinggi lemak tepu, lemak trans atau kolesterol. Contoh lemak tepu: Santan, minyak sapi (ghee), butter, yang tersembunyi adalah daripada daging dan susu. Contoh lemak trans: Marjerin, makanan yang diproses, lelemak. Contoh kolesterol: Organ dalaman, kuning telur, makanan laut, daging merah (lembu dan kerbau)


4) MAKANAN YANG DIGALAKKAN
  • Makanan yang tinggi serat. Contoh: Biskut dan roti tinggi serat. Serat semulajadi terdapat dalam sayuran hijau, buah-buahan dan kekacang.

sumber: Majalah Anis (Dis 2012/Bil 184)


SUPPLEMEN SHAKLEE YANG DICADANGKAN UNTUK PESAKIT DIABETES:


ZINC COMPLEX - membantu penghasilan insulin dan pemulihan luka 
B COMPLEX - terlibat dalam metabolism gula & pembebasan tenaga 
SUSTAINED RELEASED VITA-C 500MG - mengukuhkan kapilari dan salur darah 
CAROTOMAX - penghalang penglihatan kabur 
VITALEA - imbangan vitamin & mineral yang lengkap
OSTEMATRIX - tahap Mg yang rendah menyumbang pada masalah diabetes 
ALFALFA COMPLEX - membantu menstabilkan gula dalam darah, kromium (GTF)
GLA COMPLEX - memberi kesan positif pada diabetic neuropathy
VIVIX - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
 

 

Bersama2 kita mengamalkan pemakanan yang sihat untuk diri dan keluarga.





#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

Thursday, October 17, 2013

~Set Skincare Shaklee~

Untuk mendapatkan kulit yang sihat, menarik dan terbaik, kita perlu menjaga ia dari dalam disamping luaran. VITAMIN UNTUK PENJAGAAN KULIT SHAKLEE membantu anda menyediakan nutrien yang diperlukan oleh kulit anda setiap hari.




Kebaikan Set Skincare:

Vitamin E
1. vitamin yang penting untuk kecantikan kulit
2. bertindak sebagai anti penuaan & anti oksida
3. melindungi & mencegah kerosakan sel
4. mempercepatkan pemulihan kulit
5. mengawal kandungan minyak dalam kulit 
6. mengurangkan kesan jeragat pada kulit
7. awet muda

Vitamin C 
1. sangat penting untuk membentuk kolagen pada kulit
2. mempercepatkan proses pemulihan kulit
3. melindungi sel-sel dari kerosakan
4. bertindak sebagai anti oksida

Vitamin B Complex 
1. memelihara kulit dari dalam
2. mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan
3. membantu dalam kestabilan saraf
4. meningkatkan proses pemikiran
5. menukarkan makanan kepada tenaga
6. menolong memebolismekan karbohidrat, lemak & protien

 

ESP 
Diperbuat daripada non-GMO (genetically modified organism) soya yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Sel kita diperbuat daripada protein dan ESP membantu untuk menghasilkan sel yang sihat, menggantikan sel kulit yang sudah mati serta membaiki struktur kulit semula. ESP juga membantu penyerapan vitamin lain dengan LEBIH CEPAT berbanding tanpa pengambilannya.



#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

Tuesday, October 15, 2013

~Garlic Complex Shaklee~

Antara kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex Shaklee adalah Garlic Complex ini diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan BEBAS 100% daripada penggunaan racun perosak.
Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada suhu terkawal iaitu suhu bilik semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100% ( tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunayi Allicin aktif.) Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat dan mempunyai sifat penyembuh. 



Kegunaan Allicin pada bawang putih untuk kesihatan manusia : 

  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti aktiviti radang
  • Berfungsi sebagai anti oksidan 
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma



Kelebihan GARLIC Shaklee : 

  • Mengandungi Spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman dengan formula uniknya mampu menyelesaikan masalah seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.Pylori dan menghalang ulcer gastrik.
  • Menurunkan kolesterol dengan menurunkan kolestrol LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang stroke serta penyakit Koronari.
  • Menstabilkan glukos 
  • Membantu mencegah kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kanser - Nitrosamine
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi - 2-4tablet garlic dapat menurunkan darah tinggi dengan 8 point
  • Menghalang alergi - sinus, alergi,asthma, selsema dan hepatitis.
  • Detoksifikasi - Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel-sel darah dari dimusnahkan oleh logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.
  • Antibiotik yang selamat & semulajadi - Garlic adalah antibiotik semulajadi dan selamat untuk  kegunaan jangka panjang untuk menigkatkan sistem imun tubuh lalu menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis Candida.

Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibiotik untuk melawan penyakit seperti selsema, batuk, cirit birit dan lain-lain dan anda berasa khuatir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, cepat-cepat ambil supplement Garlic yang antara kebaikannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dan bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.




#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

Monday, October 14, 2013

~Kebaikan Vitamin C~



 


Penjagaan kesihatan amat penting terutamanya dalam pengambilan vitamin C. Daripada semua vitamin dan galian yang diambil oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia,Vitamin C telah menarik lebih perhatian berbanding dengan yang lain selama lebih 30 tahun. Ia telah terbukti memainkan peranan yang penting dalam hampir semua aspek kesihatan kita dan berikutan itu,tidak hairanlah apabila ia diberi tarikan hebat dan menjadi bahan kajian kepada saintis sejak berdekad lamanya.

Faedah Vitamin C tidak terhad kepada pencegahan sawan,sejenis penyakit berpunca daripada kurang daya tahan (imun). Kajian saintifik juga mendapati bahawa ia mempunyai potensi tinggi untuk mencegah sesetengah jenis barah, penyakit-penyakit berkaitan jantung,masalah alahan malah juga ketidaksuburan di kalangan lelaki.Ia juga diketahui mampu mencegah dan menyembuhkan jangkitan virus termasuk demam dan demam selesema. Ia juga penting untuk mengekalkan system imun(pertahanan diri daripada penyakit) agar sentiasa sihat.

Fakta mengenai Vitamin C

Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif, selain itu juga sukar sembuh. 

Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan seriawan (skurvi-sejenis penyakit yang ditunjukan lemah seluruh badan,anema dan adema). Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk,sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan jangkitan mulut. Penghidap akan mula muntah darah dan boleh mengakibatkan pendarahan otak,demam panas yang seringkali membawa maut.

Mengapakah Vitamin C perlu untuk kesihatan?
  • Pembentukan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat
  • Mengekalkan system imunisasi badan yang kuat
  • Mematikan radikal bebas merbahaya
  • Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain

Vitamin C adalah penting untuk metabolisme yang sihat kepada banyak fungsi tubuh dan memainkan peranan lebih kompleks dalam kesihatan kita daripada apa yang pernah diperkatakan.

Mengapa perlu mengambil Vitamin C setiap hari?
Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh di simpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu seetangah jenis bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara. Malahan ia begitu mudah termusnah sehingga kebanyakan vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja. 

Berikutan itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum daripada vitamin yang menakjubkan ini. Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan meningkatkan pengambilan vitamin c.


Shaklee juga ada menyediakan Vitamin C yang mudah untuk ditelan. Iaitu Vita C SR. Oleh kerana ketiadaan stok, ia boleh digantikan dengan Chewable Vita C yang mana boleh dikunyah.


Untuk info Chewable Vita C Plus, boleh KLIK SINI.



#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

Sunday, October 13, 2013

~Peppermint Ginger Plus Shaklee~

Ok. Hari ni nak cerita pasal satu lagi produk keluaran Shaklee. Ni dia...

Peppermint Ginger Plus dari Shaklee mempunyai kelebihan dan kebaikan yang banyak setanding dengan vitamin-vitamin Shaklee yang lain. Kebaikan dan kelebihan yang ada pada produk ini menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut:

  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan.


Peppermint Ginger diperbuat dari bahan semulajadi dan bukan bahan sintetik . Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan. Kelebihan Peppermint Ginger diterangkan melalui kandungan bahan herba terpilih iaitu 4 herba dari Barat dan Timur iaitu:


Pudina (Peppermint)
  • Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenang
  • Membantu dalam penghadaman.
  • Membantu mengurangkan mabuk laut/darat.
  • Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
  • Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi.
  • Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema
  • Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.



Halia
  • Halia meransang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan.
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakid haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
  • Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan.


Pokok adas (fennal)
  • Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. 
  • Juga, Ia dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.


Cekur Manis (anise)
  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. 
  • Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
  • Melegakan haba dimusim panas dan lembab
  • Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut



#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

Monday, October 7, 2013

~Vitamin C Plus Chewable~


Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik. Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. 

Jika Vitamin C Shaklee memiliki 500mg bersamaan dengan 5½ biji buah oren, Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren, sesuai untuk pengambilan anak-anak sebagai makanan tambahan. Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil. Jadi, tiada masalah lagi untuk mereka menjadikan vitamin ini sebagai sumber makanan harian.


Kelebihan Dan Kebaikan Vitamin C Chewable Shaklee

Vitamin C Chewable 100mg Shaklee membantu meningkatkan imun sistem dalam badan 
dengan cara berikut:

  • Menyokong sistem pertahanan antioksidan semulajadi dalam tubuh 
  • Membantu memelihara sel badan 
  • Membantu menjaga kesihatan tulang, gigi, gusi, mata, otot dan salur darah 
  • Rasa sitrus yang hebat 
  • Sesuai untuk kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami kesukaran menelan tablet

Selain daripada kebaikan yang tersenarai di atas, seperti yang kita tahu Vitamin C adalah sangat berfaedah untuk kesihatan antaranya ialah:

  • Untuk menjamin kecantikan kulit agar kelihatan cantik 
  • Sebagai anti penuaan untuk awet muda 
  • Untuk merangsang penghasilan kolagen dalam badan 
  • Memperbaiki insomnia 
  • Mengekalkan kolestrol sihat 
  • Dan banyak lagi!

Dengan mengunyah Vitamin C Chewable, air liur membantu memecahkan Vitamin C. Membolehkan ianya diserap sebaik saja sampai ke usus kecil. Malah, kajian menunjukkan pengambilan atau pengunyahan Vitamin C dalam kuantiti yang sedikit setiap hari membolehkan Vitamin C diserap dengan lebih berkesan.

Keperluan Vitamin C dalam badan kita

  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
  • Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapatmengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
  • Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
  • Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
  • Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.

#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia -Selangor (Sepang, Bdr Baru Salak Tinggi, Kota Warisan, Putrajaya, Dengkil, Sg Pelek, Bdr Baru Nilai, Kota Seriemas, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

Sunday, October 6, 2013

~Bahaya Panadol Kepada Kita~


 
Tentunya anda semua sudah sedia maklum dengan ubat paracetamol atau lebih popular dengan nama panadol ataupun ubat KK. Ubat ini selalunya kita ambil ketika kita sedang demam(antipyretic). Selain berfungsi sebagai ubat untuk melegakan demam, paracetamol juga digunakan sebagai ubat penahan sakit (analgesik
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh para profesor di Universiti Kaherah, ubat paracetamol dikatakan sebagai ubat yang paling selamat digunakan, berbanding ubat-ubatan lain di pasaran. Walaupun ia dikatakan ubat yang paling selamat, namun paracetamol tetap mempunyai kesan sampingan, lebih-lebih lagi kalau ianya diambil dalam jumlah dos yang tinggi dan tanpa kawalan. Jadi, kalaulah ubat yang paling selamat pun tetap mempunyai kesan sampingan, apatah lagi ubat-ubatan yang lain. Oleh itu, elakkan dari mengambil sebarang ubat tanpa ada preskipsi yang sah daripada doktor anda.


Antara kesan-kesan sampingan akibat dari pengambilan jangka masa panjang ubat paracetamol ialah:

1) Hepatotoxicity(rosak hati): 
 Sekiranya orang dewasa mengambil paracetamol sebanyak 10 g atau lebih dalam sehari, atau 5 g atau lebih sekiranya diambil oleh kanak-kanak, ia boleh merosakkan hati dan boleh membawa maut. Mereka ini memerlukan rawatan N-acetylcysteine (NAC) dengan secepat mungkin. Manakala pengambilan setiap hari paracetamol dan juga secara berpanjangan pula walaupun hanya 4 g sehari sudah boleh menyebabkan toxicity dan juga maut.
Paracetamol juga tidak boleh diberikan kepada mereka yang mempunyai penyakit hati (liver failure). Perlu diingatkan juga bahawa jangan sekali-kali memberikan paracetamol kepada mereka meminum arak ataupun mengambil ubat phenobarbitol. Kedua-duanya ialah HME inducer, dan akan menyebabkan kesan buruk kepada hati akan berganda kemudian akan menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi.

2) Nefrotoxicity (rosak buah pinggang). 
Phenacetin iaitu struktur asal paracetamol boleh mengakibatkan penyakit fatal chronic interstitial nefritis.

3) Methemoglobin dan haemolytic anaemia boleh terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit G6PD deficiency.

4) Allergic (pada sebahagian individu).
 


Kalau saya dulu2 makan panadol ni untuk sakit kepala sebab selalu tension. Sekarang dah tak perlukan lagi. Sebab saya ada BComplex. Haaa...kalau nak tau, BComplex boleh mengurangkan tekanan dan dia anti stress. memang berkesan ada saya. Alhamdulillah. Nak tau kelebihan BComplex sila klik sini.





Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi?
Hubungi : Adilah MTauket
Sid 947946
0193513200
Page FB : Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang