Assalamualaikum sahabat-sahabat dsantai. Alhamdulillah... ana baru boleh online balik selepas diginet yang ana pakai tu ada probs.. entahla.. so lepas dan 2-3 kali probs... ana decide beli blue cube usb modem (rm 499) dengan 3 G plan RM98. Daftar tengah hari semalam.. tengah hari ni dah boleh online... so semalam sementara tunggu celcom 3G ana activate.. ana try check sim digi ana.. sekali boleh guna.. cumanya bile ana connect guna blue cube.. connection error.. entah la pasal apa... kalau ana guna handphone sebagai modem xde plak ape2 masalah.. entahlah... maybe masalah setting kot... kepada sesiapa yang tahu setting blue cube 3.5G (HSDPA) untuk digi leh la kongsi-kongsikan dengan ana.

Ok untuk posting kali ni ana just nak kongsikan satu tempat pengajian agama secara tak formal. B4 this ada sahabat tanya pasal pengajian pondok atau di indon dikenali sebagai pesantren kat ana. So ana amik inisiatif masa balik ke kelantan minggu lepas dan buat lawatan ke beberapa pondok di sekitar negeri kelantan. Dan dapatkan sedikit butiran dan gambar pasal pondok. Kat kelantan ni memang banyak lah pondok nih.. tak cukup jari kaki ngan tangan kalau nak kira.. Cumanya kalau yang fofuler dan aktif tu tak banyak la.. sebab ada sesetengah pondok dah "mati" (tak aktif). So ana just amik beberapa butiran pondok yang fofuler jer lah.. so kepada sesiapa yang teringin nak belajar di pondok or nak tahu pasal pondok.. ana harap posting kali ini memberikan sedikit menafaat kepada anda.

Pondok pilihan ana untuk posting kali ni ialah Al Madrasah Addiniah Al Yusufiyah atau juga lebih di kenali dengan Pondok Gelang Mas.

Pondok Gelang Mas ini terletak di Banggol Naim, Gelang Mas, 17010 Pasir Mas Kelantan. Boleh di katakan pondok ini antara pondok yang terkenal dan merupakan antara pondok-pondok yang masih aktif. Pondok ini di kendalikan oleh Tuan Guru Awang Bin Yussof dan di bantu oleh menantunya iaitu Abdul Rahim B. Jusoh.

Kebanyakkan pelajar di pondok ini merupakan anak jati kelantan. Walau bagaimanapun terdapat juga pelajar-pelajar dari terengganu, pahang, dan perak. Bilangan pelajar (Bujang lelaki dan perempuan) yang terdapat di pondok ini lebih kurang 100 orang. Manakala pelajar yang telah berkahwin (Pondok Kelamin) seramai 20 orang. Rata-rata pelajar bujang yang terdapat di sini di dalam lingkungan umur bawah 20 tahun. Namun begitu terdapat juga beberapa orang pelajar yang berumur 25-30an.

1) UNDANG-UNDANG DAN PENDAFTARAN

1.1) Pelajar yang ingin menuntut di Madrasah ini terlebih dahulu perlu:
a)Berjumpa dengan Tuan Guru bersama penjaga (jika ada)
b) Mendaftar diri di pejabat beserta bayaran pendaftaran sebanyak RM 7.00

1.2 Semasa mendaftar mestilah membawa kad pengenalan atau atau dokumen diri dan no telefon jika ada.

2) BAHAGIAN PELAJARAN DAN PERIBADATAN

2.1)Setiap pelajar mesti menghadiri
a) Setiap mata pelajaran yang di tetapkan
b) Ke majlis ilmu 5 minit sebelum di mulakan
c) Pengajian Al-Quran selepas sembahyang asar
d) Menghafaz pada waktu malam selepas isya selama setengah jam dan dan di hadapan Tuan Guru atau ustaz selepas subuh.
e) Sembahyang 5 waktu di Masjid kecuali ada keuzuran dan tidak dibenarkan meninggalkan tempat sembahyang melainkan telah selesai membaca wirid dan doa tiap-tiap kali berjemaah.

3) BAHAGIAN DISIPLIN DAN AKHLAK

3.1) Setiap pelajar dikehendaki;

a) Mentaati arahan Tuan Guru, Ustaz, AJK
b) Bersedia lebih awal 10 minit sebelum waktu sembahyang
c) Meminta izin terlebih dahulu daripada Tuan Guru jika hendak berhenti atau berpindah.

3.2) Setiap pelajar tidak dibenarkan

a) masuk kedalam kawasan pelajar perempuan atau kawasan kelamin kecuali dapat kebenaran tuan guru atau ustaz-ustaz.
b) Merokok
c) Mengambil air kolah masjid untuk keperluan diri kecuali mengambil wuduk dan mereka yang mendapat kebenaran Tuan Guru.
d) Surat menyurat antara lelaki dan perempuan
e) Keluar dari madrasah terutama pada waktu malam kecuali mendapat kebenaran Tuan Guru atau Ustaz-Ustaz.
f) Balik ke kampung kecuali 2 minggu sekali (Balik pada petang khamis dan hendaklah hadir pada petang Jumaat)
g) Berkumpul di dalam pondok atau di luar pondok kecuali belajar atau bermuzakarah
h) Naik keatas pondok pelajar lain kecuali mendapat keizinannya.
i) Berambut panjang lebih dari 1 inci.
j) Segala jenis permainan
k) Membawa radio, kamera, majalah hiburan dan sebagainya.

3.3) Pelajar yang terlibat dengan kegiatan yang berbahaya seperti menghisap dadah atau meminum ubat batuk atau sebagainya akan disingkirkan daripada Madrasah.

4) BAHAGIAN PAKAIAN

4.1) Pelajar-pelajar di kehendaki memakai jubah, baju melayu, baju tangan panjang kosong, atau memakai mana-mana pakaian yang sesuai dengan penuntut agama berserban putih atau sekurang-kurangnya berkopiah putih semasa:-

a) Mengajar dan belajar
b) Perhimpunan ramai di Madrasah ini.

4.2) Setiap pelajar tidak dibenarkan

a) Memakai pakaian yang dilarang oleh syarak seperti pakaian yang tidak menutup aurat atau yang menyerupai pakaian perempuan dan juga mana-mana pakaian yang tidak sesuai dengan penuntut agama seperti berbaju batik dan sebagainya.
b) Berseluar melainkan waktu bekerja atau dalam perjalanan keluar negeri.

4.3) Setiap pelajar dikehendaki

a) Memakai jubah atau baju melayu atau baju tangan panjang kosong serta beserban pada ketika sembahyang lima waktu.
b) memakai baju berwarna putih ketika menghadiri sembahyang mayat atau hajat.

5) BAHAGIAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN

5.1 Setiap pelajar di kehendaki

a) Menjaga kebersihan pondok masing-masing
b) Membuang sampah yang di khaskan
c) Menyediakan satu tong sampah di setiap pondok
d) Mendengar setiap arahan dari ketua kebersihan masing-masing

5.2 Menjaga keselamatan sebelum meninggalkan pondok seperti:

a) Menutup gas
b) Mengunci pondok
c) Lain-lain

6) BAHAGIAN YURAN

6.1 Setiap pelajar dikehendaki:

a) Membayar yuran bulanan yang ditetapkan (Rm 4.50)
b) Menjelaskan yuran pada tiap-tiap bulan
c) Setiap pelajar yang tidak menjelaskan yuran selama 2 bulan akan di hantar surat amaran kepadanya atau penjaganya untuk memaklumkan perkara tersebut.
d) Setiap pelajar yang hendak berhenti hendaklah menjelaskan kesemua yuran bulanannya dan dikira berhutang jika tidak menjelaskannya.

7) BAHAGIAN PEMBINAAN

71. Setiap pembinaan yang hendak didirikan di kawasan madrasah terlebih dahulu:

a) Mendapat kebenaran daripada pihak madrasah
b) Mengikut saiz yang ditetapkan iaitu P-10 kaki dan L-8 kaki

7.2 Pelajar-pelajar yang mendiami pondok persendirian tidak dibenarkan meninggalkan lebih daripada 3 bulan tanpa sebarang laporan dan alasan kepada pihak madrasah. Sekiranya ditinggalkan melebihi tempoh tersebut pihak madrasah berhak menguasai pondok tersebut untuk sementara waktu

7.3 Pelajar-pelajar yang mendiami pondok wakaf tidak dibenarkan meninggalkan pondok lebih daripada dua bulan tanpa sebarang laporan kepada pihak Madrasah jika ditinggalkan melebihi tempoh tersebut, pondok tersebut di serahkan semula pada pihak madrasah.

DIKELUARKAN OLEH BADAN PENTADBIRAN BAHAGIAN UNDANG-UNDANG,
AL MADRASAH AL DINIAH AL YUSUFIYAH
BANGGOL NAIM GELANG MAS
17000 PASIR MAS KELANTAN DARUL NAIM

Itulah sedikit sebanyak mengenai Pondok Gelang Mas. Dan sekiranya ada diantara sahabat dsantai ingin menghulurkan bantuan kewangan kepada Pondok ini bolehlah berbuat demikian melalui TABUNG KEBAJIKAN GURU DAN PELAJAR 03018010071784 (Bank Islam)

atau ada diantara sahabat-sahabat yang berminat untuk belajar di pondok ini bolehlah menghubungi

TUAN GURU AWANG BIN YUSSOF
AL MADRASAH AL DINIAH AL YUSUFIYAH
BANGGOL NAIM GELANG MAS
17000 PASIR MAS KELANTAN DARUL NAIM

08-7972433 (Mudir)
08-7972246 (Pejabat)
014-8430506 (Hp)

Itulah sedikit mengenai Pondok gelang Mas. Kita akan sambung dengan pondok lain pulak laen kali. Assalamualaikum
kumpulan artikel |
4 Responses
  1. Tanpa Nama Says:

    Yuran RM 4.50 sebulan? Bio betul. Murahnya...


  2. Author Says:

    yerp.. RM 4.50 sen sebulan.. untuk cover duit api ngan air. :) kalau nak bagi lebih tok guru lagi suke.. :)


  3. saya antara pelajar di pondok berkenaan..mmg murah sbb tok guru ikhlas mengjar tnpa meminta sebrang kewangan...apa yg pnting keberkatan...apa yang pnting sistem pengajian pondok berlainan dri institusi2 pengajian lain...pelajar wanita dibenarkn berpurdah..


  4. Unknown Says:

    Macam mana nk dptkn nombr fon phk pondok??


Catat Ulasan