Memaparkan catatan dengan label BICARA SANTAI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BICARA SANTAI. Papar semua catatan
 Weih lembu mu aku jumpo mati tepi jale tu seme!
Loh.. sapo langgar pulop?
Buke langgar lah?
pah tu? jadi lagu manno?
Lembu mu bunuh diri!
Lah? bak po lembu kawe gi bunuh dirinyo?
Dia kecewo pasal tak buleh pitih ehsang!
Lo.. pulop!

Assalamualaikum wrh. wbth.

Apa khabar gamaknya sahabat2 dsantai ye.. dah bertahun lamanya ana xmenulis dalam blog ni. bukan kate sawang.. dah penuh mcm2 dah.. Ye lah.. zaman facebook sekarang ni kan.. mane laku dah blog2 nih.. tambah-tambah blog saya ni kann.. anyway.. saya menulis sebenarnya hanya sekadar untuk memperingati diri sendiri dan kepada mereka yang sudi mengambil iktibar.

So citernye kali nih...
kumpulan artikel 2 Catatan Tambahan | |

Assalamualaikum semua. Apa khabar? ana harap semua dalam sihat hendaknya. Just sekadar nak mengucapkan selamat berpuasa. dan selamat menjalani ibadah.

Tadi ana dok membelek google translator. So try la suruh pakcik google translate kan dsantai... so ini lah jadinya..


Bukan kate mat salleh jerk pening membaca blog nih.. ana sendiri pon pening.. so sebagai kesimpulannya, dsantai tidak menggunakan bahasa melayu standard atau bahasa yang boleh ditranslate.. name pon blog santai.. pepaham jer lah.. So ape2 pon.. take a good care!

assalamualaikum
kumpulan artikel 2 Catatan Tambahan | |
Gambar Hiasan: Burung Cak Rumah

Sedang tengah ana lepak-lepak ngan cikgu man tadi, tiba-tiba...



Kelentang.. Kelentung.. piungggg!!!


Uih.. menatang apa tuh cikgu man? 
la.. burung tuh.. hang pi kaih kutip! 
uih.. mengeletaq habih kaki-kaki.
 ha'aah la.. kena kipaih tuh. 
uih... x gerak dah..
mampuih da la.. la..
ya ka.. isk isk isk

begitulah akhirnya riwayat seekor burung cak rumah. Mati kena libas dek kipas yang berpusing ligat. Ana belek-belek jasad burung tuh..

eh.. tak de luka la cikgu man? 

ha'ah.. rasanya kena tang tengkuk kot? 
entah la... sat.. sheikh.. pi amik stetoskop atas meja tadi sat..

sambil membelek-belek burung tuh, ana tekapkan stetoskop di dada burung.. ceh.. macam DR. Haiwan pulak layaknya..


Sah la cikgu man.. syahid! ingatkan burung ni wat -wat belakon mcm mati jerk..


heheh... hehe.. mana ada.. mati dah la tuh.. kalau kancil kot la.. pandai belakon buat-buat mampuih. balas cikgu man
 

ya ka..? soal ku balas
 

tak tau la.. ada sapa tah cita kat saya.. depa tahan jerat.. pas tuh dapat kancil.. bila pi dekat tengok... keraih dah.. habis semut hurung mulut, mata.. depa pon lepaih la kancil tuh.. tup tup.. menatang tu melompat.. toin.. toin.. toin.. 

Hahaha.. ya ka cikgu man? Rasa mcm lawak plak..
Tak tau...Ya la kot.

Ana terdiam sambil memikirkan tentang saat kematian burung cak rumah tado.. sambil membelek-belek sayap burung tuh..

Jadi burung tak pa. Ulas cikgu man ringkas.

Ha? soal ana yang inginkan penjelasan lanjut.

Ya la.. jadi burung tak pa la.. mati.. kira selesai.. kita yang manusia nih.. mati esok kena soal macam-macam.

Ha'ah Jawab ana pendek menyokong kenyataan cikgu man.

Manusia ni, yang sesetengah tu semayang pon tak mau... yang langsung x posa pon ada. Tambah cikgu man.

Tu la cikgu man, depa ni bukan tak tau dosa pahala, syurga neraka.. tapi saja tak mau buat.

betui-betui, sokong cikgu man.

macam ada si anu bin si anu, saya dok dengaq depa dok cita pasa bet bola.. main duit 5-6 ratuih.. hiss.. judi tuh.

ana terdiam, rupanya hal ni ramai yang dah tau.. detik hati ana.

Tu la cikgu man.. depa bukan tak paham.. tapi tah jadi macam mana tah.. saja buat-buat tak paham. balas ana ringkas.

tu la sedih.. kalau dan tobat takpa... takut tak dan tobat.. ha.. x naya.. jadi mcm burung tadi.. tup..tup mampuih.. Ulas cikgu man lagi.

kumpulan artikel 0 Catatan Tambahan | |

Ha.. ape cer hari nih?
Suami terlampau
Humak aih... canggih tul tajuk dia..
Ape cer?
Citer laki bini dalam kelambu daa..
Aik? tu pun masuk surat khabar?
tah la sapal...


Kekadang pelik jugak bile baca surat khabar. Sebab ada kalanya macam baca majalah hiburan yang sarat dengan gossip cam urtv, mangga, hai, hoi, kaki gossip, suke pecah belah keluarga orang, dan majalah-majalah hiburan yang sewaktu dengannya.



Assalamualaikum. Salam sejahtera. Berjumpa laie dsantai dengan post barunya setelah hampir penuh blog ni dengan sawang dan debu.Di tanya kenapa la malas sangat update blog. Bukannye malas, cuma tak nak update. :) sebab? entoh.. mungkin salah satu sebabnye terlalu sibuk* (wahh helah bela diri stail orang dulu-dulu). Sekarang kan dah dunia facebook.. manelah orang berminat sangat nak bace blog ana nih. kekadang istilah blog pon dah hilang dari fikiran sahabat-sahabat kite..

Blog? sejenis biskut kah itu?
Taklah.. sejenis basikal...
OOoo.. baru tau..

Facebook ni bukan kate anak-anak remaja cam ana nih (Ceh! perah santan). Bahkan budak-budak sekolah rendah.. dan tak lupe jugak makcik-pakcik di kampung. Meriah sungguh! ade bagusnya facebook ni.. leh jumpe balik kawan-kawan lame yang terpisah jauh.. kawan-kawan sama sekolah yang berpuluh tahun tak jumpa..

Waaaahh.. Ko makin gemuk Siooot
Waa.. ko makin cun siooottt...
Waaa... ko... errr tak berubah-ubah lagi?


Gambar Hiasan

Assalamualaikum.. apa khabar sahabat2.. Alhamdulillah ana sekarang di Johor Bahru. Dalam Kesempatan yg sedikit ada dengan kesibukkan program dan jemputan rumah terbuka di sini, ana mengambil peluang untuk posting satu wacana santai lanjutan daripada penulisan ana sebelum ini iaitu "bukan maksum" ana risau seandainya penulisan ana tadi disalah ertikan atau difahami dalam konteks yang salah (iaitu untuk menyerang golongan ulama).

Sahabat-Sahabat Dsantai yang dirahmati Allah,

Siapakah ulama?Perkataan Ulama ialah Jamak' daripada perkataan 'alim yang membawa maksud berilmu. Berilmu disini bukan sekadar dari penafsiran istilah tetapi dari penafsiran syariat. Selalunya seseorang ulama itu pastinya ia menguasai bidang menginstinbat hukum yang memerlukan pengetahuan yang mendalam al-Qur’an, Hadith Sahih, ijma’ Sahabah, fatwa Sahabah, Hadith Mursal dan Hadith Daif,qiyas ketika darurat, al-masalih al-mursalah, sadd al-zara’i’, istihsan, ‘uruf dan al-qawa’id al-fiqhiyah

Antara petanda yang ada pada diri seorang ulama ialah, mereka itu takut dari melanggar perintah Allah.

وَمِنَ ٱلنَّاسِ وَٱلدَّوَآبِّ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ مُخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُهُ ۥ كَذَٲلِكَۗ إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَـٰٓؤُاْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

"Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun" Fathir ayat 28

Bahkan sekiranya perkataan "takut" itu dinisbahkan kepada "Takwa", ya, tentu sekali Ulama adalah golongan yang paling bertaqwa kepada Allah.

Golongan Ulama selalunya terkenal dengan kegigihan mereka dalam menuntut ilmu. masa dan tenaga mereka diluangkan sepenuhnya dalam mendalami ilmu tanpa mengira erti kenal jemu dan lelah. Hayat mereka dihambakan untuk menghafal al-quran, matan-matan hadith, matan-matan kitab dan sebagainya.

Dalam hal sedemikian, golongan Ulama seharusnya dihormati. Sekiranya apa yang telah ana sebutkan di dalam artikel ana "bukan maksum" berlaku kepada para ulama, bagaimanakah sikap kita.

Apakah kaedah yang diguna pakai oleh kita dalam mendepani perbezaan pendapat antara pendapat yang menjadi pegangan kita dengan pendapat yang contradict yang dipegang oleh satu-satu ulama.

Bolehkah kita mengambil sikap selamber dog jerk tegur mereka tanpa terlebih dahulu mengusulkan tentang apa yang diperselisihkan?

Atau terus kita mengeluarkan fatwa bahawa ulama itu sesat atau ahli bidaah dan sebagainya tanpa mengkaji terlebih dahulu akan apa yang diperselisihkan.?

Ana masih ingat ketika ana belajar dahulu. Ustaz akan mendatangkan satu isu dan meminta para pelajar menjelaskan hukum. Ada yang agak kurang teliti dalam mengkaji lantas menghukum haram. ketika berdiskusi, rupa-rupanya dalam menetapkan hukum bukanlah sesuatu yang mudah. kerana terpaksa merujuk wilayah-wilayah rujukan seperti mana yang ana telah sebutkan di atas yakni dengan mengkaji al-Qur’an, Hadith Sahih, ijma’ Sahabah, fatwa Sahabah, Hadith Mursal dan Hadith Daif,qiyas ketika darurat, al-masalih al-mursalah, sadd al-zara’i’, istihsan, ‘uruf dan al-qawa’id al-fiqhiyah

Setelah dikaji sedalam-dalamnya barulah dijatuhkan satu-satu hukuman (fatwa). Ini baru dalam menetapkan hukum didalam permasalahan fiqh. Bukan lagi dalam konteks at-tabdi (membidah) dan at-takfir (mengkafirkan). Maka sewajarnya kita (yang sudah pastinya bukanlah seorang ulama) berhati-hati didalam sikap dan meluahkan pendapat mengenai seseorang ulama. Sekiranya ada yang diperselisihkan, maka kajilah dengan mendalam, kiranya ulama tersebut masih hidup, dapatkanlah penjelasannya yang sebenar-benar. Dan sekiranya dia sudah meninggal dunia, Serahkanlah keputusan yakni tentang apa yang diperkatakan olehnya (ulama) itu kepada Allah.

Dengan mengetahui sekerat dua ayat al-quran dan hadith, dengan menghafal sebaris dua hujjah daripada kitab belum mencukupi untuk mengangkat martabat kita sebagai Ulama.

Apatah lagi sesetengah dari kita yang bukan mendapat pendidikan agama yang lengkap, hanya sekadar memiliki sijil sekolah menengah peringkat thanawi, atau belajar di Universiti atau kolej berunsurkan Islam tetapi bukan di dalam bidang khusus seperti Usuludin, Shariah, tiba-tiba mengeluarkan fatwa bukan sahaja dari permasalah fiqh bahkan dari permasalah Akhidah dan menolak, mengkafir dan membidaahkan ulama-ulama lain (sedangkan kita tidak mengetahuinya) seolah-olah kitalah yang pakar di dalam bidang tersebut.

Dan yang bertambah pelik ada sesetengah daripada kita langsung tidak mendapat pendidikan agama baik dari sekolah menengah (sekadar subjek pendidikan islam dan tamadun) ataupun peringkat tradisional (Pondok, Madrasah) atau peringkat rasmi (Kolej, Universiti) tiba-tiba mengeluarkan fatwa berkaitan akhidah, mencela ulama-ulama.

Akhidah al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani diragui
al-Qadhi abu Bakar bin al-Arabi seorang mubtadi’ (Ahli Bidaah)

Sikap ini perlu dikikis dari diri kita. Kita mestilah bersikap berhati-hati di dalam berkata-kata dan menulis. Ini kerana dikuatiri penulisan kita akan memakan diri sendiri.

p/s kepada penulis-penulis blog, dinasihatkan sebelum antum mencopy fatwa dari mana-mana blog lain mengenai hal yang bersangkutan dengan Hukum Fiqh dan Mazhab Akhidah, ana mohon kajilah terlebih dahulu sama ada penulisan itu hak atau batil.

Janganlah dengan mudah kita menyalin dan mengeluarkan pendapat itu haram.. ini haram.. itu bidaah.. ini bidaah sedangkan kita hanya mengutip pandangan tersebut daripada blog2 lain atau di youtube, atau di buku-buku yang entah berantah mazhab akhidahnya dan Mazhab Fiqhnya.

Wallahualam,
Sani Ahmad
02:23 181008




Assalamualaikum wrh. wbt.

Apa khabar sahabat2 dsantai sekelian. dah lama yerk ana tak mencoret di blog ni.. dah bersawang mawang... bersempena nak sambut raya 6 esok.. maka dsantai telah berubah wajah pada hari ni. Ana start renovate blog ni selama.. dan Alhamdulillah dah siap hari ni.. cumanya bahagian gambar kat bawah belum update.. so nak maklumlah.. gambar kat bawah tu bukan dari koleksi ana.. so kiranya terjumpa gambar bukan2.. ana minta maaf.

Baik berbalik kepada topik kali ni.. "Bukan Maksum".Seperti yang kita sedia maklum bagi kita ahli sunnah wal jamaah, kita beriktikad bahawasanya tiada seorang pun manusia didunia ini adalah maksum kecuali Rasul. Namun bagi golongan yang memegang mazhab akhidah syiah, bagi mereka imam-imam mereka juga adalah maksum.

Maksum bererti suci dari sebarang kesalahan dan dosa. Selain daripada rasul, tiada siapa pun terlepas dari kesalahan baik yang besar mahupun yang kecil sekalipun ia bergelar Ayatollah, Sheikh, Dr. Tuan Guru. Ustaz, Ustazah, Kiyai Tan sri, Puan Sri, En. Cik. Puan, Tuan, Dato, Datin, Raja, Tengku hatta apa sekalipun gelaran dihadapannya.

Sebagai contoh Si polan bin si polan atau si polanan binti si polanah yang sememangnya terkenal dalam bidangnya. Hampir apa sahaja yang dikatakannya akan diterima oleh mereka yang mengkaguminya meskipun apa yang diucapkannya itu kurang tepat ataupun salah.

Sepatutnya kita sebagai manusia yang waras, seharusnya mengkaji dahulu apa yang diperkatakan oleh individu tersebut. Cuba buat rujukan dengan individu yang lain yang turut pakar dalam bidang berkenaan Sama ada apa yang diperkatakan itu benar atau salah. sekiranya salah, maka seharusnya kita berlapang dada dan menerima hakikat bahawasanya individu yang kita kagumi itu telah melakukan kesalahan.

Ingatlah sesungguhnya kepandaian, ilmu manusia itu semuanya datang dari Allah, kita berhajat kepadaNya sedangkan Ia tidak berhajat akan sesuatu pun.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ أَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِۖ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلۡغَنِىُّ ٱلۡحَمِيدُ
"Wahai manusia, sesungguhnya kamu semua fuqoro' (faqir dan memerlukan) kepada Allah dan sesunggguhnya Allah itu Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu) lagi Maha Terpuji" Fatir: 15

Sahabat-sahabat Dsantai,

Ingin sekali ana mengajak sahabat-sahabat membuka minda dan mengikis sikap ini yang sudah menebal di dalam diri. Seharusnya kita berfikiran terbuka khususnya dalam menerima hakikat tentang sesuatu perkara. Antara lain, apabila ada mereka yang menegur akan kesalahan individu yang kita kagumi, maka seharusnya kita kaji dengan mendalam, apakah teguran yang dibuat berasas. Sekiranya berasas maka terimalah dengan hati terbuka. Usalah di pertikai mereka yang menegur tersebut. Begitu juga sekiranya teguran itu dilakukan oleh mana-mana individu ke atas kita, maka sekiranya ia benar.. hendaklah kita menerimanya dengan berlapang dada.

Sebagai contoh;

Sedang asyik anda "berehat-rehat" di suatu taman bersama teman wanita, lalu datang seorang wanita lalu menegurmu

"Dik, kat sini tempat awam, tak elok macam ni"

Janganlah anda balas sebegini.

"Alah..perempuan... tak payah nak tegur la.. ko cermin la diri ko tu dulu..ko pon 2 X 5. macam la ko alim sangat. bla.. bla.. bla.."

Seharusnya anda terima teguran tersebut. Meskipun perit dan pahit, telanlah.. itu lebih baik untuk anda daripada anda membalas dengan ucapan-ucapan sebegini. Paling tidak, berdiam lah.

Begitu juga, jika dikatakan;

"Sheikh, ana rasa _______ tu salah la.. bukan macam tu.. sebab yang ana belajar"

Maka janganlah anda terus menjawab

"Alah.. ko jangan dok pertikai la.. dia tu pakar dalam bidang dia.. takkanla dia tak tahu apa yang dia cakap?" " Bukan salah... ko yang tak paham.. apa standard ko nak pertikai dia?"
"Alah.. ko tu dengki.. sebab tu ko tuduh dia bukan-bukan"

Sepatutnya kita berkata begini:

"Erm.. mcm tu ye, ana pon tak pasti jom kita tanya _________ yang jugak pakar dalam bidang nih"

Ingatlah

Meskipun siapa pun dia, walau sepakar mana individu terbabit didalam bidangnya, maka ingatlah bahawasanya beliau bukanlah maksum.

Meskipun siapa pun dia, sekiranya beliau melakukan kesalahan, maka terimalah kedaifan yang ada padanya.

"Pangkat dan gelaran" bukanlah lesen untuk menjadi maksum.

Sekian,
Sani Ahmad,
02:22 161008

p/s malam ni ana bertolak ke Johor Bahru, doakan keselamatan ana ye!



Assalamualaikum.. sahabat2 dsantai.. kali ni ana cuba try test buat vblog pulak.. tapi mcm tah hape2 lah.. maklumlah.. 1st time buat.. apa2.. cube try test tengok dulu.. pastu komen ye..

kumpulan artikel , 3 Catatan Tambahan | |
بسم الله الرحمن الرحيم
نحمده ونصلى على رسوله الكريم

Assalamualaikum wrh. Wbt.

Segala puji hanya untuk Allah swt, selawat dan salam pada Rasul Junjungan, ahlul bait, para sahabat seterusnya sahabat2 dsantai yang dirahmati Allah sekelian. Maaf la jarang berupdate blog nih.. buat-buat sibuk dengan baby rupa-rupanya bukan mudah jugak nak menguruskan portal. Walaubagaimanapun jazakallah kak jie atas email pada saya pagi ni.

Satu topik telah dicadangkan oleh kak jie untuk dibincangkan dengan sahabat2 dsantai pada kali ini ialah mengenai majlis akad nikah yang diadakan di Masjid. Wah! haritu baru sembang bab jodoh.. sekali dah nak langsungkan perkahwinan.. kepada mereka yang berkenaan.. tahniah.


Picture by Shutterspeaks.com

Selalunya telah menjadi sinonim majlis akad nikah di lakukan di Masjid. Ada yang jalankan majlis akad nikah di rumah atau di hotel-hotel tetapi lazimnya majlis akad nikah di jalankan di masjid untuk mendapat “keberkatan”.

Masjid merupakan tanda wujudnya umat islam di sesuatu tempat. Ia juga meruoakan tanda perpaduan Umat Islam dan tempat bagi umat Islam mengabdikan diri kepada Allah swt.

إِنَّمَا يَعۡمُرُ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّڪَوٰةَ وَلَمۡ يَخۡشَ إِلَّا ٱللَّهَ‌ۖ فَعَسَىٰٓ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ ٱلۡمُهۡتَدِينَ

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk (Al-Baqarah:18)

Masjid ni bukanlah sama macam tempat-tempat lain. Masjid adalah rumah Allah swt dan menjadi tempat bagi orang-orang Islam melakukan ibadah kepada Allah. Bagi kita masjid ialah tempat yang mulia. Oleh yang demikian seharusnya perlu bagi kita menjaga adab-adab untuk ke masjid. Sebelum ni ana pernah terangkan sedikit mengenai adab-adab masjid dengan tajuk zuhud ke roobinhood.

Berbalik kepada topik kita, majlis akad nikah di masjid sememangnya baik kerana ia dapat melestarikan fungsi sebenar masjid sebagai pusat Ummah yang mana tidak hanya sekadar berkisar pada ibadah khusus sahaja.

Walaubagaimanapun, perlu bagi mereka yang melaksanakan majlis akad nikah di masjid ini menjaga adab-abda dan kesucian Rumah Allah swt. Ini kerana seringkali didalam majlis akad nikah kita dapati banyak perkara-perkara yang tidak wajar di lakukan di dalam masjid, tetapi dilakukan sewenang-wenangnya.

Antara beberapa perkara yang ketara dilalukan ketika upacara akad nikah di masjid ialah;

Para pengunjung majlis tersebut yang terdiri daripada kaum hawa mendatangi masjid dengan semburan minyak wangi yang menyumbat segenap rongga hidung. Hal ini adalah bersalahan dengan hadith daripada Rasulullah saw

"Siapa saja perempuan yang memakai harum-haruman (pearfum) maka janganlah ia menghadiri solat isya (dimasjid) bersama kami" (Shahih riwayat Imam Ahmad,Muslim, Abu Dawud, dan Nasa'i dari jalan Abu Hurairah, juga lihat kitab Ash-shahihah hadits no.1094)

"Bila salah seorang dari kalian (para wanita) ingin menghadiri shalat di masjid maka janganlah ia menyentuh wewangian." (HR. Muslim 4/163, Ibnu Khuzaimah 1680, dan Al Baihaqi 3/439)

Tidak kurang yang tampil ke masjid dengan pakaian yang berfesyen-fesyen, ada yang baju lengannya jarang, ada yang sehingga baju menampakkan pakaian dalamnya, tak kurang yang berbaju mengikut solid tubuh. Isk isk isk... naik pening tok kadi tengok!

Di dalam Taudlihul Ahkam, Sheikh Abdullah Al Bassam berkata, wangi-wangian boleh disamakan dengan gerakkan tubuh badan yang boleh mengundang syahwat, pakaian yang cantik, make-up, perhiasan dan sebagainya. Ini kerana bau wangian, perhiasan dan make-up semuanya ini boleh mendatangkan fitnah bagi si pemakai dan bagi si laki-laki.

Terdapat banyak dalil-dalil lain yang bersangkutan dengan perbuatan wanita berhias dan berwangi-wangian ke masjid, namun bukan tujuan dsantai untuk menembak dengan hujah-hujah, cukup sekadar memberi tahu bahawasanya perbuatan sesetengah kaum wanita yang menghadiri majlis akad di masjid dengan berpakaian "Vough" dan wangi-wangian adalah suatu perkara yang tidak salah.

"Ala... sekali sekala takkan tak leh?"
"Tak boleh.... hukum bukan main sekali sekala."

Tak kurang juga kaum adam (Asyik-asyik kaum hawa jerk yang kena) yang memasuki rumah Allah dalam keadaan berbau rokok. Kemuliaan masjid perlu dijaga bukan hanya sekadar menjaga kebersihan dari sampah sarap tapi juga dari bau-bauan yang kurang menyenangkan, sebagaimana hadith dari Jabar katanya

Rasulullah Saw telah melarang dari memakan bawang. Kemudian kami berhajat untuk memakan bawang tersebut lalu kami pun memakannya. Lalu Rasulullah saw bersabda : "Barang siapa yang memakan dari pohon ini, maka janganlah mendekati masjid kami, sesungguhnya pada malaikat akan merasa terganggu (kerana baunya) sebagaimana manusia terganggu daripada bau tersebut." (Riwayat Al-Imam Muslim).

Para ulama menisbahkan rokok juga sebagai bau-bauan yang menggangu, maka adalah tidak wajar bagi mereka yang menghadiri majlis akad nikah di masjid tersebut berbau busuk (rokok).

catatan: Bagi mereka yang terlupa atau belum mengetahui, jumhur ulama memfatwakan rokok adalah haram.

Sahabat-sahabat sekelian,

Sesungguhnya Allah menjadikan kita manusia berpasang-pasang, mempunyai zuriat. Proses ini dinamakan perkahwinan yakni satu proses menyatukan ikatan yang mulia lagi halal antara lelaki dan perempuan.

وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا وَجَعَلَ لَكُم مِّنۡ أَزۡوَٲجِڪُم بَنِينَ وَحَفَدَةً۬ وَرَزَقَكُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أَفَبِٱلۡبَـٰطِلِ يُؤۡمِنُونَ وَبِنِعۡمَتِ ٱللَّهِ هُمۡ يَكۡفُرُونَ
Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: Anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?

Perkahwinan bukan sahaja menyatukan ikatan si suami dan isteri tetapi menghubungkan antara satu keluarga dengan keluarga yang lain. Selalunya di majlis akad nikah ini dijadikan masa untuk berkenal-kenalan, merapatkan hubungan persaudaraan dan sebagainya. Pastinya suasana ketika upacara majlis akad nikah pastinya meriah.

Si bujang dan si dara dengan cerita dan angan-angan mereka mengenai majlis akad nikah mereka yang bakal diadakan suatu hari nanti, Bergurau, bertepuk bahu. yang telah berkahwin dengan imbauan kisah perkahwinan yang telah mereka lalui. Ada yang mengambil peluang mempromosi pelaburan internet, penjualan kereta, rumah dan sebagainya. Tak kurang juga yang membelek-belek pakaian, perhiasan, rantai emas pada tubuh rakan-rakan yang berkunjung. Kanak-kanak berlari ke sini sana, menjerit tanda gembira bertemu rakan sebaya. Tak kurang makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang tak henti-henti melatah akibat diusik. Serba meriah! Tetapi.... malangnya segala hal yang berlaku ini terjadi di masjid, Rumah Allah swt.

Masjid yang sepatutnya menjadi tempat ketenangan roh dan jiwa menjadi pasar dan pesta karat. Ketenteraman mereka yang sedang asyik beriktikaf, berzikir, beribadat, mengadu desah kepada Allah terganggu. Terlalu banyak perkara yang dilarang oleh Islam tetapi dilakukan ketika majlis tersebut.

“ Apabila kalian melihat seseorang menjual atau jual beli didalam masjid maka katakanlah : Semoga Allah tidak memberi keuntungan pada jual belimu” HR. At-Tirmidzi ( 1321 ), dan beliau berkata : hadits ini hadits hasan gharib

Dari As-Saa`ib bin Yazid , beliau mengatkan : Saya pernah berdiri didalam masjid, lalu seseorang melempariku dengan batu kecil, kemudian saya menoleh melihatnya ternyata dia adalah Umar bin Al-Khaththab. Beliau berkata : Pergilah dan hadapkan kepadaku dua orang ini. Maka saya menghadapkan keduanya. Beliau berkata : Siapakah kalian berdua ? Atau dari manakah kalian berasal ? Keduanya menjawab : Kami dari pendudukTha`if. Beliau berkata : Seandainya kalian berdua dari penduduk negeri ini, niscaya saya akan menghukum kalian berdua, karena kalian berdua telah mengeraskan suara kalian didalam masjid Rasulullah saw. -HR. Al-Bukhari ( 470 )

Bahkan ada hal yang berlalu bukan sahaja salah dilakukan di dalam masjid bahkan diluar. Antaranya ialah ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim)

قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡ‌ۚ ذَٲلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ (٣٠) وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّ‌ۖ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَآٮِٕهِنَّ أَوۡ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآٮِٕهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ أَخَوَٲتِهِنَّ أَوۡ نِسَآٮِٕهِنَّ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّـٰبِعِينَ غَيۡرِ أُوْلِى ٱلۡإِرۡبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفۡلِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يَظۡهَرُواْ عَلَىٰ عَوۡرَٲتِ ٱلنِّسَآءِ‌ۖ وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا يُخۡفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ‌ۚ وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (٣١)

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya (31) Surah An-Nur 30-31

adeh...Cukup.. Cukup..
Aik.. ni baru sikit nih

Ini hanyalah sebahagian kecil kesalahan-kesalahan yang umum dilakukan ketika majlis akad nikah berlangsung di dalam masjid. Oleh yang demikian, untuk mereka yang ingin mengadakan majlis akad nikah di masjid agar dapat berbuat sesuatu agar hal yang disebutkan ini tidak timbul.

Macam mana nak buat, mana mungkin kita bisa mengawal para hadirin yang hadir?.

Adapun terdapat beberapa perkara mudah yang dapat dilakukan oleh saudara/i sekelian

Jika saudara/i berkemampuan, minta tolong tuan Imam / Tuan Khadi ingatkan mereka yang hadir pada majlis tersebut tentang adab-adab yang perlu dijaga ketika di dalam Rumah Allah.

Cara yang kedua ialah dengan mengadakan satu risalah ringkas mengenai adab-adab ketika berada di dalam masjid dan diedarkan kepada mereka yang hadir pada majlis akad nikah tersebut.

Juga tak mampu untuk laksanakan, adalah dinasihatkan jalankan saja majlis akad nikah tersebut di rumah. kesian kat makcik-makcik yang sakit lutut, tak larat nak gi tengok akad nikah kat masjid. Kesian kat saudara mara yang tak cukup kenderaan nak pi ke masjid tempat akad nikah.
Kalau buat kat rumah lagi mudah, Semua orang boleh tengok.

Boleh ke akad kat rumah?
Jangan risau akad nikah sekalipun atas pokok masih sah!

Saya percaya, anda pon tak mahu memulakan alam rumah tangga anda dengan perbuatan dosa sekalipun ia bukan khusus daripada anda kan? Tapi sekiranya anda tak peduli akan semua hal yang berlaku.. terpulanglah.. Wallahualam :)

p/s Selamat menempuh alam perkahwinan bagi mereka yang akan melangsungkan perkahwinan. Saya doakan semoga perkahwinan anda diredai dan dirahmati Allah, insyaAllah!.
Assalamualaikum. apa khabar sahabat2 dsantai... fuh.. bersawang habih blog ni.. maklumlah sibuk ngan baby baru (rakanusrah.com) sampai xsempat nak jenguk blog... isk isk isk... apa2 pun blog ini tetap diteruskan jugak.. sebabnyer blog ni lah tempat sye meluahkan idea, pandangan, pendapat dan memacam.. payah nak terangkan... kirenye macam nostalgia gitu!.. Dua-tiga orang sahabat dsantai dah mula merepek! xde modul baru ke? amboi2... tak sempat2 ek? nak reka satu2 modul bukannye senang... jenuh perah otak pakai washing machine!.. fuh.. nak cepat2 boleh.. tapi modul2 lama la.. zaman jurasic park bole? ha... tau pon tak nak... so kene banyak bersabar la ye... sebut pasal sabar ni... sahabat2 tau tak.. lebih kurang 90 tempat perkataan "sabar" ni dalam al-quran.. apa2 pon ingat;ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِي Allah bersama orang-orang yang bersabar. Baik untuk modul kali ni... modul yang berbentuk riadah. Bola Iman. Bola Iman adalah satu modul riadah yang direka oleh peserta-peserta Kursus Fasilitator yang ana buat untuk Rakan Muda Masjid Politeknik Johor Bahru. Modul ni simple dan tak banyak kerenah. Tapi jika seseorang yang mengendalikannya mempunyai idea untuk membuat ulasan, ia bisa menjadi modul yang baik untuk pengisian rohani. Apa2 pon mai kita tengok dulu modul tu macam mana..

Tajuk: Bola Iman

Ketegori: Permainan / sukan / riadah

Masa: 30 Minit

Peralatan: Bola sepak (mengikut bilangan kumpulan)

Objektif:

1. Memupuk semangat berpasukan.
2. Menerap nilai keimanan dan ketakwaan

Langkah:

1. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan (1 kumpulan mengandungi 5-6 orang peserta)
2. Setiap kumpulan diberi taklimat mengenai prosedur cara permainan dan syarat-syarat permainan.
3. Ketua Fasilitator membuat ulasan selepas permainan.

Prosedur

1. Setiap kumpulan diminta membuat bulatan kecil (tangan diletakkan diatas bahu sebelah menyebelah).
2. Setiap kumpulan diberikan sebiji bola yang diletakkan di tengah – tengah bulatan.
3. 2 orang fasilitator ditugaskan berada di luar bulatan (sebagai pengacau) bagi setiap kumpulan. Para fasilitator dikehendaki mengeluarkan bola daripada bulatan manakala para peserta pula dikehendaki mempertahankan agar bola tersebut tidak terkeluar bulatan.

Peraturan:

1. Peserta dan Fasilitator hanya boleh menggunakan kaki sahaja didalam permainan ini.

Ulasan Fasilitator

1. Perbandingan bola sebagai iman para peserta yang mana mereka terpaksa mempertahankan daripada terkeluar (iaitu terbatal syahadahnya).
2. Para peserta juga hendaklah sentiasa berwaspada setiap masa daripada anasir-anasir yang cuba merosakkan iman mereka.

Ha... simplekan? tapi jika kita baca faham betul2 apa yang cuba disampaikan kepada peserta bukanlah satu bende yang main-main. Ia berkaitan dengan akhidah.

Muktahir la ni... memacam serangan akhidah yang menimpa kita.. Apa yang menakutkan ana ialah... kalau yang terang-terangan kafir itu mudah. sekali lihat kita dah tahu ia kafir. Tetapi apa yang menakutkan kita ialah ia berlindungan dengan perkataan "Islam" dibawah nama Jamaah Islam, Pertubuhan Kebajikan Islam, Ilmu Persilatan Islam, Tarikat, dan sebagainya tetapi mereka ini mempunyai rencana Jahat yang merosakkan akhidah. Akibat perbuatan mereka ini, mereka telah mencemarkan pertubuhan-pertubuhan islam yang lain. Lantas menyebabkan orang awam membenci KESEMUA pertubuhan2 Islam ini. Tak adil la macam ni kan?

Sepatutnya pertubuhan yang jelas bercanggah dengan akhidah wajar dikekang.. mereka bukan sahaja mencemarkan pertubuhan2 Islam Haq yang lain bahkan bisa mengheret ramai ummat Islam ke lembah kesesatan. Ini yang merunsingkan. Tambahan pula tiada usaha yang bersungguh-sungguh daripada pihak berwajib untuk menangani hal ini. Bahkan mereka ini diiktiraf oleh pertubuhan berdafar!

Atas kesedaran ini, dinasihatkan kepada sahabat2 dsantai, sebelum menyertai mana-mana jemaah, gerakkan , tarikat kaji lah terlebih dahulu.. cuba tanya ulama2 yang telah kita ketahui akhidah mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah. Hal ini penting agar kita tidak terperangkap masuk kedalam perangkap pertubuhan-pertubuhan sesat yang menggunakan nama Islam.

Pernah seorang anak Usrah ana bertanya;

Macam mana nak tau sama ada pertubuhan tu sesat ke tak?

Lantas ana menjawab; "lihat sama ada bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah atau tidak. Jika ia jelas bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah, pastinya pertubuhan itu adalah sesat"

Lalu ia bertanya lagi; err Islam Hadhari tu macam mana pulak?

Lalu ana menjawab; Adakah ia mengikut Al-Quran dan As-Sunnah?

Pembantu Naqib hanya tersenyum sambil melirikkan matanya kepada ana. Ana pun ikut tersenyum.

Wallahualam

Assalamualaikum wrh. wbt.

Apa khabar semua sahabat Dsantai sekelian. Moga-moga sentiasa dalam lindungan Allah swt. Alhamdulilah bersyukur kita atas kurniaan nikmat iman dan Islam kepada kita. Kali ini kita akan berdiskusi mengenai topik Bulan Seribu Peluang yakni Bulan Ramadan yang diberkati.

Bulan Ramadan adalah bulan yang diperintahkan ke atas kita berpuasa sebagaimana dalam firmanNya

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Al-Baqarah: 183)

Sebagai orang yang beriman, Bulan puasa seharusnya tidak dilihat sebagai bulan yang mengongkong atau menafikan hak sebagai seorang manusia. Tetapi Bulan Ramadan seharusnya dilihat sebagai bulan seribu peluang.

Ya! Seribu peluang..

Telah mana kita ketahui, Bulan Ramadan padanya diikat Iblis dan Jin yang sebelum ini menggoda manusia melakukan keingkaran kepadaNya. Hawa Nafsu pula dapat dikawal paling tidak sedikit lantaran kita dalam keadaan puasa. Demikian, sedikit sebanyak memberi peluang kepada kita untuk membersihkan diri dan mendekatkan diri pada Allah.

Seorang Perokok, yang merokok tidak kurang 40 sehari dapat mengekalkan mengurangkan jumlah batang rokok di hisap lantaran berpuasa di siang hari.

Seorang yang "jauh" daripada masjid dan surau, tetapi dibulan Ramadan, mereka mula mendekatkan diri dengan rumah Allah berlumba-lumba untuk mendapatkan bubur lambuk, moreh Keredaan Allah dengan melakukan ibadat Solat Terawikh, berzikir, bertadarus dan sebagainya.

Ini juga memberi peluang dengan mereka yang ingin mengaut keuntungan pahala sunnah dengan menjalankan perniagaan di Bulan Ramadan atau berpakaian mengikut sunnah, berjubah, berserban dan sebagainya demi mendapatkan pujian fadhilat sunnah.

Di bulan ini juga, merupakan peluang bagi mereka yang mempunyai perselisihan faham untuk menyelesaikan tentang apa yang diperselisihkan. Ini kerana lazimnya seseorang itu mudah marah memaafkan kesilapan, kesalahan atau perselisihan yang berlaku lantaran tidak mahu merosakkan pahala puasanya.

Ini hanyalah sedikit daripada seribu peluang yang terdapat di dalam Bulan Ramadan. Tinggal lagi, sama ada kita menafaatkan peluang dari sudut yang baik atau yang buruk. Adapun telah berkata Tuan Guru kami, " Seseorang yang tiada berubah sikap di Bulan Ramadan, Maka pastinya sukar akan dia berubah di bahagian (bulan) yang lain"

Marilah kita berlumba-lumba menyediakan persiapan selengkapnya bagi menyambut bulan seribu peluang ini. Jangan tunggu tibanya bulan ramadan baru nak buat persiapan. Mulakan persiapan dengan berpuasa beberapa hari di bulan ini, pada hari Isnin dan Khamis. Perbanyakkan solat Malam, berzikir dan sebagainya agar kita tidak merasa penat atau lelah ketika tibanya bulan Ramadan yang diberkati.

Wallahualam

Assalamualaikum wrh.wbt... apa khabar sahabat dsantai.. maaflah lame xposting... mcm biasa buat-buat sibuk.. lagipun sekarang ana masih dalam tour dsantai. Sepatutnya semalam berada di perak.. tapi atas sebab kebetulan di alor setar ni ada kenduri... so ana extend la balik perak. InsyaAllah pagi ni lepas kenduri ana akan berada di serdang kemudian kamunting lepastu pangkor. Sebut pasa kenduri ni.. ana dapat tahu ada pengunjung2 dsantai baru sahaja melangsungkan perkahwinan.. Tahniah... dan ada baru bertunang.. baru dok merisik...

Sheikh... enta bila nak kahwin?
InsyaAllah.. bulan 6.
Owh.. eh sekarang bukan bulan 6?
A'aah...
Habis enta kahwin bulan ni lah... Tahniah!
terima kasih... tapi bukan bulan 6 tahun ni la...
ceh.. habis tahun depan ke?
tak jugak..
Habis bulan 6 tahun bile?
Entah la... mungkin 2,3,4,5,6,7,8,9,10,... tahun akan datang...
Ceh! buang karan ana jerk layan enta!
Hehehe..jangan la marah.. nanti kene jual!


Jodoh pertemuan ni di tangan Allah...tentu kita pernah dengar budak baru habis SPM dah kahwin.. umur baru remaja dah berumah tangga...

Pssstt.. pengantin tu mudanyer?
yer lah.. baru habis balik U...
oooo patut la nampak muda... ... boleh tahan juga hensem..
eh.. tu pengantin perempuan... gemuk nya...
Haa'ah gemuk.. pendek...
hahahaha... hiss... tak baik mengumpat... tapi aku heran la....
amende?
yerlah... budak tu sikit punya hensem... tapi mcm mana dia boleh kahwin dengan pengantin peempuan tuh....
haa'aah... aku pun pelik la... perempuan tu budak kampung jerk... muke ngan shape out! mengaji takat spm jerk.
tu la.. padahal kat taman ni ramai awek-awekss... mcm kita ni.. sikit punya cun ape.. degree lagi!..
entahla... lelaki2 kat dunia ni semua dah buta gamaknyer...
hahahaha...

Ni lah namanya jodoh... selalu sangat kita jumpa pasangan-pasangan yang pada mata kita ni "tak sesuai". lelaki punya la hensem... perempuanye... adohaiiii.. malas nak sebut... kekadang... pengantin perempuan punya la cun melecun... tapi pengantin lelaki... isk... sakit mate den..

Ada yang pengantin lelaki dengan pengantin perempuan macam bapak dengan anak... tak kurang yang macam mak dengan anak. Kenape yer?... kenape?...

Tu la... aku sikit punya cun... umur dah 30.. tak dak sapa pun masuk meminang... sedih tau...

Entahla... bukan nak riak.. muka aku ni kategori hensem la jugak... tapi kenapa la sampai sekarang aku tak kawin2 lagik... semua tak jadik.. semua menolak.. hisssss....

Well, inilah yang dikatakan jodoh... benda yang walaupun kita rancang bagai nak rak... tapi Allah telah tentukan bahawasanya belum jodoh kita.... so kenalah bersabar...

Dan berita baik untuk kaum hawa.. anda tak perlu sangat nak berhabis duit dengan make-up bernilai ratusan ringgit... dengan program sliming, diet dan sebagainya.. kerana jodoh tidak mengenal semua ini... begitu juga dengan kaum adam.. tak perlu lagi anda habiskan ratusan bahkan ribuan ringgit untuk duit top-up nak "mengayat" orang yang anda minati... pernah seorang sahabat lama.... dulu masa sekolah dulu... memang terkenal dengan istilah belangkas... pasangan ideal gitu... sama Cun dan hensem... selalu jugak kene lecture dengan cikgu-cikgu... sampai habis sekolah.. last-last.. baru-baru ni ana dapat tahu yang sahabat ana tuh baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis dari seberang. Bila di tanya apa dah jadi?... dengan selamber dia menjawab..

dah jodoh nak buat macam mana?

ternganga jugak mulut ana. and then ana cuba risik jugak... sebab apa tak jadi... dia kata..
tak serasi.
huih... cinta berpuluh2 tahun.. tapi tak serasi?
a'aah.. tak serasi. entahla.. dia baik... tapi entah la.. payah nak cakap.. dia pun pikiaq macam tu jugak..
herm.. ngan isteri hang dari seberang tu serasi la pulak?
yerp.. aku tak bercinta dengan dia... terus kahwin...
macam mana tuh?
aku ni kan jawa.. adik beradik belah mak aku ramai kat sana... mak sedara aku tolong rekemenkan... aku ikut jekr...
ooOOo mcm tuh...
weih.. kredit aku dah kong nih... Assalamualaikum
waalaikumsalam...

So.. jangan pening kepala... the time will come... yg penting lengkapkan diri dengan ilmu rumahtangga terlebih dahulu b4 u talk about it. ok... Assalamualaikum..

sekadar rujukkan.

Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Amru ra. bahawa baginda Rasulullah SAW pernah bersabda: الالدنيا متاع وخير متاع الدنيا المرأة الصالحة. Maksudnya: “Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia itu ialah wanita solehah”. Hadith ini adalah hadith sahih riwayat Muslim No. 1467 dan Nasaie, Ibn Majah dan Ibn Hibban serta lain-lain.

Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan daripada gelojak nafsu” (Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari

Majlis Perkahwinan.. Apa yang boleh apa yang tidak

BOLEH:
Majlis Khatam Al Quran
Berzanji
Marhaban
Qasidah
Selawat
Tazkirah
Hadrah
Zikir

TAK BOLEH:
Bersanding
Joget lambak
Buka aurat
Kugiran
Tabur beras Kunyit
Perasap kemenyan
Pakai rantai (Bagi lelaki)
Karaoke
Membazir
Menunjuk-nunjuk




Assalamualaikum ustaz.. ana nak mintak tolong sket..

Waalaikumsalam.. tolong mende?

erm.. pasal roomate ana lah..


naper?


Ish.. susah nak cakap.. kang kalau sebut
mengumpat die plak plak...

mcm ni.. enta nak citer kat ana pasal roomate enta ni just syiok-syiok ker... or enta nak mintak nasihat?


er.. nak mintak nasihat lah..


then, citer jerlah.. xde masalah..


Mcm ni... roomate ana nih... die tak nak sembahyang...


Herm... abis enta buat ape?


ana nasihat die... tapi die tak nak dengar... ikut kan baran ana nak jerk ana ceramah jerk..


herm.. jangan marah-marah.. bawak bersabar... nabi berdakwah bukan dengan marah tapi dengan kasih sayang...


Macam ni... petang ni enta pi kedai kitab the cari satu poster yang tulis 15 seksaan meninggalkan sembahyang.. then lekatkan di pintu almari anta.

um... ok..

Lepas tu.. di bahagian whiteboard meja study enta.. enta tulis satu note... nota tu ditujukan kepada anta sendiri

Assalamualaikum
kepada (nama anta)

"then tulis nasihat mengenai kepentingan menjaga solat dan kelebihan solat."


Lepas tu laminating elok2 dengan kertas warna pastu lekat di whiteboard enta.
ok..


erm.. enta solat kat bilik ke solat kat masjid?


ana solat kat masjid..


ok.. sekali-sekala solat di bilik... ajak dia solat sekali..

owh.. ok.. pernah jugak ari tuh ana ajak.. ade lah dia ikut sekali

haa.. tu dah bagus... cuma kalau boleh waktu doa.. bace jerk bahasa melayu... mintak kat Allah supaya tetapkan diri kita ni sentiasa menjaga solat.

owh.. ok

apa hobi roomate enta?

err.. entah la ustaz..

Lah... mcm mane satu bilik xtahu nih...


err...


sepatutnya enta kene kenal dia dahulu.. buat baik dengan die,.. selalu sembang dengan dia... so bila enta nasihat.. baru la dia nak dengar... ni terus enta ceramahkan die.. mcm mana dia nak
terima..


err...


Ok.. mulai hari ni... enta kene rapat dengan dia.. berbual dengan dia... bersukan petang-petang same-same...ada masa ajak dia keluar minum kat luar.. belanja dia makan ke.. dia ada motor tak?


em.. xde..


enta?


ana ade..


ok bagus... enta ajak dia pi minum... or makan... pastikan time tuh ngam2 lepas makan.. masuk waktu solat... so lepas makan terus ajak dia pi masjid.. solat.. so nak tak nak dia akan ikut enta pi solat.. cuma jangan la bagi nampak ketara sangat yg kita sebenarnya nak ajak dia pi solat...


Ooo.. heheh.. tu bukan ke paksa dia sembahyang ke? bukan xde paksaan ke dalam beribadah.


paksaan? memang kene pakse pon.. solat tu wajib.. bukan sunat.. xbuat kene pakse. tapi pakse dalam erti kata berhikmah la.. jangan kira nak ceramah jerk..


hehe..

so lakukan rutin ni selalu... pi kuliah sama-sama... balik kuliah ajak dia singgah masjid..
so lama-lama dia akan terbiasa dengan rutin mcm enta.. so secara automatiknya dia akan suka pi masjid sebab dah terbiasa... paling tidak.. dia akan bersolat.. sebab dah terbiasa...

Bilik enta ada radio or komputer dak?


ada...


ok mcm ni... enta pernah dengar sajak dahi cecah ke sejadah tak? or talkin selimut putih oleh Hijjaz?


a'aah ada.. ada dalam laptop ana..


Ok.. sekali sekala... cuba pasang sajak tu tengok.. cuma jangan bagi dia peraksan la yg kita tujukan sajak tu kat dia.. pasang nasyid yg berkisar bab solat or mati... ana rasa sedikit sebanyak akan tersentuh jugak hati dia..

Ok.. ok.. ana cuba.. terima kasih ustaz..

Sama-sama.

p/s

sekiranya suami or isteri or anak-anak malas solat pon boleh guna kaedah nih..
cuma pandai-pandai la ubah ikut kesesuaian...
kadang-kadang berdakwah secara tidak langsung ini lebih berkesan daripada ceramah atau "leteran". Wallahualam.



Seringkali kita mendengar bahawa kita sekarang di zaman maju. Bukan lagi macam dulu. dulu lembab, kuno, ketinggalan zaman. Zaman sekarang zaman terkini, Hebat, Canggih, Advance, Maju dan macam-macam lagi perkataan nak menggambarkan zaman sekarang sanggat "canggih" tetapi dari sudut yang berbeza saya melihat zaman sekarang ialah zaman yang kejam, tidak berperasaan, biadap, zalim dan macam-macam lagi... jauh lebih teruk dari zaman terdahulu if u know what i meant

Bukan bermaksud saya menolak kemajuan, cumanya saya merasakan kemajuan yang kita sedang kita hadapi sedikit sebanyak mengikis nilai manusia yang ada pada kita. Mari kita tengok satu persatu perbezaan antara zaman dahulu dengan zaman sekarang.

Zaman dulu... ibu menyusukan anak... sedikit sebanyak kasih sayang mengalir dari tubuh ibu ke anak.. tetapi sekarang anak hanyak di sumbat dengan susu-susu formula yang terdapat di pasaran. Teringat seorang sahabat bertanya mengenai hukum ibu susuan. "Sheikh... kalau budak menyusu dengan susu lembu... kira budak tu anak susuan lembu ke?"

zaman dulu... anak dibuai dengan lagu dodoian yang mengasyikkan... sekarang anak dibuai hanya dengan buai elektrik.. siap ada rakaman lagu.. lagu westlife, mariah carrey.. tidak lagi terdengar suara dodoian si ibu..

Zaman dulu... anak dibesarkan di rumah.. dididik yang mana baik... yang mana buruk.. sekarang anak dibesarkan di nursery... macam-macam pesyen dok ada..himpun semua sekali kat sana... gamak bising.. pengasuh taruk ubat tido.. habis semua tido...

Zaman dulu.. balik sekolah... semua buka buku.. abang ajar adik... kakak ajar adik.. kalau abang dengan kakak tak tau... mak dengan ayah akan ajar... malam ngaji quran dengan mak dan ayah tapi sekarang...Bile balik sekolah... pukul 1.30 ptg, pi sekolah petang pulak.. sampai pukul 6.30ptg balik sekolah petang mandi-mandi.. siap pi tuisyen. balik tuisyen xsempat nak buat keje sekolah dah ngantuk.. mana nak buat keje sekolah pagi.. keje sekolah petang... keje tuisyen lagik..

Zaman dulu... kerap ziarah sanak saudara bertanya khabar... bawak buah tangan.. berkumpul ramai-ramai.. makan-makan... bermesra... Sekarang... tanya khabar main sms jerk. kekadang nak jumpa 1 bulan sekali pon payah.. walaupun dok dekat..

Zaman dulu.. waktu pi beli belah... suami akan teman si isteri... tolong angkat barang... pilih barang sama-sama... zaman sekarang, si suami just kirim kad kredit.. nak beli apa beli lah sendiri jangan over limit sudah.

Zaman dulu... bila bercakap cukup jaga adab. Bahasa penganti diri saya, cek, kawe, ambo, teman cukup lemah lembut.. tapi zaman sekarang orang tua, orang muda, budak-budak semua main pukul rata... I.. U... I.. U...

Zaman dulu... bila tengok tv bila ada adengan cium semua budak-budak bawah umur kena tutup mata... tak cukup umur katanya... zaman sekarang... gambar dan video lucah penuh dalam handphone budak-budak sekolah.

Zaman dulu... bila nak kenduri.. semua orang kampung pakat berkumpul.. tolong menolong katenyer... pakat masak ramai-ramai.. ada yang tukang angkat hidang... menjerit.. 1 lagi hidang.... air sirap tak cukup... budak-budak basuh pinggan dapat seorang 10 ringgit.. lauk lebih pakat bawak balik sorang sikit..serba serbi meriah... zaman sekarang... semua main katering.. habis makan terus belah... langsung tak dak nilai ukhwah... semua mai just nak mengketedarah

Zaman dahulu... bile malam... orang-orang kampung berkumpul di wakaf-wakaf bertugas menjaga keamanan kampung... pada masa yang sama bermesra-mesra... bertukar-tukar pandangan... nasihat menasihati.. zaman sekarang.. semua harap sekuriti taman.. kalau rumah sebelah bunyi alam bagai nak rak pon tak siapa nak peduli.

Zaman dahulu.. petang-petang... buat kueh... mee goreng.. lauk... main tukar-tukar dengan rumah sebelah... hulur kat pagar tepi rumah jerk.. sambil-sambil bertanya khabar.. Zaman sekarang.. pagar rumah dah macam penjara.. satu hape pon tak nampak.. panggil sampai nak tercabut tekak... haram xkeluar.

Zaman dahulu bila berkunjung rumah orang.. kena bagi salam... lepas tu tuan rumah jawab salam... bak kata ustaz-ustaz... memberi dan menjawab salam itu banyak kelebihan... ada ganjaran pahala... zaman sekarang.. bagi salam sampai ke malam pon belum tentu dengar.. semua main picit loceng.. kalau loceng rosak.. lagi naya.. sebab tu ada cerita mak nak masuk bilik anak kene telefon anak dalam bilik suruh bukak pintu.. sebab ana xdengar.

Zaman dulu... kalau cakap orang percaya... zaman sekarang kalau cakap orang tak akan percaya.. kalau ada kertas kerja, fail kerja baru orang percaya walaupun kertas kerja dan fail kerja tu sebenarnya auta. Orang lebih percaya kertas dari manusia. ISO katanya. Orang akan kata seseorang itu rajin sekiranya kertas kerjanya banyak... meskipun dia tak buat kerja daripada orang yang banyak buat kerja tetapi tak dak kertas kerja.

Zaman dahulu.., qualiti time dengan keluarga cukup banyak.. boleh santai bersama-sama keluarga tanpa gangguan.. zaman sekarang nak buang air dalam jamban pon tak aman.. bab khusuk dalam sembahyang jangan cakaplah.. handphone berbunyi tak kira masa... tak kira tempat.. langsung tak dak masa nak berehat..

Zaman dahulu.. masyarakat cukup suka tolong menolong.. kata ustaz ni adalah ibadat.. tak payah nak mintak tolong.. pasti ada yang datang dekat.. katanya nak tolong.. nak berkhidmat.. zaman sekarang... nak tolong... boleh... tapi.. upahnya kena ada.. mana ada yang free dalam dunia ni.. nak masuk tandas buang air pon 30 sen.. tak cukup 10 sen.. boleh buang air tapi tak boleh basuh!

Dan banyak lagi bende kalau nak dikarang di sini pakat tak buat kerja lain la jawabnya.. Mungkin semua ini berlaku sebab generasi sekarang ramai anak susuan lembu gamaknya! including me.. heh?
kumpulan artikel 0 Catatan Tambahan | |


Al-kisah, terdapat sebuah perkampungan nun jauh di gunung Himalaya.. Terdapat sekumpulan manusia purbakala tinggal berkampung. Telah berkurun mereka tinggal disana terpisah dari dunia luar. Adapun hidup mereka itu tiadalah maju malah tiadak ubah seperti zaman prasejarah... Suatu hari kampung mereka mendapat berita bahawasanya akan mendapat kunjungan buat julung-julung kalinya dari orang bandar ke kampung mereka. Maka siap siaga ketua puak merancang mengadakan pesta menyambut akan kedatangan orang-orang bandar itu.

Setelah tiba akan orang-orang bandar itu ke kampung mereka. Maka berpestalah mereka dengan makanan dan menunjuk-nunjuk kehebatan masing-masing. Setelah puas mereka berkenal-kenalan maka sebelum berpisah.. berkumpullah akan semua mereka bergambar kenang-kenangan. Maka pulanglah mereka ke sarang masing-masing. Setelah beberapa hari maka kunjung tiba surat yang dihantar orang bandar kepada mereka mengandungi sekeping gambar.

Maka panggil akan ketua puak itu akan semua orang-orang kampung.

"Wahai orang-orang kampung.. ni ada gambar pesta kita hari tu yang di kirim oleh orang-orang bandar, mari kita pakat tengok ramai-ramai" Ujar ketua puak yang ditranselit ke bahasa melayu.

Ni gambar kamu... ish... huduh betul.. lubang hidung kamu... isk isk isk
Ni pulak gambar kamu.. hiss.. boroi sungguh perut kamu...
Ni pulak... gambar kamu.. hiss.. kerinting macam bulut sabut rambut kamu yer..

Ketua puak membuat ulasan keatas gambar. Ulasan ketua puak disertakan dengan cercaan dan hinaan. Maka terasa malulah akan diri orang yang dikatakan itu.. Semua mereka yang terdapat di dalam gambar itu mendapat ulasan dan cercaan ketua puak... kecuali seorang...

Gambar itu di dekatkan dengan mukanya.. sesekali ia menggaru-garu pelipisnya yang tak gatal... keningnya berkerut-kerut... ish... gambar siape pulak nih? tak biasa nampak pon orang nih? gerutu hatinya

"eh.. ni gambar sape pulak yer.. tak pernah tengok pon.. Dah tu muke die la yang paling huduh dalam gambar ni.. rambut kerinting bagai... muke macam jambatan tak siap... gambar siape ni yer? korang kenal tak?" Laung ketua puak sambil menunjuk-nunjuk kearah gambar seorang lelaki di dalam gambar tersebut.

Lalu ketawalah semua orang-orang kampung selepas melihat wajah lelaki yang terdapat didalam gambar tersebut... "Kah.. Kah.. Kah..." Huargh.. Huargh... Huargh...." sampai ada yang tergolek-golek diatas tanah sambil kaki di goyangkan ke atas... dek lantaran tak tahan menahan geli hati.

"Cis.. korang nih.. aku tanya.. korang gelak pulak.. aku lempang jugak kang.. Ni muka sapa hah? muka dah la huduh... ni mesti bigfoot yang keluar kosmo! hari tuh nih.." Tambah ketua puak dengan berang.

Lalu.. datang seorang budak berumur lingkungan 4 tahun... "Tok.. tok... sebenarnya lelaki dalam gambar tu sebenarnya adalah tok!"

Cis, berani kamu kate muka lelaki yang huduh ni muka aku?
Ujar Ketua Puak menahan kemarahannya

Lalu terdengarlah akan ketua Puak itu suara-suara yang mengatakan bahawa sememangnya lelaki di dalam gambar itu adalah dirinya. Maka sedarlah ia bahawa sememangnya itu adalah gambarnya.. tiadalah ia dapat menahan malu lalu membawa dirinya lari ke batu belah batu bertangkup. Sehingga kini Ketua Puak tidak lagi kembali ke kampung tersebut. Khabarnya dia telah menjadi tauke Kedai Gambar yang berjaya di Bandaraya Himalaya.

Assalamualaikum, Ape khabar sahabat-sahabat dsantai. Harap-harap sihat lah yer.. walaupun citer di atas nampak macam merapu dan tah hape-hape. Tapi jika diteliti dengan teliti kita akan dapati perkara ini sebenarnya sedang berlaku dalam dunia realiti sekarang.

Sering kali kita mendengar suara-suara sumbang memperkatakan tentang personaliti orang lain. Mengkritik semahu-mahunya. Tetapi dalam pada yang sama, dia tak sedar yang personalitinya jugak sebenar jauh lebih teruk dari apa yang dia perkatakan kepada orang lain.

Contohnya mereka yang mencela orang lain lantaran gagal mendidik anak..

" Tengok tu anak si polanah- binti si polanah... anak macam hantu raya.. berkepit dengan jantan tuh.. berkepit dengan jantan nih.. hisss.."

Tetapi secara sedar atau tidak... sebenarnya anaknya sendiri 2 X 5.. bahkan kadang-kadang lagi teruk. Inilah yang berlaku... ramai di antara kita sibuk mengkritik orang... orang tu teruk lah.. orang ni tak bagus lah... dia tu macam tu lah... dia tu macam ni lah... sedangkan dirinya sendiri lebih teruk dari mereka yang dia umpat.

Sepatutnya... daripada sibuk dok perkatakan tentang orang lain... adalah lebih baik diperuntukkan masa untuk menisbah diri... buat muhasabah diri... cuba lihat kelemahan diri sendiri..., agar dapat dibaiki.

"Biasalah ustaz... kekadang bukan kita saja nak cari kelemahan orang lain... tapi secara automatik nampak kelemahan orang lain"

Memang tak dinafikan... kekadang memang kita ternampak kelemahan orang lain... So apa perlu kita buat.. sekiranya kita mampu untuk memberi nasihat silalah beri nasihat secara berhadapan... Bukan di belakang... atau sekiranya tak mampu... ambil apa yang kita nampak tu jadikan sempadan.... agar kita tidak melakukan perkara tersebut. Bukannya mensensasikan kelemahan orang lain.

Dulu kalau nak mensensasikan cerita pasal kelemahan orang lain perlu mencari pasangan.. jumpa kat mana-mana... selalunya belakang rumah.. sambil cicah-cicah buah pelam.. Sekarang dah tak perlu... boleh call jerk... tak pon sms... nak best lagi.. tulis dalam majalah, blog, forum... or kalau nak ramai yang tahu.... boleh call rancangan-rancangan TV.. atau radio yang sediakan slot mengumpat!..

Begitu juga halnya dengan politik tanah air mutakhir ini... penuh di dada-dada akhbar, dalam TV, radio... bunyainyer semacam jerk.. Pengkhianat!, Derhaka, kurang ajar dan sebagainya. Tetapi dalam masa yang sama mereka tak sedar bahawa mereka juga sebenarnya seperti apa yang mereka katakan itu. Cuma bezanya... ketika mereka melakukan kesalahan tu (di terengganu dan perlis)... tak de plak liputan macam 2-3 hari nih... bahasa yang digunakan pembaca berita lunak jerk... tapi time orang lain... hentam bagai nak rak.. bahasa pembaca berita pon boleh tahan biasanya! tak kurang siap berdemonstrasi dengan kain rentang caci maki... isk isk isk...

Oklah... tu jerlah posting kali nih... tak leh banyak-banyak.. nanti kena charge menghasut! isk isk isk... jumpa lagi dalam posting akan datang... Ilal liqa wa maasalamah




Assalamualaikum...

apa pandangan sahabat2 semua pasal tajuk kali ni ? "BERCIUM DI DALAM MASJID" dan yang bercium tu pulak antara lelaki dan perempuan bukan mahram.

Tu lah yang ana saksikan tengahari tadi... kebetulan ana tertengok drama dalam TV kalau xsalah ana tajuk dia "Melur Masih Harum". Masa ana tertengok tuh... time dalam masjid.. majlis akad nikah.. lepas jerk acara akad nikah... pengantin lelaki sarung cincin kat tangan perempuan. and then kalau xsilap pengantin perempuan cium tangan pengantin lelaki.... dan yang sahih tanpa keraguan lagi... camera siap zoooooOOOOmMm kat mulut pengantin lelaki mencium dahi pengantin perempuan.

Hisss,... tiba-tiba terasa panas satu badan... berlakon-berlakon jugak... tapi agak-agak la... even kalau nak nampak real pon... yang sampai pi cium dahi dalam masjid ni ape citer?

"Ala.. tu berlakon jerk... bukan betul2..."
"Aik? bukan betol2 ape.. dah mulut lelaki tuh melekat kat dahi perempuan tuh.. kalau x kene boleh gagah lagi!"
"hum...."
"Enta rasakan... derang belakon dalam masjid tuh dapat kebenaran pihak AJK Masjid tak?"
"Eh mesti la... kene mintak kebenaran AJK masjid.. bukan boleh ikut suke jerk"
"Kalau macam tu.. boleh tak ana kata AJK masjid membenarkan derang belakon dalam masjid?"
"erm.. boleh kot"
"Enta rasa la kan.. pasai apa masjid XXXXXX tak bagi ustaz XXXX berceramah kat masjid tuh?"
"tu sebab ustaz ni sokong XXX"
"Aik? sebab sokong XXX tak boleh berceramah dalam masjid"
"yerp.. depa suka cakap politik dalam ceramah depa"
"Owh... xleh cakap politik..... habis... berlakon dalam masjid siap salam lelaki perempuan... siap bercium dahi tuh macam mane pulak?"
"errr.."

sebagai kesimpulannya... meh la kita pakat-pakat pikir... ape peranan institusi masjid sebenarnya? entahlah... masjid sekarang dah jadi alat pameran... di bina untuk tatapan pelancong... dan kini dah jadi lokasi pengambaran... canggih sungguh masjid kita...

khutbah jumaat pulak banyak "membuka minda" dengan tajuk yang canggih-canggih... sebab tu ramai yang "khusuk" sambil mengangguk-anggukan kepala tanda faham ketika khutbah di bacakan... tak kurang yang tunduk tanda akur... sehingga dahi mencecah lantai... di iringi pulak bunyian dengkur.. sungguh syahdu!

buat ape nak sebut pasal murtad dalam khutbah.. hissh takkan nak sebut pasal maksiat di Malaysia... nak sebut pasal arak, judi haram... hisshhh... xboleh tuh... nak sebut pasal tutup aurat... iskkk... bunyi macam politik murahan jerk... Hudud? his! jangan cari pasal... baik khutbah pasal
makanlah buah-buahan tempatan, melancong di Malaysia...

Suatu petang, ketika haziq dan ayahnya sedang minum kopi di anjung rumahnya..

best betul lah kerajaan negeri kedah ye ayah”. Haziq memulakan bicara memecah kesunyiaan

awatnya?” Soal ayahnya inginkan kepastian

ya la.. xpernah dalam sejarah bola sepak kat Malaysia ni, dapat tengok bola kat stadium free”. Jelas haziq.

ohh.. a’ah.. yang kedah menang 5-1 hari tu.

tapi abah, kenape kata free tapi still kena ambik tiket?” Tanya haziq sambil mengerutkan dahinya.

yer lah, kalau xde tiket.. takut penonton exceed limit.. mau pecah stadium tuh.”. jelas ayahnya dengan panjang lebar.

Ooo.. macam tu..” ujar haziq sambil mengangguk-angguk kepalanya tanda faham.

Tapikan ayah.. ada yang tak dapat masuk..” jelas haziq

A’aah.. biasalah dah ramai sangat.. xmuat..” jelas ayahnya sambil matanya terkebil-kebil menghirup kopi panas.

Kesian la kat depa kan ayah, mai jauh-jauh tapi xdapat tiket”.keluh haziq

Yer lah, kalau datang jauh sekali pun tapi dah sampai lambat.. time kaunter tiket dah tutup.. tiket dah habih.. so xboleh la masuk..” jelas ayahnya.

Ooo…” haziq mengiyakan kata-kata ayahnya sambil mengangguk-anggukan kepalanya.

Esok kita mati esok macam tu lah jugak.

Maksud ayah?” Tanya haziq minta kepastiaan

Yer lah.. kita anggap stadium tu syurga. Nak masuk syurga.. mesti ada “tiket”. Walaupun kalau nak ikutkan selagi kita beriman, kompom dah masuk syurga. Tapi kita tetap perlukan tiket.

Erm.. tiket? Soal haziq sambil sesekali menggaru – garu pelipisnya yang tidak gatal.

A’aah tiket… dan tiket tuh pula mesti lah di perolehi sebelum “kaunter di tutup”. Ayahnya menambah.

"Kaunter? Erm.." soal haziq dengan sedikit mulutnya ternganga..keningnya bertambah kerut sambil cuma memikirkan maksud ayahnya itu.

Yer lah… Stadium itu umpama syurga.. kita perlukan “tiket” iaitu pahala. pahala ni kita boleh perolehi sebelum “kaunter ditutup”.

“Ohh…”
haziq mula memahami apa yang dimaksudkan oleh ayahnya.

Kaunter tu pulak tempoh untuk beramal yang kita ada sebelum sampai kiamat. Kalau dah kaunter di tutup yakni kiamat.., xguna segala amal kita selepas tuh.. tambah ayahnya, cuba memahamkan anak sulungnya itu.

“Owh…” Haziq mengangguk- angguk kepalanya sambil tersengih..

Cuma beza antara kaunter tiket nak masuk stadium dengan “kaunter tiket” nak masuk syurga ialah.. kaunter tiket nak masuk stadium hanya ada dekat dengan stadium… selalunya sebahagian daripada banggunan stadium… tapi kaunter tiket nak masuk syurga ada di mana-mana.. so tiket nak masuk syurga.. boleh di dapati di mana-mana.. iaitu amalan ibadah yang kita boleh lakukan bila-bila masa.. dan di mana-mana sahaja. Amal ibadah bukan sekadar terikat pada solat, puasa, zakat, dan haji semata-mata.. tapi keseluruhan cara hidup kita.. sekiranya cara hidup kita mengikut syariat islam.. dan pekerjaan dan kerja buat kita ni semua diniatkan sebagai ibadah kepada Allah swt, maka ia akan menjadi “tiket” kepada kita untuk ke syurga. Terang ayahnya dengan panjang lebar

OOoowh.. macam tu.. tapi ayah.. selalunya kita kerja kan untuk duit.. sebab kalau kita kerja untuk ibadah semata-mata mesti kita tak ambik duit.

Herm.. bukan macam tu haziq.. duit tu hanya hasil. Bukan tujuan. Macam contoh kita sembahyang la.. kerana nak menunaikan tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah. Tapi hasilnya kita jugak mendapat tubuh badan yang sihat kerana perbuatan solat tu adalah satu exercise badan.

Owh… tapi ayah.. kalau kita kerja kerana nakkan wang semata-mata, macam mana?

“Kalau kita niat semata-mata wang.. maka dia xdapat la ganjaran pahala.. macam solat tadi lah… kalau dia niat kerana nak exercise badan semata-mata so dia just dapat badan sihat la… tapi tak dapat la pahala.”

“Owh… macam tu…” haziq mula faham apa yang cuba disampaikan oleh ayahnya.

“Ada satu kata-kata: Kalau tanam padi, lalang akan tumbuh sama, Tapi kalau tanam lalang, padi takkan tumbuh sama”..kalau kita cari akhirat.. maka dunia mesti datang sama.. kalau kita dok kejar dunia.. maka akhirat xkan ikut sama.
Assalamualaikum... apa khabar sahabat2.. sumer.. maaflah dah berkurun xupdate.. baru nak mule balik... sekarang dok tengah test broadband digi... adoihhh punye lah lembab.. maybe sebab pakai bluetooth jerk ke laptop.. adeh, nak beli card reader xmampu lagi... huhu.. dengar kata plan maxis lagi best.. siap dapat die nyer modem.. cuma lecehnya nak kene ikat kontrak selama 1 tahun... hum... susah la sket...

perkembangan terbaru...

buat masa ni sibuk la sket... dok urus pasal nak sambong belajar... entah lah ada dua pilihan... yang satu.. ke mesir terus tahun akhir.... satu lagi ke hadramaut yaman, 4 tahun... xtau la nak pi mana satu.. isk isk isk... pening... apa2 pon... tahun depan yg pastinya akan sambung belajar... cuma xtau kemana... entahlah.... dah puas pikir... xtau nak pi mana... payah2... lepak jerk terus kat pondok... hehehe...

Apa2 pon... ana nak ucapkan selamat menyambut hari Keputraan Nabi Muhammad s.a.w. walaupun ada orang kate ni bidaah la hape lah... tapi yg penting, sambutan maulid nabi ni bukan sekadar sambutan.... tapi kene penghayatannya sekali...

Kalau kita tengok.. banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman dahulu, kita jadikan perayaan... eg. isra' mikraj, maulid Nabi, Hijratul Rasul, Hari Asyura dan sebagainya... dan ada juga dari peristiwa sejarah Islam dijadikan ibadah.. contohnya peristiwa Hajar cari air di safa dan marwah dijadikan salah satu komponen dalam ibadah haji iaitu Sai'e, begitu juga peristiwa Israk mikraj.. dialog antara Allah dengan Nabi Muhammad s.a.w yang dijadikan bacaan didalam tahiyat..

Setiap peristiwa yang berlaku, menuntut setiap otak yang waras untuk berfikir dengan dalam... apa sebenarnya yang berlaku... hikmah terjadinya peristiwa tersebut... dan perkaitan dengan konteks hidup kite sekarang... Ni semua bukan sekadar sejarah semata-mata ataupun hanya sekadar mengigati tarikh peristiwa semata-mata... tanpa penghayatan dalam erti kata yang sebenar..

Selalu sangat bila israk mikraj, kita selalu mendengar syarahan agama/ ceramah pasal Nabi saw nampak dalam peristiwa tersebut tentang seorang manusia yang makan daging saudaranya sendiri akibat mengumpat... tapi tu lah.. dah berapa puluh tahun kita sambut israk mikraj... dengar ceramah mengenainya.. kita masih lagi dengan tabiat mengumpat... tak hilang-hilang.... kesian tukang ceramah tuh... berpeluh-peluh... bersembur-sembur air liur... tapi masyarakat masih dengan sikap lama mereka... seolah-olah xpernah dengar ceramah pasal israk mikraj... nak tau sebab apa?.. mudah jerk... xde penghayatan dari erti kata sebenar... selain dari Hidayah dari Allah saw.

Dan sekarang ni plak kita dalam suasana dok sambut hari kelahiran Nabi saw. Satu-satunya manusia yang kita sambut "birthday" walaupun dia dah xdak di dunia... Kita pernah "sambut" ulang tahun hari kematian saudara mara kita dengan tahlil dan yassin... tapi kita xpernah sambut hari kelahiran saudara mara kita yang dah mati dengan apa2 jenis sambutan... Tu nak tunjuk bahawa betapa kita kasih akan Nabi junjungan kita saw.

Sebut pasai kasih nih, tentu sahabat2 semua sedia maklum bahawa abu Jahal dan abu Lahab yang dijanjikan neraka pon bergembira dan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad saw.. Bahkan kalau kita baca dalam kitab-kitab yang berkaitan dengan hari kelahiran baginda.. bahawasanya pak sedara Nabi nih siap tawaf Kaabah... buat kenduri kendara... Tapi pasai apa mereka ni dijanjikan neraka? Adakah mereka tak sayang ke Nabi? Eh sayang depa kalah kita... depa tu siap ada pertalian darah lagi dengan Nabi Muhammad saw... tapi pasai apa? Mudah saja.. sebabnya mereka menolak Islam... mereka tidak beriman...

Begitu jugak dengan kita.. kalau kita setakat sambut kelahiran Nabi, berarak bagai nak rak.. dengan berzanjinya, marhaban... dan macam-macam lagi... tapi kalau kita TOLAK ISLAM... kita ni sama la macam Abu Lahab dan Abu Jahal..

Maulid Nabi ni bukan sekadar sambutan... tapi penghayatan secara menyeluruh.. iaitu dengan beriman dengan sebenar-benar iman dengan risalah yang dibawa baginda.. bukan time maulud jerk sambut dan kasihkan Nabi... tapi pada bulan-bulan lain.. kutuk Sunnah Nabi, persendakan Hukum Islam yang sepertimana Nabi laksana ketika hayatnya, dan sebagainya...

Oleh yang demikian... mai la kita pakat renung dalam-dalam... Islam bukan sekadar perayaan semata-mata... tapi penghayatan... pengamalan dan penghambaan diri mengikut apa yang telah dibawa oleh Nabi Junjugan kita Muhammad saw... Wallahualam
Assalamualaikum, wah dah 15 hari tak update blog nie.. semalam (hari Isnin) baru ke rumah (Johor) setelah menempuh perjalanan hampir 8 Jam. Kaki sebelah kiri sampai hari ni masih terasa lenguh dek keadaan kerusi diatas bas yang rapat sehingga membatasi pergerakkan kaki. Mungkin bagi orang lain tak terasa sangat sempit, maybe sebab ana ni jenis golongan terlebih inci kot.. Kalau tak salah, tinggi ana 174 (ukur 4 tahun dulu). dengan badan yang semakin sihat nih.. (85 KG) dah cukup untuk ana kelihatan seperti incridable Hulk. Naseb baik la badan tak warna hijau. huhuh....

Tambah plak sekarang ni musim hujan. Cuaca sejuk sket. Bertambah kejang la rase kaki nih. Kekadang sampai terjaga tengah malam. terpaksa sapu minyak panas untuk "cool down" kan rasa kejang. Sambil tangan dok gosok kaki, mulut pulak mengeluh.. "adehh.. kejang", mata pula tak leh nak lelap.. dok berkelip-kelip menahan sakit... semua organ badan ni seolah-olah bersimpati dengan nasib yang menimpa kaki ana tuh.. teringat satu hadith Nabi s.a.w

Peumpamaan orang-orang mukmin dalam masalah kecintaan dan kasih sayang serta pertolongan di antara mereka bagaikan satu tubuh. Jika salah satu organ mengeluh kesakitan, nescaya seluruh tubuh ikut panas dan tidak dapat tidur” (Hadits Riwayat Ahmad dan Muslim)

Alangkah indah hidup kita ni kalau semua manusia macam hadith nabi nih. Susah sama-sama, senang sama-sama. hidup dalam rukun dan damai. Tak dak perasaan hasad dengki sesama kita. Cuma tu lah... payah nak cari yang macam nih. Selalunya, bila senang and enjoy same-same.. tapi bila susah.. semua blah tinggalkan kita.

dan yang paling besh tuh.. kekadang kawan baik sendiri plak tue. Depan kita, mak aih. sikit punya baik.. lidah lembut daripada agar-agar puding, tapi belakang kita.. dok hentam kita. aduhai... kenapa lah mesti macam ni?

“Ketika mereka (Muhajirin) tiba di kota Madinah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mempersaudarakan di antara Abdurrahman (bin ‘Auf) dan Sa‘d bin Rabee‘. (Sa‘d) berkata kepada Abdurrahman: “Sesungguhnya aku adalah golongan Anshar yang terbanyak harta, maka aku membahagi hartaku dua bahagian, dan aku mempunyai dua isteri, lihatlah yang mana engkau lebih tertarik daripada keduanya, lalu sebutkan namanya kepadaku, maka aku akan menceraikannya. Kemudian jika sudah habis ‘iddahnya maka kahwinilah dia.” Abdurrahman berkata: “Semoga Allah memberkati keluargamu dan hartamu, (akan tetapi) di manakah pasar kamu?” Mereka menunjukkannya pasar Bani Qainuqaa‘…” (Hadits riwayat Al-Bukhari)

Kadang kala bila membaca kisah percintaan para sahabat dengan Baginda s.a.w rasa nak mengalir air mata.. rasa rindu nak berada di zaman itu. Zaman yang penuh dengan kilauan cinta suci antara kaum muslimin. Tiada istilah tikam belakang, tiada istilah hasad dengki. Semua hidup dalam keasyikkan cinta Ilahi.

Tetapi kini. Manusia hidup dalam keadaan yang sangat hampeh. Hasad dengki, tikam belakang, depan cakap lain belakang cakap lain.. dah menjadi lumrah hidup.

Ke mana hilangya haruman cinta Muhajirin dan Ansar,
Ke mana hilangnya gemersik alunan rindu para Sahabat
Mengapa dihiasi persahabatan itu dengan kalungan sifat munafik
Di hidangkan pula dengan lautan daging busuk?
Ke mana? Mengapa?

Bagaimana kiranya seandainya Allah uji kita dengan ujian yang seperti mana berlaku di Palestin. Adakah ketika itu kita akan bersatu lantas menentang musuh atau... kita seperti mereka di luar sana.. yang masih bertelagah sesama sendiri, berbunuhan, berpecah belah sampai musuh bisa mengambil kesempatan menari-nari diatas luka-luka hasil percakaran kita dan saudara kita sendiri?

Pada hemat ana, sebenarnya kita ni telah didoktrin didalam pemikiran kita dengan prinsip individualistik dan asobiah yang melampau. Kita tidak mempunyai perasaan kecintaan sesama kaum muslimin. Kita tidak merasakan semua kaum muslimin itu sebagai saudara-saudara kita.

"ah lantak la.. bukan adik beradik aku.."
"ah lantaklah.. tu keluarga dia.. bukan keluarga aku.."
"tak de kene mengena ngan aku"
"lantaklah.. tu negara dia orang.. bukan negara kita"

Sebab tu seringkali, kita terdengar ucapan-ucapan berbaur racist dan fascist. Sikap tidak ambil peduli dan lantaklah! ni harus di kikis. Juga semangat nasionalist yang membuta tuli dan juga semangat berpuak-puak yang melampau jugak harus dikikis.

Sepatutnya bagi setiap orang Islam, perlu ada semangat Win Win (menang, menang) bukan Win Lose (Menang, Kalah) sesama kita. Biar kita menang dan pada masa yang sama pesaing kita (juga kaum muslimin) tidak kalah. Tak perlu kita tindas menindas sesama kita. Suburkan cinta dan persaudaraan sesama kita. Sekiranya ada perselisihan faham dan pendapat. Kita berbincang secara elok.

فَٱعۡفُ عَنۡہُمۡ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُمۡ وَشَاوِرۡهُمۡ فِى ٱلۡأَمۡرِ‌ۖ فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ

"Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” Ali Imran (159).

dan sekiranya, kita terdengar ada orang bawah khabar yang tak elok or mengumpat. Maka seharusnya jangan la kita join sekaki mengumpat. Sepatutnya kita menasihati dan mendamaikan mereka tu. Jangan kita melaga-lagakan lagi mereka tu.

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" ( Hujraat:10)

Dan ana yakin, sekiranya kita benar-benar menghayati konsep persaudaraan di dalam Islam, maka kita tidak akan membuat statement atau kenyataan menghina negara saudara- saudara Islam yang lain, kita tidak akan melaga-lagakan sesama Saudara kita, Kita akan peduli dengan nasib dan penderitaan negara saudara-saudara kita.

Ayuh kita sekelian bersatu. Jangan letakkan dalam diri kita tembok pemisah antara keturunan, bangsa, suku, kaum, negeri, negara, persatuan, warna kulit dan apa sahaja. Sesungguhnya kita semua adalah bersaudara dibawah kalimah Toyyibah, kalimah syahadah.