Memaparkan catatan dengan label MODUL MOTIVASI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MODUL MOTIVASI. Papar semua catatan

Assalamualaikum sahabat2 dsantai sekelian, moga sentiasa dalam rahmat Allah swt. Post kali ini hanya sekadar perkongsian modul motivasi. Yeah! dah lame kan ana tak kongsi modul motivasi. Tadi ana check antara modul motivasi yang telah ana kongsi ialah, Cermin diri V 0.1, Bola Iman, Murahbasah, Intipati Ukhwah, Pelayaran Lebai Malang, Persembahan Hari Guru dan Semut Gila. Ok kali ni, ana nak kongsi modul Cermin Diri Versi 0.2. Sebelum ana kongsi modul seterusnya, ingin ana tegaskan kesemua modul ini "TIDAK BOLEH DI TERBITKAN SEMULA BAGI TUJUAN KOMERSIAL". Kalau selain daripada tujuan komersial, amatlah di alu-alukan. Nak copy dalam blog ke, website ke.. or laksanakan dalam program kelolaan antum.. silakan saja.. Kalau dapat sertakan link dsantai lagi bagus. Bukan giler glam. sekadar boleh dijadikan rujukan sekiranya ada soklan berbangkit Okeh? Sebarang soalan sila emailkan kepada ana di dakwahsantai@gmail.com

Cermin Diri V 0.2
Masa: 1 Jam 15 Minit
Peralatan: Kertas A4, Pensel, Kotak

Penyediaan Modul

1. Sediakan kertas 4 sebanyak peserta. Di belakang kertas A4 tuh tuliskan nombor kecik di hujung kertas dengan menggunakan pen tak berdakwat atau pensil tekan. no 1, 2, 3 sehingga no ke peserta terakhir. Pastikan peserta tak peraksan no yang anda tulis tuh..

Langkah-langkah.

kumpulan artikel 1 Catatan Tambahan | |

Program: Khemah Ibadah
Peserta: 80 Orang Pelajar Politeknik Johor Bahru



Assalamualaikum wrh. wbt. Apa khabar sahabat2 dsantai. Saya minta maaflah lama xupdate. sibuk dengan planning tour untuk tahun depan. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, Saya selalu mengadakan Program berbentuk Motivasi, Tamrin, Kem Kepimpinan untuk sekolah / IPT sekitar Johor. Bermula tahun ini program saya mula mendapat sambutan di Kedah dan Perak. Dan InsyaAllah, untuk Tahun depan Tour akan meliputi seluruh Kawasan.

Program-program yang saya handle adalah berbentuk semi-charity. Di mana Kos program tersebut di tanggung sepenuhnya oleh Penganjur. Manakala khidmat motivasi dan pengurusan program oleh saya adalah percuma. Hanya perlu menanggung tambang perjalanan dan makan saya sahaja. Terdapat banyak konsultant yang ada sekarang adalah berorentasikan keuntungan semata-mata (Bukan semua). Ini menyebabkan tujuan atau objektif program kadangkala tidak tercapai. Ini kerana terdapat motivator/konsultant yang melaksanakan program mengikut kadar bayaran.

"Alahai bayar pon ciput jerk.. so program pon cikai la.. ok la tu"

Dan lagi menyedihkan lagi ada sesetengah konsultant motivasi yang mengenakan bayaran yang agak mahal tetapi hanya menggunakan modul-modul zaman jurasic park!. Modul-modul seperti pulau impian, Sungai asid, Kapal karam dan sebagainya sepatutnya tidak lagi digunakan. Ini kerana modul-modul ini adalah modul-modul umum yang telah diketahui ramai.

"Eh dah tahu ek? macam mane tahu ye?"
"Alah bang, permainan ni kami main masa sekolah rendah dulu lah!"
"err... alamak!"


Sepatutnya program-program yang berbayar mahal ni tampil lah dengan modul sendiri. Cukupkah sekadar menggunakan modul-modul lapuk sedangkan mereka (pihak penganjur) membayar dan mengharapkan sesuatu yang luar biasa.

"Zaman dah berubah, dunia dah maju"

Kadangkala saya sedih bila mengenangkan nasib sekolah-sekolah kecil yang terpaksa melaksanakan program motivasinya sendiri lantaran tidak mampu untuk menggunakan khidmat konsultant atau motivator luar.

Saya tidak memaksa konsultant atau motivasi bertindak seperti saya dengan memberikan khidmat percuma. Kerana saya tahu, ia merupakan periuk nasi mereka. Cuma saya harapkan janganlah terlalu berorentasikan bayaran. Kadangkala kita perlu bertimbangrasa dalam mengenakan bayaran bagi organisasi-organisasi non-profit atau sekolah-sekolah kampung atau pendalaman.

Atas kesedaran ini, saya mula merancang untuk menyediakan khidmat motivasi secara percuma. Ini kerana tujuan utama saya dalam misi ini ialah dakwah. Dakwah yang disampaikan secara tidak langsung melalui motivasi-motivasi kendalian saya.

Semoga Allah membayar "upah" saya di akhirat kelak, Amin.

Dengan pengalaman mengendalikan program-program sebelum ini, insyaAllah saya akan menafaatkan untuk kebaikan bersama. Oleh yang demikian, bagi mereka yang berminat bolehlah hubungi saya.

Catatan: Sebarang tempahan hendaklah di maklumkan dengan lebih awal bagi memudahkan saya menyusun jadual program.

PROGRAM LATIHAN BERMODUL


Kem Islamisasi Akhlak Remaja (KISAR)
(untuk pelajar/ remaja bermasalah disiplin, konflik diri, konflik keluarga, kecelaruan gender dan sebagainya.)
2 Hari 1 Malam / 3 Hari 2 Malam

Recall
(untuk pelajar/ remaja bermasalah disiplin, konflik diri, konflik keluarga, kecelaruan gender dan sebagainya.)
Latihan bermodul selama 3 jam (sesi malam)

Kem Motivasi Kecemerlangan
(Program Mind Setting untuk calon Peperiksaan UPSR, PMR atau SPM)
2 Hari 1 Malam

SIRI CERAMAH

Parenting
Ceramah Motivasi untuk Ibu Bapa bersama anak

Pembentukan Sahsiah / Matlamat
Ceramah Motivasi Pelajar


Sila emailkan sebarang pertanyaan di dakwahsantai@gmail.com


Assalamualaikum. apa khabar sahabat2 dsantai... fuh.. bersawang habih blog ni.. maklumlah sibuk ngan baby baru (rakanusrah.com) sampai xsempat nak jenguk blog... isk isk isk... apa2 pun blog ini tetap diteruskan jugak.. sebabnyer blog ni lah tempat sye meluahkan idea, pandangan, pendapat dan memacam.. payah nak terangkan... kirenye macam nostalgia gitu!.. Dua-tiga orang sahabat dsantai dah mula merepek! xde modul baru ke? amboi2... tak sempat2 ek? nak reka satu2 modul bukannye senang... jenuh perah otak pakai washing machine!.. fuh.. nak cepat2 boleh.. tapi modul2 lama la.. zaman jurasic park bole? ha... tau pon tak nak... so kene banyak bersabar la ye... sebut pasal sabar ni... sahabat2 tau tak.. lebih kurang 90 tempat perkataan "sabar" ni dalam al-quran.. apa2 pon ingat;ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِي Allah bersama orang-orang yang bersabar. Baik untuk modul kali ni... modul yang berbentuk riadah. Bola Iman. Bola Iman adalah satu modul riadah yang direka oleh peserta-peserta Kursus Fasilitator yang ana buat untuk Rakan Muda Masjid Politeknik Johor Bahru. Modul ni simple dan tak banyak kerenah. Tapi jika seseorang yang mengendalikannya mempunyai idea untuk membuat ulasan, ia bisa menjadi modul yang baik untuk pengisian rohani. Apa2 pon mai kita tengok dulu modul tu macam mana..

Tajuk: Bola Iman

Ketegori: Permainan / sukan / riadah

Masa: 30 Minit

Peralatan: Bola sepak (mengikut bilangan kumpulan)

Objektif:

1. Memupuk semangat berpasukan.
2. Menerap nilai keimanan dan ketakwaan

Langkah:

1. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan (1 kumpulan mengandungi 5-6 orang peserta)
2. Setiap kumpulan diberi taklimat mengenai prosedur cara permainan dan syarat-syarat permainan.
3. Ketua Fasilitator membuat ulasan selepas permainan.

Prosedur

1. Setiap kumpulan diminta membuat bulatan kecil (tangan diletakkan diatas bahu sebelah menyebelah).
2. Setiap kumpulan diberikan sebiji bola yang diletakkan di tengah – tengah bulatan.
3. 2 orang fasilitator ditugaskan berada di luar bulatan (sebagai pengacau) bagi setiap kumpulan. Para fasilitator dikehendaki mengeluarkan bola daripada bulatan manakala para peserta pula dikehendaki mempertahankan agar bola tersebut tidak terkeluar bulatan.

Peraturan:

1. Peserta dan Fasilitator hanya boleh menggunakan kaki sahaja didalam permainan ini.

Ulasan Fasilitator

1. Perbandingan bola sebagai iman para peserta yang mana mereka terpaksa mempertahankan daripada terkeluar (iaitu terbatal syahadahnya).
2. Para peserta juga hendaklah sentiasa berwaspada setiap masa daripada anasir-anasir yang cuba merosakkan iman mereka.

Ha... simplekan? tapi jika kita baca faham betul2 apa yang cuba disampaikan kepada peserta bukanlah satu bende yang main-main. Ia berkaitan dengan akhidah.

Muktahir la ni... memacam serangan akhidah yang menimpa kita.. Apa yang menakutkan ana ialah... kalau yang terang-terangan kafir itu mudah. sekali lihat kita dah tahu ia kafir. Tetapi apa yang menakutkan kita ialah ia berlindungan dengan perkataan "Islam" dibawah nama Jamaah Islam, Pertubuhan Kebajikan Islam, Ilmu Persilatan Islam, Tarikat, dan sebagainya tetapi mereka ini mempunyai rencana Jahat yang merosakkan akhidah. Akibat perbuatan mereka ini, mereka telah mencemarkan pertubuhan-pertubuhan islam yang lain. Lantas menyebabkan orang awam membenci KESEMUA pertubuhan2 Islam ini. Tak adil la macam ni kan?

Sepatutnya pertubuhan yang jelas bercanggah dengan akhidah wajar dikekang.. mereka bukan sahaja mencemarkan pertubuhan2 Islam Haq yang lain bahkan bisa mengheret ramai ummat Islam ke lembah kesesatan. Ini yang merunsingkan. Tambahan pula tiada usaha yang bersungguh-sungguh daripada pihak berwajib untuk menangani hal ini. Bahkan mereka ini diiktiraf oleh pertubuhan berdafar!

Atas kesedaran ini, dinasihatkan kepada sahabat2 dsantai, sebelum menyertai mana-mana jemaah, gerakkan , tarikat kaji lah terlebih dahulu.. cuba tanya ulama2 yang telah kita ketahui akhidah mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah. Hal ini penting agar kita tidak terperangkap masuk kedalam perangkap pertubuhan-pertubuhan sesat yang menggunakan nama Islam.

Pernah seorang anak Usrah ana bertanya;

Macam mana nak tau sama ada pertubuhan tu sesat ke tak?

Lantas ana menjawab; "lihat sama ada bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah atau tidak. Jika ia jelas bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah, pastinya pertubuhan itu adalah sesat"

Lalu ia bertanya lagi; err Islam Hadhari tu macam mana pulak?

Lalu ana menjawab; Adakah ia mengikut Al-Quran dan As-Sunnah?

Pembantu Naqib hanya tersenyum sambil melirikkan matanya kepada ana. Ana pun ikut tersenyum.

Wallahualam

Assalamualaikum sahabat dsantai.. aduhh.. penat buang sawang kat blog nih... Alhamdulillah hari baru free sket.. keje semua dah settle.. anyhow.. sekarang dok sibuk tengah buat persiapan menyambut kelahiran portal pertama yg ana buat... www.rakanusrah.com mungkin ada yang tertanya...

nak buat ape buat portal... blog ni pon jarang ekau menulis...
sebab eden malas menulis la maka eden buat portal ni.. biar ekau pulak menulis... ponat tau tak?.. hehehe..

kalau ada masa... pi la jengan portal tuh.. nak kutuk ke nak hape ke.. sile.. sile... opsss.. terlajak plak.. ni ha... macam yang ana janji arituh nak kongsi satu lagi modul... modul yang sangat sesuai nak kasik orang nangis.. Modul MurahBasah!

eh murahbasah? bukan muhasabah ke?

same jerk... program untuk bagi peserta2 basah dengan air mate..

Ooo...

Modul ni adalah perkongsian yang kedua dari sahabat dsantai.. mekasih den ucapkan kat serikandi (bukan nama sebenar)

Uiks? macam citer kisah benar dalam TV la plak... bukan name sebenar..

dah... dah.. ekau jangan dok ngarut.. meh kita tengok penjelasan pasal modul nih..

modul ini "hampir sama tapi tak serupa" dengan modul yang Murahbasah yang ana selalu guna untuk program bersama pelajar2 IPT. cuma ada beberapa perbezaan perjalanan "drama" tersebut. Ni antara rakaman program Kem Rekreasi Minda yang ana anjurkan untuk politeknik johor bahru. Modul ni ana akan kongsi nanti insyaAllah!

bile?
entah!


Lagu latar belakang oleh Kumpulan Nasyid Aeman: Buatmu Ibu



Ok seterusnya jom kita tengok modul yang dikirimkan oleh sahabat dsantai kali ni..

Peralatan: Pen/ Pensil, Kertas A4, PA System, Lagu Aeman; Buatmu Ibu, Lagu Kitaro
Masa: +- 1 Jam

Assalamualaik W.B.T..salam ukhwah..kaifah haluk?..diharap ust dalam Perlindungan dan Rahmatnya dan dipermudahkan urusan..kali ini ana ingn berkongsi lg sebuah modul(agak menarik kot)..bak kate pepatah ust....sharing is caring... ana minat lawati blog2 yg membaikpulih dan membina ni..cnthnye blog ust,satuperkongsian-ust fauzi, inijalanku-ust halim dan mcm2 lg..


sebelum tu ana ingin menerangkan tentang modul ni..modul ni berkisarkan tentang ibu,tapi boleh gak dtukarkan untuk bapa,,tak lame lg kite akan menyambut hari bapa..modul ni digunapakai untuk muhasabah diri bagi peserta pada minggu orientasi atau minggu suaikenal(ketika ana dikolej dulu) ..tujuan modul ni ialah untuk mengingat para peserta motif merrka datang (belajar) dan menaikkan semangat mereka.

terus kepada modul..contoh peserta ialah kalangan pelajar kolej yg baru daftar...modul ni dijalankan malam kedua..kebiasaannya..

Para fasi plak dibahagikan kepda dua team..team pertama membawakkan "watak panas" dan team kedua membawa "watak sejuk".. Watak sejuk ialah watak memujuk manakale watak panas adalah watak marah.. watak2 ini akan membantu ketua fasi ketika sesi "membasuh" para peserta

Assalamualaikum semua...

Waalaikumsalam... Jawab peserta agak lemah

eh... macam orang tak makan setahun jek bunyinyer... ngomel Ketua Fasilitator

Assalamualaikum semua!!! Ketua Fasi sekali lagi memberi salam

Waalaikumsalam warahmatullahiwabarokatuh! Bergema suara para peserta memenuhi dewan.

Ha... macam tu la anak bapak... ini tidak... lembik dek dek jerk..
Ketua Fasi memuji-muji peserta.

Baik... macam mana hari kedua kat kolej ni? best tak?

Bestttt!!! jerit peserta kegirangan

Bagus.. ada sapa yang rasa tak best...? saya nak hantar balik sekarang?

Tak de..

Makan cukup?

Cukup... tido jerk tak cukup...

Biasa la time program tido memang tak cukup... nak cukup tido balik umah la ye..

Mandi pon tak cukup.. terdengar suara protest dari peserta

Mandi tak cukup? OOoo patut la bau hanget semacam jerk.. biasalah.. time program kita memang macam tu... program ni nak uji sama ada kamu boleh adapt tak dengan suasana dan tekanan... ni baru siket neh..

Baiklah... sapa tahu 15 haribulan jun hari apa?..

erm.. hari ahad..

Ye memang hari ahad... tapi apa peristiwa yang berlaku pada 15 jun?
para peserta menggaru-garu pelipis yang tidak gatal... juga kelihatan ada diantara mereka berbisik-bisik.. peristiwa ape ye?.. entah la..

Tak tahu?... isk isk isk..

Hari Bapa...
terdengar laungan kecil dari penjuru dewan..

Ye betull... hari bapa..


Sapa panggil bapak dia dengan gelaran bapa angkat tangan?

Kelihatan beberapa orang peserta mengangkat tangan..

dengan panggilan ayah?

Kelihatan ampir separuh dewan menganggkat tangan..

Daddy?

kelihatan beberapa orang mengangkat tangan.. tak kurang yang mencebih dan menyorak..
daddy konon! ceh.

Baiklah... kamu semua sayang tak bapak atau ayah anda?

Sayang.....
Gemuruh suara para peserta

Sayang banyak mane?


Banyak banyak la...

Yerlah banyak mane?

Banyak.. banyak... seluruh alam...

Baik, kalau sayang.. semua ikut cakap saye, ulang apa yang saya cakap... boleh...

Boleh..

Awak... awak...
suara ketua fasi mengada-ngada
awak... awak...
lunak suara peserta mengikut ketua fasi.

Tak cukup manja... sekali lagi...
awak.. awak...
Peserta:awak... awak..

Ketua Fasi:awak tahu tak...
Peserta:awak tahu tak....

Ketua Fasi:kite sayang mak ayah kite....
Peserta:kite sayang mak ayah kite...

Ketua Fasi:sayang banyak-banyak tau wak...
Peserta:sayang banyak-banyak tau wak...

Ketua Fasi:Kite nak peluk derang....
Peserta:Kite nak peluk derang....

Ketua Fasi:kite nak cium...
Peserta:kite nak cium...

Ketua Fasi
:sayang.... mak ayah kite...
Peserta:sayang.... mak ayah kite...

Ketua Fasi
:Muahhh..
Peserta:Muahhh..

HIsssss!! boleh tahan jugak gatal antum semua yek! Ketua Fasi menyakat peserta...
Ada diantara peserta terbahak-bahak... tak kurang yang menelan air liur..


Ok baik.. sekarang saya nak kamu keluarkan kertas dari fail kamu dan sebatang pen.

Para peserta bangun mendapatkan fail masing-masing... setelah mendapatkan pen dan kertas.. mereka kembali duduk di tempat masing-masing.

Dah sedia semua?
Dah...
Baik... sekarang saya nak kamu semua lukis gambar wajah ayah kamu...
ala... tak reti lukis la...
Tak pe... tak semestinya kena lukisan cantik... just gambaran pon dah ok... yang penting ia menggambarkan identiti ayah / bapa kamu.. kemudian tuliskan kata-kata atau amanat ayah kamu ketika kamu di terima masuk ke sini... saya percaya pasti ada ucapan, nasihat atau kata-kata yang di lafazkan kepada anda... dan juga janji anda kepada bapak anda

Para peserta pun memulakan aktiviti melukis wajah ayah mereka... aktiviti ini diiringi dengan muzik latar belakang kitaro.. terdapat riak-riak wajah gembira, kaku, malu, pilu di wajah para peserta.

setelah para pserta siap melukis..

Baiklah... dah siap?
Dah...

Baik.. sekarang saya nak kamu semua.. cuba tengok gambar yang kamu lukis tuh... cuba renung lukisan tu.... kemudian cuba bayangkan wajah mak dan ayah awak sedang tersenyum melihat awak...

Bayangkan kedutan di alis pipi mak dan ayah awak...
Bayangkan kasarnya tangan ayah..
Bayangkan betapa bersihnya wajah ibu dan ayah awak..

Ketika saat ini lagu latar belakang di mainkan.. antara lagu yang sesuai; lagu kitaro,

Sekarang... bayangkan anda sedang berbicara dengan mak dan ayah anda... katakan pada mereka anda sayangkan mereka... kasihkan mereka... anda rindukan mereka...

Kelihatan para peserta agak sayu... ada yang menitiskan air mata...

Sekarang saya nak awak ikut saya.. Lantas dengan perlahan ketua fasi merenyukkan sekeping kertas putih di tangannya kemudian mencampakkan ke hadapan.

Deruan air mata dan esakkan tangisan semakin jelas kelihatan.. kelihatan ada peserta sambil menangis merenyukkan kertas tersebut dan mencampakkan kertas tersebut... ada yang hanya sekadar merenyukkan kertas tersebut... ada yang hanya mampu menangis sambil menatap kertas yang terlukis gambar dan mak dan ayah mereka

Ha... yang dah renyuk tu buat apa lagi.. campak ke hadapan! yang tak renyuk tu renyuk sekarang... cepat! tiba-tiba suara ketua fasi mula meninggi.

Eh... masih ada yang tak faham... renyuk cepat... fasi tolong saya.. suruh yang tak renyuk tu renyuk cepat... jangan bagi saya naik angin

Maka fasi mula mengambil peranan..

Alah.. renyuk jer.. tu bukan gambar mak dan ayah awak... kang ketua fasi marah.. akak tak tau.. Fasi cuba memujuk peserta merenyukkan kertas tersebut.

Eh.. anta dengar tak arahan ketua fasi.. renyuk... dengillah awak ni... tah tah.. ni gamaknyer sikap awak ngan mak dan ayah awak..? degil! hisss!!! Suara Fasi membingit di suatu sudut yang lain.

setelah kira-kira 10-20 minit provokasi... lampu dewan pun di padamkan..

Kemudian, kedengaran suara latar belakang menceritakan tentang kisah anak derhaka..
Setelah cerita tamat... para fasi bersama-sama dengan peserta... cuba memujuk peserta...
pastinya saat ini para peserta dibasahi dengan air mata... esakkan seorang anak rindukan mak dan ayah...

Lagu Aeman; Buatmu Ibu mengiringi tangisan para peserta... seterusnya lagu teman sejati di mainkan bagi meredakan ketegangan antara fasi dan peserta... para peserta berpelukkan antara satu sama lain.. bahu membahu... mengikat janji akan mengasihi, menyayangi dan menghormati ibu dan ayah mereka selain berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi membela nasib orang tua mereka.

Tamat.

p/s Ketua Fasi memberi rumusan mengenai slot yang telah berlaku.



Catatan:
Kertas dan pensel di bekalkan kepada peserta. Lebih baik taruk dalam fail awal-awal.
Fasi jangan sentuh atau guna bahasa kesat pada peserta.
Sekiranya ada peserta melawan (secara kasar) jangan tambah profokasi.

Ok... setakat ini sajelah modul kali ni.. owh terlupa... kisah mengenai anak derhaka tu.. pepandai la sahabat2 dsantai reka sendiri.. kalau gamak tak tahu... ana akan kasik skrip pentomin tuh kat sahabat-sahabat dalam posting akan datang... bile? Wallahualam... ingat kan ana kay... Wassalam. eh.. lupe satu bende lagi...

Tak faham or inginkan penjelasan lebih lanjut mengenai modul ni... tulis di bahagian komen ye.. dan jangan lupa tuliskan sekali ape yang tak faham tuh... agar senang ana menjawabnye.. juga terima kasih kepada serikandi yang kongsi modul ni... harap-harap olahan cerita ana ni kene lah ye dengan modul yang cuba di kongsikan... kalau tak kene pun buat-buat kene lah ye.. Wallahualam.
Assalamualaikum... syukur kepada Allah dengan limpah dan rahmatnya, dapat kita terus mengecap nikmat Iman dan Islam. Apa khabar semua sahabat2 dsantai. Harap2 tu sihat lah yer... kalau kurang sihat tuh bebanyak berzikir.. jangan fikir yang bukan2... kekadang sakit nih satu "nikmat".. nikmat yang di panggil kafarat dosa. Iaitu menghilangkan dosa-dosa kecil..

Dalam posting kali ni, kita akan berkongsi satu lagi motivasi yang berorentasikan ukhwah dan kasih sayang. Modul ni di kirimkan oleh sahabat dsantai.. srikandi... modul yang agak menarik.. so check this out!

Salam ukhwah, ingin ana berkongsi dgn pelawat2 dsantai.. ana pernah mengikuti modul ni secara kebetulan dalam program katibah yg ana ikuti di sini (Alexandria, Al Iskandariyah)..

ARAHAN MODUL


Masa: 10 min setiap kumpulan
Bil Peserta: -+30 orang
Objektif: Memberi kesedaran kepada para peserta mengenai intipati penting yang perlu ada di dalam persahabatan.

Langkah:

1. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut nama kumpulan yang telah di tetapkan iaitu Kalimah toyyibah, Salamatus sodri, pemaaf, husnu dzon, dan ikhlas.
2. Setiap kumpulan diberikan arahan untuk mempromosikan habis-habisan kumpulan mereka bagi menarik kumpulan lain utk masuk kumpulan mereka..
3. Ahli kumpulan boleh memilih untuk "lompat" ke kumpulan lain or terus stay dengan kumpulan asal die.. kumpulan yang teramai ahli di kire pemenang.


Ulasan:

1. Sebenarnya, jika di lihat dan difahami maksud setiap nama kumpulan itu, sudah pastinya tidak mungkin akan berlakunya "lompat" kumpulan dan juga sepatutnya tidak perlu beriya-iya sangat nak mempromosikan kumpulan mereka (walaupun di suruh berbuat demikian). Ini kerana kesemua nama kumpulan tu adalah intipati sesebuah ikatan persahabatan. Persahabatan tidak bererti sekiranya hanya mempunyai sifat pemaaf sahaja sedangkan pada masa yang sama tidak ikhlas, suul dzon, tak de salamatussodri. serupa macam anggota tubuh badan kita la... kurang satu kan di gelar "cacat" atau kurang sempurna... macam tu jugak inti pati persahabatan or ukhwah... mane boleh dikurangkan..

2. Paling cantik kalau semua peserta bergabung menjadi sebuah keluarga yang besar dan mengambil kesemua "intipati" tadi sebagai nama kumpulan.

akhir kalimi wasalam .


PROLOGUE MODUL

Assalamualaikum, wrh. wbt...

Baiklah kita akan meneruskan dengan aktiviti kita seterusnya... sebelum tuh antum semua akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan.. iaitu kumpulan 1. Kumpulan Kalimah Toyyibah, Kumpulan 2. Salamatussodri, Kumpulan ke 3. Pemaaf, kumpulan 4. Husnul Dzon, dan kumpulan terakhir ikhlas. Ketua Fasilitator memberi arahan kepada para peserta.

Sila berada di dalam kumpulan masing-masing sekarang...

Para peserta bergerak ke dalam kumpulan masing-masing... ada yang masih terpinga-pinga tak tahu apa yang berlaku... gamaknya rindukan mak abah kat kampung kot... tak pon rindukan kat ayam dan itik di belakang rumah.. dan yang pastinya... rindu kat handphone yang kene tutup tuh... tapi tak tutup pon... silent jerk...

Baiklah... setiap kumpulan diberi masa 10 minit mempromosikan kumpulan mereka... nyatakan apa kelebihan menjadi sahabat kumpulan mereka... apa faedah menyertai kumpulan mereka.. dapat chikedis sorang sebungkuih ka... or apa saja... jangan tawar yg bukan2 plak... kang tak tertunai..

setelah selesai semua kumpulan mempromosikan kumpulan mereka... para peserta boleh memilih sama ada terus kekal dalam kumpulan mereka... or... mereka boleh pergi ke kumpulan yang mereka suka..

Kumpulan yang paling ramai sahabat akan dikira sebagai pemenang.. ok.... faham.? Soal ketua Fasilitator

Faham...

Ada soalan?

Takde... Jawab para peserta dengan semangat...

Kelihatan para peserta dah mula membisik-bisikkan strategi cara-cara mempromosikan kumpulan mereka...

Kompom kalau kita buat macam ni.. kumpulan kita akan menang punye...

Baiklah... di persilakan kumpulan 1 untuk mempromosikan kumpulan mereka..

Assalamualaikum... kami dari kumpulan Kalimah Toyyibah... kumpulan kami... bla bla bla.. bla bla... Kumpulan toyyibah mempromosikan kumpulan mereka... sekali dilihat.. mengalahkan lagak salesman.. sungguh bersemangat...

Begitu juga dengan kumpulan lain... macam macam cara, macam-macam gaya.... boleh tahan jugak meriahnya..

Setelah selesai semua kumpulan mempromosikan kumpulan mereka... mereka di beri masa untuk membuat pilihan... sama ada kekal atau "melompat" ke kumpulan lain... Ada yang bertegas untuk terus dengan kumpulan mereka... ada yang mengambil keputusan untuk melompat ke kumpulan lain.. Tambahan pulak para fasi dok provoke...

Ishk... takkan nak dok kumpulan ni lagi.. pi la kumpulan lain.... ketua dia polanah binti si polanah.. sempoi siuut... Para fasi dok "perangat" agar peserta melompat ke kumpulan lain.

Baiklah... semua berkumpul semula..

Para peserta berkumpul semula untuk mendengar ulasan ketua fasilitator..

Sebenarnya, jika di lihat dan difahami maksud setiap nama kumpulan itu, sudah pastinya tidak mungkin akan berlakunya "lompat" kumpulan dan juga sepatutnya tidak perlu beriya-iya sangat nak mempromosikan kumpulan mereka (walaupun di suruh berbuat demikian). Ini kerana kesemua nama kumpulan tu adalah intipati sesebuah ikatan persahabatan. Persahabatan tidak bererti sekiranya hanya mempunyai sifat pemaaf sahaja sedangkan pada masa yang sama tidak ikhlas, suul dzon, tak de salamatussodri. serupa macam anggota tubuh badan kita la... kurang satu kan di gelar "cacat" atau kurang sempurna... macam tu jugak inti pati persahabatan or ukhwah... mane boleh dikurangkan..

Jika intipati ini di kurangkan atau dipisahkan.. maka akan berlaku.. dalam bersahabat ada yang bersangka buruk dengan sahabat dia... ada yang tak ikhlas dalam bersahabat... bergaduh sana... bergaduh sini.. mengumpat sana mengumpat sini... betul tak...

erm... betul.. jawab para peserta sedikit lemah

Ada yang di hadapan baik bagai nak rak.. puji meleleh... dialah kawan dunia akhirat... tapi bila di belakang... masyaAllah... di kutuk habis-habisan... tikam belakang! sedangkan kawan kita tuh... punyalah baik dengan kita... hanya kita jerk yang dok salah sangka dengan dia....

Para peserta menundukkan kepala... kata ketua fasi ada benarnya... terasa macam kena dengan batang hidung sendiri rasanya... aduh.... maafkan daku sahabat...

Baiklah... ana nak... sahabat buat bulatan dan letakkan tangan di atas bahu rakan anda... Kita nyayikan lagu teman sejati.... dan pada masa yang sama cuma renung balik kesalahan anda pada rakan anda...

Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita








kelihatan para peserta menyanyikan lagu dengan sepenuh jiwa... dengan linangan air mata mengalir membasahi pipi.... ada yang di antara mereka meluru ke sahabat karibnya... memeluk erat.. menghamburkan ucapan maaf dan ampun atas ke khilafan diri... dan ukhwah kini kembali bertaut... Allahuakhbar!

CATATAN:

P/s Modul ini adalah sumbangan Srikandi
Manakala Prologue modul diatas tidak ada kena mengena dengan pengalaman sebenar Srikandi ia hanyalah olahan cerita berdasarkan imaginasi dsantai sahaja.. Nak bagi mudah faham perlaksanaan modul nih..

Terima kasih diucapkan kepada wardahizzatie... kalau ade lagi boleh kongsi lagi yerk.. Dan Kepada sahabat2 dsantai yang nak kongsi2 modul.. jangan malu jangan segan... hantarkan ke dakwahsantai@gmail.com ingat, sharing is caring!
Assalamualaikum.. wbt. Apa khabar sahabat2 dsantai.. harap2 tu sihatlah yer.. maaflah lewat posting topik baru.. ana sekarang berada di kelantan. 1 Haribulan InsyaAllah ana akan berada di alor setar.. kemudian ke kamunting kemudian ke Lumut kemudian kembali ke kamunting. berape banyak kemudian dah! heh?. Jadual penuh la sket. Oklah.. kali ni ana nak kongsi satu lagi modul motivasi. Modul ini dinamakan cermin diri. Modul cemin diri ni ada dua iaitu cermin diri v 0.1 dan V 0.2.. hehe mcm software la plak bunyinyer.

Seperti biasa modul ni juga merupakan antara koleksi modul muhasabah diri yang ana rekakan khas untuk Kelab Rakan Muda Masjid, Politeknik Johor Bahru (krmmpjb) ketika ana bertindak sebagai Penasihat.. Modul ni sesuai digunakan untuk muhasabah diri dalam satu2 organisasi, persatuan, kelab, asrama, geng rumah sewa, kumpulan usrah dan sebagainya yang mana mereka saling kenal-mengenali dengan rapat. ok.. ape2 hal meh kite tengok dulu modul ni.. dan sila komen pasal modul ni..mungkin dengan komen anda dapat improvekan modul menjadi lebih baik siapa tahu? Untuk kali ni versi 0.1 dulu yerk.. next time baru versi 0.2 yeh?

Modul: Cermin diri V 0.1
Masa: 1 Jam 15 Minit
Peralatan: Kertas modul, Pen 1jenis warna shj, kotak

Penyediaan Modul:

1. Sekeping kertas A4 di lipat kepada 3 bahagian. bahagian yang paling atas di tulis Kebaikan, bahagian yang tengah di tulis Keburukan dan bahagian bawah sekali di tulis Cadangan.

2. Di bahagian atas sebelah kanan dituliskan nama seorang peserta.

3. Ulangi langkah 1-2 untuk peserta yang berikutnya sehingga cukup sebanyak bilangan peserta.

Pusingan 1
1. Setiap peserta di minta berada di dalam bulatan.
2. Peserta akan diedarkan dengan kertas modul.
3. Peserta di minta menulis mengenai kebaikan si perserta yang namanya tertulis di kertas tersebut.
4. Setelah itu kertas itu di lipat dan di masukkan ke dalam semula.

Pusingan 2
1. Kertas modul di keluarkan dan diedarkan semula kepada semua peserta.
2. Peserta di minta menulis mengenai keburukan si peserta yang namanya tertulis di kertas tersebut.
3. Kertas modul di kumpulkan semula.

Pusingan 3.
1. Kertas modul di keluarkan dan diedarkan semula kepada peserta
2. Peserta di minta menulis cadangan kepada keburukan si peserta yang namanya tertulis di kertas tersebut.
3. Kertas modul di kumpulkan semula.

Peserta seterusnya akan di kumpulkan. Kemudian ketua fasi atau moderator akan membacakan modul tersebut (seperti di bicarakan di mahkamah).

Ok peserta pertama, di minta berdiri di kandang perbicaraan; si polanah binti si polan. Menurut modul ni.. rakan anda telah menulis bahawasanya awak ni seorang yang pemurah, selalu belanja kawan-kawan, lawa dan happy go lucky.. adakah anda mengaku...

errr.. malu ah.. jawab si polanah binti si polan sambil tersipu-sipu malu.
aih.. ni mahkamah.. xde malu-malu.. adakah anda mengaku? tegas ketua fasi selaku hakim.
err.. dah orang kata mcm tu.. yer lah kot?
ish... mengaku ke tak? Hakim inginkan kepastian
Ye saya mengaku. jawab peserta sedikit menunduk

Baik.. pertuduhan kedua, bahawasanya kamu si polanah binti si polan seorang yang bermulut lezer, suka cakap lepas,... adakah anda mengaku?

Haa? err.. mane ade...
aik.. kalau takde.. takkan orang nak tulis seperti dalam kertas ni?
err.. tak saya tak mengaku...saya tak pernah pon lezer orang, xde pon cakap lepas.. mane ade.. saya tak mengaku..

Baiklah.. bagi membuktikan bahawa pertuduhan ini benar atau salah, semua saksi (peserta-peserta) di minta menulis di dalam kertas kecil yang telah di edarkan sama ada
sama ada menyokong atau menolak pertuduhan.. 60 saat diberikan.

para saksi pon menulis kesaksian mereka dan di masukkan ke dalam kotak. Pembantu hakim (fasilitator) kemudian mengira jumlah undi menyokong pertuduhan dan jumlah yang menolak.

setelah para saksi membuang undi, di dapati 90% menyokong pertuduhan bahawasanya pertuduhan itu benar manakala 10% mengatakan bahawa pertuduhan tidak benar. Oleh yang demikian bahawasanya mahkamah memutuskan pertuduhan adalah benar.

hum.. kalau begitu... saya mengakulah tuan Hakim.. actually (dengan izin) saya dah try ubah.. tapi tak boleh.. dah memang sifat semula jadi saya kot suka lezer orang. entahlah tak peraksan.

Setelah penilitian di buat, Para juri telah mencadangkan kepada anda bagi mengikis sifat anda yang suka cakap lepas dan suka lezer orang seperti berikut:

1. Anda seharusnya sedar akan perbuatan anda dan bertaubat dari sikap suka melezer dan cakap lepas.
2. Setiap kali nak bercakap seharusnya anda firkir 2-3 kali sebelum bercakap kerana cakap sebelum berfikir panjang alamat seseorang itu bodoh atau jahil.
3. Cuba mengambarkan anda sebagai pendengar atau penerima apa yang telah anda ucapkan itu, sekiranya anda sendiri pon terasa hati apatahkan lagi orang lain.
4. Banyakkan berzikir dan berpuasa... berzikir dan berpuasa menghindari diri daripada cakap sesuatu yang tidak berfaedah yang mungkin akan mengundang masalah.
5. Sebelum bercakap setkan dalam otak anda bahawasanya semua pendengar berhati lembut, mudah terguris, mudah terasa dengan kata-kata anda, oleh yang demikian anda lebih berhati dalam berbicara.
6. Belajar menghormati orang.. apabila kita menghormati seseorang kita akan menjaga tutur kata kita ketika berbicara dengan mereka.. hormati mereka kerana mereka lebih tua walaupun tua beberapa hari dari anda, atau lebih senior, atau lebih bijak, atau lebih banyak pahala dari anda, atau lebih kurang dosa dari anda, atau lebih beriman, atau lebih bertakwa, atau lebih kuat beribadah daripada anda. Cari kelebihan pada diri setiap orang.. jadi anda akan mula belajar mengawal tutur kata dengan orang yang anda hormati.
7. Baca membaca kisah-kisah, hadith, riwayat mengenai dosa mulut, fitnah lisan dan sebagainya.
8. Banyak bergaul dengan orang yang bijak dan alim daripada anda.. oleh yang demikian.. anda akan mula banyak mendengar dari berkata-kata kerana tidak banyak perkara yang nak diceritakan kepada orang yang bijak dan alim melainkan mendengar.
9. Setkan dalam minda, tulis tampal di dinding, meja studi, almari dan sebagainya bahawasanya anda akan menjadi seorang yang lebih baik dari sekarang. Anda akan ubah segala perangai buruk anda.
10. Cari rakan-rakan yang boleh menasihati anda dan anda mendengar nasihat rakan anda itu.

Semoga dengan cadangan oleh juri ini dapat anda laksanakan dan menjadikan anda Muslimah yang solehah, InsyaAllah.

Perbicaraan di tangguhkan, damMm!!

Catatan:
+Ulasan hakim jangan lama-lama sangat.. nanti tak cukup masa.. 3 kebaikan, 3 keburukan dan 3 cadangan sudah memadai... unless peserta sikit.. tapi masa banyak.
+Pastikan bagi setiap pusingan peserta tak dapat kertas yang tertulis namanya sendiri. dan bagi setiap pusingan hanya 1 kali jerk boleh dia tulis pasal peserta tersebut. kalau dah tulis kebaikan...so keburukan dan cadangan xleh le dia tulis.. begitu jugak sebaliknyer.. ada paham?
+ Masa nak kritik atau membuat undian kene la secara jujur... jangan tulis yang bukan-bukan, yang melibatkan hal peribadi sangat.. dan jangan lebih-lebih... sekadarnya saja.. moga-moga dengan tulisan kita tuh boleh memberi sedikit kesan positif.. bukan lagi tambah mudarat.
+ Mase kita tulis kat kertas tuh.. jangan la bagi si peserta yang menjadi bahan nilaian kita nih tahu yang kita tulis pasal die.. kang kecik ati pulakkk..

Selamat mencuba
Kalau tak faham or ada cadangan tulis kat bahagian komen..


Tidak lama dahulu, ada seorang lelaki bernama Lebai Malang tinggal di sebuah pulau. Lebai Malang sangat dihormati oleh masyarakat di situ. Lebai Malang tinggal bersama tiga orang anaknya. Pada mulanya mereka dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Tetapi beberapa tahun kemudian, cara Lebai Malang membesarkan anak-anaknya berubah.

Anak Lebai Malang yang sulung bernama Harba. Harba dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang.Ia tinggal di rumah sahaja. Sayangnya kepada Harba ini sehinggakan Lebai Malang menyediakan inang pengasuh dan pengawal bagi menjaganya sepanjang masa. Lebai Malang tidak sekali-kali mengizinkan Harba keluar daripada rumah. Beberapa tahun kemudian, jadilah Harba seorang anak muda yang kacak, tampan, segak tetapi manja.

Anak Lebai Malang yang tengah bernama Kaker. Sama juga dengan abangnya, Lebai Malang membesarkan Kaker dengan penuh kasih sayang. Dia diberikan makan dan minum secukupnya. Kaker sangat dihormati dan Lebai Malang sering mengadakan majlis jamuan bagi meraikan Kaker. Oleh itu, hiduplah Kaker dengan penuh kegembiraan. Lebai Malang juga sering membawa Kaker berjalan-jalan, mengambil angin di sekitar pantai pulau yang indah itu.

Anak Lebai Malang yang bongsu bernama Amsal. Pada mulanya, Lebai Malang mendidik Amsal sama seperti abang-abangnya. Tetapi tidak lama kemudian, Lebai Malang berubah hati. Lebai Malang tidak ambil peduli pada Amsal. Amsal dibiarkan hidup bersendirian.Amsal hidup terkontang-kanting melarat mencari sesuap nasi. Dia selalunya merayau di tepi pantai dan sekitar pulau itu. Badannya kurus kering dan pakaiannya compang-camping. Lebai Malang sedikit pun tiada belas kasihan dan ambil peduli pada Amsal. Ada juga orang-orang kampung cuba menasihati Lebai Malang tetapi Lebai Malang tetap dengan cara hidupnya. Seluruh masyarakat kampung hanya mampu menggelengkan kepala dan menaruh simpati kepada Amsal.

Pada suatu hari, Lebai Malang menerima titah raja. Duli Yang Mulia Paduka Raja di Tanah Besar menitahkan Lebai Malang datang ke istana bagi menerima anugerah. Kerana titah raja itu, Lebai Malang pun sibuk membuat persiapan hendak menghadap raja.
Lebai Malang merasakan dia tidak kuat dan tidak mampu hendak belayar menempuh lautan luas. Oleh itu, dia menemui anaknya yang tua, Harba.

“Anakandaku Harba, ayahanda dititahkan menghadap raja ke Tanah Besar bagi menerima Anugerah DiRaja. Sudikah anakanda menemani ayahanda?”

“Maaf, ayahanda. Anakanda tidak pernah diberi pelajaran ber-kenaan pelayaran. Anakanda hanya dibesarkan di dalam rumah ini sahaja dan tidak pernah sekali pun keluar ke mana-mana. Anakanda hanya boleh menghantar ayahanda di pintu rumah sahaja?”

Lebai Malang tidak berputus asa.Dia pun berjumpa dengan anaknya yang kedua, Kaker.

“Anakanda kaker, ayahanda dititahkan menghadap raja ke Tanah Besar bagi menerima anugerah. Sudikah anakandaku menemani ayahanda ke sana?”

“Maaf, ayahanda. Anakanda tidak pernah diajar cara-cara belayar meredah lautan luas. Anakanda hanya dibesarkan di pulau ini sahaja, malah anakanda tidak pernah belayar keluar dari pulau ini. Tetapi, anakanda boleh menghantar ayahanda hingga ke pangkalan sahaja.”

Lebai Malang sangat kecewa dengan sikap kedua-dua orang anaknya.
Lebai Malang tidak putus asa. Dia teringatkan seorang lagi anaknya yang sudah lama tidak dipedulikan. Lebai Malang pun turun ke pantai mencari anaknya, Amsal.

“Amsal, Amsal!”

“Anakku Amsal… di mana kau, Amsal!”

“Di sini ayahanda, ada apa ayahanda?”

“Anakandaku Amsal, maafkan ayahanda. Ayahanda sungguh menyesal sekarang. Kau kurus kering, nak. Cuba lihat, badanmu penuh kudis, kotor, pakaianmu compang-camping. Mengapa kau begini, nak?”

“Tak mengapalah, ayahanda. Anakanda gembira dapat berjumpa dengan ayahanda. Sebenarnya, apa tujuan ayahanda mencari anakanda?”

“Begini, Amsal. Paduka Raja dari Tanah Besar menitahkan ayahanda menghadap bagi
menerima anugerah. Kedua-dua abangmu tidak sanggup membantu ayahanda. Bolehkah anakandaku Amsal menolong ayahanda belayar ke Tanah Besar?”

“Syukurlah ayahanda. Tetapi ayahanda, anakanda ini kurus kering, kotor dan tidak bertenaga. Demi kasih sayang anakanda kepada ayahanda, anakanda sanggup berkorban menghantar ayahanda menghadap Paduka Raja.”

Pada hari yang ditetapkan, berangkatlah Lebai Malang dari rumahnya hendak belayar.Ramai kaum keluarga yang mengiringi dan menangisi pemergian Lebai Malang . Seperti yang dijanjikan, Harba hanya menghantar ayahnya di muka pintu, Kaker pula hanya menghantar sehingga ke pangkalan sahaja.

Lebai Malang belayarlah bersama anaknya, Amsal menuju ke Tanah Besar. Lebai Malang sangat kasihan kerana anaknya Amsal yang kurus kering itu berusaha sedaya upaya berkayuh menongkah arus dan membelah badai. Lebai Malang cuba membantu namun apakan daya, dia sudah tua. Sesudah beberapa lama belayar, tiba-tiba angin ribut turun menderu-deru dengan gelombang yang besar. Amsal dengan penuh taat dan khidmat berusaha bersungguh-sungguh menyelamatkan perahu ayahandanya. Tetapi, kekuatan Amsal tidak sekuat gelombang dan badai itu. Tiba-tiba, gelombang yang mengganas tanpa belas kasihan itu melambungkan perahu Lebai Malang lalu terhempas ke batu karang. Perahu Lebai Malang hancur berkecai. Lebai Malang terapung-apung dibawa arus.

Malang sekali nasib Amsal. Dia karam, lemas dan hanyut entah ke mana. Tidak lama kemudian, Lebai Malang terdampar di tepi pantai. Lebai Malang sangat sedih apabila mengenangkan anaknya Amsal yang karam dan lemas di lautan. Tetapi apakan daya, Lebai Malang juga tidak dapat menyelamatkan Amsal.

Dengan penuh kepayahan dan kesedihan, Lebai Malang pun meneruskan perjalanan bagi menemui Duli Yang Mulia Paduka Raja

Tamat...

"aik? dah tamat?"
"yerp.. dah tamat.."
"herm.. apa yang cube di sampaikan dalam posting kali ni yer? mcm tak faham lah..."
"Owh.. memang tak faham... sebab anta tak tahu watak sebenar citer nih?"
"Owh? watak sebenar?.. ape watak sebenar derang?.."
"Watak sebenar bagi Lebai Malang adalah diri awak sendiri, Harba sebagai Harta Benda, Kaker sebagai Kaum Keluarga, Amsal sebagai Amal Soleh, Datuk Bendahara sebagai Malaikat, dan Paduka Raja sebagai Tuhan..."
"erm?... eh.. kejap.. kejap.... owh... baru ana faham.."

Catatan: Teks ini sebenarnya adalah satu modul LDK untuk brainstroming. Dimana setiap kumpulan di beri teks ni dan buat rumusan pasal teks tu.. then present dalam sesi bengkel... Jangan bagi tau awal2 pasal watak sebenar tuh.. At the end baru Ketua Fasilitator bagi tau watak sebenar bagi setiap watak di dalam teks tuh.. dan sedikt ulasan berbentuk tazkirah ringkas mengenai Amal Soleh yang dikerjakan di dunia nih.

Assalamualaikum... Ape khabar sahabat-sahabat dsantai. Posting kali ni just ana nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru dimana jua anda berada. Moga Allah merahmati kalian. Dan dibawah ni plak adalah skrip pentomin bagi sambutan hari guru. Sekiranya ada di antara sahabat-sahabat merancang untuk membuat pentomin pendek mengenai Guru... ana rasa pentomin kat bawah ni mungkin sesuai.. Tapi kalau sekolah rendah tak tau la boleh paham ke tak? sebab aras pemikiran dia agak tinggi. Kalau sekolah menengah or kolej/Uni mungkin sesuai. Citer ni citer original idea Dsantai. So standard dia pon pepaham jerlah.. Klik pada butang download untuk download die punye sound effect dan dan draf pergerakkan pentomin.

Anyhow.. sekiranya anda ada idea nak tambah dalam pentomin ni.. or tak faham pasal pentomin nih.. boleh tulis di ruang komen. Jazakallah.

Cerita
Cerita ni pasal seorang guru yang mati dilempang. dia dilempang oleh bapak seorang anak murid. Bapak anak murid tu lempang cikgu tu (cikgu aminah) sebab bapak dia diberitahu oleh anaknya bahawa anak dia kene lempang dengan cikgu aminah 10 kali sampai lebam, padahal muka anak dia lebam di sebabkan anak dia bergaduh ngan kawan-kawan dia. Akibatnya cikgu tu koma pastu mati. Anak murid tu menyesal sebab telah "mengkambing hitamkan" cikgu dia. Ketika tengah menguruskan mayat cikgu tu... tiba-tiba mai seorang pengawal 1 yang marah depa.. sebab bising dan tak tidor... dia pon betuikan signboard Hospital sakit jiwa... rupa-rupanya semua yang berlaku tu hanyalah lakonan pesakit-pesakit hospital sakit jiwa... ketika sedang pengawal 1 mengarahkan pesakit2 tu kemas balik tempat tidok.. mai lagi seorang pengawal 2... yang turut marah pengarah 1. Rupa2nya pengawal 1 jugak merupakan pesakit jiwa.. ceh!

Skrip pentomin (suara latar)

Effect: Lagu starting berita:

PEMBACA BERITA
Dunia jam 10.
Assalamualaikum,
Sari berita penting.
Seorang guru wanita koma kerana dilempang oleh dua lelaki.
Berita sepenuhnya.
Seorang guru wanita dari sekolah kebangsaan taman rambutan telah didapati koma kerana dilempang oleh dua lelaki dipercayai ibubapa kepada seorang murid tahun 6 sekolah tersebut. Kejadian ini dikatakan berpunca daripada salah faham yang telah ditimbulkan oleh murid tersebut. Murid tersebut dikatakan telah memfitnah mangsa dengan mengatakan mangsa telah menamparnya sebanyak 10 kali. Hasil siasatan mendapati, cerita bahawa murid tersebut dilempang oleh si mangsa adalah rekaan semata-mata. Ia direka semata untuk menutup cerita bahawa kecederaannya adalah disebabkan pergaduhannya dengan rakannya di sekolah. Rentetan rekaan fitnah tersebut, ibu bapa kepada murid tersebut telah melempang si mangsa kononnya sebagai membalas dendam telah menyebabkan beberapa saraf si mangsa putus dan mangsa dikatakan dalam keadaan koma tahap kritikal. orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi balai polis berdekatan.

Berita sukan: Pasukan Myteam telah mengalahkan pasukan bola sepak kumpulan………

++Effect: Lagu Kitaro yang diedit dengan bunyi sungai

SUARA ANAK MURID CIKGU AMINAH:

Hari ini hari guru.. semua sibuk merayakannya…
Tapi aku… guruku kini sedang berjuang antara hidup dan maut…
Ini semua salahku. Kerana nak mengelak dari ibu dan ayahku tahu yang aku terlibat dalam pergaduhan aku sanggup menfitnah Cikgu Aminah… aku tak sangka nak jadi macam nih… aku menyesal sangat… Cikgu aminah bersusah payah mendidik aku… tapi… aku tidak pernah hargai.. aku masih teringat akan bisikan cikgu aminah membacakan puisi karya usman awang….

++ACTION
watak dalam puisi keluar ke tengah pentas

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa..
Dengan lembut sabarnya,
Mengajar tulis-baca.

Babak 2

++ ACTION
Cikgu aminah berjalan di tengah pentas. Datang sepasang ibu bapa. Marah.. tengking… lempang… cikgu aminah jatuh…

++ Effect: Bunyi ambulan
Orang ramai papah cikgu aminah keluar.

++ACTION:
doktor keluar dan kekatil. Buat kejutan elektrik… geleng kepala dan tutup mayat cikgu aminah dengan kain putih.

SUARA ANAK MURID CIKGU AMINAH

++Effect: Lagu Kau sahabat kaulah Teman (Hijjaz) minus one.
Cikgu aminah….. maafkan saya cikgu….. kerana ingin menyelamatkan diri… saya telah memfitnah cikgu.. saya telah menjadi anak murid derhaka. Maafkan saya cikgu…

++ACTION
orang kampung siap nak kebumikan mayat cikgu aminah. Tiba tiba… masuk seorang pengawal 1 menjerit memarahi kerana bising!. Pengawal suruh semua pergi tidur… semua bertempiaran lari meninggalkan mayat… pi ambil bantai dan tilam.. then tido.. pengawal 1 membebel2 .. membetulkan signboard “WAD 12- WAD PESAKIT MENTAL”

Masuk pengawal 2 memarahi pengawal 1 kerana menyamar jadi pengawal sedangkan pengawal 1 juga merupakan pesakit mental wad 12. pengawal 2 menerangkan keadaan sebenar.

Tamat.

Semua pelakon berdiri dan menyayikan lagu Guru Malaysia (Sekiranya bersesuaian)
++Effect Lagu guru Malaysia minus one

Muat turun Lagu Guru Malaysia minus one

Lagu Tema Hari Guru 2008: Guru Cemerlang, Negara Terbilang

Lirik;
Guru cemerlang mengasih dan menyayang
Mendidik anak bangsa seikhlas jiwa
Gigih terus bakti hidup penuh berbudi
Maruah profesional disanjung tinggi

Chorus:

Guru berjasa berkhidmat dengan setia
Menjulang nama bangsa di mata dunia
Hebat tidak bermegah waja dan berkarisma
Realisasi visi dan sejati

Guru cemerlang Negara terbilang
Keunggulan dan pendidikan di mata bangsa
Guru cemerlang Negara terbilang
Kesejahteraan Malaysia berkibaran

Lagu & Lirik : Rosli Ahmad, BTP


Perutusan Hari Guru 2008 boleh didapati
kumpulan artikel 4 Catatan Tambahan | |



"Semua peserta di minta keluar barisan dan berada di dalam bulatan... baik, ditangan ana ada 20 biji gula-gula bersamaan dengan jumlah antum semua.. antum akan dapat sorang satu..
gula-gula ni, ana letakkan kedalam plastik.. and then ana masukkan dalam kotak tisu nih... kotak ni pulak ana letakkan di atas kerusi plastik ni...

... baik, di tangan kanan ana pula ada satu wisel... yang mana bila saja ana tiup wisel nie... ana nak setiap daripada antum memiliki sorang sebijik gula-gula.. jangan risau.. gula-gula ni cukup untuk semua"
ketua fasilitator memberikan arahan kepada para peserta.

ok bersedia?

BERSEDIA!!!.. Jerit peserta kegairahan..

Prittttt!!! wisel dibunyikan...

maka berkerumun peserta berlari mendapatkan gula-gula... ada yang meniarap... ada yang memanjat... tolak menolak... tak ubah seperti semut gila terjumpa gula...

Prittttt!!! dengungan wisel sekali lagi bergema... para peserta yang berada didalam keadaan tak terurus kembali ke dalam bulatan... ada yang terhencut-hencut,... ada yang mengaduh kesakitan... yang yang melonjak kegirangan kerana mendapat lebih daripada sebiji gula-gula.. ada yang bersedih kerana tidak dapat gula-gula...

keadaan dewan terbuka itu sedikit kelam-kabut... kotak dan plastik yang diletakkan gula-gula berkecai... dan bertaburan di sana-sini... kerusi yang digunakan untuk meletakkan kotak gula2 tersebut patah kaki kerusinya...

Baik... semua dapat gula-gula?

Dapat!!! jerit peserta yang berjaya memiliki gula-gula...
Takk!!! jerit peserta yang gagal memiliki gula-gula..

Aik? macam mana boleh tak dapat?? sedangkan gula-gula ni cukup untuk setiap peserta?... ni mesti ada yang tak ikut arahan... ambil lebih daripada satu nih... cepat pulangkan!! bebel ketua fasilitator

Baik... ana nak tanya.. apa arahan ana mula-mula tadi?

Ambil gula-gula! jerit peserta kegirangan...

OOoo... baik.. nak tanya... ada tak ana suruh antum berebut-rebut macam budak kecik?

errr.. takk jawab peserta dalam keadaan serba salah

Kan ana dah kata.. bila ana tiup wisel.. setiap orang mesti memiliki gula-gula... tak boleh ker kalau lantik ketua di antara antum kemudian beri sorang satu... atau.. antum semua beratur.. then ambil mengikut giliran?? tak boleh kerrr?? suara ketua fasilitator sedikit meninggi..

peserta semua diam sambil menundukkan kepala..

nih tengok nih... plastik hancur... kotak hancur... kaki kerusi nak patah... hish!!! ada ana suruh antum buat semua nih??? ha??

semua perserta terdiam.. sedikit tanda kesal di wajah.. takk

ana nak tanya... berapa harga gula-gula sebijik haa??

10 sen..

baik berapa harga kerusi? kotak dan plastik nih?... lebih dari 10 sen atau kurang dari 10 sen?

Lebih..

dah tu?? antum semua rosakkan benda-benda ni yang bernilai kerana gula-gula 10 sen nih??

peserta semua terdiam...

inilah realiti hidup antum!.. antum sanggup rosakkan perkara-perkara yang berharga dalam hidup antum semata-mata keseronokkan yang tak bernilai!.. cuba antum semua bayangkan.. gula-gula ni adalah kenikmatan sementara di dunia nih... plastik yang menjadi karung membungkus gula-gula ni pulak.. adalah amalan antum di dunia..... kotak ni pulak... agama antum.. dan kerusi ni pulak adalah ganjaran syurga yang menanti antum... tengok apa dah jadi??

para peserta memandang sayu kearah kotak dan plastik yang hancur... kerusi yang telah patah kakinya.. dalam keadaan tunggang langgang...

kerana kenikmatan di dunia sementara... antum telah hancurkan amalan soleh... antum menghancurkan agama... dan kerana keseronokkan juga antum hancurkan ganjaran syurga yang menanti antum...
suara fasilitator agak meninggi..

peserta tertunduk sayu... air mata mula mengalir dipipi...

tuh, tengok sahabat-sahabat antum.. bukan setakat tak dapat gula-gula... siap kena pijak.. ada yang sampai lemas kena tindan... apa jenis manusia antum semua ni hah? kerana gula-gula sebijik sanggup cederakan sahabat baik sendiri..

air mata semakin deras mengalir di pipi..

ketua fasilitator menganggkat cebisan kotak yang digunakan untuk meletakkan gula-gula tadi..

Nih tengok... baca! apa yang tertulis..??
ketua fasilitator menunjukkan cebisan kotak yang tertulis "BAHAYA, GULA-GULA INI BERACUN"

Ha! kalau yang antum rebutkan tu gula-gula biasa xper lah... ni gula-gula beracun! his.. apa nak jadi dengan atum semua nih... ok dah.. sapa yang tak dapat tadi... pembantu fasi.. tolong bagi kat mereka yang tak dapat tuh.. sorang satu...

ok baik... sekarang.. ana nak antum pilih pasangan masing-masing...

dah..
jawab peserta sambil memilih pasangan masing-masing

ok baik.., sekarang ana nak.. antum buka pembalut gula-gula tuh... and then.. sambil merenung mata pasangan masing-masing... suapkan gula-gula tu kepada pasangan masing-masing.. sambil ucap... "ana uhibbuka jaidd jiddan"

maka sekali lagi tewan tu menjadi gamat dengan hilai tawa peserta.. sambil menyuapkan gula-gula kepada pasangan masing-masing...

"Ok dah suap?"

"Dah..." jawab peserta kegirangan

Baik.. antum lupa ka?? kan ana dah tunjuk kotak tadi ada tulisan BAHAYA, GULA-GULA INI BERACUN, yang pi suap kawan jugak tu pasai apa?

er.. dah ustaz suruh?

aik? kalau ana suruh suap racun kat kawan pon ikut jugak? antum xleh nak pikir ker.. yang mana boleh ikut, yang mana xpatut ikut?

hum... kedengaran para peserta mengeluh.. kerana tersilap langkah..

"isk.. yang anta suap kat ana sapa suruh? ana makan la.."
"yang anta pi makan tu sapa suruh.."
" dah anta suap.."

dah.. dah... xpayah nak salahkan sapa-sapa... baiklah... peluk rakan dihadapan atum dan ucapkan "jazakallah"

maka berpelukkan para peserta bersama pasangan masing-masing...

dah peluk...? soal ketua fasilitator

dah. jawab peserta dengan ringkas.

aih?... antum semua nih masih tak sedar lagi gamaknya... kan sahabat anta tadi suap gula-gula beracun? sahabat anta tuh nak bunuh anta.. anta boleh ucapkan terima kasih... siap peluk lagi? Soal ketua fasilitator

alamak! terkena lagi... isk.. keluh peserta..

"ni lah realiti antum sebagai manusia di bumi Allah nih.. walaupun kekadang sahabat yang tak boleh pakai... ajak anta buat maksiat.. ajak ke jalan kemungkaran... anta tak reti nak tolak.. atau mempunyai satu pendirian.. tu yang ramai yang terjebak.. dah tu kekadang.. menghargai kawan yang merosakkan anda tuh lebih dari mak ayah sendiri.. dah tau.. dia rosakkan akhlak antum dengan mengajak antum buat bende tak senonoh... tapi, antum masih anggap dia kawan sejati.. kononnya yang paling memahami lah.. sporting la.. understanding lah... isk isk isk... dah la duduk lah..."

"err... para peserta masih berdiri"


"tak pe lah..

lah... ana kata duduk.. duduk la.."

"tak per lah ustaz... kami nak berdiri jerk.."

"pulak dah... suruh duduk xmau.. ikut antum lah.. kalau nak berdiri.. ok.. kita teruskan dengan LDK 2, yang nak duduk.. sila duduk.. tak mau duduk... jangan duduk.."


3 orang peserta duduk di atas kerusi yang di sediakan manakala yang selebihnya.. berdiri...

"erm.. yang duduk tu sure ke ana suruh duduk..?" soal ketua fasilitator

"er... terus bingkas 3 orang peserta tadi berdiri"

"aik? ana tanya jerk.. yang berdiri sapa suruh?"

"tak perlah.. kami berdiri macam kawan-kawan yang lain lah.."

"oh pulak.. ikut antumlah... ni lah masalah.. baru kena 2-3 kali dah berputus asa... takut nak terima cabaran.. baru ujian datang 2-3 kali dah give up... baru dua 3 kali Allah uji... dah putus asa dengan Allah.. dah mula mempersoalkan Qada' dan Qadar..."

"alamak.. kena lagi..."
para peserta mengeluh kerana salah memilih...

ketua fasilitator.. tersenyum dengan telatah para peserta.. dan meminta para peserta duduk bagi meneruskan acara seterusnya..

-Tamat-

p/s Modul Semut Gila ini sesuai untuk digunakan semasa sesi Ice Breaking.. Qias untuk kotak, plastik dan kerusi boleh di ubah sekiranya ia digunakan untuk pelajar sekolah seperti berikut.

Kotak: Harapan Pelajar
Plastik=Hati Mak Ayah
Kerusi= Masa depan Pelajar
Gula-Gula= keseronokkan bermain sehingga mengabaikan pelajaran

sekiranya ada sahabat-sahabat dsantai nak menggunakan modul ni untuk program sahabat-sahabat dsantai... gune lah.. tak faham.. leh tanya... boleh bantu ana cuba bantu, InsyAllah..

Perhatian:

1. Asingkan peserta muslimin dan muslimah.
2. Jangan buat di tempat yang sempit.
3. pastikan ada fasilitator yang mencukupi untuk menolong... takut ada peserta lemas, tersepit

Selamat Mencuba!