Memaparkan catatan dengan label KARYA SANTAI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KARYA SANTAI. Papar semua catatan
Gambar Hiasan

Setelah seharian Kapal itu berlayar, akhirnya ia pulang semula ke perlabuhan, adapun yang tiada pulang ke perlabuhan, barangkali ada 2 kemungkinan. Yang pertama, barangkali kapal itu karam di tengah lautan dan yang kedua barangkali kapal itu hilang entah berantah. Mungkin saja di terus-terusan dibuai ombak kerana kehabisan minyak atau barangkali di tahan dek lanun sepertimana yang telah menimpa syarikat perkapalan MSE yang dirampas lanun di teluk eden.

Begitulah juga hidup manusia, mengembara di dunia yang serba mencabar ini, ada yang tidak ubah seperti kapal yang kehabisan minyak. terhuyung hayang, ke kiri ke kanan, Maju dan mundur.. menunggu saat untuk karam.. atau mungkin saja hanyut sehingga ke pantai. Dan pasti juga ada kapal yang telah nyata karam di tengah lautan.

Maka berdoalah mereka yang sedang berlayar di lautan,

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani., Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Dan pastinya, Allah swt pemilik doa yang dibaca akan mengurniakan apa yang di pinta. Hal ini telah di beritahu kepada para pelayar sebelum para pelayar memulakan perjalanan.

وَقَالَ رَبُّڪُمُ ٱدۡعُونِىٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ


Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

Tetapi, alangkah ruginya. Hanya sebahagian daripada mereka memohon. Maka hanya mereka yang memohon sahaja mendapatinya, melainkan dengan izinNya.

Lalu pelayar yang tidak bermohon dan berdoa terus dibawa ombak.. hanyut di pukul arus.... badai yang kuat menghempas sehingga hancur luluh badan kapal yang membawa mereka. Lantas kapal yang dinaiki sedikit demi sedikit karam. Para pelayar masih sibuk membaiki sehingga mereka terlupa akan pemilik segala doa, pemilik ombak dan badai, pemilik segala lautan. Mereka sibuk merancang strategi, mesyuarat tergempar dilakukan.. berbagai teori digunakan untuk menyelamatkan kapal mereka.. tetapi....

Mereka merancang, Allah merancang dan sesungguhnya perancangan Allah mengatasi perancangan mereka.

Lalu tenggelamlah kapal Van Der Wijck II, Satu persatu anak kapal menghembuskan nafas... diiringi suara teriakan yang keras.

رَبَّنَآ أَبۡصَرۡنَا وَسَمِعۡنَا فَٱرۡجِعۡنَا نَعۡمَلۡ صَـٰلِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ

Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.

tetapi sayangnya teriakkan itu tidak lagi bisa membaiki kapal yang sudah karam dan Nyawa yang telah hilang.

namun ada juga seorang dua yang di ambang kematian. Maka dengan nyawa tersisa, mereka lantas tunduk dan sujud kepada pemilik segala doa lantas berdoa

إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ 


Maka, dengan rahmat dan kasih sayangNya selamatlah mereka dari lemas di lautan.

Pengertian.
Sebagai manusia yang tidak serba kekurangan, Sudah pastinya kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Oleh yang demikian seharusnya kita sentiasa memohon taubat (walau sebesar manapun dosa mu kepadaNYa) selagimana tersisa kesempatan, sebelum ajal nan tiba meragut peluang yang ada. Sesungguhnya pintu taubat itu masih terbuka.

Taubat ini bukanlah hanya sekadar lafaz secara lisan tetapi dengan sebenar-benar taubat dengan bertekad bersungguh-sungguh di dalam hati bahawasanya kita tidak lagi akan melakukan kesalahan atau dosa tersebut.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ تُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ تَوۡبَةً۬ نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيُدۡخِلَڪُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.. At Tahrim:8

Ingatlah sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha pengasihani. Sekalipun begitu banyak dosa yang telah dilakukan, namun sekiranya kita benar-benar ikhlas dan jujur bertaubat kepadaNya nescaya akan diberi kepada kita pengampunan, InsyaAllah.

Sementelah itu, janganlah pernah rasa penat dan lelah dalam memohon hidayah dan petunjukNya. Tetaplah anda dalam melakukan solat dan titah perintahNya dengan bersungguh-sungguh. InsyaAllah, Allah tidak pernah sesekali membiarkan hambaNya yang soleh dalam kedukaan, melainkan untuk memberi rahmat.

Selamat Pulang Ke Perlabuhan! Allahuakhbar!

Wallahualam
09:35 191008
Hentian Bas Larkin, Johor



"Semua peserta di minta keluar barisan dan berada di dalam bulatan... baik, ditangan ana ada 20 biji gula-gula bersamaan dengan jumlah antum semua.. antum akan dapat sorang satu..
gula-gula ni, ana letakkan kedalam plastik.. and then ana masukkan dalam kotak tisu nih... kotak ni pulak ana letakkan di atas kerusi plastik ni...

... baik, di tangan kanan ana pula ada satu wisel... yang mana bila saja ana tiup wisel nie... ana nak setiap daripada antum memiliki sorang sebijik gula-gula.. jangan risau.. gula-gula ni cukup untuk semua"
ketua fasilitator memberikan arahan kepada para peserta.

ok bersedia?

BERSEDIA!!!.. Jerit peserta kegairahan..

Prittttt!!! wisel dibunyikan...

maka berkerumun peserta berlari mendapatkan gula-gula... ada yang meniarap... ada yang memanjat... tolak menolak... tak ubah seperti semut gila terjumpa gula...

Prittttt!!! dengungan wisel sekali lagi bergema... para peserta yang berada didalam keadaan tak terurus kembali ke dalam bulatan... ada yang terhencut-hencut,... ada yang mengaduh kesakitan... yang yang melonjak kegirangan kerana mendapat lebih daripada sebiji gula-gula.. ada yang bersedih kerana tidak dapat gula-gula...

keadaan dewan terbuka itu sedikit kelam-kabut... kotak dan plastik yang diletakkan gula-gula berkecai... dan bertaburan di sana-sini... kerusi yang digunakan untuk meletakkan kotak gula2 tersebut patah kaki kerusinya...

Baik... semua dapat gula-gula?

Dapat!!! jerit peserta yang berjaya memiliki gula-gula...
Takk!!! jerit peserta yang gagal memiliki gula-gula..

Aik? macam mana boleh tak dapat?? sedangkan gula-gula ni cukup untuk setiap peserta?... ni mesti ada yang tak ikut arahan... ambil lebih daripada satu nih... cepat pulangkan!! bebel ketua fasilitator

Baik... ana nak tanya.. apa arahan ana mula-mula tadi?

Ambil gula-gula! jerit peserta kegirangan...

OOoo... baik.. nak tanya... ada tak ana suruh antum berebut-rebut macam budak kecik?

errr.. takk jawab peserta dalam keadaan serba salah

Kan ana dah kata.. bila ana tiup wisel.. setiap orang mesti memiliki gula-gula... tak boleh ker kalau lantik ketua di antara antum kemudian beri sorang satu... atau.. antum semua beratur.. then ambil mengikut giliran?? tak boleh kerrr?? suara ketua fasilitator sedikit meninggi..

peserta semua diam sambil menundukkan kepala..

nih tengok nih... plastik hancur... kotak hancur... kaki kerusi nak patah... hish!!! ada ana suruh antum buat semua nih??? ha??

semua perserta terdiam.. sedikit tanda kesal di wajah.. takk

ana nak tanya... berapa harga gula-gula sebijik haa??

10 sen..

baik berapa harga kerusi? kotak dan plastik nih?... lebih dari 10 sen atau kurang dari 10 sen?

Lebih..

dah tu?? antum semua rosakkan benda-benda ni yang bernilai kerana gula-gula 10 sen nih??

peserta semua terdiam...

inilah realiti hidup antum!.. antum sanggup rosakkan perkara-perkara yang berharga dalam hidup antum semata-mata keseronokkan yang tak bernilai!.. cuba antum semua bayangkan.. gula-gula ni adalah kenikmatan sementara di dunia nih... plastik yang menjadi karung membungkus gula-gula ni pulak.. adalah amalan antum di dunia..... kotak ni pulak... agama antum.. dan kerusi ni pulak adalah ganjaran syurga yang menanti antum... tengok apa dah jadi??

para peserta memandang sayu kearah kotak dan plastik yang hancur... kerusi yang telah patah kakinya.. dalam keadaan tunggang langgang...

kerana kenikmatan di dunia sementara... antum telah hancurkan amalan soleh... antum menghancurkan agama... dan kerana keseronokkan juga antum hancurkan ganjaran syurga yang menanti antum...
suara fasilitator agak meninggi..

peserta tertunduk sayu... air mata mula mengalir dipipi...

tuh, tengok sahabat-sahabat antum.. bukan setakat tak dapat gula-gula... siap kena pijak.. ada yang sampai lemas kena tindan... apa jenis manusia antum semua ni hah? kerana gula-gula sebijik sanggup cederakan sahabat baik sendiri..

air mata semakin deras mengalir di pipi..

ketua fasilitator menganggkat cebisan kotak yang digunakan untuk meletakkan gula-gula tadi..

Nih tengok... baca! apa yang tertulis..??
ketua fasilitator menunjukkan cebisan kotak yang tertulis "BAHAYA, GULA-GULA INI BERACUN"

Ha! kalau yang antum rebutkan tu gula-gula biasa xper lah... ni gula-gula beracun! his.. apa nak jadi dengan atum semua nih... ok dah.. sapa yang tak dapat tadi... pembantu fasi.. tolong bagi kat mereka yang tak dapat tuh.. sorang satu...

ok baik... sekarang.. ana nak antum pilih pasangan masing-masing...

dah..
jawab peserta sambil memilih pasangan masing-masing

ok baik.., sekarang ana nak.. antum buka pembalut gula-gula tuh... and then.. sambil merenung mata pasangan masing-masing... suapkan gula-gula tu kepada pasangan masing-masing.. sambil ucap... "ana uhibbuka jaidd jiddan"

maka sekali lagi tewan tu menjadi gamat dengan hilai tawa peserta.. sambil menyuapkan gula-gula kepada pasangan masing-masing...

"Ok dah suap?"

"Dah..." jawab peserta kegirangan

Baik.. antum lupa ka?? kan ana dah tunjuk kotak tadi ada tulisan BAHAYA, GULA-GULA INI BERACUN, yang pi suap kawan jugak tu pasai apa?

er.. dah ustaz suruh?

aik? kalau ana suruh suap racun kat kawan pon ikut jugak? antum xleh nak pikir ker.. yang mana boleh ikut, yang mana xpatut ikut?

hum... kedengaran para peserta mengeluh.. kerana tersilap langkah..

"isk.. yang anta suap kat ana sapa suruh? ana makan la.."
"yang anta pi makan tu sapa suruh.."
" dah anta suap.."

dah.. dah... xpayah nak salahkan sapa-sapa... baiklah... peluk rakan dihadapan atum dan ucapkan "jazakallah"

maka berpelukkan para peserta bersama pasangan masing-masing...

dah peluk...? soal ketua fasilitator

dah. jawab peserta dengan ringkas.

aih?... antum semua nih masih tak sedar lagi gamaknya... kan sahabat anta tadi suap gula-gula beracun? sahabat anta tuh nak bunuh anta.. anta boleh ucapkan terima kasih... siap peluk lagi? Soal ketua fasilitator

alamak! terkena lagi... isk.. keluh peserta..

"ni lah realiti antum sebagai manusia di bumi Allah nih.. walaupun kekadang sahabat yang tak boleh pakai... ajak anta buat maksiat.. ajak ke jalan kemungkaran... anta tak reti nak tolak.. atau mempunyai satu pendirian.. tu yang ramai yang terjebak.. dah tu kekadang.. menghargai kawan yang merosakkan anda tuh lebih dari mak ayah sendiri.. dah tau.. dia rosakkan akhlak antum dengan mengajak antum buat bende tak senonoh... tapi, antum masih anggap dia kawan sejati.. kononnya yang paling memahami lah.. sporting la.. understanding lah... isk isk isk... dah la duduk lah..."

"err... para peserta masih berdiri"


"tak pe lah..

lah... ana kata duduk.. duduk la.."

"tak per lah ustaz... kami nak berdiri jerk.."

"pulak dah... suruh duduk xmau.. ikut antum lah.. kalau nak berdiri.. ok.. kita teruskan dengan LDK 2, yang nak duduk.. sila duduk.. tak mau duduk... jangan duduk.."


3 orang peserta duduk di atas kerusi yang di sediakan manakala yang selebihnya.. berdiri...

"erm.. yang duduk tu sure ke ana suruh duduk..?" soal ketua fasilitator

"er... terus bingkas 3 orang peserta tadi berdiri"

"aik? ana tanya jerk.. yang berdiri sapa suruh?"

"tak perlah.. kami berdiri macam kawan-kawan yang lain lah.."

"oh pulak.. ikut antumlah... ni lah masalah.. baru kena 2-3 kali dah berputus asa... takut nak terima cabaran.. baru ujian datang 2-3 kali dah give up... baru dua 3 kali Allah uji... dah putus asa dengan Allah.. dah mula mempersoalkan Qada' dan Qadar..."

"alamak.. kena lagi..."
para peserta mengeluh kerana salah memilih...

ketua fasilitator.. tersenyum dengan telatah para peserta.. dan meminta para peserta duduk bagi meneruskan acara seterusnya..

-Tamat-

p/s Modul Semut Gila ini sesuai untuk digunakan semasa sesi Ice Breaking.. Qias untuk kotak, plastik dan kerusi boleh di ubah sekiranya ia digunakan untuk pelajar sekolah seperti berikut.

Kotak: Harapan Pelajar
Plastik=Hati Mak Ayah
Kerusi= Masa depan Pelajar
Gula-Gula= keseronokkan bermain sehingga mengabaikan pelajaran

sekiranya ada sahabat-sahabat dsantai nak menggunakan modul ni untuk program sahabat-sahabat dsantai... gune lah.. tak faham.. leh tanya... boleh bantu ana cuba bantu, InsyAllah..

Perhatian:

1. Asingkan peserta muslimin dan muslimah.
2. Jangan buat di tempat yang sempit.
3. pastikan ada fasilitator yang mencukupi untuk menolong... takut ada peserta lemas, tersepit

Selamat Mencuba!
Suatu petang, ketika haziq dan ayahnya sedang minum kopi di anjung rumahnya..

best betul lah kerajaan negeri kedah ye ayah”. Haziq memulakan bicara memecah kesunyiaan

awatnya?” Soal ayahnya inginkan kepastian

ya la.. xpernah dalam sejarah bola sepak kat Malaysia ni, dapat tengok bola kat stadium free”. Jelas haziq.

ohh.. a’ah.. yang kedah menang 5-1 hari tu.

tapi abah, kenape kata free tapi still kena ambik tiket?” Tanya haziq sambil mengerutkan dahinya.

yer lah, kalau xde tiket.. takut penonton exceed limit.. mau pecah stadium tuh.”. jelas ayahnya dengan panjang lebar.

Ooo.. macam tu..” ujar haziq sambil mengangguk-angguk kepalanya tanda faham.

Tapikan ayah.. ada yang tak dapat masuk..” jelas haziq

A’aah.. biasalah dah ramai sangat.. xmuat..” jelas ayahnya sambil matanya terkebil-kebil menghirup kopi panas.

Kesian la kat depa kan ayah, mai jauh-jauh tapi xdapat tiket”.keluh haziq

Yer lah, kalau datang jauh sekali pun tapi dah sampai lambat.. time kaunter tiket dah tutup.. tiket dah habih.. so xboleh la masuk..” jelas ayahnya.

Ooo…” haziq mengiyakan kata-kata ayahnya sambil mengangguk-anggukan kepalanya.

Esok kita mati esok macam tu lah jugak.

Maksud ayah?” Tanya haziq minta kepastiaan

Yer lah.. kita anggap stadium tu syurga. Nak masuk syurga.. mesti ada “tiket”. Walaupun kalau nak ikutkan selagi kita beriman, kompom dah masuk syurga. Tapi kita tetap perlukan tiket.

Erm.. tiket? Soal haziq sambil sesekali menggaru – garu pelipisnya yang tidak gatal.

A’aah tiket… dan tiket tuh pula mesti lah di perolehi sebelum “kaunter di tutup”. Ayahnya menambah.

"Kaunter? Erm.." soal haziq dengan sedikit mulutnya ternganga..keningnya bertambah kerut sambil cuma memikirkan maksud ayahnya itu.

Yer lah… Stadium itu umpama syurga.. kita perlukan “tiket” iaitu pahala. pahala ni kita boleh perolehi sebelum “kaunter ditutup”.

“Ohh…”
haziq mula memahami apa yang dimaksudkan oleh ayahnya.

Kaunter tu pulak tempoh untuk beramal yang kita ada sebelum sampai kiamat. Kalau dah kaunter di tutup yakni kiamat.., xguna segala amal kita selepas tuh.. tambah ayahnya, cuba memahamkan anak sulungnya itu.

“Owh…” Haziq mengangguk- angguk kepalanya sambil tersengih..

Cuma beza antara kaunter tiket nak masuk stadium dengan “kaunter tiket” nak masuk syurga ialah.. kaunter tiket nak masuk stadium hanya ada dekat dengan stadium… selalunya sebahagian daripada banggunan stadium… tapi kaunter tiket nak masuk syurga ada di mana-mana.. so tiket nak masuk syurga.. boleh di dapati di mana-mana.. iaitu amalan ibadah yang kita boleh lakukan bila-bila masa.. dan di mana-mana sahaja. Amal ibadah bukan sekadar terikat pada solat, puasa, zakat, dan haji semata-mata.. tapi keseluruhan cara hidup kita.. sekiranya cara hidup kita mengikut syariat islam.. dan pekerjaan dan kerja buat kita ni semua diniatkan sebagai ibadah kepada Allah swt, maka ia akan menjadi “tiket” kepada kita untuk ke syurga. Terang ayahnya dengan panjang lebar

OOoowh.. macam tu.. tapi ayah.. selalunya kita kerja kan untuk duit.. sebab kalau kita kerja untuk ibadah semata-mata mesti kita tak ambik duit.

Herm.. bukan macam tu haziq.. duit tu hanya hasil. Bukan tujuan. Macam contoh kita sembahyang la.. kerana nak menunaikan tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah. Tapi hasilnya kita jugak mendapat tubuh badan yang sihat kerana perbuatan solat tu adalah satu exercise badan.

Owh… tapi ayah.. kalau kita kerja kerana nakkan wang semata-mata, macam mana?

“Kalau kita niat semata-mata wang.. maka dia xdapat la ganjaran pahala.. macam solat tadi lah… kalau dia niat kerana nak exercise badan semata-mata so dia just dapat badan sihat la… tapi tak dapat la pahala.”

“Owh… macam tu…” haziq mula faham apa yang cuba disampaikan oleh ayahnya.

“Ada satu kata-kata: Kalau tanam padi, lalang akan tumbuh sama, Tapi kalau tanam lalang, padi takkan tumbuh sama”..kalau kita cari akhirat.. maka dunia mesti datang sama.. kalau kita dok kejar dunia.. maka akhirat xkan ikut sama.
Episod 1: Aku Cintakan Kau!
Episod 2: Piramid Terbalik!
Episod 3: Babi punye pasal
Episod 4: Babi punye pasal (sambungan)

Tapi.. pijol...

but please aman... aku merayu ngan ko..
hum... bidi macam mane? aku serius tak de duit nih.. setakat 150 ringgit bleh la aku tolong..
erm.. pijol... aku boleh tolong kau.. dengan syarat.. kali ni aku nak ko bersumpah dengan diri kau sendiri yang ku takkan main judi lagi... and.. aku harap ko ubah diri kau tuh.. please jadi manusia okay..
er.. terima kasih bidi.. aku janji aku berubah lepas nih.. aku akan buat yang ape ko suruh...
Jangan buat sebab terpakse bidi.. dan jangan buat kerane aku.. buat kerana Allah..
Ok terima kasih bidi.. terima kasih aman..
Kelihatan air mata mengalir di pipi pijol. Kelihatan sedikt tersenyum tetapi dalam keadaan agak sugul. Wajah yang menunjukkan tanda-tanda penyesalan. Harap-harap si pijol ni benar-benar berubah lah.

Dah.. dah.. ko minum dulu ngan aman.. aku nak gi atm kat depan tuh.. jap gi aku datang balik Bingkas bidi bangun mencapai kunci motor dan serbannya melangkah kan kaki menuju ke pintu keluar.

Err.. terima kasih bidi... err bidi..
ape? langkah bidi terhenti seraya menoleh ke arah pijol
terterima kasih..
bidi hanya tersenyum... ni kire hutang tau! ko tak bayar aku cari kau pulak! bidi cuba berseloroh.
pijol hanya menundukkan kepalanya..
Aman sedikit menjegilkan matanya tanda tidak setuju dengan kenyataan si bidi tuh..
bidi tersengih.. rilex la.. aku gurau jerk..
eh gi la cepat.. main-main lak budak bidi nih..
baik ustaz aman! hehehe..

Bunyi kasut aman semakin jauh meninggalkan bilik.

pijol.. aku nak tanye sket bleh?
erm.. ape?
kenape ko tak solat? kau tak reti solat ke ko sengaje tak solat?
er.. entah la aman.. aku dulu sekolah agam
Oooo.. sampai mane?
4 thanawi.
huh? dah boleh jadi ustaz sekolah rendah dah nie..
heh.. xderlah..
abis kenape ko tak solat?
entah la.. aku pun tak tahu kenape aku tak solat...
hum.. pijol.. pijol.. kau kene berubah beb.. mati kita ni tak tahu bile.. arwah bobou tu sebaye ngan kau.. tapi die dah pergi meninggalkan kite..
hum.. tu lah aman.. aku nak berubah.. tapi aku tak de kekuatan..
kekuatan macam mane kau maksudkan aman mengerutkan sedikit dahinya.
Yerlah.. setiap kali aku nak berubah.. mesti ada macam-macam halangan.. member-member aku semua kutuk aku.. cakap aku ni alim kucing lah.. tok lebai lah..
Herm.. aku paham pijol.. tu la dugaan namanyer.. ko jangan ambil port sangat ape yang derang kate.. yang penting ape yang Allah kate. ujar aman seolah-olah pakar motivasi lagaknya.
yerlah aman.. aku cube.. korang kene bantu aku.. aku benar-benar insaf.. aku tobat dah..
yerlah pijol.. taubat jangan tau buat dah la pijol..

kedua mereka tersegih umpama kerang busuk.

err.. aman.. aku nak tanye ko.. ko ader dapat tak email yang tunjuk budak U pegang babi dengan anjing tuh?
a'aah dapat.. entah sape tah hantar kat email aku..
tu lah.. aku member aku yang kasik.. pompuan-pompuan tu memang teruk la.. apa nak jadi tah! buat malu jerk.. pakai tudung.. tapi pegang babi dengan anjing plak tue..

aman hanya tersenyum melihat gelagat pijol yang bersungguh-sungguh mengecam tindakan pelajar terbabit.

Aku ni walaupun tak sembahyang.. tak tutup aurat.. main judi.. tapi xderlah tangkap gambar dengan babi ngan anjing macam tuh.. geram betul aku.. memalukan orang melayu jerk... kalau awek aku dah lame aku clash ngan die.. die tak geli ker pegang binatang macam tu.. kite dan dah diajar sejak kecik.. binatang tu kotor.. najis mughallazah!najis berat.. yang beshnyer aku teng..

pijol! suara aman agak kuat menyebabkan pijol sedikit terkejut dan terdiam.
erm.. aku nak tanye ko.. then ko tolong jawab leh tak?
tanye ape? ujar pijol kehairanan.

erm.. perbuatan ko tak solat berdose ke tak?
eh? pijol agak terkejut dengan soalan yang diajukan aman..
err.. berdose...
kau tak tutup aurat, berdose ke tak?
err.. berdose...
kau main judi berdose ke tak?
err.. berdose...
kalau ko pegang babi or anjing berdose ke tak?
mesti la berdose!
kau pasti? ape dalilnya?
kan kita kalau pegang anjing kene samak! haram di makan.
owh.. memang haram dimakan.. tapi berdose tak kalau hanya pegang? dan kalau anjing tu kering kene samak jugak ker?
err... tak..
ni lah yang berlaku sekarang... orang apabila menyebut anjing, babi.. semuanya jijik.. malah bile lalu jerk depan kedai cine.. ramai yang meludah.. tahan nafas... babi punye pasal!

..padahal.. yang hukum haram itu jatuh pada mereka yang memakannya sahaja dan seandainya mereka tu hanya memegang.. tidaklah menjadi haram lagi berdose.. cuma selepas pegang perlu menyamak ajerk..

cuma dari segi nilai islaminya.. xeloklah bebudak tu possing dengan bende alah tuh.. just pegang atas sebab-sebab maslahat sudahlah..

ada sesetengah orang suke mengkritik lebih-lebihan sampai sanggup mengecam, menghina, menulis yang bukan-bukan mengenai pelajar-pelajar tu terdiri daripada mereka-mereka yang 2X5 bahkan lagi teruk... tetapi bila mengkritik dalam satu-satu hal khususnya mengenai hukum.. mereka inilah berlebih-lebihan mengutuk dan menghina seolah-olah mereka ini seorang yang maksum lagi suci. Mereka memandai-mandai menginstinbatkan hukum padahal mereka bukannya ahli. Padahal dari satu sudutnya baik ibadah, akhlak dan pergaulan lebih teruk dari apa yang mereka perkatakan.

OOo...
pijol tersipu-sipu malu sambil mengangguk-anggukan kepala tanda memahami apa yang disampaikan.

tok tok tok
Assalamualaikum, bunyi ketukan dan suara memberi salam dari luar bilik
waalaikumsalam warahmatullah, masuk ler
Tadaaa.. hehehe bidi muncul di depan bilik aman.
aih? kate nak gi atm cepatnyer.. soal aman kehairanan
xjadilah.. baru teringat bawah bantal aku ada duit baki aku beli kitab semalam.
weih? bawah bantal.. kau ni bidi.. macam citer p.ramlee da.. sekali ilang baru kau tau
hehehe.. bismillahhitawakkaltualallah... kalau ilang jugak.. tu rezeki pencuri tu lah.. seloroh bidi sambil menghulurkan duit kepada pijol
pijol menyambutnya sambil mengucapkan terima kasih kepada bidi.
hehehe.. bahaya tul kau punye konsep tawakal..huhuh
actually aku nak masukkan dalam bank semalam.. tapi xsempat da.. sbb tu aku boh bawah bantal jerk.. weih.. ni dah nak masuk asar.. jom kaih pi masjid..
owh.. ok ok.. jom pijol!
er.. jom.. err.. aku balik tukar pakai kain dulu..
tak payah....
eh., takkan aku nak gi pakai seluar pendek jerk...
tak la. ko pakai kain aku tu jerk.. amik dalam almari...

setelah mereka bertiga bersiap-siap.. maka mereka pon jalan beriringan melangkahkan kaki menujuk ke rumah Allah bagi menunaikan solat asar.

kumpulan artikel 2 Catatan Tambahan | |
Assalamualaikum.

Apa khabar semua? harap-harap semua sihat la no. Kalau nak ikutkan ana xnak la posting lagi topik baru. Sebab ana teramat la sibuk semenjak dua menjak ni. Tapi bagi menunaikan permintaan sahabat ana sorang nih yang mintak sambungan Karya santai, yang dah lama ana xsambung, so ana tuliskan sambungan karya tuh.

Episod 1: Aku Cintakan Kau!
Episod 2: Piramid Terbalik!
Episod 3: Babi punye pasal

Truttt.. truutt..

"samekom, aman..",
erk? Waalaikumsalam warahmatullahiwabarokatuh.
hehehehe...
ha.. pijol.. ada apa? lama xnampak ko.

hehe.. ader la... aku orait jerk.. eh aman.. aku nak mintak tolong sket.
tolong ape?
Nanti lah aku cakap kat kau. kita jumpa kat kafe kayy.
bile?
skarang ah..
erm.. bleh gak.. eh tak pun.. ko datang bilik aku.. si bidi pon ada ni ha.. bleh join kita orang pekene kopi radix ni ha..
erm.. bidi? erm.. yelah.. aku gi bilik kau. chiow.
erk?.. Assalamualaikum.
hehehe.. sori.. Waalaikumsalam.


Zabidi: sape tuh?
Aman: alah si pijol.
Zabidi: OOo... ape cer.?
Aman: xde... dia cakap nak mintak tolong..
Zabidi: erm.. tolong ape?
Aman: entahla.. dia xcakap plak..
Zabidi: hum....

Eh yang ko nampak susah hati apesal? tadi bila aku sebut nama ko kat si pijol pon.. di mengeluh.. korang ade masalah ker? Ujar Aman kehairanan.

Zabidi kelihatan mengerutkan dahinya sambil menggaru-garu pelipisnya. pipinya dipenuhi janggut tebal. Berkulit putih, berhidung mancung Sekali pandang, wajahnya seiras-iras Sheikh Habib Ali Al Jifri. Seorang yang agak lurus bendul dan kelakar.

ye ker? xderlah.. Takde ape.. kelihatan sedikit riak resah diwajah zabidi.
Betul ke? aku tengok muke kau semacam jerk, baik ko citer.. aman cuba mencungkil
ala memang la muka aku se-macam.. kalau dua macam ke, tiga macam ke... lain la.. dalih bidi dengan slumbernyer.. Aman tersegih mendengarkan jawapan zabidi.

Itulah zabidi.. seorang yang pelik. Apa jerk masalahnya tak pernah diberitahu sesiapa. Pernah suatu ketika dulu ketika di semester satu. Ketika itu duit ptptn belum masuk. Rata-rata pelajar terpaksa meminta keluarga masing-masing mengirimkan wang untuk perbelanjaan seharian. Tetapi berbeza dengan zabidi. Dengan wang yang hanya ada 50 ringgit, dia mengharungi kehidupan di kampus selama hampir 1 bulan 14 sebelum wang ptptnnya masuk. Dia berpuasa di siang hari dan malamnya hanya menjamah sebungkus meggi. Itulah rutin hidupnya sehingga wang ptptn masuk.

Bila ditanya, pasti dia menjawab dah makan, dah kenyang. Sedangkan ketika itu Allah sahaja yang tahu betapa laparnya dia. Ayahnya seorang ahli perniagaan yang berjaya, Ibunya seorang Doktor. Hidup mereka boleh dikatakan mewah. Tetapi semua itu tidak pernah mengubah dirinya yang sememangnya bersikap rendah diri. Kemana pun pergi hanya berkain pelikat dan berjubah. motor EX5 "zaman perang jepun" tulah yang menjadi kenderaannya kemana-mana. Setiap kali di tanya kenapa dia tidak hidup sepertimana orang-orang kaya yang lain. Pastinya dia akan menjawab "yang kaya Bapak aku.. Mak aku.. bukannya aku.."

Alhamdulillah.. besh gak kopi nih aman ek.. nanti ko tolong beli kan untuk aku ek?
InsyaAllah.. ko nak berapa kotak?
1 dah la.. tu pun aku rasa setahun pon aku minum xabis.
Alah... ko memang bidi.. kedekottt!
cis.. bukan kedekut la.. jimat.. membazir amalan setan!
hehehe.. bidi... bidi.. memacam la ko nih..

Tok tok tok....
semekom?
Waalaikumsalam.. masuk arr.. pintu xkunci..
amboi gelak sakan nampak?
ha.. pijol.. masuk arr.. engkau nih.. bagi salam.. main semekom semekom.. kadang-kadang aku dengar macam kau sebut telekom, celcom... ish ish ish kau nih...
hehehe.. sori ustaz.. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh..
aik? perli aku plak.. Waalaikumsalam warahmatullahiwabarokatuh.
takder lah.. heheh.. korang sembang ape rancak sangat nih?
alah.. ni ha. si bidi kedekott.. minum kopi 1 kotak 1 tahun.. hahahaa...
erm,... ek? err.. hehehe
ha kau cakap nak mintak tolong.. tolong mender?
erm.. aku.. ish segan sebenarnyer nak mintak tolong kau.. tapi aku terdesak ni?
xde bendelah.. kalau bleh tolong aku tolong.. kalau xbleh.. aku mintak bidi tolong..
erm.. aku nak pinjam sen sket arr
Hum.. berape banyak?
9 rat.
huh? banyak tuh.. aku xde sampai banyak tuh.. setakat serat dua ada la... ko nak buat ape banyak tu?
aku.. aku ada probs sket arr..
probs aper?
hum.. ader arr.. ko nak tolong ke tak?
macam aku cakap tadi arr.. setakat serat dua bleh la aku tolong... yang selebihnyer ko kene mintak tolong orang lain aarr..

Terdapat tanda tanda resah di wajah pijol.. matanya kemerahan.. wajahnya resah berbaur sugul... seolah-olah ada sesuatu yang terlalu berat dipikulnya.

tolong arr aman.. kalau aku tak dapat duit tu hari ni.. mati arr aku. aman ko tolong arr carikan.. cukup bulan ni duit baki ptptn masuk.. aku bayar la balik.. rayu pijol
hum.. macam mane ek? bidi ko ader sen tak? soal aman pada bidi
hum.. ada la sket..
pinjamkan kat si pijol ni leh? cukup blan ni suruh di bayar balik.

Hum.. aman.. aku bukan xnak bagi pinjam.. sem lepas aku dah bagi pinjam 3 ribu.. tu pun tak bayar lagi.. tapi aku tak kisah.. cume... aku tak nak buat dose lagik
whut? 3 ribu? tak bayar? dose? mulut aman sedikit terbuka, terpinga-pinga.
yerp.. ko tanyalah si pijol.. malas lagi aku nak sebut hal lame. ujar zabidi sambil mengalihkan pandangannya kearah cermin tingkap yang menghala ke padang bola.
pijol? betul ke? ko buat ape dengan duit tu?
aku... er.. aku.. hum...
aku aper? cakap la.. aman ternanti-nanti ungkapan yang akan keluar sebagai penjelasan.
aku main...
main ape? soal aman yang semakin kehairanan.
judi.... jawab poji menunduk seolah-olah menyesali perbuatannya.
Whut?? judi?... aman tergamam dengan jawapan yang diberikan pijol
sorri aman...
pijol... xperlu minta maaf dengan aku pijol.. kau xde buat salah ngan aku.. tapi dengan Allah pijol.. kau pun tahu judi haram kan pijol? then kenape kau main jugak?
hum... entah la aman.. aku pun xtahu kenapa aku main judi.. aku menyesal sangat.. sekarang ni along plak.. tengah cari aku..
along mane?
along ceti haram..
huh?
aman ko kene tolong aku.. kalau aku tak bayar hari ni jugak sebelum pukul 12 malam.. derang nak bunuh aku.. hari tu derang dah pecahkan rumah aku..derang tinggalkan nota nak bunuh aku.. tolong aku aman.. please... rayu pijol sehingga seolah-olah hampir menyembah meminta belas kasihan..

pijol,..aku....

Bersambung

Sori ye... ana mengantuk sesangat dah nih.. penat.. dah 2-3 hari tak cukup tido.. so nak tahu apa nasib si pijol dan ape kene mengene dengan tajuk episod kali ni? .. tungguuuu.. jumpa dalam sambungan episod babi punye pasal.

Assalamualaikum, Ilal liqa wa maasalamah

kumpulan artikel 0 Catatan Tambahan | |
Aman merendahkan sedikit tubuhnya yang sedang bersandar pada kerusi. Matanya berkelip-kelip menghirup air panas. Wap air berkabus memutihkan cermin matanya.

tok.. tok.. tok.. tok..

Assalamualaikum..

Waalaikumsalam, masuklah

Aman: Eh kau bidi... masuk la..

Zabidi: Wah.. langkah kanan aku nih..

Aman: Ha.. tu ada atas meja.. boh la..

Zabidi: Aman.. jom kuar...

Aman hanya diam.. matanya terkebil-kebil memandang skrip laptopnya. Otaknya menerawang entah ke mana..

Zabidi: eh aman ko dengar tak aku cakap ape?

Aman: ha? ape kau cakap tadi?..

Zabidi: ape yang ko menungkan tu? ko masih teringat kat arwah boboi ker?

Aman: hum..

Zabidi: sudahlah aman. yang muda pasti akan tua, yang hidup pasti akan mati.

Aman: aku tahu bidi. dan aku dah ok.

Zabidi: Betul ke ko dah ok? aku tengok ko asyik terperap jerk dalam bilik. Anis asyik tanya pasal kau. aku dah tak tak nak cipta alasan ape lagi dah kat dia.

Aman: Anis? ape dia nak?

Zabidi: lah? ko ni aman.? ko tanya aku pulak. ko la yang patut bagi tau kat aku apa yang ko ada sampai anis bleh terpikat kat kau!. Aku pelik betul la. Nak kate ko kaya.. asyik makan meggi jerk. nak kata hensem.. ceh.. aku lagi hensem. tapi aku pelik betul la!

Aman: hum.. ape plak aku? entahlah bidi. aku xtau nak cakap macam mane.

Zabidi: aa? kau ni memang pelik la aman. Muslimat sikit punya cantik macam tu ko tak nak? ape lagi ko nak? dia tu dah la kaya giler.. baik plak tu... rendah diri.. sopan santun.. ishhh... perfect!

Aman: ish.. payah aku nak terangkan kat kau! ko xkan paham.

Zabidi: entah la aman.. ikut ko lah.. tapi ko jangan menyesal esok2 anis dah jadi zaujah aku! hehe...

Aman: kalau tu dah jodoh kau! aku ok jerk..

Zabidi: huhu jeles nampak? kan aku dah cakap.. actually dalam hati ko tu memang kau ade perasaan kat anis jugak. cuma kau jerk yang xnak mengaku.

Aman: adeh? dah.. dah.. tuko topik lain!

Zabidi tersengih sambil menggelengkan kepalanya. Walaupun dia dan aman boleh dikatakan agak rapat. tapi sampai sekarang dia xdapat memahami aman. Dulu boboi ada, boboi la tempat luah perasaan aman. Dengan zabidi agak kurang. Maybe sebab zabidi atau lebih mesra dengan gelaran bidi ni seorang yang tidak begitu arif menafsir bahasa jiwa. heh?

Zabidi: Aman, jom la keluar. Teman aku gi pekan rabu. Aku nak beli Jubah la. aku xpandai tawar.. ko pandai sket bab tawar menawar nih.

Aman: hum.. sori la bidi. aku xlarat sket pagi ni. Lagi pon aku dok siapkan buletin nur Islam bulan ni. Lusa dah hari jumaat. Takut xsempat siap.. Jumaat lepas aku dah skip. sebab aku gi tamrin Nuqoba' kat kelantan. Tak kan jumaat ni nak skip lagi.

Zabidi: kalau macam tu xper lah.. minggu depan kite gi yerk..

Aman: aku xjanji arr.. kalau xde aral melintang, insyaAllah kita pi.

Zabidi: Canteekk.. ape isu Nur Islam kali ni ek?

Aman: Pasal sistem pendidikan.

Zabidi: Erm... apa kaitan dengan Ummah?

Aman: Sebenarnya bidi, kalau ko nak tahu.. corak sistem pendidikan yang diguna pakai di seluruh dunia Islam berbentuk piramid. Sepatutnya berbentuk piramid terbalik.

Zabidi: Maksud kau?

Aman: Macam ni.. ko tengok bentuk piramid.. kakinya luas.. dan di hujungnya tajam...

Zaibidi mengerutkan dahinya sambil menggaru-garu pelipisnya yang tidak gatal.

Aman: Masa sekolah rendah.. kita belajar semua subjek.. then naik sekolah menengah.. skop kita menjadi agak kecik.. mengikut aliran.. kalau aliran sains xkan belajar bab sastera.. kalau aliran sastera xkan belajar bidang sains.. begitu lah seterusnya... bila naik u.. masuk alam pekerjaan.. skop kita menjadi lagi kecik... belajar ambil bidang medical... bahagian mana? bahagian mata.. mata bahagian mana? bahagian retina.. kalau suruh operate lutut ke siku ke... kita xreti.. just mata. Ia seolah-olah berbentuk piramid.. pada asalnya banyak sumber ilmunya... tetapi skop tu menjadi kecik dan kecik dan kecik.. ilmu menjadi sempit.

Zabidi: Oooo...

Aman: Berbeza dengan zaman dulu2.. para ilmuan dulu.. belajar semua bidang.. mereka bukan sekadar fikih dalam bidang fiqh, tasawuf tapi jugak dalam bidang astronomi, perubatan, falsafah dan lain-lain.. Ia seolah-olah dalam bentuk piramid terbalik.. bermula dari sumber yang satu.. iaitu Al-Quran. kemudian ilmu itu di kembangkan.. dan terus berkembang... Maka hasilnya.. para cendiakawan Islam, yang terre dalam semua bidang!

Zabidi: A'aah la..


Aman: kau tau bidi.. sape punya perancangan kecikkan skop Ilmu?

Zabidi: Kompem Yahudi Laqnatullah..

Aman: Yes.. tapi bidi.. ko jangan lupa yang kita sebenarnya meneruskan perjuangan mereka dalam kecikkan skop ilmu!

Zabidi: err... Habis tu nak buat macam mana?

Aman: Kita kene ubah sistem pendidikan yang ada.

Zabidi: eh.. macam mana nak ubah? ni hal urusan pentadbiran negara.. kita mana ada kuasa.

Aman: Sapa cakap kita tak dak kuasa? anyhow selain tu ada cara lain.

Zabidi: Cam ne?

Aman: Kita yang dah sedar ni.. kene ubah dengan melaksanakan keatas diri kita n keluarga kita.

Zabidi: maksud ko aman?

Aman: maksud aku.. apa yang kita belajar kat U ni.. kita tetap teruskan sampai habis.. but at the same time.. huhu speaking lak aku... pada masa yang same.. kita kene mendalami ilmu lain.. bidang agama, bidang perniagaan dan sebagainya..

Zabidi: oOoo.. paham-paham...

Zabidi menganggung- anggup kepalanya seperti belatuk menukul pokok.

Aman: Eh.. minum la air tuh.. Kopi radix beb.. Mai secawan! hehehe..

Zabidi: hehehe..

Bersambung...

kumpulan artikel 4 Catatan Tambahan | |
Assalamualaikum....

Malam ni, sanggap saye agak xberapa sihat.. batuk tak baik-baik.. entahlah.. mungkin sehari dua lagi baik kot.. di sebabkan kesangapan tahap dewa, maka saye menulis satu citer pendek.. actually saye xreti tulis citer.. last tulis cerpen ni pon masa tingkatan 5. sekarang dah tua bangka dah... huhuhu.. so apa pendapat anda pasal citer neh? paham tak ape yang saye cuba sampaikan disebalik citer nih.?

Boboi: Aku cintakan ko aman! biarlah ko nak kata apa, aku tetap cintakan kau!, jumpa petang ni depan kafeteria depan kolej proton pukul 5 petang nih!

tut..tut..tut..

Talian telefon pon putus. Aman masih menekap telefon di telinganya. Mulutnya sedikit ternganga.. fikirannya merawang-rawang.. memikirkan tentang apa yang di ucapkan oleh si boboi sebentar tadi. Aman memang rapat dengan boboi. Sejak dari kecil, curi buah jambu sama-sama, ponteng mengaji sama-sama, lastik ayam pak mail sama-sama, sehinggalah sekarang belajar di Universiti Utara Malaysia dalam kos yang sama!. Memang pada hakikatnya dia sayangkan boboi.. dia dah anggap boboi macam saudara kandung dia sendiri.. sehari dia xjumpa boboi.. rasa seperti kekurangan sesuatu dalam harinya.. tapi... just sebagai kawan.. xlebih daripada tu.. tak mungkin dia jatuh cinta dengan boboi.. kaum sejenis dengannya.. tapi boboi?.... argh.. ????


Petang tu, aman turun ke kafe, dia berbaju kuning, berseluar track yang baru dibeli di pekan rabu mase keluar dengan boboi semalam.... dari jauh dia dah nampak kelibat boboi termanggu menongkat dagu di depan kafe proton..... alamak, kenape si boboi ni pakai baju n seluar sama ngan aku ni? mane dia tahu aku nak pakai baju ni?..Dari hujung pakaian hinggalah ke jam tangan.. semua nya sama dengan aman.

Aman: what??? ko cintakan aku??

Boboi: ye, aku cintakan kau!

Dahi aman semakin berkerut.. dibuang jauh pandangan matanya. Tak pernah dia merasa sebegini tegang ketika berbicara dengan boboi selama dia mengenalinya.

ish.. kau ni buang tebiat ke boboi ? ujar aman dalam nada sedikit keras.
apehal plak? jawab boboi dalam keadaan tersengih

ish ko ni degil la boi... aku cakap tak boleh tak boleh la boi!

"man? salah ke aku cintakan ko?" nada boboi agak serius kali ni

"memang!.. kau tu laki.. aku pon laki.. gile la kau ni boi!" suara aman semakin meninggi. Merah padam mukannya.

"lorr.. abis tu.. ape masalahnye?" ujar si boi sambil menggaru-garu keningnya.

"ish.. ko nih.. xpaham-paham ke? nabi xngaku umat.. dol!" ujar aman sambil menunjukkan mimik muka yang tidak menyenangkan.

"kenape lak sampai nabi xngaku umat.. cinta aku ni ikhlas.. nabi pon bercinta dengan kaum sejenis apa?" jawab si boboi dengan nada sedikit sebak.

"woih.. mulut ko nih.. ko jangan sampai aku pecahkan muka kau ni dengan penumbuk aku ni!" aman menggenggam tangan kanannya lalu ditunjukkan di hadapan hidung si boboi. kali ini aman sudah tidak mampu mengawal perasaan marahnya.

"Man? sampai hati ko.. sepatutnya ko tanya dulu apa maksud aku cakap macam ni.. tapi xperlah.... cuma aku xsangka ko sampai hati layan aku macam ni sekali.... xperlah.. man.. aku minta maaf.. seandainya ko xdapat menerima cintaku.. tetapi terimalah hadiah dari aku ni semperna hari jadi ko yang ke 25. Maafkan aku kerana buat ko marah" Boboi terus menghulurkan satu bungkusan hadiah berwarna merah dan bergegas mendapatkan keretanya.. beberapa minit kemudian.. kereta boi terus meluncur laju meninggalkan kafe proton.

aman terdiam,.. sambil terpinga-pinga dengan apa yang berlaku. dia akui selama mereka bersahabat, inilah kali pertama aman meninggikan suara kepada boboi. rasa bersalah mula menyelubungi hati aman.

aman melangkah kakinya longlai melangkah kaki ke biliknya. setelah masuk kedalam bilik, aman duduk di hujung katil. tiba-tiba terlihat gambarnya bersama boboi ketika sambutan birthdaynya yang lepas. aman berselang seli menatap gambar tersebut dan hadiah yang masih ditanganya. terdetik hatinya, ape lah hadiah si boi kali ni. jari jemarinya mula mengoyak hujung hadiah tersebut. setelah selesai membuka bungkusan tersebut.. owh.. buku sirah nabawiyyah.. buku yang dah lame aku cari-cari tapi tak jumpa.. bagus jugak si boboi ni tolong belikan.. lalu aman pon membelek buku tersebut. terdapat satu bahagian daripada buku tersebut sudah di tanda dengan penanda buku.. dan terdapat beberapa perkataan yang di hinghlightkan dengan pen highliter.

"begitulah cinta mereka (kaum ansar dan muhajirin), mereka sangup korbankan harta dan nyawa mereka demi cinta dan persahabatan mereka, mereka sangup serahkan harta kekayaan dan sanggup menceraikan isteri mereka demi persaudaraan, persahabatan dan percintaan sesama mereka. Ini membuktikan bahawa cinta itu luas maknanya. cinta seorang sahabat kepada sahabatnya lebih tinggi nilainya dan mengatasi cinta seorang suami kepada isteri". terdapat beberapa catatan menggunakan pensil di ruang tepi buku tersebut "man, aku harapkan kita pon menjadi seperti ansar dan muhajirin yang dipersaudarkan. mereka saling mencinta dan menyayangi antara satu sama lain."

dengan tidak semena-mena air mata mengalir di pipi man. Ya Allah, aku tersalah anggap kat boi..

tiba-tiba telefon man berbunyi,

"man ni sepul.., boi... boi.. eksiden man! depan pintu gerbang. lori langgar dari tepi... bomba sekarang tengah usaha keluarkan dia daripada kete.."
astagfirullah... sepul.. ko.. datang a.aambik akuu..

sampai di pintu gerbang, kelihatan pihak bomba sedang memotong bahagian depan badan kereta proton satria biru yang remuk.. Ya Allah...

Maaf encik xboleh pergi ke sana. Pegawai bomba yang sedang mengawal kawasan kemalangan cuba menghalang ama dari menerpa ke kereta boboi.

Tapi Encik, tu adik saya... saya abang dia... aman terus berlari mendapatkan kereta boboi...

Aman dapat melihat boboi yang terperusuk di dalam kereta yang remuk. aman menghulurkan tangannya lalu memegang tangan boboi. kelihatan boboi masih sedar.. tetapi dalam keadaan yang sangat lemah.. kelihatan darah mengalir di dahi dan telinganya.. aman mendekatkan kepalanya ke bahagian pintu yang sudah terkopak..

Boi... boi... maafkan aku boi... aku menyesal berkasar dengan kau boi... boi... aku cinta kan kau boi!.. demi Allah.. aku mencintaimu seperti cintanya muhajirin dan ansar! maafkan aku boi!....

dari riak wajah boi seperti ingin meluahkan sesuatu... tapi tak terdaya... hanya senyuman di hujung bibir yang mampu boboi ukirkan bagi membalas ucapan aman.. boi semakin lemah..sekit demi sedikit matanya tertutup..

anggota bomba masih cuba mengeluarkan boboi daripada keretanya.
setelah beberapa ketika. boboi tidak lagi bergerak. tangan yang di pegang oleh aman sebentar tadi kini terkulai layu..

air mata semakin deras mengalir di pipi aman... boi... boi.... aman semakin teresak-esak.. beberapa orang pegawai bomba terpaksa mengalihkan aman memandangkan emosi aman semakin tidak terkawal.

Setelah beberapa minit, boboi berjaya di keluarkan daripada kereta. boboi di letakkan di atas usungan... beberapa orang doktor sedang memeriksa keadaan boboi.. aman hanya memandang dari jauh sambil di kawal oleh beberapa orang pegawai bomba. lalu salah seorang doktor yang memeriksa boboi memandang kearah aman... dengan pandangan sayu.... lalu doktor tersebut menggelengkan kepalanya..... boi... boi... tidakkkkkkkk!!!!!...mata aman berpinar.. kemudian menjadi gelap.

citer ni rekaan semata2 xde kene mengena dgn sape2 baik yg idop ataupon yg mati ataupon yang sedang mati ataupon yang akan mati. Wallahualam ;)
kumpulan artikel 6 Catatan Tambahan | |