MINIT MESYUARAT MENGENAI PERMASALAHAN VARIATION ORDER (VO) BAGI PROJEK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR ASAS ZON INDUSTRI FASA 3, KULIM
BIL. 2/2010
Tarikh : 13 Mei 2010 (Isnin)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama
Aras 10, Blok Tengah, Perbendaharaan Malaysia,
Kementerian Kewangan, Putrajaya
Kehadiran: Seperti Di Lampiran A
I. KATA ALUAN PENGERUSI
1. Y. Bhg. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat kerana dapat hadir ke Mesyuarat Permasalahan Variation Order (VO) bagi Projek Pembangunan Infrastruktur Asas Zon Industri Fasa 3, Kulim Bil 2/2010. Beliau seterusnya memaklumkan perkara-perkara berikut:
a) tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan mengenai tuntutan VO dan Variation of Price (VOP) kontraktor yang masih belum diselesaikan dan seterusnya mendapatkan persetujuan antara kontraktor dan kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut;
b) status Sijil Tidak Siap Kerja (CNC) yang dikeluarkan oleh Kulim Technology Park Corporation (KTPC); dan
c) mesyuarat akan mendengar penjelasan dari kedua-dua belah pihak iaitu pihak KTPC dan kontraktor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
II. ISU-ISU PERBINCANGAN
2. Extra over excavation for rock
a) Akan keterangan dan pandangan daripada pihak KTPC:
i. Kerja-kerja penyiasatan tanah (SI) telah dijalankan oleh kontraktor yang dilantik oleh KTPC iaitu Carden Sdn. Bhd. Pembayaran untuk kerja-kerja tersebut dibuat dengan menggunakan peruntukan KTPC sendiri;
ii. Kadar harga yang telah dipersetujui diantara KTPC dan kontraktor untuk kerja-kerja pengorekan hard material adalah RM 11/m3 manakala harga kontrak untuk kerja pengorekan batu adalah RM 20/m3;
iii. Satu surat daripada perunding telah dikeluarkan pada 24 Disember 2009 yang menyatakan persetujuan ke atas kuantiti batu sebanyak 1,001,138 m3 dan kuantiti hard material adalah sebanyak 602,885 m3 dan kuantiti tersebut telah disahkan oleh jurutera tempatan (resident engineer) berdasarkan hasil pemeriksaan bersama antara KTPC, perunding dan kontraktor. Ini menjadikan jumlah tuntutan adalah sebanyak RM 26,653,495. Pada 7 Januari 2010, satu surat dari pengarah MEI Consultants Sdn. Bhd. (perunding) dikeluarkan dengan menyatakan bahawa persetujuan ditarik balik kerana terdapat kesilapan dalam pengiraan kuantiti batu dan hard material tersebut dan hasil pengiraan semula didapati jumlah tuntutan adalah sebanyak RM 21.5 juta; dan
iv. KTPC pada dasarnya bersetuju dengan kuantiti dan harga yang dikemukakan oleh RE iaitu RM 26.6 juta;
b) akan keterangan dan pandangan daripada Bahagian Perolehan Kerajaan (BPK):
i. Pihak KTPC sepatutnya telah membuat pembayaran sebanyak 50% daripada jumlah VO yang dituntut oleh kontraktor bergantung kepada pengesahan daripada Pegawai Penguasa (SO);
ii. Pihak KTPC juga tidak sepatutnya menyerahkan segala keputusan dibuat oleh perunding semata-mata memandangkan KTPC merupakan pelanggan dan juga SO untuk projek ini;
iii. Pihak KTPC dipersoalkan mengenai perlantikan KTPC Construction Sdn. Bhd untuk melaksanakan kerja-kerja tanah memandangkan syarikat tersebut adalah anak syarikat KTPC sendiri. Perlantikan tersebut telah dibuat tanpa kebenaran daripada Kementerian Kewangan. Terdapat arahan kabinet yang menyatakan bahawa sesebuah agensi tidak boleh melantik anak syarikat sendiri untuk sesebuah projek; dan
iv. Perunding akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala kuantiti kerja yang dilakukan di tapak.
c) Akan keterangan dan pandangan daripada pihak kontraktor:
i. Kontraktor menyatakan tidak bersetuju dengan hasil pemeriksaan bersama yang dijalankan bersama dengan perunding pada 24 Disember 2009 dengan jumlah tuntutan sebanyak RM 26.6 Juta.
d) Mesyuarat bersetuju supaya:
i. Kuantiti rock dan hard material diambil daripada kuantiti yang dikira semasa pemeriksaan bersama antara KTPC, perunding dan kontraktor di mana jumlah keseluruhan tuntutan bagi kerja-kerja extra over excavation for rock adalah sebanyak RM 26.6 juta.
10. Bayaran Kemajuan
a) akan keterangan dan pandangan daripada wakil kontraktor:
i. Jumlah bayaran no. 24 yang telah diperakukan adalah sebanyak kemajuan RM 4,100,000 tetapi bayaran yang telah diterima adalah sebanyak RM 2,000,000.
b) akan keterangan dan pandangan daripada wakil KTPC:
i. KTPC mengalami kekurangan working capital untuk membayar jumlah penuh bayaran kemajuan no. 24 dan hanya mampu membayar sebanyak RM 2,000,000 terlebih dahulu;
14. Y. Bhg. Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat atas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan mesyuarat ini.
15. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 7.00 malam.
______________________________________________________
LAMPIRAN A
SENARAI KEHADIRAN
8. Encik Romli Hasan
Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah
9. Encik Awang Hashim Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd.
10. Encik Khairul Fithri Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd.
11. Encik Azhar Bin Abd. Hadi
Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd.
URUS SETIA
16. Encik Chou Ai Hong Ketua Seksyen Pembangunan Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam & Khidmat Pengurusan Perbendaharaan Malaysia
(geng baik kepada Hj Sobery)/simpati kepada PAS/PR
|