Berikut adalah senarai 50 daripada 64 calon bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO setelah tempoh penyerahan borang pencalonan berakhir pukul 5 petang tadi:
SENARAI CALON MAJLIS TERTINGI:
- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
- Datuk Dr. Aziz Jamaluddin Mohd Tahir
- Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin
- Datuk Abdul Azeez Rahim
- Datuk Razali Ibrahim
- Datuk Azalina Othman Said
- Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin
- Razali Husain
- Datuk Dr. Norraesah Mohamad
- Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik
- Prof. Datuk Dr. Zainul Fitri Othman
- Raja Ropiah Raja Abdullah
- Abdul Zarin Mohd. Yasin
- Datuk Seri Shahidan Kassim
- Azlan Man
- Datuk Sohaimi Shahadan
- Datuk Tajuddin Abdul Rahman
- Datuk Idris Haron
- Datuk Seri Idris Jusoh
- Datuk Abdul Rahman Dahlan
- Datuk Musa Sheikh Fadzir
- Datuk Hasan Malek
- Datuk Mahadzir Khalid
- Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
- Tun Faisal Ismail Aziz
- Datuk Nur Jazlan Mohamed
- Datuk Abd. Wahab Ibrahim
- Datuk Azman Shah Omar Shah
- Yusoff Ishak
- Zawawi Othman
- Tan Sri Anuar Musa
- Datuk Halimah Mohamed Sadique
- Datuk Mokhtar Radin
- Datuk Md. Alwi Che Ahmad
- Prof. Madya Dr. Sazili Sahibi
- Datuk Seri Jamaluddin Jarjis
- Datuk Samsul Anuar Nasarah
- Datuk Nasir Safar
- Datuk Rosni Zahari
- Hamidah Osman
- Dr. Mohd. Puad Zarkashi
- Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar
- Datuk Tawfik Abu Bakar Titingan
- Datuk Maznah Hamid
- Mohsin Yussof
- Dr. Zubir Harun
- Datuk Ahmad Jaafar
- Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohamed
- Mohd. Sazili Shahidi
- Datuk Abdul Aziz Kaprawi
Mengalah untuk bertanding sebagai Ketua Wanita bukan bererti Dato Azalina kalah dalam perjuangannya. Namun, sebagai seorang yang sangat setia kepada UMNO, perjuangan demi Agamanya, Bangsanya dan Tanahairnya diteruskan dengan menawarkan dirinya sebagai calon Majlis Tertinggi.
Di dalam kenyataan media beliau baru-baru ini, Dato Azalina menjelaskan;
- Mengambil kira nasihat dan pandangan pelbagai pihak
- Yakin semua pihak terima baik keputusannya
- Sokongan padu dari Dato Shahrizat dan pergerakan wanita untuk pencalonannya.
- Kerana setia kepada kepimpinan serta sayang kepada UMNO maka perpaduan, keutuhan dan keunggulan parti adalah keutamaannya untuk persediaan PRU14.
- UMNO ialah sebuah parti yang berasaskan prinsip demokrasi.
- UMNO bukan dimiliki oleh individu atau pihak tertentu.
- UMNO adalah untuk semua ahlinya demi menjaga kepentingan dan hak orang Melayu.
- Kapasiti dan track recod Dato Azalina sebagai Ahli Parlimen selama 3 penggal dan Menteri Kabinet serta Ketua Pergerakan Puteri UMNO.
Berikut adalah kenyataan penuh Dato Azalina di dalam satu sidang akhbar;
KENYATAAN AKHBAR DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
JUMAAT 20 SEPTEMBER 2013
JUMAAT 20 SEPTEMBER 2013
1. Setelah mengambil kira nasihat dan pandangan daripada pelbagai pihak, saya dengan penuh takzim mengesahkan tidak akan menawarkan diri sebagai calon bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia didalam pemilihan parti kali ini.
2. Saya yakin keputusan saya ini akan diterima baik oleh semua pihak demi perpaduan dan keutuhan UMNO. Sebagai seorang yang setia kepada kepimpinan parti dan sayang serta cintakan UMNO, apa yang penting bagi saya ialah melihat UMNO terus padu, utuh dan unggul bagi kita bersedia dari sekarang untuk menghadapi Pilihanraya UMUM ke-14 nanti.
3. UMNO ialah sebuah parti yang berasaskan prinsip demokrasi. UMNO bukan dimiliki oleh individu atau pihak tertentu. UMNO adalah untuk semua ahlinya demi menjaga kepentingan dan hak orang Melayu.
4. Saya juga secara rasmi mengumumkan penawaran diri saya sabagai calon bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan Ketua UMNO Bahagian Pengerang. Saya yakin dengan pengalaman dan kebolehan yang ada pada diri saya sebagai Ahli Parlimen selama 3 penggal sehingga hari ini dan pernah menjadi Menteri Kabinet serta Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merangkap Naib Presiden UMNO, saya mampu mencurah bakti dan berkhidmat kepada parti, ahli ahli UMNO, bangsa, Negara dan Agama .
5. Disini saya saya juga ingin mengambil kesempatan mengulas kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mengucapkan jutaan terimakasih kepada beliau yang telah menjanjikan sokongan padu Pergerakan Wanita UMNO kepada saya bagi merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Ahli Parlimen Pengerang ( P157)