Showing posts with label KTPC. Show all posts
Showing posts with label KTPC. Show all posts

Saturday, January 11, 2014

Surat Terbuka kepada Y.B. Datin Nor Sabrina Mohd Noor Exco IT Negeri Kedah & ADUN Bandar Baharu.

Y.B. Datin,

PELANTIKAN PENGURUSAN TERTINGGI KTPC YANG BARU

Tahniah atas pelantikan sebagai Exco Negeri Kedah yang baharu di bawah kepimpinan dinamik YAB Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir sebagai MB.

2.  Sumber berita yang boleh dipercayai dari Kulim ada menyatakan bahawa Y.B. Datin kini ‘very eager’ untuk menaikkan pangkat Naib Presiden KTPC iaitu Anuar Safar kepada Presiden/CEO yang baru.

3.  Jika berita ini benar, kami ingin tahu apakah asas yang Y.B. Datin gunakan untuk mencadang nama beliau kepada MB Kedah?

4.   Adakah kerana Y.B Datin merasakan bahawa banyak peluang untuk mengumpul kekayaan sendiri yang berlipat kali ganda dengan membawa penyokong reformasi dan PKR ini menjadi CEO KTPC yang baru?

5.   Kami dengan ini ingin mengingat kembali (flashback) kepada masa lalu iaitu tahun 2004 dan 2007 di mana terdapat beberapa salah laku Y.B. Datin. Siapa yang tidak ingat pada masa itu, Cik Norsabrina dari jawatan ‘Eksekutif’ di KTMSB telah diangkat oleh MB Kedah menjadi ‘Pengerusi Eksekutif’ KBioCorp melalui tiket Ketua Puteri UMNO Kulim & Bandar Baharu pada usia yang muda dan tiada pengalaman. Hinggakan dikatakan ‘business card’ YB ketika itu hanya perlu ditambah perkataan ‘Director/Pengarah’ sahaja dihujung perkataan Eksekutif.

6.   Pada tahun 2004, dua sebutharga telah diberi oleh Y.B. kepada syarikat Kelisa Technology Sdn Bhd yang mana Pengurus Projek syarikat tersebut pada masa itu adalah Mohd Nizam Mohd Noor, abang kandung YB sendiri. Dua sebutharga tersebut ialah:

    i.   Furniture (frame benches) berjumlah RM44,200.00
   ii.   Epoxy lab flooring berjumlah RM142,000.00

7.   Malah epoxy flooring tersebut juga kurang ketebalan dari spesifikasi yang diperlukan. Namun atas jawatan politik pada masa itu, sebagai Ketua Puteri yang baik dengan MB Kedah pada masa itu, tiada sebarang tindakan diambil. KBioCorp pada masa itu seperti kepunyaan YB sendiri dan bukan GLC negeri.

8.   Pada tahun 2007, YB juga tahu bahawa satu syarikat yang menyertai tender terbuka KBioCorp iaitu Chemopart yang mana salah seorang pengarah syarikatnya ialah suami YB sendiri iaitu Azizan Bin Mat. Hal ini tidak dijelaskan oleh YB kepada Lembaga Tender KTPC. Ini jelas menyalahi etika kerja. Walau pun syarikat ini tidak berjaya dalam tender tersebut, namun ini menyalahi undang-undang syarikat. Namun hal ini telah dibiarkan begitu sahaja.

9.   Walau pun Y.B. merupakan anak didik Anuar Safar, janganlah parti UMNO pula dibelakangkan dengan menyokong ahli PKR untuk jawatan tertinggi KTPC. Jangan lupa apa yang PAS/Pakatan Rakyat telah lakukan terhadap ahli UMNO pada tahun 2008 di KTPC.

10.   Janganlah Y.B. terlalu ghairah untuk ‘melombong emas’ di KTPC. Jalankan kerja Y.B. dengan amanah dan dalam usia YB juga masih muda ini eloklah digunakan untuk berbakti kepada masyarakat sepenuhnya. Hargailah sokongan rakyat dan jangan gunakan politik untuk kepentingan sendiri serta keluarga, sebaliknya berkhidmatlah untuk masyarakat. Ingat, tiada siapa pun kebal dari undang-undang. ‘No one is above the law’.

11.   Dua perkara yang disebut ini adalah contoh sahaja. Masih banyak lagi ‘deal’ yang Y.B. buat berada dalam rekod dan simpanan kami. Kalau nak rekomen calon ganti Hj Sobri tu, carilah calon yang berwibawa dan boleh membawa KHTP ke hadapan, bukannya orang yang hanya gelojoh untuk mengenyangkan tembolok sendiri seperti Anuar Safar.


Sekian, wassalam.


PS:
Kami juga percaya bahawa YAB DP Mukhriz adalah seorang yg tegas dan tak akan bertolak ansur jika terdapat sebarang salah laku ahli Exconya.

[ READ MORE ]

Anuar Safar Sudah Menjalankan Lobi Melalui ADUN Bandar Baharu.

Seperti yg kita dijangkakan, Tuan Hj Anuar Safar yg sekarang sudah hanya mahu dikenali dengan Anuar Safar shj sudah menjalankan lobi melalui YB Datin Sabrina dan YB Datuk Othman Aziz bagi jawatan CEO KTPC yg baru.

Laman blog ni ingin mengingatkan YAB Datuk Mukhriz bahawa AMS ni adalah orang yg merbahaya yg telah menikam dari belakang bekas CEO KTPC, iaitu Datuk Shukri.

Walau apa pun yg dilobi melalui YB Datin Sabrina dan Datuk Othman Aziz, kami menyarankan agar beliau tak dilantik menjadi CEO baru KTPC menggantikan Hj Sobri, memandangkan rekod buruk beliau sepanjang menjadi GM dan VP KTPC.

Antara rekod buruk beliau ialah:
  1. Memalsukan surat kpd KSU Kementerian Pembangunan Usahawan pada tahun 2006.
  2. Mendapat surat tunjuk sebab dari Lembaga Pengarah atas salah guna kuasa di Kulim Technology Management Sdn Bhd (KTMSB) pada awal tahun 2008.
  3. Berkempen utk PKR di Kulim pada tahun 1999 dan 2004 serta menggunakan peralatan syarikat berkempen utk PKR.
  4. Menggunakan wang perutkan geran RMKe8, 9 & 10 bagi pembangunan vendor (usahawan kecil bumiputera) utk melancong ke luar negara bersama anak. Modus operandi ialah melalui penyertaan KTPC ke pameran teknologi di German, France dll.
Berdasarkan faktor2 di atas, tak mustahil beliau akan menghulurkan dana kpd mereka2 yg sudi utk rekomen beliau ke jawatan CEO tersebut. Datin Sabrina juga adalah seorang yg rapat dengan beliau pada satu ketika dahulu.

Sebenarnya terdapat ramai lagi calon yg berkelayakan, jujur dan amanah dari beliau. Beliau juga adalah seorang yg bermuka-muka dengan berlagak lebih PAS dari PAS sewaktu PAS memerintah Kedah. Sekarang beliau adalah lebih UMNO dari UMNO sendiri. Beliau juga akan menggunakan Salman dan juga seorang posmen sebagai pelobi beliau.

Maklumat lanjut mengenai keganasan dan kerakusan boleh diperolehi dari laman Onar Di Kedah.


[ READ MORE ]

Tuesday, September 17, 2013

Pertindihan Portfolio EXCO Kedah Perlukan Pencerahan Dari MB.

Jika kita kaji portfolio yg ada di Kedah la, terdapat dua portfolio yg mempunyai pertindihan iaitu Exco Industri dan Pelaburan dan juga Exco Komunikasi, IT dan Teknologi Tinggi. Yg menjadi pertindihan ialah Industri dan Teknologi Tinggi la ni berada di tangan dua Exco yg berlainan. Hal ni tak sepatutnya terjadi di Kedah.

Adalah dicadangkan kpd YAB MB Kedah agar dapat memudahkan perjalanan pentadbiran negeri Kedah dgn menempatkan portfolio Industri dan Teknologi Tinggi pada seorang Exco sahaja berdasarkan pengalaman masa terdahulu.

Exco Komunikasi & IT ni sebenarnya amat besar tanggungjawab dan tak hanya berkisar di satu tempat sahaja iaitu Kulim. Ianya juga tak patut ditambah dgn Teknologi Tinggi dihujungnya. Sapa yg draf pembahagian portfolio ni pun kita kena tanya jugak apa sebabnya dia buat mcm ni.....? Adakah org yg pegang Exco tu ada kena mengena dalam hal ni.....?

Manakala teknologi tinggi di Kedah juga bukan hanya ada di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) sahaja, tetapi mencakupi seluruh negeri Kedah, sebagai contoh kilang komposit ACM di Bukit Kayu Hitam juga mempunyai elemen teknologi tinggi.

Manifesto BN Kedah mengenai penubuhan Rubber City juga mempunyai elemen teknologi tinggi. Teknologi tinggi ni adalah proses dan bukannya dikategorikan mengikut tempat dan tertumpu kepada industri elektrik & elektronik (E&E) sahaja.

Ni YB berkenaan kena ingat. Jangan ingat nak jadi Ahli Lembaga di KHTP & nak ambik elaun meeting sahaja.

Sebelum MB membuat rombakan Lembaga Pengarah PKNK atau menggantikan Ketua Eksekutif PKNK (memang patut kena ganti pun) dan anak syarikat, apa salahnya jika peranan portfolio Exco ni diselaraskan agar tak terjadi dua portfolio Exco menjaga Kulim Hi-Tech Park kerana dalam KHTP ni ada industri yg berteknologi tinggi. ni yg menjadi isu dan bualan di Kedah.

Cadangan di sni ialah agar meletakan seorang Exco Industri, Pelaburan dan Teknologi Tinggi manakala YB Datin (ver2) Sabrina jadi Exco Komunikasi & Teknologi Maklumat (IT) kerana beliau adalah bekas CEO Melaka ICT Holdings sewaktu Ali Rustam jadi MB Melaka.

Kalau nak dibanding dgn peringkat Kerajaan Persekutuan Malaysia pun, ada Kementerian MITI jaga industri dan teknologi tinggi. Manakala Kementerian Komunikasi dan Multimedia utk IT dan Komunikasi.

Walau apa pun Exco yg terlibat kena la pi jumpa MB minta penjelasan dan pencerahan.

Diharap perkara ni mendapat perhatian yg sewajarnya dari YAB DPMM, Menteri Besar Kedah utk menyelesaikan kekusutan yg akan timbul kelak hasil dari pertindihan portfolio Exco ni. Jika tak pun, berilah penjelasan mengapa portfolio Industri dan Teknologi Tinggi ni dipecahkan kepada dua orang Exco.

Harapnya isu share portfolio ini bukan la kes..... SHARING IS CARING yer.....

[ READ MORE ]

Thursday, September 05, 2013

Setem RM15,000.00 Hilang di KHTP.....?

Antara hasil peninggalan PAS di KHTP terdapatnya satu kes penipuan yg amat mengejutkan iaitu kes staf mencuri duit yg sepatutnya diperuntukkan utk beli setem dari pejabat pos dlm anggaran RM15k.

Ini telah dilakukan oleh seorang kakitangan KHTP yg dinaikkan pangkat oleh PAS utk mengurus 'purchasing' ketika tu. Kes ni hanya disedari sebelum raya yg lepas dan telah disiasat.

Kes ni adalah DI yg pertama utk "Anuar Safar Caretaker (ASC)".

Malangnya disebabkan kakitangan terbabit adalah kawan rapat kpd salah seorang kroni ASC, hukuman kerana sapu duit syarikat hanyalah gantung selama dua minggu saja, sedangkan sepatutnya kakitangan ni dibuang kerja kerana terbukti bersalah dan jumlah kehilangan wang syarikat tu adalah banyak dan dibuat secara berterusan selama lebihkurang 2 tahun.

Orang yg mempromote kakitangan ni tak lain dan tak bukan iaitu Hj Awang Hashim, bekas VP Kewangan KHTP.

Sekarang khabarnya Hj Awang telah diambil bekerja sebagai GM oleh Selangor Science Park kerana bakatnya yang terserlah di KHTP meligan geran Federal Govt.

[ READ MORE ]

Saturday, August 31, 2013

Anuar Safar Sebagai "Caretaker" KTPC.....?


Setelah Hj Sobri xCEO KTPC mininggalkan KTPC akhirnya "Caretaket" sementara dah dilantik menjawat tugas CEO seperti yg telah ditulis dlm blog Gunung Mat Cincang atas tajuk "
HI-TECH... DATUK MUKRIS TOLONG CHECK SAT DGN YB UMNO NEI....??" (klik sini)

Aku bersetuju sangat seperti apa yg dituliskan oleh GMC tu, pasai banyak artikal2 dlm blog ni menceritakan siapa sebenarnya Anuar Safar ni.....

Disebabkan sokongan kuat oleh YB Puan Sabrina, Exco IT Kedah, PKNK telah menyerah tugas 'caretaker' KHTP kepada Anuar Safar. Tugas caretaker hanyalah sementara sahaja menunggu kemasukan CEO yang baru tak lama lagi.

Anuar Safar tidak boleh membuat pemindaan, memberi kenaikan pangkat atau apa2 penukaran pun. Tiada kuasa langsung hanyalah boleh approve setakat RM30k sahaja. Itu sahaja.

Dilaporkan juga kemungkinan CEO baru ni juga asalnya yg pernah bekerja di KTPC jugak. Tetapi disebabkan tekanan politik dan ramai calon2 yg menyatakan minat utk menjawat jawatan CEO itu (walau pun kurang kelayakan), Kerajaan Negeri nampaknya amat berhati2 menangani isu lantikan CEO KHTP baru ini dan adalah dijangka akan menunggu sehingga selesainya mesyuarat UMNO Bahagian seluruh Malaysia pada 19 Oktober 2013 untuk sebarang pelantikan.

Walaupun aku ni bukannya YB, nasihat aku pada EXCO YB Sabrina..... perlu mengenali sepenuhnya siapa tu Anuar Safar. Manusia ni ibarat Musang Berbulu Ayam di KHTP. Boleh dikatakan semua kakitangan KHTP cukup kenal dan masak dgn perangai Anuar Safar ni.....

Tok Mukhriz mungkin dapat menilai siapa sebenarnya yg layak memegang jawatan CEO KHTP, tapi secara peribadi, aku fikirkan apa salah kiranya bawa pulang anak watan Kedah yg telah membawa masuk banyak pelaburan di Senai.....

p/s..... Hj Sobri dilaporkan masih mencari kerja dan mungkin berpatah balik menjadi konsultan TQM kpd PKNK.

[ READ MORE ]

Friday, March 01, 2013

Update Pelaburan FDI Tahun 2012 KHTP.....

Umum dah tau pengurusan KHTP menjalankan aktiviti dan sering berbangga bahawa kerana hasil usaha merekalah FDI di KHTP berkembang dgn pesat sekali, terutamanya apabila mereka ke luar negara mengadakan ‘trade mission’ termasuklah ke US, Jepun, Korea, Turki dan Europe pada tiap2 tahun tanpa jemu. 

Banyak wang ringgit rakyat Kedah dihabiskan utk program jalan2 cari investor ni. 

PERSOALANNYA ADALAH: 

Mengapa pi sini.....?
KHTP Promosi di Jepun November 2012
KHTP Promosi di Jepun November 2012

TAPI LAST2 SAPA YG MAI…..? 

Ish.....ish.....ish..... yg melabur pada tahun lepas rupa2nya mai syarikat tempatan iaitu dari Pulau Pinang (DAP) dan Kelantan (PAS).


1. CTR Setia Sdn Bhd dari Bukit Minyak, Seberang Perai 
2. Aspion Sdn Bhd dari Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bahru, Kelantan. 

Mana misi rombongan perdagangan KHTP dilakukan ke Pulau Pinang dan Kelantan pada tahun lepas.

KHTP - Aspion dari Kota Bahru



Aspion Sdn Bhd (Aspion) has agreed to set up their new medical device facility in the Kulim Hi-Tech Park (KHTP). Aspion, a company related to Adventa Bhd, the latter of which is listed on Bursa Saham, will lease a 51.74-acre land space in Phase 3 of the Industrial Zone from Kulim Technology Park Corporation (KTPC).

The company will produce the Automated Peritoneal Dialysis machines, as well as surgical gloves of which Adventa has established itself as one of the world’s largest suppliers of these range of products.

Aspion will invest between RM300–RM400 million to set up its manufacturing and R&D facilities in the park. Construction is scheduled to begin in Q12013.

In a signing ceremony held in Kulim today, Mr Muhamad Sobri Osman, President, signed for the company, while Mr Low Chin Guan, its Director and CEO, signed for Aspion. The Honourable Dato’ Hj Ir. Amiruddin Hamzah, Chairman of the Kedah State Executive Committee for Industry and Investment, and Chairman of KTPC, witnessed the signings.

Sumber dari KHTP (klik sini)

Aspion is a special purpose private limited company incorporated in Malaysia on 5 July 2012 under the Companies Act, 1965. It is principally involved in investment holding. Aspion has an authorised share capital of RM100,000 comprising 100,000 ordinary shares of RM1.00 each and an issued and paid-up share capital of RM2.00 comprising two (2) ordinary shares of RM1.00 each. The directors of Aspion are Low Chin Guan and Wong Chin Toh. - sumber dari Bursa Malaysia.


KHTP - CTR Setia 31 Dec 2012

CTR SETIA INVESTING IN KULIM HI-TECH PARK

CTR Setia Sdn Bhd (CTR), who has already had a manufacturing facility in Bukit Minyak, and who is known for its equipment-building expertise for the semiconductor sector, is now venturing into building medical equipment. CTR, a Malaysian company, has agreed to set up its second manufacturing facility in the Kulim Hi-Tech Park to manufacture intravenous catheters.

For this purpose, CTR has decided to lease a 31.5-acre site at Industrial Zone Phase 3 from Kulim Technology Park Corporation (KTPC).

In a signing ceremony held recently in Kulim, Mr Muhamad Sobri Osman, KTPC President, signed on behalf of the company, while CTR was represented by Mr Thomas Woo, its President. The Honourable Dato’ Hj Ir. Amiruddin Hamzah, Chairman of the Kedah State Executive Committee for Industry and Investment, and Chairman of KTPC, witnessed the signings.

Sumber dari KHTP (klik sini


Jadi sebenarnya tak ada apa pun yg perlu dibanggakan oleh kepimpinan Presiden KHTP yg ada sekarang. 

Lagi persoalan yg perlu diketengahkan ialah:


Mengapakah 2 majlis tandatangan ini dibuat pada betul2 hujung tahun 2012 iaitu 31 Disember, 2013, bersama juga dgn dua lagi syarikat tempatan.....? Apakah ini betul2 majlis tandatangan atau pun hanya sebagai kosmetik sahaja bagi mengaburi mata semua pihak. 

Kalau pun ada Infineon yg melabur pada tahun lepas, itu pun hasil dari usaha Kerajaan BN terdahulu semasa zaman Dato Seri Syed Razak lagi. Malah pajakan tanah Infineon dah pun dibuat terdahulu, dan KHTP tidak mendapat apa2 hasil pajakan tanah apabila Infineon melakukan pelaburan tambahan pada tahun lepas. 

Oleh itu sebagai rumusan, pada amatan saya, dua2 perjanjian yg ditandatangani ini hanyalah dibuat utk menunjukkan bahawa terdapat pelaburan yg dilakukan di KHTP tahun lepas dan bukan tahun ini supaya nilai jualan utk rekod kewangan akan nampak cantik (ada sale), kalau tidak ‘zero sale’ la pulak. Semuanya ini berkait rapat dgn usaha utk mendapat lebih bonus dan insentif kewangan utk Hj2 KHTP sahaja sebelum mereka cabut lari dari KHTP utk menjadi calon ADUN PRU13 utk PAS. Tidak lebih dari itu. 

Dlm pada itu juga, ada kemungkinan satu syarikat akan bungkus di Bangunan KHTP Business Centre tu. Hj2 kalau ada masa, tolong la siasat dan bantu mereka ini agar jangan ditutup. Kesian nanti mana pekerja2 mereka nak cari kerja baru dlm masa yg singkat ni.




[ READ MORE ]

Tuesday, January 01, 2013

KFO KHTP Sudah Marah…..


From:    Khairul Fithri Osman
To:          Norizan Dollah; Rohiza Sudin; Rosly Abdullah
Cc:           'Annuar Mohd Saffar'; Nazmi Abdullah; Mohd Nazri Kamaruddin; Husniyah Yahya; Wan Sharina
Subject: RE: Perbelanjaan ke Impiana, Cherating pada 1 hingga 4 November 2012

Tak pa la... kalau cam tu lain klai JANGAN buat kat tempat hulu dunia... dan toksah nak baik hati nak bagi duit belanja pi balik..

Apa hal la pulak mamat ni bebal.....?

From: Norizan Dollah Sent: Monday, 19 November, 2012 9:41 AM
To: Rohiza Sudin; Rosly Abdullah
Cc: 'Annuar Mohd Saffar'; Khairul Fithri Osman; Nazmi Abdullah; Mohd Nazri Kamaruddin; Husniyah Yahya; Wan Sharina

Subject: Perbelanjaan ke Impiana, Cherating pada 1 hingga 4 November 2012

Salam,
Seperti yang tuan/puan sediamaklum, kami telahpun mengemukakan resit dan wang lebihan perbelanjaan bagi penama di bawah:

Nama dan Tarikh Pemulangan

Hj. Annuar   En. Nazri   En. Nazmi   Hj. Khairul Fitri
                                                (5/11/12)      (5/11/12)    (5/11/12)     (9/11/12)
Kos Perjalanan                        500.00         500.00       500.00            500.00
TnG / Toll                                      -              200.00       153.10            125.00
Petrol                                             -             248.30       268.00            556.45
Baki dipulangkan
semula ke
Bhgn Akaun                             500.00          51.70          78.90           (181.45)

Email ini dihantar sebagai akuan penerima memandangkan semasa dokumen dan wang tersebut diberi tiada akuan penerimaan dibuat.

Sila maklum bahawa kos perjalanan telah ditetapkan sebanyak RM500.00 sahaja.  Oleh yang demikian, jika ada perbelanjaan yang terlebih hendaklah ditanggung oleh kakitangan tersebut.

Jika ada sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan saya untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

Terima kasih.
Norizan binti Dollah
Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd

Haiya….. kawan kita sudah marah sebab tak boleh claim lebih dari RM500.00. Baru la aku paham…..

Nampaknya pembodek nombor satu KHTP Tn Hj KFO dah marah dah sebab tak boleh claim lebih untuk sessi brainstorming yang diadakan jauh dari Kulim, iaitu di Cherating pada bulan lepas. 

Tak pa la KFO oiiiii….. depa dah ganti kerugian hang tak boleh claim lebih tu dengan trip hang & bini ke Japan….., ok le tu, mana ada company yg bagi saja2 pi mkn angin ke Jepun sekali dgn belanja pi Disneyland pulak, siap dengan package gegaran 7.3 skala richter selama 5 mini lagi, memang syokk habih bro…..


PS: Dengar crita THAMS sedang cari org2 kanan Datuk Mukhriz utk mintak talian hayat di KTPC sekiranya BN menang di Kedah. Dengar cerita trip2 ke oversea utk org2 tertentu di di KTPC ke Korea & Turki dia yg arrange. Biasala tu dah mmg standard modus operandi THAMS. Nothing new about it (lobbying at a very early stage it seems)


[ READ MORE ]

Tuesday, September 11, 2012

KTPC Tidak Sefahaman Dengan Pihak Berkuasa Teknologi Tinggi Bangladesh.


KTPC Tidak Sefahaman Dengan Pihak Berkuasa Teknologi Tinggi Bangladesh.

NEW DELHI, 27 Ogos (Bernama) -- Perbalahan tercetus antara Pihak Berkuasa Teknologi Tinggi Bangladesh (BHTPA) dan syarikat pemaju Malaysia, Kulim Technology Park Corporation (KTPC), membabitkan tindakan sekatan semula ke atas taman teknologi tinggi pertama di negara itu.

Menerusi tindakan itu, BHTPA merancang membahagikan taman di Kaliakoir di Gazipur itu kepada tiga bahagian dan menawarkannya kepada lebih daripada satu pemaju.

Bagaimanapun, KTPC yang dipelawa oleh BHTPA untuk merundingkan tindakan berkenaan baru-baru ini menulis surat kepada pihak berkuasa supaya tidak membahagi-bahagikankan taman itu, lapor The Financial Express of Bangladesh hari ini.

Ia berkata syarikat Malaysia itu berhujah bahawa tidak ada peruntukan untuk tindakan berkenaan dalam RFP (permintaan untuk cadangan) dalam dokumen tender projek.

"Tindakan ini melanggar klausa RFP," kata seorang pegawai syarikat itu. 

Sebaliknya, BHTPA dalam surat bertarikh 6 Ogos, memberi amaran kepada pemaju Malaysia itu supaya tidak membuang masa dalam menyelesaikan rundingan mengenai cadangan pembangunan taman teknologi tinggi berkenaan.

Pihak berkuasa berkata ia akan memulakan rundingan dengan pihak lain jika syarikat Malaysia itu gagal menjawab dalam tempoh lima hari (berakhir 11 Ogos).

BHTPA berkata taman teknologi tinggi itu merupakan projek utama kerajaan dan ia tidak dapat menunggu tempoh yang tidak menentu bagi memuktamadkan rundingan bagi membuka taman terbabit.

Sementara itu, sumber-sumber di KTPC berkata mereka berusaha keras untuk menyakinkan pihak berkuasa supaya tidak membahagi-bahagikan taman itu untuk dimajukan oleh beberapa pemaju.

Syarikat itu dalam surat lain kepada BHTPA, berkata: "Sebagai entiti kerajaan, Kulim Technology Park Corporation bimbang terhadap kesahihan dan dan ketelusan.

Berdasarkan reputasi Kulim di dunia, syarikat itu tidak menjangkakan komplikasi perundangan dan dakwaan rasuah dalam projek semasa atau akan datang.

BHTPA sebelum itu mempelawa mereka yang berminat mengemukakan cadangan bagi membangunkan infrastruktur asas di taman itu, yang akan mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk penubuhan sektor unit industri ICT, kejuruteraan, elektronik, telkomunikasi, bioteknologi dan sektor lain, kata laporan itu.

Menurut BHTPA, ia akan menyediakan tanah kepada pembida yang berjaya untuk pembangunan infrastruktur dan menarik pengeluar IT dan elektronik terkemuka asing melabur di taman itu dengan memudahkan operasi mereka di Bangladesh.

Di taman itu kelak, pelabur domestik dan asing akan diberikan tanah untuk kegunaan industri atau komersil selain sebagai bangunan kilang standard untuk kilang elektronik, mekanikal serta kilang bersekutu lain.

-- BERNAMA --


Lagu mana nak berkembang pelaburan tu, kalu awai2 lagi dah letak syakwasangka.

Atau mungkin tak glamour nak buat tempat makan angin kalu PAS pegang Kedah lagi.....?

[ READ MORE ]

Monday, July 23, 2012

MB Kedah Nak Tuntut RM5 Juta Tunggakan Duti Hiburan Dari Underwater World Langkawi (UWL).....

FLASHBACK KHTP: MASALAH AIR YG TAK PERNAH BERLAKU DI ZAMAN BN TAPI DAH LIMA KALI BERLAKU DALAM MASA TIGA TAHUN DI BAWAH PAS KEDAH SEJAHTERA

MB Kedah baru2 yg termalu akibat dari isu PKNK membeli saham FGVH tanpa pengetahuan beliau nampaknya nak ‘cover line’ dgn mengeluarkan isu tanah FELDA di Kedah dan juga mengumumkan akan menuntut sejumlah RM5 juta cukai tertunggak dari UWL (nak divert dari kontroversi isu FGVH), tapi sudah lupa bahawa di atas mejanya juga terdapat surat dari KITA yg menuntut kerugian kilang2 di KHTP sebanyak RM53 juta dari Kerajaan Negeri Kedah yg langsung tak dilayan oleh beliau, walau pun kerugian itu disebabkan oleh kecuaian oleh KTPC dan JBAK (Jabatan Bekalan Air Kedah, sekarang dikenali dgn SADA) sejak dari 2009.

Bagi menyegarkan ingatan ahli PAS Kedah yg sentiasa menuduh semua yg tak baik seperti masalah air kpd kerajaan terdahulu, sukacita diingatkan bahawa krisis air yg berlaku di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) sejak hujung tahun 2009 adalah di bawah tanggungjawab kerajaan PAS yg menyebabkan kilang2 di KHTP terpaksa menghentikan operasi selama beberapa hari (shutdown).

Secara ringkasnya, terdapat 5 peristiwa penting masalah bekalan air KHTP yg telah dihadapi semasa PAS memerintah Kedah (2009 – 2011) seperti berikut:

MASALAH BEKALAN AIR DI KULIM HI-TECH PARK

1.   Krisis Air pada 13 Oktober 2009

Pada 13 – 15 Oktober 2009, bekalan air terputus lanjutan drp “Altitude Valve” yg tak berfungsi di “Reservoir” Bukit Jelutong.

6 buah kilang yg mengalami kerugian yg teruk iaitu: 

    i.   Intel Products (M) Sdn. Bhd.
    ii.  Fuji Electric (Malaysia) Sdn. Bhd.
   iii.  Hoya Electronics Malaysia Sdn. Bhd.
   iv.  AIC Semicondustor (m) Sdn. Bhd.
    v.  Showa Denko HD (Malaysia) Sdn. Bhd.
   vi.  Toyo Memory Technology Sdn. Bhd.

KHTP
Ind Zone Phase
13 Oct
14 Oct
15 Oct
Loss (RM)
Fuji Electric
1
X
X
X
35,000,000
Hoya
1
X
X
X
4,2000,000
AIC
1

X
X
250,000
Intel
1

X

12,600,000
Toyo Memory
2

X

175,000
Showa Denko
2

X

1,000,000
X = Shutdowns
Total Estimated Losses = RM53,225,000

2.   Low-Water Issue due to Faulty Valve at Hoya Electronics on 31.12.09

Low water pressure had interrupted some of the production in Hoya Electronics, Kulim Hi-Tech Park. 

Issue happened in the early hours of 31.12.09. Hj Rosli received the issue notification at about 8.30am. After investigation by a SADA contractor on the same day, the issue was pinpointed to a dropped spindle that had held the sluice in the gate valve housing. Water pressure returned to normal when the contractor had reopened the sluice to allow water to flow normally again on the same day at 3.00pm. 

On 1/1/2010, Hj Sobri visited Hoya to personally inspect and assess the site of the faulty gate valve. (Nota: Hoya mengalami masalah air kali ke 2

3.   Low Water Issue at Fuji Electric on 14 January 2010

Water pressure issue in FUJI ELECTRIC, Kulim Hi-Tech Park.

Issue happened on 14.1.10. Hj Rosli received the issue notification at about 12.00 noon. After investigation by a SADA contractor on the same day, drop in water pressure most probably due to “air lock” along the main line since water level at Bkt Sera Reservoir is consistent above 4m level. Water pressure gradually returned to normal at 4.30pm and stabilize on the same day at 7.00pm.

4.   Krisis Air pada 5 Februari 2010

Pada 5hb Februari 2010, tiga (03) kilang fabrikasi wafer (Infineon, Silterra & FUJI Electric) terpaksa ditutup operasi lanjutan drp kandungan “TOC (Total Organic Carbon)” yg tinggi. 

Spesifikasi/Parameter kualiti air yg dibenarkan berbanding kualiti air yg telah dibekalkan pada 5hb Februari 2010 kpd kilang-kilang yg terlibat adalah seperti berikut:

No
Syarikat
Paras TOC Yg Dibenarkan
Paras TOC Semasa Kejadian
1
Infineon
5 ppb
Melebihi paras yg dibenarkan (ppb = part per billion)
2
Silterra
2 ppb
3
Fuji
2 ppb

Kronologi krisis tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh
Masa
Tempat
Deskripsi
2/2/10
7pm
Fuji
Bacaan mendapati Paras TOC yg tinggi.
4/2/10
2 pm
Infineon
TOC mencapai tahap maksima.
5/2/10
3 am
Silterra
TOC melebihi paras maksima operasi dihentikan
5/2/10
5 am
Infineon
TOC melebihi paras maksima operasi dihentikan
5/2/10
8 am
Fuji
TOC melebihi paras maksima operasi kilang dihentikan
5/2/10
10.30am
KTPC
Meeting: KTPC, SADA, Infineon, Silterra, Fuji, Intel.
5/2/10
3.10 pm
KTPC
Meeting: KTPC dan SADA
5/2/10
4.00pm - 6.00pm
Infineon/
Silterra/
FUJI
Lawatan ke kilang terlibat (Loji Rawatan Air Kilang) oleh KTPC & SADA.
6/2/10
12.00pm
Silterra
Bacaan TOC masih tinggi.
6/2/10
1.00 pm
Fuji
Bacaan TOC tak stabil.
6/2/10
1.00 pm
Infineon
Bacaan TOC masih tinggi.
6/2/10
1.30 pm
Infineon
60% produksi kilang beroperasi utk. non-critical or non-sensitive products.
6/2/10
2.00 pm
Fuji
Kilang beroperasi semula. TOC:  <2ppb.
6/2/10
4.30 pm
Silterra
Kilang beroperasi utk non-sensitive products.

Pihak Infineon memaklumkan bahawa kerugian yg terpaksa ditanggung lanjutan drp pemberhentian operasi adalah sebanyak EURO 1 Juta sehari dan pihak mereka juga terpaksa menukar sistem penapis di kilang mereka yg berjumlah RM 500,000.00.

5.  SADA menaikkan tarif air di KHTP dari RM1.00 se cubic meter ke RM1.05 ke RM1.20 se cubic meter walau pun di minta menunda kenaikan itu ke tahun 2013, hingga menyebabkan kilang2 di KHTP dikenakan notis pemotongan bekalan air seperti berita di bawah:


The Star, Friday September 9, 2011
Four Kedah companies refuse to pay water bill

ALOR SETAR: Four companies in Kulim Hi-Tech Park are refusing to pay their August water bill amounting to RM600,000 as they want Darulaman Water Company Sdn Bhd (SADA) to use the old rate approved by the state 15 years ago.

The four companies which produce electronic and software products, claim that they should be paying a flat rate of RM1 per cubic metre as agreed, compared to the new tariff which is from RM1.05 until RM1.20 based on usage amount.

SADA Chief Executive Officer Datuk Adzmi Din said the companies did not pay their August bill and insisted that SADA stick to the RM1 water rate agreement which will end in 2012.



IMPLIKASI MASALAH BEKALAN AIR DI KHTP.

Paras air rendah di kedua Kolam Takungan Bukit Sera (R2 & R3) yg membekal keseluruhan air di kawasan industri Fasa 1 & 2 adalah penyebab kpd tiada bekalan air.

Kejadian ini menjejaskan dayasaing KHTP dalam menarik pelaburan baru. Walaupun kapasiti Loji Air Kulim Hi-Tech di Pinang Tunggal sebanyak 150 MLD (million litre daily) adalah jauh melebihi penggunaan harian keseluruhan industri sebanyak 43 MLD pembekalan air ini tak licin dan menjejaskan operasi kilang.

Perkara yg perlu diberi tumpuan adalah penyenggaraan secara berkala oleh pihak Jabatan Bekalan Air Kedah.

Status KHTP sebagai “CYBERCITY” jika mengikut takrifan adalah terjejas memandangkan bekalan air hanya dapat dibaikpulih 52 jam selepas kejadian berlaku. (Klausa “CYBERCITY”, ianya perlu dipulihkan/dikembalikan didalam masa 24 jam).

Kesimpulan.....

Walau pun PAS hanya pegang Kedah tak sampai 5 tahun, terdapat lima krisis air yg amat serius di KHTP dlm tiga tahun (2009-2011), sedangkan tiada masalah yg dihadapi selama 12 tahun bersama BN. Malah  berjaya menarik minat pelabur2 ke KHTP dgn menawarkan tarif air yg istimewa berbanding kawasan industri lain. 

Khabarnya masalah asalnya adalah disebabkan bekalan air dari Loji Bukit Jelutong yg dikhaskan utk KHTP (yg terletak di Sg Petani) telah di "Divert" utk turut membekalkan air ke kawasan Sg Petani. Persoalannya, mengapa bekalan "dedicated water supply" ke KHTP terpaksa kena "share" bekalan dgn penduduk Sg Petani.....?

Kepada MB KEDAH: 

SILA LAYAN TUNTUTAN KERUGIAN KILANG2 DI KHTP DI ATAS MEJA USTAD (RM53 JUTA) DAHULU SEBELUM MENGUMUMKAN AKAN MENUNTUT TUNGGAKAN DUTI HIBURAN RM5 JUTA DARI UNDERWATER WORLD LANGKAWI.

[ READ MORE ]

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top