Showing posts with label Fikir. Show all posts
Showing posts with label Fikir. Show all posts

Friday, January 24, 2014

Laungan 13 Mei DAP Terjerat Dlm Provokasi Sendiri.....

Tertarik aku dgn surat terbuka Lim Kit Siang kpd DS Najib dan Menteri Kabinet sepertimana yg dipaparkan dlm blognya. Menurut beliau, ni adalah surat terbuka yg ke 2 utk pihak yg sama, dlm masa lebih kurang dua minggu. 


Sebenarnya, surat ni merupakan antara salah satu dari beberapa artikel dlm blog Lim Kit Siang yg membawa topik 13 Mei. 

Walaupun kebanyakan artikel berkenaan 13 Mei di blog Kit Siang panjang2 belaka dan mempunyai tajuk yg panjang juga, namun, kesemuanya boleh disimpulkan dlm tajuk salah satunya sahaja, iatu "Shut the Mouths that Threaten May 13" (klik sini) tulisan Khee Thuan Chye. 

Nampaknya, Kit Siang ingin mengarahkan kerajaan agar menutup mulut org2 Melayu yg mengingatkannya tentang kemungkinan berulangnya tragedy rusuhan kaum tu. 

Tajuk tersebut sudah cukup utk membuktikan bahawa Kit Siang amat berkesan dgn laungan 13 Mei oleh org2 Melayu dlm demonstrasi bantahan penghinaan ADUN PKR terhadap Perdana Menteri baru-baru ni. 

Bertitik tolak dari kejadian tu, Kit Siang dilihat semakin galak bercakap mengenai patriotis medan juga keamanan. Kit Siang sedaya upaya cuba menggambarkan pihaknya, iatu DAP atau kaum Cina, sebagai patriotic manakala org2 Melayu yg melaungkan ancaman berulangnya 13 Mei sebagai pengkhianat. 

Kit Siang berhujah bahawa perbuatan menyuap kangkung kedlm mulut patung DS Najib bukan satu perbuatan rasis dan tak perlu disambut denga nancaman 13 Mei. Justeru, melalui surat terbuka tu, Kit Siang secara terbuka mengajak BN bekerjasama dgnnya utk mempastikan 13 Mei tak berulang. 

Manusia yg bijak pasti akan dapat belajar dari kesilapan terdahulu. Dan ternyatalah sudah bahawa Kit Siang bukanlah manusia yg bijak. 

Seharusnya Kit Siang sudah belajar dari sejarah yg beliau terlibat sendiri bahawa org Melayu tu sabar dan pemurah, sanggup berkongsi apa saja dgn bangsa lain asalkan dapa memastikan keamanan. Namun, sabar org Melayu tu ada hadnya. 

Malangnya, walaupun sudah tua dan sudah melalui berbagai peristiwa, Kit Siang tak mampu belajar apa-apa. 

Utk pengetahuan Kit Siang Laungan 13 Mei oleh org2 Melayu dlm demonstrasi tersebut bukanlah berpunca dari isu kangkung semata-mata, tetapi ia adalah cetusan dari perbuatan Namewee, Alvivi, Paderi Lawrence Andrew, Peguam Edmund Bon, COMANGO, NgaKor Ming dan berpuluh atau beratus lagi “tentera Red Bean Army” yg saban hari kerjanya mengutuk dan menghina agama Islam, org Melayu, pemimpin Melayu dan Raja-raja. 

Laungan 13 Mei dari org2 Melayu juga merupakan ledakan dari isu membuang tulisan jawi dari papantanda, rampasan tanah dan tapak perniagaan org2 Melayu, penutupan Giat MARA, desakan utk membuka UiTM pada semua bangsa dan juga penentangan terhadap Hak Bumiputera. 

Hakikatnya, kerajaan pimpinan DS Najib merupakan yg paling “longgar” sekali dlm memperkatakan perihal hak org Melayu. Seperti yg diketahui umum, padahari ni, jawatan-jawatan tinggi di syarikat berkaitan kerajaan telah pun “ditembusi” oleh bukan Melayu sedangkan jawatan2 tinggi di syarikat swasta masih terus “dibekukan” kpd org Melayu. 

Dlm pada tu pula, hak kaum Cina utk meneruskan Sekolah Vernakular dan mencetak akhbar berbahasa Cina tak pernah disekat. Malah, kaum Cina juga mempunyai stesen radio dan TV yg menggunakan bahasa ibunda mereka. Semua keistimewaan minoriti Cina ni tak pernah disekat walaupun ia menghalang perpaduan masyarakat dan tak menepati aspirasi negara. 

Pun begtu, kerajaan pimpinan UMNO terus dicabar, diherdik dan dihina semahu2nya oleh DAP sebagai rasis. 

Oleh tu, Kit Siang seharusnya sedar bahawa DAPlah sebenarnya yg sedang mengulangi sejarah 13 Mei. 

Dlm kejadian 13 Mei, DAP telah mencabar, mengherdik dan menghina org2 Melayu kerana ketinggalan dari segi ekonomi. Cina DAP mendabik dada sebagai bangsa yg lebih hebat dan mencemuh org Melayu pula bangsa yg rendah dan hina. 

Perkara yg sama sedang berlaku hari ni di mana org2 Cina secara terbuka mendabik dada sebagai pembayar cukai tertinggi dan memperlekeh org2 Melayu. Kononnya, org2 Cinalah yg memajukan ekonomi Negara dan org2 Melayu langsung tak berguna. 

Tanpa disedari, kenyataan org2 Cina ni dgn sendirinya membuktikan bahawa yg rasis tu bukan org Melayu, tetapi Cina. 

Logiknya, org2 Cina tak mungkin akan dapat menguasai ekonomi Negara ni jika org Melayu tu rasis. Oleh kerana org Melayu tak rasis dan sanggup membeli dan membuka peluang kpd peniaga Cinalah, maka org2 Cina boleh menjadi kaya. 

Hanya akhir2 ni sahaja, kempen memboikot barangan peniaga Cina berbangkit. Semuanya bertitiktolak dari keangkuhan org2 Cina, sama seperti yg dipamerkan ketika 13 Mei. 

Berdasarkan fakta di atas, Kit Siang sepatutnya menyuarakan kebimbangan mengenai 13 Mei kpd dirinya sendiri, bukan kerajaan dan bukan org2 Melayu. Setelah begtu lantang menghasut dan menghina segala2nya tentang Melayu dan Islam maka Kit Siang seharusnya sudah dapat mengagak apa akan terjadi. 

Kesimpulannya di sni ialah, kangkung bukanlah punca masalah, tetapi Kit Sianglah masalahnya. 

Walau bagaimanapun, kita tak boleh mengenepikan kemungkinan yg Kit Siang bukannya tak tahu bahawa beliau sedang mengulangi sejarah 13 Mei. Tak mustahil beliau cukup sedar apa yg sedang dilakukannya dan memang sengaja ingin membawa kita kearah tu. 

Kalau ni benar, apakah reaksi kita….......? 

Apa yg boleh kita katakana pada Kit Siang ialah, jika beliau sebagai mewakili peniaga Cina ingin menjual, kita sebagai pengguna Melayu sentiasa sanggup membeli.

[ READ MORE ]

Thursday, January 23, 2014

Kangkung Flash Mob Siapa Kit Siang Untuk Arah Khai Loon Minta Maaf.....?

“Flash Mob Kangkung” yg ketuai oleh Lee Khai Loon, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk telah mengundang kemarahan masyarakat, terutamanya dari kalangan org Melayu. 

Tanpa mengambilkira parti, org2 Melayu melihat perbuatan biadap tu sebagai provokasi melampau org2 Cinta terhadap pemimpin Melayu. Justeru, soal Khai Loon adalah dari parti PKR tak lagi timbul, sebaliknya DAP yg menjadi sasaran kemarahan org2 Melayu. Bagi org2 Melayu, Khai Loon adalah seorg Cina dan org Cina secara amnya adalah DAP berdasarkan keputusan PRU yg lalu. 

Selain tu, kemarahan org2 Melayu juga adalah bersandarkan hakikat bahawa perbuatan memperlekeh pemimpin Melayu dan org2 Melayu adalah sinonim dgn DAP.

Sejak tercetusnya 13 Mei 1969 yg berpunca dari hasutan DAP, org2 Melayu sentiasa curiga dgn parti ini. Apa yg berlaku dlm isu “flash mob” ni membuktikan bahawa laungan “Melayu Mati!” dari 13 Mei 1969 masih terus terngiang2 di telinga org2 Melayu sehingga ke hari ini. 

DAP cuba menangkis kemarahan org2 Melayu dgn memberi alasan Khai Loon adalah pemimpin PKR, bukan DAP. DAP juga kelihatannya begtu “sensitif” apabila 13 Mei diungkit semula dlm demonstrasi bantahan terhadap perbuatan Khai Loon. 

Dgn tu, Lim Kit Siang secara terbuka meminta agar Khai Loon “menimbangkan” utk meminta maaf terhadap kepimpinan negara atas kebiadapannya. Kit Siang nampaknya cukup gusar sekiranya isu 13 Mei terus berkumandang di udara Malaysia. 

Bagaimanapun, kenyataan “menimbangkan” yg digunakan oleh Kit Siang di sini menyerlahkan sikap tak ikhlas parti tu. Tiada kekesalan yg dirakam dari kenyataan pemimpin DAP tu dlm isu ni tetapi, sebaliknya, beliau lebih suka menekankan rasa tak senang terhadap laungan 13 Mei dari org2 Melayu. 

Dlm kata lain, DAP bukan berminat utk menangani isu kebiadapan Khai Loon tetapi hanya ingin menangani isu laungan 13 Mei. 

DAP tetap bertanggungjawab terhadap perbuatan Khai Loon. Apatah lagi dgn hakikat bahawa perbuatan menghina pemimpin BN juga turut terlebih dahulu dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP yg lain sebelum ini. 

Bukan tak biasa kita melihat pemimpin tertinggi DAP memijak gambar pemimpin BN. Malah, mereka melakukannya beramai2 sambil bergelak ketawa. Ini juga merupakan satu penghinaan. Khai Loon nampaknya hanya mengikut jejak langkah mereka. 

Pernahkah kita melihat DS Najib, Tun Abdullah atau Tun Mahathir melakukan penghinaan melampau terhadap musuh mereka.....? Malah, kita juga tak pernah melihat Anwar Ibrahim atau Nik Aziz berbuat yg sama, biarpun mereka turut memusuhi kepimpinan negara. 

Jelas, yg menjadi pelopor perbuatan menghina pemimpin secara kebudak2kan dan keterlaluan adalah kaum Cina DAP. Mungkin Khai Loon merupakan anak didik Tian Chua dan bernaung di bawah PKR, tetapi beliau sudah pastinya terpengaruh dgn cara pemimpin DAP yg terdiri dari bangsanya sendiri. 

Apapun, kita tak hairan dgn sikap biadap kaum Cina baik dari DAP atau pun PKR. Yg kita hairan ialah, apakah Anwar Ibrahim tak merasa malu dgn perbuatan Khai Loon.....? Kenapa bukan beliau yg menyuruh Khai Loon meminta maaf.....? 

Anwar adalah Ketua Pembangkang dan wajib bertanggungjawab atas perbuatan pemimpin pembangkang, apatah lagi dari partinya sendiri. Anwar juga masih bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri, jadi apakah wajar bagi seorg bakal Perdana Menteri merestui perbuatan sebegini.....? 

Sebenarnya, di manakah pendirian Anwar di dlm isu ini.....? Atau apakah pendirian Anwar sudah tak penting lagi dlm PR.....? Siapakah yg menerajui PR pada hari ini.....? Anwar atau Lim Kit Siang.....?

[ READ MORE ]

Saturday, August 31, 2013

Anuar Safar Sebagai "Caretaker" KTPC.....?


Setelah Hj Sobri xCEO KTPC mininggalkan KTPC akhirnya "Caretaket" sementara dah dilantik menjawat tugas CEO seperti yg telah ditulis dlm blog Gunung Mat Cincang atas tajuk "
HI-TECH... DATUK MUKRIS TOLONG CHECK SAT DGN YB UMNO NEI....??" (klik sini)

Aku bersetuju sangat seperti apa yg dituliskan oleh GMC tu, pasai banyak artikal2 dlm blog ni menceritakan siapa sebenarnya Anuar Safar ni.....

Disebabkan sokongan kuat oleh YB Puan Sabrina, Exco IT Kedah, PKNK telah menyerah tugas 'caretaker' KHTP kepada Anuar Safar. Tugas caretaker hanyalah sementara sahaja menunggu kemasukan CEO yang baru tak lama lagi.

Anuar Safar tidak boleh membuat pemindaan, memberi kenaikan pangkat atau apa2 penukaran pun. Tiada kuasa langsung hanyalah boleh approve setakat RM30k sahaja. Itu sahaja.

Dilaporkan juga kemungkinan CEO baru ni juga asalnya yg pernah bekerja di KTPC jugak. Tetapi disebabkan tekanan politik dan ramai calon2 yg menyatakan minat utk menjawat jawatan CEO itu (walau pun kurang kelayakan), Kerajaan Negeri nampaknya amat berhati2 menangani isu lantikan CEO KHTP baru ini dan adalah dijangka akan menunggu sehingga selesainya mesyuarat UMNO Bahagian seluruh Malaysia pada 19 Oktober 2013 untuk sebarang pelantikan.

Walaupun aku ni bukannya YB, nasihat aku pada EXCO YB Sabrina..... perlu mengenali sepenuhnya siapa tu Anuar Safar. Manusia ni ibarat Musang Berbulu Ayam di KHTP. Boleh dikatakan semua kakitangan KHTP cukup kenal dan masak dgn perangai Anuar Safar ni.....

Tok Mukhriz mungkin dapat menilai siapa sebenarnya yg layak memegang jawatan CEO KHTP, tapi secara peribadi, aku fikirkan apa salah kiranya bawa pulang anak watan Kedah yg telah membawa masuk banyak pelaburan di Senai.....

p/s..... Hj Sobri dilaporkan masih mencari kerja dan mungkin berpatah balik menjadi konsultan TQM kpd PKNK.

[ READ MORE ]

Tuesday, August 27, 2013

UMNO Perlu Membuat Perubahan.....

Takdir ALLAH, Pakatan kalah. Walaupun berlaku peningkatan jumlah kerusi pada Pakatan, namun ianya tidak terjadi pada PAS dan PKR. Sebaliknya hanya kepada DAP. Lebih memalukan, Anwar dilantik menjadi Ketua Pembangkang pun atas ihsan DAP yang memiliki suara dan kuasa paling dominan dalam Pakatan.


Pada dasarnya, UMNO telah berjaya meningkatkan jumlah kerusi kemenangan dlm PRU13 yang lalu. 

Namun begitu, walaupun telah memberi kemenangan kpd UMNO, org2 Melayu menyimpan semacam keraguan terhadap parti ni kebelakangan ni.


Seimbas membaca blog2 yg menyokong UMNO akhir2 ni, kita tak dapat mengelak dari mengesan perasaan ragu2, yg sama ada diluahkan secara berlapik mahupun dgn cara menempelak keras. Menepis bahawa perasaan ragu2 itu sebagai ‘dengki’ atau sebagai ‘suara pembangkang’ bukanlah tindakan bijak. Seharusnya, pengajaran ni telah pun difahami dgn baik oleh UMNO dlm PRU12.

Sebaiknya, UMNO mengkaji apakah yg diragui oleh org2 Melayu terhadap parti ni. 

Apakah benar ia merupakan masalah peribadi atau masalah sikap para blogger.....?

Apakah setiap komen dan setiap rungutan di laman sosial individu yg membawa rentak yg sama dgn blog2 itu juga bertitik tolak dari masalah peribadi dan sikap blogger tersebut.....?

Jika kita memberi sedikit perhatian, kita akan dapati bahawa isu yg diperhatikan oleh org2 Melayu secara dekat pada hari ni ialah isu jenayah, isu menghina Islam, TPPA dan juga pengurusan GLC.

Sebagai langkah awal, kepimpinan wajib memahami apakah yg dikhuatiri oleh org2 Melayu dlm semua isu ni.


Secara dasarnya, org2 Melayu melihat isu jenayah dan isu menghina Islam yg semakin menjadi2 pada hari ni adalah berpunca dari keputusan kerajaan utk tunduk kpd tekanan pembangkang dan org-org Cina.

Org Melayu yg telah dikejutkan dgn tindakan kerajaan memaafkan Namewee dan memberi beliau berbagai kemudahan, telah sekali lagi tersentak apabila kerajaan menghapuskan Akta Hasutan yg dilihat bakal membuka lebih ruang kpd org2 seperti Namewee utk menghina Islam dan Melayu.

Ternyata apa yg dikhuatiri itu benar2 berlaku. Begitu juga dgn peningkatan kadar jenayah yg berlaku sejurus selepas kerajaan tunduk kpd pembangkang dgn menghapuskan Akta EO dan ISA. Kerajaan mungkin menafikan yg penghapusan Akta tersebut merupakan satu kesilapan dan mengerahkan seluruh jentera utk memberi berbagai alasan utk membela diri di samping menunjukkan keterbukaan.

Namun, dukacita dimaklumkan bahawa ia tak mampu mengembalikan keyakinan org-org Melayu terhadap UMNO, sekurang2nya setakat hari ni.

Bagaimanapun, setakat hari ni juga, harapan terus diberikan kpd UMNO kerana org2 Melayu tak mampu mempercayai PR utk membela nasib mereka. Persepsi bahawa kerajaan lebih mengutamakan pembangkang dan org2 Cina menjadikan org2 Melayu bimbang terhadap keputusan yg bakal diambil oleh kerajaan dlm isu-isu yg berkaitan ekonomi, terutama TPPA.
Org2 Melayu melihat pembangkang sebagai pengkhianat negara yg bersekutu dgn kuasa besar utk menguasai dunia. Sekiranya kerajaan terlalu tunduk kpd kehendak pembangkang, dikhuatiri kerajaan akan terperangkap dlm strategi kuasa besar utk menguasai ekonomi negara ni.

Bertitik tolak dari persepsi itu juga, org-org Melayu turut bimbang jika kerajaan membuka peluang kpd org-org Cina utk menguasai GLC dan juga jawatan2 penting di dlm kerajaan. Ni kerana org2 Cina masih lagi terlalu bersifat perkauman dan menyerlahkannya tanpa segan silu dlm pengurusan syarikat swasta dan juga perniagaan.

Kebimbangan org2 Melayu terhadap sikap perkauman org Cina ternyata berasas apabila org2 Cina menolak Barisan Nasional mentah2 dlm PRU13 yg lalu walaupun setelah diberikan hampir segala2nya oleh kerajaan.


Berdasarkan senario ni, mana2 individu yg ingin bertanding dlm pemilihan yg akan datang wajib menangani persepsi ni dgn baik. Sikap sesetengah pihak yg terlalu ingin membodek dan mengampu perlu dikawal kerana bimbang mereka meningkatkan lagi persepsi rakyat bahawa UMNO telah rosak.

Pendek kata, tingkah laku pemimpin UMNO dlm menghadapi pemilihan ni akan turut memberi kesan kpd pilihanraya yg akan datang. Apa guna menang dlm pemilihan jika parti hanya mampu bertahan selama sepenggal.....?

Org2 Melayu ingin melihat UMNO yg menepati slogan "transformasi" dari segi minda dan sikap.

Transformasi tak seharusnya bermakna membuang roh asal UMNO sebagai pejuang agama, bangsa dan negara. Transformasi harus dilakukan dgn cara meningkatkan lagi semangat juang yg asal serta mengadaptasinya dlm mengharungi zaman utk kekal menjadi pemerintah di negara ni.

Mampukah UMNO memilih pemimpin yg menepati ciri2 "transformasi" ni.....?


[ READ MORE ]

Soalan Nombor 8 Sidang DUN Kedah Hari Ini.....


Berapakah jumlah Lesen Hiburan yg diluluskan sepanjang "Pentadbiran Cara Islam" PAS di Negeri Kedah dari selepas PRU12 sehingga ke PRU13.....?

Jawapan yg diberi.....

1.       Kotar Setar 42
2.       Kuala Muda 235
3.       Kulim 45
4.       Kubang Pasu 26
5.       Baling 17
6.       Sik 1
7.       Padang Terap 32
8.       Langkawi 158
9.       Yan 0
10.   Pendang 11
11.   Bandar Baharu 5
12.   Pokok Sena 5

Pungutan Hasil Cukai Hiburan

2008 : RM 714,543
2009 : RM 2,258,869.90
2010 : RM 2,997,423.45
2011 : RM 4 juta ++
2012 : RM 4,028,078.70

Sebanyak 577 Lesen Hiburan diluluskan sepanjang “Pentadbiran Cara Islam” PAS di Negeri Kedah dari selepas PRU12 sehingga ke PRU13.

Hasil Pungutan Cukai Hiburan pula mencecah ke RM 14 juta yang tidak diasingkan sebagai Pendapatan Negeri..


Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri BN la…..?

1.       Tiada Lesen Hiburan baru yang berbentuk Maksiat akan diluluskan.
2.       Pemantauan & Penguatkuasaan Undang Undang akan dibuat oleh PBT & PDRM.

Ingat PAS Ingat Maksiat…..!

[ READ MORE ]

Phahrolrazi Zawawi Minta Isu KUIN Ditamatkan Pada Sidang DUN Kedah.....


Teringat aku tulisan Zul Yahaya pasai KUIN yg cuba menyalahkan kerajaan Kedah sekarang tentang permasalahan KUIN.

Rata MACAI PR menuding jari menyalahkan UMNO tidak amnil berat pasai KUIN.....
_________________________________________________________________________________

Sebahagian tulisan Zul Yahaya dlm Harakahdaily bertajuk:

Zulkifli Yahaya,  04 Ogs 2013 

AKHIRNYA Kulliyah Muamalat yang menjadi kelompok terakhir bertahan di kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Kuala Ketil juga diarah berpindah kembali ke Alor Setar. Bermakna selepas Aidilfitri nanti kosonglah kembali kampus induk Kuin yang telah dirasmikan oleh Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong penghujung tahun lalu. 

Apa ertinya apabila kampus induk Kuin yang tersergam indah di Kuala Ketil itu dikosongkan oleh kerajaan negeri? Pertama, ia bermaksud kerajaan Umno tidak berminat lagi untuk menjadikan kampus induk tersebut untuk kegunaan Kuin. Kampus di Kuala Ketil adalah simbol kejayaan kerajaan lalu membangunkan sebuah institusi pendidikan tanpa sesen pun bantuan Pusat. 

Kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar, BN cuba mematikan pembangunan yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dahulu. 

Secara tidak langsung mereka tidak mahu lima tahun Pakatan memerintah Kedah meninggalkan kesan fizikal terhadap Kedah. 
_________________________________________________________________________________

Tetapi pada hari ini.....

ADUN PAS Phahrolrazi Zawawi minta Isu KUIN ditamatkan pada Sidang DUN Kedah sebentar tadi.

Beliau juga sanggup menerima kepincangan Pentadbiran PAS dalam Isu KUIN.

Jadi. Penganut & Media PAS tidak perlulah 'Buat Fitnah' dalam Isu KUIN. ADUN PAS sendiri telah teruk dilunyaikan pada Sidang DUN.....


[ READ MORE ]

Saturday, August 24, 2013

Roadtax Dan Insuran..Semua Kenderaan Awam dan Persendirian Perlu D Kaji Semula.....


Perkara ni pernah dibangkitkan oleh YB Datuk Azmi Che Husin pada pertengahan tahun 2011.

Hari ni knderaan yg umurnya 10 thn ke atas dikenakan loading oleh semua syarikat insuran. Tanpa insuran roadtax tidak dapat dibayar. Insuran dan roadtax telah menjadi bebanan kpd penduduk luar bandar khususnya.

Mohon mencadangkan supaya kerajaan menggunakan subsidi yg besar ke atas petrol itu digunakan subsidi kpd Insuran dan roadtax.

Pasti semua rakyat M'sia akan mendapat munfaatnya kerana rakyat tempatan sahaja yg mendaftar knderaan mereka di negara ini. Berbeza dgn subsidi petrol, org Singapore dan Thailand juga mendapat keuntungannya.

Banyak pula berlaku penyeludupan. Apa pandangan kalian..?

[ READ MORE ]

Saturday, February 23, 2013

Pemimpin Pembangkang Umpama ‘Air Dan Minyak’.


Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan barisan pemimpin tertinggi Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti ‘air dan minyak’ yang tidak boleh bersatu untuk memimpin negara ini.

Menurut Perdana Menteri pemimpin pembangkang mempunyai pandangan, ideologi perjuangan dan agenda politik yang amat berlainan, sehingga menyukarkan mereka untuk bekerjasama antara satu sama lain.

“DAP dengan Karpal Singh, Lim Kit Siang manakala Pas dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka ini seperti ‘air dan minyak’yang mustahil untuk disatukan.”

“Pada masa yang sama, di mana pulak mereka hendak selitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (di antara pemimpin pembangkang). Kesemua mereka amat berlainan daripada segala segi,” katanya Selasa.

Najib, yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata demikian di hadapan lebih 10,000 yang menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor di sini.

Berlainan dengan pemimpin pembangkang yang disifatkan seperti ‘”air dan minyak’, BN yang mengamalkan konsep perkongsian kuasa di antara parti-parti komponennya telah memegang tampuk pemerintahan negara ini sejak ia merdeka, katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut meminta rakyat Johor supaya menolak kedatangan Menteri Besar Selangor Datuk Khalid Ibrahim ke negeri itu hari ini dan tidak terpengaruh dengan janji-janji pemimpin PKR itu.

Khalid sama seperti pemimpin PKR dan pembangkang yang lain katanya, merupakan ‘penjual-penjual janji’ yang tidak berminat untuk menunaikannya, walaupun janji itu terkandung di dalam manifesto parti mereka.

Mereka (pembangkang) kata janji-janji yang terkandung di dalam manifesto parti mereka itu bukanlah suatu janji dan ia tidak perlu ditunaikan. Jikalau Khalid (Ibrahim) datang ke sini (Johor), suruh dia balik,” katanya.

Semenjak 2008, kata Najib, rakyat Selangor masih menunggu pelaksanaan pelbagai janji kosong oleh kerajaan negeri Selangor, termasuk melibatkan janji bekalan air percuma, bantuan untuk ibu tunggal, warga emas dan lain-lain lagi.

“Nilai bagi sesebuah kerajaan itu adalah pada pelaksanaan janjinya kepada rakyat. Itulah yang dilakukan oleh Barisan Nasional, apa sahaja yang dijanjikan oleh kita, kita akan menunaikannya,” katanya.

Najib berkata BN berjanji akan menunaikan apa sahaja yang dijanjikan oleh BN kepada rakyat di dalam manifesto pilihan raya umum nanti.

Kerajaan BN berusaha membantu rakyat dan ia dibuktikan dengan penyediaan pelbagai barangan dan perkhidmatan di bawah konsep 1Malaysia, bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat, katanya.

Beliau berkata dalam dalam tempoh yang singkat, sebanyak 139 barangan dan perkhidmatan di bawah 1Malaysia telah berjaya diwujudkan untuk kemudahan rakyat.

“Berlainan dengan pembangkang, mereka hanya tahu menganjurkan demonstrasi jalanan dan menterbalikkan kereta polis. Mereka (pembangkang) dengan Bersih 1.0, Bersih 2.0, tetapi kita dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 1.0, 2.0 dan seterusnya BR1M 3.0 untuk membantu rakyat,” kata Najib.

  
[ READ MORE ]

Anwar akan melafazkan SUMPAH LAHNAT........ ?


Biar betul....... Sungguhka.....apa yg hang tulis ni.....

Anwar akan melafazkan SUMPAH LAHNAT........ 

Inilah cerita yang terbaru saya dapat dari sumber yang boleh dipercayai. Setelah kecewa dengan ISU KALIMAH ALLAH telah membuatkan kedudukan PAS tergugat kerana penyokongnya telah mula berpecah. DAP pula mula merasa gusar kerana PR akan kehilangan pengundi dari kalangan orang Melayu. 

DAP amat yakin 80% pengundi Cina akan memihak kepada mereka. Pengundi India mereka tak gusar kerana "spesis cucuk hidung".......lungguk todi mesti hanyut punya...... 

Disebabkan kegusaran untuk memenangi PRU13 ini, satu pakatan sulit telah dibuat antara PAS dan DAP akan mendesak Anwar membuat SUMPAH LAKNAT demi untuk meraih sokongan pengundi Melayu. 

Sekirannya Anwar menolak desakan ini, PAS diminta menyusun strategi bertanding di tempat-tempat PKR akan bertanding yang majoritinya Melayu dan BN meletakkan calon Melayu

Hebat betul rancangan DAP untuk menghancurkan Melayu....... Walaupun berlaku sedikit perdebatan, demi survival politik tolak maruah Agama dan Bangsa, ahirnya PAS bersetuju dengan perancangan yang dibuat. Malah mencadangkan masa yang paling sesuai Anwar melafazkan SUMPAH LAKNAT malam sehari sebelum mengundi . 

Adakah ini benar-benar akan berlaku.......? Mampukah Anwar melakukannya.......? Kita tunggu dan lihat.

[ READ MORE ]

Wednesday, February 06, 2013

1 Jam PC Bersama Cikgu A, B, C... - Kemelut Tabung Memali.

Walaupun dimaki, dicaci, dicerca, diugut, disisih, diherdik....... namun semangat Cikgu Non (C.N. Al-Afghani) tidak pernah luntur untuk memperjuangkan nasib balu-balu dan anak-anak yatim mangsa Memali. 

Selama ini PAS begitu gah mengambil kesempatan dari apa yang berlaku di Memali mewujudkan tabung yang kononnya akan membela nasib Memali. 

Dicanang dan dilancarkan "TABUNG MANGSA MEMALI" seluruh pelusuk dunia....... Kutipan masuk tak putus-putus dari Perlis hinggalah ke Sabah, malah ada yang datangnya dari luar negara....... 

Hakikatnya....... 

Cikgu Non akan mengupas serba sedikit apa sebenarnya berlaku.

Dapatkan naskah LAPORAN terbaru dari beliau.

Tempat : Dewan Hotel Kuala Lumpur International (Kampung Baru) 
Tarikh : 7/2/2013 (Khamis) 
Masa 9:00 malam
[ READ MORE ]

Friday, January 11, 2013

Kemenangan Kristian Kebanggaan Pakatan Rakyat.

Aku amat terkejut dan tak tau apa lagi yg nak tulis bila terbaca satu petikan dari web Suara Pakatan Rakyat yg amat mengecewakan ni. Hanya pembaca dan pembaca setia DKS mampu menilaikannya. Hayatilah petikan yg aku ambil utk dikongsi bersama.


"SETAKAT hari ini penulis menerima respon yang sangat positif dari kalangan rakyat Malaysia yang menghargai perjuangan Pakatan Rakyat dalam memastikan kalimah Allah ini boleh digunakan dalam gereja, kitab Bible dan sebagainya.

Rata-rata mereka menyifatkan keputusan semalam (walaupun hanya keputusan lama yang diperbaharui semula), mempunyai nilai sejarah yang tersendiri dalam senario politik tanah air kerana buat pertama kalinya, perakuan PAS mengenai hal ini telah direkodkan dalam bentuk visual, audio dan bertulis.

Justeru, tidak ada alasan lagi kenapa pemimpin dan ahli PAS mahu membantah penggunaan perkataan Allah oleh pihak gereja selepas ini kerana perakuan mengenainya telah dibuat sendiri oleh pemimpin mereka, melainkan mereka sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan parti tersebut.

Jika itu berlaku, penulis tidak rasa ada yang berminat untuk menghalang mereka dari keluar.

Misi seterusnya selepas ini, rakyat mahu Pakatan Rakyat mendesak pihak kerajaan agar meneruskan pertikaian mengenai perkara ini yang masih tergantung di Mahkamah Tinggi sejak 2010.

Yang dimaksudkan ialah, keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan yang membenarkan pihak Gereja untuk menggunakan kalimah tersebut dalam terbitan mingguannya, The Herald, yang mana keputusan tersebut masih tergantung sehingga kini setelah hakim itu sendiri membenarkan permohonan untuk menangguhkan perlaksanaan perintah tersebut oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Jika kerajaan BN masih berdolak dalih mengenainya, Pakatan Rakyat perlu membantu pihak gereja mengemukakan permohonan baru di Mahkamah. Pedulilah sama ada pertikaian mengenai kalimah Allah di The Herald atau Bible, yang penting ada kemajuan dan keputusan yang boleh dirujuk di masa hadapan.


Respon dari beberapa orang ahli PAS yang sempat penulis temui mengenai hal ini juga sangat positif, walaupun kelihatannya masing-masing sedikit berhati-hati dalam memberikan pandangan. Yang penting positiflah, dan perkara ini perlu disebar luaskan kepada semua peringkat kepimpinan PAS, termasuk di kampung-kampung.

Paling penting sekarang, rakyat mahu melihat keputusan ini dilaksanakan secara praktikal, bukan hanya setakat gemilang di bilik mesyuarat sahaja.

Dengan keputusan ini juga, pihak-pihak berkenaan sudah sepatutnya boleh melaksanakan janji mereka untuk memastikan setiap penganut Kristian di negara ini hanya mengundi calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Ramai berpendapat, perakuan PAS mengenai perkara ini perlu dianggap sebagai pengorbanan suci yang memerlukan pembalasan dari setiap penganut agama Kristian dan pihak berkepentingan yang lain.

Bercakap tentang pembalasan, sudah tentulah bukan wang ringgit yang dipinta tapi undi kepada calon-calon Pakatan Rakyat, termasuk dari PAS.


Masyarakat bukan Islam juga tidak usah bimbang mengenai komitmen PAS kali ini, kerana parti tersebut telah berikrar semalam akan hanya memilih calon-calon yang boleh menerima dasar pejuangan Pakatan Rakyat, tidak sekadar calon yang boleh mengimamkan sembahyang dan mengaji al-Quran seperti yang dulu-dulu.

Walaupun penulis difahamkan, bai’ah (sumpah taat setia) nya masih sama.

Apa yang berlaku pada 2010 dulu, tidak akan berulang lagi di masa hadapan. Itu janji PAS kepada Pakatan Rakyat dan kita menerimanya dengan baik. Jika sebelum ini hanya Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu sahaja yang memberi perakuan, sekarang, Presiden PAS sendiri, bukankah itu sudah cukup melegakan?

Maka itu tidak salahlah kenapa Pakatan Rakyat perlu berbangga dengan kejayaan menyelesaikan pertingkaian berpanjangan antara orang Islam dan orang Kristian berhubung dengan perkara ini."

Sumber ini dipetik dari : Suara Pakatan Rakyat. (klik sini)

[ READ MORE ]

Thursday, January 10, 2013

DAP Edar 100,000 Bible berbahasa Melayu, PAS kata Alhamdulillah.....?


Perlukah soalan di atas ditanya kepada DAP.....? Rasanya tidak perlu, kerana untuk siapa lagi Bible berbahasa Melayu diedarkan jika bukan untuk mereka-mereka yang bertutur bahasa Melayu.....?

Dan siapakah penutur bahasa Melayu jika bukan orang Melayu.....?

Justeru, mungkin tajuk di atas perlu diubah-suai sedikit dengan menujukan soalan tersebut kepada PAS dan bukan DAP.

Kenapa PAS.....?

Kerana PAS sering mendabik dada sebagai pejuang Islam dan ingin mempertahankan Islam. Secara logiknya pejuang Islam tentulah menentang usaha DAP ini. Tetapi mungkin ada puak PAS yang bertanya, kenapa tidak ditanya kepada UMNO, bukankah UMNO juga mendabik dada mempertahankan Islam dan Melayu.....?

Jawapannya, kerana UMNO bukan sekutu DAP, dan UMNO tidak pernah berbuat kenyataan berikut.....:

“Ada banyak buku dalam pasaran, banyak buku Kristian ditulis dalam Bahasa Malaysia. Dan, jika ada yang tidak boleh baca dalam Bahasa Malaysia, mereka akan membaca dalam Bahasa Inggeris, jadi saya tidak melihat sebarang sebab mengapa Kitab Injil harus ditahan,” katanya.” -- Nasharuddin Mat Isa, 15 Mac 2011 (Malaysian Insider) 

Tajuk laporan Malaysian Insider yang memaparkan kenyataan Nasharuddin tersebut menjelaskan segala-galanya iaitu “PAS Hormati Injil Bahasa Malaysia”. Laporan tersebut dibuat oleh Malaysian Insider berdasarkan masalah kemasukan 35,000 nashkah injil berbahasa Melayu yang diimport dari Indonesia pada ketika itu.

Perkara ini dibangkitkan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong dengan berkata,

“tindakan Kementerian Dalam Negeri menahan dan merampas lebih 30,000 naskhah di dua pelabuhan adalah satu “perkembangan tidak menggalakkan sama sekali.” Beliau menambah bahawa tindakan itu hanya akan memburukkan lagi imej mengenai Malaysia, yang dilihat sebagai negara moderat, di peringkat antarabangsa.

Seterusnya, Malaysian Insider juga melaporkan bahawa banyak pihak termasuk rakan-rakan PAS dalam PR menggesa Putrajaya agar membenarkan kitab Injil Berbahasa Melayu dibawa masuk ke negara ini serta merujuk kepada masalah yang berlaku di pelabuhan sebagai ‘sifat cetek gagasan 1 Malaysia’.

Lim Kit Siang juga turut menyuarakan rasa ‘marah dan kecewa’ terhadap apa yang berlaku. Injil berbahasa Melayu dari Indonesia itu menjadi kontroversi apabila menggunakan nama Allah dalam merujuk kepada Tuhan agama Kristian.

Akibatnya, kerajaan telah dikritik oleh pertubuhan Kristian dan dituduh dengan sengaja menahan kitab injil tersebut dari masuk ke Malaysia sedangkan ia tidak salah berdasarkan undang-undang negara.

Pembangkang pula, iaitu PAS, DAP dan PKR mengambil kesempatan membelasah kerajaan atas isu ini atas tuduhan mengambil sikap berat sebelah dengan melebihkan agama Islam serta tidak bersifat terbuka dalam soal agama. 

Laporan Malaysian Insider, termasuk dengan kenyataan Nasharuddin tersebut, adalah konsisten dengan pendirian Nik Aziz dalam isu yang sama sepertimana yang dilaporkan oleh Harakah 21 Januari 2010 iaitu.....

“Kerajaan Kelantan tiada halangan bagi masyarakat bukan Islam negeri itu menggunakan kalimah ‘Allah’, baik dalam pertuturan maupun dalam buku-buku agama mereka.”

Dan ini pula petikan kenyataan rasmi Presiden PAS, Hadi Awang di laman rasmi PAS pada 5 Januari 2010, iaitu.....: 

“Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.”

Memetik kembali laporan-laporan dan kenyataan-kenyataan ini kerana terdapatnya puak-puak PAS yang cuba menafikan bahawa PAS menyokong Injil dalam Bahasa Melayu sambil menuduh UMNO sebagai tidak mengambil langkah sewajarnya untuk mengekangnya. Sedangkan, hakikatnya pemimpin-pemimpin PAS sendiri yang bukan sahaja memberi lampu hijau malah menekan kerajaan agar ‘mengambil sikap terbuka’ mengenainya.

Kini, ‘berkat’ dari perjuangan PAS menyokong DAP agar Injil berbahasa Melayu dibenarkan, maka hari ini terbitlah lagi 100,000 injil berbahasa Melayu untuk edaran.

Mungkinkah Nik Aziz akan berkata ‘Alhamdulillah!’ sebagai respon kepada perkembangan ini.....? Seperti yang dikatakan di permulaan artikel ini tadi, tidak perlu kita soal untuk apa dan kenapa atau kepada siapa Injil ini akan diedarkan oleh DAP.

Kita tahu bahawa tidak lain tidak bukan, ia adalah antara usaha menggiatkan lagi proses memurtadkan umat Melayu yang mana merupakan antara agenda utama Kristianisasi DAP.

Dengan penggunaan kalimah Allah dalam kitab injil tersebut maka, agenda ini juga yang nampaknya sedang berjalan seiringan dengan agenda pluralisme PKR.

Kenyataan terbaru Nasharudin Mat Isa

Dengan laporan Malaysian Insider dan Harakah di atas, maka kita juga nampaknya tidak perlu lagi menyoal apakah pendirian PAS mengenai isu ini.

Sudah begitu jelas, terang lagi bersuluh bahawa PAS pastinya tiada masalah dengan 100,000 injil berbahasa Melayu untuk membantu penyebaran agama Kristian sekali gus usaha memurtadkan umat Islam oleh pihak gereja.

Apakah PAS akan menafikan pernah berkata seperti di atas.....?

Jika ya, maka PAS perlu terlebih dahulu menyaman Harakah dan Malaysia Insider.

Jika tidak, PAS wajar berhenti dari berdolak dalih dan mengaku sahaja bahawa mereka telah secara sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja, bersubahat dalam agenda kafir harbi untuk memurtadkan umat Islam.



[ READ MORE ]

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top