Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Kementerian Pelajaran. Show all posts
Showing posts with label Kementerian Pelajaran. Show all posts

12 August 2021

Kerja Gila Kementerian Pendidikan Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Mari kita ambil kira senario ini.... senario dimana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bercadang nak buka kembali sesi persekolahan secara bersemuka.... macam biasa pada 1 September 2021 ini...

Katalah sebuah sekolah itu mempunyai pelajar seramai 800 orang.
Kakitangan sekolah pula adalah sekitar 45 orang tak termasuk 4 orang Jaga dan 6 orang kakitangan kantin.

Jika berlaku jangkitan Covid-19...

800 keluarga pelajar juga akan dikira kontak rapat... termasuklah juga 55 orang kakitangan sekolah, jaga dan kantin...  ini bermakna 855 keluarga adalah kontak rapat..

Katakanlah setiap keluarga ini mempunyai 4 orang anggota keluarga... ini bermakna 3420 orang perlu dikuarantin .... ini belum lagi kalu ader ibu bapa yang tak perasan mereka adalah kontak rapat... dan mereka pula telah pergi ke pejabat....

Bagaimana pula bilangan kontak yang lainnya.... ramaikan...

Jadi ... kebodohan apakah Menteri Pendidikan yang gila nak bukak sekolah pada 1 September 2021 ni?? Adoilah.



25 June 2020

Tidak Dipendekkan Tapi Dikurangkan

Bhai/DeeDee semua ...

Menteri kata cuti sekolah akhir tahun tidak dipendekkan akan tetapi ianya dikurangkan dari 41 hari kepada 13 hari sahaja...

Adoilah.... bermain dengan frasa ayat jer la Menteri sorang nih... Dier ingat orang bodoh macam dier ke? Aper ke jadahnya...

Huhuhu


29 March 2015

Kebejatan Sistem Pendidikan Malaysia

Bhai/DeeDee semua ...

Gua nak tulis dalam format skema la plak hari nih... Hahaha... jangan mare.... sebab tajuk artikel pon dah skema.... Hahaha

Sistem pendidikan mana-mana negara adalah bertujuan untuk membentuk rakyat menjadi warga sivil yang bertamadun, berilmu dan berdaya saing. Ini adalah kunci utama sistem pendidikan mana-mana negara. Malaysia juga tidak terkecuali dalam mengembeleng segala tenaga dan kewangan yang ada untuk menaikan taraf mutu pendidikan negara.

Apa yang amat saya kesalkan adalah apabila sistem pendidikan negara telah dilacurkan oleh beberapa phak yang berkepentingan untuk tujuan politik dan agenda peribadi. Ini amatlah mengecewakan saya.  Mari kita kupas permasalahan ini.

Perkara pertama dalam pendidikan adalah penekanan kepada jati diri bangsa dan kenegaraan. Pada awal penubuhan Malaysia, kita berusaha untuk menerapkan jati diri bangsa namun akhir-akhir ini sistem pendidikan yang ada tidak lagi menjuruskan kepada perkara ini. Dalam banyak situasi semangat jati diri telah dilunturkan dengan semangat perkauman dan keakuan. Malah makin hari makin jauh jurang antara kaum di Malaysia gara-gara sikap golongan akademik yang menjadikan politik sebagai illahnya.

Mari kita lihat dalam konteks sistem awal pendidikan iaitu untuk peringkat pra-sekolah (tadika). Apa yang saya lihat dan nampak ialah apabila tadika tersebut dikuasai oleh saluran politik, maka hasilnya amatlah menggerunkan. Kanak-kanak di Tadika Kemas telah ditanam mindanya untuk UMNO/BN, manakala bagi PASTI pula telah ditanam mindanya untuk PAS. Ini realiti walaupun akan ada suara-suara yang menidakkannya yang saya pasti akan mempertahankan percaturan ini.

Ini kemudiannya ditambah pula apabila bahan bacaan dalam pendidikan termasuklah pengajaran dan pembelajaran diterapkan mengikut acuan parti pemerintah. Sebagai contoh bagaimana perubahan fakta sejarah diubah semata-mana untuk menunjukkan status quo sesetengah pihak. Bagaimana pula kita melihat fakta sejarah mengenai Sultan dan Raja-Raja Melayu difabrikasikan demi untuk memperlihatkan keagungan dan kehebatan. Malah isu penjajahan yang fakta asalnya jelas telah diubah oleh para akademik semata-mata untuk kepentingan perut dan bawah perut.

Ini adalah perkara yang memalukan bilamana para sejarawan negara telah melacurkan diri mengubah dan meminda fakta dan hakikat sebenarnya titik tolak sesuatu perkara dan insiden. Malah yang lebih mengecewakan bilamana ianya juga melibatkan pengarang dan penerbit buku sehinggakan sampai kepada pihak yang ditugaskan untuk menjaga arkib sejarah negara.

Bila saya melihat balik kepada beberapa siri peperiksaan awam dalam sistem pendidikan rendah, menengah dan tinggi, saya dapati kemerosotan yang agak teruk telah berlaku. Semenjak awal musim persekolahan pada 2000 sehingga kini telah terdapat beberapa siri perubahan skala pemarkahan dalam peperiksaan awam. Ini terhasil apabila kadar peratusan pelajar yang mendapat keputusan yang teruk telah menyebabkan pihak berwajib menurunkan standard pemarkahan yang sepatutnya.

Pernah dalam satu ketika, bilamana Menteri Pendidikan melihat ramai pelajar yang gagal satu matapelajaran telah mengarahkan supaya Bahagian Peperiksaan menurunkan standard pemarkahan kepada yang paling terendah dalam sejarah Malaysia dan hasilnya Menteri Pendidikan tersebut dengan bangganya mengumumkan ramai pelajar yang dapat keputusan yang cemerlang walaupun sebenarnya ini semua fabrikasi.

Pelajar yang dikatakan cemerlang tersebut akhirnya tidak dapat bertahan dalam sistem pendidikan peringkat tinggi. Bukan seorang bukan dua orang tetapi cukup ramai pelajar yang sebegini masuk belajar di dalam IPTA dengan kelulusan yang telah difabrikasi demi untuk menjaga air muka Menteri Pendidikan. 

Itulah yang menyebabkan "ranking" IPTA di Malaysia diperingkat dunia jatuh merudum dengan teruknya, malah ada kes pensyarah dan professor yang melakukan plagiat dengan selamba kekal dipentas akademik tanpa menerima hukuman. Bukan setakat dikekalkan tetapi ada yang dinaikkan pangkat. 

Apakah hasil yang akan dapat dituai nanti akibat dari kebejatan sistem pendidikan negara? Saya pasti bahawa hanya hampas sahaja yang akan kita dapat sedangkan sepatutnya kita mendapat santannya dan bukannya hampas.

30 June 2013

Betul Dah Nih

Bhai... Aper yang Pengarah Pelajaran Johor nih cakap ader betulnyer.... kena ader pengasingan.... antara peribadi dan kerjaya.... cuma aper kata ianya juga dipakai di negeri-negeri yang Kerajaan Negerinya aderlah Pakatan Rakyat.... Hahahaha

Aper ker bodoh la Pengarah Pelajaran Johor nih.... dari sebelum Merdeka lagi dah aktivis yang menggerakkan perjuangan menentang Kerajaan (masa tue British la) semua bergerak bermula dari sekolah.... dari institusi pendidikan....

So.... macam la kat Johor tue takder UMNO dan BN memperkudakan sekolah dan sebagainyer untuk tujuan politik mereka....  Nampak sangat la buta kayu Pengarah Pelajaran Johor nih.....  macam mana la dier nih boleh jadi Pengarah Pelajaran.....

Patutnyer dier nih cuma jadi Pembantu Am Rendah (PAR) jer...... hahahaha.... itu yang selayaknyer.... hahaha ....


16 May 2013

Berita Mengejutkan

Bhai... gua dulu sekolah Mubaligh... sekolah gereja... jadi gua takder hal lar benda-benda education camnie... cuma terkilan... sekolah agama kiter banyaknyer macam reban kambing... tak ader peruntukan... duit zakat dan baitulmal tak sampai... alasan... sekolah agama tue dibuat oleh persendirian... oleh orang PAS.... hahahaha... bodoh betul lar...

Tapi.... biler sebelum PRU13 berjalan itu hari sampailah hari mengundi... pencacai UMNO/BN dok bawak citer kononnyer kalu Pakatan Rakyat Menang nanti... abislah ... Kristian akan berkuasa... sana sini dijaja benda nih... sana sini dicanang.... kena pulak dicanangkan kat orang kampung... kat makcik pakcik Felda yang dok jauh dari kemudahan Internet.... habis la kena tipu... nampak macam UMNO/BN nih pejuang Islam,... pejuang agama,....

Walhal... biler BN dah menang.... dilantiknya seorang Ahli Parlimen (Mary Yap Kain Ching) yang masih berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia .... sebagai Timbalan Menteri Pendidikan....... hahahaha... elok sangat la tue.... hahaha... punya la besar gebang anti Kristian... tapi amik baik punya calon jadi Timbalan Menteri Pendidikan.... hahahaha

Bagoosh... Bagoosh.... lepas nih senang la skit sekolah-sekolah agama nak mintak peruntukan... nak mintak bantuan dari Kementerian Pendidikan..... hahahaha

(sori... artikel ini bukan bertujuan untuk melaga-lagakan antara agama samawi... tapi sekadar untuk pulangkan paku buah keras kat UMNO)

05 February 2013

Pengarah JPN Terengganu Disaran Letak Jawatan

Bhai.... Ini gua nak pulangkan paku buah keras kat Pengarah JPN Terengganu.... sebelum lu nak suruh orang lain letak jawatan pasai nak terlibat dengan politik... lu dulu aaa letak jawatan.... Pasai aper gua cakap camnie... pasai lu sendiri cakap tarak serupa bikin... tarak percaya kalu... sila baca artikel dibawah nih dan baca betul-betul kat kotak yang berwarna merah tue... hahaha



Lu sendiri pon berpolitik serta terlibat dalam politik secara aktif...  lagi mau bising samer orang lain... aper daaa.... cakap tarak serupa bikin kalu... Kalu ikut statement lu... maknanyer... guru-guru yang mengajar di negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan tue tak perlu menyokong dasar kerajaan negeri la.... sebab pembangkang di negeri tue aderlah BN.... hahaha....

Budus punya Pengarah JPN... orang macam nih tarak layak duduk jawatan tinggi dalam pentadbiran awam.... tak tahu beza antara Kerajaan dan parti politik... BODOH dan BANGANG..... hahahaha... buat malu institusi pendidikan jer....  hahaha .... letak jer la jawatan lu tue wei Zakaria Husin....

31 December 2012

Yuran Sekolah Kini Kembali?

Bhai... Hari nih ader sekolah yang dah mulakan pendaftaran pelajar untuk masuk sekolah... 1 Januari 2013 bagi negeri-negeri yang tiada cuti tahun baru maknanya sesi persekolahan dibukak... Soalan yang kerap ditanya... Aper citer dengan yuran sekolah... Kena bayar lagi ker..

Camnie ... Ramai orang salah anggap.. Ingat biler Menteri umumkan yuran persekolahan dihapuskan... Maka ringan lah beban bagi orang yang mempunyai anak bersekolah yang ramai ... Tapi sebenarnya tidak macam tue... Beban kos tetap ada.. Dan walaupun nilainya tidak lah banyak (bagi sesetengah orang) iaitu pada kadar RM65 - RM150 namun ianya tetap membebankan bagi ibubapa yang punyai dua atau lebih anak ...

Yuran sekolah kini kembali dengan menggunakan istilah lain... Ada sesetengah sekolah menggelarkannya sebagai "keperluan persekolahan".... Ada pula sesetengah sekolah menggelarkannya sebagai "kelengkapan persekolahan"... Walau apa pun namanya... Ianya tetap membebankan para ibu bapa...

Okeh... Dengan kekayaan negara kita ini... Tidakkah kita mampu untuk membiayaai segala bebanan ini dari rezab yang sedia ada... Kalu ikut perkiraan gua... Tak sampai pun RM80 juta diperlukan bagi memberikan "keperluan persekolahan" secara percuma kepada 500 ribu pelajar pada awal sesi persekolahan jika kos adalah RM150 seorang pelajar....

Sebab itulah gua berpendapat... Pendidikan percuma boleh diberikan dengan rezab dan dana sedia ada. Malaysia memang kaya... Tapi dek kerana Kerajaan sedia ada tidak pandai mentadbir rezab dan dana negara.. Maka ketirisan yang agak bodoh dan bangang seperti pembelian jet Skyhawk yang akhirnya hilang begitu sahaja di Padang Pasir Arizona berlaku...

Itu belum lagi kalu kiter tengok betapa bodoh dan bangangnya Nor Mohammed Yaakop mentadbir urusiaga forex di Bank Negara Malaysia yang menyebabkan kerugian hampir RM 30 bilion...

Gua tak citer bab orang lain beli barang dengan nilai yang samer boleh dapat 20 lebih barang... Kiter cuma dapat 2 barang jer... Hahaha... Bodoh nak mampus... Ala... Ini kes kapal tak selam nih.... Hahaha

So... Sebab itu lar gua bagitau... Setakat RM75 juta tue untuk bebudak masuk sekolah aper ader hal... Kecik jer... Seciput jer... LHDN pon boleh kutip RM124 bilion tahun nih... So yuran sekolah yang kini kembali dalam format lain tue patut dah boleh free...

Tapi yer la... Selagi BN pegang Kerajaan Malaysia... Selagi itulah sistem yang bodoh dan bangang akan terus digunapakai... Duit hilang entah kemana... Tapi oranv BN memang pandai ... Pandai menyonglap.... Hahaha

11 October 2012

Ada Yang Nak Mampus?

Bhai.... ada yang nak mampus nih.... citer banyak takder... nak tahu citer lebih.. sila baca kat blog sahabat maya gua nih... BACA SINI

Sebelum tue... tengok gambar kat bawah nih dulu...


30 January 2012

Program Pensiswazahan Guru Ambilan Februari 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan dan penempatan bagi Program Pensiswazahan Guru Ambilan Februari 2012 bagi PPPLD telah boleh disemak di sini.

Sila beri maklumbalas, muatturun dan cetak surat-surat dan bahan yang disediakan bagi mereka yang berjaya ditawarkan. Sebarang pertanyaan berkenaan program sila hubungi pihak Bahagian Pendidikan Guru di 03 8884/ 1269/1270/ 1272/ 1053.

15 August 2010

Sengkek Dah Kerajaan Malaysia

Bhai... lu nak tau... sengkek dah Kerajaan Malaysia nih... memang sengkek... mana taknyer... banyak guru yang mengambil cuti bersalin tak disediakan guru ganti disekolah... Dulu ader gak guru sandaran dok handle sementara kelas sewaktu guru terlatih bercuti bersalin.... la nih...mmmm takder la...

Malah dalam banyak sekolah yang gua pergi... terpaksa la cikgu-cikgu lain buat relieve (cover class) cikgu yang bersalin tue... Takper sangat la kalu sorang jer yang cuti bersalin pada satu masa.... buatnyer ader 3 orang serentak camana...

Lepas tue.. masa tue jugak ler ader guru yang terpaksa pi kursus la... taklimat la.. jadi hakim la... kat sekolah lain... terpaksa la cikgu lain cover kelas tue...

Budak-budak... mmmm... jadi cacamarba... kalut..... tak ketahuan.... yer la... asik tukar-tukar jer guru.... jadi pembelajaran diorang pon turut sama terjejas...

Gua ader pi usha tanya dengan PPD/PPN... jawapan samer jer.. yak kira la kat negeri mana punya PPD/PPN ... alasan yang diorang boleh bagi.... bajet takder... duit dah kering.... gua tak leh nak salahkan PPD/PPN tue...

Tapi kan... Menteri Pelajaran dok buat macam takder mender... dok kecoh tak tentu hala... yang jadi mangsa.. bebudak sekolah ngan cikgu-cikgu lain.... Wei... tolong aaa... jangan kerana Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO/BN tak pandai memerintah (sampaikan bajet pon lari) ... bebudak sekolah dan cikgu jadi mangsa... tolong aaaa...

31 May 2010

Guru BM Di Terengganu Dapat Notebook

Semalam.. wife gua pi Kuala Terengganu... ader program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dan Kementerian Pendidikan... Seramai 800 orang guru BM di Terengganu dapat notebook semalam.. Ini baru fasa pertama... dan dijangkakan dalam masa terdekat.. kesemua guru-guru di Terengganu akan mendapat notebook mereka dari Kerajaan Negeri Terengganu..

Satu yang gua respek.. adalah.. pemberian komputer untuk kemudahan guru ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri Terengganu ... semuanya hasil dari peruntukan royalti minyak (wang ihsan?) yang sememangnya hak Negeri Terengganu..


Gua memang tak ngam ngan UMNO/BN... tapi yang gua respek kat Ahmad Said ialah.. dier nih memang pandai berpolitik.. politik cara kampung... itu yang gua respek tue... Dier memang samseng kampung pon... hahaha... Kat Kijal tue.. saper tak kenal Ahmad Said.. hahaha...

Okeh.. yang gua nampak.. plan Ahmad Said berpolitik nampak ader masa depan... hehehe.. yer la .. cuba korang tengok nih..

1. Dier arahkan penubuhan syarikat berkaitan IT di Terengganu... dan akhirnya ader kilang komputer sendiri milik Terengganu... hehehe... Top IT Sdn Bhd ...
2. Bagi 25 ribu bijik komputer ebook kepada bebudak sekolah rendah ... ini bukan setakat ebook biasa... ini sebenarnya lebih kepada netbook..
3. Ujudkan jawatan pembantu makmal komputer sekolah yang digaji oleh Kerajaan Negeri.... (wei... makmal komputer sekolah di kawasan lain.. mana ader pembantu makmal.. semua cikgu kena buat)..
4. Tahun depan (2011).. dengar khabarnyer bebudak sekolah menengah pulak akan dapat komputer ebook... dan jawatan pembantu makmal komputer di sekolah menengah pula akan disediakan..
5. Penubuhan satu skolah khas ajar animasi di Terengganu...

Inilah caranyer pandai berpolitik... dier brainwash.. golongan yang paling dekat dengan rakyat... hahaha... Idris Jusoh dulu bangang betul.. dier pentingkan kroni.. jadi.. manfaat dari limpahan kesenangan negeri tak sampai kat rakyat secara nyata... jadi... macam mana la rakyat nak sokong Idris Jusoh...


Gua sure.. pada PRU13 nanti.. Terengganu masih lagi milik UMNO dan Idris Jusoh tak mungkin akan jadi MB.. hahaha.. Ahmad Said mungkin akan kekal jadi MB... MB untuk orang kampung... MB untuk rakyat biasa...

Memanglah Ahmad Said ader kroni dier sendiri.. tobat lahum la dier takder kroni... sure ader... tapi tak berapa nampak nyata... rumah dier kat sebelah TATIUC tue pon masih disiapkan slow-slow... kalu sesetengan ADUN atau Ahli Parlimen atau MB tue... tak sampai 3 bulan berada dipuncak kuasa.. terus dah siap rumah bertahap mega... hahaha... ini Ahmad Said bijak.. dier buat slow-slow.. nampak macam dier nih tak buat rasuah.. hahaha...

Inilah cara bijak berpolitik... Patut cara nih la yang MB Kedah buat... jangan dok leka... ini tidak... MB Kedah dok masih rasa hebat.. rasa orang respek dier.... rasa orang hormat kat dier... rasa kepala besar.. rasa tak nak dengar nasihat orang lain.... takpa... tak lama pon... kalu tak bijak politik kalu... sure tak lama la...


Tolong aaa.. gua harap semua MB Pakatan Rakyat cuba perati camana MB Terengganu (Ahmad Said) nih handle politik dier... cara politik orang kampung la bhai...

P/S: Gua bukan tulis nih pasai bini gua dapat notebook tue.. tapi gua tulis pasai gua nampak dah cara Ahmad Said plan dier punya strategi.... kalu pasai notebook... gua tak heran pon... gua sendiri ader 3 notebook.. satu untuk buat kerja pejabat (HP).. satu untuk leisure (MAC Powerbook).. satu untuk mobile presentation (DELL)... wife gua ader sebijik notebook ACER... anak-anak gua yang sulung dan nombor dua tue gua bagi diorang notebook gak.. jenama IBM..

24 February 2010

Transformasi Kurikulum

Pergh... berapa kali lagie mau buat eksperimen aaa... Ini Menteri Pelajaran nak buat transformasi kurikulum la pulak... setiap kali tukar menteri... tukar ketua pengarah... tukar semua... yang jadi mangsa... cikgu-cikgu dan murid-murid sekolah...

Eksperimen tak abis... macam-macam... dulu buat eksperimen untuk PPSMI .. beratus juta abis... sebelum tue... eksperimen projek multimedia... kantoi berpuluh juta... la nie... Muhyiddin Yassin umum nak buat transformasi kurikulum (pendidikan)... agak-agak berapa ratus juta RM akan jadi mangsa... Udah ler Kementerian Pelajaran dah sengkek.. bajet ciput... yang ader biasa pon kena sekat.. kena potong....

Lepas nie.... sapa pulak yang akan kaya dengan projek transformasi kurikulum nih... penerbit buku memang akan untung... penulis buku pon akan untung gak... yang tak untung cuma DBP jer.... aper la.. yang kaya DAWAMA ....

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran lepas nih terpaksa la bersengkang mata untuk cari jalan.. buat macam-macam.. eksperimen macam-macam... semua untuk naikkan nama Muhyiddin Yassin jer... yang dapat nama nanti Menteri Pelajaran... sedangkan haram satu pon dier tak tau.... cadangan pon sebenarnya bukan datang dari dier... semua datang dari juak-juak dier yang nak kaut untung dengan transformasi kurikulum nih..

So... persoalan yang semua rakyat perlu tanya.... berapa juta RM pulak la akan hangus untuk projek transformasi kurikulum nih..... dan nak cekau duit dari mana... Duit kerajaan pon dah makin takder... nak bayar bonus dan gaji bulanan pon sempit..

Dua hari sudah Najib Razak umumkan nak bagi Sarawak RM3.4 bilion... itu bajet untuk gula-gula pilihanraya negeri tue... jadi... mana la ader duit lagi nak dienjoykan oleh Kementerian Pelajaran..... mana nak cekau duit aaaa...

23 February 2010

Banyaknya Duit Kerajaan

Pergh.... banyaknya duit kerajaan... RM3.4 Bilion lagie tue... sedap mulut jer tabur sana sini... yang best tue.. tabur janji duit kerajaan banyak tue kat Sarawak pulak tue... hehehe... macam biasa dengar jer... hehehe...

Ala ... semua tue janji pembangunan jer.... janji BN pasai pilihanraya negeri dah dekat... dah kira cuak dah diorang nih.. yer la... rakyat Sarawak ramai yang dah tau tembelang Taib Mahmud yang selama nie menyonglap duit negeri...

Duit royalti minyak (duit bayaran tunai) tue memang banyak... kalau dikira la.. mau cecah berbilion RM sejak dari mola Taib Mahmud duduk kat kerusi Ketua Menteri ... tapi yang sampai kat negeri cuma ader la seciput... gua rasa tak sampai 15% pon... yang lebih tue.. tiris ntah ke mana... ader maklumat kata tiris masuk poket Taib Mahmud dan keluarga...

Yer la.. sapa yang tak kena syarikat CMS (Cahaya Mata Sarawak) yang dikuasai sepenuhnya oleh Taib Mahmud dan Keluarga.... semua projek CMS sapu.. semua projek sama ada di Sarawak mahupun di tempat lain dier ader share.... Projek MEPS pon CMS ader share.. Retail banking system pon diorang cover... semua sekali la..

Jadi... mana tak kenyang... hehehe... so... gua rasa dari RM3.4 bilion yang Najib Razak janji tue untuk Sarawak... yang dapat kat Negeri nanti cuma sekitar paling banyak pon RM340 juta... selebihnya.... hahaha... masuk poket la...

Pilihanraya Negeri Sarawak nanti sure masih diorang menang lagie... bukan setakat tipu kertas undi... tapi... hehehe.. pengundi dah diugut... tak undi BN .. takder jalan, air dan elektrik... macam la air dan elektrik tue dibekalkan secara percuma.... kalu percuma ok gak kalu nak ugut... ini kita yang bayar .. diorang yang ugut nak sekat .. bodoh apa...

Apa-apa pun... yang pasti RM3.4 bilion ini cuma satu nilai jer... lepas nie sure akan umumkan lagi beberapa peruntukan lagie... macam la Kerajaan Malaysia ader duit banyak....

err... kalu dah banyak duit tue... kasi setel la kat Kementerian Pelajaran... Kementerian Pelajaran dah takder duit dah... kesian kat bebudak sekolah tak cukup peruntukan...

28 January 2010

Bukankah Dah Betul Puad Zarkashi Menipu?

Untuk pengetahuan korang... memang pun Kementerian Pelajaran dah kering kantung dier... itu hari biler gua kata Puad Zarkashi menipu.. ramai yang bantai gua... kutuk macam-macam... tapi la terdedah dah... bukankah dah betul Puad Zarkashi menipu...

Kementerian Pelajaran dah kering dah dana dier.. sebab banyak dihabiskan dengan projek-projek eksperimen ... benda nih bukan baru.. dah lama dah.. kalu tak silap gua la.. sejak dari tahun 2001 lagie.... masa tue Pusat Perkembangan Kurikulum di Jalan Duta tue dok banyak kali buat eksperimen..... itu baru bab kurikulum... bab kat Maktab Perguruan dan Institut Perguruan pon sama gak...

Ramai bakal guru yang dah terlatih yang tidak dapat penempatan... biler ditanya... jawapan sama jer... sebab opsyen guru tue tak sesuai untuk penempatan... dah terlampau banyak... ader lebihan.. sedangkan banyak sekolah kat 1Malaysia nih yang tak cukup guru...

Satu kelas ader 35 hingga 45 orang murid.. giler aper nak handle banyak tue punya murid... kalu kena tahun 1... alamat boleh lari guru yang mengajar tue... Kita amik contoh kat Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Subang ...satu sekolah rendah... yang murid dier terlalu ramai sehinggakan terpaksa dibuat dua sesi.... pada masa tue.. kalu tak percaya... cuba tanya cikgu sekolah tue...

Kat daerah Petaling jer ader beratus sekolah rendah... giler aper sekolah ader banyak tue... tapi masih banyak sekolah tue yang tak cukup guru... bukan setakat tak cukup guru.. tapi buku teks pon tak cukup la...

Nie first time gua dengar Kerajaan Malaysia bagi dana tambahan sebanyak RM700 juta kat Kementerian Pelajaran... awal tahun plak tue.... giler aper... itu lagi Puad Zarkashi kata Kementerian Pelajaan takder masalah.... bodoh la kalu ader sesapa yang percaya cakap Puad Zarkashi nih....

Apa-apa pun .... gua tetap nak Puad Zarkashi nie mengaku yang Kementerian Pelajaran tak dapat nak ambik semua guru terlatih nie ditempatkan atas alasan opsyen adalah tipu semata-mata... just nak cover airmuka jer.. mengaku la yang sebenarnya Kementerian Pelajaran dah takder duit.. kan senang...

12 January 2010

Mohd Puad Zarkashi Menipu

Tak abis-abis Kerajaan Pimpinan UMNO/BN nak menipu rakyat. Nie Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia (Mohd Puad Zarkashi) menipu pulak. Kecoh 1Malaysia dalam media biler dier kata berlaku lambakan guru terlatih dipasaran sehinggakan ramai yang tak mendapat tempat untuk bertugas sebagai guru...

Mohd Puad Zarkashi, lu kalu nak menipu tue agak-agak la skit... Lu jangan ingat kitorang nie buta kayu sama macam lu dan kaum serta puak lu... Bukan ler kitorang takder anak bini, adik beradik atau sedara mara yang kerja dengan Kementerian Pelajaran.... berlambak la bhai...

Bini gua pon guru gak...

So... apa cerita nih.. biler satu kelas ader 40 murid... kenapa boleh jadi camnie... sebabnya semua orang tau.. pihak NUTP pun tahu ... sebabnya adalah kerana cikgu (guru) tak cukup la bhai... ader sekolah yang terpaksa handle 45 orang murid untuk satu kelas.... giler aper macam nie... kalu yang 35 orang murid satu kelas tue dah kira standard la...

Sepatutnya satu kelas cuma handle 25 orang murid jer... senang nak kawal dan mudah beri tumpuan kat semua murid.... baru la pendidikan dan pelajaran tue dapat sampai kat murid... baru la teratur ski...

Nie plak... ader gua dengar info yang guru ganti (sandaran) tak dapat disediakan... walaupun kat sekolah tue ader cikgu yang beranak ker.. yang ke Mekah ker... dan lain-lain hal... semua sebab ... takder cukup duit peruntukan untuk benda nih... walhal selama nih ini lah proses yang biasa... itu sebab la ader jawatan guru sandaran....

Gua dah tanya sana sini dan cek ngan kengkawan kat Kementerian Pelajaran di Putrajaya tue.... diorang bagitau benda yang sama macam yang diorang bagitau kat gua tiga empat tahun dulu.... sebab yang sama... jawapan yang sama...

Guru terlatih yang tak dapat jawatan guru di sekolah adalah disebabkan oleh cuma satu perkara sahaja... bukan sebab opsyen yang guru tue amik... tapi..... sebabnya.... adalah....

"Kementerian Pelajaran (Kerajaan Malaysia) tidak mampu untuk membayar gaji guru-guru ini jika dilantik mengisi banyak kekosongan di sekolah-sekolah". Duit dah kering dah bhai.... sebab terlalu banyak duit dah dihabiskan dengan eksperimen-eksperimen bodoh yang KPM buat yang memangsakan para guru dan murid...

Cuba korang tengok silibus kat sekolah... dalam 10 tahun nieh... dah berapa kali dah kena ubah... tapi hasilnya tetap kurang menyengat berbanding 20 tahun dulu... hasil sama... tapi belanja mahal..... eksperimen tak habis... macam-macam benda bodoh yang dieksperimen tanpa ader kajian khusus mengenainya....

Buku teks pulak... berapa kali dah diubah... ini lepas PPSMI ... berapa pulak kos untuk ubah semua silibus dan buku kepada Bahasa Pengantar Bahasa Melayu... mau makan ratus juta tue.... bodoh betul la...

Jadi... Mohd Puad Zarkashi .... menipu tue biar la pandai skit.... jangan la bagi statement bodoh dan bangang macam budak down syndrome jer (sori... bukan nak hina budak down syndrome... okeh) ... Lain kali cakap tue biar betul... semua orang tahu duit dah takder... jadi sebab itu berlambak guru...

Kalu alasan dier yang berlambak tue lulusan IPTA dan IPTS ... kenapa ramai gak lepasan guru dari Maktab dan Institut Perguruan yang masih takder ditempatkan disekolah lagie... masih ramai yang menganggur.... nak tipu pon biarlah ader fakta... jangan main taram jer....

Bodoh betul la...

03 December 2009

Ada Pulak Bayaran Tambahan

Dulu masa konon nak menghapuskan yuran persekolahan... Kerajaan cakap macam-macam ... semua yang muluk-muluk belaka... La nie ada pulak bayaran tambahan nak dikenakan pada tahun persekolahan 2010..

Aper nih... memang dah sah ler Kerajaan Malaysia jenis yang suka mungkir janji...

Perjanjian Damai Hatyai pun Kerajaan Malaysia mungkir ... Perjanjian Royalti Minyak pon Kerajaan Malaysia mungkir... jadi... tak terkezut la kalu isu yuran persekolahan nie pon Kerajaan Malaysia akan mungkir gak...

Soalannya sekarang nih... berapa agaknyer nilai bayaran tambahan yang akan dikenakan nanti.. adakah nilainya sama dengan yuran persekolahan masa dulu.. atau lebih lagi... tapi mengikut senario semasa dan apa yang gua dapat dengar disana-sini... kemungkinan nilainya lebih dari bayaran yuran persekolahan masa dulu tue agak tinggi.... kemungkinan yang besar...

Ader ker duit mak bapak pelajar yang miskin yang ader anak ramai kat sekolah nih aaa.... mungkin sempit nampaknyer... tambah plak sekarang nih musim hujan monsun... kurang-kurang dua bulan nih diorang tak boleh nak kelaut dan kesawah bendang... camana nak cari rezeki nih.. nak makan harian pun semput.. inikan pulak nak prepare persekolahan anak-anak...

Rasanyer la.. kalu duit yang dah terbazir kat PKFZ dan macam-macam bana lagie tue dapat diselamatkan.. sure dah boleh nak tolong pelajar miskin nih dalam persekolahan.. tak perlu la nak kenakan bayaran tambahan... Paling cikai pun.. kalu duit yang disonglapkan oleh MB Negeri Sembilan Mohamad Hasan tue yang sebanyak RM10 juta tue... boleh gak nak cover skit nilai bayaran tambahan nih...

RM10 juta kena songlap tue banyak tue.... gaji sebagai MB Negeri Sembilan besar sangat ker...

Kat Malaysia nih sebenarnya banyak duit.. tapi pasai disalah tadbirkan.. inilah jadinyer... ader royalti minyak... abis jadi wang ehsan.. pastue hilang tak dapat dikesan disonglapkan oleh JKKP ..... pelik... boleh plak duit tue pergi masuk dalam tabung UMNO/BN dan akaun persedirian geng-geng dan kroni UMNO/BN ... giler aper .. itu semua duit rakyat oooi...

Tak abis-abis makan duit haram.... tue yang jadi macam haram jadah tue...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1