Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pelajar. Show all posts
Showing posts with label Pelajar. Show all posts

10 August 2023

Bangang Punya Idea Dari Menteri Pendidikan

Bhai/DeeDee semua...

Ntah la... gua cukup pelik dengan Menteri Pendidikan yang datangnya dari dunia guaman... Tak tahu apa yang ada dalam kepala dier... pening.... sampai nak buat kasta-kasta la pulak bab pendidikan nih... adoilah

Bab sekolah khas utk orang miskin ni, ada beberapa point.

Pertamanya, kalau boleh biar la semua pelajar bergaul dalam sekolah yang sama, kalau diasingkan macam kasta maka akan ujud stigma dan pandangan tak elok pula. Owh, ni pelajar sekolah miskin. Ini pulak pelajar dari sekolah kaya... Huhuhu

Tengok macam mana pandangan orang terhadap penghuni PPR cukup lah. Tu pun belum kita ambil kira masalah sosio budaya dan keselamatan....

Keduanya, Kerajaan nak kena bina sekolah baru ke untuk buat Sekolah Pelajar Miskin nih? Ada bajet ker? Mana nak cekau bajet? Kenapa tak nak utilize sekolah sedia ada je, banyak jer sekolah (terutama sekolah luar bandar) yang mengalami kekurangan murid dalam beberapa tahun ni. Sekolah berasrama penuh sedia ada pun boleh digunakan.

Improvise je la sistem sekolah sedia ada, nak tambah bantuan ke, nak tambah fasiliti ke, nak repair itu ini, tak perlu wujudkan sistem baru lagi... pening kepala dengan sistem pendidikan negara kita ni yang ada macam-macam aliran dan sistem. SK la... SJKC la.. SJKT la... huhuhu

Cuma kalau dari segi branding, memang la akan bagoosh... nampak gempak. "Nampak" la hasilnya ... boleh la berbangga kata ini semua adalag hasil inisiatif Kerajaan Madani. Ada nama la.

Kalau buat kat sekolah sedia ada je takde sapa nampak pula.... kan kan kan....

Huhuhu... 

Bangang betul idea dari Menteri Pendidikan nih... sampaikan pendidikan pun nak ader kasta-kasta... huhuhu...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



14 January 2023

Apa Nak Diharapkan Dengan Sistem Pendidikan Malaysia...

Bhai/DeeDee semua...

Apa kita nak harapkan dengan sistem pendidikan Malaysia.... banyak yang syok sendiri di peringkat pentadbir dan pengurusan... bukan kepada murid atau guru....

Murid dan Guru memang selamanya jadi mangsa didalam sistem pendidikan negara Malaysia nih... setiap kali bertukar Menteri... setiap kali itu lah bertukar polisi, dasar dan hala tuju pendidikan negara... Entah apa yang nak di buat ujikaji beberapa kali tak tahu lah...

Pening...  tapi buat macam-macam pun... tetap takder apa manfaat kepada murid terutamanya murid OKU ... dan juga guru... Tetap guru ditekan dengan macam-macam kerja pengkeranian sampai hilang tumpuan kepada tugas hakiki iaitu mengajar dan mendidik...

Jahanam semuanya... Ada cikgu... handle sukan... sepanjang tahun sampai takder dalam kelas.... sana sini terlibat sukan... tapi hasilnya setakat suam-suam kuku jer... tambah pulak ader sekolah yang sentiasa tiada cukup guru untuk mengajar... sebab guru terlibat kursus la.. terlibat sukan la.. terlibat sebagai guru pengiring la... 

Belum pernah dengar ada sekolah yang ada lebih guru... melainkan semua tak cukup... bukan seorang... tapi pernah dengan sampai 6 orang guru tak cukup satu sekolah... PPD dan JPN?? ntah apa yang dibuat tatau la.... Nazir ... lebih kepada sembang lebat... suruh buat itu ini... tapi Nazir sendiri pun ada yang tak pernah terlibat mengajar... 

Menteri dan Timbalan Menteri??? Lawyer dan Auditor .... apalah yang mereka tahu tentang pendidikan??? Huhuhu...

Hampeh aaa...

Sistem Pendidikan Yang Gagal


16 December 2022

Bila Ada Cikgu Yang Rasis

Bhai/DeeDee semua...

Jangan ingat hanya bebudak sekolah jer rasis (perkauman) dan ekstremis.... tapi cikgu dan guru besar / pengetua pon ader yang berperangai sama.... Benda nih bukan sajer berlaku di Sekolah Kebangsaan / Sekolah Menengah Kebangsaan... tapi juga berlaku di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan... SRJK (C) dan SRJK (I) ... serta di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaaan (SMJK)

Malah kat Sekolah swasta (persendirian) rendah dan menengah pon ader...

Bukan takder kes sesama Cikgu yang rasis... malah kes Cikgu Rasis yang dibekap oleh Pengetua Rasis pun ader.... macam dalam kes di SMJK (C) di Mersing dulu....

Sebenarnya ketegasan di peringkat Kementerian Pendidikan amatlah perlu... tapi kita kena pertegaskan juga diperingkat Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perpaduan... Perlu ader penegasan yang kuat... Ini semua berbalik kepada sistem kerakyatan...

Sepatutnya ... mana-mana yang rasis bagai tue... Kerajaan Malaysia boleh jer amik tindakan tegas ... sama ada gantung kerakyatan atau buang terus kerakyatan... supaya yang terlibat tu boleh berakal sikit... Dengan cara nih baru la pelaku nih akan sedar kesalahannya... kalu masih terus dibiarkan tanpa tindakan tegas... benda nih akan sentiasa membarah...

Jangan tengok yang membuat tue dari bangsa apa... jangan pilih kasih...  amik ja tindakan tegas keatas pelaku semua nih.... paling cikai pon sumbat ja kedalam barang seminggu dua... kasik depa sedar diri sikit...


Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil tindakan tegas dan bekerjasama dengan pihak polis bagi membendung insiden perkauman dan ekstremisme di sekolah, kata menterinya Fadhlina Sidek.

Fadhlina berkata KPM mengutamakan pembinaan sahsiah dalam kalangan pelajar melalui budi pekerti, sahsiah dan integriti, yang merupakan salah satu daripada tujuh fokus utama kementerian itu.

“Kami mahu anak-anak ini membesar dalam konteks keharmonian, dalam persekitaran sekolah yang selamat kerana kami percaya dengan membina adab, sahsiah dan integriti mereka, ia akan dapat mengatasi isu seperti ekstremisme.

“Seperti mana kita tidak berkompromi dalam isu buli dan gengsterisme, kita juga tidak akan berkompromi dalam isu perkauman dan ekstremisme.

“Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan kanak-kanak selamat di sekolah dan oleh itu, jika terdapat sebarang ancaman perkauman atau pelampau, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan serius dan kita pastinya akan bekerjasama dengan polis untuk membendung perkauman dan ekstremisme daripada berlaku di sekolah,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pendidikan di Putrajaya hari ini.

Pada masa sama, Fadhlina mengumumkan cadangan untuk mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) seperti termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996.

Bagaimanapun, dia berkata senarai nama ahli majlis itu belum dimuktamadkan.

10 November 2022

Apa Pengundi Undi 18 Mahu?

Bhai/DeeDee semua...

Semalam gua bertanya dengan dua orang anak perempuan gua... kedua-duanya berada di IPTA (seorang di Pahang, seorang di Perlis) ... gua tanya secara live dengan diorang...

Apa yang Kakak dan Angah mahu sebagai pengundi Undi 18.

1. Diorang mahukan kos pengajian yang rendah... sebab depa tau bapaknya bukan banyak duit... dan setakat hari nih kedua-dua mereka tak amik PTPTN pun.... jadi kalu kos pengajian rendah... boleh la depa senang nak sambung belajar lagi lepas nih sampai ke peringkat lagi tinggi.

2. Diorang nak kos sara hidup yang rendah... kos makan di kafeteria University agak mahal juga.. mereka paham kos penyediaan bahan mentah tinggi... tapi bagi seorang pelajar yang duit cuma ader ngam-ngam... kena banyak bajet la.. kalu tak cukup makanan... perut kosong... macam mana nak belajar... macam mana nak timba ilmu... tak cukup zat dan gizi. Patut ader subsidi bagi pelajar untuk makan... tak banyak subsidi pun takper la.. janji ada.... 

3. Diorang nak kemudahan di asrama di perbaiki... Alhamdulillah anak perempuan gua dua-dua dapat asrama... ditawarkan asrama sampai habis pengajian.... tapi yer la... asrama pun banyak yang uzur.. pintu tandas pun tercabut kunci dan engselnya... lampu yang tak berganti setelah lama padam... tekanan air yang rendah.... tandas yang tak ditadbir dengan baik...

4. Diorang nak akses Internet (WiFi) di asrama dalam keadaan yang baik, stabil dan laju... Tak guna ader line internet tapi slow nak mampus... nak cari maklumat kat Wikipedia pun jenuh... Takkan nak pakai Hotspot Data... lagi kojol... Patutnya zaman sekarang nih.... kat asrama IPTA ... line mesti laju.... sebab assignment semua guna Internet... macam Kakak... dia guna Adobe Photoshop dan Illustrator pakej Online SaaS .. jadi kalu line slow... mampoih buat kerja assignment.

5. Diorang kata patut ader satu pakej Telco untuk student yang bagi akses data tanpa Quota dan takder FUP pada 512kbps... tak logik dah ader sekatan Quota dan FUP 512kbps.. paling-paling mesti 2Mbps untuk FUP.

6. Diorang cakap... patut semua student (IPTA atau IPTS) diberikan satu kad khas untuk diskaun penggunaan perkhidmatan awam (bas, teksi, keretapi, kapalterbang) termasuklah nak guna eHailing. Makna kata diskaun 30% atau sampai 50%.. dan Kad yang sama juga boleh digunakan di mana-mana Kedai Buku untuk diskaun pembelian alatulis dan buku ... Patut dah memang ader kad macam ni

7. Diorang nak peluang nak sambung belajar bagi semua lepasan SPM diperluaskan lagi dibawah kendalian Kementerian Pendidikan Tinggi. Akses kepada Kolej berasaskan TVET bagi yang kurang menyerlah dalam akademik... At least semua dapat peluang belajar.... tambah pengetahuan.

Macam-macam lagi yang diorang bagi cadangan kat gua... cuma yang lain tu gua rasa hanya picisan jer.. dan tak berapa nak penting.... cuma boleh ditambah baik... sebab biasa la ... budak-budak lagi... Gua sempat tanya tentang pandangan depa mengenai pekerjaan .... anak-anak gua kata... itu lambat lagi pun takpa nak pikir... skrang nak pikir tentang belajar dan menuntut ilmu dulu... itu main priority kata depa....

Gua setuju ngan pandangan depa... Undi 18 nih adalah pengundi yang nak dapatkan something untuk pendidikan mereka... sama ada peluang untuk sambung belajar, subsidi atau pengurangan kos sara hidup... Itu yang penting...

Oh yer... orang Politik yang takmo amik cakna pasai kehendak Undi 18 nih... gua berani jamin akan terkojol dalam Pilihanraya kali nih...

Hahaha



25 September 2021

Guru Anti-Vaksin : Mengajarlah Dalam Gua

Bhai/DeeDee semua...

Guru-guru yang anto-vaksin nih selayaknya hanya mengajar murid-murid yang juga anti-vaksin... Itu selayaknya... dan masalahnya macam mana nak sediakan prasarana untuk diorang mengajar murid-murid anti-vaksin secara bersemuka (bukannya secara PdPR)?

Jawapannya...  

Untuk guru dan murid-murid anti-vaksin... boleh la belajar dalam gua batu... hahaha



12 September 2021

Bukak Sekolah?

Bhai/DeeDee semua..

Pada bulan Mei 2020 lagi gua dah cadangkan supaya sistem sekolah diadakan secara penggiliran.. Banyak bulan gua upkan benda nih kat dalam Sosmed... Pada gua Penggiliran sekolah adalah menggunapakai konsep Tahap.

CUMA ...

Kalu setakat nak bukak balik sekolah pada Oktober 2021 nih... gua tak setuju... Why don't bukak sekolah pada Tahun 2022 la.... reset jer la tahun nih punya sesi persekolahan... kira start tahun depan la... lupakan jer tahun nih...

Dibawah ini apa yang gua pernah tuliskan... (yang ini gua tulis sekitar bulan Februari 2021)

=============================================================

Gua memang tak jauh dengan dunia pendidikan nih...

Abang gua cikgu, ex-GF gua cikgu, wife gua cikgu dan adik ipar gua cikgu ... jadi memang pusing mana pon memang terkait dengan bidang pendidikan...

Okeh... ini gua ader satu cadangan penambahbaikan untuk pendidikan di Malaysia pasca Covid-19.

SISTEM 2 FORMAT

Dalam sistem 2 format ini, kita akan mengadaptasikan sistem pembelajaran bersemuka (face2face) macam biasa sebelum ini dan juga sistem pembelajaran secara online (PdPR).

Bagi sekolah rendah, kita gunakan cara sebegini.

Minggu pertama dan ketiga setiap bulan
-  Adalah minggu sesi pembelajaran secara bersemuka (face2face) di sekolah bagi murid-murid tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3)

- Murid-murid tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) mereka akan menjalani sesi pembelajaran secara online (PdPR) disamping menyiapkan latihan yang diberikan.

Minggu kedua dan keempat setiap bulan
-  Adalah minggu sesi pembelajaran secara online (PdPR)  bagi murid-murid tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) disamping menyiapkan latihan yang diberikan

- Murid-murid tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) mereka akan menjalani sesi pembelajaran secara bersemuka (face2face) seperti biasa


Bagi pelajar sekolah menengah

Minggu pertama dan ketiga setiap bulan
- Pelajar Peralihan, Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan menjalani sesi pembelajaran secara bersemuka (face2face) disekolah.

- Pelajar Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 6 bawah dan Tingkatan 6 atas akan menjalani sesi pembelajaran secara online (PdPR) dan menyiapkan semua latihan yang diberikan.

Minggu kedua dan keempat setiap bulan
- Pelajar Peralihan, Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan menjalani pembelajaran secara online (PdPR) dan menyiapkan semua latihan yang diberikan.

- Pelajar Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 6 bawah dan Tingkatan 6 atas akan menjalani sesi pembelajaran secara bersemuka (face2face) disekolah.

Dengan cara ini... kita dapat mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dan mengurangkan kapasiti murid di sekolah pada setiap masa. Inilah cara yang terbaik untuk kita buat dan manfaatkan... Gua harap tulisan gua ini akan sampai ke pengetahuan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekolah Buka Semula


12 August 2021

Kerja Gila Kementerian Pendidikan Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Mari kita ambil kira senario ini.... senario dimana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bercadang nak buka kembali sesi persekolahan secara bersemuka.... macam biasa pada 1 September 2021 ini...

Katalah sebuah sekolah itu mempunyai pelajar seramai 800 orang.
Kakitangan sekolah pula adalah sekitar 45 orang tak termasuk 4 orang Jaga dan 6 orang kakitangan kantin.

Jika berlaku jangkitan Covid-19...

800 keluarga pelajar juga akan dikira kontak rapat... termasuklah juga 55 orang kakitangan sekolah, jaga dan kantin...  ini bermakna 855 keluarga adalah kontak rapat..

Katakanlah setiap keluarga ini mempunyai 4 orang anggota keluarga... ini bermakna 3420 orang perlu dikuarantin .... ini belum lagi kalu ader ibu bapa yang tak perasan mereka adalah kontak rapat... dan mereka pula telah pergi ke pejabat....

Bagaimana pula bilangan kontak yang lainnya.... ramaikan...

Jadi ... kebodohan apakah Menteri Pendidikan yang gila nak bukak sekolah pada 1 September 2021 ni?? Adoilah.



25 January 2021

Gila Punya Guru Besar

Bhai/DeeDee semua..

Benda nih sebenarnya adalah satu "Open Secret" .... banyak sekolah terlibat buat kerja gila nih...  bilamana sesi persekolahan dari 7.30 pagi sampai 4.30 petang....  bukan setakat anak murid (pelajar) yang penat tapi cikgu-cikgu pun penat...

Giler betul la pentadbir sekolah-sekolah tue semua...

Ingat kalu sesi persekolahan start pukul 7.30 pagi ... murid-murid dan cikgu bangun pukul berapa agaknya?? Jangan ingat murid-murid dan cikgu ini dekat dengan sekolah... Seingat gua ader guru yang tak dapat berpindah sekolah yang dekat dengan rumahnya... dan cikgu nih terpaksa memandu dari Dungun ke Chukai, Kemaman setiap hari.... jarak masa perjalanan hampir 1 jam sehala dalam keadaan normal tanpa jem..

Murid-murid pun ramai yang duduk jauh... naik basikal... berjalan kaki... malah ader yang terpaksa menaiki sampan.... Pukul berapa mereka mesti bangun pagi... dan pukul berapa pula mereka sampai kerumah kalu kelas terakhir adalah pukul 4.30 petang....  masa bila mereka nak menyiapkan latihan yang diberikan... masa bila pula mereka nak belajar kelas agama atau lain-lain...

Waktu malam kalu tidur lewat dari pukul 10 malam sudah agak bahaya ketiduran esoknya..

Ntahlah... Guru besar nih tak berfikir agaknya... Sekolah anak perempuan gua hari-hari balik pukul 5 petang.... dah banyak kali dibawa isu ni ke mesyuarat PIBG tapi takder hasil... kesian tengok pelajar dan guru-guru yang terlibat... 

Tak patut sebenarnya membebankan murid dan guru-guru sampai begitu sekali.... kena la rasional sikit... jangan sampai exhausted.... payah nantinya..





08 January 2021

Apa Plan KPM Untuk Peperiksaan SPM/STPM 2020?

Bhai/DeeDee semua...

Pening... dengan kadar jangkitan kes harian Covid-19 yang naik mencanak nih... agaknya apa plan KPM untuk peperiksaan SPM/STPM 2020 ... apa plak plan?

Kalu dengan SOP sedia ada... agaknya 400 ribu pelajar kena la dikuarantin... diletakan dalam premis sekolah... atau kawalan terhad.... sama dengan semua guru pengawas... sebab risiko jangkitan tersebar agak besar...

Takkan la nak gi mari gi mari hari-hari ke sekolah... yang menambahkan risiko terdedah dengan jangkitan??

Payah kalu jadi jangkitan... bukan sajer satu sekolah kena block... maybe kertas soalan pon nak kena tukar... dan tak adil la bagi sekolah-sekolah yang tak kena jangkitan.... memang susah nak handle...

Soalan... logistik satu hal... birokrasi satu hal... proses legal satu hal... dokumentasi pulak satu hal...

Masak aaa...

Betul cakap ADUN Bukit Gasing nih ... persoalan yang dier bawak....



13 February 2013

BL1M, Bas Sekolah, Motorsikal, Pelajar

Bhai.... gua memang bersetuju dengan BL1M .... sebab sepatutnya kos untuk mendapatkan lesen memandu motorsikal mesti kurang dari RM150... tak macam sekarang...harga giler... sampai RM350 dan sesetengah tempat jadi RM450...... cumanyer kenapa nak kena ambil borang kat pejabat UMNO... aper kaitannya inisiatif Kerajaan Malaysia dengan UMNO..... kenapa tidak diperuntukkan terus kepada JPJ... dimana bakal pelajar memandu membuat pendaftaran mereka di mana-mana pejabat JPJ.. bukan kah lesen memandu dikeluarkan oleh JPJ dengan kerjasama dari semua sekolah memandu. Setahu gua lesen memandu bukan dikeluarkan oleh pejabat UMNO atau BN... Inilah benda yang betul dijadikan tak betul oleh UMNO/BN .... Isu lesen memandu pon diorang nak amik kesempatan berkempen.... aper daaa..... semua mau dipolitikkan...


Cerita tentang pelajar sekolah yang membawa motorsikal ke sekolah tanpa lesen dan topi keledar... Isu ini memang ketara... tak kisah la dibandar atau di hujung kampung... Semuanya tetap sama... memang penyakit ini gua salahkan kat ibubapa, guru, pihak Polis, pihak JPJ dan juga Kerajaan Malaysia. Kerana apa gua salahkan semua ini... sebab kalu ibubapa tidak membenarkan pelajar menunggang motorsikal ke sekolah mestilah perkara ini tidak berlaku.

Para guru juga salah kerana gagal untuk menunjukkan sikap dan contoh teladan kepada pelajar sekolah disebabkan oleh beberapa orang guru yang tidak memakai topi keledar ketika menunggang motorsikal ke sekolah. Alasan yang selalu gua dengar aderlah "Ala... rumah gua dekat jer dengan sekolah, Tak perlu la pakai helmet" .... Bodoh... Bangang...... Guru kencing berdiri... anak murid kencing berlari... Itu belum tengok lagi guru-guru yang membawa kereta dengan tidak mengenakan tali pinggang keselamatan.... Bodoh... Bangang....

PDRM dan JPJ gua salahkan sebab kurang nak buat pemantauan pada waktu pergi dan balik sekolah... malah pernah gua tengok pegawai PDRM dan JPJ buat derk bila kenderaan diorang dipotong oleh pelajar sekolah nih tanpa pakai helmet... Warning pon tidak... inikan pulak nak kejar dan tahan.... hahaha

Kerajaan Malaysia gua salahkan pasai menyusahkan pengusaha bas sekolah... patutnya Kerajaan Malaysia membantu mentransformasikan perkhidmatan bas sekolah agar sejajar dengan matlamat piawaian pengangkutan sekolah.. tapi tidak...  Belum pernah lagi ada cadangan bernas dari pihak Kerajaan Malaysia terutamanya SPAD untuk membantu dan mengubah perkhidmatan bas sekolah.

Sebenarnya... cara terbaek untuk mengekang pelajar pergi ke sekolah dari menunggang motorsikal adalah dengan cara memaksa (mandatori) bagi semua pelajar untuk naik dan gunakan perkhidmatan bas sekolah setiap hari (pergi dan balik). Pihak kerajaan boleh memberikan subsidi kepada pengusaha bas sekolah ini mengikut bilangan murid yang menggunakan perkhidmatan mereka. Ibubapa cuma perlu membayar kos paling minima kepada pengusaha bas sekolah.... sekitar 10 ~ 20 % nilai tambang... dimana 80 ~ 90 % lagi dibiayai oleh Kerajaan Malaysia. Inilah yang sepatutnya Kerajaan Malaysia buat dan bukannya memberikan BL1M kepada pelajar.

Dengan cara ini, kita dapat melakukan empat (4) perkara.
  1. Memantau pergerakan pelajar sekolah (tidak ada yang melepak tidak tentu hala apabila mereka menaiki motorsikal sendiri seperti sekarang)
  2. Mengelakkan kesesakan jalanraya akibat dari pelajar yang bersimpang siur menunggang motorsikal diwaktu pergi dan balik sekolah
  3. Mengurangkan dan mengelakkan kemalangan maut dan kecederaan akibat dari teribat dalam kemalangan motorsikal
  4. Mendisplinkan para pelajar (tepati masa)
Kita tidak mahu selepas ini akibat dari BL1M... akan terdapat lebih ramai mat rempit atau pelesit jalanan yang kini mempunyai lesen memandu yang lengkap dari JPJ yang mana rata-ratanya terdiri daripada golongan pelajar. Dan bila terlalu ramai pelajar yang ada lesen memandu ini, maka kadar jenayah lain akan meningkat... ragut.... curi motorsikal... geng berkumpulan ... gaduh... dan lain-lainnya...

Tolong aaa... tolong fikir dengan rasional

Berkaitan : Borang BL1M Dipalsukan?

07 September 2012

Kolej Cybernetics Yang Tidak Professional

Bhai.. itu hari gua dah tulis panjang lebar isu nih... isu dimana pelajar dipecat semata-mata atas satu kesalahan disiplin.... walhal sepatutnya pelajar tersebut dipanggil untuk satu sesi perbicaraan dalaman dan seterusnya diberikan kaunseling sebelum tindakan lebih keras diambil...

Sila baca sini dulu...

Aper pon... gua tetap berpandangan bahawa pengurusan Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics telah bersikap tidak wajar..... lembaga pengurusan yang setengah masak... dan tidak ada dasar tolak ansur.... Alasan yang diberikan oleh pengurusan Kolej Cybernetics tersebut pada gua tidak bertepatan dengan konsep institusi pendidikan...

Ini konsep komersial... bukan konsep pendidikan... konsep pendidikan aderlah untuk mendidik... dan bukannya mementingkan kedudukan kewangan yang terjana dari sumber PTPTN... Kalu pon pengurusan Kolej Cybernetics ingin membodek... silakan... gua berani jamin.... dalam masa terdekat... maybe ramai pelajar baru akan menjauhi kolej ini...

Kalu betul Kolej Cybernetics menjaga kredibilitinya... sila pecat atau buang pelajar warga asing yang belajar disana yang mana disahkan terlibat dengan jenayah (dadah, penipuan siber dan gengsterisma)....  Silakan tunjuk contoh yang baik.... Takkan nak kena gua dedahkan senarai nama pelajar asing yang terlibat.... hahaha... rasanyer cawangan D7 mesti tau benda nih.... hahaha

Gua tetap berpandangan Kolej Cybernetics yang tidak professional....

02 January 2012

Dua Kategori Pelajar Dan Bekas Pelajar IPTA

Bhai... Hari ini gua nak ulas tentang dua kategori pelajar dan bekas pelajar IPTA... Hahahaha.... gua nak citer nih bab persepsi dan bah realistik....

Err... nak mulakan yang mana satue dulu aaa... pelajar ker bekas pelajar?? hahaha.... mmm... takper... kiter ikut turutan....

Mola-mola mari kiter citer tentang dua kategori pelajar IPTA...

1. Pelajar Angan-Angan
2. Pelajar Jati Diri

Okeh... dalam kategori pelajar Angan-Angan... aper yang boleh dilihat sejak dari sebelum masuk ker IPTA sampailah berada di IPTA.. mereka nih penuh dengan angan-angan...

- Glamer belajar di IPTA (status naik)
- Pikir camana nak dapat awek atau balak hensem
- Belajar untuk lulus (mesti dapat anugerah dekan dan sebagainya)
- Sanggup memplagiat atau dapatkan soalan bocor untuk lulus peperiksaan
- Sanggup melakukan aper sajer waima menjual tubuh dengan pensyarah janji markah naik
- Untuk dapat kerja bagoosh (makan gaji) biler ader kelulusan nanti

bagi kategori pelajar Jati Diri pulak...

- Sanggup bersusah payah membina sahsiah diri (menjadi contoh kepada masyarakat)
- Membuat kajian (research) kerana potensi dan minat dan bukannya kerana dipaksa
- Menyediakan diri untuk menjadi pemimpin pelajar dan masyarakat
- Banyak buat kerja kemasyarakatan
- Minda terbuka untuk menganalisiskan krisis ekonomi dan masyarakat

Okeh... rasanyer banyak lagi yang boleh gua tulis... tapi takper... lu orang boleh tambah sendirik...

Bagi kategori bekas pelajar IPTA pulak... gua senaraikan perbezaan diantara dua kategori dalamnya..

Bekas Pelajar IPTA (Kategori Robot) - hasil dari kategori pelajar Angan-Angan

- Kuli (golongan pekerja) yang tiada wawasan. Janji gaji masyuk dalam bank setiap bulan
- Kurang terlibat dengan kerja kemasyarakatan
- Leka dengan hiburan dan keduniaan
- Tidak ader daya rekacipta yang tinggi
- Tidak ader gaya kepimpinan yang baik (kalu jadi pengurus... jenis yang stagnant jer)

Bekas Pelajar IPTA (Kategori Manusia) - hasil dari kategori pelajar Jati Diri

- Menjadi kuli yang baik seterusnya boleh dinaikkan menjadi pengurus .. malah ramai yang berakhir dengan menjadi usahawan
- Kreatif dan berdaya saing (pemacu ekonomi dan rekacipta)
- Banyak terlibat dengan kerja kemasyarakatan (rukun tetangga dan sebagainya)
- Penggerak kepada kempen sosial dan ekonomi untuk masyarakat
- Kurang terlibat atau leka dengan hiburan dan keduniaan


Err... ader banyak lagi sebenarnya... tak larat aaa nak tulis semua... kesimpulannyer... lu pikir sendirik la yer... hahaha...

Dari aper yang gua nampak selama nih.. yang pasti 85% atau lebih pelajar yang ader di IPTA aderlah daripada kategori "Pelajar Angan-Angan" yang akhirnya akan menjadi "Robot" ... dan nampaknyer ini dijuarai oleh kumpulan Pro Aspirasi ...

Yang lawaknyer tue... dek kerana ramainyer "Robot" nih dalam masyarakat Malaysia... kira macam majoriti.. maka dapatlah kiter para pemimpin dari kalangan "Robot" nih kerana sistem demokrasi aderlah berasaskan suara majoriti...

Dan hasilnyer... terbongkang negara Malaysia nih kerana dipimpin oleh "Robot" hasil dari pembentukan "Pelajar Angan-Angan" nih.... hahahaha.... hancuss la....

22 July 2011

Kecut Telor

Hahahaha.... biler dengar cakap dier... berdegar-degar... hebat... selalu nampak macam power.... nampak gaya macam pemimpin.... tapi rupanyer... takder telor... kalu tak pon... maybe kecut telor.... hahaha.... pengecut... pondan.... bapok.... hahaha...

Nie sekor mangkuk ayun..... citer bab agama... huh.. hebat... mengalahkan mufti..... mengalahkan alim ulama.... tapi... sekali imbas kiter tengok perangai kelaku dier.. kiter dah tau penyakit yang dier hidapi... penyakit kecut telor....

Gua tak tau nak kata aper pasai mamat nih.... yang pasti... setiap tahun... mamat nih dapat peluang menunaikan haji secara percuma... wei.. bukan dier sorang jer tau... satu family dier boleh angkut.. pakai duit saper dier pergi... bukan pakai duit dier la... tapi pakai duit daripada sumbangan Tabung Haji... itu semua duit kiter... duit lu dan duit gua.... collectively..... macam haram jer pi haji guna duit orang lain... ader mintak izin ker???

Mangkuk nih dah sah penakut... bacul.. pondan... pengecut... bapok... takder telor.... hahahaha.... elok sangat la hari Jumaat nih gua mengutuk dier..., aper... lu ingat biler gua kutuk dier... dier dapat pahala free ker... sori bhai.... kalu perangai macam nih.... kalu kena kutuk pon memang pasai dier punya perangai... jadi... takder maknernyer dier nak dapat pahala free.... selagi dier berperangai macam nih.. tak tau la aper nak jadi ngan dier....

Orang cakap kalu dah belajar agama tue.. dan tau serba sedikit... kenalah buat amar maaruf nahi mungkar... tapi... kalu tak buat.... ilmu yang ader tue akan belasah dier plak kat akhirat nanti.... hahaha..

Nak tau ker saper mangkuk ayun yang gua maksudkan nih.... Tengok video kat bawah nih...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1