Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pengetua. Show all posts
Showing posts with label Pengetua. Show all posts

16 December 2022

Bila Ada Cikgu Yang Rasis

Bhai/DeeDee semua...

Jangan ingat hanya bebudak sekolah jer rasis (perkauman) dan ekstremis.... tapi cikgu dan guru besar / pengetua pon ader yang berperangai sama.... Benda nih bukan sajer berlaku di Sekolah Kebangsaan / Sekolah Menengah Kebangsaan... tapi juga berlaku di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan... SRJK (C) dan SRJK (I) ... serta di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaaan (SMJK)

Malah kat Sekolah swasta (persendirian) rendah dan menengah pon ader...

Bukan takder kes sesama Cikgu yang rasis... malah kes Cikgu Rasis yang dibekap oleh Pengetua Rasis pun ader.... macam dalam kes di SMJK (C) di Mersing dulu....

Sebenarnya ketegasan di peringkat Kementerian Pendidikan amatlah perlu... tapi kita kena pertegaskan juga diperingkat Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perpaduan... Perlu ader penegasan yang kuat... Ini semua berbalik kepada sistem kerakyatan...

Sepatutnya ... mana-mana yang rasis bagai tue... Kerajaan Malaysia boleh jer amik tindakan tegas ... sama ada gantung kerakyatan atau buang terus kerakyatan... supaya yang terlibat tu boleh berakal sikit... Dengan cara nih baru la pelaku nih akan sedar kesalahannya... kalu masih terus dibiarkan tanpa tindakan tegas... benda nih akan sentiasa membarah...

Jangan tengok yang membuat tue dari bangsa apa... jangan pilih kasih...  amik ja tindakan tegas keatas pelaku semua nih.... paling cikai pon sumbat ja kedalam barang seminggu dua... kasik depa sedar diri sikit...


Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil tindakan tegas dan bekerjasama dengan pihak polis bagi membendung insiden perkauman dan ekstremisme di sekolah, kata menterinya Fadhlina Sidek.

Fadhlina berkata KPM mengutamakan pembinaan sahsiah dalam kalangan pelajar melalui budi pekerti, sahsiah dan integriti, yang merupakan salah satu daripada tujuh fokus utama kementerian itu.

“Kami mahu anak-anak ini membesar dalam konteks keharmonian, dalam persekitaran sekolah yang selamat kerana kami percaya dengan membina adab, sahsiah dan integriti mereka, ia akan dapat mengatasi isu seperti ekstremisme.

“Seperti mana kita tidak berkompromi dalam isu buli dan gengsterisme, kita juga tidak akan berkompromi dalam isu perkauman dan ekstremisme.

“Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan kanak-kanak selamat di sekolah dan oleh itu, jika terdapat sebarang ancaman perkauman atau pelampau, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan serius dan kita pastinya akan bekerjasama dengan polis untuk membendung perkauman dan ekstremisme daripada berlaku di sekolah,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pendidikan di Putrajaya hari ini.

Pada masa sama, Fadhlina mengumumkan cadangan untuk mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) seperti termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996.

Bagaimanapun, dia berkata senarai nama ahli majlis itu belum dimuktamadkan.

12 September 2021

Bukak Sekolah?

Bhai/DeeDee semua..

Pada bulan Mei 2020 lagi gua dah cadangkan supaya sistem sekolah diadakan secara penggiliran.. Banyak bulan gua upkan benda nih kat dalam Sosmed... Pada gua Penggiliran sekolah adalah menggunapakai konsep Tahap.

CUMA ...

Kalu setakat nak bukak balik sekolah pada Oktober 2021 nih... gua tak setuju... Why don't bukak sekolah pada Tahun 2022 la.... reset jer la tahun nih punya sesi persekolahan... kira start tahun depan la... lupakan jer tahun nih...

Dibawah ini apa yang gua pernah tuliskan... (yang ini gua tulis sekitar bulan Februari 2021)

=============================================================

Gua memang tak jauh dengan dunia pendidikan nih...

Abang gua cikgu, ex-GF gua cikgu, wife gua cikgu dan adik ipar gua cikgu ... jadi memang pusing mana pon memang terkait dengan bidang pendidikan...

Okeh... ini gua ader satu cadangan penambahbaikan untuk pendidikan di Malaysia pasca Covid-19.

SISTEM 2 FORMAT

Dalam sistem 2 format ini, kita akan mengadaptasikan sistem pembelajaran bersemuka (face2face) macam biasa sebelum ini dan juga sistem pembelajaran secara online (PdPR).

Bagi sekolah rendah, kita gunakan cara sebegini.

Minggu pertama dan ketiga setiap bulan
-  Adalah minggu sesi pembelajaran secara bersemuka (face2face) di sekolah bagi murid-murid tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3)

- Murid-murid tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) mereka akan menjalani sesi pembelajaran secara online (PdPR) disamping menyiapkan latihan yang diberikan.

Minggu kedua dan keempat setiap bulan
-  Adalah minggu sesi pembelajaran secara online (PdPR)  bagi murid-murid tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) disamping menyiapkan latihan yang diberikan

- Murid-murid tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) mereka akan menjalani sesi pembelajaran secara bersemuka (face2face) seperti biasa


Bagi pelajar sekolah menengah

Minggu pertama dan ketiga setiap bulan
- Pelajar Peralihan, Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan menjalani sesi pembelajaran secara bersemuka (face2face) disekolah.

- Pelajar Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 6 bawah dan Tingkatan 6 atas akan menjalani sesi pembelajaran secara online (PdPR) dan menyiapkan semua latihan yang diberikan.

Minggu kedua dan keempat setiap bulan
- Pelajar Peralihan, Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan menjalani pembelajaran secara online (PdPR) dan menyiapkan semua latihan yang diberikan.

- Pelajar Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 6 bawah dan Tingkatan 6 atas akan menjalani sesi pembelajaran secara bersemuka (face2face) disekolah.

Dengan cara ini... kita dapat mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dan mengurangkan kapasiti murid di sekolah pada setiap masa. Inilah cara yang terbaik untuk kita buat dan manfaatkan... Gua harap tulisan gua ini akan sampai ke pengetahuan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekolah Buka Semula


26 June 2021

Sistem Persekolahan Secara Hibrid

Bhai/DeeDee semua...

Satu perkara yang patut kita laksanakan adalah sesi persekolahan secara hibrid, dimana ianya menggabungkan sesi persekolahan secara biasa dan sesi persekolahan secara PdPR.

Kita boleh buat berasaskan 2 tahap.

Dengan cara ini kita masih boleh mengoperasikan sekolah seperti biasa... dan dalam pada masa yang sama kita dapat melaksanakan semua program kokurikulum.

Ini yang sepatutnya kita buat dan laksanakan.

#SesiPersekolahanHibrid #SekolahHibrid #PdPR

25 January 2021

Gila Punya Guru Besar

Bhai/DeeDee semua..

Benda nih sebenarnya adalah satu "Open Secret" .... banyak sekolah terlibat buat kerja gila nih...  bilamana sesi persekolahan dari 7.30 pagi sampai 4.30 petang....  bukan setakat anak murid (pelajar) yang penat tapi cikgu-cikgu pun penat...

Giler betul la pentadbir sekolah-sekolah tue semua...

Ingat kalu sesi persekolahan start pukul 7.30 pagi ... murid-murid dan cikgu bangun pukul berapa agaknya?? Jangan ingat murid-murid dan cikgu ini dekat dengan sekolah... Seingat gua ader guru yang tak dapat berpindah sekolah yang dekat dengan rumahnya... dan cikgu nih terpaksa memandu dari Dungun ke Chukai, Kemaman setiap hari.... jarak masa perjalanan hampir 1 jam sehala dalam keadaan normal tanpa jem..

Murid-murid pun ramai yang duduk jauh... naik basikal... berjalan kaki... malah ader yang terpaksa menaiki sampan.... Pukul berapa mereka mesti bangun pagi... dan pukul berapa pula mereka sampai kerumah kalu kelas terakhir adalah pukul 4.30 petang....  masa bila mereka nak menyiapkan latihan yang diberikan... masa bila pula mereka nak belajar kelas agama atau lain-lain...

Waktu malam kalu tidur lewat dari pukul 10 malam sudah agak bahaya ketiduran esoknya..

Ntahlah... Guru besar nih tak berfikir agaknya... Sekolah anak perempuan gua hari-hari balik pukul 5 petang.... dah banyak kali dibawa isu ni ke mesyuarat PIBG tapi takder hasil... kesian tengok pelajar dan guru-guru yang terlibat... 

Tak patut sebenarnya membebankan murid dan guru-guru sampai begitu sekali.... kena la rasional sikit... jangan sampai exhausted.... payah nantinya..





23 July 2013

Sungguh Tidak Bertamadun

Bhai/DeeDee sekalian...

Tindakan pentadbiran sebuah sekolah yang mengarahkan pelajar bukan muslim makan/minum sewaktu rehat di sebuah Sekolah Rendah (SK Seri Pristana) didalam sebuah bilik air sekolah pada gua cukup melampau.... Tindakan ini sungguh tidak bertamadun.... Tindakan ini hanya dilakukan oleh orang yang jumud dan mungkin tidak pernah tinggal dan hidup dalam kerangka masyarakat berbilang bangsa, kaum dan agama...


Tindakan sebegini menunjukkan sikap tidak prihatin pentadbiran sekolah terhadap isu kesihatan dan budaya... Pada pandangan gua... ini sungguh memalukan....

Kementerian Pendidikan perlu menyiasat perkara ini dengan tuntas dan cekap... dan tindakan menggantung tugas pentadbiran sekolah adalah satu keperluan yang mendesak sehingga selesai perkara ini disiasat sepenuhnya...

Tindakan keras patut diambil kepada pentadbiran sekolah ini... Ini akan menyebabkan Islam dipandang serong atas tindakan bodoh dan bangang tahap "dewa jalan duta" pentadbiran sekolah tersebut. Jika alasan kononnya pelajar lain berpuasa.... ianya patut tidak menjadi isu.....

Sori... gua dah tak tau nak susun ayat camana.... hati banyak marah dan geram dengan tindakan memalukan Islam oleh orang bodoh yang mengaku Islam... tapi tidak mukmin....

UPDATE : Sekolah yang terlibat aderlah SK Seri Pistana di Sg Buloh.

MalaysiaKini

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1