KAMU YANG SUKA SAYA

Memaparkan catatan dengan label Cinema. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinema. Papar semua catatan

08 Mac 2012

Adnan Sempit 2 memang best!!!

Weekend yang lalu, adik tengah saya dapat tiket free. Jadi dengan kadar segera..kami ke Jaya Jusco Kepong sebab di situ TGV paling dekat.Kami pergi  7 orang. Saya, Adik Tengah, Adik Bongsu, Balqis, Qayyum, Danish & Danial. Encik Suami datang kemudian sebab ada keje lain.

Kami tengok citer Adnan Sempit 2..

 Gambar wajib :)
 
 Buah Hati Pengarang Jantung Saya (~_~)

Wayang start 3.55 ptg. Ada masa 1 jam lagi. Kami carik tempat makan dulu. Pusing punya pusing..kami decide makan kat Kenny Rogers sebab nak kejar masa.
 
1st time makan Kenny Rogers..nasiblah deme..dapat mak kedekut..hik!hik!
Budak yang mula-mula jual mahal yang lastly kelaparan :)
Manjer Mamalong...Khalish Danish :)
Notty Boy Mamalong..Khalif Danial...seminggu lepas mak jaga..haru biru rumah nenek..bila dia dah balik rindu plak suara kecik dia tu...
Sweet heart Mama (~_~)
Gugurls only :)
Jemput makan :)

Terima kasih pada penaja tiket.

Review tentang citer ni memang superb! Sangat kelakar!Cuma ending jek tak ngam sebab dornag ni tak kahwin-kahwin gak..

pstttt : Jawapan WW semalam ialah tali kasut. Cantikkan...




02 Jun 2011

Kung Fu Panda 2 @ Cineleisure

Malam minggu yang lepas aku membawa anak-anakku + anak sedara sorang nonton Kung Fu Panda 2...seawal jam 8 malam beratur tapi tengoknya pukul 11.30 malam. Berkampung kami kat Cineleisure ler...

 
Sementara menunggu jam 11.30 malam tu..kami jalan-jalan jumpa transformer jap...Anak buah aku nan seorang tu tak boleh tengok robot..

"Mamalong...abang nak nak robot..boleh?"   "Mummy tak tinggal duit...so cannot beli lorh"

Sib baik Danish ok..walaupun muka kecewa ^_^


Sementara menunggu jam yang masih panjang lagi...aksi bergamboo dulu yek...

Sementara masih bosan menanti jam 11.30 malam....lepak kat luar pulak....Ingat nak jenjalan ke Ikea ke..Ikano ke..ke The Curve sebelah pun idak...sebab Qayyum masih belum boleh berjalan lama-lama sangat..Babah kena dokong..bayangkan anda mendokong kanak-kanak berumur 7 tahun? Bagaimana?
Sementara dah bosan lepak kat luar..kami lepak dalam pulak. Siap jumpa kawan sekolah aku Siti Nahdah lagi...

Yeh!Yeh! Dah pukul 11.30 malam..tiba masanya kami nonton Kung Fu Panda 2. Memang best sangat citer ni even orang dewasa yang nengok apatah lagi kanak-kanak. Sangat relaks. Sangat kelakar. Sangat syok.

Alin Marlini : Dari 5*...aku bagi 5* untuk Kung Fu Panda 2 nie...syokkk...

18 Mac 2011

Rango @ GSC One Utama

Rentetan lepas balik dari PPUM...Qayyum ajak aku ke KLCC. Tapi memandangkan cuaca tidak enak dan jalan jam plak..aku pujuk Qayyum pergi One Utama. Dia tarik muka masam. Bila aku cakap kita tengok wayang..baru senyum sampai ke telinga. Kesian Qayyum dan Balqis. Dah lama dia nak tengok wayang..aku bukan takmo bawak...tapi kan Qayyum kena pakai wheel chair...susah untuk bergerak. Rupa-rupanya ada kemudahan untuk orang yang pakai wheel chair kat GSC. Siap ada lif lagi.

Qayyum dah booking citer ni.. 

Dalam banyak-banyak citer katon..citer Rango ni jugak yang dia berkenan. Puas sogok tak jalan jugak. Akhirnya Mama mengalah..

Kalau tak kerana suara Johnny Deep digunakan untuk watak Rango tu..aku pun kureng nak tengok sangat Rango ni...sib baik ada Johnny Deep..bagi can kat Qayyumlah...
Kalau kena bagi 5 bintang. Aku bagi 3 bintang jek untuk filem Katon ni. Kira oklah...tapi kekadang aku rasa cam tak sesuai pulak untuk budak2 kecik ni. Aku geli sebenarnya tengok watak2 binatang dalam Rango ni. Sib baik tak ngandong. 


Cinta hati saya ^_^

03 Disember 2008

Madagascar Movie

Lama jugak aku tak update..
Bukan aper..takdak idealah...
Argh!!!!!aku kebuntuan...
Ahad lepas...
aku pergi bawak anak-anak aku pergi berjalan
sambil tengok wayang kat One Utama Damansara
citer Madagascar escape 2 Africa
Anak-anak aku memang suker tengok wayang
Biasalah dengan budget yang ciput
hanya dengan cara tengok wayang ker
main bowling ker..jer yang boleh aku buat
untuk menghiburkan hati aku dan anak-anak
Nak pergi bercuti...budget takdelah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...