Selamat Pagi kawan-kawan...
Pasti korang ternanti-nanti entri saya di Johor kan? Ahaks!!Sangat perasan kan! Maafkan saya. Sepanjang minggu lepas, saya sangat sibuk dengan urusan kerja yang berlambak di opis HSK kesayangan saya itu. Berganding tangan dengan para peguam menyiapkan kertas kerja secepat mungkin sampai berkampung kat opis. Memang tugas kami bersiap sedia dengan segala kemungkinan. Ewahh!!!cam bomba pulak. Cam doktor ngan polis pun adaaa....
Kami tak kisah keje kuat janji ujung tahun...masyukkkkkkk!!!!Baru hati kami gembira.
Berbalik kepada pemergian saya ke Johor menghantar pihak perempuan ke belah lelaki sambil meronda-ronda negeri Johor. Saya memang suka sebab 1st time pijak kaki ke negeri Johor.
Sebelum ke sana..saya dah google tempat penginapan kami. Macam-macam hotel, motel & homestay pun ada kat Pontian.
Kami bertolak petang Jumaat. Sampai ke Kg. Api-Api, Pontian..lebih kurang jam 8 lebih malam. Kami singgah rumah adik ipar dulu untuk berkenal-kenalan lebih rapat. Lepas makan...kami terus ke tempat untuk tidur..^_^
Kharina Homestay. Inilah tempat tidur saya dan rombongan lain yang lebih kurang seramai 16 orang.
Nak dipendekkan cerita..rupa-rupanya tuan homestay ni adalah sedara-mara adik ipar baru saya. Apalagi..kasi diskaunlah...hehehehe..alhamdulillah.
Pintu masuk Kharina Homestay. Ciri-ciri homestay ni ala-ala tradisional. Semua kayu kayan & klasik. Memang bestlah..walaupun ianya hanya rumah kedai.
Rupa-rupanya homestay ni dirasmikan oleh artis yang pernah popular dulu. Siapa lagi kalau bukan artis orang Johor ni.. Abang Mawi kita. Ngeh!Ngeh!
Makcik ngan Pakcik tumpang glamer sat ek...
Yang ni makcik kasi close up sikit..bagi nampak signature Mawi tu.
Inilah keadaan dalam homestay tu. Tak menyempat nak amik gambar..para makcik-makcik saya ni dah melepak. Yela...penat..perjalanan jauh.
Memang homestay ni besar + selesa. Kalau korang bawak budak-budak pun takdehal punya..korangpun boleh main lari-lari sekali..:)
Kalau korang tengok dari luar..memang cam tak best jek...sekali masuk..hati sudah tertawan.
Actually, ada satu ruang macam bilikla...tapi saya tak ingat nak amik gambar. Dalam bilik tu..ada aircond + queenbed + kipas + almari + cermin besar + iron + lampu tidor. Semua lengkap. Yang kat bahagian luar pulak ada 4 katil bujang. Toto + bantal yang banyak pun disediakan. Pendek kata semua lengkaplah kalau datang beramai-ramai.
Ada yang berkenan ngan lampu itu? Korang boleh carik cover lampu tu kat Ayer Hitam. Best!
Ish!Ish! Ni mesti dok atur sapa nak tidur kat katil..sapa nak tidur kat bawah. Hehehehe. Saya cop atas katil!
Yang ni kat bahagian luar. Ada sinki + aircond + peti ais comey + cerek air panas & ada 2 toilet. Korang nak bawak periuk nasik pun boleh. Macam mak saya!
Yey! masa untuk saya berpossing ^_^
Memang saya sangat selesa tinggal di Kharina Homestay ni. Saya sangat suggestkan pada sesiapa yang nak ke Pontian ni..bolehlah bermalam di sini.
Homestay ni mengadap laut. Kalau malam-malam tu..kira happening jugaklah kat bawah homestay ni. Sebab homestay ni di pinggir laut. Ada laut tapi takleh mandi. Ada ikan bakar & macam-macam lagik. Panjang kata memang worldddd....(pinjam ayat Mawi)
Untuk tempahan :
Cik Led @ Khaled
019 7055227
homestay : 1 malam RM300
bilik : 1 malam RM75