KAMU YANG SUKA SAYA

Memaparkan catatan dengan label One Utama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label One Utama. Papar semua catatan

08 November 2011

Chill Out @ One Utama

Ini kisah seminggu yang lepas.

Dengan perasaan bosan selepas pulang dari rumah sahabat saya yang buat kenduri sempena konvokesyen beliau. Kami terus ke satu tempat. Tapi...tempat itu lain kali citerlah...Selepas itu baru kami ke One Utama (new wing).

Budak berambut GQ tu memang sentiasa follow kami. Dia, Khalif Danish. Anak buah kesayangan saya.

Buah hati pengarang jantung :)
Sebelum jenjalan..Qayyum dah pow Mama dia. Origami!
Mr. Battery ^_^
Kalau bagi bateri free ok gak...
Qayyum nak bawak balik Mr Battery nie..

Pada awalnya nak bawak bebudak tu tengok wayang. Tapi memandangkan ramai orang..so cancel. Punyalah sentap dorang. Apa buleh buat. Cuma jalan + makan + window shopping.

23 Mei 2011

Bercanda di hari cuti...

Dihari cuti-cuti jelah dapat mengabadikan kenangan manis buat anak-anak. 

Terus terang ku katakan sebagai wanita yang bekerja ni terutama kerja aku yang memerlukan pengorbanan selalu lewat pulang..

Waktu hujung minggulah aku dapat menggembirakan hati anak-anak. 
Memang di hujung minggu kita ni nak berehat-rehat tapi dah nama bebudak..seringkali bosan katanya. 

Yelah...dari Isnin sekolah pagi petang..malam kena paksa baca buku..
Kalau hujung minggu pun kena ngadap buku jugak sebab Mama akan jadi Tarzan kalau tak baca ^_^

Untuk menggembirakan dan kurangkan stress anak-anak..kenalah bawak berjalan..
Konsep aku..pergi tempat yang free style....

Konon-konon nak bawak dorang tengok wayang..Encik Suami pun terus q panjang..
Tengok-tengok takder ceriter yang best dan sesuai untuk budak-budak.
Nasib baik Qayyum faham...kami jalan-jalan jek sekitar One Utama..


 Boring-boring layan jelah bebudak ni...
Sib baik size badan aku tak muat..kalau idok...mesti adapun ada amik gambar camni..kakakakaka

Alin Marlini : Weekend depan nak pergi mana pulak ek....

18 Mac 2011

Rango @ GSC One Utama

Rentetan lepas balik dari PPUM...Qayyum ajak aku ke KLCC. Tapi memandangkan cuaca tidak enak dan jalan jam plak..aku pujuk Qayyum pergi One Utama. Dia tarik muka masam. Bila aku cakap kita tengok wayang..baru senyum sampai ke telinga. Kesian Qayyum dan Balqis. Dah lama dia nak tengok wayang..aku bukan takmo bawak...tapi kan Qayyum kena pakai wheel chair...susah untuk bergerak. Rupa-rupanya ada kemudahan untuk orang yang pakai wheel chair kat GSC. Siap ada lif lagi.

Qayyum dah booking citer ni.. 

Dalam banyak-banyak citer katon..citer Rango ni jugak yang dia berkenan. Puas sogok tak jalan jugak. Akhirnya Mama mengalah..

Kalau tak kerana suara Johnny Deep digunakan untuk watak Rango tu..aku pun kureng nak tengok sangat Rango ni...sib baik ada Johnny Deep..bagi can kat Qayyumlah...
Kalau kena bagi 5 bintang. Aku bagi 3 bintang jek untuk filem Katon ni. Kira oklah...tapi kekadang aku rasa cam tak sesuai pulak untuk budak2 kecik ni. Aku geli sebenarnya tengok watak2 binatang dalam Rango ni. Sib baik tak ngandong. 


Cinta hati saya ^_^

16 Februari 2011

Lepak di One Utama

Last week kan bawak adik Qayyum jalan-jalan. Tak sempat nak buat entri.
Disebabkan kelajuan broadband agak laju malam ni..lebih baik cepat-cepat buat entri.
Buat pertama kali Qayyum tersenyum bila suruh ketip gambar dia. Senyum lebar sebab dapat berjalan-jalan. Walaupun kecik hati tak dapat tengok wayang tapi bila dapat makan-makan dia boleh terima hakikat. Bukan aku tak mau ajak dia tengok wayang tapi sebab adik kan kena guna wheelchair so kalau tengok kat OU kena tengok kat bahagian atas..susah sikit kalau pakai wheelchair. Pergerakan terbatas.


Tengoklah betapa happynyer Qayyum. Aku jugak turut rasa bahagia bila tengok dia happy.
sorilah..interfreme jugak Mama ngan kakak Balqis.
semua nampak gigi...ngeh!ngeh!
Masa possing...ada persembahan naga menari..kan raya Cina. .kunun-kunun nak snap masa naga dok loncat-loncat tapi tak sempat.

03 Disember 2008

Madagascar Movie

Lama jugak aku tak update..
Bukan aper..takdak idealah...
Argh!!!!!aku kebuntuan...
Ahad lepas...
aku pergi bawak anak-anak aku pergi berjalan
sambil tengok wayang kat One Utama Damansara
citer Madagascar escape 2 Africa
Anak-anak aku memang suker tengok wayang
Biasalah dengan budget yang ciput
hanya dengan cara tengok wayang ker
main bowling ker..jer yang boleh aku buat
untuk menghiburkan hati aku dan anak-anak
Nak pergi bercuti...budget takdelah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...