KAMU YANG SUKA SAYA

Memaparkan catatan dengan label Hobi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hobi. Papar semua catatan

09 Mac 2012

Takdir Fitrah Terindah

Guna jari pun boleh!!!!!

Disebabkan nak jugak tandatangan penulis, saya menggunakan orang ketiga. Terima kasih atas IEYLA  sebab jadi orang tengah (~_~)
 Kiriman yang ditunggu dahpun sampai. Rasa teruja sangat....
 
Korang kenal HANIS AZLA? Saya pun tak kenal...hehehehehe...ruper-rupernya selama ini saya adalah stalker dia sampailah saya baca entri IEYLA baru saya tahu beliau adalah seorang penulis novel. Dan beliau jugaklah satu-satunyer novelis yang mengikuti blog saya. Suka sangat (^__^)
 
Sila lihat tandatangan beliau. Ngeh!Ngeh! Suka teramat sangat. teringat zaman sekolah menengah dulu...memang selalu berangan nak dapatkan tandatangan artis. Kali ni mimpi jadi kenyataan..walaupun bukan Kak Fea HANIS AZLA artis tapi saya rasa amat berbesar hati. Cuma belum bertentang mata jek. 

Entah bilalah saya ni nak jadi penulis kan? Ramai yang bagi galakan cuma saya belum cukup kuat rasanya. Takat tulis entri yang merapu meraban ni bolehlah...
Ribuan terima kasih pada IEYLA & HANIS AZLA.  



06 Mac 2012

FM dari Kak Kasih Redha

Sebenarnya dah lama dapat tapi lupa letak mana..korek punya korek..rupernya dalam celah beg...
Aritu saja-saja jek main-main ngan KAK KASIH..lastly dia kirimkan yang benar-benar..melonjak gilerlah saya :)

Tapi saya masih tidak berkesempatan nak bagi apa-apa pun pada  KAK KASIH

Sekali dapat...amekkkk kooo..sampai 3 ketul...sukaaa sangatttt....
 
 
 
   Muahhh!Muahhh!  KAK KASIH yang comel :)


20 Januari 2012

Rindu ngan arwah Sugar...

"Ajal dan maut di tangan Allah.."


Dah dekat 2 tahun lebih kau pergi.

Tiba-tiba aku rindukan kau hari ini.

Rindu serindu-rindunya.

Entah bila akan ada pengganti dirimu.

Oh! My sugar daddy...mengapa kau pergi begitu awal?

:(

:(

:(

:(

:(

:(

:(

Opss! sori..bukan sugar daddy tapi Sugar Glidder...hehehehehe..

Mati akibat ditelan Sang Kucing.


Dua-dua dah jadi arwah...

Nak beli korang lagik? Tengah fikir 2000 kali...Ngeh!Ngeh!

Klik Sini Untuk Menang Ducati @ RHB Bank
Dapatkan iphone 4S dengan Plan Maxis!

01 Disember 2011

Ole-Ole dari China


Alhamdulillah :)

Kawan-kawan dah macam tau hobi saya. Sampai mak dorang yang pergipun tolong belikan saya Fridge Magnet (FM). Ngeh!Ngeh!

Ole-ole dari China ni..saya terima dari budak chambering kat opis ni. Kebetulan department saya ni 2 bunga dalam taman jek..so rezeki kami dapat FM & beg kecik2 tu lagi. Mekacihlah Nisa...next time pi Paris..belikan akak FM lagik ek..


05 November 2011

Wiwi Hero Kami!

Tadi tengok beriter kat TV3. Kisah tentang Hero berkaki 2. Ruper-rupernya Hero itu seekor kucing. Akibat dituduh mencuri ikan, 2 kakinya dipotong. Zalim ko wahai manusia! Tidak berperikemanusian langsung. Tapi umurnya masih panjang setelah diselamatkan oleh seseorang (luper nak tanya nama). Berbekalkan minyak gamat, akhirnya Hero berjaya diselamatkan. Syukur.

Berita itu menyentuh hati dan perasaan aku. Sampai orang yang jumpa dia tu menangis sebab Hero panjang umur. Murah rezeki orang itu. Dan saya risau sebenarnya sebab hari ni kucing kat rumah saya tidak berbunyi. Baik je dia. Tak bising. Tak kehulu kehilir. Tidak seperti biasa.

Saya memang suka kucing tapi memilih sikit. Kalau cun @ hensem + gebu..memang saya suker...

Kat rumah mak saya ada sekor je kucing. Mak saya tak suka bela kucing sebab dia kata...bila terkucil @ terberak...mak saya jugak yang kena cuci. Thats why dia suka bela kucing...hehehehehehe..

Hai! Nama kita Wiwi...umur kita 4 tahun. Tuan kita beli kita kat kedai kopi dengan harga RM5 (beli sambil sedekah). Kita suker duduk ngan tuan kita yang lelaki. Dorang suker bagi kita makan. Dorang suka belai2 kita. Yang pompuan tak berapa sangat sebab dorang garang-garang terutama nenek...hehehehe. Oppss!!!mungkin kita ni mulut bising kalau lapar. Suka kencing merata...tapi kita tak sengaja. Kita tak sempat pi toilet. Maafkan kita ye gugurls!!!Kita tau korang sayang kita..
Nasib kita kucing kan....kalau tak...esok...mesti kita kena korban kan? Kita nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha specially buat tuan dan puan kita. Tak sabar nak tunggu esok. Mesti banyak makanan untuk kita.

Alin Marlini : Orang kata..kalau kita bela kucing..dia akan doakan kita panjang umur. Betul ke?

09 Ogos 2011

Just One Wish

Morning everybody....speaking london saya hari ni ek...

Sebenarnya saja nak bagitau..saya baru beli novel dalam bahasa inggeris....Just One Wish from Janette Rallison.

Emmm...tak taulah berapa bulan mau katam pulak..maklumlah...saya ni bukan dari kategori yang pandai sangat bahasa inggeris..tapi memang nak baca sangat untuk memantapkan skill...



Kalau korang berminat..boleh jenguk-jenguk BOOKFORCHARITY . Macam-macam buku ada. Semua murah-murah. Tokey buku..Kak Ida pun sangat baik. Dan yang paling best..Kak Ida tinggal di Saujana Utama 2. Dia boleh tolong hantarkan lagik...suker sangat.

Best ker? Hehehe..tak tau lagi..belum katam..tapi dari rating yang disurvey..buku ni laris dipasaran..

Alin Marlini : Membaca Itu Jambatan Ilmu!

29 April 2011

7 Hari Mencintaiku...

Tahu dengan siapa aku jumpa kat PWTC?Siti Rosmizah? Siapa? Siapa kenal dia sila angkat tangan?

Aku memang minat giler ngan dia. Dari karya yang pertama sampai karya ke 3 beliau..semua aku ada..dan memang aku nanti-nantikan karya ke 4 beliau. 
Nak tahu siapa Siti Rosmizah ni? Jom....

Nilah dia Siti Rosmizah. Jika korang peminat novel tegar seperti aku..mesti korang kenal. Tahu tak...ini adalah kali pertama aku berjumpa ngan penulis novel pujaan hatiku..Sangat puas hati.
Dan ini dia satu-satu tandatangan penulis novel seumur hidup aku. Novel terkini beliau "7 Hari Mencintaiku".

Kak Siti Rosmizah siap berpesan ngan aku..sediakan tisu banyak-banyak sebab karyanya kali ini lebih banyak akan mengeluarkan air mata. Memang aku akui..ketiga-tiga karyanya sebelum ini memang bisa meruntun jiwa. Aku memang akan menangis. Dan "7 Hari Mencintaiku" memang tebal mukasuratnya..mungkin akan lebih membuat air mataku berjurai-jurai. Agak-agaknya kalau nampak mataku merah @ bengkak..jangan ingat aku ada masalah jiwa plak...itu semua gara-gara  "7 Hari Mencintaiku".

Kalau korang mahu bertemu ngan Siti Rosmizah..boleh ke PWTC. Cari jek dia kat sana. Ada rezeki jumpalah...

Alin Marlini : Jika Kak Siti adalah seorang peguam yang menjadi penulis..ada kebarangkaliankah aku..si PA peguam ini menjadi seorang penulis?Sila Jangan Gelak!
 
 

21 Mac 2011

Adakah Anda Seorang Pengumpul Fridge Magnet?

Title entri..cam nak bagi free kan??Takdelah..saja nak kongsi hobi. Aku ni kumpul sejak 2 tahun kebelakangan ni jek..sebelum ada peti ais aku mula kumpul.

Yang kaler merah tu..big bos aku yang bagi..dia pi London..sib baik dia tau aku ni pengumpul FM..mekacih...

FM Sabah tu pulak, opismate Encik Suami yang bagi...

FM Thailand Encik Peguam opih aku kasi jugak...kena pakasa dia beli FM tuk aku...hehehehe..
FM Penyu ...dari Pangkor. Adik Kecik yang belikan...

FM Denggi tu FOC jek..masa Encik Suami gotong-royong bersihkan kawasan SU3 hari tu...




Setakat hari ni aku baru ada 55 FM. Ada sesaper nak bagi lagi? Sangat di alu-alukan...

p/s : Sila sabar para peserta "1st GA Alin Marlini" ye.....sedang dalam proses menyenaraikan list blog. Insyallah...2-3 hari lagi saya kuarkan entry list peserta ek...

23 Februari 2011

Pameran Setem 1 Malaysia 1 Dunia




Masih ingat masa sekolah-sekolah dulu aku rajin tukar-tukar setem ngan kengkawan. Siap ada buku setem lagi. Tapi masa takat setem Malaysia jeklah yang terkumpul. Kalau nak setem omputih, aku selalu tukar ngan kawan sekecil aku Lily. Dia selalu suruh bos bapak dia bagi kat dia. Aku pun buat muka kesian mintak kat dia...hehehehe...

Tapi buku setem tu dah hilang tak tahu kemana arah. Banyak jugak yang aku kumpul..Peh tu masa sekolah menengah sambung balik hobi tu..tapi on/off jek.
Dan sejak 2 tahun kebelangan ni baru berminat balik nak kumpul setem. Sebenarnya aku nak tarik minat Balqis & Qayyum. Aku rasa kumpul setem ni macam dah lapuk. Jadi aku selalu beli online jek kat Abang Halim Setem. Kat situ macam-macam setem ada. Boleh rambang mata tau. Dah lama aku tak order setem kat Abang Halim Setem.

Tup!Tup! tadi terima call dari Jabatan Muzium Negara. Terkejut beruk aku. Ingatkan aku ni nak dijadikan bahan sejarahlah pulak..kui..kui..kui..rupernya Abang Halim Setem yang bagi nombor tipon aku. Dorang kata weekend ni ada acara khas untuk pengumpul2 setem. So, sesiapa yang ada banyakkk koleksi setem..boleh join. Aku cakap..aku ada 2 buku 1/2 jek...kikikki...ada berani suruh aku join? Malu sehhh!!!!takat ada 2 1/2 buku jek nak tayang kat orang lain. Bestnyer kalau aku banyak koleksikan??

Alin Marlini : Saper nak join leh hubungi pihak Muzium.

18 Februari 2011

Kucing oh! Kucing

Korang suka kucing tak? Aku pun peminat setia kucing tau...tapi kalau kucing tu comel2 cam dalam gambar ni..memang aku berani pegang. 

Teringin jugak nak bela kucing balik. Tapi bila mengenangkan aku ni sangat alergic ngan bau isi perut dia..lalu ku pendam saja niatku. Encik Suami memang bercita-cita nak bela kucing jugak tapi berjaya ditangkis oleh Puan Isteri dia. Hehehehe.

Disebabkan tak dapat bela kucing dapat tengok kucing-kucing comel nipun..takperlah..







Alin Marlini : Kalau kita bela kucing..kucing akan mendoakan umur kita panjang tau.

09 Februari 2011

HANTU MILO

Hai korang.....

Korang penah kantah/makan Milo tak? Makan tanpa buat air?
Tu memang feveret aku...kalau dolu-dolu..mak aku siap sorok tin milo bawah katil takut milo abih..:)

Sampai ke besar ni aku suker kantah Milo..kekadang letak atas roti...kekadang letak Milo banyak-banyak + campur air sejuk sikit jek....fuh!!!marvelous rasernye yang pekat likat tu..

Sekarang nih..anak aku Balqis pulak memolo aku...hehehehe...mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan......aku pulak yang kena sorok Milo dalam tanah kot. Sangat kedekut.


i like Milo......

Alin Marlini : Orang cakap jangan makan Milo banyak-banyak, nanti berak keras. Kah!Kah!Kah!

07 Februari 2011

Pengumpul Novel

Hari tu masa kemas-kemas rumah..jumpa balik buku-buku novel yang aku bela selama ni. Tapi sayang...ada lagi yang hilang. Memang aku suka baca n kumpul novel. Dari zaman sekolah-sekolah lagi. Minah jiwanglah katakan!!!!

Ada orang kata...tak rugi ker beli mahal-mahal. Baca sekali jek. Tapi bagi aku..bila kita dah minat tak kisah semua tu. Aku pun bukannya selalu sangat beli. Tengok jugak..sebulan sekali ker..pernah setahun sekali jek...ekonomi gawat..:)


Nilah sebahagian buku-buku novel simpanan aku. Feveret novelis aku adalah Norhayati Berahim, Aisya Sofea, Anis Ayuni, Sri Diah dan yang terlatest Siti Rosmizah. Bilalah agaknya Siti Rosmizah ni nak buat novel baru..aku tertunggu ni..3 novel dia yang lepas semua aku dah pulun. Aku bangga ngan dia dari seorang peguam (mentang-mentanglah keje ngan peguam)..dah jadi novelis. Bilalah clerk cabuk peguam ni nak jadi novelis plak kan? Ngeh..ngeh..ayat pun tunggang langgang..mau menulis kunun. Tapi sungguh! Itu cita-cita aku masa sekolah dulu.


Aku juga minat baca novel omputih. Buku ni beli yang secondhand jek kat CM. Kedai Uncle Maplay tu. Macam-macam ada. Semua murah2. Dah lama tak pi CM..CM tu Central Market. Kalau korang nak tau..kalau aku baca buku novel omputih ni..makan bulan jugak nak habih banding novel melayu..satu hari pun boleh habis. Siap bawak kamus lagi tau..dan aku malu nak bagi pinjam kat orang novel omputih ni pasal penuh substitle kat buku tu...:)

Bilalah agaknya aku nak buat entry dalam bahasa inggeriskan? Mesti korang tobat taknak baca punyer...

Sekarang ni tengah buat budget untuk simpan buku-buku ni plak. Nak beli rak buku plak...cam idaman aku tu...

08 Januari 2011

Seluar Jeansku Rabak.....

Ada berani?

Korang pernah pakai suar jeans camni? Saya pernah....tapi takderlah koyak rabak cam pic minah nie...takat koyang kat lutut penahlah....

Time tu zaman sekolah menengah....dolu-dolu nak dapat suar jeans bukan main payah..maklumlah ornag susah. Kena tunggu nak raya baru abah ngan mak ajak pi Pertama Complexs beli suar jeans. Time tu suar jeans yang paling popular sampai sekarang...GA Blue. Dapat selai...memang senyum sampai ke telinga.

Nak dijadikan citer..suar jeans yang lamer lehlah potong wat koyak rabak. Zaman muda mudi..trand plak masa tu..kunun2 rock kapaklah...pehtu possing atas kail..ngeh..ngeh..ngeh..

Tapi Choppss!!!Saya tak pakai diluar rumah ye...hanya bergaya dalam rumah jek...nanti kena batang menyapu plak ngan Mak saya tuuu....

Apa motif entry ni kan...entry yang merapu...sebab rasa cam nak beli suar jeans lagi...hehehehe...

Alin Marlini : Ada 3 helai suar Jeans Levi's yang paling disayangi....lagi lama usia suar tu lagi berharga...ada sesaper nak bid suar jeans saya???:)

13 Disember 2010

Wanita & Perfume...bagai irama dan lagu...tidak dapat dipisahkan...

Orang pompuan ni kalau citer bab benda yang dorang suker..salah satu mesti perfume. Tak lengkap idup kalau tak pakai perfume. Aku ni pun memang giler perfume. Tapi boleh kiralah berapa kali..berapa botol..perfume yang aku beli. Aku kan jimat aka kedekut orangnye.....ngeh..ngeh..ngeh..

Nak tau berapa botol perfume yang penah aku beli......ni yang oriiiii tau....



1. Estee Lauder (Pleasure)- Perfume ni memang feveret aku dolu2...sekarang  tinggal botol jek...


2. Christion Dior (Jadore)- Yang ni perfume feveret no. 2...botol pun dah naik karat pasal dah lamer benor simpan buat perhiasan...


3. Chanel-Perfume ni aku beli dr member. Katanye rege murah...import dari Singapore lagi....entahlah...beli jek...


4. Benefit- Perfume ni plak Encik Suami yang belikan sempena dia dapat bonus tahun lepas...hehehehe...last-last dia gak yang guna sampai licin....


5. Miss Saigon- Yang ni member opis Encik Suami yang bagi. Buahtangan dari Vietnam...sayang nak guna jadikan hiasan jeler....

Yang paling ngetoppp aku suker EL & CD jek...tapi tu dolu2...sekarang macam2 bau aku pakai..maklumlah...dah beli berbotol2kan....over the seas lagi...hehehehe...


1. CK (Summer) 

2. Salvatore Ferragamo


3. Hugo Boss


4. Guess Pink


5. Hugo Boss lagi...


6. Lancome (Miracle)


7. Salvatore Ferragamo lagi...


Murah jek regenye...50ml dalam 45000 rp (RM16). Kualiti memang marveles...cam oriiii bebb....cuma botol jek korang takleh dapat cam yang orilah...Tapi korang boleh bawak botol2 kosong korang tu..then suruh jek dorang refill balik. Mudah + Murahkan.....mana makkk tak gilerrr kooooo....beli banyak dapat free gift lagi.....

Ni baru separuh botol jek aku tunjuk...2 kali aku pegi Bandung...2 kali jugak aku borong 2 botol setiap perfume.i likeeeeee ittt.......buat stok......



Collector Parfum ni glamer tau kat Bandung...jangan pegi kedai parfume yang lain...kena pi sini gak..pasal ari tu aku dok kirim...makcik aku beli kat kedai Pasar Baru jek tapi tak setahan parfume kat Collector Parfum.

Kalau korang pi Bandung...jangan lupa singgah Collector Parfum ni tau...dan juga lupa beli buahtangan tuk aku sekali ek....aku mau Gucci pulak...hehehehe...
  

11 Oktober 2010

Entry tanpa motif....



Entry kali ni berkenaan hobi & part time aku sebagai Si Tukang Pembuat Kek...wah!!!!kununyer...selalu promote kat sini tapi kali ne saje jek promote kat blog comey ni pulak.

19 Mac 2010

Cari Buku @ PWTC

Tadi saya telah ke PWTC..dengan penuh semangat untuk kesana. Berbekalkan RM50, macam-macam buku saya nak beli. Mari kita lihat berapa banyak buku saya beli?

Gambar 1 & 5- Beli Majalah Kartun Ujang semata-mata mahukan paper bag...ada ke orang macam aku nih?Crazy kan?Aku beli 2 paper bag yang dalamnya ada 2 majalah Ujang dan free 1 CD. Harga RM10.
Gambar 2-Semenjak berkecimpung dalam bisnes kek ni, aku cari buku-buku berkaitan kek bagi memantapkan skill aku. Harga RM16.
Gambar 3-Aku beli buku Desert plak. Cuba? erm...x taulah bila. Harga RM6.90.
Gambar 4-Buku latihan untuk anak2. Harga RM2.80 (4pcs)
Gambar 6-Sleeping story untuk koleksi anak-anak. Harga RM4.90.
Sila percaya tidak sampai RM50 kan?

18 Mac 2010

@ MPH Book Store

Minggu lalu hati saya beria-ia mengajak Encik Suami ke MPH Book Store. Lalu Encik Suami pun membawa saya ke MPH di One Utama, Damansara. Terus terang, ini adalah pertama kali saya menjejakkan kaki ke MPH kerana selama ni hanya tengok...dan...lalu saja. Maklumlah tak biasapun beli buku kat kedai besar-besar ni. Setakat Kedai Buku Mukmin ke Popular ke atau Mesra biasalah. Reaksi saya, teruja sangat ..macam-macam adaaaa.....saya tinggalkan Encik Suami dengan buku-buku kegemarannya , saya pula just cari apa yang saya nak cari. Nak tahu apa yang saya cari? Heh!heh!heh! saya mencari buku tentang cakes and decoration. Dan sila percaya dengan 2 buku saya membayar hanya RM48.20 sahaja sebab MPH ada sales. Saya tidak sabar untuk kesana bersama-sama anak-anak saya nanti.
Esok ada pesta buku kat PWTC, juga hari yang saya nanti-nantikan. Seingat saya campur esok baru 2 kali saya pergi ke pesta buku..yelah....orang macam saya buku apalah yang hendak dicari. Kalau dulu saya gemar kumpul buku-buku novel, kini buku masakan pulak. Tak sabar rasanya menanti hari esok. Ngeh..ngeh..


  1. Pictures 1-Sebenarnya dah lama saya mencari buku ni. Buku ini adalah untuk deco fondant cupcakes. Tapi...saya rasa saya kena cari buku lain juga berkaitan fondant pasal buku ni agak rumit.
  2. Pictures 2-Disebabkan saya suka makan ala-ala Italian gitu..saya pun beli buku masakan ni. Nak try cara masakan Italian pulak.
  3. Pictures 3- Buku ni plak telah dipinjamkan oleh boss saya (nama..dirahsiakan..hehehehehe). Kenapa dia bagi saya pinjam buku ini? Sebab saya cakap saya nak pergi Kedai Buku nak beli buku masakan. Tak sangka, ingat suka baca pasal undang-undang jek tapi masak-masak pun suko...hehehehehe..Saya sangat suka pasal macam-macam ilmu berguna ada dalam buku ni. Mekacih ek bos sebab bagi pinjam tapi belum katam lagi.

10 Disember 2009

KapKek

Kegilaan aku terhadap kapkek semakin menjadi2 lepas belajar hari tu. Aku wat pekak jer bila mak n adik2 aku cakap "Ko...ni asyik wat kek jer". Aku buat bodoh jer pasal aku nak dapatkan hasil yang terbaik. Selagi tak sedap selagi tu aku takkan berenti buat kapkek. Mr. Hubby aku paling setia menemani aku dan sudi bagi komen. Sedap ker tak sedap mesti dia kater sedap.Hehehehe...sayang bini katakan. So, inilah hasilnya...
Ok tak? Bolehlah kan...

Cari Ilmu

2 bulan lepas aku tergerak hati nak belajar buat kapkek @ cup cake. Sebab pertama aku minat sangat dlm pembuatan kek ni. Sebab kedua anak-anak aku pun minat jugak makan kapkek ni dan sebab ketiga aku memang hantu kek. So, aku mintak izin mr. hubby nak p belajar then dia izinkan aku. Dengan berbekalkan semangat waja dan cekal serta wang tunai sebanyak RM150.00 aku pun bulatkan hati p kat Kedai Kek LMC kat Sg Buloh. So excited and tak sabar nak p belajar dengan Chef Asma nama cikgunya. Kelas start kol 10 a.m sampai ke 5.30 p.m. Kat kelas tu dapatlah kengkawan baru yg rata-ratanya agak berusia tapi takper byk idea leh kongsi. Mula2 sekali kami diajar cara2 membuat Choclate Moist Cake. Tengok cam senang jer Chef tu buat..yelah mixing machine dia pun leh tahan canggih n besar. Mixing aku yg murah jer. Dari situ baru aku tau bagaimana cara pembuatan kek dihasilkan. Kita takleh hentam jer nanti kek tak jadi. Peh tu Chef ajar wat Fresh Fondant (Gula-Gula Lembut) lak..nampak juga macam senang..memanglah senang dah Chef yang buat kami ni tengok jer. Semakin lama semakin seronok. Pastu belajar wat ButterCream lak..nampak senang jugak. Dan time yang paling aku suker. Buat decoration kat kapkek yang dah siap bakar tadi. baru aku camner dorang wat kapkek yang cantik2 tu..cam gini rupernya. So balik ni aku nak try wat kek dia dulu...deco2 ni nanti2lah...

Inilah hasil decoration yang aku belajar...ada banyak sebenarnya tapi cukuplah ini 5 yang paling top.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...