PERJALANAN HARI NI TAK MEMBEBANKAN KEPALA....

Salam...
Hari ni sekolah... tapi macam tak kenal dunia sekolah sekolah. Masuk kelas 4 masa & sambung mesyuarat .... Yang bertuahnya hari ni mesyuarat habis belum kul 2 ptg... memang bersyukur sangat..... Banyak plan nak buat...

Alamak, bateri hp bulak habis.. macam mana nak berkomunikasi & minta pertolongan ni. Ha!, apa lagi, curi2 keluar mesyuarat dan start engin kereta & charge bateri hp. Balas beberapa call dan yang penting call anak buah... minta ehsan hantar ke Putrajaya.... nak hantar borang loan rumah. Hari ni puasa.. tak larat nak mandu jauh.... ok set.

Kul 2.30 Azrin sampai & hantar dulu ke CIMB untuk buat bank draf & terus ke PutraJaya.... Alhamdulillah.. sempat dan tak susah cari. Orang dah biasa memandu... Akak yang menerima borang ni cakap.... 'tak de masalah... seminggu lagi, check lah...'. Sejuk hati.. layanan yang mesra oleh seorang kakitangan kerajaan.....

Selesai....
Tiba di Meru kul 4.30 petang.... Pikir menu lah pulak.
Semalam cakap kat suami teringin makan mee sop dan suami pulak teringin tahu sumbat. Tapi, walau pun ada pasar malam, hasrat tu tak tertunai sebab saya dah hidang menu asam pedas Jeram (lebih semalam).... So, saya pun singgap di Ani sop utara... beli sop je.... Mee saya celur sendiri... Sop pun saya repair, nak bagi banyak kuahnye... anak2 suka sop. Tambah pula dengan cendawan dan batang saleri. Sambil tu, buat tahu sumbat untuk selera suami. Wah! menu hari ni melenyempurnakan selera kami..... Beres!. Anak2 makan dengan berselera......

Alhamdulillah... PERJALANAN HARI NI TAK MEMBEBANKAN KEPALA....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG