Salam Ramadhan.. raya dah semakin menghampiri... kami ni macam tak raya je. Macam dah tak de apa-apa yang nak dibuat. Releks je... melayan hati... melayan perasaan... melayan malas. Hari ni suami buat permintaan….. masakkan laksa Johor….. Berbunyi jugalah mulut ni… bukan tak nak masak… tapi nak masak laksa Johor ni cerewet sikit. Banyak bahan yang diperlukan….. dari ikan, udang kering, ikan masin, cili kering, rempah, kunyit, halia, serai, lengkuas, bunga kantan, santan, kerisik…… hinggalah ke sambal belacan & ulam2. Banyak bahan tu mana ada kat rumah… dah lama tak masak yang cerewet2 macam tu…. Kalau untuk 3 orang makan….. bahan2 yang dibeli tu akan berlebihan… ialah kalau seketul besar lengkuas….. begitu juga dengan kunyit hidup & halia, bukan guna semua… yang lebih tu… biasanya lama2 kering & terpaksa dibakul sampahkan….. Nak kata tak nak masak pun tak boleh jugak. Suami kita…. Sebenarnya.. bukan baru ni je dia sebut teringin nak makan.. tapi….. dah sekian lamanya…. Cuma