Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tentang Aku

HOME MADE - PAN KEK

Imej
Pan kek sebagai sarapan pagi. Percubaan pertama. Kredit kepada Myresepi kerana kerana syer resepi. http://www.myresipi.com/top/detail/16713 BAHAN-BAHAN 1 cawan tepung gandum 1 sk baking powder 1 biji telur 1 cawan susu segar 3 sb gula 1 sb minyak CARA  Satukan tepung gandum dan baking powder Asingkan kuning dan putih telur. Pukul putih telur sehingga kembang dan putih. Dalam bekas lain, campur kuning telur,gula dan susu. Kacau sebati Masukkan minyak dan susu td dalam no1. Kacau hingga sebati. Kemudian masunkkan putih telur dan kacau secara kaup balik. Sedia untuk dimasak atas pan api sederhana besar. Tapi saya ubah suai ikut bahan yang ada di dapur. Semua bahan saya campurkan sekali dan blend sahaja. Halus adunannya.. Menu yang simple tapi berhasiat. Dalam masa 1/2 jam dah siap terhidang. Kuali kecil tu saya baru sahaja beli di pasaraya yang terdapat di Komplek PKNS Shah alam, harga rm11 gitu. Alhamdullah saat saya tergerak nak buat pan kek ni...

SEMINGGU SEKALI

Imej
Percubaan pertama. Pengurusan masa masak. Bagi aku masak ni bukan susah sangat. Aku tak pro, tapi laju jugak lah aku masak. Tapi sebab vitamin 'M' aku banyak sangat, 2013 aku dan famili asyik terlajak ke restoren Sara di Perepat atau Chan Abdullah di Meru . Jadi azam 2014 ni aku nak rajinkan masak. So waktu aku tengah rajin ni aku nak masak banyak2, berbagai jenis lauk/ rencah cukup untuk 2 minggu. Tujuan utama, nak urus masa, agar tak terkejar2 dan selalunya.... masak lah yang gagal dilaksanakan bila terdesak kononnya sibuk. Ke dua .... sebab semua harga barang sudah naik lah.... so, ini perlu sebagai antara langkah berjimat. Tambahan pula, tahun lepas aku dah berjaya membawa hampir  setiap hari bekal ke sekolah, tahun ni aku kenalah jadi bertambah baik. He he. Ke tiga, aku nak jaga kesihatan keluarga aku..... baru insaf. He he. Maklumlah banyak bebenor cerita negatif tentang makan di luar ni. Sambil tu boleh le aku selitkan penggunaan makanan sunnah seperti madu, cuka kurma...

AZAM 2014

Di hati sebenarnya enggan mengakui 2014 tu sebagai tahun baru. Kerana sebagai seorang islam, sewajibnya mengagungkan kalender islam. Tapi sebagai orang yang bekerja yang telah diberi takwim yang berkuatkuasa 1.1.2014.... aku akur. Dan 2.1.2014 aku mulakan semula rutinku sebagai seorang pendidik. Namun aku tak dapat bersama rakan sejawat kerana tugas rasmi di luar. Pada ketika ini kesihatan ku telah merosot. Bermula 30 dis 2013 aku diserang demam sehingga tak mampu angkat kepala. Tapi malam tu aku gagahkan juga memperelokkan vlefrog admin SMKSKI kerana esoknya ada LADAP VLEFROG. . Aku tetap mahu ada sedikit tanggungjawab sebagai ahli pasukan jawatankuasa VLEFROG sekolah.  (Terima kasih pada boss ku yang boleh berurusan tentang kerja hanya melalui emel dan sms sahaja. Banyak yang aku perlu dia telah beri aku bantuannya) . Esoknya aku bermesyuarat di sekolah lain dalam keadaan yang lemah. Aku terpaksa meminta bantuan anakku untuk menghantar  aku pergi dan balik   ...

MAMA... MACAM MANA SOLAT TERAWIH???

Terawih malam pertama, tak dapat disertai..... Abah, Ammar & Amir berjalan menuju masjid. Aku dan Amili hanya menghantar dengan pandangan mata. Amili agak resah... kerana dia rasa ketinggalan daripada Abang Ammar dalam soal beribadah. Abang Ammar dapat berpakaian jubah ke masjid menunaikan sembahyang Jumaat..... begitu juga solat terawih. Sedang dia masih jadi penunggu rumah menemani mamanya ni...... Tidak puas hati, lalu bertanya.... 'Mama, boleh ke Amili solat terawih juga di rumah sorang-sorang ' Mama : ' boleh' Amili : 'mama ajarkan.... berapa waktu solat terawih?' Setelah memberi penerang ringkas.... ku lihat dia melakukan solat terawih... sendiriannnn Alahai.... comelnya anakku..... Alhamdulillah....... 'Ya Allah , aku bersyukur pada Mu atas nikmat yang terlalu banyak yang telah Kau berikan'. 

TINGKATKAN MARTABATKU

Nak masuk kelas  3I..... Depan pintu bilik guru.. ada 5 pelajar lelaki menunggu. Dengan senyum-senyum menawarkan diri nak membantu membawa barang-barang ku untuk masuk kelas.... Tak nak hampakan mereka aku berilah apa jer barang yang ada ditangan ku. Bekas alat tulis, beg tangan dan beg buku. Tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan 5 orang pelajar tu....' sajerrrr... je diaorang tu sebenarnya cari alasan nak keluar kelas......' Dalam kelas... mereka asyik lah tersasul... panggil aku 'ustazah'.... Aku meng'amin'kan ajer,,, Dan ku tanya mereka .. 'apa beza uztazah dengan guru..... ....' Aku menambah: 'Yang penting cikgu cantik kan.....'. Tengok.. cikgu tak perlu nak bermake up... sebab Allah telah kurniakan cikgu muka yang cantik & sempurna'. ... He3... (rasanya) aku ni pemalas dalam bab ni..... . rugi rasanya mengadap cermin lama-lama.... membelek muka ..... Apapun ...  Alhamdulillah.. kalau penampilan  guru geografi ini .....

AMMAR COOL

Hari ni Ammar cuti .. kerana sekolah cutikan dia..... Ada peperiksaan awam darjah 6. Tiada pilihan... saya bawa dia ke sekolah..... Wah bergaya hari ni.. lengkap dengan jaket. Tengahari....Balik sekolah, kami terus ke SRI Hira untuk ambil adik Amili...... dia masih berjeket. Mama : Bukalah... jaket tu.... kan panas. Ammar : 'Ammar cool' Mama : (ambik kesempatan memotivasikan).... Ammar org cool ni.... PENYABAR, TAK CEPAT MARAH, TAK BULI ADIK..... Ammar : (terasa dan ....... hanya mampu senyum ...)

NAK TUDUNG BERLAPIK DAGU ...

Hujung minggu lepas ... bersama suami, Ammar, Amili & Amir.. meronda Karnival Mahabbah IKIM.... Set diminda... nak cari tudung muslimah...... bagi menambah koleksi tudung berdagu..... Biasalah perempuan... set nak lengkap... sedondon. Wah... sejak sejak ni... radio pun dah tukar channel... IKIM dah jadi pilihan.... Duluuuu.. payahhh...... Sinar atau Hot FM jer.... Hati masih dilentukkan oleh alunan muzik yang melekakan....  Sekarang dah pandai pergi butik tu.... butik tudung lah..... Inpirasihana  https://www.facebook.com/butikinspirasihana?ref=ts&fref=ts ,. Syazara (  https://www.facebook.com/SYAZARAENTERPRISE?fref=ts ,) , Ummi tinie (  https://www.facebook.com/pages/Ummie-Tinie-Collection/325057884172124?fref=ts  ), Muslimah ( https://www.facebook.com/muslimahclothing?fref=ts  ) Melalui info IKIM & dan FB..... adanya karnival ni dan ia disertai oleh butik2... yang setakat ini dah kenan di hati... apa lagi... tiada tempat lain le untuk b...

ADAKAH MASIH LAGI MAHU MENUNGGU ESOK?

Terbaca info dari group rakan2 SMKTIS... cikgu Yusnita. ' https://www.facebook.com/groups/114058538791090/?hc_location=stream Askm...kwn2.. salah seorg kwn kita ustaz mastuki telah menemui penciptanya....alfatihah buat beliau.. moga dtempatkn dlm kalangan org beriman' Innalillahirajiun.... Terkedu... tergamam..... tersedar dari kenyataan.... kematian datang tanpa kita duga. Bila tiba ajalnya... ia tidak dapat  dicepat atau dilewatkan mengikut kehendak kita... Masih tergiang lagi suara Ustaz Mastuki ........ beberapa bulan dahulu, bila mana aku menghubunginya bertanya sama ada dia layak atau tidak untuk membuat pengesahan sijil nikah bagi Mahram.... masa itu.... suaranya masih macam selalu.. selalu ... ceria dan menceriakan setiap orang yang mendengarnya..... dan selepas itu aku tidak pula mendengar cerita dia sakit. Mungkin salah aku juga... jarang balik ke kampung.... ...  Hakikatnya... kematian.. tiada siapa yang mengetahui .... ' BILA '!. Sedar ..... m...

'JUBAH HITAM TANDA LULUS'

Ammar : Abah belikan Ammar  jubah!. ... itu minggu lepas dan kami  tidak menghampakan..... Dan...... semalam.... sungguh!... dia gunakan jubah itu untuk solat Jumaat sangat sejuk hati ibu ini melihatnya .... tersenyum simpul abang2nya melihat... kerana mereka hanya menggunakan 't'shirt' untuk solat Jumaat. . (teringat kata-kata si penjual jubah tempoh hari.... Budak berjubah hitam ni... biasa dah 'lulus / qatam Al Quran' dan dia duduk dibaris depan. Yang berjubah putih... biasa duduk di belakang.. sebab mereka belum 'lulus' lagi.... Masyaallah... mungkinkah anak ku masuk dalam kategori 'lulus' mengikut penilaian Allah). Aku sebenarnya risau juga bila melihat Ammar berjubah hitam pada tengahari yang panas terik tu. Maklumlah jubah berwarna hitam sifatnya kan menyerap haba. Ammar... ada sedikit penyakit kulit yang akan menyebabkan gatal nya 'naik' terutama bila berpeluh.  Aku bimbang .. situasi itu akan mematahkan semangat dia untuk me...

MAMA, SAYA MINTA MAAF, SEBAB SAYA BUAT MAMA MARAH TADI

Keadaan ku masih tidak berapa sihat. Dada masih ketat. lantas ia agak ganggu moodku. Aku jadi malas untuk berbual..... sehingga melayan anak pun jadi acuh tak acuh sahaja....kerana ia boleh menambah 'mengah' ku......  'Mama saya minta maaf, sebab saya buat mama marah tadi'. Sebak , berkaca-kaca kelopak mata  dan rasa bersalah mama ni .  Si anak kecil, Amili, saya 'bentak' (meninggikan suara) hanya kerana dia tak henti-henti menghulurkan kotak kosong sambil berkata 'tolong derma'..... ( ia mungkin berlakon) .... tapi disebalik itu, ia mungkin terbit dari rasa ralat dia... sebab abang2 dia saya bagi sedikit wang untuk sedekah di  masjid semasa solat Jumaat . Tetapi  Amili tidak berpeluang utk berbuat begitu.. Ternyata saya telah buat silap yang mungkin merosakkan semangat baik si kecil. Anak2 maafkan mama.... mama silap. Mungkin kerana kesihatan mama yg terganggu.. buat mama cepat naik angin. Ya Allah... ampunkan hambaMu. Aku selalu berdoa, mohon jadi...

ILHAM MELALUI ANAK KECIL

Aku terus dengan doa... 'Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hati anak-anak kami untuk menjadi anak2 yang soleh dan solehah yang takut padaMu, yang taat pada perintahMu dan menjauhi laranganMu.'   Sesungguhnya, kuasa doa amat hebat. Sedikit demi sedikit anak-anak kecilku Ammar dan Amili menunjukkan tanda-tanda bersih sucinya mereka.... menyejuk hati. Moga-moga tanda-tanda awal ini akan subur dan mekar menjadi dai ... sebaris dengan para ulama....  Syukur.. Allah telah meberi ilham pada Anak-anak  melalui guru yang mengajar mereka.  Amili paling keletah....... Pernah satu hari.... abah dah melangkah pintu rumah sekembali dari pejabat..... Amili : opppp...opppp... abah kuar dulu. baca... doa masuk rumah dulu.... dan masuk kaki kanan.... bukan kah itu ilham yang Allah berikan melalui anak kecil kami..... menyedarkan kami untuk baiki perkara-perkara asas .......berbagai doa... dia suruh kami baca...... Menjelang masuk waktu solat sahaja..... Amili akan seger...

SYUKUR ATAS MUSIBAH....

Esok dimaklumkan ... sekolah dibuka semula setelah cuti selama 3 hari kerana jerebu. Jerebu mungkin musibah, tapi setiap berlaku ada rahmatNya di sebaliKnya... Kereta suami menghadapi masalah agak serius. Perlu masuk warkshop beberapa hari yang tempohnya tidak dapat dijanjikan secara pasti oleh pemilik bengkel..... Belbagai alternatif kami cuba aturkan untuk atasi masalah tranport. Suami mungkin boleh menggunakan Myvi ku, aku pula  boleh jalan kaki sahaja... memandangkan rumah hanya 10 minit berjalan kaki ke sekolah... tapi bagaimana dengan anak-anak  yang bersekolah di SR Hira batu belah tu... Pilihan pertama, bertanya adik.. kalau2 boleh pinjam kereta ke 2dia. Gagal.... dia menggunakannya. Pilihan kedua,.... minta anak-anak 'ponteng' sekolah... tetapi mereka enggan.... kerena tidak mahu terbeban dengan kerja sekolah yang banyak... akibat ketidakhadiran itu..... Dalam hal ini... kami tidak boleh memaksa...... Pilihan ke tiga... suami terpaksa bercuti... tapi sampai bila...

BERKONGSI ILMU

Setiap tahajutku aku berdoa... 'Ya Allah, aku ingin berubah kepada yang lebih baik, Kau bantulah aku, Kau berilah ilham padaku, Kau dekatkanlah hatiku padaMu, kau tetapkanlah iman dihati ku dan tanam cinta kasih ku untuk aku  melakukan amal soleh yang Engkau redhai' 'Aku ingin berubah.....' tapi ia bukannya sesuatu yang mudah. Hampir 50 tahun leka dengan urusan dunia.... padahal, aku bukanlah orang penting, aku bukan pemimpin negara yg perlu memikirkan urusan rakyat. Aku hanyalah guru biasa.. biasa sahaja. Kalau aku bijak mengurus ...banyak masa berbaki setiap hari untuk aku jalankan tugas sebagai hambaNya, sebagai isteri sebagai ibu dengan sempurna. Tapi.... aku ibarat buih... .... Alhamdulillah..... Aku bersyukur..... Allah tidak pernah berpaling ....  Allah buka  pintu hati ku supaya  hati ku lebih dekat denganNya.....  dia buka pintu hati ku... dia beri aku rasa ..... untuk dekat padaNya. Berbagai cara Allah beri aku ilham untuk aku menambah ilmu.......

WALAU SEKADAR .....

Cerita semalam... bukan seorang anakku yang tidak mahu balik semula ke asrama... Semalam, seorang lagi anak, tak mahu balik asrama dengan alasan sakit perut. Aku terima alasan itu. Hari ni, bila aku berhajat nak hantar dia balik... dia mengeleng dan berkata nak balik Rabu. 'Ikut suka dia je... Macam sekolah mama dia punyer jer... Nak balik ikut suka hati.... Macam tak tau peraturan....' Aku hanya mampu berkata '.... kalau ada masalah, bagi tau mamalah.., sedih mama, anak-anak buat macam ni...' Dan aku kehilangan kata-kata ..... dan menahan kesabaran... Pada saat ku.. aku rasa aku perluakn seseorang untuk bercerita..... Ku jenguk FB, mungkin ada tempat untuk ku bercerita.. atau menconteng sesuatu di dinding buat memadam contengan di hati. Teman2 baik ku memahami situasi ku. Terima kasih Adekda Zamre & Adekda Wazir, atas kata-kata sokongan dan doa. Kebetulan anak angkatku (mantee) menyapa ku... dan kami berbual... aku ambil kesempatan menasihatkan dia......

MERENUNG PAGI....

Hari ni Sabtu. 9.00 pg ada mesyuarat surau. Tak de lah merungut, sebab tak de buat apa2 pun hari ni. Walau Sabtu, cuti, tapi mata ni celik macam biasa. Pukul 5... Teringin nak sambung tidor... tapi mata terus terkebil-kebil. Layan FB... tapi tak tau nak coret apa. Kacau sana sini sikit, sembang ngan Wakjamre & adekda Azreina.... lepas tu menung @ merenung pagi... Pukul 8.00 pg ....Daripada aku menung, baik aku masak sarapan. Masak pagi2, masak banyak sekali.... tengahari relek tak payah masak. Apa manunyer.... Nasik Lemak ler.... Terpaksa ke kedai membeli bahannya.... 8.30 start masak sambil mengemas dapur yang ditinggalkan bersepah malam tadi.. dengan pinggan mangkuk dan bekas makanan polistrin..... Orang anak ramai.... 9.30 pg baru tiba di sekolah .... sempat bawakan nasik lemak untuk adekda Wazir. Tahu dia ada latihan kawad dengan anak2 KPA. Dia ni..... bukan boleh jumpa dengan saya...... mesti menagih makanan... Bab menyusun ayat, untuk dapat makanan free memeng dialah pa...

ADAKAH TUGAS AKU SUDAH SELESAI????

'Akak nak buat Kem Tingkatan 6'... Cukup dengan kata2 tu, aku dah tergambar besarnya harapan adekda Wazir. Dan aku tergambar besarnya peranan aku di sini. Merealisasikan impian adekda ku sorang ni. Aku bagi tau hasrat Wazir ni pada suami.. dan aku luahkan ..'berat ni... Dulu, kem KRK, ngan budak kecik, senang nak handle. Ni budak2 besar, susah nak handle, Wazir kena lebih kuat kali ni'. Aku mulakan langkah ku. Rangka Kertas Kerja. Kami cuba dapatkan sokongan... Alhamdulillah, Cikgu Zaurah, Cikgu Mazlan (walau tak dapat hadir), Cikgu Hanafi, Cikgu Amirul... antara orang2 pertama beri sokongan. Setelah kami berbincang dan setelah Cikgu Wazir beri taklimat dengan semua pelajar tingkatan 6 , aku murnikan kertas kerja. Bila aku dah serahkan kertas kerja tu, aku anggap kerja aku dah selesai. Aku bukan guru tingkatan 6, aku tak berani nak melibatkan diri terlalu banyak dengan aktiviti tingkatan 6. Mereka ada gurunya sendiri... Tapi bila Cikgu Wazir kemukakan persoalan2...

MERENTAS DESA.... MERENTAS KEBIASAAN....

Seawal pagi guru-guru dah mengusung Buku Rekod Mengajar ke pejabat. Ini bermaksud hari ni adalah Hari Merentas Desa iaitu guru-guru mengikut seperti mana arahan yang diberikan.... 'pintu bilik guru akan dikunci. Guru2 tidak dibenarkan berada di bilik guru untuk buat kerja sendiri termasuk menyiapkan Buku Rekod Mengajar'. Mana yang tidak siap... menyambungnya di kantin dan sebagainya..... Ha..ha .. merentas kebiasaan.. Best juga tengok budak2 merentas desa... lebih2 lagi bila berada di garisan penamat.... Aku tak de rumah sukan... tak best betul bila time3 macam ni... time pelajar berlumba di garisan penamat. Apa aku nak sorak.... So, sokonglah rumah lama aku, sebelum aku pegang GKMP... RUMAH KUNING... KUNING DI HATI. .... Akhirnya.. rumah kuning mendapat tempat ke 3 dari 4 rumah... Ha.. ha.. ha.. Merentas kebiasaan... Biasa Merentas Desa rumah Kuning JUARA... Begitulah adat.... ada masa kita di atas... tunggu lah masa... KAU AKAN DI BAWAH JUGAK... Sementara pemenang acara...

TERPEGUN AKU DENGAN KELEMBUTAN BUDI ....

Hari ini menghadiri mesyuarat GKMP Sains Kemasyarakatan di PPD Klang. Jemputan 8.30 am. Mesyuarat rasminya mula 9.00 pg. Peruntukan 30 min tu untuk sarapan. Saya tiba 8.45 am, dan saya adalah antara orang terakhir tiba. Sedar diri yang lambat, saya terus mencari tempat duduk & lepaskan diri dari sarapan... (dah lambatkan.. sedor diri le) Pegawai PPD Akdemik Pn. Hajar dgn senyuman yang manis dan ikhlas mendekati & menepuk2 bahu saya dan berkata. 'Makan dulu ya. Tak pe saya tunggu. Makan tau, sabab makan sakali ja. Makanan banyak lagi tu, makan ya. Beriya2 dia menyuruh saya makan'. Tergamam saya melihat kelembutan nya. Sejuk dan cair hati berPEMIMPIN seperti belia... Sepanjang mesyuarat .... dia banyak menggunakan perkataan 'tolong ya...' 'kita kongsi sama-sama ya....' '... terima kasih cikgu2, cikgu dah banyak tolong saya'.... Aduhai, lembutnya...Tapi dalam kelembutan itu tetap ada keseriusannya terhadap KERJA, terhadap peningkatan PRESTASI,...

MUNGKIN AKU AKAN MULAKANNYA KEMBALI....

Hari ni aku tak dapat ke sekolah... Demam. Badan rasa lemah dan sakit2. Hanya mampu terbaring...Entah lah nak kata penat..... apa ajer yang aku buat semalam .... tak de lah seberat mana.... Tapi memang tidak berdaya sangat.... Setelah tidor yang agak panjang... aku paksakan diri mengemas sedikit sebanyak rumah ku yang rasanya rumah ku memang dah lama menantikan aku menguruskannya. Takut untuk terlalu manjakan diri. Takut badan semakin lemah. Bila rasa sunyi.. tergerak hati melawat blog ku yang lama bersawang. .. dan bersamanya akan berkumandang lagu yang terkesan di hati buat santapan ku. Terperasan pulak di ruangan chat .... ada yang menjenguk blog berdasarkan nota yang ditinggalkan..... dan ia mengerakkan aku untuk menziarah pula blognya. Rasa tertarik... ku baca satu page ke satu page.... dan ia telah membawa ku ke blog2 yang lain pula... Terdetik difikiran ku.... bermakna kan kalau penulisan kita dapat membuka hati dan minda seseorang ke arah kebaikan samada dalam bentuk pe...

ALA KADAR.....

Salam... Selesai 1 Ramadhan dilalui. Alhamdullillah. Tak ketara sangat letihnya. Kelas tak banyak hari ni. 1.15 ptg... terus cau. Tak de yang menarik lagi nak tunggu lama2 kat sekolah tu.... Cuma buat apa yang patut kerana saya dibayar gaji untuk kerja..... Sekolah tu hanya jadi tempat cari rezeki je..... Semakain surut kasih sayangnya..... Tiba di rumah... tidor2 ayam jam. Pukul 3 bangun & buat persediaan awal untuk buka. Plan masak Tom Yam... tapi bahan tak cukup. Tak de serai, limau dan mcm2 lagi... so, rebus daging & ayam je lah dulu...Selesai.. ..... Tahun ni azam nak masak sendiri... menu berbuka. Kena berjimat. Sejak beli rumah ni... banyak hutang yang kena selesaikan.... Kini kena merangkak semula... sementara nak stabil balik yang entah bila...... Bila suami balik... ajak dia ke BigMart. Tu je lah yang berhampiran sini. Cari bahan tambahan untuk menu berbuka.... So... menu malam ni.... Tomyam nasi / Beehoon & popia isi ketam.... Amirul kata... sedapppp... Alhamdul...