Ramadhan Kali ini Alhamdulillah, rasa terlalu indah. Kehidupan lebih teratur. Waktu dapat bersama-sama keluarga lebih panjang dan lebih makna. Bangun tidur seawal 3.30 pagi, bersuci, bertahajud, Bertaubat & Berhajat dan menyediakan menu untuk bersahur untuk kami. Biasanya, kami habis bersahur sehingga hujung waktu iaitu beberapa minit sebelum azan. Berehat sebentar sebelum bergilir-gilir kami anak beranak mandi dan bersiap untuk solat berjemaah. Kemudian masing2 bergerak ke distinasi masing2. Suami membawa Ammar & Amili ke sekolah sebelum ke tempat kerja, manakala aku membawa Amir dan Adam bersama ke sekolah. Berbuka dengan menu yang simple. Biasa kuih karipap, popia isi ketam, cekodok air tangan ku atau mertabak yang debeli di pasar. Cukup dengan 1 jenis kuih. Kami ikuti pula dengan makan nasi. Selesai solat Magrib berjemaah, aku akan membaca beberapa muka kalimah Allah manakala suami akan mengajar Ammar & Amili mengaji. Sebaik mendengar Azan Isyak, kami a