Sesi penggambaran semua cucu bersama Atuk dan Nyai di pagi hari raya keempat.
Huda dah mula meragam dan menangis tak nak bergambar.
Muka anak2 saudara Nur yang tak bersedia... Kelihatan kelibat Huda berlari mendapatkan ibunya.
Sesi pengambaran bermula..
Alahai tak ready lagi ke Atuk dan Nyai..
Susah benar nak ambil gambar.. Kamera banyak sangat.. hehe..
Bersama anak2 saudara yang dah bujang dan anak dara.. Mereka ni tinggi dan dah masuk sekolah menengah.. Hmm macam nak lawan ketinggian makciknya yang menonjang... :)
Geng bas sekolah.. eh bukanlah.. 3 orang anak saudara Nur yang lelaki tu memang geng kamcing.. Terutama Nabil dan Naqiu.
Bonda tersayang menyambut Hari Lahirnya pada hari ini (26 Ogos).
Terlanjur berkumpul bersama semua adik beradik, kami meraikannya agak awal iaitu pada 22 Ogos.
Semalam bonda tidak sihat (demam). Sepatutnya bonda Nur dan abah datang ke JB untuk datang ke rumah terbuka abang Nur yang sulung. Namun apakan daya, kita hanya merancang. Bonda wakilkan anak2 untuk datang ke majlis tersebut. Syukurlah kesihatan beliau beransur pulih.
"Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang berpanjangan buat Bonda tercinta dan dirahmati olehNya sentiasa. Amin"
Kek yang dibeli untuk dijamu bersama semua ahli keluarga.
Malamnya pula sesi bermain bunga api.
Leka benar mereka..
Sempat berposing...
2 anak saudara Nur yang yang sebaya.. Nazmin dan Humaira.
Senyum jangan tak senyum...
Yes.. dapat lagi bunga api...
Anak2 saudara yang dah besar panjang..
Mia yang dah pandai berjalan. Cantik baju Mia..
Baju ni dibeli oleh ibunya waktu menunaikan umrah bersama Nur bulan Mei yang lalu.
Sekian dulu, coretan ringkas buat kali ni. Ada masa nanti, Nur sambung lagi kisah2 menarik waktu bercuti di kampung halaman tercinta.
Sekian, jumpa lagi semua. Salam Aidilfitri.
p/s : Pada rakan2, jemput join GA ke-3 Nur yang sangat mudah dan ringkas. Tarikh tutup pada 31 Ogos 2012 jam 11.59 malam.
Sila klik di link berikut :