Sila klik link bawah...

Showing posts with label Kek Marble Oren. Show all posts
Showing posts with label Kek Marble Oren. Show all posts

Monday, June 6

Kek Marble Oren

Salam buat semua,
Tiba2 hari ni, mood rajin pula nak membakar kek.. Kali ni, Nur gunakan resepi yang diturunkan oleh ibu pada Nur. Sepatutnya acuan yang patut digunakan ialah acuan yang berlubang di tengahnya.. Memandangkan acuan yang Nur ada agak kecil, jadi terpaksa guna loyang bulat je..

Sempat juga ambil gambar step by step...  Nur campurkan parutan kulit oren.. Wangi semerbak baunya bila dah masak. Kalau ada yang nak resepi kek ni, nanti beritahulah ye..
(malas pula nak menaip panjang2 malam2 ni.. :D)
Kek yang dah siap.. (Sebelum dibakar)

Wajah kek selepas dibakar..

Nah inilah hasilnya... tapi ada Nur tak tahu kenapa bahagian tengah agak kurang masak..
 Tak tahu kat mana silapnya.. jadi terpaksalah bakar semula.. 
Agaknya memang kena guna acuan berlubang kot..


Pelik juga.. masa memasak dah cukup lama 1 jam.. tapi bahagian tengah tu agak kurang masak. Ada sesiapa rakan2 yang boleh bantu... Al-maklumlah orang baru nak belajar.. tapi sekurang2nya kita mencubakan.. Nanti kenalah perbaiki..

Esok petang Nur akan bertolak ke kampung di Kluang. Tak sabar rasanya nak habiskan masa dengan keluarga tercinta. Baki cuti ada lagi seminggu. Keluarga Nur pun nak adakan kenduri arwah pada 9 Jun nanti.

Ok semua.. Jumpa lagi esok..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...