Sila klik link bawah...

Showing posts with label Masak-masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-masak. Show all posts

Sunday, February 23

Sambal tumis telur


Menu favouriteku... 

Anda bagaimana ?



Saturday, February 15

Resepi Butterscotch Bread Pudding

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar kawan2 blogger semua? Nur harap semunya sihat.. Lama benar Nur menyepikan diri.. Blog pun dah terabai. Baru tergerak nak update hari ni.. Biasalah ada banyak benda lain yang lebih penting dari berblog kan.. Kehidupan mesti diteruskan.. InshaAllah andai ada masa akan cuba untuk update entri terkini.

Hari ni Nur nak kongsi resepi senang dan mudah.. Dah banyak kali nak update asyik tertangguh je.. 

Jom tengok apa resepi hari ni..



Resepi Butterscotch Bread Pudding

Kredit resepi Cik Mat Gebu . Terima kasih buat Cik Mat Gebu kerana telah mengolah /mengubahsuai resepi asal daripada Kak Hana.. Dan ternyata resepi ni memang sedap... Nur dah buat beberapa kali dan ternyata hasilnya tidak mengecewakan.. TQ Cik Mat Gebu, mohon izin untuk Nur kongsi resepi di sini untuk rujukan..


BAHAN-BAHAN UNTUK BUTTERSCOTCH BREAD PUDDING :
5 keping roti Delicia Butterscotch Gardenia, dipotong kiub
2 camca besar coklat cip ( Nur tambahkan sedikit taburan chocolate rice)

* 1  cawan susu sejat  ( Nur guna 1 tin susu cair )
* 1 biji telur gred A
* 1 camca besar gula halus
* 1 camca teh esen vanilla ( Nur guna 1 penutup esen vanila itu sendiri )
* 1 camca besar mentega -  yang dicairkan dan disejukkan

Sedikit mentega (dipotong kiub kecil-kecil )- Untuk diletakkan di atas bancuhan sebelum dibakar.

Cara2 membuatnya :

UNTUK BUTTERSCOTCH BREAD PUDDING :

1. Satukan bahan2 bertanda (*) dan kacau rata dengan whisk, ketepikan.
2. Lenser bekas kaca tahan panas berukuran 5 inci x 7 inci dengan mentega.
3. Susun 1/2 bahagian roti yang dipotong kiub taburkan 1 camca besar coklat chip.
4. Susun baki roti, kemaskan.
4. Kemudian tuang bancuhan yang dikacau tadi atas roti.
5. Biar hingga cecair terserap. Tabur rata2 baki coklat cip atasnya.
6. Kemudian jatuhkan sedikit mentega pada permukaannya.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah Celcius, selama 30 minit.
8. Bila pudding masak, keluarkan dari oven dan biarkan hingga sejuk.




Begini rupanya sebelum dibakar. 


Inilah hasilnya... Bread pudding yang telah siap dibakar.



Ini pula bahan2 untuk kuah kastard


BAHAN-BAHAN KUAH KASTARD :
 1 cawan susu segar
 2 camca besar air
1 camca besar penuh gula halus
1 camca besar penuh tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla (Nur guna 1 penutup esen vanila itu sendiri)




Bahan2 yang telah dicampurkan.


Inilah rupa kuah kastard yang telah siap/ pekat...

Cara2 untuk membuat kuah kastard :
1. Satukan semua bahan2 untuk sos kastard, kecuali esen vanilla
2. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan tidak berbintil.
3. Jangan lupa ye... masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa hingga sos kastard pekat.
4. Akhir sekali, masukkan esen vanilla
5. Kacau rata dan matikan api.
6. Sejukkan.

*****************************************************
Selingan...

Ini pula gambar bread pudding batch kedua...Actually memang sengaja buat lebih sebab nak habis stok roti kat rumah...



Sebelum dibakar - Loyang 2


Selepas dibakar - Loyang 2


Jemput makan ye...  (Maaf gambar ni tak cantik sebab guna camera hp je..)

Cubalah ye kawan2... Mudah dan sedap...
Sekian dulu, sampai jumpa lagi di lain entri..

Wassalam.

Saturday, February 23

Catatan Ringkas Sewaktu Cuti CNY

 
 
Keadaan di Tol Ayer Hitam agak sibuk.
 
 
 

Pekan Rabu di bandar Kluang yang sedang dalam pembinaan.

 
Langit mendung..

 
Gunung Lambak tidak kelihatan dan diselimuti awan mendung.

 
Penangan makan limau mandarin waktu di kampung.. Ku menghidap batuk dan selesema. Masih belum pulih sepenuhnya sehingga ke hari ini. Malas nak ke klinik, hanya beli ubat-ubatan ini di farmasi sahaja.
 
 
 
Sebelum balik ke JB, sempat masak ubi rebus.
 
 
Ubi yang dibeli kali ni warnanya agak kuning..
 
 
 
Mencuba resepi baru bersama anak saudaraku, Najwa. Teringin nak makan ikan siakap masak 3 rasa.
 
 
Seperti biasa, internet jadi sumber rujukan. Jika ada yang ingin mencuba, sila rujuk blog ini >>> Resepi ikan siakap 3 Rasa
 
 
 
 
 
Kegemaranku.. Nur pernah kongsi resepinya dalam entri yang lepas >> Rujuk di sini Resepi Ayam goreng masak kicap lada hitam
 
 
 
 Sambal tumis ikan bilis.. Sambal tumis memang tak boleh tinggal. "Hantu sambal" katakan... :)
 

 
Menikmati keindahan di halaman rumah bonda. Banyak pokok bunga yang berbunga...
 
Anda juga boleh rujuk entri lama di SINI. 
 

 
 

 
 

 

Saturday, January 26

Sambal Udang

Menu hari cuti.. sambal udang.. Yummy my fav...

 

Tuesday, December 25

Muffin Coklat Yang Mudah dan Sedap

 
Ulang tayang gambar muffin coklat jenama Nona.
 
 

Tepung muffin jenama Nona.
Sangat mudah dan cepat.. Anda hanya perlu tambahkan 3 biji telur, air dan minyak masak.. (rujuk sukatan dan cara2 penyediaan yang ada pada kotak)
 
 
 
 
 
Adunan tadi dimasukkan di dalam kertas atau bekar muffin dan ditabur dengan chocolate-chips (Nur guna jenama Hershey's)..
Sebelum dibakar..
 

 
Setelah dibakar di dalam oven.
 
 


 
Keratan rentas muffin coklat.
 
 
p/s : Syukur Alhamdulillah Nur telah selamat pulang dari kampung halaman. Jalan agak sesak disebabkan hari perayaan.
 
 
Kredit gambar Blog Areef
 
 
Terima kasih Areef kerana memilih Kak Nur sebagai penerima hadiah saguhati kerana menjadi peserta paling awal untuk Contest Fotografi Ceriakan Hidupmu. Ini link keputusan yang Areef dah umumkan diblognya. Syukur Alhamdulillah, dapat juga hadiah sehelai kain batik Sarawak. Terima kasih Areef Ibn Naeem.
 

Sunday, December 16

Muffin Coklat

Sarapan pagi ni.. muffin coklat. Cari acuan muffin di rumah bonda tapi takde.. Sebab tu la rupa muffin ni tak berapa elok.merekot je... Takpe janji jadi.. Seperti biasa Nur guna adunan muffin jenama Nona.. Malas nak edit gambar dalam laptop. Takde modal nak buat entri.. maaf ye kawan2.. Mood ke laut.. ;)

Friday, November 9

Sedapnya Crepe Durian


Rakan2 pernah makan crepe durian? Kadang2 orang panggil "bantal durian". Memang tengah laris dan jadi bualan hangat sekarang. Kat mana ada sahaja yang pos mengenainya..
 


Ini rupa isi di dalam crepe durian ni..
 


Crepe durian.. Memang sedap... Dah lama teringin nak makan. Akhirnya kerani pejabat sekolah Nur yang pandai membuatnya.. Apalagi ramailah yang tempah termasuklah diriku.. :)
Harganya RM10 untuk 6 ketul. Memang tak puas makan.. Lajuuu je masuk mulut.. Yummmyyy...

 
Pada sesiapa yang ingin mencuba dan belajar step by step membuat crepe durian di blog Ana Suzana boleh klik link berikut : Tutorial Crepe durian.
 Anda juga boleh jenguk blog Kak Azlita Aziz, crepe durian dia memang menggoda.. :D
Katanya selain buah durian, anda juga boleh ganti dengan buah-buahan lain seperti mangga (macam kat blog Qaseh Honey) kiwi dan jagung dalam tin.
Boleh juga jenguk blog Kak Zu dan blog Kak Wan

p/s : Nur tak berapa nak rajin nak buat, so order je.. Rakan2 cuba tau.. 

Saturday, November 3

Grill Chicken


Salam buat semua.
Sekejap sahaja dah hari Sabtu. Tinggal 2 bulan sahaja lagi kita bakal meninggalkan tahun 2012. Semalam Nur pertama kali cuba memasak grill chicken. Tiada resepi khas. Hanya sekadar menambah apa2 ramuan yang dirasakan sesuai dan ada di rumah. Oven kat rumah ni selalunya digunakan untuk memasak biskut dan kek je.



Grill chicken dan pencicah.




Lebat betul hujan pada petang semalam.

Hmmm.. sebenarnya dah takde idea, niat hati nak tulis entri panjang2. Pada rakan2 blogger yang sangat rajin meninggalkan komen dan singgah ke blog, terima kasih banyak. Insya-Allah nanti Nur akan balas kunjungan anda.

Ok semua, "Selamat berhujung minggu". Wassalam.


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...