Salam buat semua,
Apa khabar semua? Sekadar teruja melihat ranking blog ini yang berubah dengan perbezaan yang sangat banyak. Nur pernah menulis mengenainya pada tahun lepas dan linkkan info tentang ALEXA ni. Klik di link ini >>> Apa itu ALEXA rank dan Tips Untuk Tingkatkan Ranking Alexa dengan cepat
Nur rasa ranking ni semakin baik ekoran GA pertama yang Nur anjurkan iaitu My Birthday Giveaway 2012 dan wowww 1001 giveaway anjuran Kak Ida (1001 resepi) yang Nur sertai dan telahpun berjaya menerima jemputan khas daripada beliau. (Jika anda terlepas untuk membaca, sila klik ENTRI NUR dan ini pula ENTRI KAK IDA)
Terima kasih banyak kepada semua follower dan pengunjung yang menyokong Nur dalam apa juga bentuk sekali pun. Bantuan anda amat Nur hargai. Tanpa anda, blog ini mungkin sunyi sepi.
Terima kasih buat semua 641 orang follower blog Cetusan Rasa.
Semoga ukhuwah yang terjalin berpanjangan.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen2 yang menceriakan hari-hariku..
Sekian, jumpa lagi di lain entri.
Wassalam.
INI ENTRI BERJADUAL